Wednesday, April 6, 2011

Ketampanan Seorang Lelaki Dari Sudut Pandangan Erin Azizan.

oppss tajuk..over tak?



spec mata ni yang display punya..

hari aku rasa macam nak berkongsi pendapat pulak. walaupon pendapat yang bakal aku lontarkan sekejap lagi bakal meloyakan tekak serta membuat kan kau semua migrain seumur hidop, namun aku peduli hapa aku tetap nak lontar jugak..kalau takot simptom-simptom yang aku cakap tadi jadi, maka aku sarankan baik kau semua sediakan minyak hangin yang secukupnya kat tepi sekarang!


bagi aku la kan, ketampanan seorang lelaki bukan lah perlu di ambil kira dari rupa paras yang kacak saja. err kalau kau tu tergolong dalam kumpulan yang kacak, it's a bonus la. tu pon kalau kau cukup perasan-gila-babeng la yer. tapi kalau kau ni biasa-biasa  macam aku jaa, then kau patot rasa kacak sebab bagi aku lelaki yang tampan adalah merupakan lelaki yang :


@mempunyai lesen B2 DAN D yakni lesen moto dan kereta. kalau kau ada lesen kapal selam, satu bonus jugak tu, aku boleh bagi kau kredit.

@mempunyai superbike. pergh gila kau tak tampan, kalau ada superbike..bagi aku lelaki yang pandai naik super bike adalah lelaki yang terkacak di donia.

@pandai memandu kereta dengan laju. err al-maklum la aku ni kaki pecut, so aku akan rasa kalau ada lelaki yang bawak kereta dengan kadar kelajuan yang maksimum adalah lelaki yang uhhh sungguh kacak!

@pandai bermain alat musik. priority adalah kepada gitar dan piano.

@pandai bergurau dan tak mudah nak sentap. aku suka bergurau kasar, tapi last-last aku yang sentap.

@sentiasa ada tatkala (perghhh tatkala tu..) aku memerlukan. tak kira la siang ka malam ka pagi-pagi buta sebelum subuh ka janji bila aku buat emergency call ada orang nak melayan. time tu aku mesti cakap, kau memang kacak!

@alert dengan current issue. ini penting ok. untuk seseorang lelaki bergelar lelaki tampan, dia harus la mempunyai ilmu yang penuh di dada, lengan, perut serta di kepala otak nya.

@suka bersukan. bagi aku setiap lelaki wajib bersukan baru la tampan.

@kemas. walau kau ni biasa-biasa ja, tapi kalau kau kemas tak mustahil kau boleh jadi yang tertampan kat office/kolej/kelas/bilik darjah/tadika/sekolah kau.

@mempunyai otak yang gila. maksud gila di sini bukan hilang akal atau kurang waras naa. gila yang aku maksudkan otak dia sentiasa kreatif nak buat benda-benda yang unexpected. contoh panjat gunung kinabalu waktu malam hanya untuk teman aku tengok bintang...wooohhh tampan kot kalau buat macam ni.

@ada romantic look. macam mana romantic look tu? cuba buat experiment kat sapa-sapa suruh dia pandang kau dengan pandangan yang sangat manis dan misteri.....itulah romantic look.

@patuh pada agama ALLAH. as a muslim girl, semestinya aku akan rasa seorang lelaki tu tampan bila dia sanggup mendahulukan perintah ALLAH lebih dari segalanya. nowdays punya lelaki agak kurang bagi perhatian tentang benda ni.


err buat masa ni tu je la yang dapat aku list down pon. yang lain-lain tu nanti aku pikirkan yer, apa-apa pon untuk menjadi seorang lelaki yang tampan di mata seorang perempuan tak smestinya kau harus berwajah kacak kot. buat apa kalau kacak tapi perangai macam busuk macam sampah. yang penting kalau kau ada keyakinan diri dan semua point yang aku list kat atas, maka tahniah la aku ucapkan sebab kau dah berjaya kadi lelaki tampan menurut firasat aku.


err err kau semua tak migrain ke baca benda ni? adduii apasal la aku pulak yang dah migrain ni...panadol!!!!!


kbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

14 comments:

fRaMe+LenSeS said...

tu dia banyaknya,. suma abg fail la. :P hahahahaha

cikblurr said...

fuuuyoooooo.....

Pakcu said...

xda suma ciri2 tu..k fine kita clash ;p

Qamarul said...

yeshhhh aku lulus!!

tapi superbike tukar ngn motor jaguh leh x??
super gak kan? hahaha

Erin Azizan said...

@nadh
takann kot T_____T

Erin Azizan said...

@cikblurr
panjangnya oooooooooooo

Erin Azizan said...

@pakcu sofi
oke fine..see u in court

Erin Azizan said...

@Qamarul
pergh jaguh tu...boleh la..err boleh kasi pinjam taK?

wa khairul onggon said...

hehehe.. superbike tu yg fail xde.. basikal ade hehehe..

* kwn2 blogger sekalian, blog lama telah didelete kerana ada masalah dan blog baru masih menggunakan dotcom yg sama. Minta jasa baik utk refollow blog saya. Terima kasih. - http://www.onggon.com

NURUL NAZIRA said...

haha.. suke entry nie :)

JuAn NaSir said...

great opinion...tapi lebih suka memberi yang terbaik dari mgharap dari org lain...=)

azam baizen said...

haha deym

CikTomyam said...

perghhh!!!!

hadiee said...

bab superbike tu i like :)