Wednesday, December 29, 2010

Tetap menang walaupon kalah....auummmmm.



ini adalah entry penghargaan aku buat squad Malaysia malam ni. and to all Malaysian..tahniah jugak..tahniah sebab apa?entah..mungkin untuk semangat satu Malaysia kot.


setuju tak kalau aku cakap permainan Malaysia malam ni agak kurang agresif?


bukan bertujuan nak meng-kondem jauh sekali nak mencemuh,sesungguhnya aku terlalu taksub sangat dengan kemenangan Malaysia malam ni. saat gawang Malaysia cuba diasak oleh player Indonesia, aku rasa saat tu la semua rakyat Malaysia tak senang duduk. macam tu la jugak aku.


agak sedikit tidak puas hati sebab gawang Indonesia seakan kebal dari sebarang kawalan Malaysia. kebanyakkan player Malaysia lebih senang untuk mengawal gawang negara sendiri. dan benteng pertahanan tersebut harus dipuji, walaupon lolos dua ketul tu pon setelah diasak beratus kali oleh Indonesia.


dan untuk itu, Khairul Fahmi Che Mat harus dibanggakan. terima kaseh untuk kemenangan malam ni


takdir ditangan tuhan, Malaysia dah tentu-tentu menang, harapnya Indonesia berpuas hati. jangan tau cakap buruk-buruk je pasal Malaysia..tuduh itu..tuduh ini...kalau dah kalah..tu kalah la..professional sikit. hopefully next time takan timbul lagi isu-isu yang nonsense macam yang lepas-lepas tu.


again...tahniah Malaysia!!!auuummmmm


okeh chiao!


NotaKaki : betol kata orang..tengok bola akan lebih best kalau tengok kat luar.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, December 27, 2010

Sedikit..sesuatu..mungkin.

assalammualaikum..kalau tanak kena pancung kepala, sila jawab yerr.


duatigahari ni betol-betol aku sebok, takda masa langsung nak online..ini sebok yang betol-betol sebok bukan sembarangan sebok yerr.


dalam kepala tengah terpikir-pikir ada dua tigabenda yang pelu aku buat dalam minggu ni jugak..kenapa minggu ni? i dunno..mungkin sebab tahun 2010 dah nak abeh kot.


antara yang aku nak buat.

1. habiskan Rayyan Fantasi.
-aku tak pernah amek masa yang lama untuk khatamkan seketul novel..this time sangat lama aku baca buku tu..sampai sekarang tak habes lagi.

2. buat wish list.
-entah kenapa aku rasa macam nak sangat buat wishlist tahun ni.

3. coretkan "sesuatu" kat sini tentang tahun 2010.
-2010...banyak sangat benda yang jadi kat aku.

4. 2011.
-harapan aku untuk 2011 pon aku ak conteng kat sini.


sekarang ni benda-benda kat ni je la yang terpikir dalam otak.banyak sebenarnya yang aku nak buat. tapi masa yang sangat-sangat rapid (hehehe) buat aku jadi macam lipas kudung tak menang tangan nak buat semua benda.


insyaALLAH kalau sempat aku buat semua yang aku nak buat sebelum 2010 betolbetol berakhir.


till i wrote again.


okeh chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Penat dengan kenuri.

nak update story pasal tambun..


tapi..hari ni penat sangat, belom habes penat kemaren, hari ni dah masuk shopping complex. serius, ingat hari ni dapat la rehat-rehat nak tido puas-puas..tapi tido direncatkan oleh kejutan dari mak aku.


macam satu arahan pulak, dia kejut aku suruh bangun then makan ala kadar dulu pastu tengah hari suruh bersiap nak gi makan kenuri rumah sedara. aku memang ah malas nak pegy..memang tanak pegy pon sebab aku rasa orang yang nak kawen tu tetap kawen kalau aku tak pegy kan..so wats de point kalau aku nak pegy pon.


aku bagi alasan macam tu la lebih kurang. rejected weh alasan aku. sekali mak aku bagi hujah..


"ala dah orang jemput..wajib pegy kalau tak da hal"


aku dalam hati dah "grrrrr tanak pegy la orang nak tido"


last sekali terpaksa jugak ikot sebab driver takde..bapak aku pegy meeting, mak aku pikir may be bapak aku balik lambat so dia suruh aku gantikan la..jadi driver dia hari ni. before keluar aku call bapak aku cakap nak pegy makan kenuri and dia cakap


"tunggu kejap, jangan pegy lagi..meeting dah nak habes..kita pegy sama-sama"


boleh tak??yaikkss kalau aku tahu baik aku call dia awal-awal..so that aku tak perlu bersusah payah bersiap bagai tadi...alang-alang dah siap tu terus ah pegy...pastu boleh pulak merayau kat JJ sampai ke malam.


oh ya..kat JJ tadi aku jumpak Mai. Maizatul Akmal..budak marin arau. dia jalan-jalan kat Penang. sempat la buat stunt peluk memeluk kiss mengkiss each other..lepas tu aku suruh ah si Mai kem salam bebudak arau..tu pon if dorang tak lupa aku la...hehehe..best tak ayat?gagagaga..


okeh la..hopefully aku dapat update pasal Tambun..rasa macam nak pegy swimming ah esok..teheeee


till i wrote again,,take care ya guys.


okeh chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, December 25, 2010

25/12 tarikh yang dinanti.

dear frens,


hari dah 25/12/2010..hari yang aku sangat-sangat tunggu sejak dari minggu lepas..syukur alhamdulillah akhirnya termakbul jugak impian.


please jangan salah paham. those yang suka-suki kata aku nak bertunang hari ni lah, nak buat majlis akad nikah la haper la...sila tarek balik kata-kata anda okeh..miahahaha aku suci lagi kot buat apa nk menikah-menikah ni awal lagi la..lagipon tak sampai seru lagi kot. suka jaaa men tuduh aku kat pesbuk kan ampa ni.


tapi takpe aku terima dan aku tak kesah pon...lagipon hari ni kan hari happy aku. lately ni banyak pulak benda happy jadi. ah biarlah janji aku tak kacau orang pon.


aku rasa ada yang dah tahu pasal ni..tapi takpe nak jugak aku state sekali lagi. aku dah pon sampai Lost World hari ni...sangat happy dari Penang ke Tambun tu aku drive seniri kot...so pasni sesapa nak aku jadi tourist guide pi Tambun tu..do contact me okeh..hehehe takde la main-main jer.


ni pon aku baru je balik, terus update. sekarang tersangatlah penat. aku rasa tak mampu dah nak cerita lebih lanjut. tape nanti besok ka next time ka bila aku dah tak penat aku update story pasal tambun ni. okeh  nak rest..take care guys!


okeh chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, December 24, 2010

Dia bajet dia sorang boleh kapkungkrai..aku pon boleh la.



oh..nampak tak..dia bajet dia sorang la yang pandai siam kan? ha ha ha dia tak tau aku pon brilliant jugak..aku ni graduated from Chulalongkorn University kot dulu-dulu...gagagaga menyampah mak!
yang aku peliks ni, sejak biler dia belajar thai entah?


well well well..itulah abangku yang mempunyai kemahiran berbahasa tamil yang sangat tinggi dari bahasa thai. kenapa tamil? entah la..dulu time aku kecik-kecik dia suka alih channel tengok citer tamil..so aku assumed dia sangat terer berbahasa tamil..lagi satu dia jugak sangat-sangat poyo sebab dengan bangganya dia mengeluarkan statement "I'm an old skool metallers"..masalanya metal lagi ke?kahkahkah i dun think so la.


one thing for sure..dia sangat baik..baik sangat sebab suka buli aku..pastu suka cari pasal ngan aku..suka dedahkan aku dengan benda-benda disgusting sampai aku menangis baru la dia berhenti..lagi aku tak menangis dia takan puas hati..dan dia jugak mempunyai semangat juang yang tinggi serta determination yang super besaq untuk memastikan harihari aku terseksa, aku rasa misi hidop dia dulu, memastikan aku berjaya di-tangiskan olehnya...ha boleh cam tu?


i've no idea kenapa nak tuduh dia camtu...tapi benda tu la yang aku rasa dulu...masa tu aku pikir kalau la ottromen taro tu duduk kat Malaysia dah lama aku pangey dia mai fire abang aku sebabnya aku dah tak tahan sangat dibuli dan diperkotak katikan sesuka hati..ha amek kau! kecik-kecik lagi dah tahu guna perkataan diperkotak katikkan..hebat tak aku? mesti ah..lulusan Chulalongkorn University kot..ha ha ha


aku rasa kan..perangai buli tu dah kurang ah sekarang tapi perangai perasan berlebihan tu tetap maintain weh..kekadang nak muntah aku..tapi apakan daya..terima la jugak..naseb baik anak dia Alief tu hensem kalau tak.....lama dah aku balas dendam tarek telinga dia kuat-kuat padan muka.


bila kenang-kenang balik zaman lampau tu, memang kelakar ah..hidop aku pulak banyak dengan abang-abang masa kecik dulu. kau jangan pengsan pulak, memang la aku ni anak sulung, mana datangnya abang-abang pulak kan...abang-abang yang aku maksudkan disini sebenarnya merujuk kepada abang-abang sepupu aku. tapi abang yang aku cerita ni la yang banyak main peranan dalam hidop aku. ye ah...tinggal sekali dulu, maunya aku tak anggap dia cam abang sendiri.


aku harap dia tak jumpa belog aku ni...kalau dia jumpa mati aku..bukan apa..dia tu pantang dipuji ah...takot aku nak puji dia lebih-lebih. bagusnya tentang dia ni, dia agak bertanggungjawab. aku tau dia nakal dulu..tapi bab kebajikan aku ada la dia jaga..ala benda-benda basic yang seorang abang akan buat..walau dia gadoh ngan aku sampai nak pecah otak sekalipon..tugas dia tetap disempurnakan. aku rasa sebab tu la dia mampu capai cita-cita dia nak jadi pegawai polis. alhamdulillah sekarang dah ASP,hopefully soon akan naik pangkat lagi..ehehe buleh bunjerr aku McD.


ada nampak macam metaller ke?oh duhai abang yo sila insaf..teehee


dah la malas puji lebih..kang tersedak pulak dia..


okeh chiao!


NotaKaki : nama sebenar dia tade kena mengena ngan Sahibul pon.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, December 23, 2010

Sapa yang bersalah?

hello peeps, its me again..Erin yang gojes...gagaga terperasaan sebentar.


okok..serius beb serius..aku tak paham la kenapa kan..sejak dari kemarin time tengah syok-syok texting ngan gupren sebab nak plan naik rapid besok tetiba ajerr aku dikejutkan dengan mesej yang tak boleh nak deliver..hairan gue..nak kata tak bayar bil sumpah tak masuk akal sebab aku ni pakai prepaid je kot tak mampu ah nak berbil segala.


and then..ada la lagi beberapa mesej masuk..and i stuck tak boleh nak reply semua..dalam hati sumpah aku dah maki diri seniri..hah padan muka time boleh mesej dulu tanak pulak kau reply..ni dah tak boleh nak reply baru la nak panic bagai..keluar ayer mata darah pon dah tak guna Erin...bak kata orang puteh..sesal dulu pendapatan sesal kemudian, kita buat lagi.


so sampai la ke saat ini tiada satu mesej pon yang terbalas dari aku...instead of mengharap my henpon will pulih macam sedia kala..aku pon guna alternatif lain..i used ym to reply all text...memang pulun jugak ah..yang mana penting-penting tu..memang aku pakai ym yang antar terus ke henpon dorang. but baru aku tau yang all text yang aku antar tu tak pernah sampai pon kat dorang, tu pon Betmen yang bagitau masa dia kol tadi..ayyooo penat seh.. pastu..dengan tak terdesaknya jugak terpaksa aku akui yang fb memang sangat-sangat berguna sekarang. tak payah la tanya kenapa....ym sucks!!!


persoalannya sekarang, adakah my baby sony yang problem atau celcom yang senget. aku ada post benda ni kat fb..they said celcom yang buat hal..lucky my baby sony, naseb baik i tak hempuk you kat dinding kemaren...sekarang aku sangat doubt dengan keupayaan sony aku...adakah my baby sony seekor traitor?


oh please dont answer.


jadi dengan ini secara officialnya aku umumkan yang aku tak boleh nak reply text sekarang. segala text-text-text-text yang masuk akan dibekukan sementara waktu sehinggalah keadaan benar-benar pulih. sekain terima kaseh.


okeh chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Potensi diri yang anda tak tahu.

tajuk : potensi diri.


baik hari ni tergerak pulak aku nak membincangkan tentang potensi diri aku sendiri..bukan nak cakap aku ni kaki sukan ke...kaki wayang ke..kaki bangku ke..kaki pukul ke..kaki buli ke..hatta kaki Mc D sekalipon..tidak sama sekali yee. potensi diri yang aku maksudkan kat sini..potensi diri yang orang tak sedar tentang aku..yang aku sendiri pon kadang-kadang pelik, benda yang aku rasa tak mampu nak buat..last-last aku akan buat dengan jayanya.


sebelum tu, kalau ada readers yang terbaca entry ngeng ni diharap banyak-banyak bersabar kerana pada ketika ini dan disaat ini paras normal serta ketidakstabilan penulis adalah di tahap yang agak membimbingkan. hal ini kerana penulis sedang bertarung dengan gejala PMS yang amat dasyat sekali. pengurangan hormon estrongen dan peningkatan hormon progesteron dalam diri merupakan penyebab berlakunya keadaan ini. hormon serotonin yang dirangsang oleh otak pada ketika ini sangat noob sekali, menyebabkan penulis tidak mampu mengawal emosi beliau.


peh..mampu* kalau budak saaaainsssss baca ni..sekali salah bedal fakta kan..tak ke memalukan namanya..sesia jepp jadi hamba bio 3tahun secara fulltime.


tengok..tak pepasal jepp kita dah belajar sains padahal aku ni nak memotibesikan diri.


proceed.


kurang pasti kenapa yerr, banyak orang cakap aku ni unexpected. mungkin betol jugak kot sebab benda giler yang tak mampu tercapai di akal orang aku mampu buat. contohnya..lompat dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain dengan menggunakan spider web ..mencuci windows yang ada kat KLCC macam yang Cuci-Cuci Services buat tu..jadi Incredible Hulk bila aku marah..atau..terus bertukar menjadi seekor Ottromen Taro bila ternampak sebarang marabahaya..oh sungguh unexpectednya diri ini..berpotensi bertukar menjadi apa saja dalam semua keadaan.


dan sekarang aku kurang pasti..nak jadi yang mana satu..sebab aku seniri kurang pasti sama ada aku sedang marah atau tidak..dan semua ini berpunca dari gejala PMS yang aku alami..oh oh oh..sungguh benci la. rasa macam tak perlu marah..tapi at the same sakit hati so mesti la kena marah kalau sakit hati. masalahnya sekarang ni..pada siapa la aku nak hamburkan kemarahan aku ni..err acctually aku dah aim satu budak tadi macam nak kena marah ngan aku je dah..memang bukan salah dia. tapi aku suka marah dia kalau ada orang lain buat salah ngan aku. orang lain tu pulak bukan lah salah dia jugak..bukan dia buat aku pon. tapi aku nak marah jugak sebab bikin panas. jadi kesahnya macam ni lah yee..aku marah kat orang lain sebab orang tu timbulkan marah aku lepastu aku nak pi marah kat budak yang selalu aku marah tu..boleh tak? ke korang dah senget baca entry aku ni? ha ha ha.


tapi bila aku imagine balik budak yang aku nak marah tu..aku rasa macam tak sampai hati pulak..selalu jadi pelepas amarah aku bila orang lain bikin panas. gagagagaga..nampak tak lagi satu potensi diri aku? anytime jepp nak marah orang kalau ada yang cuba-cuba bikin panas ngan aku...aiiihh sayer ni garang sangat-sangat ok. grrrr..


so as a conclusionnya..PMS yang bersalah..sebab menyebabkan hormon serotonin berada dalam keadaan tidak terkawal. sekian.


okeh chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Jangan baca annoying gila.

baca : entry ini sangat annoying..jangan baca please.


aku tak tau how to describe my feeling rite now. ada rasa bersalah sangat-sangat..ada rasa risau..ada rasa macam nak cekik-cekik leher orang..ada rasa nak belasah orang..ada rasa nak menangis..senang citer semua benda la aku rasa. tapi yang sebetolnya aku ada rasa bersalah yang sangat amat.


semua ni jadi masa minggu lepas. acctually last week ada a few things yang jadi. aku tak sempat nak catch up semua. sekarang ni kan zaman technology..anything happens pon semua thru facebook kan..so ada la oneday tu aku noticed sumthing yang agak pelik..aku tak buleh nak state secara exact apa benda yang jadi..biar aku dan orang-orang yang terlibat je tahu.


the point here yang aku nak highlight ni..aku rasa bersalah sangat-sangat dekat dia..eventhough bukan salah aku atau dia..tapi secara tetiba pulak dah terbalik arah..jadi aku pulak yang bermasalah. padahal orang lain buat masalah..orang lain pulak..yang nak marah. aku seriusly tak tau macam mana nak face all these things yang suddenly jadi ni..dah la aku tak tahu benda, when i asked her what really happened..dia buleh jawab..its nothing beb, just ignore it..this is my problem..salah percaturan. of course aku takan puas hati dengan jawapan macam tu sedangkan, aku dah macam agak satu benda yang tak best dah jadi.


aku sibuk giler time tu tapi aku curi-curi jugak text her. aku nak tahu what really happened..betul ke macam yang aku syak tu, sebab tanak main tuduh-tuduh la aku yang aku tanya..tapi mesej tak deliver pulak..then aku terus call..tapi suara perempuan operator pulak yang jawab..dalam hati aku dah terdetik takan sebab benda macam ni dia nak off tepon..so aku hantar lagi satu text, hoping that she'll read the text when she on her phone. dah berapa jam lepas tu baru la dia call aku balik. she said dun worry..tade papa pon..keep saying that this is her problem..biar dia setel seniri. time dia call tu, batery tepon aku pulak dah kritikal terus putus..aku time tu ada kat luar..tak buleh ah nak charge ni. naseb ah bila aku on still got one bar kat batery tu..aku pon cepat-cepat text dia lagi. aku cakap nanti discuss lain. then,she replied "no need la..just forget it"


tu la kali terakhir aku text and call dia. aku benggang sebab aku tanya dia tanak bagitau..aku bukan nak kepochi ke hape ke..alang-alang aku dah tahu perkara ni..so terus terang je la. aku rasa bad sangat. selama ni takda benda pon yang secret between us..all things yang jadi semua kita share..but now..i felt like aku ni dah tak penting aku ni nothing..it hurts me alot kalau aku pikir-pikir balik. aku tahu dia tanak susahkan aku atau malu kan sesapa but please la..aku cuma nak dia cakap benda yang betol aje..lepas tu nak buat apa pon buat la aku tak kesah dah.


aku tau aku ni ego gila bapak tinggi. nak harap aku kontek dia dulu..harus la. she tried to buat macam takda benda jadi..aku tau sebab dia still comment kat fb aku lagi..aku pon kadang-kadang nak tanak je balas..the thing is bukan aku tanak balas..aku rasa kekok..bila dah kekok..aku rasa macam fake je..aku tau dia tau yang aku ni jenis macam tu. sebab tu dia tak call aku lagi. aku sedar..perangai aku teruk giler..tak patot aku buat dia camtu...ni yang aku rasa bersalah sangat ni..dan sekarang ni dia dah langsung tak online. what shud i do......


seriusly aku risau sangat masa tengok berita accident kat Cameron tu..rasa macam nak kontek..tapi ntah cemana aku tak kontek jugak..my mum dah banyak kali suruh i call her..tanya keadaan dia kat sana tapi aku cakap..ala dia besar pandai ah jaga diri..mak aku taktau pon pasal benda ni sebenarnya..uwaaa jahatnya aku..pesal la hati aku ni keras macam batu entah...adoi la..sekarang ni aku cuma berharap dia okok aja kat sana..hari tu dia ada bagitau nak turun dalam minggu ni sebab dah abeh praktikal..aku harap dia turun datang jumpa aku dulu la before balik rumah.


beb.. i really sori...tak tau nak cakap macam mana ni...salah i la kot sebab keras hati sangat..tapi i tak bermaksud pon nak buat macam tu. beb cepat la turun..i know benda ni akan setel bila i jumpak u...uwaaa cepat la cepat la setel..tak suka drag masalah lama-lama....t___________t miss u beb.


it's her.

again...i'm sorry.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, December 22, 2010

Awak nak jadi rama-rama dalam perut kiter tak?

this time not going to tell any story..just wanna share a song..a cute love song from Auburn..oh gosh she's sooo gojes..and i'm in luv with this song- - - - - > Perfect Two.


this song is sooooo cute. it is cheesy but Auburn sings really good and it has a cute meaning..just listen to the lyric and surely you'll love this song..gagagaga..the lyric are just sweet the tune in general amazing. this is probably the cutest, sweetest, lovable song out there and of course this song is adorable and now it is stuck in my head..oh well...aduihh pening otak aku banyak sangat type perkataan cute pastu memuja muji tahap dewa ni...duh...nak wat cemana..truly madly deeply in luv kata orang...ha ha ha..menyampah mak! awwww~~




oh my future mr boyfie ..this song will be our luv song tau next time miahahaha..gatai nooo..ala sekali sekala..dua kali dapat pahala...*pangggg!!!(bunyi penampor)* pahala la sangat..ish khurafat ni..ajaran sesat. jangan ikot tau.


okeh la kasi can aku buat dedikasi keh,...would like to dedicate this cute love song to my love one...tolonglah jatuh cinta dengan lagu ni...please...aku paksa ni sebabnya..aku suka sangat lagu ni...tak tau nak describe macam mana miahahaha.


nah aku bagi semua orang dengar lagu ni keh..enjoy yeah!




Perfect Two Lyrics

by Auburn

* * * * *

You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date


You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it’s stormin’
Or you can be the sun when it shines in the mornin’


Don’t know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we’ll both see
That we’re all we need

Cause you’re the apple to my pie
You’re the straw to my berry
You’re the smoke to my high
And you’re the one I wanna marry


Cause your the one for me (for me)
And I’m the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we’re the perfect two


We’re the perfect two
We’re the perfect two
Baby me and you
We’re the perfect two


You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth and I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don’t care as long as we’re together


Don’t know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we’ll both see
That we’re all we need


Cause you’re the apple to my pie
You’re the straw to my berry
You’re the smoke to my high
And you’re the one I wanna marry


Cause your the one for me (for me)
And I’m the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we’re the perfect two

We’re the perfect two
We’re the perfect two
Baby me and you
We’re the perfect two


You know that I’ll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can’t live without ya
No..

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you’re the apple to my pie
You’re the straw to my berry
You’re the smoke to my high
And you’re the one I wanna marry


Cause your the one for me (for me)
And I’m the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we’re the perfect two

We’re the perfect two
We’re the perfect two
Baby me and you
We’re the perfect two

* * * * *
credit to : originalyric.info


okeh chiao!


NotaKaki : best ann lirik dia..purrrrfect!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Kering otak, SPA lagi.

22/12/2010.


aduh kering otak aku dok pikir acane la nak mula menaip hari ni. semenjakduamenjak ni otak aku cedera sikit, sebab tu la jarang-jarang dah aku update kalau update pon tengah malam-malam buta siangnya bajet busy tahap gajah..bajet ajer ye..padahal aku seniri pon kurang pasti kejadahnya la yang aku buat tetiap hari sampai semua text and call tak berbalas dan terangkat..maaf yerr those yang aku tak reply text tu..aku takdak alasan nak bagi..korang anggap je la aku busy keh.


nampak sangat aku tak dak idea nak update, takpe meh sini aku nak habaq mai kat ampa semua...hari ni pepagi lagi aku tengok surat dari SPA kat atas meja depan. dalam hati aku dok pikir ah..aikk takan cepat betui dorang keluarkan result interview aku..dalam pada tu sempat lagi aku conggak ngan kalkulator..tolak bahagi darab tambah..bukankah result untuk interview Kastam tu keluar bulan satu..kejadahnya pulak la surat sampai awai kat rumah aku ni?


setelah menggumpulkan barang sekilodua tenaga maka dengan ganas serta rakusnya aku pon koyak surat tu, tengok isi kandungannya. alamak..bukan result Kastam..tapi panggilan untuk pemeriksaan ngan ujian fizikal pulak dah..dah la aku tak mandi lagi..blurr kot tengok surat ada ujian-ujian ni..belom abeh baca surat tu aku dah buat conclusion seniri..ish bila pulak Kastam ada ujian fizikal..hari tu aku pi tak dak pulak orang bagitau suruh ready untuk ujian macam ni..ke aku yang terlepas pandang benda-benda macam ni..adooii selepas menconggak ngan kalkulator sekali lagi..aku buat keputusan untuk baca lagi surat tu sekali lagi..kali ni amek masa yang agak lama sikit ah...pinau bijik mata aku.


rupanya tak dak kena mengena ngan kastam pon..tapi ujian ni under Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ)  la. aku yang silap main chess suka suki jerr hentam kromo kata surat dari Kastam. lepas dah paham baru la aku tau yang sebenarnya surat ni suruh aku pegy buat ujian fizikal dulu before di interview..those yang pass ujian fizikal ni baru la layak di interview..ada paham?


murah pulak rezeki interview aku..ye la mana tak nya..tahun ni jep dah 3kali SPA panggil interview..masa bulan 6hari tu interview under Jabatan Kimia..aku tak sempat pegy sebab time tu aku kat Arau lagi. ni kali ni panggil lagi..murah kan rezeki untuk nak interview tu..tapi yang pelik lagi menambahkan kepelikkan aku ni...pernah ke aku isi untuk badan beruniform dalam SPA..ke aku yang tak ingat sebenarnya ni? adoiii pening pening..ni kalau nak cari surat pengesahan untuk jawatan-jawatan yang pernah aku mintak kat SPA dulu memang takde dah la..aku pon dah tak ingat mana aku campak surat tu..setahu aku..dalam tahun ni..tak pernah pulak aku gatal-gatal pegy mintak SPA..semua ni mungkin dalam tahun lepas la kot...ah pening pikir..gasak la macam mana pon.


so dengan ini aku nak wish gudluck la ye kat sesapa yang dapat surat macam aku ni dan berhajat nak pegy buat ujian tu..aku...err err..aku tanak buat ujian tu buleh tak? teehee..tengok la macam mana nanti..aku follow the flow je ni...jiwa nak jadi cikgu tu tebal lagi..tapi kalau rezeki aku ditempat lain..insyaallah aku akan terima dengan seadanya..acewwahh..


okeh chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Dendam yang terlerai.

finally setelah lama berdendam akhirnya dapat jugak aku langsaikan dendam aku dengan jayanya. walaupon pada mulanya ada jugak obstacle yang harus aku tempuh..namun demi demdam yang membara aku tempuhi jua...pehh ayat bajet novel kau!


sebenarnya aku tak dendam ngan sesapa pon, aku cuma berdendam nak tengok wayang ja. dah berhari-hari aku berdendam ni..macam yang aku cakap ah..obstacles banyak sangat sampai dendam aku dah bertukar jadi dendam kesumat yang memang harus dilangsaikan dengan kadar segera.


aku yang terhegeh-hegeh sangat nak masuk panggung tu sebab nak tonton citer Hantu Kak Limah Balik Rumah..yerr citer melayu yang sumpah aku tak rasa rugi tabur duet kat TGV tadi. dah banyak orang review pasal citer ni..in fact masa minggu lepas time aku pegy beli CoolBlog tu pon aku dah teringin nak tengok tapi tu ah macam aku cakap, obstacle kan..lepas balik umah tu sumpah aku rasa nyesal giler apedehal la yang aku tak masuk panggung terus padahal kiosk CoolBlog tu memang dah dekat sangat ngan kaunter tiket. nyesal beb nyesal....


lepas tu kan..on fb pon banyak pulak makhluk-makhluk hijau yang dok cakap best la hape la..kalau Hantu Kak Limah tu in 3D lagi sempoi, nampak macam real hantu la..blablabla..semalam Betmen call pastu dia pon galak jugak sembang pasal Kak Limah ni..lagi la buat aku benggang..sebab aku ternganga jepp dengar dia citer..aku tak buleh nak mencelah..sebab aku tak tengok lagi..kau paham tak perasaan aku time tu?..grrr geram betol..paling buat hati aku terobek Incik Bmw aku pon dah pi tengok..padahal setahu aku dia tu suka tengok action movie jepp..ni kalau dia dah tengok..sapa pulak yang nak tengok dengan aku nanti..ish robek hatiku betol la..


tapi hari ni, semuanya dah langsai..tu pon aku terpaksa bribe adik aku ngan BigApple dulu kalau tak, sumpah dia tanak ikot..aku pelik ah dia ni..patotnya hepi la sikit aku nak ajak tengok wayang kot bukannya aku ajak pegy terjun laut atau buat benda-benda yang merbahayakan diri ke..boleh pulak dia sound aku.."ish orang nak study la malas ah nak pi"..walawei kau tu 15minute je kot study..selebihnya kau curi-curi online ann..ceh macam la aku taktau kan..time aku ajak tengok wayang time tu la dia nak study kan..


selepas bermusyawarah barang sejam dua, maka adik aku pon setuju nak pi tengok wayang kat Jusco Perda. lega dah aku. tak kesah la memang aku support semua pon dan aku dah memang ready kalau nak ajak dia keluar..duet dalam purse memang kena tebal lah..kalau tak jangan harap la. padahal kalau aku nak pegy sorang pon boleh kot..tapi disebabkan aku ni ada la rasa tanggungjawab serta berperike-kakak-kan maka terpaksa la aku paksa dia ikot sekali..aku takot kena sekeh kepala ngan bapak aku jep sebab tinggal adik aku sorang-sorang kat rumah takot jadi apa-apa pulak kat dia nanti..baik tak aku? baik kan...ha ha ha.


movie start pukul 5.15..kitorang pegy awal giler pukul 2.30 dah sampai sebab aku terlupa nak check kat tenet tadi hisshhh nampak tak..punya lahap tak lahapnya aku nak tengok wayang sampai lupa nak check waktu citer tu tayang pukul berapa..amek tiket terus lepak kat BigApple dulu. pastu tawaf Jucso tu sampai lenguh kaki..rambang mata weh banyak sale la pulak..last sekali masuk popular sebab aku memang dah nekad pon nak grab Rayyan Fantasi..hokhokhok..lepas ni tak sabar nak khatamkan novel tu. *sian aku lama tak baca novel..jadi macam jakun sikit ah bila dapat novel baru..oh maafkan aku kawan-kawan*




this time BigApple je la..tak mampu nak berMcD dah ha ha ha

nampak tak..sian aku kan..Abang RAM sila la amek saya jadi cover pasni ek

dah macam Bagaikan Puteri ni..*bajet*



pasal Kak Limah tu aku rasa sangat puas hati. nak pulak aku ni jenis bukan suka sangat tengok citer melayu kat panggung..bukan berlagak..tapi betol kot..cuba kau tengok seniri ah, jalan cerita ntah apa-apa..trailer macam gempak, sekali tengok sumpah macam sampah ish geram aku..tapi tak semua la macam tu, in fact aku seniri pon dah mula nak melayan citer melayu balik..tapi sekarang ni aku prefer tengok citer melayu yang funny je la except for senario. malas nak ulas..paham-paham seniri ah kalau aku dah kata tak suka tu. lagipon ustazah aku kat sekolah ada bagitau..jangan mengaibkan orang lain..tak baik..dosa tuuu...tetiba la kaitkan ustazah kat sekolah dulu-dulu..takda kaitan sebenarnya ni.abaikan.


okehlah mahu layan movie lagi ni..bukan midnite movie yerr..movie dalam youtube sudeyh..free jepp.


okeh chiao!


NotaKaki : lepas ni RAM akan buat sambungan Laksamana Sunan punya story tajuk dia Sutera Bidadari..may be lepas ni kot..those yang interested sila alert.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, December 21, 2010

Happy 22th birthday.


21/12/2010.


saat aku type entry ni jam dah pon merangkak ke pukul 2.20 am..kira da masuk hari selasa bersamaan dengan tarikh diatas. bila aku tengok-tengok tarikh tu, macam cantik la pulak number dia nak nak kalau tahun 2012 punya..lagi chun..21/12/2012...walaweii chun tu buleh amek buat number henpon kot..ha ha ha.


ok ok..malas ngarut panjang dah..ayuh kita terus ke pangkal jalan deh. hari ni secara officialnya seorang lagi hamba Allah sudah pon memasuki alam umur 22tahun dengan sehatnya. beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Farid, yang merupakan sahabat kepada sayer..this time tanak intro sebagai mantan kekasih dah..macam tak sopan je kan..kang tak pepasal orang ingat aku gila talak pulak.


sepatotnya hari ni kitorang celeb birthday dia..memang every year pon macam tu jugak. aku pon tak paham kenapa tiap kali birthday dia jepp mesti kena buat dua kali sambutan. first dengan kawan-kawan mereka yang sudah menjadi kawan-kawan sayer..lepas tu sambutan diantara kami berdua, dia dan aku...oh apekah kejadah-nya yang aku type ni? cedera otak aku bila baca balik..ah gasak la.


tapi tahun ni tak dapat nak celeb pulak sebab dia ada game dan sedang berada di luar kawasan. acctually aku tak da la teruja bagai nak rak sangat..just biasa-biasa jerr..lebih kepada meraikan kata orang. lagi pon apasalahnya dia kan member aku soal mantan tak mantan tu tolak tepi yerr. the main point yang aku nak highlightkan kat sini..sapa cakap kalau kau dah clash ngan bf/gf kau, kau dah tak buleh nak anggap dia jadi kawan kau? cuba habaq mai sat kat cheq...


dah lah nanti-nanti la aku story len pasal main poin tu. aku update ni pon sebab nak wish birthday dia jep. cuma tadi terlewat wish sikit..tak kesah ah janji aku wish jugak dari aku tak wish langsung..tumbuk batu lesung la kau..kejadahnya aku merepek lagi ni..mata sudah pedih-pedih dah ni.


ada sedikit wish untuk besday boi..korang yang dah terbaca tu mintak maaf la ye, kalau gaya bahasa yang bakal dipersembahkan nanti macam menjengkelkan...jangan jongket-jongket kening ye..kalau nak joget silalah aku beri keizinan sepenuhnya...maaf sudah pening


to Farid,

HAPPY BIRTHDAY. MAY THIS DAY ALWAYS BE A SPECIAL ONE TO REMEMBER. PERFORM GAME AWAK ELOK-ELOK ESOK,  PLEASE TAKE CARE DAN SILA JANGAN CEDERA..HA HA HA.


okeh chiao.


NotaKaki : aku nak pegy tengok wayang oii sapa nak sponsor ni............
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, December 20, 2010

Ijab dan Kabul Galuh Cendera Kirana with Mogen Ali Rico.

hello everybody!


it seems like forever since i've written in here..padahal baru jepp semalam aku dah siapkan satu entry pasal Kek Lin's Wedding..and when i re-read the entry..i was like.."watde..am i typing about?"..kau kena tahu time aku buat entry tu keadaan aku sangatlah menyedihkan, dengan tak mandinya pastu baru pulak balik dari rumah kenuri dengan penat lagi..terus on lappy konon-konon proaktif giler nak update story tengah malam..tah cemana i pon decided not to post the entry.


hari ni pulak lagi la super menyedihkan..aku ni dah macam orang kena ganja, tak boleh nak bangun. bangun pon sebab nak mandi and then tido balik..kononnya la kan.. letih giler ah sebab jadi orang yang paling sebok kemaren..padahal tukang cuci kuali pon tak de-nya nak letih macam aku..saja cari alasan..paling tak buleh blah, pagi tadi dah bangun dengan keadaan yang selebet (terok giler) masih lagi berBig-T lepak kat sofa japp entah macam mana dengan keadaan tengah duduk tu aku boleh layan lena sampai ber-jam-jam lamanya..sedar-sedar je hari dah meninggi. kau paham-paham aja lah kalau hari dah meninggi tu pukol berapa...ouch sungguh rockers anak dara ni kan..waktu tido aje dah lebih 18jam..kan aku dah cakap aku macam kena ganja...consider di maafkan la *bela diri-sendiri*..sapa tanak kawen dengan aku sudeyh.


ok below adalah cerita semalam yang aku gantung kat draft, dah edit dah pon..takde la kau baca nanti kau pon macam aku..wat de..wat de..wat de..


18/12/2010

alhamdulillah..semua dah selesai akad nikah pon dah disempurnakan dengan jayanya oleh Abang Aidil..wali pulak Abang Piduih(Kek Lin's lil bro)..which means Abang Aidil di-akad nikah-kan oleh adik iparnya sendiri la. kes yang sangat rare bukan..selalukan orang akan pakai abang atau bapak sedara atau hakim..tak pa la sesapa pon asalkan sah disis agama sudeh..walawei dah rasa macam ustazah pulak ni....teehee.


hari ni teramatlah penat. dari pagi, sampai la maghrib kitorang stay kat rumah kek lin. bukan stay saja-saja..stay buat keja kot. sumpah penat tapi seronok sangat. ni kenuri yang terakhir dalam family dorang so boleh la jugak kalau nak kata all out tuh.


pagi-pagi lagi aku ngan Family dah terpacak kat rumah orang kenuri tu. kebetulan this time tak banyak pulak family member yang datang awal, sebab semua tak dapat cuti, ye la hari tu kan dorang dah cuti masa hari kawen Abang Piduih. aku pulak dari awal memang dah membabitkan diri kat dapur ah. tetiba lak rasa macam si tukang masak yang pro, padahal aku ni nak goreng ikan pon teragak-agak lagi. entah haper kejadahanya dorang bagi aku hias nasi pengantin segala. walawei..aku ni makan tahu la..hias-hias ni...aduhh..


at first memang aku tanak pon..dah disebabkan tak cukup kaki tangan, makanya aku bedal ajer lah hias macam mana pon janji nampak berseni...errr hias tu bukan sebarang hias tau, aku siap tanya my mum and makcik-makcik aku how to deco lauk-pauk tu...takot jugak kalau aku main bedal je deco nanti bila dah siap semua orang kagum pulak sebab cantik sangat kan..dorang ada guide sikit..selebihnya dorang cakap..buat la asal nampak elok..aku pon..ape lagi...deco sesedap rasa la, orang kreatip la katakan....hey..at least i tried my best kot untuk buat deco tu...kena tahu yerr sayer tak pernah masuk kelas masakan..dan tak pernah langsung tahu..cemana nak deco-deco ni...ouch aku sangat kagum dengan kebolehan diri sendiri ok sebab dapat buat benda tu. kitorang divide tugas, banyak weh nak kena hias...mak aku dengan makcik-makcik aku yang lain pon kena buat benda yang sama jugak.


bila setel semua tu,kena layan tetamu pulak..tapi sikit-sikit je la sebab dah ramai yang layan kan..aku just jaga makanan untuk pengantin jerr, tuangkan ayer minuman bila nampak gelas dorang dah kurang ayer, at this time dah rasa macam orang keja waiter lak cumanya waiter ni takda la nak ber-ayu-ayu segala ish tak reti la nak kontrol-kontrol ayu, buat ganas sudeyh..sambil tuang ayer tu sempat ajer aku buat muka tak senonoh dekat Kek Lin siap main jelir-jelir lidah lagi..memang tak sopan sungguh budak ni, naseb baik la Abang Aidil yang tengah makan tu tak tercekik tengok aksi aku..kahkahkah kalau la bakal mak mertua ada time tu..mesti dah kena reject ni. dorang selesai jerr makan aku pon haper lagi, terus ah bertenggek dekat sedara mara yang lain pulak.


tak sangka..abang yo yang dari KL pon sanggup balik kampung pagi tadi walaupun tak dapat cuti. memang giler la dia straight away from KL datang Kedah..pastu petang ni balik KL balik sebab malam bertugas..gua salute lu la bro..nanti kenuri gua lu tak datang siap ah..gua tarek telinga lu lagi kuat dari tadi, lu sayang sangat keta lu ann..tengok ah gua bagi luka besar punya nanti..tu kalau lu tak datang ah..bydeway, pesal Alief (anak Abang Yo) dah terikut perangai aku time kecik dulu..obses sangat dengan ottromen..bagus sangat la tu..pasni kau fire la ayah kau tu..jahat sangat dulu suka buli auntie kau yang comel ni..cis cis tetiba pulak kenangan lalu berputar kembali..papehal pon jom layan gambar kemarin.


ni la kek lin a.k.a Galuh Cendera Kirana

aku rasa time ni dia tak makan lagi kot sebab tu muka masam

walawei tengok tu sopan je Abang Aidil miahahah

ni aku tak paham apesal dorang soh Nyah (pngilan untuk keklin's mommy) aku dok cam tu

ni lagi satu..haiiishhh motif?

dari pihak perempuan

dari pihak lelaki

weh bila buleh makan ni..aku lapar ooiii

pengantin memang suka makan nasi sejemput eh?


pesal ah bini aku makan sikit sangat..aduii mesti aku kena follow ni


ho amek kau..obses sangat dengan MU kan..

ish mana bleh jadi ni bapak aku naik pelamin..aku pon kena naik sama ni..


ni lagi la tak paham.

yang dua orang tu kan..sebok je kacau pengantin baru..balas dendam la tu hehe

go go power rangers!!
sebahagian dari family member..ramai yang tak sedar time ni ada sesi photoshoot

tengok tu mata aku..banyak sangat kamera kat depan tak tau nak fokus yang mana satu..sampai juling dah mata


peace..satu benda yang wajib ok.

saja je aku senyum camtu..nak tunjuk pipi tembam aku tu...kau ada?
bila masa lak mak snap gambar ni entah

ni la Rima Rashidinya..tak kenal sapa dia..pegy google

woah..aku suka gambar ni..macam seorang ibu bersama anaknya yang baik hati pulak ann. bydeway dia la cikgu Siti Hajar..bekas tenaga pengajar AF dulu..err perlu kah aku nak highligtkan bekas-tenaga-pengajar-AF tu?perlu la...kalau tak nanti kau tak kenal la sapa dia..ops panjang pulak caption.

luv this one oso..nampak tak orang lain pandang kat satu arah yang lain..but me pandang tepat kat kamera kah kah kah

kami adalah geng cousin yang suka berphotogurdixx

tengok tu..cemana aku tak kata ganas..tangan tu sentiasa nak bercekak pinggang jerr

sebenarnya banyak lagi gambarnya, kang kalau aku upload semua dah jadi macam flickr pulak belog aku ni. nanti la senang-senang aku upload kat fb..cekidout.


tapi enn dalam banyak-banyak gambar ada 3keping gambar yang sumpah buat aku nak gelak guling-guling sebabnya aku sendiri yang snap gambar tu...kahkahkah.

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=





no caption.


saja aku tak letak caption, biar aku citer ah sedap sikit korang baca. well this picture was taken just before kitorang nak balik. tengok background dah tawu..dah malam. apa yang buat aku nak gelak tu, kau tengok la mak aku siap kemain lagi bagi post se-ayu mungkin..tapi bapak aku.tetap ngan perangai rockstarnya..duduk pon tak kepit rapat-rapat..tengok la pic yang last tu tangan siap bercekak macam nak pukul orang jepp, naseb baik la aku yang snap gambar ni..cuba kalau photographer yang lain amek..mesti dorang sound..pakcik ni nak tangkap gambar ke nak gaduh ngaa saya ni?ha ha ha


lepas snap 3keping ni terus aku tunjuk kat mak aku. sambil memuncungkan mulut mak aku komen  "uish apa abang ni duduk ganas ngt aih tak cantik pon"..bapak aku lak reply "bek pi ah..baru nampak real macho dok macam ni" mak aku pulak kata "eiii meluat betoi aaaa" aku bantai gelak sakan-sakan kot time ni, yela i was there and aku tengok reaction muka masing-masing, sorang macam tak puas hati yang sorang lagi macam tak kesah, tu yang buat aku gelak sakan tu.. mak ngan abah aku memang camtu, suka mencetuskan lawak dimana saja tanpa mengira waktu dan masa..eh waktu dan masa bukan sama je ke maksudnya?hahaha bedal je la.


okeh selesai sudah sesi meng-update-story. ni kalau cukup 350 words dah boleh di-consider as esei standard SPM dah ni. comfirm A1 dengan bahasa yang tunggang terbalik..ha ha ha nak buat macam mana ni la gaya bahasa urban kan kena ah tunggang terbalik baru ada feel kalau nak baca. jadi begitu jela cerita hujung minggu sayer..moga ketemu lagi di hari nikah orang lain pulak.


okeh chiao!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, December 18, 2010

Gonna miss you sis.

quick entry.


tetiba lak rasa macam dah hempatblastahun tak update belog ni. ceh bajet macam bersalah gilerpulak kan.. takde la. sangat busy la hujung minggu ni. selalu keluar petang, balik pulak dah tengah malam.


takpe la, tolong orang punya pasal, bukan orang lain pon darah danging sendiri jugak. besok lagi sebok, dari pagi pastu malam pulak la kot baru setel.


malas panjang citer. just nak ucapkan selamat pengantin baru buat kakak yang paaaaallliiingggg disayangi, palllling beesssttt dalam dunia...pallliiiiingggg comel dihatiku..sob sob...macam sedih pulak kan..dah nak kawen pon dia kan..uwaaaa...sedih ni...


sobsssss.....*sambil kesat hinggus* tamao sedih-sedih dah..pape pon harap kek lin ngan abang aidil will happy together..tamao gado-gado...and for abang aidil, cepat-cepat la balik Malaysia..nanti kesian kat kek lin kena tinggal sensorang bila dah kawen..eheheh jangan bawak lari kek lin pegy Bahrain sudeyh.


besok hari nikah dorang, sekali ngan hari persandingan. abah dah janji ngan kek lin yang kita semua akan attend majlis nikah dia kat Masjid besok. well kek lin dah takde abah. jadi my dad dah kire macam orang yang bertanggungjawab la dalam majlis dia besok disamping family member yang lain.


hopefully semua akan berjalan dengan lancar esok..and for kek lin..sure, i will always pray for your happines..please live your life happily..be a gud wife for abang aidil,..whatever it is..you always..always stay in my heart..and please dun cry..sooobsssss*sambil kesat ayer mater*



kek lin with abang aidil..sama giler.

love this pic.



abang aidil...erin cilok gambar kat fb eh..lallaa jangan marah keh..nanti tak bagi kawen baru tahu!...teehhhe jangan amek hati..joking yeah.


okeh chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, December 15, 2010

Tribute to MakCik Iceblanded Arau.

hari ni memang sengal. tetiba lak aku boleh teringat kat makcik Iceblanded pasar malam arau. dia punya iceblanded memang meletop..smooth jer rasa..boleh buat i termimpi-mimpi you. tu la special nya penangan iceblanded *tiramisi makcik tu. kalau dulu dalam seminggu memang 3hari berturut turut, rabu,khamis,jumaat aku mesti terhegeh-hegeh cari iceblanded makcik. kadang-kadang tu muka pon rasa tebal la jugak, mana taknya, dah selalu sangat beli...malu la...


tapi aku tak kesah..walaupon malu, aku beli jugak ha ha ha..bonggek! kadang-kadang aku suruh jepp Betmen belikan untuk aku..aku pulak nyorok belakang dia..naseb baik la dia tinggi buleh jugak lindung aku. iceblanded makcik tu sumpah banyak giler, buleh kenyang kot..harga pon murah if not mistaken kalau regular dalam RM 2.50, special RM 3.00...murah kan? aku mesti la amek yang spesel punya, mana main yang regular ni..orang tamak la katakan. dah la beli yang special pastu banyak pulak, penat tau nak sedut..kadang-kadang sampai tak larat nak sedut,..last-last Betmen jugak la yang tolong sedut sampai ke titik terakhir iceblanded tu. tak baik membazir kan..selagi boleh sedut..sedut ajer sampai licin.


nak cari iceblanded yang sebijik macam makcik tu kat tempat aku ni, memang confirm la takde. terpaksa la cari alternatif lain kan..tetiba lak teringat kat satu kiosk ni terus aku post kat fb







CoolBlog. naseb baik la ada benda tu. dulu aku suka brand UncleMark punya sebab ada tiramisu. tapi sekarang UncleMark pon dah tak buat iceblanded so memang sah-sah la kena pegy CoolBlog kalau nak cari iceblanded *kau kena tahu gaji aku tak masuk lagi..tak layak masuk starbucks* rasanya semua pon dah tahu kan pasal CoolBlog ni...bukan belog yerr. ada beza tu. CoolBlog ni branding untuk iceblanded keluaran dorang.


sekarang ni mana-mana pegy pon dah boleh dapat CoolBlog. kat Penang aje ada 5kiosk, 2 kiosk kat sebelah pulau lagi 3kiosk kat tanah besar. kat rumah aku ada dua kiosk yang paling dekat SunwayCarnival dengan Megamall.


jadi tengahari tadi, aku pon ajakla adik aku pegy SunwayCarnival sebab nak cari CoolBlog. agak senget la jugak..semata-mata naik shopping complex sebab nak sedut iceblanded..agak-agak ada lagi tak orang yang lebih senget dari aku?


it takes about 15minutes jugak la nak sampai, mujur jalan tak berapa jem sangat. sampai-sampai jer terus naik tingkat tiga cari kiosk tu. aku beli yang sama je dengan adik aku...Oreo Blog (coklat + pearl)..semua sekali RM 8.10...campur tol pegy balik RM 1.00..perghh almost 10ringgit jugak la kan. 10ringgit semata-mata untuk iceblanded...ayya!!




ni la rupa CoolBlognya..



otw nak balik lepas selesai misson



acececeh..dah nak habes pon saje je simpan lagi kan..


sedap weh..terbang sploh ringgit pon tak pe..*ah banyak la kau..macam duet dalam bank berkepuk kan..* moral of the belog hari ni..lain kali kalau nak pegy Sunway naik aje unta..tak de la kena tol..ni tak pepasal jepp kena bayar tol..ayyo!


eh..apesal aku rasa banyak highlight pasal CoolBlog ni..makcik iceblanded part yang kat ats tu je kan..ah biar la malas tukar tajuk dah.


*sengaja dieja tiramsi

okeh chiao!


NotaKaki :best ke cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah Tu?








TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, December 14, 2010

Pembetulan.

salam satu dunia..


haaa ambek hang, tamain la satu malaysia, kita pakai satu dunia terus..perh perh..buleh jadi menteri ni. kahkahkah berangan la kau, baru bagi ucapan sikit dah nak jadi menteri bagai..


okeh kengkawan..aku buat entry ni just untuk sapa-sapa yang selalu view belog aku search pasal kastam. lepas je aku publish story Apakah yang anda tahu tentang KASTAM dua minggu yang lepas, buleh dikatakan setiap hari akan ada orang yang baca entry tu.


first of all, aku mintak maaf la ye, memang tajuk entry tu macam poyo sikit. macam aku nak bagi tips je kan, tapi lebih kepada journal aku je pon. mungkin akan terbit (perghhh terbit tuuu) sedikit kekecewaan bagi sesapa yang betui-betui nak cari kastam, pulun baca entry aku yang berjela panjang tu..last-last.."eh apekejadahnya ni...mananya cerita kastam takde pon.." ha memang aku aku tak letak any tips atau information pasai kastam pon kat situ. nak tahu pasal kastam bukak la official web dorang.


tapi ada je a few persons yang tinggalkan emel dorang suruh aku hit balik. aku rasa semua aku dah reply. kebanyakkannya tanya pasai kastam. dan aku jawab based on my experience, lepas tu aku bagi je info-info yang aku tahu. maafla kalau-kalau info atau apa saja yang aku share tu kurang memuaskan tapi semua benda tu la yang aku buat masa nak pegy interview hari tu. well kau kena tahu interview kerajaan ni lain sikit, ada protokolnya.


sebenarnya banyak laman web yang provide pasal tips-tips temuduga kerajaan ni. aku tak share kat sini sebab aku rasa tak dak sapa yang nak. tapi kalau ada je sesapa yang nak boleh jep bagitau aku nanti aku tinggalkan link.


okeh itu jepp nak bagitau..


chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday Blues.


Monday blues.


patotla aku rasa hidop aku macam tak kena je hari ni..err maksud aku, kemarin la sebab sekarang jam di lappy dah menunjukkan tepat 12.44 am. gasak ah aku nak jugak assume hari ni hari isnin. hari selasa tu waktu siang, sekarang malam lagi, jadi kita semua berada di zon hari isnin ok?!


berbalik kepada topik asal, disebabkan hari ni adalah Monday makanya secara otomatik setiap benda yang harus dibuat akan menjadi blues. itu adalah alasan yang sangat tipikal bagi orang-orang pemalas macam aku. mujur ada istilah Monday blues ni..boleh la jugak guna. acane kalau takde..nak salahkan sapa pulak kan?


baik, mari kita review sikit aktiviti aku hari ni.


pagi tadi bangun sekitar jam 6.30 am solat subuh, hujan tak benti lagi. eh..eh..bukan aku nak suruh kau puji aku ni solehah ke takk...tak tak..emm emm..noo..noo...sila fokuskan kepada aktiviti aku selepas solat subuh yerr adik-adik. jadi aktiviti seterusnya menyambung kembali acara berhibernasi. giler kau..hujan tu...hilang akal nak lepas peluang tido peluk beruang aku yang best tu? ciss ciss perempuan ini..kalau kek elin tawu..mawu kensel beliau amek aku jadi flower girl hujung minggu ni. ha ha ha. *ok tak lawak aku gelak seniri*


aktiviti siang hari pulak. masih lagi hujan. lebat dol. selalunya lepas makan tengah hari secara solo, aku kena start mengajar adik aku. tapi hari ni aku rasa macam malas pulak. aku pon tak tau apa yang aku buat satu hari ni. pukul doblas lebih aku dah online..browsing around..cari hape pon aku taktau..adik aku pulak, aku suruh jepp dia study BI, jawab soalan dalam exercise book. senang tak payah nak ajar. cis cis..tak guna punya kakak..suruh adik study, padahal kau senang hati online yerr. eh eh..jangan pertikai kuasa veto aku yerr..sekali aku bawak keluar ayat "aku kan kakak.." kelu membisu kot kau nanti.


pastu dalam 2.30 aku gerak gi Jetty..err aku lebih senang pakai nama Jetty instead of Penang Sentral..sumpah geli..dah la tak macam KL Central ada hati nak letak nama gah macam tu erk..adoi sapa la create nama macam tu entah. ah persetankan soal nama..aku gi sana sebab nak hantar tiket bus kat Wani, dia tak sempat nak beli tadi. ok fine takpe aku dah buat.


pastu petang tadi pulak..pegy kedai nak sambung tinted keta, tapi penuh pulak keta hari ni kat kedai tu, malas tunggu aku balik ah aku cakap kat chinese tu buat besok je la...hari tu dia sempat tinted untuk 4 windows je, yang cermin depan, belakang tak sempat. oh ya lupa nak update,..keta aku dah keluar workshop since jumaat lagi la.


entah sejak bila aku pandai masuk kedai-kedai keta ni, aku pon taktau..tapi cool apa, pompuan masuk kedai aksesori keta..sorang pulak..kah kah kah terasa macam kembang setaman jepp. ni yang buat aku tak sabar nak angkat keta seniri ni...makk nak keta!!!!!!!!!!! fail la..nak keta mintak kat mak..ish budaya apa la yang aku dukung ni?!


entah macam mana..dari petang, hari pon betukar jadi malam. dan aktiviti wajib malam-malam aku..online lagi sampai lebam. sambil-sambil online sambil-sambil balas text kat henpon..penat jari i taww..eyuwww macam nak penampor je kan. tapi demi boya-boyaprenku sekelian,*tamain la text ngan pompuan macam lesbian lak kan..hahaha* i tak kesah penat jari pon..ha ha ha..ok abaikan statement terlampau ini.


ahak lupa pulak ada beberapa benda penting aku kena buat dalam minggu ni dan minggu depan antaranya :

17/12 -pick up Cikgu Siti Hajar and Rima Rashidi kat Penang Sentral err..i mean Jetty ok.

18/12-kenuri kek Elin..wajib pi.

21/12-burfday Farid. celeberate besday dia..ye ye..Farid mantan kekasih aku tu la.

22-24/12- kena pegy mekdi, main skate, tengok wayang ngan Incik Bmw kalau tak sempat tunda lepas 25hb janji ikot plan asal.lalala

25/12-nak pegy Bukit Tambun Lost World, Ipoh..sumpah tak sabar weh!


kahkahkah macam haper lagi siap berjadual bagai. tak kesah la. dalam banyak-banyak aku suka yang 25/12 tu...uwaarggghhh aku nak pegy Tambun!!!!


okeh jom tido.


chiao.


NotaKaki : aku imsomnia,sebab tu aku update.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, December 13, 2010

Alasan dari setiap kejadian.

pernah tak kau rasa macam seseorang yang sangat tak pandai dalam dunia bila tak mampu untuk buat keputusan sendiri?

pernah tak kau rasa macam nak follow jepp apa yang kat depan kau sebab dah malas pikir. makin pikir, makin banyak pulak pros and contranya.

pernah kau bertanya kenapa Tuhan hadirkan kedukaan buat kau?

pernah tak sekali dalam hidop kau menyesal dengan kehidupan kau?


aku bercakap sebagai seorang manusia yang normal yang kadang-kadang punya pemikiran yang sempit dan aku jugak mengaku yang aku pernah aje lalui semua benda-benda tu. pernah aje aku hilang pertimbangan bila sesuatu perkara sedih jadi dalam hidop. bohong kalau aku cakap yang hidop aku sentiasa jepp happy,ceria, macam tak dak masalah..tapi hakikatnya aku sorang je tahu.


kadang-kadang aku pikir, aku la orang yang paling sadis dalam dunia sebab aku dah pernah mengalami kejadian yang paling sedih dalam hidop dan aku tak pikir orang lain pernah rasa apa yang aku rasa. aku pernah rasa macam mana bila hidop terumbang ambing, jatuh tersungkur menyembah bumi. sakit sangat. masa tu aku rasa yang semua orang sedang gelakkan aku. sampai satu tahap aku pikir yang aku dah tak mampu nak teruskan hidop.


susah untuk aku cakap yang miracle tu wujud, i guess only those person yang sangat lucky baru boleh dapat miracle dan aku bukan dari kalangan tu. kena usaha sebaik mungkin untuk capai tempat yang selesa.


dulu aku pernah tertanya, kenapa jalan hidop aku macam ni? kenapa tak macam orang lain? dan selalunya soalan akan tergantung..jawapan tak pernah ada..


sekarang, aku dah tahu semua jawapan dari soalan aku.


sebenarnya tuhan masih sayangkan aku. segala yang jadi selama ni ada hikmah tersendiri. aku bukan segaja diuji atau dihukum sesuka hati..semua tu ada alasannya yang tersembunyi dan aku percaya hukuman yang aku terima berpunca dari kelalaian aku sendiri. mungkin dengan cara begini, dapat buat aku sedar yang hidop bukan untuk disia-siakan, sekali tersalah pilih jalan, tersungkur la jawabnya. aku dah rasa.


aku tahu dari semua ni, aku dapat belajar sesuatu yang baik. aku lebih menghargai hidop. positive itu penting.
apa yang pernah terjadi, semua ada hikmah dan aku sedang belajar untuk bangun semula.


pstt aku nak domo!


NotaKaki : pehal ntah aku rasa cam nak meleleh jepp ayer mater ni..uihhh.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

rwarr..means I LOVE U.



lets talk about love yeah.


i really value the love i have. you may lost someone or things are not good..but check out your life and realize what love you have. personally i have lots of people who love me including family and friends. think about who love you..family..friends..or pets maybe. there are even people out there who might not really know you, but are caring.


life is worth living, there is love in pretty much everyones life if you pay attention. and dont forget to let those you love know that you love them..and if possible, let them know often!


hopefully after this, no one will ask me bout love,boyfriend or what..i already explain this and I'm sick to watch people meraung macam orang gila bila putus cinta. macam la dah takda orang lain nak sayang kau kan.. lepas tu psiko diri sendiri nak bunuh diri segala..all because of love.stupid!


paling tak buleh blah pandai pulak tanya aku " is it best hidop single?"..homaiiggodd how many times shud i tell you bout this my dear? aku penat dan tersangatlah menyampah nak jawab soalan yang annoying macam ni. walau splohjutakali kau tanya pon jawapan aku tetap sama.


best atau tak best hidop kau, semuanya bergantung kat kau seniri. kalau kau pandai buat hidop kau jadi best maka best la hidop kau. paham tak?? maksud aku kat sini, tak kesah la kau tu single ke double ke yang penting kau pandai create hidop kau. kalau kau berdouble (kapel) pon tapi hidop tak happy, tak best jugak kan? dan kalau kau single, lepas tu pandai pulak kau create-kan life kau bagi jadi best, of cos la life kau akan jadi kalerful.


those yang putus cinta tu please la think positive. aku tau susah, benda yang sama pon penah jadi kat aku and i really know how you feel..sangat sakit bukan? aku tak tau la apa sebabnya ada sesetengah orang yang sangat desperate, lepas jep putus cinta, terus cari cinta baru..kalau cinta kau tu suci murni takpa..jangan nanti last-last jadi rebound love sudah. buat seksa hidop orang jep.


ini pandangan aku. kalau betul kita nak bercinta, cuba cari cinta yang sejati. maksudnya disini let it come naturally. tak perlu dipaksa. kadang-kadang kau ni hadap sangat nak bercinta, jadi sapa yang kau jumpa terus angkat jadi partner, bila dah tak da keserasian, mula la bergadoh..tu yang jadi putus-kapel-putus-kapel tu.


bagi aku kes putus-kapel-putus-kapel ni tak elok tau. ye la sekarang ni kau dengan si dia tak da pape ikatan, buleh la main lafaz.."kita dah tak serasi, jom break!" lantak kau la kalau nak break berjuta kali pon, tapi macam mana pulak kalau kau tu dengan si dia dah betol-betol halal dari sisi agama? takan nak bawak perangai lama time kapel lagi kot?


benda ni orang akan kata.."ala time kapel tak sama beb, ni dah kawen la, pandai-pandai la handle" ha..kepala hangguk kau handle..ingat apa handle basikal nak lain-lain? tak weh tak..benda kalau dah selalu sangat buat akan jadi habit ok. kalau dulu time kapel gadoh sikit mintak break, tak mustahil kalau dah kawen pon bole jepp jadi benda yang sama.


amek contoh terdekat, masa kecikkecik dulu bila tengok orang melatah..hari-hari pulak tu..of cos la kita pon macam nak terikut-ikut jugak kan? tapi parents kita buat apa? dia marah kita kan... sebab apa? sebab kalau terikut-ikut melatah..nanti jadi habit. bila dah jadi habit, kita akan buat selalu.


jadi pasni tolong la jangan jadikan putus-kapel-putus-kapel ni macam budaya hidop pulak yerr. aku memang kering hati, kalau nak putus tu putus jerr terus tak payah nak gedik re-kapel balik. itu prinsip aku. tak perlu nak kenang benda-benda yang dah lepas.


satu jerr yang aku pegang dari dulu sampai hari ni. kalau la aku dan cinta hatiku (cewwahhh) dah memang tak dijodohkan bersama, duduk pi la sebelah menyebelah pon..tetap takan dapat bersama. tapi....kalau aku dan cinta hatiku tu memang dah ALLAH tulis jodoh aku dengan dia, walau kami terpisah sejauh tujuh lautan pon, tetap akan disatukan nanti, InsyaALLAH.




maafla aku ni tak pandai sangat, sekolah pon takat lepas upsr jep kalau pendapat atau karangan aku ni tak betui jangan la amek ikhtibar..semua yang aku state kat sini based on apa yang aku rasa. setiap orang pandangan lain-lain beb.


and i hate to talk about love!dayyyyummmmm!


chiao!


NotaKaki : teringin nak masuk rumah hantu kat pesta, hari tu tak masuk pon...Incik Bmw, jangan balik putra lagi kita gi pesta nak???miahahhahaha.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA