Friday, November 25, 2011

A Glimpse Of Aamir Khan.

a big hug and also jambu



previous entry aku ada sebut yang aku tengah ketagih dengan Aamir Khan kan? okay okay..aku tau sum people mesti rasa macam eyewwww groossss sangat tengok cita Hindustan...karat tau...hah karat marat..to hell la sume tuh..yang pastinya ketagihan aku ni dah tahap nazak..rite now kau boleh jaa tanya apa maklumat pasal Aamir Khan...semua aku hafal macam aku hafal buku sejarah SPM dulu...perghh sebenarnya aku agak kagum jugak la dengan pengetahuan aku sekarang ni...penuh informasi terkini pasal Aamir Khan..hahaha.



kalau Mikro ngan Abang Naim dah specialised dalam arena Japan punya muvie...maka aku pulak dengan bangganya nak memspecialised kan diri aku dalam arena Hindustan punya muvie pulak...tapi Aamir Khan punya muvie je la. muvie-muvie hindustan yang lain aku belom mendevelopkan minat hew hew hew.



dalam banyak-banyak cita yang Aamir Khan belakon..aku paling minat sekali cita Fanaa. penah sekali tuh selama 3hari berturut-turut aku dok tengok cita tuh jaa...sampai kan pi sekolah pon tak senang sebab dok teringat nak balik pasang cita Fanaa...memang kritikal gila time tu...aku ni selalunya payah ah nak spent masa berjam jam untuk tengok muvie...tapi bila dah kena penangan Hindustan ni aku dah tak kesah kalau nak spent sploh jam pon depan lappy....perghhh dunia dunia...




ni first appearance dia masa dalam cita Fanaa..walaupon agak serabot...tapi tetap hensem dihatiku lalala



yang ni masa dia dah jadi terrorist...lagi kacak kot time jadi terrorist ni...nak-nak pulak masa dia act dekat KLIA tu...perghhhh versatile habesss owh..kalu la ada lagi sepuluh orang terrorist yang kacak macam ni mesti  banyak pompuan yang willing nak jadi Zooni Ali Beg tu kan...termasuk la aku sekali hahaha!




dalam koleksi aku sekarang ni masih berbaki 6 muvie Aamir Khan yang aku belom tengok..rasa macam sayang pulak nak tengok semua sekaligus..thats why aku hold sekejap..cari gali lagi muvie-muvie dia yang lain..buleh dikatakan koleksi muvie yang aku ada ni dari yang old muvie sampai yang paling latest cita Dhobi Ghat tu aku ada. appearance Aamir Khan dalam muvie Ghajini memang terbabow ah...body dia time tuh buleh beat ngan Salman Khan kot..buleh buat hati wanita-wanita sedunia cairrrr wa cakap lu...




Ghajini look



seyes tak nampak macam forty sumthing pon...awwwwwuuummm



okay okay enuff. aku rasa cukup la aku meraban pasal menda alah ni. aku penah confess kat Wani pasal ketagihan melampau aku ni. walaupon aku tau beliau macam...ah sudah budak ni dah buang tebiat...tapi aku apadehal..aku cita jugak tak kesah laa aku dah memalukan beliau dengan ketagihan aku ni..janji dia ja yang tau...orang lain tak tau...hahaha.



NotaKakiErin : errrr best jugak enn cita hindustan ni....semua cita nak good good aja..
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Hutang Tag Yang Dah Terlangsai.

first of all aku rasa macam awkward gilaaaa nak update blog pada hari ini..choiihhh! ye aku sedorr aku dah lama mentinggalkan dunia belog...hatta dah berminggu-minggu kot since my last entry. to tell the truth aku sebenarnya memang totally tinggalkan dunia blogging...jangan kan kata nak blogwalking nak enter blog sendiri pon aku rasa macam boring..so thats why la aku pinggir kan sekejap...sekejap je..tak lama pon kan? hew hew hew~



yang mencetuskan keinginan nak update ni sebab aku baru teringat yang aku dah terhutang tag dengan sorang blogger hyper active ni. dia dah tag aku lama...tapi baru hari ni aku nak jawab...heyy at least aku ada effort kot nak jawab..bak kata orang kampung seberang better late than never kan??? am I rite people?..wakakakka speaking kaww Mak Jemah!



so proceed now...ehh japp benda alah ni ada rules...if not mistaken dari apa yang aku paham depa nak suruh aku terangkan serba sedikit background aku sebanyak sebelas point. Sebelas point??okay aku serius tak paham apa kaitan sebelas point ni dalam sesi tag kali ni...papa hal pon follow je lah!



THE INNER AND OUTER LIFE OF MINE.








1. tahun kelahiran aku ialah tahun 1988...pada bulan 4.


2. mostly bila aku sebut nama glam aku mesti people curious nak tau nama asli aku kan...mimpi je lah kalau kau pikir aku nak bagitau nama penuh...aku lebih senang orang kenal aku dengan nama ERIN...fullstop!


3. currently aku merupakan penggangur yang bangun pagi, bukak tudung saji makan dulu lepastu mandi and then baru la menghadap laptop sampai ke pagi esoknya. what tu du...sekolah tengah katup sekarang sebab tu la aku takda keja...but I swear yang aku tengah cari part time job untuk hilangkan busannnn...oh sekolah kenapa kau perlu tutup?????...kan aku dah kehilangan pekerjaan...sobbssss!


4. aku percaya yang number bertuah aku ialah number 6. errr macam khurafat sikit...ok kita tukar lah..bukan number bertuah..number kegemaran...hehehe


5. aku ada sorang adik laki yang berumur 15 tahun..dan kalau kau nak tau, besok aku nak post dia selama beberapa hari masuk kem. yahhooooo aku tak sabar nak hantar dia pi sana hoiii.


6. dalam rumah aku ni buleh dikatakan aku sorang ja yang mengkongker pengunaan internet...oh yaa aku tak reti nak eja konker dalam bahasa inggeris dan yaaa aku malas nak semak ejaan kan gugel translate...buang masa.


7. sekarang ni aku addicted sangat ngan Aamir Khan...yerppp bunyik macam groooossss sangat kan...nak buat macam mana aku banyak sangat masa terluang sampai kan..muvie pertama lakonan Aamir Khan tahun 1988 yang dababoom tu pon aku dah download...sekarang ni dalam koleksi aku memang banyak aaaahhh cita yang Aamir Khan belakon..sapa nak, sekali sedut 10 hengget...amacam??


8. kafien adalah makanan ruji aku setiap hari..nasik tak makan seminggu takpa...tapi bukan kafien.


9. aku dah deactive fb lebih kurang 2 bulan yang lalu. well honestly aku tak menyesai pon deactive...sebab aku gain nothing thru fb...ohh yaaa aku lupa aku ada bff yang super cool kat fb...eventho aku dah tak berfb dan tak memegang status sebagai salah sorang admin di bff blogger tapi..bff aku tetap sayang kat aku....okay macam tak da point pulak sembang bab kasih sayang kat sini...sigh!


10. dua tiga hari yang lalu aku mengalami tekanan hidup sebab aku dah tak boleh nak mendownload...I mean bukan tak boleh langsung..boleh actually. tapi lambat macam siput sedut..kau bayangkan lah file yang bersize 200MB buleh amek masa sampai 21 hours nak setel....tak ke memberi tekanan hidup namanya tu? aku pakai stremyx..as far as I know..streamyx kan unlimited untuk download..masalahnya sekarang aku surf internet okay ja tak da la lembab tapi nak download amek masa yang lama....kenapa eik?? aku harap ada la yang boleh jawab soalan aku ni..


11. okay last point..actually aku dah takda point nak meraban...cukup la kalau kau semua tau yang aku ni kalau dah setat membebel kompem tak leh berhenti...sebab tu la aku ni friendly(up diri sendiri).



SOALAN DARI BLOGGER HYPER ACTIVE.


1. ampa kerja/belajar kat mana.

-dulu belajar kat Arau. sekarang keja kat area-area Penang jerrp..ikot la mana PPD hantar situ la aku pegi.


2. kenapa ampa berbelog?

-perghh soalan nak sama ja macam soalan peberet Abang Nadh. okay jawapan aku tetap yang satu...tak semua soalan ada jawapan...har har har.


3. sekarang kan fenomena vlog sedang melanda blogger-blogger, adakah ia satu perkara yang wajib yang harus ada di dalam blog?

-pada hemat aku, it's no necessary untuk ada vlog dalam blog. percaya tak kalau aku cakap orang yang mampu bervlog ni sebenarnya gifted? I mean tak semua orang boleh bercakap depan camera sorang-sorang macam dia tengah bercakap dengan orang secara live...tapi kalau sekadar nak mengikut trend tu aku sarankan kan baik tak payah la nak bervlog....buat orang maki kau je kat youtube tu....


4. baju warna apa yang ampa pakai ketika menjawab soalan ini?

-baju kaler putih tertera perkataan "Touch In Penang Island"



5. apakah yang belum apa capai lagi dalam hidup ampa selama ni?

-aku baru nak mula hidup...banyak sangat yang belum tercapai dalam hidup....


6. berapa saiz seluar ampa?

-aku pakai seluar getah...taktau pulak saiz berapa sebab tak da pon kat belakang seluar ni...har har har...nice question!


7. apakah warna berus gigi ampa?

-kaler hijau...tak cantik pon...


8. are you single?

-yes I am...


9. bila nak kawen?

-bila dah ada calon, duit cukup, matlamat tercapai..cita-cita dah terlaksana. well im quite serius bila cakap bab kawen mawen ni..bukan apa kalau kita ni nothing jangan la mimpi nak kawen awai naa at least capai dulu  impian kita...baru la 50 tahun akan datang waktu kita dah terlantar di katil hospital tunggu nak mati kita tak menyesai.


10. nanti kawen, agak-agak tema warna apa?

-hemmm aku suka gila kaler purple...most probably wedding theme aku nanti akan berwarna light purple...


 11. ampa sayang cycy dak?

-errr adakah ini sejenis soalan???



RULES OF THE GAME.


1. Post this rules

2. Write 11 things about yourself

3. Answer the question that the tagger have set for you

4. Create 11 new question for the people you have tagged to answer
5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
6. NO TAG BACK


okay disebab kan kemalasan yang amat sangat maka aku dengan suka hatinya nak menderhaka rules number 4 & 5. bukankah rules are made to be broken??har har har so those yang terasa ingin nak buat tag ni..dialu-alukan tanpa sebarang paksaan....TQ~~


kaver depan Cinta Elysa next season..lalalala




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, November 11, 2011

Patot Pergi Meninggal Jerr.




aku paling menyampah dengan orang yang suka take advantage atas kebaikan orang lain. aku tak cakap la aku ni banyak la sangat tabur kebaikan kat orang tapi sebagai manusia yang ada akal ni..opkos la aku agak senang -nak deal kalau orang mintak tolong apa-apa ngan aku.



sebab kebaikan aku tu la aku sanggup diperbodohkan atas ungkapan manis tapi berbisa-kitakan kawan. dulu penah sekali aku biar diri aku jadi macam lembu..aku turut jaa kemahuan orang especially those yang suka dok claim kata dorang tu bff aku. at the end of the day..aku dapat tau that orang yang suka dok claim kata dia bff aku tu adalah seorang backstabber. aku learn sumthing jugak la masa tuh.



lepas dari kes tuh aku dah jadi kurang berminat nak buat kawan dengan orang baru. serius memang aku malas gilak. aku banyak tumpu kat bff aku yang lain. yang betul-betul ada time aku up and down. yang betul-betul boleh ada dengan aku time aku susah yang tau apa maksud true friend tuh. among of them pulak ada lagi sorang yang suka nak take advantage. aku tak paham la kenapa aku boleh ada kawan yang macam tu dan sekali lagi aku sanggup tadah tangan aku nak hulur bantuan kat dia. and I hate that!!!



bila aku pikir-pikir balik, baru aku teringat sumthing. sebenarnya aku sedar masa orang sedang nak meng take advantage kan diri aku. tapi kenapa aku turut? sebab aku rasa kalau bukan aku yang nak tolong dia sapa lagi? mustahil nenek dia yang nak bantu kan?? lagi satu aku jugak cuba nak jaga reputasi dia dimata kawan-kawan yang lain. sebab tu aku tolong. but now...aku dah realised yang aku sepatotnya dari dulu lagi biarkan dia mati kering macam tu apa.



kenapa?



sebab sekarang perangai orang tuh dah makin menjadi-jadi. nak kata susah, aku rasa hidop dia jauh lebih senang dari aku. Allah dah kurnia kan dia dengan segala kesenangan yang ada. tapi still perangai lama dia tetap melekat..suka take advantage atas kebaikan orang lain. paling tak masuk akal, dia tak dapat nak take advantage diri aku, dia cuba pulak nak take advantage bff aku yang lagi sorang. agak-agak ann orang macam ni patot kena maki ke patot pergi meninggal? aku tau dia nak amek hati aku dengan cara berbaik-baik dengan bff aku yang lagi sorang. well jangan ingat aku bodoh. aku takan biar benda tuh jadi. dan kami takan biarkan diri kami diperbodohkan oleh kau.



aku dah start pikir nak off semua connection yang buleh buat dia jumpa aku. sedangkan fb yang macam jantung aku tuh, selamba badak ja aku buleh deactive ini kan pulak number phone..apadehal la sangat. even blog ni pon aku nak tukaq url nanti. biaq sampai ke lubang kubur dia cari aku tak jumpak dah lepas ni. aku tak menyesal nak buat semua ni, tapi aku menyesal sangat sebab aku terpaksa buat semuaaa benda ni atas sebab yang tersangat benggap.



so guys aku nasihatkan korang semua nanti kalau nak berkawan..bukan bijik mata luas-luas. kalau dah nampak gaya kawan korang tuh macam tak boleh pakai jaa...baik la dari awal lagi korang angkat kaki..jangan jadi macam aku nak buat baik la hape la...simpan ja la baik korang tu kat mana-mana. dekat dunia ni kebaikan yang kita buat selalu dibalas dengan kejahatan..renung-renungkan dan selamat beramal!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Kami Tak Bodoh.

Dont let yourself fooled!



will fight back!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, November 10, 2011

Tentang Bulan.

hari ni bulan cantik sangat. too bad. aku tak da kemera 'besar' yang dapat capture bulan dari angle yang chun.






dari kecik lagi aku suka sangat tengok bulan. dari keck lagi memang dah jadi sifat aku nak tengok bulan sorang-sorang lepas tu berangan macam-macam sampai la dah tua bangka macam sekarang...one thing yang aku ingat sampai sekarang ialah dulu masa keck-kecik aku selalu pikiaq yang bulan tuh suka kejar aku. everytime aku jalan, aku tengok bulan mesti nak ikot aku..bila aku lari, makin laju pulak dia kejar..bila aku berhenti dia pon berhenti sampai satu time tu aku tanya mak aku kenapa bulan ikot aku? jawapannya.....hahaha tak challenging la kalau aku bagitau kenapa..it's a secret between me and my mum...syhhh!




sekarang pon aku suka sangat tengok bulan...walaupon aku dah sedia maklum permukaan bulan tu macam mana tapi still aku rasa bulan tu sangat gorgeous bila sampai wakti bulan penuh. i wish that satu masa nanti bila bulan penuh aku dapat berbaring atas rumput yang luas yang dapat view bulan sampai la bulan tu hilang sendiri...
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, November 3, 2011

Pre-Raya Haji Shooting!

hammbooiii kemain tau tajuk. memang lapar nak makan penampar hempatpuluhratusribu tan kot!


shoot la sangat. shoot bajet aja pon.













btw ini gambar masa hari raya aidilfitri yang pertama tahun ni. rajen pulak kan aku nak shoot shoot pre-Raya Haji kan..ah takda maknanya. baju raya pon aku tak siap ni kan pulak nak shoot lain kali ajer lah. kat ats ni semua cousin aku. actually ada ramai lagi tapi masing-masing tak sempat nak jumpa raya kali ni. ye la makin lama makin ramai yang dah berfamily sendiri so yang ada ni pon just kami-kami je la yang belom berfamily sendiri.



kami dah rapat sejak dari kecik lagi. yang aku tau, celik ajerr bijik mata aku kat dunia ni tengok-tengok dorang dah ada sekali ngan aku. so mungkin sebab tu la kami rapat sampai sekarang. otak pon lebih kurang jugak semua. eh japp...aku raser  most of cousin aku semua perangai senget cam hakuu kot. masing-masing kalau bercakap tak payah pasang speaker dewan..memang kalau orang tuu duduk sebatu pon boleh dengar suara kami..kah kah kah...now baru aku sedar yang kami ni memeiliki gen suka cakap banyak ngan memiliki pitch suara yang agak tinggi!



haaa lagi satu, kami ni jugak memiliki gen perasan-suara-sedap-tak-sedar-diri yang agak ketara. kalau tak caya try ah lepak ngan kami..kompem kami heret kau semua masuk karok..beradu suara. sedap tak sedap belakang kira! jom???



last but not least, budak yang kat bawah ni sedang diasuh untuk menjadi diva seperti kami...







amacam ada gaya diva-diva terunggul tak? eh...terunggul ke tunggul? 
ok dah.





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Rindu Boyfriend.

The Three Muskeeteers



rinduuuuuunyaaaaa kat boboish 3hoorang nih! selalu kalau keluar ramai-ramai mesti aku stuck naik keta sekali ngan depa ni. macam-macam peel ada..2orang dah memang fanatik Japon. yang sorang lagi tu old skool sikit...apa-apa pon kombinasi mereka bertiga kadang-kadang mampu untuk membuatkan aku nak ketuk kepala sendiri...



kalau nak tau sebabnya kena ah naik keta ngan depa ni..baru la tau sendiri..



ok chiao!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Perhatian kepada sesapa yang follower dia belom cecah 5ratus lagik boleh la teruss mengkelik banner di bawah ni untuk menjoinkan diri dalam segmen C-Genk. semua syarat-syarat segmen ada kat situ. So selamat bersegmen lah yerrr.




aku dah. korang bila lagik???
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, November 2, 2011

#2 Wordless Wednesday.





On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description -Answer.com



NotaKakiErin : Dah nak raya hoiii!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, November 1, 2011

Sweet November.



Do you want to be my November?

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

I Gave My Love To Erin.

selalunya nama pompuan sering dijadikan tajuk atau lirik dalam lagu-lagu melayu atau internasionale. sadarkah anda nama yang berunsurkan ke-Maria-an selalu ja mendapat sentuhan komposer-komposer terkenal dan jugak kurang terkenal..nama Maria itu sendiri sangat internasionale.



so disebabkan iteww lah jugak aku dengan gigihnya mengugelkan diri carik kot-kot la ada nama aku diabadikan dalam mana-mana lagu. dan hasil pencarian aku iteww telah menemukan aku dengan sebentuk lagu engrish ini...nak dengar kalu, sila play naa.





dah dengar? bestt takk? keh keh keh...walaupon tak semegeh lagu Ave Maria...tapi lagu ni tetap berjaya membuatkan hidung aku kembang kempis untuk 30 saat pertama....hak hak hak kau ade?



aku selalu berangan nanti kalau dah cinta baru, aku nak encik cinta buat satu lagu jiwang tahap 24karat menggunakan title nama aku. buleh aku buat ringtone henpon terus..perghhh seronot tewww!



Nama saya Erin, sedang mencari bakal suami untuk masa depan. sudi jadi suami saya? keh keh keh...





NotaKakiErin : psstt gambar cun sebab edit okeh. kata nak cari jodoh kena ah letak gambar cun-cun *dang!!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA