Sunday, May 15, 2011

Terima Kasih Guru!

besok bersamaan 16MEI2011 merupakan tarikh keramat bagi semuuuuuuaaaa warga guru. 








bagi aku yang masih setahun jagung dalam bidang teaching ni mungkin masih tak berapa nak layak sambut..tambahan pulak aku ni bukan la officially lagi pon so tak payah la nak ghairah sangat Erin oiii!


mungkin ada sesetengah pihak yang akan mengeluarkan statement di atas kan, ye la bak kata orang tu, rambut sama kaler tapi hati lain-lain...tapi ann sekarang ni rambut pon dah banyak kaler kot..kau nak kaler apa, biru,merah,hijau,pink,violet,kuning semua ada you just name it dear..walaubagaimana pon aku tetap akan bersangka baik kat semua orang..tak pa aku tak kesah pon..kata la apa saja, yang penting aku bahagia. heh!







sebelum aku mengarut pepanjang lebar, apa kata aku lurus ke titik je la. dikesempatan yang tak berapa nak sempat ni (aku pulun type sambil mata dok hayun ke teevee) aku nak tarik perhatian kau semua tentang pengertian guru,cikgu, teacher, sir, miss, madam dan sebaginya.. well kau semua sedar tak, yang sambutan hari guru ni di sambut oleh semuuuuaaa warga yang bergelar pendidik. bila aku kata semua warga pendidik maksudnya seseorang yang memberikan pendidikan kepada kau secara formal dan tak salah jugak kalau aku kata seseorang yang mengajar kau secara tidak formal jugak layak digelar pendidik dan menyambut perayaan hari guru.


FYI, suatu masa dahulu pengajian agama yang dilakukan di rumah-rumah guru agama dikenali sebagai sistem pendidikan tidak formal. apa yang membezakan sistem pendidikan formal dan tidak formal ialah, guru yang mengajar dalam sistem pendidikan formal selalunya berpenampilan segak, kemas dan menarik. manakala guru yang mengajar dalam sistem pendidikan tidak formal selalunya tidak menitik beratkan sangat soal pemakaian ni. asal pakai kain sarung pon dah boleh mengajar ok! hebat bukan? 


aku bukanlah bertujuan nak mengutuk guru-guru tidak formal ni jauh sekali nak membanding-bandingkan mereka. cuma nak bertanya kepada kau semua...berapa orang dari kita yang pernah mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat guru-guru yang mengajar agama ini? pernah tak kita terpikir yang guru-guru agama ini sebenarnya jugak seorang guru? kenapa kita tak pernah nak meraikan mereka dalam perayaan hari guru? kenapa..kenapa dan kenapa? 



apa kata selepas ini kita buat pembaharuan dalam kehidupan. setiap kali tiba hari guru, sama-sama kita ucapkan jugak kalimah "Selamat Hari Guru" buat mereka. memang bunyi nya agak peliks tapi apa salahnya kan..kita tengok pulak bagaimana reaksi mereka selepas ini. aku sendiri pon teringin nak buat benda macam ni, tapi masalahnya dah tak berkesempatan. kebanyakkan guru yang pernah mendidik aku mengaji semuanya dah selamat. yang tinggal pon aku tak tau nak jejak dorang kat mana...dan saat ni la aku nak sangat cakap kalau la masa dapat diputarkan semula......


ok sudah mengarut. dikesempatan ini jugak aku nak sangat ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru aku yang dah membentuk sebahagian diri Erin Azizan sekarang. dari guru yang pernah mengajar aku mengenal aliff, ba, ta..satu,dua,tiga..a,b,c...one,two,three..semuanya aku takan lupa. bagi aku jasa mereka sangat besar dan semoga ALLAH akan sentiasa melimpahkan segala rahmat yang ada buat mereka. baru aku sedar tugas mengajar bukanlah satu tugas yang ringan dan mereka seharusnya berbangga kerana mereka adalah insan yang terpilih dan peranan mereka itu lah yang membolehkan anak-anak bangsa sekarang menggenggam cita-cita untuk menjadi manusia berguna. 








Terima Kasih Cikgu! 





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

7 comments:

Muslimah Optimis said...

senyum..sudah tukar templet

naqiah said...

pnjang entry... samat hari guru erin!

mikro_kokus said...

anak murid cikgu comey2...... hehe~

Qamarul said...

panjang plak citer kou.. haha aku dulu cikgu tuisyen. leh kira cikgu x?? haha.

papepun happy anniversary.. ehhh silap.
selamat hari guru.

Akulah Pak Lan said...

Selamat hari guru..

ieda CUMA said...

slmt hri guru..!

H Y D E said...

great post. tambahan ada pic zaman muda2 erin. kuruihnya~