Sunday, June 26, 2011

Segmen KBU, Jom kembali ke sekolah!

jooom kembali ke sekolah! dah tua-tua cam gini nak kembali kesekolah apa nya kan? dah buang tebiat gamaknya?..agak-agak ada tak orang yang akan cakap macam tu? personally aku tak rasa ada sebabnya kebanyakkan orang walau secebis mana sekalipon mesti terselit impian untuk ke bangku sekolah balik. benda ni seriusly terjadi kat aku sendiri kot. dulu atau lebih spesifik masa aku darjah 4, aku memang budak yang paling pemalas di alam semesta nak pi sekolah. hari isnin kompem aku tak pi sekolah sampai cikgu disiplin time tu pon dah cukup masak ngan peragai aku sebab dia salah sorang cikgu yang mengajar aku.


ok yang atas ni adalah mukadimah aku untuk segmen dari KBU. sebelum aku betol-betol buat autobiografi yang beratus-ratus mukasurat moleklah kiranya kita proceed ngan soalan-soalan segmen tu dulu naa....


1. Mana Paling Best, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah?


secara jujur aku lebih suka untuk jadi budak sekolah rendah. aku rasa zaman sekolah rendah aku sangatlah interesting gilaaa. masa sekolah rendah aku agak glamer la jugak. time tu perangai nakal tak ingat dunia ngan baik-baik kucing seimbang kot. aku buleh jadi senakal-nakal makhluk dan aku jugak buleh jadi sebaik-baik makhluk mengikut keadaan. sapa kata budak yang malas pi sekolah selalu nerd, jahat, lembap? coihhh aku dah membuktikan semua tanggapan itewww silap belaka. buktinya aku..aku walaupon malas ke sekolah tetap glamer ok. mana tak nya dulu pantang ada event ja kat sekolah kompem aku akan join. dari pertandingan berpidato, perbahasan, nasyid, koir, main kompang sampai la jadi player sekolah untuk game netball, handball semua aku tibai licin. tu tak termasuk lagi pengawas pss lah...ajk kelab itu la kelab ini la..memang pulun jugak la..


2. Pengalaman pahit.

ni pon masa darjah 4 jugak la..pahit tu tak berapa nak pahit sangat la cuma kelat sikit ja. al-kisahnya aku ni dulu memang budak yang pi sekolah jenis pakai baju kurung jaa tudung tak pakai. iteww kira ok gaks tu sebab aku dah berjinak-jinak pakai baju kurung kalau tak tu memang pinafore tu pakaian wajib ah jawabnya. okok berbalik pada cerita kelat aku tu eh...entah macam mana pulak la kan..masa aku darjah 4 tu ada la satu Ustaz yang baru transfer ni kena mengajar kelas aku. biasa la..dah nama pon Ustaz baru makanya ada la pendekatan baru yang dia nak ketengahkan. benda paling obvious yang dia nak ubah ialah, dia nak semuaaa budak-budak pompuan especially yang tahap 2 ni pakai tudung! mula tu aku tak terkesan pon dengan arahan bertudung ni tambah-tambah pulak time tu bestpren kanak-kanak aku si Noo Oor tu pon jenis yang hardcore macam aku gak. sampai kesudah kami berdua bertahan ngan imej tidak bertudung. sampai la di satu pagi yang hening sewaktu aku melangkahkan kaki ke dalam kelas...mata aku tertancap pada sebujur wajah Noo Oor yang ada mix chinese tu. bapak laaa...dia da pakai tudung kot! hari tu jugak aku call mak aku suruh belikan tudung. esoknya terus jadi muslimah sejati. tapi aku ngan Noo Oor ni jenis sepattern. pakai tudung time sekolah ja..habes sekolah habes la. nak dijadikan cerita kami ni player netball sekolah. tiap kali tournament memang tak pakai tudung pon...entah macam mana masa game tengah dok jalan Ustaz tadi ni buleh mai tengok kami main pulak..besoknya aku pi sekolah memang kena perli kawkaw la jawabnya. tapi dah dasar aku ni memang hati kering hang pompang-pompang pi la macam mana pon..aku buat derkk jerr.


3. Pengalaman Manis.

pengalaman manis masa jadi player untuk handball. aku ni salah sorang player harapan kot untuk game handball. bunyi macam riak sikit la kan tapi itu la hakikatnya harharhar. mana taknya cikgu aku tiap-tiap petang dok fokus kat aku kot. hari-hari aku dilatih untuk buat balingan yang supernatural..eh silap..superpower. disebabkan aku ni player harapan, maka semua player lain termasuk cikgu dok harap kat aku la. masa first day game buleh pulak aku terlepas bus..mujur cikgu aku bertanggung jawab dia bawak la aku pi tempat game tu. sampai-sampai kat sana semua player sekolah aku bersorak kot sebab depa ingat aku tak main..ceh time tu rasa macam juara la pulak..padahal game start pon belom..ala besa la nama pon ayam tambatan..mesti la dinanti-nantikan..harharhar..ok poyo sangat!


4. Subjek Digemari.


aku paling suka sejarah. orang cakap sejarah bosan. memang bosan pon tapi aku suka. dari form3 sampai form5 aku maintain cemerlang sejarah. pada aku sejarah ni senang kot. apa yang kita baca kat buku yang tu la yang keluar..sampai satu tahap tu masa spm aku rasa esei aku memang photostat sebijik-sebijik buku teks sejarah..bayangkan la macam mana aku pulun hafal tu ayat sikit pon tak ubah...lagi satu time sekolah dulu aku memang suka menghafal jadi subject yang kena hafal ni..memang serah kat aku la.


5. Subjek Yang Tak Digemari.

err aku paling menyampah tahap cipan kat add math ngan fizik. mujur kimia tu tak banyak calculation. kalau tak ngan kimia-kimia pon akan masuk list subjek yang aku tak suka. otak aku power bab nak menghafal tapi slow bila tang nak buat calculation. syukur jugak la masa aku form5 aku jumpak cikgu-cikgu yang terbaik dari ladang. semua masalah calculation aku dapat diatasi. walaupon macam agak terlambat tapi sebab aku pulun alhamdulillah la..result aku santai tapi sempoi aaaa..


 meja bertuah aku masa SPM hohoho



last day sekolah tengok tu gengster tak hingat kot dok atas meja lagi..


sampai sini je la eh..nanti ada masa kita bukak lagi kesah dizaman sekolah aku yang happening ni. so those yang nak join buleh tekan SINI ok. dan sesapa yang dari Utagha tanah air ni yang teringin nak beramas mesra ngan #retis KBU buleh la tekan banner KBU kat sidebar aku tu yerr.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

8 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

keh3........

mantap tu

Pakcu Sofi said...

haaaa kantoi kat meja tu tulih ada ailebiu! haha eh kerusi xdak dah ka dok atas meja tu? ;p


thanks join!

►AdamXis◄ said...

assalam...suka masa sek menengah...ouwh, sejarah slalu cemerlang eyh.skrg amik law ke?...huhuhu, biasa org law kuat sejarah

Latest : ►Informasi : WhoCalledMe? Report Nombor Hantu

LK said...

ehh KBU ni just utk org utara ke?org dok utara xleh ke?alaaaaaaaaaaaaaa

♥yaya budak suka embun♥ said...

wow..best nya...kami pun men handball gak dlu :D

cintatulip said...

perghh,.. muka sama ja.. hahah

nadzli azlan said...

rindu sekolah !!

pha is said...

apesal nama ada pkataan al-mashoor? dulu skolah kat mashoor pompuan ka?
hehe