Tuesday, May 31, 2011

Lelaki Menangis Memang La Sweet Tapi....

ini cerita pasal semalam, tapi sengaja aku post hari ni. entah la aku rasa macam tak puas hati jepp selagi tak post benda ni..yapp perangai aku pon buleh tahan keji jugak.



sapa dengar hotfm panggilan hangit semalam?




well honestly aku cakap instead of nak tergelak, aku rasa nak hentak kepala kat dinding pon hado. aku curious gila la kan zaman sekarang ni masih wujudkah lelaki yang sanggup menangis disebabkan cinta?



kalau ada err gud for him la kot sebab dia menghargai cinta...dan bagi aku pulak, aku tak suka lelaki menangis disebabkan cinta...bagi aku kalau ye pon lelaki ni selemah-lemah manusia aku rasa lelaki tu patot sorokkan air mata dia. tak perlu menangis...cuba tangani masalah dengan akal jangan terlalu guna emosi.



mungkin disebabkan aku dibesarkan secara tegas dan aku tak pernah tengok air mata lelaki kot sebab tu la aku macam tak buleh terima bila aku nampak lelaki menangis..benda tu sangat weird bagi aku. well anyway well itu pendapat aku, pendapat ampa aku tak tau la pulak macam mana. kalau rasa nak share opinion buleh leave a comment below =)



akhir kata, chill la weh!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, May 30, 2011

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

assalamualaikum semua!

------->>entry hari ni adalah entry spesel sempena nak join contest special dari akak misteri a.k.a MO kenapa akak misteri?hooo biarlah rahsia. sebelum tu saya nak mohon maaf yerr andai kata penyertaan saya ni yang paling lewat sekali. jujur saya cakap, yang saya join contest ni hanya semata-mata untuk menunaikan jemputan dari pihak MO sendiri, soal menang tak menang tu memang saya tak ambek pot pon. maaf sekali lagi kalau ada pengunaan bahasa rockers dalam entry ni, sememangnya saya agak kurang arif sikit bab-bab nak menulis dengan serius.




Aku ingin berubah. tajuk yang boleh dikatakan agak mendalam maksudnya. dan tak salah kalau aku cakap yang tajuk betul-betul menyentap jiwa aku. secara peribadinya aku mengaku yang aku bukanlah seorang budak perempuan yang baik lagi bersih dari segala kotoran dunia. bukan senang untuk membuka pekung di dada sendiri sebenarnya, berkali-kali jugak aku pikir kan mengenai benda ni tapi takpa lah sekadar renungan bersama apa salahnya.


sepanjang hidup aku jarang rasa makna kegagalan. atau lebih senang lagi aku jarang tak dapat apa yang aku mahu. kadang-kadang aku pikir disebabkan benda ni jugak la aku rasa sombong. aku pada zahirnya memang la tak sombong dengan orang tapi aku sombong dengan diri sendiri cepat bangga dengan apa yang aku dapat. dan tak salah kalau aku cakap musibah yang aku dapat tahun lepas berpunca dari sikap aku sendiri. tak perlu kot aku bonggarkan benda yang selama ni aku cuba lupakan. yang penting I have learned my lesson bak kata orang Pulau Pinang.




bukan senang untuk bangit dari satu kegagalan dan menjadi seperti aku yang hari ni. berbulan-bulan aku cuba bangkit kadang-kadang aku tergelincir tapi Tuhan Maha Pengasih, Dia makbulkan doa aku. aku bangkit dan mampu untuk terus hidop aku macam biasa. saat aku dalam kejatuhan tu aku rasa macam segala-gala benda disekeliling aku macam dah tak wujud dan aku hanya tau yang hidup aku dah hancur tak guna aku nak warnakan hidup aku macam yang sebelum ni.


satu benda yang pasti semasa saat kejatuhan aku tu aku rasa hati aku sangat sakit, ada rasa iri hati, ada rasa dendam ada rasa ingin membalas segala benda yang jadi kat aku. sebab tu berbulan-bulan aku aku 'sakit'. bukan sakit dari segi fizikal tapi sakit dari segi mental. aku tak gila tapi aku suka psiko diri aku. aku salahkan diri sendiri berbulan-bulan lamanya. sampai la satu hari entah macam mana terdetik untuk bertanya kepada diri sendiri sampai bila aku nak jadi macam ni?


hari tu bila aku dah sedar, aku cepat-cepat memohon ampun dari Tuhan. aku dah jauh tersimpang akibat terlalu ikutkan hati, aku langsung lupa dengan Qada' dan Qadar Tuhan. Aku jadi lupa pada janji Allah yang setiap benda yang berlaku pasti ada hikmah.




setiap hari aku tak lupa panjat kan doa. aku mahu berubah. aku tak mahu lagi jadi seperti dulu, alpa pada setiap perkara, hidup bertunjanggkan emosi dari menggunakan akal. dan setiap hari jugak aku memohon kepada Tuhan agar dikurniakan aku hati yang cantik. hati yang cantik bermaksud hati yang bersih terhindar dari segala perkara-perkara yang negatif. aku percaya setiap perkara itu datangnya dari hati sendiri. andai aku tidak turutkan sangat hati dulu, mungkin perkara itu dapat aku elakkan.


dan Alhamdulillah sekarang hati aku dah semakin pulih. aku buangkan jauh segala dendam yang pernah menghuni hati aku dulu. aku cuba jadi sepositif yang mungkin dan aku jugak dah boleh terima kegagalan setahun yang lepas. dan seboleh mungkin aku mahu berubah setiap hari menjadi seseorang yang lebih baik dari semalamnya.



NotaKakiErin : kalau ampa rasa sempat nak join boleh la tekan kat SINI.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

ADA APA DENGAN ALEESHA FARHANA?


sumpah sampai ke hari ni aku still lagi dok memikior ada apa sebenarnya dengan nama ALEESHA FARHANA? bukankah nama MOHD ASHRAF HAFIZ itu lebih sempurna maknanya?


aku ada terbaca dalam satu petikan akhbar, doktor yang bertanggungjawab menukar jantina MOHD ASHRAF HAFIZ mendakwa jiwa MOHD ASHRAF HAFIZ lebih cenderung kepada jiwa seorang perempuan dan pembedahan menukarkan jantina perlu dibuat segera kerana doktor telah mengesahkan MOHD ASHRAF HAFIZ sebagai seorang perempuan dari segi emosi dan fizikal.


dalam hal ni aku tak salahkan MOHD ASHRAF HAFIZ sepenuhnya. sebab? aku bagi contoh kat sini la kan, macam kalau kita teragak-agak nak beli barang then ada mamat salesman provoke kita..dari kita tanak beli barang tu terus kita jadi nak beli..nampak tak? kuasa provokasi macam mana? dalam hal MOHD ASHRAF HAFIZ ni pon aku agak la dia dah kena provoke. mungkin dia memang jenis lembut..tapi kalau takda orang yang pengaruh dia mungkin benda macam ni tak jadi...betul tak?


so sapa yang memainkan kuasa provokasi ni? well guys korang pikir sendiri la yerr..sapa yang keluarkan statement yang MOHD ASHRAF HAFIZ itu adalah seorang perempuan?....apa kaitan statement ni dengan kuasa provokasi yang aku mention tadi?


pesan aku hati-hatilah wahai saudaraku sekelian. sekarang dah terlalu banyak parasit yang muncul untuk menyesatkan anak-anak Adam!



akhir kata, chilll la weh!



NotaKakiErin : sorry bro, gua capslock nama lelaki lu aje sebab gua rasa tak sanggup nak mention nama pompuan lu.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Bunyi Yang Ngeri Atau Bunyi Yang Geli?

aku rasa macam nak share satu video yang best nagn korang semua. pada sesapa yang dah pernah dengar pasal video ni sila duduk diam-diam hokeyh? those yang tak pernah dengar meh sini aku nak bagi korang rasa satu benda baru. video yang bakal aku share ngan korang ni unik sikit sebab korang tak perlu susah payah nak bukak bijik mata kaorang luas-luas sebab korang hanya perlukan telinga dan berikan tumpuan yang amat tinggi untuk merasai kuasa maksimum video ni.


but before that korang pastikan yang korang ada headphone la yerr, sebab video ni akan jadik best bila korang pakai headphone ja. lepas pakai headphone baru play, lepas tu pejam mata okeh?








amacam best tak video ni? benda ni di panggil holophonic sounds. minda korang akan di 'trick' untuk dengar bunyi yang seakan-akan real ngan korang. actually banyak lagi benda ni. kalau korang nak dengar pegi la explore kat youtube berlambak ada. kalau yang power tu siap meremang bulu roma kot, tapi ada jugak yang bila korang dengar buleh jadi geli..entah la, masing-masing punya pendapat tak sama kan..so selamat mencuba la yerr.


okbye!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JERR.




apa abang ketul ni buat kat belog aku eh? haaa jawapannya abang ketul buat segmen lagi la. segmen ni adalah kesinambungan dari segmen gegar yang lepas. kali ni syaratnya mestilah belog korang yang nak di gegar ni kurang dari 500followers. so aku ni kompem-kompem la lebih dari layak kot...teehehehe..


okok korang kalau nak join buleh kelik kat banner atas tu atau boleh je tekan kat SINI terus, dan kepada yang dah join aku ucapkan selamat bersua kenal..


akhir kata, chill selalu!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, May 27, 2011

Patot La Perempuan Rupanya.

lately ni banyak pulak post aku yang mengetengahkan tajuk-tajuk pasal perempuan kan..ah ghasakla bukan aku rancang pon. kadang-kadang idea tu datang terussss melalui pemerhatian. so apa yang aku perhati yang tu la aku  post.


bila kat Malaysia nak ada cam ni?


well back to our topic, aku rasa benda ni semua orang pernah laluinya. penah kan masa kau tengah drive, then ada satu keta kat depan kau ni bawak keta macam 'makan angin' bak kata orang-orang sekarang ni la kan. kau pon dengan sabar ya amat memandu dengan cara yang paling berhemah follow je belakang dia..bila dah sampai satu tahap sebab si driver tu memang betol-betol makan angin kau pon decide nak potong. bila kau potong mesti benda wajib yang kau akan buat ialah tengok sapa drivernya. betooool tak? hepp jangan tipu laa sebab aku pon selalu ja buat benda yang sama.


selalunya kalau dah bawak keta super-lembab-kalah-kura-kura tu mesti punya la tak lain dan tak bukan perempuan la kan. dan secara spontan mulut kau akan cakap oooo patot la perempuan rupanya. well hello!!! aku pon selalu akan cakap macam tu jugak kot! hihihihi sorry kaumku..aku tak berniat nak betray..tapi aku cuma nak cakap kat sini..tak semua pompuan bawak keta makan angin ok..contohnya macam err err macam aku kot..asal pantang naik keta semua jalan aku redah laju!


ampa pernah tengok tak video women drivers? bapak kelakar gila tapi aku rasa ada part yang extreme jugak la. nak tau part yang mana sila la tengok sendiri cari jerr kat youtube. bagi aku masalah perempuan yang paling kritikal kalau deal ngan keta ni mesti bab parking-parking. kalau yang terer tu berdesup ja dia masuk, kalau yang agak tak berapa expert ni memang splohjam la tunggu dia nak park keta.


apapon aku sebagai budak perempuan yang selalu bawak keta, ada la jugak rasa tercabar bila ada mulut-mulut busuk macam mempertikaikan kemampuan aku. tu yang kadang-kadang atas highway aku pecut sakan-sakan kot..dah banyak kali aku kena kejar masa atas highway, tapi tak pernah nya dorang dapat lead aku..heh tengok kaki la beb!


sebelum aki riak baik aku stop kat sini je la...okeh sebarang ketidakpuasan perasaan bolehla tinggalkan kumen yerr. chiaO!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Perempuan Memang Tak Tahu Malu.






Woooooh chillex girls! tajuk ni macam kontrobersi sikit la kan. ini hanya sekadar opinion dan pemerhatian aku saja la. if ada yang tak puas hati nak hentam aku, sila kan..di ruangan komen bawah ni hentam la cukup-cukup..but before ampa hentam cheQ sunggu-sungguh, izinkan cheQ menggeluarkan hujah pembelaan dulu naa.


korang yang perempuan ni la kan, pernah tak sedar yang perempuan-perempuan zaman sekarang ni dah tak macam zaman dulu..dah tak tahu malu langsung. bukan aku nak condemn kaum sejenis, tapi ini FAKTA kot. sumtimes aku sendiri malu jugak dengan tindakkan kaum sejenis aku. to tell the truth aku pon bukan la baik sangat, nakal jugak tapi disebabkan aku ni masih under control maka aku tak da la liar sangat. perangai aku pon masih lagi terkawal. 



the reason kenapa aku bangkitkan soal ni ialah sebab aku pernah tertengok satu video kat youtube yang memaparkan seorang perempuan meraung gila-gila babeng pastu siap maki hamun pakwe dia (sekarang dah jadi ex la kot) thru fon dalam LRT. aku paham perasaan dia, memang la tengah emo tapi tak buleh kah dia bawak mengucap dulu before buat aksi kurang bijak macam tu? yang buat aku sakit hati sangat bila aku baca komen-komen kat video tu..selalunya kalau dah papar video macam ni memang komen negative la yang paling banyak.


lepas tu masa tahun lepas time aku baguih punya dok lepak chill kat Kuala Perlis ngan BetmenPoreber kesayangan, aku sempat la tengok real punya gadoh antara duaorang perempuan. punca? berebut jantan la. mujoq la jugak masa tu dah tengah malam dah nak dekat pukul 12malam dah kot (see..aku dah cakap aku pon nakal dulu) so tak banyak la orang tengok..but still menarik perhatian orang-orang yang masih melepak macam aku kot. aku kalau bab-bab orang bergadoh ni malas pulak nak amek pot, aku pantau dari jauh jer sudahnya aku ajak je si Dinie tu balik. malu kot aku nak tengok lama-lama. err bukan malu sangat lebih kepada meluat actually.


so girls out there peliss la aku harap sangat jangan la ada diantara kita yang jadi macam contoh yang aku bagi kat atas ni. kita ni perempuan, kena la jaga tatasusila kita. lelaki kalau buat salah macam mana pon orang tak berapa nak hirau sangat. tapi kalau perempuan buat salah..tengok la sampai ke mati orang caci. boleh pikir sendiri kot apa yang aku nak sampaikan ni?


aku mintak maaf kalau entry aku ni ada menyentuh sensitiviti kaum tapi percaya la tujuan aku satu, hanya menegur..dan kalau ampa rasa salah teguran aku ni atau ada yang tak kena kat mana-mana aku mohon tolong la tegur dan betulkan aku. aku tak nafikan aku jugak manusia biasa yang banyak silap. jadi sebagai langkah nak memperbetulakn diri aku harap ampa pon dapat la tegur aku balik. 



akhir kata, chil!!!!







TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, May 26, 2011

Aku Tak Suka Kena Paksa. Jangan Kacau Aku Buleh Tak?




kadang-kadang aku tak paham sangat ngan kerenah orang yang suka dok buat sale ni ala macam mana nak cakap eh bagi ampa paham? macam ni dalam satu hari kehidupan kita mesti kita penah jumpa people yang buat market dengan cara nak tarik kita involve dalam business depa. senang cakap people yang involve dalam bidang MLM la!


of course tak semua tapi most of them yang terlibat dalam bidang ni, selalunya macam nak tarik kita join depa dengan cara yang agak tak berapa nak kena la. contohnya depa sedaya upaya nak tarik kita join depa dengan cara memaksa atau menekan kita. senang cita lagi depa suka nak psiko kita. betul tak?


aku kalau terjumpa ngan species makhluk yang macam ni, typical jawapan yang aku akan bagi kalau depa suruh join aku akan cakap "nantilah" "tanaklah" "tengok dululah" "tak minatlah" "takda modal lah" and sooooo on. agak kalau depa macam memaksa jaa aku terus blah buat bodo. orang yang tak reti bahasa macam ni layaknya layan macam tu je la. paham-paham sendiri la dah kalau orang cakap tanak tu tanak la jangan la dok paksa-paksa yerr.


aku rasa bukan aku je kot yang ada masalah macam ni kan? ni aku tengah pikir cemana la nak mengelak dari satu makhluk ni..tak habes-habes nak takel aku join dia. huh dasar tak paham bahasa! 



NotaKakiErin: aku memang tak minat nak buat sebarang jenis busines so JANGAN ada sesapa yang ajak aku involve benda-benda merepek ni lagi!







TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Segmen Ben Ashaari : JOM KITA SERBU MEREKA.



wahai penduduk zon Kampung Pisang! aku menyeru kalian untuk meng-join-kan diri dalam segmen Abang Ben ini. sapa tak join? tak dapat makan pisang seminggu!


ingin join? boleh tekan kat link di bawah ni :


http://www.benashaari.com/2011/05/segmen-jom-kita-serbu-mereka.html
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Aku Mahu Anak!







baby baby baby ohhhhh baby baby baby ohhhh!!!


comel ann baby-baby kat atas ni geram jerr aku nengoknya rasa macam nak picit-picit gigit-gigit lepas tu lambung-lambung sampai ke atas siling rumah baru puas hati aku! heh..melampau sangat la tu nak lambung sampai siling rumah kan..over tau,kang tak pepasal masuk jail pulak sebab kes dera terlampau!


dulu aku penah cakap kat my beb yang aku nak bela anak angkat sebab kegilaan aku kat budak-budak kecik ni memang dah tahap kritikal tak hengat. dia cakap kat aku nak amek anak angkat bukan senang kena lalu banyak proses dan cost dia pon buleh tahan riban jugak. aku tak kesah la berapa riban pon cost dia sebab yang aku tau aku cuma nak anak angkat and masalah cost-cost tu semua my beb la kena setelkan. 


tapi malangnya sampai sekarang pon aku tak dapat nak amek anak angkat lagi sebab my beb pon belom grad lagi, bila dah tak grad lagi mesti la keja pon tak dapat lagi..bila keja tak dapat lagi mesti la gaji pon tak da so macam mana nak hambek anak angkat kalau macam ni? harapkan gaji aku...mampu tampung minyak keta aku je la tetiap bulan pon.


beb...cepat la habes study, gua nak anak ni!!!!


most of the time orang akan suruh je aku terus kawen kalau aku nak anak. masalahnya sekarang ni..bukan aku tanak kawen memang aku nak kawen sangat-sangat. tapi sebelum kawen tu mesti la aku nak kena setelkan misi-misi aku dulu..nak capai misi-misi aku tu mau makan masa 30tahun jugak la nak habes pon..cerr kau conggak sendiri celah mana yang aku nak dapat anaknya?


disebabkan tak mampu nak ada anak lagik, maka terpaksa la aku menumpang kasih kat anak-anak orang ni. mujur la depa pon mau jugak kat aku. hihihi kadang-kadang aku terpikir kalau la aku ada anak nanti aku nak layan anak aku tu sebaik mungkin, didik dengan baik kalau buleh aku nak jaga dia sendiri, takmau ada orang len masuk campur. wahh berangan kau!





**sweet tak kami berdua?kikiki**



oklah malas mau type sudah! daaaa!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, May 25, 2011

Kain Lah Batik Tik Tik Tik Tik.




Selalunya orang perempuan la yang dikaitkan dengan pengunaan kain batik ni kan. Kalau ada orang lelaki yang pakai kain batik, itu namanya dah buang tebiat kot. Lelaki lebih sinonim dengan kain pelikat..ke sekarang ni dah  ada lelaki yang pakai kain batik?


aku nak tanya ni, dalam ramai-ramai orang perempuan yang baca entry aku ni berapa orang yang reti pakai kain batik? yapp mungkin pertanyaan aku ni macam silly sikit tapi percayakah anda yang aku sendiri tak reti nak pakai kain batik. bila orang tanya aku, apesal aku tak pakai kain batik aku dengan sejujur mungkin akan jawab aku tak reti nak ikat kain tu bagi ketat..selalu rasa macam nak terlondeh!


bukan aku tak pernah pakai, pernah tapi sekejap-sekejap je la kalau pakai pon. entah la tak selesa sangat sangat. aku ingat lagi dulu masa zaman study, dok kolej mak aku bekalkan kain batik. dari awal sem aku bawak kain batik tu dok terlipat elok je..sampai la ke habes sem memang still terlipat elok macam waktu mula-mula aku bawak. puncanya aku sendiri taktau nak pakai kain batik time bila and macam mana nak ikat. saja la aku bawak buat perhiasan dalam loker aku kikikikiki.


last sekali aku ingat ada sorang member aku ni(orang Kelantan) ajar aku cara nak ikat kain batik bagi ketat. memula dia tolong ikatkan memang ketat la tak rasa nak terlondeh langsung, then dia suruh aku tanggalkan dan ikat semula. heh memang tak ketat la kalau aku yang ikat. berkali-kali kot dia ajar, sampai aku naik fed-up..frust tak mau dah pakai kain batik lepas ni! grrrrr.


sebelum ni aku ingat kain batik ni buleh aja main bedal ikat kot mana pon, tapi setelah diberi penerangan yang khusus oleh kawan aku masa aku kat bengkel mengikat kain batik tu, baru aku tau yang kain batik tak boleh sewenang-wenangnya diikat okeh. dia ada corak tertentu yang harus diletakkan dibahagian belakang. kiranya kalau ampa perasan la kan..dalam sebidang kain batik tu(eh kain batik orang pangey bidang ke?ghasaklaa..) akan ada satu corak yang berlainan sikit. corak yang lain tu la kena letak kat bahagian belakang...kan nampak tak susah kan nak pakai kain batik..renyah betul la.hehehe..


dan selalunya jugak kalau orang tanya aku "dah kalau awak tak pakai kain batik awak pakai apa je masa kat rumah?" selumber rockers aku akan jawab "aku pakai seluar jeans laaa" lepas tu mesti muka orang tu macam berkerut-kerut..tak percaya la tu..apa dia ingat aku tipu gamaknya..memang betol kot aku kalau kat umah selalu pakai seluar jeans apa.



pakai jeans lagi senang, tak pernah timbul masalah nak terlondeh terlondeh ni.



okeh,sekian terima kasih.


NotaKakiErin: psstt aku tak suka la Fizz Fairuz kapel ngan LJ!!!!!!







TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, May 24, 2011

Ini Serius UiTM Memang Second Classlah.

first of all aku nak ngaku dulu yang aku ni memang budak pure Uitm. kang kalau tak ngaku nanti ada pulak yang cakap aku kacang lupakan mulut pulak kan. aku dulu study kat UiTM cawangan Perlis.


 depan gate masuk Kampus.



ada dakwaan yang mengatakan UiTM ni secondclass. ye la sebab UiTM ni kan hanya amek budak-budak yang tak mampu nak survive dalam SPM yang kecundang dalam matrix (intake disember) lepas tu pulak senang nak masuk kan. gamaknya dulu masa aku masuk UiTM tu pon sebab depa kesian kan kat aku...result SPM macam tapir pastu ada hati nak masuk U. walaumacammana pon aku bersyukur jugak la kan sebab dengan adanya UiTM ni la pelajar-pelajar yang kurang cerdik macam aku dapat jugak merasa macam mana jadi pelajar U. Terima Kasih UiTM!



aku ingat lagi saat-saat aku nak apply masuk U. memang aku pilih semua UiTM ja. ye la aku ni kan kurang cerdik, takot pulak aku nak compete ngan students bumiputera yang lain yang jauh lebih cemerlang. kang kalau aku masuk U lain tak sempat nak duduk test one kot..dah kena tendang..sian aku. mujur la UiTM ni baik hati tak pulak dia tendang aku kalau fail test..oh oh aku lupa..mungkin yang masuk UiTM ni semua tahap IQ dia rendah macam aku jugak kot..sebab tu la UiTM kesian nak tendang. Terima Kasih UiTM! 



masa aku dizaman-zaman SPM time orang dok gila nak apply matrix, aku selumber pekan ja buat tak heran sebab dari awal lagi aku dah memang bertekad nak jadi student UiTM. aku sedar aku hanya layak untuk UiTM ja..tu pon kadang-kadang aku rasa macam tak layak jugak sebab aku takot tak mampu survive dalam SPM. tapi dah aku bulatkan tekad nak masuk UiTM kena la pulun study sungguh-sungguh. bapak aku cakap bukan senang hoookeyyh nak masuk U. aku pon percaya la cakap dia. bila result keluar dan aku rasa macam 'OK' ja result (aku dapat A2 for BI dan beberapa utas A1 dalam subject lain)terus aku apply UiTM. hari result UPU keluar aku check...permohonan aku tak berjaya. and I was like...oh adakah result aku tapir sangat? sampai UiTM yang secondclass ni tanak terima???takpe aku still syukur jugak sebab at that time UiTM dah buat aku sedar bukan mudah ok nak apply kampus mereka. Terima Kasih UiTM!



then malam tu member aku tolong check kan sekali lagi untuk aku sebab aku frust dah ngan UiTM. memang pembohong la UiTM ni kata secondclass tapi apesal tanak amek aku jadi student dorang kan?? and few minutes later kawan aku call. dia cakap kat aku "See U Di IPT"(lagu ni glamer kot masa zaman aku skolah dulu) aku macam nak terlompat pon ada time tu. tapi biar betik? U mana pulak la yang sanggup nak amek student kurang bijak macam aku ni? lepas kawan aku explain..aku macam tak percaya jaa yang UiTM secondclass tu sanggup amek aku jadi student depa! perghh kalau la boleh melompat tinggi sampai ke bulan saat tu..memang dah lama aku lompat! syukur at last cita-cita nak masuk UiTM tercapai jugak syukur alhamdulillah..dan Terima Kasih UiTM!



tiga tahun aku kat dalam UiTM. dalam tiga tahun tu macam-macam jugak aku belajar. depa kata senang nak survive bila masuk UiTM sebab UiTM ni kan tak standard...so kira senang la kalau nak jawab test or final dan tak perlu nak compete ngan sapa-sapa TAPI..tak senang jugak bagi aku. apesal aku rasa macam susah ja kenapa macam banyak sangat orang pandai dalam ni?? ohh lupa pulak..aku kan kurang bijak..tak survive dalam SPM dah tu ada hati nak masuk U bila dah masuk U tak buleh nak catch up study mula la salahkan UiTM. aduii kalau tau susah cam gini masuk UiTM baik tak payah apply kan..dah la semua pon dalam BI. aku ni pulak bukannya paham sangat pon! aduii aduii pening! bila dah mula rasa pressure macam tu, aku mula study sungguh-sungguh. sapa kata kat dalam UiTM tak perlu compete? cerr pi masuk tengok..berapa riban orang student yang dok ada semua pandai-pandai belaka. bila diri dah rasa terancam macam tu aku pon apa lagi cuba sebaik mungkin untuk perform dalam final dan..ternyata result final aku pon Alhamdulillah jugak. ni semua berkat ngaji kat UiTM yang secondclass tu la. Terima Kasih UiTM!



grad jugak aku sebagai budak Applied Science (BIO).


 sebahagian budak-budak science batch aku 


kat dataran before buat tipikal aksi lambung-lambung mortar


and yeah finally..buat jugak aksi wajib ni!


well banyak lagi la kalau aku nak sembangkan kan pasal UiTM ni. aku tak kondem U lain. tapi aku hangat jugak la kan kalau ada ja mulut-mulut busuk dok mengata UiTM. aku just nak tanya la kan..apa masalahnya kalau UiTM ni secondclass? berdosa ka? apa korang yang bermulut busuk tu ka yang dok support modal kat kami budak-budak UiTM ni? penting sangat kah class atau standard tu? hanya untuk renungan bersama la kan, jatuh bangunnya sesuatu Universiti tu adalah bergantung kepada pelajar-pelajarnya sendiri. kalau pelajar tu perform dengan best maka result yang bakal dia dapat pon confirm la best ganda dua. tapi kalau pelajar tu sendiri tak buleh nak perform maka itu tidak boleh di salahkan pihak Universiti. sebab setiap Universiti ada dia punya standard tersendiri dan aku percaya setiap standard atau piawai yang di keluarkan oleh Universiti akan dipantau oleh orang-orang yang berkaitan. So before kau nak kata UiTM ni secondclass atau tak standard kau pikir la seniri yerr kau ni layak ke cakap macam tu?


so those out there yang dapat offer dari UiTM ni jangan la ragu-ragu nak terima pulak. jangan la korang nak pikir standard ke tak baru korang nak enter UiTM besok-besok ni kalau korang mintak keja pon bukannya majikan kau tu nak tanya kau ni study U mana..silap-silap haribulan dia pon tak sempat nak kira standard ke tak U kau tu. pesan aku jangan sesekali kau pandang hina ngan kebolehan UiTM ni. bila kau dah masuk UiTM baru la kau tau susah senangnya jadi budak UiTM. so ada lagi ke yang nak kata UiTM ni secondclass??




NotaKakiErin: UiTM TETAP DIHATIKU. muktamad!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Segmen Bloglist Abang Teror Tanah Tumpah Darahku.

boleh kelik kat pic atas ni kalau nak join.


di pagi yang indah lagi berseri ini..err tak pagi sangat la dah tengah hari pon. aku dengan rasa happy dan tanpa beduka citanya nak join bloglist dari sorang Abang ni. katanya Abang Teror. Teror macam mana pon aku taktau la..yg pasti dia bukan Terrorist.


so there's a few quetions yang harus dijawab, once you dah complet all the questions you dah boleh submit kat Abang Teror punya ruangan komen. okeh jooooom kita mula menjawab soalan!



1. Dimana anda dilahirkan.


---->>dilahirkan di Hospital Besar Bukit Mertajam, Pulau Pinang.




2. Dimana anda dibesarkan.


---->>dibesarkan di bandar Butterworth, Pulau Pinang.




3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.


---->> Pulau Pinang.




4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.


----> saya memilih negeri ini kerana sejak dari lahir lagi memang saya dibesarkan di negeri ini. tempoh dua dekad dalam hidop saya memang dihabeskan untuk bermastautin di negeri ni saja..heh ayat skema habes. well anyway the main reason is saya memang sayangkan Pulau Pinang that's why saya pilih untuk berada di dalam lingkungan Pulau Pinang!





kat Penang ni pon ada Tanah Tinggi tau.




mana lagi..kalau bukan Bukit Bendera..hihi


okeh la..sampai sini je la eh, so kepada kengkawan semua selamat berkenalan diucapkan! =)
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tak Perlu Kecewa Sangat Lah.

KECEWA?


pagi tadi seorang sahabat aku dilanda frust menonggeng yang amat. dari suara dia, jelas menunjukkan betapa dia kurang bersemangat. aku pulak sebagai insan yang suci murni disukai ramai yang sebenarnya masih blurr almaklumla baru bangun tidooooo pon cuba menenangkan beliau dengan sebaik mungkin.


setelah dikenalpasti punca permasalahan beliau, aku pon macam terpikir sumthing. mungkin aku jugak senasib ngan beliau. time tu aku sendiri taktau lagi untung nasib aku. then beberapa ketika pastu ngan keadaan yang sangat selebet, teruusss aku speed gear kaki mencacak turun ke bawah (bilik aku kat atas). dan seketika kemudian internet pon di-on kan.


maka dengan keadaan yang separa nerbess aku pon memasuki website iteewww. ternyata tepat sekali ramalanku. ala yang macam lagu Ramalanku Benar Belaka nyanyian kumpulan Umbrella tuh. memang tepat setepat tepatnya la. tak da yang tepat melainkan yang tepat-tepat belaka.


"Dukacita dimaklumkan....blablabla...."


masa aku baca benda alah tu aku macam " hooookeyyyh fine, tanak kasik takpe..tengok la hessokk aku santau terus system kompiter depa ni, saja dengki ngan aku leeteeeww sebab tu takmau bagi aku dapat!"


dialog kat atas ni mungkin akan terucap kalau aku betul-betul tak kuat semangat. tapi yang bestnya dialog kat atas tu langsung tak keluar pon dari mulut aku..hatta dalam hati aku sendiri pon tak terlintas nak berkata sedemikian rupa. aku memang betul-betul pasrah ya amat. Tuhan dah kuatkan semangat aku nampaknya.


to tell the truth, aku tak kecewa, frust atau heart-broken langsung dengan peristiwa hari ni. aku siap buleh bagi kata-kata pendorong kot kat sahabat aku tu. nak buat macam mana kan, dah bukan rezeki, buat apa nak semak-semak otak pikir benda yang bukan jadi hak milik kita lagi kan. sahabat aku memang frust kot ye la bukan senang kami nak lepas semua ni. baru je lepas first stage dah get ready untuk ke stage yang seterusnya pon..tapi last-last kecundang jugak.


dia macam pelik ngan aku, sebab aku tak frust sangat, aku cuma cakap kat dia yang aku tak menaruh harapan yang tinggi sangat. memang berharap, tapi tak da la sampai berharap sangat-sangat, sekadar yang patot saja la. satu lagi aku dah memang pasakkan dalam kepala hoootaaak aku kot dari awal-awal lagi kami mula game ni. kalau dah memang rezeki aku, aku akan menang, kalau tak..mungkin Allah dah tetapkan yang lain untuk aku..sesuatu yang lebih baik dari ini..nevermind lah. aku tak kesah pon.


mungkin sebab tu la kot aku tak berapa nak kecewa sangat kan. alhamdulillah sekarang ni banyak perubahan dah aku buat dalam diri aku. lepas dari kes pagi tadi aku dah sedar yang aku dah semakin positif sekarang ni. walhal dulu aku agak emosi jugak la kalau ada ja benda yang buleh buat aku kecewa. mungkin jugak dah terlalu banyak sangat rasa kecewa sampai aku dah imune..dah tak rasa apa-apa bila kecewa lagi sekali..entah la..tapi yang penting sekarang aku dah mula sukakan sifat positif ni sebab sifat ni la yang buat aku rasa sentiasa tenang.


so those out there..aku sarankan kalau kau semua nak rasa tenang dan damai amalkan la sifat-sifat positif jangan terlalu memikirkan sangat benda-benda yang buat kau kecewa tu. percaya pada janji ALLAH yang setiap kejadian itu ada hikmahnya. so be cool and always chill yaww~~






sekian, terima kasih!


NotaKakiErin : pagi tadi aku check result MEdSI hari tu, aku kecundang untuk ke next stage =)
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, May 20, 2011

ADI ke ADIB?

Mood : sedang gila kembali kat ADI.


dulu masa memula aku obses sangat ngan ADI sampai naik status kat fb semua orang dok tertanya-tanya sapa la ADI tu..hari -hari mesti aku nak kena call up nama dia..upss lupa pulak sekarang ni kat fb dah tukaq term kalau sekarang dah tak pengey call up...kita pangey mention kan...



so aku pon bajet-bajet la nak buat si ADI tu nampak macam eksklusif dengan cara mendiamkan diri bila orang tanya pasal ADI..hehehe dalam hati aku..ghasak la sapa pon, biar depa dok main teka-teki sendiri..paling best ada pulak yang siap pi selidik frens aku cari nama ADI. confirm la tak dak jawapannya.



ada satu time tu aku buat status call up nama ADI jaa..then ada pulak yang menyahut, sapa lagi yang feeling-feeling ADI time tu kalau bukan papa ADIB. hampeh tau papa ADIB ni..perasan betol. aku mention A.D.I bukannya A.D.I.B cemana la beliau buleh nak feeling-feeling eksklusif entah...



 haa ini la papa ADIB nya...ekskusif tak?hahaha



tak payah eksklusif sangat la..ni haaa ambek ni, full view aku kasi..amboi-amboi macho habes papa ADIB ni tau atas kapal lagi.



okeh la untuk pengetahuan papa ADIB sebenarnya ADI yang aku selalu dok mention-mention dulu ialah budak bawah ni..



hai ADI awak ni cumelll la!



mai nak perkenalkan lelaki perkasa diatas ni..namanya memang ADI..full name pulak ADI PRIYO SAMBODO. dah kata orang Indonesia kan..harus la ada bunyi-bunyi nama macam Indon.


seyes oh taktau pasai pa leh minat gilaaaaa aaaaaa ngan ADI PRIYO SAMBODO ni. rasa macam best pulak everytime dengaq dia nyanyi. lagu yang dia nyanyi semua sedapsedap pulak tu. bila dengar jaa ADI nyanyi terusss terbayang-bayang dok makan ciss kek tu yang menambah perisa kesedapan suara ADI nih.


hallo hallo sape disane??



sesapa yang tak tau lagi la kan..yang mana dah tau tutup mulut rapat-rapat, biar daku yang mencerita kan..aceewaah. ADI ni sebenarnya vokalis kumpulan Sixth Sense. ala kumpulan yang janji lagu tema untuk cita Asmara tu..haa ini la orangnya. kebanyakkan lagu-lagu Sixth Sense kan semua best best.. lagu apa yang tak meletup? Tanpa, Menyesal, Tak Bisa Memilihmu,Khatimah Cinta, Hari Ini dan Semalam (dilagukan semula), Yang Sempurnakanku...just name it semuanya best!



bagi aku aku suka sangat lagu Yang Sempurnakanku tuh..aceeewaah feeling-feeling macam aku dalam klip bidio dia kehkehkeh..tapi bidio tu tak berapa nak sempurna sangat la sebab ADI dalam tu _____________ dan perempuan tu pulak macam ___________ (fill in the blanks ok).


tapi totap den minat kat ekau ADI weh! kalau di beri pilihan antara ADI ngan papa ADIB opkos,konfem 100percent aku pilih papa ADIB sebabnya papa ADIB pun kacak lagi satu beliau adalah seorang yang sangat sporting dan best untuk diajak buat kerja gila. buktinya beliau sanggup untuk penuhi hajat aku tengah-tengah malam buta berserta umma dan mak tiri menjejaki Jitra..haha sayaaaang papa ADIB ketat-ketat! agaknya la kan..kalau aku ajak ADI pi tengok midnite muvie dia nak layan tak? 



NotaKakiErin : Umma, jangan mara ok, ai lebiu kat yu banyaks2 more than ai leb papa ADIB hehehe!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Kemaafan Itu Sesuatu Yang Indah.


Lara sekeping hati menjadi indah apabila maaf yang ditutur lahir dari jiwa yang ikhlas



Maaf
Adakalanya sukar dilafazkan
Adakalanya sukar dimengertikan
Tertanya akan diri sendiri
Masih wujudkah lagi maaf yang dipinta dari hati
atau sekadar ucapan yang hanya bisa mematahkan
jurang persengketaan?


Maaf
Adakalanya meluncur laju dari bicara
Adakalanya menjadi penyedap kepada cerita
Terkadang menjadi ucapan tanpa makna
Sedang hati tidak mampu merasakannya
Masih tercari dimanakah keikhlasannya
Jiwa meronta mahukan jawapannya


Maaf
Andai datangnya dari hati yang suci
Terbitnya dari jiwa yang nurani
Ucapannya bisa menggetarkan sukma
Meluluhkan batu sengketa
Memecahkan tembok angkara
Walau sekeras rasa
Ia bisa dilekukkan jua.



-erinazizan2011








TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, May 19, 2011

Erin Azizan Didalam Episod : Berdoa Untuk Sang Superhero.

kepada semua gadis didunia aku pasti ramai dikalangan kita mempunyai Superhero memasingkan. macam aku opkos la banyak kot superhero-superhero yang aku kagumi. tapi dalam banyak-banyak tu ada satu ja karekter kerekter character yang aku ingat sampai sekarang. 


pesal tetiba aku rasa macam bonggak ja nih...nak heja character pon tak reti.


back to our topic. Superhero yang sangat aku kagumi dari zaman aku tak skolah lagi sampai dah masuk sekolah balik sekarang ni tak lain dan tak bukan 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*



eh eh silap bukan atas ni...errr yang bawah ni acctually.




ULTRAMAN!!!!!!!!!


aku sendirik pon tak paham la kenapa kan Ultraman begitu dekat di hatiku. mungkin masa aku kecik-kecik dulu tak banyak lagi kot superhero-superhero Melayu maka sebab itu la aku lebih selesa memilih Ultraman sebagai superhero yang aku kagumi,


aku ingat lagi, dulu masa kecik-kecik aku duduk kat rumah Tok masa mak ngan abah pi keja. so everytime ada ja cita Ultraman kat tibi mesti aku akan terpacak tengok dengan hati yang berbunga-bunga mengharapkan Ultraman akan menang setiap kali dia fight ngan Rasaksa. tak buleh belah ah time tu pon mesti la akan ada sorang abang sepupu aku ni tumpang tengok sekali cerita Ultraman.


actually aku suka tengok cita Ultraman sorang-sorang sebenarnya. sebab kalau Ultraman nak kalah boleh la aku doa on-the-spot kat depan tibi tuh suruh dia menang. ni kalau abang sepupu aku ada..leceh aahh..takan aku nak doa depan-depan dia kot..malu oiii!


sampai la ada satu episode tu Ultraman dah memang betui-betui nak kalah la..lampu kat dada dia dok berkelip-kelip..time tu pulak abang sepupu aku pon ada sekali...perghh persaan aku time tu gila bapak berdebar kencang..dah serupa orang laki tunggu isteri dia kat wad bersalin dah...tapi takpa aku tunggu lagi tengok nak jadi macam mana...dalam hati aku time tu memang terguris ya amat sebab tengok superhero aku dalam keadaan lemah dan tanpa aku sedari....air mata aku pon laju je menerpa keluar...oh pilu sungguh hatiku saat itewww. sedih..


tanpa melengahkan masa lagi aku pon larik la masuk dalam bilik, sembunyi belakang pintu lepas tu tadah tangan berdoa kat Tuhan agar Superhero aku kembali bertenaga seperti sedia kala. berkali-kali aku doa disertakan esak tangisan yang dicover supaya abang sepupu aku tak detect yang aku tengah menangis sebab Ultraman. lepas beberapa minit aku keluar dari bilik dan............


tetiba ja entah macam mana Superhero aku kembali menguasai gelanggang pertarungan dengan sang Rasaksa! pergghhh gilaa la time tu aku rasa seronok tahap gaban pulak. aku taktau macam mana Ultraman boleh bangkit balik sebab tadi kan aku dok sibuk berdoa kat dia...so dalam hati aku yang mulus lagi suci murni ni aku rasa Tuhan dah makbulkan doa aku la..Tuhan la yang bagi Ultraman tu jadik kuat balik! dan semenjak dari hari iteewww aku takan putus-putus mengiringkan doa bila Ultraman nak mula kan pertarungan! ha ha ha  naif betol la aku time tu.


sekarang ni kalau aku ingat-ingat balik benda ni memang buleh pecah gelak la. comel gilaaa berdoa untuk kemenangan Ultraman..ada ke orang pernah buat macam aku?? well itu sedikit sebanyak pasal superhero aku..so ampa pulak macam mana?? mana tau kot-kot ampa pon dok pulun berdoa untuk superhero ampa macam aku jugak kan...jom la share sesama.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Kadang-Kadang Guru Pun Manusia Biasa #2

hari ni hari khamis so subject hari ni kat tempat tuition aku wajib la Science. memandangkan bebudak ni bakal nak amek exam kat skolah next week..err seluruh sekolah di  Pulau Pinang dikatakan bakal meng-exam-kan bebudak skolah pada hari yang sama next week. aku pon apa lagi bagi la depa buat latih tubi..acctually it is more to jawab soalan peksa sebenarnya cuma aku tak jarakkan tempat aja.


untuk 10minutes pertama selepas ujian dijalankan.


Yusof : Teacher...tengok tu Sameer dia dok tarik-tarik buku saya.


TeacherErin : Sameer siapkan kerja kamu! kalau kamu tak siap hari ni kamu tak boleh balik..stay back!
fuhh bajet nak emo pulak ann siap menjeling si Sameer lagi tuh.


selepas lebih kurang 30minutes kot.


Yusof : Teacher...Sameer kan dia kan dok pijak-pijak beg saya!


TeacherErin : Sameer!!! kamu dah siap ka belom? pasai pa dok pijak beg Yusof??
kali ni aku dah macam nak tinggi suara jugak la tapi still control lagi.


5minutes after that.


Yusof : Teacher..Sameer dok pukul kepala saya!


TeacherErin : hemmphh...dah tu tunggu apa lagi..pukul la kepala dia balik!


macam ni la kot Yusof buat kat Sameer sebagai serangan balas. 



the end.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saya Jadi Hot Tiba-tiba...



gegurl kau ok tak? 


babe, whats wrong with you?


Erin ko maki sape dowh..marah aku ek?


sorry kalau aku ada buat ag angin..cepat-cepat la chill.


Reen kalau ko tak ok share ah ngan aku..pesal ni weii tiba-tiba ja buat hot.


yang kat atas ni sebenarnya text mesage yang aku recieved semalam. ciss ada pulak yang pangey aku gegurl, sekeh pala baru tau! ada lagi actually, malas lak aku nak pamer kat sini, karang ada pulak yang kata aku bajet Paris Hilton kan. ni semua pasal entry semalam la sapa nak baca boleh kelik SINI. untuk nak clearkan keadaan, aku just nak bagitau jerr entry tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan semua kura-kura, semut merah atau zombie-zombie di kampung pisang hatta nama Kak Limah itu sendiri pon aku tak mention kan dalam entry tu.


it is just an entry biasa..just sharing my idea..err maksud aku..err aku just nak kongsi apa yang terlintas kat medula oblongata aku ja. tak sangka pulak ramai yang text aku dari drop kan comment kat entry tu hahaha chill la weyh aku okok jerr pon..tapi ann dalam hot-hot-suam macam ni pon aku dah dapat selongkar satu fakta menarik!



*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

aku memang Erra Pajira pon!


kalau tak takda la ampa semua dok gigih text aku kan semalam. ha ha ha so kengkawan sila la berbangga mempunyai kawan yang #retisss macam saya ni. okehthankbai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Blog Aku Simple dan Kemas.



aku berminaaaattt sangat nak join bloglist Penulis Senje eh silap..Penulis Senja kerana beliau adalah seorang blogger yang pemes, meletop-letop macam pisang goreng dan lebih panas dari Nescafe tarik mengalahkan #retisss. hanya orang yang kekurangan vitamin C saja yang akan tidak mahu men-join-kan diri mereka di dalam bloglist Penulis Senja...haaa buleh cam ni PS??


okeh aku tau ayat di atas agak hiperbola dan banyak metafora maka aku re arrange ayat diatas yerr.


aku ada satu sebab yang sangat kukuh untuk PS masukkan aku dalam bloglist beliau. sebabnya syarat-syarat yang dikemukan kan PS memang kena la ngan belog aku. cerita banyak pon tak guna, cerr tengok sendiri la belog aku. kan kan cukup syarat kan?


hee so PS cepat masukkan aku dalam beloglist anda! aku jamin aku takan mengecewakan anda, sekian terima kaseh.


oh yaa lupa nak cakap kalau kau, anda, dia, mereka, sedara dan jiran nak join bloglist PS pon boleh just kelik kat gambar atas ni untuk info yang lebih panjang and buat simple entry then submit. easy bukan? cepat la weii sebab PS nak tutup offer pukul 8 pagi esok..



saya yang benar,
Erin Azizan






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Kadang-Kadang Guru Pun Manusia Biasa.

kebiasaannya seseorang yang bergelar guru atau cikgu merupakan individu yang paling dipercayai oleh setiap pelajar ataupon murid. setiap kata yang dituturkan oleh guru akan sebulat-bulatnya dipercayai oleh murid. setiap butir bicara seorang guru dianggap fakta oleh murid-murid. jarang sekali terjadinya kes dimana murid meng-argue keterangan dari guru. pekerjaan guru itu sendiri adalah untuk mendidik. dan seharusnya la seseorang guru itu perlu mempersiapkan dirinya dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.


sila abaikan ayat karangan espiem diatas..aku tau bunyik ayat macam orang nak amek peksa ja.


Situasi : Semasa di dalam Kelas BM Tahun Satu,


Yusof : Cikgu, kaki botol tu apa?

kaki botol tu pon taktau ke??? kamu ni takda daya imaginasi yang kreatif la Yusof..kemon la cerr pikior kreatif sikit. kalau la aku boleh jawab camtu kan. bukan aku taktau jawapan dia, saja ja nak suruh si Yusof ni berpikior sikit hasyik nak tanya jerrpp padahal ni time peksa kot..hisshh takpe la mai kita bantu dia sikit.


CikguErin : Kaki botol tu orang yang suka minum arak. demmmm patotnya aku cakap orang yang suka minum minuman keras LOL. faham tak? 


Yusof : angguk tapi still tak berganjak dari tempat aku. 


CikguErin : emm pesal lak ni..awat la dia tak pi lagi?? Kamu faham tak apa yang Cikgu terang tadi? ermm kamu tahu arak tu apa?


Yusof : geleng kepala err Arak tu apa Cikgu?


CikguErin : ah sudah..mati aku cemana nak bagitau ni?silap explain boleh jadik ustazah pulak aku nanti..Arak tu minuman yang memabukkan. kalau kita minum, otak kita kan jadi gilaa..sebab tu Tuhan tak bagi kita minum arak. kalau dah mula minum kita jadi ketagih..bila ketagih mula la kita nak kena minum selalu. bila kita dah minum selalu itu yang orang panggil kaki botol. 


Yusof : ternganga lantas berlalu pergi sambil mencatatkan sesuatu di dalam buku nota beliau.


caption: Yusof tiada disini.


berdasarkan explaination aku yang sangat panjang lebar tadi aku rasa Yusof mesti berpuas hati kan..sebab tu la dia sampai ternganga and then tak argue langsung point aku. ha ha ha....aku rasa lepas ni kena kepit Besta selalu la. kalau ada lagi situasi yang macam ni boleh gak aku refer.


huwaaaaaaaaa pelisss tukarkan saya mengajar Science atau Math sahaja..tobaattt aku tanak ajor BM dah!!!!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, May 18, 2011

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kereta Pon Boleh Direverse Tapi...


~assalammualaikum~


hari ni mood aku macam tak berapa sehat. sudah malas nak bergila-gila. sangat down ok. tak tau kenapa well anyway aku bukan nak sangat bercerita pasal mood atau perasaan aku di ketika ini..ada sumthing terlintas kat mendula oblongata aku tadi yang menimbulkan pertanyaan disanubari.





pernah tak kita terasa hati atau kecik hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh orang sekeliling kita? aku rasa ramai je kot yang pernah rasa benda ni kan...tak payah la agaknya aku nak explain more about this. just nak cakap je la, kadang-kadang bagi kita sesuatu benda yang kita cakap tu just for fun je pon tapi bagi sesetengah orang pulak, benda yang kita nak make fun tu la benda serius.


sebab tu la orang tua-tua dah awal-awal tinggalkan peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. aku admit jugak la benda ni kan. kadang-kadang mulut kita ni kemain lancang ajer nak keluar haper benda pon, bukan sempat dah nak pikir pros and contra nya, main sedaaap mulut je kan. tu la pasal kadang-kadang kita kena pikior jugak before nak kata apa-apa pon. I mean, as a Malay kita sangat kaya budi dan bahasa. jangan la dok simply cakap aku kaya budi bahasa sedangkan in real life kau tu losserr langsung tak reti nak jaga hati ngan perasaan orang, keluarkan perkataan-perkataan yang tak sepatotnya.


so guys what are you waiting for? kemon la jom tingkatkan budi bahasa anda dari sekarang!


sekian, terima kasih.







TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Segmen Review Blog Oleh Norlida Ramli.


kelik gambar untuk informasi yang lebih padat.


hari ni kita join segmen lagi!


kali ni segmennya datang dari http://norlida89.blogspot.com/ pemunya belog pink yang comel ni dengan baik hati nya nak review belog korang. 

memandangkan aku baru ja merepair belog ni, jadi memang aku memerlukan sangat-sangat la orang komen. mana tau kot-kot aku boleh improve lagi kan. so kepada saudari Norlida diharap anda dapat memberi tunjuk ajar mana yang patot.


okeh done!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, May 17, 2011

Bila Aku Jatuh Cinta.

tajuk diatas tidak ada kena mengena dengan diri penulis diharapkan anda semua tidak tersipu-sipu malu atau tertanya-tanya adakah penulis sedang mengalami fasa seperti yang dinyatakan pada tajuk diatas dan sebagainya.


tanpa melengahkan masa lagi ayuh lah kita kembali ke pangkal jalan. tadi masa aku berbelog jogging, aku terlihat ada satu belog ni. aku taktau la belog tu personal ke tak..kalau personal opkos la dia private kan? tapi masalahnya tidak pulak si pemilik belog tu private..makanya aku pon suki-suki la terjah sampai bergegar belog tu..sementelah entry dia pon tak da la banyak mana dalam masa seminit aku dah boleh khatam belog dia..hebat ann?




yang membuahkan persoalan dibenak aku ni semua entry dia berkisarkan pasal awek dia ja. bukan aku nak dengki mahupon jeles jauh sekali berdendam. cuma aku pelik..aduii laa lelaki tersebut seperti agak terluka dengan sikap si aweks tapi masih tetap menerima si aweks dengan penuh kasih sayang. paling best si lelaki iteww membuka segala keburukkan si aweks dekat entry dia..dan yang agak best jugak si aweks dengan tanpa segan dan silu mengkomen entry tersebut. dan mereka saling meng-link-kan antara satu sama lain.




aku melihat dari perspektif lelaki ni la kan. dia teramatttt gila bapak sayang kat si aweks. walaupon si aweks ni pernah menghina keluarga si lelaki, atau pon mengungkit setiap benda yang dia buat untuk si lelaki dan pernah mengeluarkan perkataan kesat kepada si lelaki..si lelaki tetap sabar melayan kerenah si aweks. malah si lelaki pernah menyenarai pendek kan perangai buruk si aweks untuk diubah. humppphh...




aku macam pelik jugak kan..adakah si lelaki ni dah betol-betol merendahkan ego dia sebagai seorang lelaki demi menerima si aweks? takan dia tak rasa papa bila si aweks menghina family dia, menghina dia dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat...dan macam-macam lagi la..pfttt kemon la weh aku sebagai manusia yang agak normal ni pon tercabar kot kalau dengar orang hina family kita. kalau aku jadi bro tu aku dah let go kan aje pompuan tu..haper dia hingat dia tu berdaulat sangat ke nak hina-hina orang?


mungkin betooooll kan kata orang bila dah jatuh cinteee semuanya indah belakee. kentoott yang busuk pon buleh jadi wangi bila hati dah suke. tapi satu je la aku nak hingatkan kat sini kita tak boleh pikir yang kalau kita suka kat somebody tu kita hanya akan suka dia aja...masalahnya orang tu ada family kot. besok-besok ni kalau kau nak kawen, kau bukan kawen dengan dia aje..kau kawen dengan family dia sekali kot..jadi pikir-pikir la banyak-banyak kali yerr.


ok habess dah tazkirah aku. kalau tak setuju ngan aku buleh tinggaklan link jom kita buat diskusi pasal benda ni.


bye.!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Muhasabah Cinta.


currently aku suka sangat dengar lagu ni. liriknya indah..boleh tersentap hati dengar ok. sekarang ni aku tengah jiwang in mood so layan pon lagu jenis-jenis cam gini je la.


hope you guys enjoy!


okehbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, May 16, 2011

Saya Menghitung Hari.


Sedar tak sedar sekarang dah setengah bulan pon kita di bulan MEI yang indah ni. yesss hari-hari yang aku lalui sekarang sangat indah, tak ada kata yang dapat aku aku terjemahkan by words untuk menggambarkan betapa aku melalui hidop yang sangat best. Tuhan semamangnya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. tak pernah dia hadirkan kesedihan yang berkekalan buat aku. terima kasih ALLAH atas nikmat ini.




hampir setahun kisah sedih itu berlalu dan sekarang aku dah betul-betul bangkit. kuat dari segi mental dan hati aku dah betul-betul cekal untuk terima kisah setahun yang lalu. Syukur!



nampaknya jugak bulan 6 dah semakin dekat. seriously cakap la aku memang nervous tahap gajah dah ni, padahal orang lain yang patot nervous rilex ja siap buleh pusing satu Malaysia dalam weekend ni lagi aku sebok round Pendang, dia dah siap sampai Johor kot..grrrrr geram tau!


Bulan 6..aku taktau nak describe macam mana..macam mana nak face bulan 6...boleh tak kita skip tak yah ada bulan 6 teruss ke bulan 7. boleh tak? boleh tak..bolehh takkkkk??? hah meroyan dah..eh eh tak la, tak meroyan ok..cuma nervous jerp. not so sure la macam mana aku kan bila dah sampai tarikh tu dan dia betol-betol dah fly...wuwuwuwu mesti sedih..mesti nangesss..mesti teringat mekdi selalu..mesti tanak jengah TGV dah pasni..err GCS terkecuali...mesti dah tak lepak kat Route69..mesti dah tak pusing-pusing uptown mesti tak boleh..blablablablabla....mesti punya la!


well to tell the truth masa aku tau yang dia dapat offer untuk 'keluar' aku dah macam speechless gilaaaa sumpah tak sangka. masa zaman kawan tu dok study aku pulun la dok berapi bagi semangat kalau dapat offer keluar lagi (before ni dah penah dapat offer further luar dan mereka menolak atas sebab alasan belom ready) lepas ni MUST grab it. dan ternyata dia memang ditakdirkan untuk keluar jugak akhirnya! perghhh...imma bit sad about it, tapi takpa it is for his own good jugak kan. untuk hidop dia. aku akan senantiasa mendoakan yang terrrrbaik buat dia yeahhh gambatae!


so untuk hidop aku pulak..akan diteruskan seperti biasa. lepas beberapa bulan ni aku dah tekad akan sambung study balik. bukan dah bosan keja..cuma aku rindu sangat nak jadi student balik. asyik aku ja yang dok membebel..lenguh mulut tau. tak kesah la apa yang ada aku bedal saja, yang penting study! walaupon plan asal agak sedikit berubah tapi takpa..kita stick jugak la pasal sambung study tu..yang lain-lain kita hold dulu. kalau tak sempat buat untuk beberapa tahun ni..kita tunda lepas 5tahun ok..hahaha gila-bapak-selfish nak jugak orang ikot plan aku tu.


okeh la malas mengarut panjang-panjang dah. orang yang pusing Malaysia tu pon dah selamat sampai rumah. so saya pon sudah mahu tidurr dah sekrang. baiklah saya tahu entry ini agak ngade-ngade-gedik sikit yerr..so maaflah kalau ada yang dah baca..errr....kbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA