Sunday, October 30, 2011

Malam Yang Tercemar.

Location : Lagenda Height, Sungai Petani

Time : 11++ p.m

Theme : GirlsDayOut Redah Ajerr




sesungguhnya aku sangat mengkagumi usaha aku ngan AR gigih cari angle terbaik untuk nak captured gambar #retiss kesayangan ramai iteww. OK Laan dah tak koserr, dok kuis-kuis cari apa tak tau.




somehow ai rahser pic ini manisss banget..since when AR pandai pose like a model ni? *wondering yawww*




introducing my new boiferen, Laan...bakal ber-in-a-relationship ngan ai tak lama lagi...hahaha dangg!




dua orang pesaket yang baru terlepas dari menjalani ujian mental..mereka saling melengkapi antara satu sama lain...bak kata pepatah Zimbabwe seperti Kad Atm dan Mesinnya dua-dua saling memerlukan..*lalala*





tak payah nak berdebar sangat la eh baca tajuk tuh..actually takdak apa yang tercemarnya pon..saja nak bagi tajuk 21SX kan...bajet kontrobersi la sangat kan. well semalam al kesahnya nak bergirlsdayout ngan Aju tapi macam tak berapa nak girlsdayout sangat la pulak..sebab tengah-tengah sakan dok berjimba buleh pulak diterjah oleh AR ngan Laan...kira macam tercemar duli la kat situ..takpa next time we olss dah bajet nak bergirlsdayout lagik..walaupon berdua kami pasrah ja lah..nak buat macam mana gegirl yang lain sumaaa terpisah jauh...wuwuwuwuwu..




walaubagaimanapon aku rasa ektibiti semalam adalah satu benda yang sangat best yang dah lama aku tak buat. dan aku dah jumpak sorang lagi manusia yang mudah untuk diajak buat kerja gila...satu penemuan yang mengkagumkan!




so mata pon dah mengantuks..badan pon dah letih..perut pon dah kenyang..rasanya perlu mentidurkan diri ini buat seketika waktu hahaha nanti aku update lagi pasal cerita girlsdayout ni. tapi sebelum tuh terimalah gambar taksenonohmintakpenendag dari aku untuk kalian...wooot wooot!!




abaikan eyebag itewww. dah cuba nak buat gaya yang menggiurkan macam Hidir Abdullah..tapi sumpah tak jadi!




OK daaaa!



NotaKakiErin : walaupon ai dah lama (lah sangat) deactive pesbuk tapi ai terharu sangat sebab masih yang kenai ai....sobss sobsss

NotaKakiErin2 : cerita kenuri rumah Mikro Kokus akan di update later.. To Kartunis Damas...nice to meet you yaww..comel cap/hat/topi anda tadi hew hew hew.





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, October 29, 2011

Go and Die Please!

What shud I do?


My mum keeps asking about him.


dughhh..my dear cud you pliss go and die?


so that I dun hev to answer any Q about you.



\\yourErin

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, October 27, 2011

Bercakap Dengan Bulan..Oh Bulan...Can You Hear Me?..No??





I fell in luv with a fool.

Only a fool cud luv a fool.

and..Yes, I am a fool.


Talking To the Moon - Bruno Mars,

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Melaka, Aku Mencintaimu!

I need a break *gedik baru keja nak break-break pulak!*


Penang To Malacca



serius rasa macam nak buat percutian sendirian berhad ala-ala backpackers gitew. cuti sorang-sorang pon beshh apa. tat kala ini aku dah terbayangkan keindahan negeri Melaka yang superb tuh. aku tak tau kenapa sejak dari pertama kali jejak kaki kat sana yakni sejak dari doblas tahun yang lepas aku selalu rasa Melaka itu satu benda yang sangat indah. and everytime aku sampai kat Melaka keterujaan tu tak pernah hilang. sumpah!



kalau nak diikutkan secara rasionalnya apa la sangat yang ada kat Melaka tu kan...negerinya kecik aja..tapi aku still jugak rasa Melaka tu sangat super da best sampai aku pernah pasang niat bermastautin kat sana. apa yang ada dengan Melaka aku pon tak tau. nak kata tak jemm aku rasa sama naik ja tahap ke-jemm-man nya dengan Penang especially kat kawasan bandar hilir tuh. seriusszz aku tengah cari X-factor yang ada kat Melaka..apesal la aku tertarik sangat-sangat and adore Melaka sampai macam tu sekali.





aku dah dapat imagine betapa cool nya aku sedang menikmati udara kat Dataran Pahlawan tu ditengah-tengah malam...lepak atau baring atas rumput-rumput yang separa botak tuh...perghh nikmat tak terperi siot! err ada satu malam tu aku pernah gak lepak sekali kat sini..teruss aku rasa cam best ja tempat ni..sesuai untuk orang yang suka layan blues macam aku ni.



lepas tu pulak, jalan kaki sorang-sorang pusing bandar tuh..kalau penat naik beca...ahhh seriuss rasa macam tourist gilakkk lah. OKOK now aku dah seksaited. nak kumpul duit..nak cuti pegi Melaka..sorang-sorang. aku taknak ada orang kacau percutian aku nanti...weehuuu!























so can anyone tell me how la ai tak jatuh cinta ngan Melaka ni kan..tengok lah tempat-tempat dia cantik jaa manis mata memandang *ayat macam peliks ghasak lah*






NotaKakiErin : this may sound crazee but i will surely go to Malacca untuk bercuti sorang-sorang jugak! soonnnnnn!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

You.



I know your life can go on without me, that you can be happy without me, that you can survive without me. But even if you turn me away, I will still choose to stay with you and be your sweetest stranger forever.  and I know I'll look so stupid when I say this to you..



apa perasaan kau bila baru nak rasa bahagia tetiba ja duka merentap raga? 



sedap bukan?



huhh rasanya macam pisang goreng panas kot..sedia dinikmakti dengan air teh di petang hari.

Tuhan, andai ini petunjuk dari-Mu maka kau kuatkanlah hati aku untuk menghadapinya. Berikan aku kekuatan Ya Allah. Jadikan aku seorang insan yang tabah. Sesungguhnya Ya Allah hanya engkaulah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi di langit dan di bumi....Aminn.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, October 26, 2011

Tolong Ubatkan Saya!







ketagihan aku terhadap apa jugak jenis kafien di tahap yang agak kritikal sekarang. dulu aku stick ngan nescafe..memang dihidup aku siang malam diselubungi nescafe ja...tak pekena nasik seminggu perkara biasa dah bagi aku..tapi kalau tak pekena nescafe  satu hari buleh jadi perkara luar biasa kot sasau setengah mati.



aku cuba nak lawan tapi sekejap ja la dapat bertahan pon..last-last aku tewas jugak..mula la merangkak pegi old town pulak sekarang ni..kalau dulu zaman tak bergaji minum kat umah je..sekarang pantang teringat..laju-laju drive carik old town yang berdekatan.



phewww apa nak jadi laaaa...aku rasa annn kadar kafein dalam otak aku dah di tahap saturated dah kot...dah bersatu dengan segala urat-urat, neuron-neuron lantas mengeluarkan cas cas negetive yang mengakibatkan tahap mental sehat aku di separa yang tak berapa nak betul....bapakkk la ayat..kau paham ke??



aku rasa aku ni dah macam perokok tegar. dah tak buleh nak kawal kadar pengambilan kafein. makin aku cuba tinggal makin aku tak boleh lupa...dah macam orang bercinta pulak..sekian!



NotaKakiErin : sejauh mana pon aku masuk old town, tetap aku rasa old town kat lagenda height jugak paling menawan hati..nak nak pulak disitula segalanya bermula...sentimental value ohhh!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Pondan Di Tengah Kuala Lumpur!

ini cerita last week. time aku rushing pegi key hell nak attend interview...serious cakap memang sakai gilak lah perjalanan aku pegi key hell tuh. mana tak nya aku punya interview supposingly 21haribulan dalam suratlah. tapi dorang call cakap interview aku 18haribulan which means interview aku dah diawalkan. at first macam dah kepelikkan jugak, aku langsung tak notice kat surat tu pasal tarikh interview yang aku tau, dorang call dan set-set time semua teruss aku zasss shoot nak pegi key hell. okay sangat menghargai kepada mereka-mereka yang mengarrangekan interview aku tuh eh.



disebabkan interviewnya jatuh pada hari selasa, maka terpaksa la aku pegi sekolah dulu hari isnin tuh. and selasa memang aku dah maklum pon kat GB kata nak cuti...weeehuuu bunyi macam best bila sebut pasal cuti ni..tapi percaya la cuti aku tak semegah mana pon. aku naik bus around 4pm macam tuh..tapi aku tak terus pegi key hell aku drop dekat Shah Alam dulu. hoh....aku tak berapa arif sangat kot nak pegi cari tempat interview tu sendirik makanya terpaksa la mensusahpayahkan Wani and frens...eventhough Wani sendirik pon tak tau kat mana locationnya..tapi entah la..aku rasa lebih selesa kalau main hentam kromo ngan Wani sebab dia satu-satunya pompuan yang aku rasa tak penah nak takot buat apa-apa pon..thats why i adore her much much...respek gilak gua kat lu beb!



Wani kutip aku kat stesen bus Shah Alam tu dalam pukul 10 lebih...dah sampai tu teruss zasss pegi makan dulu. ohhhh siapalah aku tanpa makanan kan..after that drop barang-barang aku kat rumah Ayu, Wani's fren..and to Ayu..tenkiu banget deh for the hospitality. lepas tu apa lagi merayap lah sekitar kawasan Shah Alam tu..eventhough macam dah lewat, tapi apadehal la sangat bagi pompuan dua ketul ni..lebih lewat daripada ni pon kitaorang penah merayau inikan pulak baru pukul 12....cehhh malam masih muda brooo!



singgah jugak dekat uptown yang disebut-sebut tuh. serius aku tak ingat berapa juta kali aku tawaf kawasan tuh. yang pastinya kedahagaan tahap kritikal dah mula aku rasa. macam biasa bila dengan Wani ni...kau merenggek je nak apa pon pasti akan ditunaikan. so dia bawak aku pagi kedai makan yang berdekatan. dekat situ yang ada jual ayam apa entah. aku ngatkan dia saja je cakap pasal ayam tuh rupa-rupanya dia nak aku test benda ayam tu pulak..first impression aku okay sedap jugak lah..tapi disebabkan aku dah kenyang maka tahap kesedapan tu dah berkurang kot? meeyyybeee next time aku boleh test benda ayam tu lagi kot..meyybeee yee meeyybee....



lepas dah makan/minum semua aku merenggek lagik. yerpp aku memang suka merenggek pon..nak tampar? haaa sila kan lah...tu pon kalau berani lah. ha ha ha...ok tak kelakar pon! puncanya aku terbekenan kat satu handbag bentuk kotak-kotak kat satu kedai ni...dah dua-tiga kali datang kedai tu tapi owner dia hilang kemana entah. ni aku bajet kali yang terakhir nak usha beg tuh..kalau takde jugak owner dia memang aku tak nak beli dah lah.




antara pompuan yang sanggup layan kerenah gila aku kat dunia ni...I am so lucky to have her in my life!





lucky me!time kitorang pegi sekali lagi owner dia dah ada. lepas Wani nego rega..dapatlah aku beli dengan harga sama yang di jual kat Penang......what?? kat Penang pon ada eh beg tuh? yerppp kat Penang pon ado...sajoo laa aku nak beli kat situ...at least ada la jugak benda aku bawak balik naik bus esok..hehe..



aku taktau la kan esok-esok ni bakal laki aku entah reti ke tidak nak nego rega macam tu? tah tah nak teman aku shopping pon tak hingin..tengok lah..aku ni dah la selective gila...pulun tuh dua tiga kali ulang pegi kedai yang sama semata-mata nak beg yang dalam cermin tu jugakk..macam la kedai lain takde kan...mujur Wani boleh bersabar dengan kerenah aku..walaupon dia penat, tapi tak langsung dia nak buat muka tired ka muka pancit ka kan...yang dia tau..layan ja apa yang aku nak..seriusss kalau aku cakap pasal kebaikkan dia kat aku mesti orang tak kan percaya yang dia sanggup susah payah buat apa jaa demi nak tolong aku...sobbsss soobsss tacing sudah!




okay ni la rupa bentuk handbag kotak tersebut..aku rasa dia sangat comel...hep hep hep jangan salahkan aku sebab dua tiga kali ulang alik kedai tu semata-mata nak beli benda ni..ni semua salah Dokterr ni sebab bawak balik viruss tak sehat kat aku...tengok kan aku dah ter influence nak beli benda alah ni..haihhh!




NotaKakiErin : okaylah nanti aku sambung lagi..now nak sambung mark paper budak-budak sat. oh yaaa cerita pondan tu di next entry yerr..nak tau kena ah stay tune..*bajet*




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Giveaway Lah Pulak.











maklumat lebih lanjut boleh kelik SINI




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Love is Lonely.






You always say you hate to see me hurt, 

you hate to see me cry,



So all those times that you hurt me,

did you close your eyes?




p/s :  it hurts me that you cant see that im hurting!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, October 25, 2011

Tak Payah Mekap Pon Okay Kan?

semalam merupakan sejarah yang julung-julung kali nya berlaku dalam hidop aku since 2tahun yang lepas.



kenapa?



sebabnya semalam aku dah nekad dah buat perubahan secara drastik. dughh apesal la lately ni banyak siot cakap pasal perubahan entah...okok dun get panic yaww aku bukan nak berubah apa pon..it's just nak bagitau yang sekarang ni aku dah taknak ah pakai mekap-mekap semua ni pegi sekolah. so semalam dengan yakinnya dan dengan hanya berbekalkan pelembab aja kat muka pastu sapu sikit lipgloss maka dengan girangnya terus aku menuju ke sekolah.



betul la cakap orang. kalau kita ada keyakinan yang tinggi maka segala kecatatan yang ada pada kita akan pudar. yerpp betul tuh aku agree sangat-sangat! kalau nak diikut-ikutkan dulu masa aku tengah study mana adanya aku nak mekap-mekap ni..pegi kelas pon just tenyeh-tenyeh pelembab kat muka pastu pakai lipstick (nutrimetics) yang tak keluarkan warna tu tapi tahan lama...perghh serius rasa macam inesen habes time tuh.



muka aku ni dah la jenis bermasalah. kalau tempek banyak sangat mekap nanti buleh naik jerawat thats why dulu aku tak penah nak tenyeh apa-apa kat muka, time tu memang muka aku licin ahh sebab pantang pakai mekap. tapi satu ja masalahnya kot mana pon aku kena pakai lipstick jugak sebab nanti muka aku akan nampak macam orang sakit kalau tak pakai lipstick..mula la orang tanya aku ni sehat ke tak..apesal muka pucat la yada yada....dughh jadik untuk mengelakkan seribu pertanyaan tersebut..aku boh je la lipstick..senang cita.



now after dua tahun, baru la aku berani tak nak apply mekap kat muka dah. dulu sengaja ja pakai mekap sebab tengok orang pakai cantik...sekali naik jerawat bertubi-tubi pulak..so untuk mengkoverkan keadaan tersebut terpaksa la aku apply macam-macam concealer la foundation la bedak tabur la..segala mak nenek la last sekali muka aku jadi macam opera cina lak. mekap30inci tebal..aku guna semua tu just untuk tutup parut jerawat yang bapakkk gila hudussss menyampah aku tengok.



sekarang walaupon still ada parut tapi dah macam nak pudar..sebab tu lah aku dah tekad kalau buleh tak nak dah pakai mekap-mekap ni. aku akan sedaya upaya melimitkan penggunaan mekap...errr tapi tadi aku dah order nutractor thru online hehehe..ala beli tak semestinya nak guna kan?? saja aku order kot-kot la nanti satu hari aku memerlukan..senang tak payah nak kalut carik..siap ada dalam beg mekap...wahahaha.



so semalam jugak waktu lunch aku ngat nak singgah pizza. tapi disebabkan ketermengantukkan yang amat terus aku blah balik rumah tido...sedar-sedar je dah petang. itu pon mak aku kejutkan sebab nak pegi jenguk tok aku kat Juru. dengan muka selebet, tak tukar baju, basuh-basuh muka terusss zaasss naik keta ikot dorang. dalam keta sambung membuta sebelah adik aku..kah kah kah...terukk gilakkk perangai cikgu ni..bajet letih sangatkan kat sekolah tuh.



muka lepas membuta dalam keta...bangun jaa teruss ceria snap gambar bajet sorang-sorang..kesian.



then bila dah nak balik tuh mak aku tanya nak makan apa for dinner. gua senyap jerpp bagi chance kat adik aku decide kat mana beliau nak mencekik. buleh pulakkk dia cakap nak makan pizza..hahaha aku apalagi macam orang mengantuk di sorongkan bantal laah...laju ja mulut aku cakap...a'ahhh nak pizzaaa lahhh. lepastu baru laaa aku teringat 2,3 hari lepas dia ada tanya  pasal rega cream cheese yang aku beli untuk buat cheese tart tuh..aku tanya kenapa, dia cakap dia nak buat pizza. perghhhh buattt pizzaaa tuh...kau mampu ke? memang selama ni aku makan pizzaaa pon adik aku la yang buat kan #sarcastic.






khas buat tatapan umum yang merindui Mak aku...dibawakan live dari pizaa hut berhampiran rumah kami..hew hew hew



 Fei Mao versi wanita bertudung



 si penebar pizza..dok berangan macam mana la nak majukan bisness pizza beliau.



The Ultimate Cheesy 7 Pizza..tak sempat nak snap yang full sebab at that time semua dah macam patplohhari tak makan.



 mine....pergh tengok tu lelehan cheesynya yang yummmy...walaupon ampa dah tau aku tetap nak cakap yang bulat-bulat tu bukan pishh boll oteh.



 dengan begitu berhati-hati beliau memotong pizza tersebut..choihh potong ja macam mana pon..last-last nak masuk perut jugak kan....apadaaaa



 pompuan yang sebelah kanan tu memang tak reti nak segan kan..mana-mana ja kompem muka dia tersenyum simpul...nak nak pulak depan makanan..lagi la bertambah tak reti nak segan *ayat apakah ini?*



eksyen je nih..takan la aku nak telan seketul seketul cheese tuh..muakk oiii!




petang ni aku lepak pizza lagi...sebab ada hutang meal ngan adik aku. semalam nak order macam dah kenyang..so hari ni la kena bunjerr kan..sapa nak join jommmm!



kah kah kah sesuci embun pagi kan? #okthankbai




NotaKakiErin : aku memang suka letak title tak seiring dengan gambar pon, sigh!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, October 23, 2011

Pelikkah Kalau Seorang Perempuan Buat Macam Tu?



agak-agak ann apa reaksi kau kalau ternampak seketul perempuan sedang melepak-lepak kat kopitiam/gerai/mamak/mekdi/kepsi sensorang?



ataupon seketul perempuan sedang berwindow shopping secara solo?



tak pon seketul perempuan sedang mentengok wayang jugak secara single?



I mean apa presepsi/tanggapan/pandangan kau pasal seketul perempuan tu?



bagi aku bukanlah rare sangat kalau pompuan bergerak secara solo tanpa berteman ni. tapi kenapa certain masyarakat still nak pandang benda ni macam satu benda yang besar? salah ke kalau bergerak secara solo ni? berdosa eh? 



untuk pengetahuan kau semua aku tergolong dalam salah sorang pompuan yang suka buat sumthing secara solo. apadehal la sangat setakat nak beratur beli tiket wayang pastu tengok sorang-sorang tuh? dah berkali kot aku buat. tak da hal pon. heaven lagi ada la!



aku paling tak buleh blah bila time aku tengah buat benda secara sorang-sorang ni mula la ada makhluk dok usha aku pelik, macam la aku ni alien dari planet marikh kan. aku bagi contoh eh, semalam masa aku tengah nak tunggu order kopi oreo aku kat old town, ada la berapa ketul staff lelaki depa kat situ dok makan. yang aku pelik kejadahnya la depa dok tengok-tengok aku pulak. aku dah naik rimas, emo pon ada. tak pepasal la pulak aku nak kena check kot-kot la baju aku ka kasut aku ka tudung aku ka yang koyak..sampai depa usha aku dua tiga kali. paling sakai..dah la usha orang lepas tu dok cakap-cakap lak kat member depa...choihhh gussip letewww!!! aku dah memang bajet nak berambuss dah dari situ lepas dapat kopi oreo aku. kalau tak disebabkan ketagihan yang melampau memang awai-awai lagi aku kensel order tu. 



masalahnya sekarang kalau iye pon aku kelihatan macam alien kat situ tak payah la kau nak tengok-tengok aku dua tiga kali lepas tu cakap kat member kau and lepas tu member kau pulak tengok aku kan?? apa pelik sangat ke lepak sorang-sorang ni? kesian kau kan agaknya kau ni asal dari hutan kot, tak penah nak tengok pompuan sesofistikated macam aku lepak kat tempat macam tu sorang-sorang eh?derr fyi apa la sangat tempat macam tu untuk di lepak, sedangkan mamak yang super ramai manusia tu pon aku redah sorang-sorang..ini kan pulak kopitiam yang jarang-jarang orang masuk tuh...tak da hal la weh.



aku bukanlah manusia yang jenis anti-sosial. kalau kau tengok pesbuk aku dah cukup terbukti yang aku ni selalu jugak la melepak ngan member-member aku ( baca : bff ) now aku tengah deactive so takleh la tengok kikikiki. bukan nak bangga kata aku ni kaki lepak atau kaki sosial cuma nak membersihkan tanggapan segelintir manusia yang mengaggap aku jenis manusia yang anti-social sebab aku suka buat benda sorang-sorang. aku kalau boleh tak suka nak menyusahkan orang. that's why aku suka macam ni. senang tak payah nak ganggu sapa-sapa kan...duit pon kalau keluar tak payah nak double jimaaaaat blanja har har har.













motif gambar : aku rinduuuuuuuuuuu kat depa wehhhh!

credit to : Jusiza & Farhana



agak-agak ann cukup tak gambaq-gambaq kat atas ni untuk buktikann yang aku bukan sorang anti social? bahahaha gambaq yang lebih super kontrobersi hot dari ni pon ada dalam simpanan aku. malas ja nak publish kang betul-betul jadi hot topik naya jaaa. lagipon buat apa aku terhegeh-hegeh nak bukti kan yang aku bukan anti sosial ek??bukan dapat duit pon...choihh tetiba ja aku rasa entry ni pon sama macam entry mintak penendang...dughhhh!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Apa Kena Mengena Cheese Tart Dan Kad Cinta?

okayyy heppy banget dowh!



kenapa? sebabbbb aku berjaya mem-bake cheese tart aku yang pertama kali dengan jayanya! walaupon rupanya tak lah sekacak mana tapi, rasa nya agak tidak mengecewakan weh..itu aku main bedal campak-campak jerr dengan ada yang tak cukup bahan lagi..lepas ni kalau buat lagi aku ingat nak beli terus ahh petty tin tu..baru la kacak tart aku..ni tadi aku main letak dalam acuan cup cake jerr pon..so sebab tu la aku rasa macam tak kacak sangat.




tengok tu siap ada price tag lagi kat acuan cup cake aku ni..bahaha percubaan pertama tak kesah sangat la pakai acuan apa pon..jadi ada rupa macam tart shell sudah...kan...kan..kan...???




 ni dah siap bakar dah, belom masuk cream cheese lagik ni...rupa tak kacak sebab tak pakai petty tin...next time kalau ada tempahan boleh lah ai beli petty tin..touch up tart ai kasi kacak...kikiki berangan okay!




 okay ni dah siap semua la..nampak tak lukisan atas cream cheese tu..aku la yang lukis, dasar tangan tak bedung kan..sesuka jaa main tarik-tarik lukisan tu ikot kretibiti aku..kah kah kah..mula-mula tu macam okay, dah lama-lama tu terus jadi tak okay sebab tu ada lukisan yang tak macam lukisan pon!




saja keluarkan sebijik kasi posing sikit..actually ni la satu-satu tart yang aku rasa dilukis dengan cantik..yang lain tu hancurrr sikit..tang lukisan ja la...rasanya tetap superb weh! haha




aku dah telan dua bijik tart ni...kenyang terus..mula-mula rasa macam tak cukup siap nak tambah adunan lagi. mujur tak pandai-pandai tambah adunan kalau tak, sapa la nak makan benda alah ni banyak-banyak kan. so rasanya besok buleh la aku tapao pegi sekolah makan sorang-sorang atas bus..eh lupa pulak, esok aku ada rombongan sekolah...bapak kelakar nak sebut macam rombongan cik kiah ke sukan komenwell pulak kan..apa pon aku tetap akan mengseksaited kan diri sendiri dengan rombongan ni. lagi pon dah lama la tak ikot rombongan naik bus ramai-ramai.




oh yaaa dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan setinggi penghargaan buat Hidir ku yang tersayang *laga-laga pipi* sebab beliau lah yang menjadi penyebab utama tercetusnya idea nak buat cheese tart ni. actually pagi tadi beliau text aku kununnya beliau teringin nak makan kek lapis (Sarawak). dalam kapla hotak aku ni dok pikiaq jugak tak sangka Hidir kan..dah la master buat triffle takan kek lapis pon beliau nak master jugak? so aku soh beliau ajaq aku buat, tup tup beliau pulak yang suruh aku ajaq..penin sudahh..last-last beliau suggest nak main baking-baking later..aku on je la entah bila laternya aku pon tak tau.



disebabkan tahap keseksaitedtan aku yang tak tentu hala ni, on that time jugak lah aku google resepi kek lapis kan..saja prepare seksiap, kot-kot la nanti bebila nak main baking-baking tak payah dah susah nak google last-last bukan resepi kek lapis yang aku jumpak kat SINI, tapi resepi cheese tart..teringin pulak. sebab tu la aku buat jugak hehehe =)




haaaa petang tadi sempat jugak aku larik-larik masuk Sunway Carnivall semata-mata nak pegy Popular nak beli card cinta. stuck dekat setengah jam jugak kat situ sebab aku tak tau nak pilih yang mana satu. rambang mata weh...semua comel-comel. nak beli card pon seksaited jugak. ye la..this is my first time kot beli card yang selain card raya untuk di post kan kepada yang tersayang. actually yang aku beli tu bukan card cinta. it is wishes card. aku pikir lepas ni aku nak hantar je wishes card kat sesapa. tak payah tunggu la ada keraian baru nak hantar. hantar masa hari biasa-biasa pon okay what. bukan kah sweet kalau buat macam tu? i mean card tu sebagai penganti diri kita yang jauh dari mereka-mereka yang kita sayang...dughhh ayat nak cliche pulak kan? nampak sangat banyak tengok drama swasta Melayu *lalalala*




so ni la rupa wishes cardnya. sorry terpaksa dilindungi. kalau semua aku tunjuk dah jadi tak esklusif la card ni kan...ini pon aku amek dari bahagian belakang...bahagian depan biarlah rahsia..acecececeyyy!





so till we meet again yahh...do take care guys!






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, October 22, 2011

Pagi-pagi Dah Mintak Penendang.

malas gilazz nak stat buat keja aku ni...adoiiyaii besoknya dah la tak available. dah 2minggu kot jadi macam ni..naik lemau aku lama-lama. bajet nak meronggeng petang ni pon nampak gayanya terpaksa di kenselkan agaknya...ah apedehal, aku rasa nak keluar aku keluar jugak kan..so tak de masalah sangat.




yang masalahnya sekarang ni ape hal la aku malas nak buat keja ni. bangun awal-awal bajet nak setel kan keja padahal aku dok melapok depan lappy, tengok tv lah, tengok muvie lah..bila nak mula buat keja pon tak tau..kang dah petang-petang nanti baru la terhegeh-hegeh kan..ohh yaa aku rasa nak kena pegi popular kot jap gi..nak beli card cinta hantar kat kesayangan wahahaha!




oke entry macam mintak penendang 8456789 kali kan?





Do I Look Like I Care?






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Jaga Hati Aku Boleh Tak?

aku seriusly tak paham. dalam banyak-banyak orang kenapa la aku yang dipilih untuk berdepan dengan segala jenis makhluk yang suka nak emo tahap melampau ni.



aku selalu ja tercampak dalam situasi di mana secara tiba-tiba orang nak tarik muka 14 ngan aku, tiba-tiba nak tak nak ja cakap ngan aku dan tiba-tiba macam nak avoid dari aku. kadang-kadang aku terpikir aku kah yang bermasalah sebenarnya? bila aku rujuk orang lain, they said aku ni normal ja..tak penah pulak dalam sejarah aku jadi backstabber kat sapa-sapa pon. so the problem is sapa yang salah sebenarnya nih?




untuk pengetahuan kau, aku dah penat sangat nak melayan kerenah orang emo tak tentu pasal ni. eh pegy meninggal la kau kalau kau pikir kau nak aku sujud mintak ampun dan maaf dari kau atau kau pikir aku akan terus menerus nak pujuk kau dengan kata-kata indah...sedangkan aku sendiri tak tau apa salah aku. aku rasa dah cukup lama kau kenal aku kan. cukup-cukup la tu weh aku dah cuba nak baik kan keadaan tapi kau yang menyombong tak tentu pasal. bajet bagus sangat kan? well dude FYI aku takan mati nyerr kalau takda kau. banyak lagi kot mereka-mereka yang ada yang always support aku. selama ni aku sengsara pon..apa yang kau buat? NOTHING ok...semua aku buat sendiri.



those yang rasa-rasa nak tarik muka 14, 29, 76, atau 89 ngan aku dengan segala hormatnya dipersilakan. dan tolong laaa aku mintak sangat-sangat tak perlu kot kau nak susah susah payah mintak maaf ngan aku lepas kau avoid aku untuk kesalahan yang aku sendiri tak tau. sebab lepas ni aku sendiri pon belom tentu buleh terima kau balik macam dulu  ke tak. ingat weh, kau yang cari pasal. my part dah lepas, kau yang sombong. what goes around, comes around...well sumtimes revenge is sweet you know.....





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, October 19, 2011

Bila Kesesatan Mintalah Petunjuk Dari PenciptaMu.





syukur alhamdullilah, selama setahun aku suffer sekarang baru aku rasa tenang. walaupon hidup aku masih terumbang ambing tapi sekarang aku rasa lebih sempurna berbanding dulu. dan lebih dekat dengan yang Maha Pencipta. saat aku dalam kesesatan, Dia selalu ada menunjukkan jalan. cuma aku yang terlalu buta untuk memilih jalan sepatotnya. aku tak pernah menyesal sebab amek masa selama satu tahun untuk nak recover hidop aku. malah bersyukur lagi ada laa. at last aku jumpa jugak jalan yang sepatotnya aku tempuh.



terima kasih pada dia yang tak henti-henti mendoakan untuk aku. aku tau sejak dulu lagi dia selalu panjatkan doa untuk aku berubah..untuk aku kesejahteraan aku, untuk kebahagiaan aku. terima kasih pada mak aku jugak yang selalu ada untuk membimbing aku saat aku hilang arah. dan syukur kepada Allah yang tak terhingga kerana memberi aku peluang yang banyak untuk aku berubah..dari seorang manusia yang hina kepada manusia yang lebih baik.



bertemu secara empat mana dengannya dan berbicara mengenai banyak perkara dalam waktu yang sangat singkat betul-betul buat aku rasa tenteram. at least dia tau yang aku sedang berubah sekarang. bukan satu benda yang mudah untuk mengaku kejahilan dan kebodohan kita depan orang, tapi aku berjaya buat benda tu dalam keadaan yang sangat santai. dia jugak hampir memikirkan benda yang sama seperti aku. katanya "mungkin Tuhan mahu aku kembali mengingati-Nya" aku mengaku yang aku dah lama sangat hidop dalam kesesatan dan masanya untuk berubah.



aku cuma mengharapkan yang Tuhan akan menetapkan hati aku supaya tidak kembali ke masa silam yang hitam sesungguhnya masa lalu aku, adalah pengajaran yang tak kan aku lupa sampai bila-bila.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tidur Iteww Nikmat!





sumpah hari ni rasa macam nak tido ja sepanjang hari. memandangkan aku kerja maka terpaksa la melupakan niat suci lagi murni aku tu..takan la nak amek cuti satu hari semata-mata nak qada tido aku yang tak cukup sejak 3hari yang lalu tu pulak kan..bukankah itu namanya keji?hwaaaaa



semalam sampai rumah dalam 2.30 pagi camtuh..lepas solat apa semua pukul 3 jugak la baru buleh tido pon. pukul 6 dah bangun...haihhh malas gila nak bangun kot. mujur laa mak aku yang baik hati iteww dengan suka citanya meng-iron-kan baju aku untuk kesekolah. comel tak? dah tua-tua ni pegi sekolah mak yang tolong iron kan baju? dah tu kalau aku ni student takpa jugak..kah kah kah.




lepas masukkan brekpest penuh-penuh dalam mulut tak sempat nak kunyah sebab dah lewat, lagipon aku tak selera nak makan pagi-pagi buta macam ni pulak tu aku wajib kena brekpest sebab nanti kat sekolah susah dah nak makan..terus capai handbag, amek kuci keta..pecut ke sekolah dengan jayanya..masa on the way tu aku memang sleepy gila..bawak keta macam orang tak betul buat jalan raya tu macam moyang aku yang punya...mujur pulak hari ni kurang keta..sempat la aku merasa macam jalan moyang aku kan..har har har.




minggu ni minggu exam kat sekolah aku. so pagi-pagi yang hening ni aku dah kena jaga exam. menangis kot nak jaga exam hari ni. bukan apa disebabkan kadar ketermengantukkan yang amat tinggi hari ni, terpaksa la aku bermuka ketat sepanjang exam tu berlangsung..buat-buat macam garang and straight biar budak-budak cuak sikit kalau depa nak melakukan ektibiti memplagiat antara satu sama lain...pada masa yang sama dalam diam aku cari peluang je nak take a nap..kah kah kah..




nak tunggu jarum jam menginjak ke 12.50 tu memang satu cabaran besar buat aku. mujur la aku tabah kan..kalau tak dah lama aku kecundang kat atas meja sendiri dalam bilik guru tu. walau macam mana pon kunci keta memang dah digengam erat kot..bunyik jerr loceng sekolah aku terus serbu pejabat..punch card dan berambus dengan riang gembiranya..tak sabar nak bermesra dengan rakan-rakanku yang empuk kat atas katil tu.




dan..aku bangga mengatakan dari tengah hari aku membuta sampai la ke petang hari ni aku masih lagi rasa sleepy...aku rasa aku dah overdose tido kot ni sebab tu la sleepy semacam ja nih...hemm ni pon dah malas nak type dah..rasa macam nak tido lagi..keja aku dah laa makin banyak..mujur dah siapkan separuh...buat penat ja tapao keja banyak-banyak balik rumah, padahal langsung tak sentuh pon...haihhh!



nunyte alll!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, October 12, 2011

Boleh Tak Nak Celeb Birthday Sekali Lagi?






memang birthday aku dah lama lepas, tapi aku macam rasa teringin nak sambut sekali lagi...kalau tetiba aku pegi beli birthday kek pastu balik seleb kat rumah agak-agak ann family aku nak kata apa ek? sakai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Dari Sekolah Ke Kedai Mamak..




kes kes kes....dimulakan dengan gelakkan yang sopan atas kesilapan diri sendiri. well semalam aku da post entry NI. actually ada sedikit ralat yerr pasal tarikh tu. bukan 10/11 tarikh aku lapor diri tu tapi tarikh 11/10...ala sikit jerr kan salahnya tak effect gempa bumi pon kan? so maknanya aku lapor diri hari ni and terus memecutkan diri ke sekolah baru tadi tepat pada puku 8.14 pagi waktu Malaysia.




hari ni aku tak da la mengajar sangat. lagipon next week sekolah tu dah start exam so aku just masuk perabeh apa yang patot ja la. hari ni baru 2 kelas yang aku attend. perkara utama yang aku notice pasal budak-budak cina ni..depa kuat minum air. sorang bawak sebotol besar air. kalau habes dorang akan minta izin pegi topup air tu. aku tak sure la pulak dari mana depa topup tu..mungkin sekolah ada provide la kot. mungkin depa ni dah di ajar berbudaya banyak minum air kosong agaknya. berbanding ngan student Melayu berapa ketul sangat la yang nak bawak botol air pegi sekolah kan.itu pon kadang-kadang air tu tak habes pon.




sekolah tu kalau tak salah aku cuma ada 3orang guru Melayu. 2 guru perempuan dan sorang guru lelaki. biasa la sekolah jenis kebangsaan kan normally memang macam ni la ratio dia kot sama macam sekolah kebangsaan la jugak. untuk hari ni aku tak sempat lagi pon nak beramas mesra dengan guru-guru cina yang lain. hopefully esok lebih baik dari hari ni.




petang tadi jugak aku pegi amek Kek Lapis Kulim yang dibuat khas oleh kakak misteri. errr bukan aku pegi amek sangat pon..Mikro yang hantar sebenarnya. okay bertuah rasanya ada ex-boyferen yang baik hati macam Incik Mikro ni. kalau nak tau dah dua hari beliau usung kek lapis tu dari rumah beliau ke ofis. baru hari ni aku boleh merasa kek tu ahaha. Kek Lapis Kulim tuh memang superb..dah la kalerful siap buleh mengeluarkan bau-bauan yang menyenangkan hidung kot. sapa nak buleh la menempah kepada kakak misteri yerr...tu pon kalau beliau berkenan nak buat la...kalau tak, gigit jari la ampa. ai dapat free ajerr sebab kakak misteri memang nak buat kat ai pon kan...*lalalala




Robert Pattinson tengah online kat kedai mamak...kes kes kes..



yang berkuah tu aku punya pinggan..licin selicin licinya pinggan aku except kuah kari tu je la. tak reti ah nak makan roti pisang cicah kuah...pelik.



Julia Robert dengan Kek Lapis Kulim..wahh ada gaya ni buleh la ai jadi duta Kek Lapis Kulim lepas ni...



balik dari jumpa ngan Incik ex-boyferen aku terus keluar pegi Jusco ngan my family pulak. pusing seround dua pastu terus pegi Route69 sebab mak aku nak makan kat situ....so sekarang ni aku baru ja sampai rumah. dah rasa mengantuks tahap superman dah. mata ni macam ada gam asik nak terkatup ja...so guys till we meet again yaa....buibui!




NotaKakiErin : to my sayang yang nak travel ke Sabah esok...do take care of yourself okeh. Makcik Haslina pesan jaga diri kat tempat orang..hew hew hew.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, October 11, 2011

Hello Sekolah Baru!

gambar sekadar hiasan


10/11/2011



tarikh yang macam chantek jugak kan..kalau di susun-susun jadi la 1011/2011 agak nice disitu. actually tak da apa yang menarik pasal tarikh ni pon...err betul ke takda apa-apa eh? OK...aku tipu. actually aku nak update pasal life aku. pada tarikh ni nanti tepat pada pukul 9.00pagi waktu Jepun aku akan melaporkan diri di PPD Seberang Perai Utara. err kali ni aku bakal di post ke sekolah Jenis Kebangsaan pulak.



sekolah tu agak dekat jugak dengan kawasan rumah aku..tepi high-way lagi you! so tak payah la aku nak terhegeh-hegeh bangun awal pegi sekolah kan...har har har...sebelum ni pon aku kena post dekat-dekat area rumah aku jugak kan....so propa jaa la bangun awal semua tuh. well subject yang aku kena handle kali ni opkos la Math...dan paling tak buleh blah aku nak kena ajar Bahasa pulak..masak aku! Bahasa Melayu aku dah la tunggang langgang..ajar anak orang nanti depa pon sekali senget macam aku jugak...hoooh serabut otak kalau pikir.



nak hold offer pon aku rasa macam tak sedap lah pulak sebab kan masa bulan posa aritu aku dah tolak. this time harung jugak lah walau macam mana pon. memang aku macam berat jugak ah nak pegi sekolah tuh memandangkan officer aku pon dah susah payah bagi peluang kat aku, so apa salahnya aku cuba Sekolah Jenis Kebangsaan pulak kan kali ni. yang penting cuba dulu. jangan cepat mengalah..buat yang terbaik..benda ni la yang selalu mak aku pesan. jadi esok kepada bakal-bakal pelajar saya, sila jadi pelajar yang baik-baik eh..jangan nakal-nakal sebab saya tak berapa nak suka tengking-tengking kamu atau marah-marah kamu...uhuks.




oooyaaahh tadi sempat jugak aku keluar. ingatkan nak beli handbag baru..tapi takda yang berkenan pulak. alih-alih aku pegi beli kasut lagi. mula tu aku saja try test..last-last rasa macam best terussss amek..harharhar..alah bila lagi nak beli kasut kan...untung-untung esok pegi sekolah boleh pakai kasut baru..Ok niat dah terpesong. Sebenarnya tadi kat Pacific Carlo Rino ada buat sale. tengok harga mampu beli sebab tu la aku beli.




nampak tak rantai yang kat tengah-tengah tuh? rantai tu tadi aku beli masa kat Sunway Carnivall. actually dia labuh...aku rasa macam cantek pulak bila pakai ngan baju kurung so beli la jugak..kasut ni la yang aku beli kat Pasific(Megamall) tadi. rupa dia memang tak lawa tapi..keselesaan dia tiada tolok banding OK. *lalala promot sat.




and last but not least doakan kejayaan aku disekolah baru yerr kawan-kawan =)





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, October 7, 2011

Rawak-ness dan Randomness Serta Muka Inesen Mintak Penendang.

sebenarnya aku tak terniat pon nak update my daily routine kat blog ni..entah macam mana aku rasa macam nak sumbat segala cerita dalam entry ni..biaQ jadi macam sotong sumbat....sumbat-sumbat pon sedap apa..






  • ok semalam cubaan aku untuk mendodoikan diri seawal jam 12.30 malam takjadi. kekonon nak habaq kat semua orang yang aku tidoQ awai la. aku text gudnite kat semua bestie..ok diulang semuaaaa b.e.s.t.i.e yang aku rasa berpotensi untuk tidoQ awai. saja tak text kat akak misteri sebab aku tau beliau kompem tak tidoQ lagi time tu..al-maklum la orang sedang berkomboo kennn =) tapi sapa pon tak reply..kan aku dah kata depa dah tidoQ awai-awai lagi. sejam lepas tu baru Dinie reply tanya aku dah tidoQ belom. aku tau dia tak tidoQ lagi sebab minggu ni dia shift petang so kompem la balik tengah malam. kebetulan memang aku pon tak boleh tidoQ so apalagi angkat fon terus la memborak kan diri dengan beliau barang seketul dua. aku rasa Dinie pon dah sedia maklum kot penyakit aku yang tak boleh tidoQ malam sekali sekala ni. hehehe dulu-dulu aku suka kacau pakcik ni suruh teman sampai aku boleh tidoQ..tapi hampeh jerr dia yang selalu membuta dulu grrrr. eh pinau pulak mata aku banyak sangat perkataan tidoQ laa.


  • tadi pagi aku tengok cita Anak Mamak Menantu Mami. perghhh dasat baq ang. depa punya slang kalau cakap perghh (sekali lagi) sampai aku rasa aku ni bukan anak jati Pulau Pinang pulak..nuh nala punya riuh toksah dok lawan la (sila baca dalam nada mamak sambil geleng-geleng tangan anda). dulu masa study bila aku cakap aku asai dari Penang, kompem member-member bantai kata aku anak mami...hallooooo aku anak orang Melayu weh..agak-agak la. muka aku ada bentuk anak tanjung ka taktau...tau la skin tone aku tak macam orang Melayu yang konon-konon brown people kan..tapi aku orang Melayu weh walaupon aku black people...sob sob sob..tolong la pecaye. tapi kan kalau anak mami tanjung yang ori punya perghhh macam Hidustan kot. aku tengok pon buleh terliur baq ang...Gulp!

  • dalam cita tu anak mami depa nama Shasha Bee...pastu kan aku pon Verangan la letak nama aku jadi Bee jugak...so pronounciation dia mesti la Erin Bee....erkk...tetiba ja aku rasa macam huduss gilaa nama aku...nak sebut pon seram sejuk. elok-elok dah ada nama western tambah Bee kat belakang terus jadi mak lebah agakya. tapi annn orang puteh pon ada nama Erin Bee tau...serius tak tipu aku baru ja gugel tadi.

  • hari ni hari ketiga adik aku PMR. selama dia dok berPMR ni selama tuh la aku yang  tukang jadi driver dia hantaq pi sekolah. usually lepas subuh jaa terus aku terpacak tunggu dalam keta. ok jangan tanya aku drive macam mana sedangkan lesen aku entah kemana. cuak tuh memang cuak nak buat cemana redah jugak ahh sekolah adik aku tu pulak bukannya dekat. kesian pulak kalau suruh dia naik bus masa minggu exam ni. takpa hari Isnin last paper beliau dah..bertabah lah Erin untuk satu hari lagi. 

  • hemm selama 3hari ni jugaklah aku terpaksa bertabah mengharungi jemm tatkala pagi hari. err macam pelik pulak ayat aku ni..ahh belasah lah. jemm adalah antara sebab musabab aku malas nk drive time pagi-pagi ni...dah la tu umah aku ni pulak memang strategik la sangat kan....asal keluaq umah jaaa MESTI kena jumpak tol, jumpak tol jaa mesti aku keluaq umah....punohhh ringgit aku huks!


so tu ja la kot sotong sumbat aku hari ni...aku tau mata ampa semua mesti dah berambu ayaq mata kan (sekali lagi ayat pelik) sebab baca karangan aku yang diluar kotak pemikiran ni...ahakss sekali sekala apa salahnya berfikir diluar kotak kan...tu pon kalau ampa ada kotak pemikir la yerr =)



ampa nampak tak kepala aku berbentuk 4segi? maknanya aku seorang yang selalu berpikir diluar kotak...hak hak haktuihhh. jangan tanya kenapa muka aku sebegitu rupa macam mintak penendang 45682345678kali kan..mata sebelah besaq sebelah kecik...adik aku punya keja..grrrr






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA