Tuesday, January 18, 2011

Cerita hari ni, CoolBlog lagi.

assalamualaikum!


woah..serius rasa macam lama tak conteng journal harian kat sini. lately ni agak busy sikit, hujung minggu pon dah tak da masa nak keluar berfoya-foya bersama rakan-rakan sebaya..oh rasa mcam lossserrr pulak..ha ha ha tak da maknanya!


last week minggu yang sangat hectic. bayangkan dalam masa seminggu tu memang tak keluar mana-mana langsung. kalau nak makan pon, makan kat rumah jerr..tak da lagi istilah makan-makan kat luar sambil lepak-lepak. bosan? sumpah bosan. mengenangkan banyak paper yang nak disemak la buat aku rasa macam "ah takpe la siapkan keja dulu, lepak lain kali pon boleyhh" kan kan kan..macam tak percaya kan aku boleh keluarkan statement macam tu.


sebab tu la , mintak maaf sangat-sangat buat rakan-rakan sebaya yang jauh dimata, dekat dijiwa..tak sengaja nak menghilangkan diri. sebenarnya tak hilang pon, ader je..connection semua on tapi, lambat sikit la nak membalas bukan apa banyak keje..heheheh...oh alasan boleh terima tak? padahal kalau dorang call kemain laju je kau pick up..mesej, fb semua terabai kan..demanding sungguh.


okeh enough for that, harapnya sayer tak menyinggung perasaan sesapa la ye last week *muka bersungguh-sungguh*


meh kita cerita pasal my new boyferen nak?


hikhikhik..tetiba lak feel nak gedik je kan bila di ajak bersembang pasal boyferen..but hey, nanti dulu jangan buat tanggapan serius terhadap sayer yerr..boyferen yang dimaksudkan kat sini ialah dua orang budak lelaki yang sumpah comel berumur sekitar 6tahun. belom bersekolah dan haruslah belom mencapai tahap akil baligh lagi. maseh suci giteww yewww.


hari-hari kat tuition center aku akan menghadap dua orang makhluk tuhan ni. sorang namanya Deedat dan sorang lagi Faidhi. budak berdua ni memang hyper active kot. energetic je memanjang. awal dulu aku tak baik lagi ngan dorang, lagipon aku pikir dorang bukan under aku so..gasak la kau nak buat haper pon. pastu ada one day ni Teacher Rasiah ask them to stay with me..puncanya dorang suka main-main. so aku pon amek kerusi bawak dua-dua sekali dok ngan aku kat meja depan. at the same time aku bagi buku dorang suruh baca sambil aku guide la mana yang tak betul.


lepas dari hari tu Deedat ngan Faidhi kalau nampak aje aku mesti follow ikot duduk ngan aku. Teacher Rasiah pon memang lepas dorang ngan aku la. acctualy Deedat ngan Faidhi ni budak-budak tadika, dorang datang awal pagi, balik pulak lambat...maybe parents dorang balik keja lambat kot sebab tu budak berdua ni asyik balik pukul 5.30 jerr tetiap hari.


selalu aku start kelas pukul 4, time ni Deedat ngan Faidhi tengah rest,makan, mandi semua pastu dalam pukul 5 baru dorang masuk balik. macam hari ni..masuk-masuk jerr terus datang kat aku, cium tangan pastu cepat-cepat amek buku-buku latihan dorang and then datang balik dok sebelah aku. rasa best pulak didampingi dua jejaka kecil nih. setiap hari ada jerr perangai dorang yang boleh buat aku gelak. bagi sesapa yang tak tahu kan..aku ni memang suka sangat ngan budak-budak. sebab tu bila dapat peluang mengajar budak-budak dulu aku memang tak pikir panjang dah, terus grab. budak-budak boleh buat kita rasa happy kot. ha ha ha ni yang rasa macam nak timang anak cepat-cepat ni.


nanti la bila senang-senang aku snap gambar Deedat ngan Faidhi letak kat sini. buat masa sekarang malas la nak amek-amek gambar ni.


oh yerr tadi lepas habis kelas, aku tak balik rumah terus. terpikir nak sedut CoolBlog, apa lagi terus la memecut pegy Sunway Carnivall. nafsu serakah perut harus dititik beratkan jugak yerr. aku rasa ni bukan first time aku buat benda-benda bonggak macam ni. dah selalu sangat rasa nya. sempat jugak aku usha-usha line kat Sunway tu..dan yeah aku nampak satu benda yang beshhh...besok ader sale!!!!


aku usha dari jauh je la. aku ingat lepas dah grab CoolBlog baru la nak cuci-cuci mata. so dengan senang hati aku pon cari kiosk CoolBlog yang terletak di tingkat paling atas tuh dulu. dah siap order, kena la tunggu dorang proses Oreo Blog aku tuh barang seminit dua..tengah dok tunggu tu tetiba jepp aku dengar ada orang jerit pangey nama aku dari belakang. ciss nama penuh pulak tu..saspens ah..sapa pulak la kenai aku ni..bajet macam drama Melayu la kan..pikir dulu pastu baru pusing. MasyaALLAH...rupanya Mybestie Nana ngan pakwe dia.


dia kemain terkejut tengok aku kat situ hahaha boleh pulak dia berdialog ngan aku macam ni :


"la Erin..buat apa kat sini ni sorang-sorang?" sambil peluk-peluk cium aku


"hehehe aku tengah tunggu CoolBlog la, baru balik dari tuisyen bosan, terus drive mai sini" tersengih-sengih aku explain kat dia.


"so lepas ni nak balik dah ka? jom la join kami tengok wayang dulu."


"a'ah nak balik la..aku mai sini semata-mata nak beli CoolBlog ja, pastu ingat nak jalan-jalan sat kat bawah tuh."


"haa jom la jalan sekali, wayang tu pon lambat lagi nak start, ni ha Daus pon nak cari jeans"


choppp!! masa aku tengah berdialog ngan si Nana ni kan..si Daus pon sebok jerr nak order CoolBlog jugak ha ha ha mesti dia tergoda ann tengok Oreo Blog aku..nak share? huff sorry la.


aku jalan-jalan kat situ pon tak lama. aku kejar masa sebenarnya..hihihi tak solat asar lagi time tu, tu yang kalut sangat. kalau tak confirm lama lagi la aku merambu kat situ..sapa kata jalan-jalan sorang tak best? best kot..sambil jalan sambil layan perasaan.


before balik tadi sempat pulak si Daus ngan Nana ada pesan kat aku suruh balik elok-elok aicehh macam la tak pernah pegi umah aku dekat je kott. ha ha ha ni bukang ganu..mung takot aku sesat, ke guane? miahahaha...mesti Daus pon heran tengok aku terconggok sensorang kat shopping complex tadi. muka tak boleh blah..macam terkejut giler. lupa pulak aku nak bagitau dia..ni bukan kali pertama aku macam ni. banyak kali dah kott.



naah ni ha..muka tadah penampar versi berminyak kelapa dara...berpeluh-peluh jalan pegi tempat parking keta baru nak snap gambar kan..padahnya muka berminyak dan tona tak sekata..dah macam iklan Garnier pulak yerr.




berjaya menghabeskan OreoBlog masa dalam keta. saja amek gambar sebagai bahan bukti.


okeh la sudah mau tidor ah. nanti esok kita membebel lagi yerr.


babai!


NotaKaki : belog dah berwajah baru..ader yang perasan tak?hehehe
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: