Wednesday, April 27, 2011

Hari Kedua Sebagai Erin Azizan.

syukur alhamdulillah.


27/04/2011 hari kedua aku bernafas sebagai seorang Erin Azizan diusia yang lebih matang. tidak ada satu kata yang dapat aku unggapkan melainkan dari bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi memberi peluang untuk aku meneruskan hidop sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. ok, ayat skema maut tak hinggat ni..


pernah dengar qoute "semakin bertambah umur, semakin berkurang usia" yepp bunyik dia macam ayat hipotesis je kan..tapi pernahkah kita terpikir maksud disebalik ayat tu? bunyi nak serius je kan... bagi aku  maksud ayat hipotesis kat atas mendalam kot. dia macam mengingatkan kita tentang hari kematian yang makin dekat. ye la  kadang-kadang kita sebagai manusia yang sering alpa dan leka ni selalu digoda oleh Lucifer dan Iblis.


time Lucifer ngan Iblis dok syok-syok menjahamkan nafsu kita, time tu la kita jadi lupa pada kematian. keseronokkan menjadi agenda utama. iman dibiarkan tergoda. kita menjadi alpa. semoga ALLAH memelihara kita.


tak da apa yang aku harapkan dalam hidop, melainkan menjadi seorang Erin Azizan yang lebih baik dari semalam. sentiasa aku doakan agar dipermudahkan segala jalan untuk aku menghadapi liku-liku kehidupan.  dan yah..aku ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-23 buat diri sendiri..semoga kau akan menjadi seorang budak perempuang yang lebih tabah Erin!


those friends yang susah payah berjaga malam just semata-semata nak call aku wish birthday, aku appreciate sangat. familyKBU yang selalu buat hidop aku happening dan kadang-kadang pening, percaya la kalian adalah anugerah yang sangat indah buat aku. my family - Abah, Mak dan Abang Chik terima kasih sebab setiap tahun tak pernah miss celeb birthday aku.


dan sesungguhnya aku teramat bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana selalu menemukan aku dengan orang-orang yang baik. terima kasih ya ALLAH!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

3 comments:

MiZi said...

tua dah akak ek.. hahahaha

Baru Lagi : Letih

H Y D E said...

tuuuudiaaa erin dah tuaaaa

Pakcu said...

erin dah tua bangka...lalala