Sunday, October 31, 2010

Lesbian ke?

kelik untuk tumbesaran gambar


dah nampak apa yang tertulis kat situ?

err macam ni pon buley ka dikategorikan sebagai lesbian?yucckkss memang orang yang melemparkan tuduhan tuh tak masuk tadika gamaknya  yee.

well conversation ni antara aku ngan my beb which is seorang perempuan. terpaksa aku blurr kan nama serta muka beliau, sebab beliau seorang yang sangat terkenal, takot nanti ada pulak yang blacmail dia..keh keh keh..

so beb I LUV YOU..

confirm ada orang lebel aku dah jadi lesbian bila cakap camni..macam aku kesah sangatkan..ada tepuk kepala tanya la otak..

okeh babai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, October 30, 2010

pendek jerr.

haish...masalah dari dulu tak setel..

now problem ngan blogspot lak ni..tgk la post aku mesty ada dua cemana nk buang ntah, template pon tak leh tukar...haiiyyoo...
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, October 28, 2010

.Ini entry penHARGAan,sila bida harga anda

dan ini sangat giler okeh. disaat benda alah ni di coret, jam dah pon pukul 01.13 a.m,.. giler sebab besok awal pagi dah kena bangun macam biasa dan bertambah giler lagi bila lepas skola kena pegy Uitm lagik.. lepas tuh dah senja baru buley sampai rumah..keadaan begini harus la belanjutan sampai senja besok..jap nak jugak cakap..sayer rindukan waktu tidur di siang hari!!!!

orite lets proceed to our topic. sebenarnya tak da benda pon, penghargaan kali ni aku tujukan khas buat Incik Bff yang ter-over melampau giler tapi selalu membantu dan yang paling pelik tu sentiasa memahami. actually aku tamao puji pon tapi aku terpaksa..sekali lagi aku tekankan kat sini aku terpaksa...nampak tak tu siap bold lagi..err aku terpaksa cakap memahami, sebab character dia sebagai  seorang lelaki yang bergelar abang memang dah di-set kot untuk memahami segala benda yang yang adek dia bebel..sapa adek dia??well aku la...har har har..cesh bajet adek pulak...

seyes cakap, dalam banyak-banyak benda yang aku nyampah kat "abang" aku ni, still ada satu benda yang buat dia nampak mulia. dan disebabkan ini jugak la aku memang sentiasa tak kesah nak share apa jugak dengan dia hatta walau segelas air teh ais pon aku sudi gak la nak share ngan dia..nak melalak pon buley gak cari dia kekadang tu.

meh aku bagi situasi, supaya korang lebih memahami apa fungsinya Incik Bff ni kat aku yerr. if aku ada pape masalah yang buley wat aku fenin, atau gelabah tahap bewak, aku akan cari dia. sebab biler aku sembang ngan dia, ottomatik aku akan terlupa masalah aku, sebab bila dia start ja bebel, mesty dia buat aku nak melawan dia balik..dan terjadikan perang lidah serta saraf sebab aku sentiasa nak mematahkan hujah dia yang kadang-kadang tu bila dengaq macam tak logic ja.

pastu pulak, dia ni jugak buley la di-title-kan sebagai pembantu penyelesai masalah. di samping menjadi seorang guru (geli-geli), aku jugak merupakan seorang kaunselor tak bertauliah.well biasa la aku jugak seorang yang memahami sebenarnya har har har.. bila dah dihamburkan dengan banyak case yang mintak dikaunselingkan oleh aku dan katakanlah aku tak dapat nak handle case tu aku dengan rasa happynya akan serahkan pulak case tu kat incik Bff dan selalunya beliau akan cuba meng-handle-kan dengan sebaik mungkin.

Incik bff ni memang la selalu senget, tapi sumtimes tu time dia normal, ada la duatigakerat pendapat dia buley digunapakai. sebab tuh biler terjadinya masalah aku tak dapat handle case, beliau dengan peraaan terujanya meng-takeover tempat aku..takpe aku tak marah, as long as dia pandai handle, then ok la.

dan dengan ini jugak..tanpa membuang masa lagik, aku dengan rasa penuh teruja nak memohon maaf kat dia jugak, sebab time borak-borak tadi aku terguna perkataan kasar. ini benar okeh aku tak pernah guna perkataan bodo*, benggon* time aku cakap-cakap ngan dia. rasa terbersalah la pulak..mintak maaf yerr abang!!!(he he he), mulut dah tamat insurance sebab tu la laju jerr keluar perkataan-perkataan camtu..

dan sebetolnya entry ni tercetus sebab perasaan rasa terbersalah aku..dan tetiba jerr nak buat issue penghargaan..so beliau la subject dan sasaranya.

last nak cakap,


SAAAYAAAA





SAAAAAAAYYYYYYYYAAAAAANG





AWWWWAAKKK





WANI!!!

har har har...nunytes!

NotaSengetErinAzizan :perasan tak, banyak kan aku guna perkataan well..well..well...
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, October 26, 2010

.Obses tahap gajah..bila nak insaf tah?

orait straight to the point yeah. hari ni bolehla di-tema-kan sebagai hari mengantok + penat sedunia. serius bila aku kata mengantok maknanya memang benar-benar mengantok. bukan tak cukup tidur, tetapi lebihan tidur membuatkan aku terus dirundung rasa mengantok walaupon aku sebenarnya dah tidur hampir 20jam lamanya.

lama giler kan waktu tidur aku, nak buat macam mana..aku memang dilahirkan dengan berhobikan tidur, dan aku sangat redha..yerr redha dengan takdirku ini..aii ceeewah poodah!! mari aku sambung balik citer, selalu kalau ada ja free time aku mesti nak layan tidur sedas dua..hobi yang satu ni memang wajib tiap kali ada waktu terluang. sangat diwajibkan ke atas diri aku, tanpa sebarang paksaan dan godaan.

heeppp, dah dah!! cukup cukup!!hari ni tamao buat rancangan Erin Azizan In Person lagi..nak tau hobi-bobi aku len kali kita buat forum okeh.

so hari ni macam biasa larr, celik mata seawal pukul 5.30 pagi,tenyeh taik mata,bangun dari tempat tidur,mengeliat,turun bawah pegy toilet,bukak shower,mandi,uihhh sejukknya (cakap lam hati),sabun,gosok gigi,gosok kaki...dah abeh semua..bersiap, solat pastu mekap tebal-tebal..pukul 6.40 pagi dengan perasaan yang masih terbuai-buai dialam mimpi aku dah gerak pegy umah Cikgu Siti..kitaorang mengamalkan konsep car-pool since kitorang satu tempat keja,sebab tuh aku kena pegy umah dia.

dekat sekolah sumpah aku memang mangantok siot, taktau nak describe macam mana, dalam pala hotak berjambul ni asyik dok pikir nak abes kelas cepat-cepat then buley pegy canteen, auummm ngan Cikgu Siti.

tapi keadaan jadi lagi worse bila lepas jerr aku auummm, aku rasa lagi lalok, jahat betol la orang canteen neh, dorang letak ubat tidur lam makanan aku pe??..mengantok menjadi-jadi, tambah-tambah pulak kelas pon takde time tuh, sejam jugak la aku free before aku enter class for the next period, jadi haper lagi peluang tembaga sedemikian tak harus dilepaskan begitu saja.

layan lena sedas..tapi still cover-cover tunduk macam orang baca buku gitu, mak ehh takot siyakk..takot kang PK nampak, tak pepasal aku kena sound. so keadaan lena-cover-cam-baca-buku berlanjutan selama hampir sejam..err more specific, lagi 5 minutes before class start baru la aku batoi-betoi terjaga dari mimpiku yang pendek.

sampai kat kelas sekali lagi aku mengngantok. menguap ya rabbi berjuta kali kot. time tak mengajar mesty nak mengantuk siyak. dah la tuh hari ni aku kena jaga exam kot, lagi la mengantok tahap tapir. kalau mengajar takpa gak la, sebab buley dok menjerit-jerit so tak da la mengantok sangat.

jadi ingin sayer tegaskan disini bahwasanya sayer tidak berdosa okeh, salahkan mereka pasai pa depa exam hari ni seterusnya menyebabkan sayer tak buley mengajaq dan secara tidak langsungnya menyebabkan sayer mengalami masalah mengantok berpanjangan...huisshh nampak tuh hujah tamau kalah kot...masuk mahkamah dunia CONFIRM kes kena reject, tak layak dibicarakan!

tinggalkan kes tersebut diatas yaa, mari kita beranjak ke jam seterusnya iaitu pukul 01.00 ptg. time ni memang syahdu habes cuaca pon mendung-mendung masin gitu bagai menggamit aku segera pulang kerumah untuk menjamah tempat peraduanku yang indah itu. selesai kutip semua soalan exam, aku pon haper lagi mencari-cari la Encik Akon Handphoneku Si Hitam dalam beg. niat dihati nak tengok jam tapi......








dapat message pulak dari Incik Abah terchenta,

"SATGI DAH SAMPAI RUMAH, MAI UITM, KEY-IN MARKAH. DAH SAMPAI CALL DULU"

uihhh kau nampak tak..nampak tak Incik Abah guna capital form semua...nampak taakkkk???kalau tak nampak maknanya kau tak mandi, duduk ngan tok aki, banyak daki..boleyy jalan masuk perigi...

habes punah semua impian tidurku disiang hari di time-di time mendung-mendung masin begini..agak tak dapat nak menerima kenyataan sebenarnya.

so mahu-tak-mahu terpaksa memaksakan diri ke UiTM pulak..well aku dibayar..serius cakap, dibayar dengan harga yang sangat lumayan oleh bapak aku sendiri untuk buat kerja yang super mudah tapi memeningkan otak tu.

text Incik Bmw, info dia yang aku kat UiTM. tak sangka pulak dia pon ada kat sana..tah haper la mamat tu buat tah, rajen pulak masuk kampus padahal beliau takdak paper pon hari ni. pas dua-tiga-das-tembakkan mesagge, kata sepakat pon dicapai. dia nak tunggu sampai aku habes keja. haa tunggu la kau, berejam kot..

lepas duatigaempatjam merenung screen dengan perot berkeroncong lagu Zapin Sayang di sayang alah sayang...aku pon shutdown system. roger Incik Bmw balik, dia cakap dia kat Kafetaria, and suruh aku pegy sana terus, aku pon dengan happynya tunggang keta pusing kampus cari kafe, padahal aku taktau pon kat mana kafe tu sebenarnya,  4 kali weh 4 kali aku sesat dalam kampus tu gara-gara cari kafe tak jumpa.

Incik Bmw da guide tapi....ah malas nak cari dah aku terus pecut keta kuar kampus. dalam hati aku menyumpah giler.."weh buat malu jaa orang penang sesat kat tempat sendiri kot..sengal hang Erin!" then i text him back,

"i lost. dah kuar kampus pon i'm going to McD"

he replied "ha ok ok...tunggu kat McD tu nanti kte sampai sana"

"ye McD perda tau" aku jawab

"ish McD jugak yang dia pilih kan dah dok situ diam-diam..." dengan disertakan nada perli disitu oleh Incik Bmw

"hihi...nak wat cemana dah sesat" tanak kalah..aku jawab balik!

"hmmm ye la tunggu je kat situ..i'm coming"

"okeh".....

so after beberapa ketika dia pon sampai, masa tengah tunggu dia tu sempat jugak aku gossip-gossip ngan My Beb (thru fon) dah puas gossip bru la nampak batang hidung dia.

eh..kitorang tak auumm pon kat McD tu, sebab Incik Bmw nak gi auumm kat Route 69..aku pon follow je la..huhuhu dalam hati agak rabak jugak,dah sampai siap duduk gi tapi tak leh auumm McD...macam nak sekeh jerr pale dia ni...mencik betol!

walaubagaimanapon kekecewaan terubat bila neslo yang aku order tu sangat sedap tahap luar biasa. memang sedap tak hengat!!!...makanan pon superb la jugak. heh dalam hati mana leh challenge Mcd,still number one!

nampak tak kegilaan aku terhadap McD? har har har...sampai terpaksa la Incik Bmw menyetujukan dirinya untuk mem-visit ruang legar McD pulak...biler?? yesss...esok petang seh...

dan aku...

yaayyy yaayyy yaayyy!!!

tak tawu la bila nak stop obses dan insaf...dan seperti biasa aku pon.....

yaayyy yaayyy yaayyy!!! sekali lagi......

-THE END-

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, October 22, 2010

.Jealous Tahap Gaban

susah rupanya bila ada penyakit mental illness ni yerk?

hot la topic perbualan dah macam doctor-doctor pakar jerr kan, tapi percaya la aku bukan seorang doctor jauh sekali seorang pengayuh basikal yang handal tapi aku cuba jugak untuk bawak topic ni dengan lebih berhikmah... err maksud aku dengan cara yang lebih santai.bukan pantai!

Benda yang kau perlu tau, mental illness ni banyak cabangnya. dalam bercabang-cabang tuh aku tertarik nak menggetengahkan(betul ke eja cam ni?) issue Jealous Tahap Gaban.

Hal ini demikian kerana pada pagi tadi sewaktu aku tidur-tidur ayam kat office (time aku free takde kelas okeh) aku terdengar perbualan dua orang cikgi kat sebelah aku, iaitu Cikgi Milah (nama sebenar dirahsiakan) dan Cikgi Temah (nama sebenar dirahsiakan) . Sambil me-review issue muka depan paper kosmo aku yang aku beli kat kedai mamak pagi tadi depa pon berdialog...


Cikgi Milah : ish aku dulu pon macam ni jugak kes...bekas boipren jeles kuat sangat!

Cikgi Temah : biaq betui kak? dah tuh jadi lagu mana?dia buat apa kat kak?

Cikgi Milah : aku putuih. susah betui nak putuih ngan dia ni. dah la perangai jeles tuh yaa tuh buat             aku tak tahan..semua benda nak kontrol, ngan kawan-kawan aku pon dia jeles, time kawan dengan dia ni jangan harap la aku nak dapat kawan ngan lelaki lain..semua dia kontrol.

Cikgi Milah : teruknye...yucks menci-menci(okeh efek menci2 ini aku sesaja yang menambah)

Cikgi Temah : hissh ada lagi..tahap jeles dia tu sampai sanggup nak membunuh kot..tu yang buat aku seriau tuh...last-last aku dapat posting kat Johor..uiii lega..rasa macam bebas, time-time tuh jugak aku mintak putuih.

*conversation berlaku dalam loghat utara

*******


sebenarnya ada lagi conversation between cikgi-cikgi ni tapi yang itu jerr yang aku dengar pon sebelom aku dengan jayanya me-lena-kan diri aku kat atas kerusi yang empuk tu.

oh biarkan saja Si Luncai tidur nyenyak diatas kerusi empuk itu. point yang aku nak highlight-kan kat sini is..kenapa nak jeles tahap gaban?

Bagi aku jeles tuh perkara normal. bohong la kalau ada manusia claim kata dia tak pernah jeles. sekali seumur hidop mesty dia pernah berperasaan sedemikian punya.

sesungguhnya setiap manusia itu ada perasaan jelesnya yang tersendiri, tapi jeles tahap gaban ni la yang tak bleh blah. jeles tahap max..tahap orang psycho...tahap yang orang kata sampai nak membunuh.

yang dimaksudkan dengan jeles tahap gaban ni bila boi/gal fren kau, suke suki nak kontrol life kau. nak tau semua benda yang kau buat, kau kawan ngan sapa, kau makan kat mana, lepak kat mana, message/call sapa and kalau buleh nak tau kau masok tidur time bila..ye la takot kau bergayot ngan orang lain lak ..mostly dorang takot kau bergayot dengan frens yang opposite sex la.

heyh hello...come on la, takan kau suka bila life kau dijajah macam tuh kan? aku memang tentang habes-habesan kot. ni namanya menceroboh hak privasi manusia..and you tak berhak langsung..nak control boi/gal frens punya life. since you guys pon bukan ada pape ikatan lagi sedangkan orang yang dah bernikah berpuluh tahun buley bercerai ni kan pulak you all yang setahun jagung baru nak bercinta...lagi la rapuh dek non oii.

sorry kat sesapa yang berpenyakit seperti ni, aku bukan nak mengata..tapi ini fakta kot. dari pada kau menyusahkan kapel kau baik kau bunuh muhasabah diri. dapat jugak memperbaiki diri ke arah kebaikan.

aku paling menyampah giler bila ada diantara kengkwan aku yang seakan-akan tak dibutakan mata sebab benda ni. dah jadi macam lembu kena cuck hidung lak..ikot jerr apa kapel dia kata. so ridiculous..kau tak sedar ke yang kau tuh berhak untuk say NO??

ada yang jenis patuh giler-giler babeng pon ada gak. sampai pakaian dalam pon kapel dia tentukan nak pakai kaler apa...apa tuh???kau tak rasa benda ni macam bodo ke?

serius weh tiap kali aku face probs macam ni memang aku da macam nak muntah berkati-kati tapi aku tahankan aje la..member punya pasal, malas nak cari hal ngan member-member.

so those yang mempunyai mental illness yang macam ni aku sarankan la..tolong tolong tolongla pi jumpak pakar sakit jiwa yerr..dah tau diri tu memang sakit and tak buley nak overcome sendiri so sila la cari bantuan segera. bantuan paramedik pon buleh kalau kau nak tau (aku tipu jerr).

diharapkan dengan penerangan serba ringkas ini saya..eh eh silap aku harap dapatla membantu kau mengatasi masalah kau ni yerr...plish la weh jangan nak buat jeles tahap gaban...serius aku menyampah dowh.

pesal bunyi ayat aku macam bunyi ayat esei SPM ntah dan yaa aku dah mula geli dengan gaya bahasa aku yang gampang ni..sila jangan ambil kesah yerr.



keratan paper kosmo yang ada kena mengena ngan topic


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, October 19, 2010

.Tak berkenaan kot

"aku pi mana pon semua orang sayang"

gile kentang sengalsenget punya statement. ada berbaur poyo sikit. tapi nak buat cemana orang yang keluar statement tu memang tip-top habes kot, aku tekankan kat sini lagi tip-top habes kot, lagak diva dah.

al kunun-kununnya dia tu lemak berkerim disukai ramai lah...err disukai ramai?? dah macam iklan susu Dutch Lady full creamnya perisa lak kan.

well mintak maaf atas statement super senget diatas yerr, tak berniat nak bangga cuma aku dah penat sangat ni, mengantok weh. tak pernah-pernah dalam splohtaun kebelakang ni aku kayuh basikal, tuptup hari ni dok buat kental and patuh arahan.

"ala ni ada dua-dua orang muda ni, bagi depa ja la ikot budak-budak, kami dah tua tak larat"

mari kita discuss statement kat atas ni sikit. agak-agak kau, bila dah dengar statement cam tuh perlukah kau....

  1. buat-buat macam tak dengar pastu buat-buat sembang pulak ngan member sebelah..sambil berkata "weh Enon aku ada rahsia ni,semalam masa aku pi beli cotton buds kat kedai apek tu, aku terkentut daaa yang paling besh bau dia tu bushuk gilerr sampai apek termuntah".
  2. memberikan sepenuh perhatian serta mempamerkan muka suci dan berhati mulia sambil tersenyum dan menggeluarkan dialog "emm nak saya follow depa ka??"walhal dalam hati tak berapa nak follow sangat pon.
  3. lari masuk toilet kunun-kununya saket perut..semalam salah makan so hari ni cirit la.
  4. berdiri dengan lemah sambil berkata "dughh saya ada lelah, doctor tak bagi lari jejauh" .
dari keempat statements di atas, aku rasa statement kedua la yang orang normal akan pilih..betuii dak?

statement yang lain-lain semua tu nampak sangat kau tuh auta. nak pulak kalau kau jenis yang tak pandai nak membohong...sila la jangan auta. pi belajaq teknik-teknik membohong tu bagi peghabeh dulu nooo.

dalam kes ni, aku dan cik Panda terpaksa-memaksa-relakan diri kami untuk mem-follow, naseb baik Sir Zul bertindak menculik basikal tahsapasapatah bagi kat kami duaorang. time kaseeyy la ye atas penculikkan yan tak terancang tu. kami sangat menghargai jasa Sir Zul...lebiuu lah.

maka dengan ini, mahu saja aku tammat-kan karangan panjang berjela yang tahpape ni kat sini aja. nak tengok citer Asmara sat..dughh hensem kot Asmara tu...sampai ketemu lagi besok...daaaa.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, October 18, 2010

.Kiter Just Nak Bagitawu

dear bloggie,

kiter tak sehat hari ni. tak tahu nak ngadu kat sapa. tetiba jerr nak tune to mood-mood sayu, pilu, syahdu dan sewaktu dengannya

kiter rasa macam dah takde sapa nak amek tau pasal kiter pulak sekarang ni. yerr kiter tau kiter selfish. padahal, kiter memang dah tau yang dorang semua sebok so buat hape la kiter tergedik-gedik nak suruh dorang sebokkan hal kiter.

kiter bukan nak dorang kesahkan sangat hal kiter, kiter just nak dorang bagi respond jerr biler kiter cakap kiter tak sehat. kiter tau kiter tak patot cakap cam ni. kiter tau yang kekadang kiter ni over, ngade-ngade, tapi kan, kiter mana ada selalu cam ni. time-time kiter sakit jerr kiter jadi cam ni pon.

dulu, kiter rasa banyak sangat orang sayangkan kiter, kesahkan hal kiter, tapi sekarang.....ntah, mebi perasaan kiter je kot.  kiter pon tak paham..

seb baik ada awak bloggie, buleh jugak kiter coret-coret kat sini. at least kiter buleh share sakit kiter ngan awak. sebab awak sentiasa ada biler kiter perlukan awak. awak tak selalu sebok kan?

yerr kiter tau kiter buleh cayekan awak, sebab tuh kiter sayang sangat kat awak. awak, kiter dah makan ubat tau tadi. memang la kiter ni susah sangat nak makan ubat tapi nak buat cemana  esok kiter kena gi sekolah. kiter takot nanti kiter tak dapat tahan pulak masa kat sekolah.

kalau ikotkan hati kiter..memang kiter tanak langsung makan ubat, in fact memang kiter nak pretend je macam kebal, tapi mak kiter paksa-paksa pulak tadi. menci la..tak suke! tak suke! tak suke!.

awak,

kiter rasa ubat tuh dah mula react la, kiter dah rasa mengantok ni. kiter tido dulu yea. gudnite bloggie!

kiter sayang awak sangat-sangat.


                                                    
                                                                                                                      lots of luv,
                                                                                                                           -budak sakit demam.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

.Oh November I'm So Nervous!

what a sacrifice!!!

itu first impression aku, bila tau dia sanggup buat macam tu, benda yang boleh dikatakan besar dan sememangnya penting untuk masa depan dia.

speechless pon ada jugak. ntah la, bagi aku dia sangat berani, serious..berani giler babeng!! hubungan aku ngan dia baru je nak mula, in fact we both tak la mengenali each other sangat.

mungkin tuhan nak temukan jodoh aku ngan dia. dalam hidop, dah banyak sangat aku jumpa ngan orang-orang yang hebat..dan dia jugak salah seorang yang sangat hebat di mata aku, walaupon aku belom mengenali dia sepenuhnya.

saat ni aku betol-betol berharap dapat bersama-sama ngan dia. segalanya di tangan tuhan, andai dah tertulis aku dengan dia, insyaALLAH kami akan bersama. doakan plish.

teringin giler nak kenalkan orang hebat ni kat korang semua, tapi sekarang bukan masa yang sesuai aku kira. membilang hari memang sesuatu yang sangat menyesakkan. nervous. aku akan sentiasa berdoa, seperti yang diminta. semoga ikatan perhubungan ni akan bertambah erat.


untuk masa ni, apa yang perlu kita buat hanyalah berdoa..berdoa..dan terus berdoa. tak lama lagi, semuanya akan terjawab.

oh November....


NotaSengetErinAzizan : dedicate this post speacial kat dia. hope we'll be together.


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, October 17, 2010

.Hati Membeku Mengingatkan,Kata Janji Manismu...

mood stabil.

semua dah back to normal. ye ke dah back to normal? ah gasak la..cool Erin cool kan dah janji nak control emosi..hak kau peduli hape aku control ke tak janji kepala aku layan sudah.

heh nampak sangat kau ni tak reti nak patuh janjikan Erin kan..well aku patuh pon janji dengan orang jer, janji dengan diri sendiri esok lusa pon leh patuh..tak pon tahun depan je la..ala nama pon janji dengan diri sendiri kan...so kira halal la yerr mana yang tak terpatuh tuh.

aiseh sudah macam nak belajar terapan nilai-nilai murni dalam subjek Bahasa Melayu pulak.."ye murid-murid nilai-nilai murni yang boleh diambil dalam cerita ini ialah..mematuhi janji..kalau tak patuh janji kita....blablabla" bebel cikgu Bahasa Melayu kepada anak-anak muridnya.

baiklah sebelum kau get confuse, ingin sekali aku terangkan bahwasanya disini bukanlah tempat nak belajar subjek Bahasa Melayu atau sastera epik kebangsaan, kalau nak belajar bahasa-bahasa ni semua pi masuk kelas bahasa la senang..jangan belajar ngan aku kalau tanak menyesal, kerna sejarah telah membuktikan bahawa aku selalu aja kantoi ngan subjek BM ni..(T______T)

maaf ayat agak sedikit skema diatas, harap maklum pengayaan bahasa saya agak berubah-rubah..bukan rubah yang musang tu yerr. sekali lagi diminta supaya tidak confuse disitu.

kejap kejap..kau tak rasa ke yang perkataan berubah-rubah tuh macam sesorang pernah mengucapkannya??haa tak ingat..meh aku bagi statement penuh.




"mood berubah-rubah?..biase la orang perempuan bila datang bulan..perkara yang paling akhir perlu kita risaukan..tuala wanita...."






dah dapat tangkap sapa yang cakap? ahah sila jangan buat muka kerut-kerut pastu buat statement "eh sapa ni?" "eh Erin ni dapat komisyen kot sebab promo biskut kering ni?" eh eh dah out of statement lak, sila abaikan statement yang kedua tuh. mari kita fokuskan sepenuh perhatian kepada statement yang pertama.

sumpah sapa tak kenal wanita kat atas ni memang samdol habes..kalau still tak kenai jugak..satu statement keras untuk kau.."wak lu!!!"

jadi apa sebenarnya motif aku bebel benda alah tu kat sini tah? ntah aku pon tak paham, sebenarnya aku nak buat karangan bertajuk Memaafkan Setiap Perlakuan Di Tuntut Dalam Islam. tapi dah termengarut pulak citer pasal biskut kering.

yang paling worse, aku nak cari soalan-soalan latihan science tahun empat, tapi aku search soalan-soalan dari hati ke hati pulak..aiseymenn yaperrdaa..memang tak buley harap langsung la. harapkan pagar, pagar makan rumput betul la hang ni Erin!!

jadi in a nutshell to conclude, sekali lagi kau terpaksa membuang masa meng-skroll down entry aku baca kesah yang ntahapehapentah yang buley diberi tajuk Kesah Mengarut Aku Pada Hari Ini.

Amaran. sila jangan buat muka yang macam terkuciwa yang amat sangat. sebab sebarang memek muka yang kau buat tidak akan dilayan sepenuhnya! unless kalau kau macho macam [pakwe ni.]


NotaSengetErinAzizan : lain kali plish antaq repot awai-awai..buat I tertunggu-tunggu jerr.

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

.kalau kesah, sila baca.kalau tak kesah pon kena baca jugak.

sedang emo.

agaknya masih relevan lagi ke tidak, bila emo jer terus post ke-emo-an kau kat laman sosial yang sangat-sangat glamer sekarang ni?

tak perlu state laman sosial yang mana satu, sebab aku gerenti bila aku sebut je nanti semua orang akan..."OHH AHHH EH ADA LA, ADA..AKU REQUEST NANTI CONFIRM TAU!!" jangan nak kencing la kata tak tau, glamer tahap dewa kot laman sosial ni.

bukan nak promo atau nak condemn tapi dah memang trend terkini hiburan sensasi apa-apa sikit terus post status. dalam kata lainnya, setiap benda yang kau buat mesti seantero dunia akan tau.

kadang-kadang disebabkan nak test market, nak tengok samada kau ni diva ke tidak, post-post yang ada iras-iras emo seringkali menjadi jawapan bagi persoalan super senget macam tu.

tak percaya?

sila try post statement emo yang macam ni....

"benggang giler hari ni, kau ingat kau tu kebal sangat kot"

"sampah.emo.babai"

"sumpah hari ni memang teruk..what a bad day!!!"

"hey..perlu aku kesah ke, gasak kau la cik Temah ooii..."

cuba la post status emo, tengok berapa banyak budak-budak senget pulak yang comment status kau. kalau macam budak senget kat bawah ni, boleh la di kategorikan sebagai tak berapa nak diva..(T______T)



sekarang ni aku lebih prefer emo kat sini, rasa tenteram aman dan damai..ceh ayat macam orang tengah cari ilham sambil petik gitar dok atas tangga main-main dengan tali gitar, pastu melalak...konon-konon cari cord yang sesuai nak buat lagu cinta kat awek[s].

sila jangan layan aku, karang kalau layan, lagi banyak aku merapu pastu mula la mencetuskan fenomena emo terlampau.

fenomena emo terlampau?

apa tu?

rahsia.

baiklah ada soalan?? tak dak?  biar aku je la yang tanya..




so,are you diva enough?



NotaSengetErinAzizan : aku memang tengah emo. sangat emo..mana dia ntah.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, October 16, 2010

.Ada apa dengan Auto City?

sebagai janjinya, nak update pasal story semalam. actually tak dak benda pon. yang jadi benda hot pon sebab aku dapat melepaskan diri dari perintah berkurung. perintah berkurung apa yerr? ha sila la skrol down post-post yang lepas, ada aku story pasal perintah berkurung ni.

kali ni aku lepas dengan cara halal..siap ada surat jaminan kot..yess aku tipu ja, tapi still aku ada permission okeh, so kira legal la benda ni.

so semalam aku ngan Incik Bmw pegy dinner dulu kat BM Tomyam area Perda, sumpah pedas siot toyam kat situ..rasa cam nak terbakar je lidah. Incik Bmw la suggest nak dinner kat situ dia cakap restaurant tu among the best la area Perda.

lepas makan-makan tak tau nak pegy mana then kitorang jenjalan kat Auto City pulak. serius aku memang tak pernah tahu ada apa kat situ jadi dari tak tau nak lepak mana tu yang aku request nak tengok apa benda yang ada kat Auto City tu.

sesampai jerr.. dah nampak lampu kelip-kelip bercahaya.


masuk ikot pintu gerbang yang bercahaya ni la..aku ngatkan replika Penang bridge ni buleh naik sebab dia ada tulis lovers bridge, rupanya hanya replika semata-mata. diulang, replika semata-mata okeh.

memang aku follow langkah Incik Bmw je sebab aku agak blurr tak tahu nak start berjalan dari mana, dalam mind aku dah set, mesty ada shoping mall atau tempat-tempat ber-aircond yang sewaktu dengannya.

so, mata aku yang tak bersalah ni dok pulun la cari bentuk-bentuk yang nampak macam mall. al-maklumla masa nak enter tadi kalau tak salah, aku macam terbaca perkataan yang tulih shopping-shopping .

lepas sploh minit berjalan, still tak nampak bentuk-bentuk bangunan, yang aku nmpak ada la macam bentuk-bentuk khemah yang panjang ala-ala uptown tapi lain sikit konsepnya. ni macam konsep butik-butik, sejibik macam kat shopping complex jugak..tapi dimanakah shopping complex-nya?

kitorang pusing la kawasan tu sampai ke hujung tempat memula kitorang masuk. time ni baru la aku terbaca skali lagi tulisan kat replika Penang bridge tuh

"Shop-in d'Park"

ish..no wonder la ada kedai yang macam butik-butik tapi macam ada taman. rupanya kat sini berkonsepkan shopping dalam taman rupanya..

last-last kitorang buat rukun tawaf kali kedua la kat situ, this time harus snap gambar la kan.


ni la yang macam ala-ala taman tuh. sori picture butik tam amek pon


sila fokuskan pemandangan ke arah replika gajah yerr

muka cerah akibat dari percikkan flash...


actually ada lagi pic-pic yang kitorang snap tapi aku malas nak upload..tengok aje la yang ni sama je kan..

terasa mengantok giler babeng dah ni..nak tido dulu.


NotaSengetErinAzizan : dia kat mana tah? lama tak update relationship..sigh!

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, October 15, 2010

.mengantok punya hal nak jugak cerita.

tersangat mengantok dan agak penat jugak sebab hari ni tak dapat rehat dengan lama. sampai rumah dah pukul 3 p.m sebab pas balik skool aku ngan Hajar lepak-lepak kat Subaidah dulu. minah tu lapo pulak, masa kat sekolah tah hape penyakit tah tanak makan..malu mungkin.

pastu dah balik rumah aku online pulak, dah online tu abes busuk pon mesty la dua jam jugak. then tido kejap. bangun. pastu online lagi. received a text message from Incik Bmw. mahu keluar jalan-jalan katanya. dinner.

dipendekkan story maka aku ngan Incik Bmw pon keluar. tak payah tanya lagi cemana aku dapat escape. tomoro aku cerita in details. now dah sangat mengantok.. 

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, October 13, 2010

.boleh bermadah rupanya..

kenapa perlu wujud jurang,
disaat hati sedang riang..


kenapa perlu hilang,
disaat hati perlukan peransang..



semakin lama semakin tak memahami. ikatan yang dikatakan utuh kian mula jatuh.hati rindukan kisah yang lalu. saat dulu, kau bersama setiap waktu.

terputar minda pada pertemuan pertama. kau dan aku saling terpana.berbicara lidah menghulur kata. tanda perhubungan baru bermula.

detik demi detik waktu berputar masa. kau dan aku tak pernah merasa.semakin lama semakin membuah rasa. adakah ini namanya cinta?

tapi kenyataannya perit mengundang lara. terpaksa melepaskan, walau hati dirintih derita.adakah diri tidak cukup sempurna? bertanya hati pabila mulut berkunci kata.


Nota Senget Erin : tiada yang terindah selain kamu!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, October 12, 2010

.Erin Azizan dah jadi Famous Amous?.

dapat hadiah lagi!!!!

yeah betol tuh..this time memang sangat-sangat membuat aku tersenyum lebih busuk dari kerang busuk okeh. mana tak nya, dekat hadiah tuh diselitkan kad yang bila aku baca sumpah nak guling-guling hantuk kepala.

naseb baik jugak la, time tuh dah nak abes waktu sekolah, kalau tak mesti cikgu-cikgu lain pelik semacam..apehal lak si Erin ni dok tersengih-sengih sensorang. mujur jugak dorang tak perasan, kalau tak, mawu setahun aku bungkus kepala dalam kain..malu!!!!

lepas jer baca ayat yang sempoi lagi mengegar jiwa tuh, terus aku kol Princess but too bad she's having an exam masa tuh, then aku kol my Beb lak..dia pon ada exam. dengan gigih tak putus asa dial number Incik Bff, tapi dia pulak tengah sebok nak bayar lunch..haishh..

last-last aku sambung sengih la sorang-sorang lagi. ada la dalam sploh minit kot dok sengih macam orang  separa betol then barula received a text mesagge from Princess.

Princess: Erin, sory. Baru abes test. Nk cake!

aku dalam hati "aiseh, budak kecik ni nak cake pulak..orang ada story lagi hot kot tapi cake jugak yang dok lekat dalam medula oblongata dia tuh". malas nak reply, terus aku call. mana sedap main-main message ni baik cakap live baru la real kan..kan..kan..

time conversation ngan Princess tu memang aku cover habes la, cakap pon ala-ala dalam selimut gitu, yaikkss menyesakkan betol la. mana taknya selalu kalau bergayut jerr ngan Princess mana ada nak cover-cover segala..cakap main lepas, dah la tuh kuat-kuat pulak kalau sebatu jauh tak dengar suara aku tuh saja sangat la..confirm orang tu ada sound trouble.

pesal kena cover pulak kan? memang harus la kena cover sebab masa ngah bergayut ni aku dok kat dalam bilik guru lagi, banyak cikgu-cikgu kot, kang kalau gelak kekuat mawu  pengsan dorang kot, almaklum la masa kat sekolah ni kena la jaga adab dan tatasusila ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.

tengah cover-cover macam tu pon aku still buleh gelak terkekek-kekek..adeh memang senak perut kalau sembang ngan dia. conversation kitorang memang pedek tapi padat. aku tak kasi chance langsung kat dia, aku pulun citer pasal hadiah ngan kad yang aku dapat tuh.

tiba-tiba ja Princes jerit "waaaa nak jadi cikgu jugak..buleh dapat hadiah!". "Erin you jangan marah-marah tau kat budak yang kasi you hadiah tu".

my happiness


comel tak?comel kan..


macam amek gambar keluarga bahagia pulak


 serius tak paham. apa yang tak paham? entah la, banyak benda tak paham. kekadang terasa macam orang famous pulak lebih famous dari Famous Amos okeh.

kat sekolah tuh aku macam dah jadi fenomena. pergi mana pon mesti jer ada students tegur-tegur pastu salam-salam lagi. mak aii macam dah jadi ritual dorang lak. asal nampak aku jer mesti nak kena hulur salam itu satu hal takpe la ni yang siap cium tangan lagi, eventhough time tuh bukan waktu balik yerr. tu yang aku pelik giler babeng.

tapi tak kesah la, as long as dorang senang dengan aku and respect aku as their teacher dah cukup buat aku senang hati. entah sikit sebanyak kaseh sayang aku dah tertumpah kat dorang..i mean semua la, aku tak pilih student so semua aku sayang, semua aku layan sama rata..aiseh ayat, berbungga-bunga pulak..κɛн κɛн κɛн.

Nota Senget Erin : semalam pon dapat hadiah jugak. mereng aku kalau tetiap hari macam ni!

okeh babai!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, October 11, 2010

.sesuatu perkara tidak akan pernah menjadi sempurna andai terlalu dipaksa.

sila baca dengan nada yang santai yerr, kerana post kali ini tidak ditujukan kepada sesapa, jika ada diantara kau yang nak terasa..haa hambekk la.

"sesuatu perkara tidak akan pernah menjadi sempurna andai terlalu dipaksa"

tak paham? baiklah, sila cari laut yang berdekatan kemudian dengan perasaan yang separa mental cuba terjun ke dalam laut tersebut..err kenapa separa mental? sebab kalau buat dengan keadaan separa mental kau tidak akan di-charge sebagai membunuh diri, sebaliknya pihak hospital akan mengesahkan yang kau sebenarnya sedang mengalami masalah mental dalaman yang sangat bahaya...ada paham?

aku malas nak berhujah lebih-lebih, aku tau kau pon malas nak baca lebih-lebih jugak..aku just nak state kat sini yang aku bukan lah type yang suka dipaksa, meaning that aku tak boleh dipaksa, lets say aku nak buat something tuh biar datang tulus dari hati aku yang suci abadi, if ada orang paksa-paksa confirm aku takan buat.

yepp aku tau dan tersangat lah tau pasal sifat buruk aku ni, tapi nak buat cemana kan..kau tak boleh expect setiap manusia tuh perfect. nak kena positive sentiasa pon susah jugak. aku tak pernah percaya dalam dunia ni ada manusia yang punya sikap yang baik je...mungkin kau akan kata aku sceptical, tapi aku tak kesah pon. biar la kau nak labelkan aku sebagai apa sekalipon aku memang tak pernah kesah.

yang aku kesah sangat bila ada diantara kau yang cuba nak cabar ego aku, yang cuba nak paksa aku buat itu buat ini..itu memang tak boleh blah! diulang tak boleh blah yerr...bukan aku suruh kau blah, kau duduk je kat situ dendiam baca entry aku sampai lebam pastu kau nak blah pon blah la, mak cik Temah kat sebelah umah aku pon tak kesah kalau kau nak blah pastu.

serius aku cakap, aku tak suka nak melawan, jangan expect aku tak melawan, aku diam, maknanya aku boleh diarah sesuka hati. No! aku bukan macam tuh..kalau kau rasa teringin nak makan penampar aku silala paksa lagi..sure dengan senang hati aku boleh bagi penampar sulung keramat aku kat kau..

so agak-agak pasni kau nak paksa aku lagi ke tak?
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, October 7, 2010

.bukan tamak tapi memang nak.

masih dalam mood me-mental-kan diri. cerita mental kali berkisarkan tentang sumthing yang memang sangat-sangat aku teringin nak buat since dari tahun-tahun yang lepas lagi.

so pe masalahnya kan..buat ajer la.pesal tak buat dari tahun lepas jer kan??

masalahnya benda tuh hanya akan terjadi pada tahun ni ajer..once in a life time pulak tuh, memang teringin gilerr..sampai kalau aku cakap ngan orang gilerr pon dia mesty kata.."eh gilerr haperr minah ni?"

this time aku takdak luck kot untuk nak buat sumthing yang aku teringin tuh, serius dalam hati aku still mengharap that aku akan dapat peluang tuh. bukan tamak, but this is my dream..dah lama sangat aku simpan angan-angan tu.

ada orang yang selayaknya untuk jalankan my dream tu. aku? huff aku tak layak. dari segi undang-undang sememangnya aku tak termasuk dalam senarai kelayakkan pon..tapi dari segi unofficial-nya aku rasa aku lebih dari layak.

terlalu lama aku tunggu saat, detik, minit serta jam berputar..tup tup dengan hanya satu statement jaa dah boleh buat aku jadi orang yang tak layak. benda akan jadi sebaliknnya if status aku dinaiktarafkan, dan automatic aku layak proceed ngan dream aku tuh. kau tahu tak aku memang dah lama tunggu detik ni? but its okeh..aku tau sapa aku.

terasa macam kerdil gilerr..bukan macam orang-orang kerdil dalam citer Cinderella tuh yerr. tapi kerdil yang macam kalau orang pandang aku pon orang akan kata "eh eh..siannya, tak patotkan..kerdilnya kamu". tak kesah la kerdil macam mana pon..yang aku tau aku hati aku terasa sakit macam baru lepas kena toreh ngan razor blade..ouucchhh pedihnyer.

pada yang selayakknya tu, aku harap kau hepii la..please buat yang sepatotnya, yang macam aku mimpikan, eventhough aku tak pernah bagitau apa yang aku nak kau buat pada hari tuh, aku rasa kau lebih terer kot, mesty kau tau cemana nak buat semua ni.

satu gi walau aku tak pernah kenal ngan kau, aku still gak nak wish all the best kat kau. untuk kali terakhir ni aku harap sangat yang kau takkan rosakkan dream aku yerr..plish take care of it.

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, October 5, 2010

kalau nak gebang,gebang sampai terbang!

hello hello hello!

entry ni dibuat kesinambungan dari previous entry yang lalu..ceh bajet macam dah lama jerr. eh kejap, entry yang mana yerr?..ala entry yang aku cakap pasal betapa aku disenangi oleh students aku tu la..ha tengok, kau punya pasal la nih kan dah terkeluar bait-bait riak serta takbur tak bertempat..tsk tsk aku tak bersalah keh.

enough. mari kita bercerita pasal case kejadian hari nih. today, sekolah berlangsung seperti biasa jugak, nothing special except aku terpaksa buat correction dalam registration book kelas yang aku handle. yee aku tahu mesti kau pikir aku punya salah la tuh kan..sebenarnya tidak okeh. setelah dipertimbangkan secara accurate serta di-cosinus-kan dan di-total-up-kan dalam scientific calculator, maka aku dapati kesalahan itu bukan berpunca daripada aku.

kesalahan tersebut berpunca dari guru yang sebelom ni, beliau telah membuat kesalahan pengiraan sejak dari bulan Januari lagi, sekarang dah masuk bulan Oktober..bayangkanlah hampir menjangkau sepuluh bulan kesalahan yang tak disengajakan itu berlangsung, dan dalam tempoh tersebut tak da seorang hatta sekuman manusia pon realize tentang benda tuh sampai la hari jumaat yang lepas masa aku nak buat closing untuk bulan September. berkali-kali aku calculate still tak dapat jumlah yang sepatotnya dan aku tak boleh nak close lagi register untuk bulan September. dipendekkan cerita aku dah dapat detect kesalahan tuh. so bermula la sesi corret meng-correct-kan all the data. ish kalau aku citer lebih details pon kau belom tentu paham. kita sudahi cerita itu disini saja.

sekarang mari kita baca cerita poyo tetapi benar mengenai aku.

baiklah sebelom aku mula bercerita, aku izinkan kau untuk memuntahkan segala isi perut kau dulu. kerana cerita seterusnya ini agak teruk serta bakal membuatkan kau terasa seperti ingin muntah hijau sekali lagi bila membaca bait-bait yang seterusnya!

setelah puas bergebang serta memutar belitkan fakta kepada mereka-mereka yang menuntut ilmu kaji alam ngan aku, maka loceng pon bebunyi tepat 01.00 p.m menandakan waktu pengajian ilmu alam telah tamat. kebetulan guru-guru terlibat dengan meeting, jadi untuk jam yang seterusnya students dibenarkan pulang tapi those yang naik beskal ja yang buleh balik, the rest yang tunggu parents, ngan bas sekolah have to stay sampai pukul 2.

aku ja the only cikgu yang tak terlibat ngan meeting, so aku la kena stay ngan students yang tak buleh balik tuh kat canteen. dengan lenggang kangkungnya aku pon hape lagi terus la melenggang ke canteen. pergh belom sampai canteen agi dah kena serbu beb. haa bukan dengan reporter atau paparazzi, tapi ngan students aku. ada yang nak bersalam lah yang nak bersembang lah haiishh semua ada la. bersopan dan bertatasusila betolkan bebudak nih..mana taknya, jumpa aku tengah jalan pon leh hulur nak salam.

sampai aku pon naik pelik, apa hal la bebudak ni kan..tuh tak termasuk lagi ngan seorang student ni..if dapat salam ngan aku mesty nak kena cukupkan 3 kali. memula tuh aku biarkan aja..tapi mana tahan beb, aku pon nak tau jugak pesal la dia pulun dok salam aku berkali-kali..nak kata tangan aku ni ada magic kalau dia salam, pastuh terus dapat 5A tak pa gak la. ni jangan kan kata magic,tangan aku sentiasa jerr comot penuh ngan kesan marker white board.

seperti bayi mengantuk diberi susu, kawan kepada budak tuh bagitau aku seniri yang budak tuh suka salam aku sebab aku ni wangi! erk..buleh eh alasan macam tuh? budak tuh pon ngan senyum-senyum jawab balik kat aku.

"a'aa la cikgu wangi..suka salam cikgu..sebab tuh setiap kali saya nak salam cikgu sampai 3 kali"

boleh gitu??

berbalik pada story kat canteen pulak. tak sempat aku nak duduk lagi dah kena serbu sekali lagi. this time students darjah 3 pulak. acctually aku tak mengajar dorang, depend gak la if ada relief then baru aku masuk. kelas tuh baru 2 kali aku masuk sebab ganti cikgu dorang yang tak datang.

makin lama makin ramai pulak yang mengelilingi aku. just imagine aku nak pegy beli air pon dorang ikot siap tunggu kat kaunter tuh, seh bila dah dapat air, aku pulak segan nak sroottt sebab bebudak tuh dok tengok aku.sudahnya aku biar kan je la air tuh tak sampai suku pon aku sedut!rugi..rugi...

sejam aku lepak ngan dorang. dah abes lepak kat canteen, aku hantar pulak budak-budak tuh kat gate, tunggu sorang-sorang sampai la parents or bus dorang sampai..haa Mithali tak aku? apa kau ingat Ibu je buleh dapat title mithali tuh...ha kau silap beb, Cikgu Mithali pon ada okeh.

macam mana? dah berapa bakul kau muntah hijau dengar citer aku ni? apa dah lapanploh sembilan kali dah? haa tak banyak tuh..pegy cukupkan seratuslapanplohlapan kali dulu..nanti biler dah cukup aku sambung citer len. as for now, aku nak tarik diri dulu la yerr.

oh yaa amacam cool tak tajuk post aku..macam tak relate je kan..tapi haku pedulik haper, post aku, punya suka aku la nak pakai tajuk haper pon kan. tak kesah la, janji kau baca sampai muntah hijau sudah. baiklah sila muntah hijau sekarang! werkkkkkss..

okeh babai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

.hemm boleh la dari takda langsung!

hello hello hello...

petang ni nak buat review sikit la pasal muvie yang aku pegy tengok semalam. bila bercakap tentang muvie time-time cenggini filem apa yang mencetuskan fenomena dikalangan kaki wayang nak tonton?

ahha...betol tuh MAGIKA. filem terbitan KRU STUDIOS yang digarap dengan penuh santai oleh Edry Abdul Halim seniri.


semalam dengan gigihnya selepas tamat waktu persekolahan  aku memecut kereta kudaku dengan kelajuan separa sederhana menuju panggung pilihan, dengan keinganan yang sumpah tak dapat ditahan terus aku membeli tiket untuk menonton MAGIKA.

walaupon berseorangan menonton tapi still enjoy, mana tak nya..satu row tuh aku sorang-sorang jerr layan, nak ketawa bunyi kuda pon tak pa, bukan ada orang nak dengaq pon..jadi dengan perasaan yang tamak serta pentingkan diri sendiri, aku dengan suka citanya meng-take-advantage-kan peluang yang ada dengan membuatkan panggung tuh macam panggung aku seniri..ala buat seolah-olah macam harta aku seniri la.

eh eh..dah salah chapter ni patot aku ulas pasal MAGIKA ni, baik mari kita pulang ke pangkal jalan....
bagi aku MAGIKA merupakan filem santai yang sesuai ditonton dikala sedang berduka lara..agak menghiburkan la jugak walaupon filem ni tak dapat membuat kan usus perut aku berpintal-pintal macam benang pintal, tapi still aku leh layan gelak bila certain karakter melafazkan dialog berunsurkan humor.

kalau kau penggemar cerita-cerita cintan cintun aku rasa baik kau tak payah tengok MAGIKA sebab MAGIKA tak digarap untuk mempamerkan elemen cintan-cintun yang mengheret emosi kau. serius aku cakap, MAGIKA filem yang sangat santai sampai kau seniri takan rasa rugi dengan harga tiket kau. previous filem yag aku tonton hari tuh sumpah tak seronok dan giler menyesal aku tonton..tapi untuk MAGIKA tak pulak timbul soal rugi sebab aku agak berpuas hati.

dua tiga kalung tahniah aku ucapkan kat Edry sebab beliau pandai meyelitkan elemen kelakar yang tak menjengkelkan otak aku macam sesetengah filem yang seolah-olah memaksa aku untuk gelak padahal takda la kelakar mana pon.

err aku bukan nak wat promo kat filem ni yerr sila jangan salah paham, aku tak dapat sebarang komisen pon aku review ni sebab aku nak la kan kaki-kaki wayang yang lain turut sama men-support our local industry. kalau la pembikin-pembikin filem yang ada kat Malaysia ni mampu menghasilkan filem yang macam ni, nescaya orang-orang yang macam aku mesty bertaubat dah dari tonton filem luar.

okeh malas nak repot panjang-panjang. err nak tanya ni, agak-agak kau aku ni boleh ke jadi pengulas filem ha?

p/s : aku dah tau apa kaitan anjing yang ada dalam citer ni...apa? kau tanya aku kenapa?..haa kalau nak tau pegy la tonton seniri...

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, October 4, 2010

.sumpah kau memang degil dan degil dan degil...

baiklah tanpa membuang masa lagi aku nak terus meng-agree-kan statement ni.."rules are made to be broken". so sebagai seorang budak nakal lagi degil serta COMEL statement ini sangat-sangat la disokong oleh aku yerr. aku rasa statement ni agak cool jugak kan. Apa? oohhh kau tanya kenapa aku support statement ni yerr?

beginilah jawapan lebih kurangnya yang aku jumpak masa aku selongkar tong sampah tadi, malas nk selak sekema jawapan..sebab soklan kau gampang giler!. aku ni dulu skema, nerd, budak kampung, tak makan udang, pakai kaca mata berkanta tebal seperti betty, pakai braces, baik sangat, serta bermulut hinggaq..so sekarang baru la tiba time nak memberontak..so sebab tu la kalau buleh nak langgar and hancurkan semua peraturan yang ada dimuka Bumi ni..haa buleh gitu?


oh ya point-point yang disenaraikan diatas tadi ada yang benar dan ada yang sengaja dipalsukan demi menambah perisa menyedapkan cerita. terus terang je la yerr..tadi aku pegy tengok wayang, window shopping,lepaking,nganga-ing serta usha-usha-ing. so apa de hal yang salahnya kan bila buat semua tuhkan? memang hal la mangkuk sebab aku kan sedang dalam menjalani hukuman perintah berkurung atau dalam bahasa kejamnya disebut sebagai curfew.

ye betol tuh perintah berkurung okeh! disaat kau mencecah umur 22 tahun, perintah berkurung masih lagi relevan untuk diamalkan. jangan ingat perintah berkurung hanya dikenakan pada mereka-mereka yang berumur belasan tahun je yerr..tetapi yang telah berusia 20-han,30-han..hatta 40-han sekalipon masih layak untuk menjalani jenis hukuman ini. sumpah weh time aku ala-ala suweet sebentin dulu tak dak pon hukuman jenis ni dijalani oleh aku. cuma sekarang jerr baru nak merasa jenis hukuman yang agak terbaru dari bapak aku. memang terbaekk dari ladang la aku cakap!

kalau agak-agak nak merasa jenis hukuman yang macam ni..silalah buat perangai giler + annoying + sedikit degil + keras kepala dan apa-apa jelah yang boleh buat kau nampak macam senget sampai 185 darjah celsius..dan hasilnya nanti sampai kau boleh menjerit "wow bangganya aku dah dijatuhi hukuman perintah berkurung..sumpah aku suke!" tak percaya?..malas aku nak cakap lebih-lebih apa kata kau buat jerr experiment yang aku bagitau tadi..tengok result macam mana..if tak dapat jugak, ulang sekali lagi, tak dapat lagi?ulang sekali lagi dan lagi..kalau tak dapat lagi, ulang sekali lagi dan lagi dan lagi dan kalau tak dapat lagi, baik kau terjun laut je lah pastu serah diri kat ikan Piranha..pada yang kuat berusaha silalah ulang step yang aku nyatakan tadi sampai la korang dapat hukuman tuh. pastu kau boleh la submit repot kat aku..sure aku bagi kau A++.

acctually tempoh untuk menjalani hukuman sebegini sebenarnya tidak tetap. agak-agak kalau kau nak merasa seronok lebih dari biasa dan bersifat kekal abadi silalah buat peragai-perangai yang menjengkelkan setiap hari, aku gerenti,confirm,sure,yakin serta tidak syak lagi..tempoh hukuman kau akan lebih lama dari biasa.

aku sendiri belom menetapkan berapa lamakah tempoh hukuman yang akan kujalani ni. rasa-rasa macam nak lebih lama  pendekkan je tempoh tuh..boleh tak? harus jadi budak suci atau baik eh pasni? urrghh..tetiba nak me-mental-kan diri pulak.

oh ya (untuk kali kedua) kau rasa comel tak bila seorang kanak-kanak datang kat kau pastu amek tangan kau and sapu losyen. siyes aku rasa comel giler. okeh sila jangan buat muka berkerut sambil berkata dalam hati.."aii perasaan comel minah ni"..aku tak maksudkan yang aku comel disini yerr, tapi aku maksudkan tindakkan yang budak tuh buat..comel giler. serius beb, benda ni berlaku masa dalam kelas tadi time aku ngah guide students buat homework dorang. aku tak mengajar kelas tuh tapi disebabkan relief so terpaksa la aku dimasukkan ke kelas tersebut. ni kali kedua, first time masa minggu lepas, so this time bila budak-budak tuh dah tau yang cikgu dorang tak datang terus tercari-cari aku, tanya wheter aku  kena di-relief-kan kat kelas dorang.



macam tetau je budak-budak ni kan..asal relief jer mesty muka aku yang nak masuk kelas dorang kan..tapi Aiman tak kesah dan budak-budak tuh lagi la tak kesah..kalau tak takde la dorang bersorak kuat time aku masuk kelas dorang..maaf aku tak dapat nak mengawal perasaan dari terasa seperti seorang Miss Universe yang menang pertandingan ratu cantik saat tu, terasa macam nak buat lambaian ratu pastu sambil cakap "kecantikkan adalah hak milik setiap insan" apa yang membezakan aku ngan Miss Universe yang betul adalah supporter beliau dikalangan adults tapi supporter aku dikalangan kanak-kanak. itu jer yang yang bezanya yang lain-lain aku rasa sama jerr.,err sama kerr?

aku tahu diri aku tersangat la best sebab tuh aku amek masa yang singkat untuk jadi popular kat sekolah tuh, hahah sila jangan takbur seperti aku yerr dengan mengulang statement diatas..okeh, enough,mari kita kembali ke pangkal jalan...secara fakta aku dapat mengklasifikasikan yang kehadiran aku menjadi sebahagian warga sekolah tersebut amatlah disenangi oleh students. setiap kali jugak aku mesty teruja nak masuk mengajar dan jumpa students aku. aku tau dorang pon mesty tak sabar nak tunggu waktu aku masuk kelas dorang,,macam mana aku tau? heh aku kan cikgu mesty la aku tau!

apa kau nak bukti?baik akan aku buktikan kat kau...tapi bukan hari ni, lain kali di entry yang seterusnya.

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, October 3, 2010

habes kau ajer la yang buleh tanya yerr?

errr..aku masih disayangi ke tak?

huff tetiba jer tengah-tengah malam tanya soalan sengal lagi senget ni kan..apa cerr hang ni Erin? pening kot?..haa pening la tuh kan jiwa dia tengah dok tangkap syahdu syahdan sekarang ni.

harus tahu yerr bila seseorang tuh tengah mengalami masalah jiwa, mulalah soalan-soalan pelik macam yang kat atas tuh keluar..mulalah otak berfikir yang negative. asal ada peluang jer mesty cas-cas negative terhegeh-hegeh nak merasuk otak suruh pikir benda yang bukan-bukan.

tapi cas-cas negative ni power kot.memang jahat la cas-cas negative ni sebab mereka akan cuba merasuk otak sampai berjaya membuatkan si pemikir memikir benda yang kurang patot difikir kan..erk korang paham ker maksud statement di atas? eh kalau tak paham, tolong la pretend macam paham..takpe aku tak marah malah aku ampun kan doca korang..raya kan sebulan...sah kau dah mental ni Erin....

tak kesah la mental ke tidak still nak ulang soalan yang sama tapi bentuk ayat yang berlainan pulak..

korang sayang aku lagi tak?

saja gedik, padahal aku tau jer dorang tuh sebok. dia sebok study,dia pulak sebok kerja, yang lain-lain sedang nak prepare for final, yang lain-lain lagi sedang siapkan report, yang lain-lain lagi lagi sedang buat assigment..yang lain-lain lagi lagi lagi sedang sebok pening kepala dengan hal masing-masing..so kena la paham nenek ooiii...yeerr paham tapi tak salahkan kalau tanya lagi..

korang memang sayang aku ke tak?

duhhh mawu bagi sedas dua pelempang jugak kat budak ni ann..tak paham-paham..nak jugak men-psiko-kan diri men-tanya-kan soalan pelik kat mereka-mereka yang sebok tuh.

err sumpah ni last question.

sayang tak korang kat aku?

baiklah, memang tengah mental lagi mengalami masalah jiwa yang berleluasa sekarang.

maaf, malas nak buat entry best sebab tengah tak best macam mana nak buat best dah kalau tak best.

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, October 2, 2010

guna hammer dapat lembutkan keras kepala tak?

bunyik tajuk jer dah psiko..pastuh pulak memang agak kurang stabil disaat ini. urrgghh hate this kind of feeling. well have to admit that life is suck jugak kadang-kadang, ye la takan nak bahagia jer sokmo,mana tahan, kena la jugak ada waktu-waktu yang bad..baru la namanya life.

Gotten into my most gruesome fight with my dad yesterday. salah satu faktor yang menyumbangkan kepada ke-tidak-stabil-an aku. malas nak citer in details cukup la malam tuh aku dah meraung sakan. bila di ingat-ingat balik memang sakit hati..just nak state, it wasnt my fault at all..sumtimes being silent pon salah kan.maksud aku orang disekeliling salah faham dengan cara kita. mungkin orang ngat kita rude, padahal takde niat pon nak jadi rude.

aku mengaku aku ni memang suka sentap. sentap pada benda-benda yang boleh menyakitkan hati aku. kata la apa jer..aku ego ke keras kepala ke degil ke ketegaq (same meaning as degil in Penang slang) ke pendendam ke kuat merajuk ke aku tak kesah..but one thing for sure aku memang sensetif. tahap sensetif aku kadang-kadang melampau-lampau sampai kalau ada orang tertinggi suara tanpa niat kat aku dah buleh buat aku hujan pastu mula la virus sawan hinggap kat otak aku. mula la semua benda aku buat tak menjadi, benda ni akan effect pulak kehidupan harian aku sampai aku betol-betol dapat overcome masalah ni baru la life aku akan jadi normal balik.

bila tak normal mula la aku buat benda tak senonoh,,err bukan benda lain yerr, tak senonoh yang dimaksudkan kat sini drive keta lelaju kat atas jalan, time tuh peduli hape aku hiway ke tak, jalan biasa pon aku redah laju..lepas tuh handphone mesti akan terlupa bawak. aku tak tau kenapa, tapi benda ni memang sangat tidak disengajakan. bila keadaan dah tak dapat nak dikawal memang la benda-benda senget macam ni akan jadi. selesai satu bab senget. masuk second punya bab senget lagi syokk, sebab time-time macam ni la aku suka alone. tempat yang aku suka layan bluess mesti kat tepi pantai berjam-jam pon takpe janji tak da orang ganggu aku...atau pon kalau malas sangat, habes busuk pon terperap jer kat bilik aku. tak kesah la lama mana pon janji aku tak perlu keluar dari bilik tuh.

sila  paham jugak yang bila aku dah masuk fasa-fasa mental macam ni, aku akan secara automatiknya akan kurang bercakap, tapi bagus jugak kalau aku kurang bercakap bila mental, sebab once aku dah stabil, mulut aku pon mula la tak henti-henti bercakap..so ni kira macam terapi untuk mulut aku la..ye la mulut pon kena la jugak me-reduce-kan aktiviti bercakap...penat tau kalau asik bercakap je.

hopefully kali ni tak lama la fasa mental aku..aku just perlukan masa..dan aku mengaku yang aku ni sangat annoying kadang-kadang...those yang tak pernah nak cuba paham aku,korang tak perlu paham pon takpe aku tak kesah, at least respect privacy aku and the most important thing..accept me the way i am.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA