Thursday, March 22, 2012

Ikan Bakar Ikan Kukus, Aku Memang Kena Kurus!

al kisahnya pada suatu malam nan indah sewaktu di bulan febriwari tatkala bulan tidak mentampakkan dirinya aku dan dia duduk-duduk sambil mengeshare lappy..memasing sibuk nak tunjuk itu dan ini kat dalam fb. al maklumlah dah lama tak jumpak opkos la banyak yang perlu disharekan. sampai la satu ketika tatkala dia membrowsekan semua wall photosnya. jarinya terhenti pada satu gambar yang sangat nostalgia. nostalgia kerana pada sekeping gambar itu terdapat cerita bahagia di dalamnya. aku curiga. dalam banyak-banyak gambar kenapa gambar itu yang dipilihnya?..dalam banyak-banyak manusia dalam gambar tu jari nya hanya di point kan ke arah aku. aku yang dulu.. komennya ringkas dan padat tapi terbakar jugak la kalori aku yang mendengar ni. tiba-tiba ja aku rasa seperti ada semangat baru..dan tiba-tiba jugak aku rasa seperti terjaga dari tidur yang sangat panjang...alamak ayat dah masuk ayat novel ni...choiii...okay mesti semua nak tau gambar apa kan..let me share this pic...




nak tau dia komen apa time tengok pic ni... tengok ni your peha..it's so small. perghh perghhh dalam hati..as-sabarul minal iman ja la..haha tapi kena tima kasih kat dia jugak aaa kalau dia tak komen macam tu sampai la pon aku macam tak kesah sangat la about my weight ni. well kat picture tu siap stated tarikh and time..and this picture was taken at Kuala Perlis.


lepas tengok gambar ni aku rasa terus berkobar-kobar nak get in shape balik. i have to work out..very hard la nampaknya.. i dun care about foods anymore. tu la padahnya dulu ikutkan hati sangat..putus harapan nak hidup la..putus asa dengan diri sendiri la..putus kasih la..putus harapan laa sangat depressed kot time tu. kena pulak aku ni emotional eater..padah aaa...semua aku hadap. paling best lagi time tu aku dah balik dok kat Penang ni..tahu ja la kan Penang ni syurga makanan...mana-mana pegi pon kompom ada makanan sedap-sedap. kononya dulu ni..nak balas dendam aaaa makan semua makanan yang aku tak penah dapat kat Perlis.and now aku dapat laa natijahnya sebab makan sangat. seingat aku dah setahun lebih jugak aaa aku tanggung berat badan berlebihan ni.


tak kesah la macam mana pun. janji aku dah ada kesedaran nak kurus balik. petua aku mudah ja no more nasik. aku memang dah ditakdirkan tak buleh makan nasik gamaknya. dulu time aku giat berdiet memang aku tak makan nasik langung. makanya aku guna pakai balik aaa formula yang sama tapi ada add on sikit..kena aa heksersais..jogging, aerobik,skipping,buat senaman ringan. pada masa yang sama kurangkan makan..seriuss aku memang kurang makan dah.. i only eat fruits especially green apple and plain water, tengah hari secawan nestum tu pon aku bancuh cair supaya tak rasa manis langsung....yerksss memang nak muntah aaa menu yang aku modified ni..tapi nak buat macam mana terpaksa aaa Beauty is PAIN you know.







and last but not least aku jadikan diri aku sendiri yang dulu laa sebagai pembakar semangat. moga-moga terbakar la segala lemak-lemak yang ada ni...aminnn!


#let me share ada sorang ni dia jadi pembakar semangat aku jugak..nak tengok cita succes macam mana dia buleh kurus boleh klik Diane Sera perghh gilaaa kot budak ni work out..cita terbaru dia nak flat kan perut dia lak in 3month..so gud luck girl!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, March 1, 2012

Vanilla Muffin Yang Sumpah Senang Giler Nak Buat.

holaaa guys..it's been a long time since i wrote anything here aite..sumtimes ada jugak keinginan nak update tapi macam tu lah bila bukak ja blogger draf terus rasa macam blank, blur, pening pala hilang pedoman seminit..last-last give up terus malas nak update..sian belog aku kan..ni kalau manusia dah lama orang pangil rangka hidup gamaknya..


aku tak paham la lately ni suka sangat nak bake sumthing..baru minggu lepas aku bakaq kek..hari ni rasa macam nak bakaq lagi. tapi takmau la buat kek dah..muak haihh nanak pulak kek cokelat..sumpah aku dah tak boleh hadam. makanya tengah hari tadi tatkala kesorangan melayan perasaan, tiba-tiba ja datang idea nak buat muffin ala-ala kenny rogers. sepantas kilat aku bukak buku resepi..cehh buku resepi kan..desa sangat!


mula-mula ingat nak pegi kedai bekeri beli cup untuk muffin..yolah kata nak buat ala-ala kenny rogers kan..haruslah cup tu kena besaq. lepas tu rasa malas la pulak sebab aku tengok kat umah ni ada lagi cup yang lama..pakai yang tu sudah lah..bahan nak buat muffin tu pon aku pakai bahan-bahan terbuang ajeww hak hak hak..ala bahan yang lebih masa buat cokelat moist minggu lepas punya laaaa. ok the truth, aku malas nak drive pi kedai bekeri..malas amat sebab terpaksa tempuh terefik light yang sangat terrific..T_____T



THE RECIPE




 VANILLA MUFFIN 


BAHAN-BAHAN

  • 8 tbsp mentega/majerin/butter -dicairkan (sayer guna butter)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar (sayer guna susu cair)
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

CARA-CARA

  1. Gaulkan semua bahan hingga sebati
  2. Isikan adunan tadi dalam cup muffin
  3. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 ikot masing-masing punya oven okay

#boleh campur ngan coklat chip atau kepingan badam kalau nak kasi dramatik la..kalau nak buat koboi macam aku punya pon okay..tarak hal.


tadi ADAM ada tanya apesal muffin ni kembang, tembam, tinggi semacam..ha ni la rahsianya..isi sampai penuh cup dengan harapan muffin ni akan naik setinggi-tinggi alam..kan dah cakap nak buat kenny rogers style kan..=)


yaaa caturan menjadi..muffin berjaya membesar dengan subur..tatkala ini si pembuat muffin tersenyum sampai ke telinga


lihat laaa doniaaaa!! erhhh macam apom senyum punya rupa kan.








See senang kan step nak buat muffin ni. bahan pon tak banyak guna dan yang paling best muffin ni memang cepat la kalau nak buat kot-kot la ampa ada terima tetamu tak diundang ka lapaq ditengah malam ka..buleh la try resepi ni. kalau nak cerita bab rasa muffin ni aku suggest ampa try pi beli muffin yang kat Kenny Rogers tu..pastu sendiri buat comparison...baru tau meletop ke tak Vanilla Muffin ni..so guys takan tengok ja kot..sila la cuba...=)




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA