Tuesday, November 30, 2010

Just a simple problem but...

i dunno what is happening to me these days.

shud be happy bicoh me and "him" no longer masam muka or terasa-terasa eventhough since dari hari tu kita tak pernah pon buat live call. but i know, we both da settle.

somehow i tak rasa macam tu pon.

i rasa lagi serabot. ok fine me and him, consider settle.

but these two problems yang memenatkan otak i buat i rasa macam nak terjun laut aja.

orang lain maybe they assume my problem ni macam simple.

and i la yang selalu buat masalah jadi berat.

dan penyakit yang selalu akan datang bila i dalam keadaan tak stabil dah pon menunjukkan tanda-tanda kedatangannya.

nervous, imsonia, buat kerja semua tak jadi, malas nak berfikir semua dah complete dalam diri i dah ni.

sorry peeps, i memang tak stabil now.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

My complicated life.

i just really need somebody to talk right now.

it seems like everything in my life is going wrong and everything is happening all at once.

i cant take it anymore and i just need someone to help me and make me feel better.

tapi semua orang macam sebok.

there's a few of friends yang willing melayan i but ntah la i tak selesa nak bercerita dgn dorang maybe.

seriously i sangat-sangat memerlukan keselesaan dalam berkomunikasi.

baru settle one problem sehari yang lalu, and now came two more problems yang perlu disettlekan jugak.

i really hate when it comes to choose between two options.

someone please help me out of this problem.

i just nak hidop yang simple dan tak comlicated macam sekarang.

i admit that, maybe orang nampak my life mcm best, colorful, sempoi, selumber...etc.

but the truth, i sorang jer yang tahu, how complicated my life.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, November 27, 2010

Kena tipu selalu.

haloo eberibodi!!


masih lagi dalam keadaan pening-pening lalat sebab dibangunkan oleh mak aku dalam keadaan dipaksa dan tertipu. geram betol ada ka patot (memang patot pon) time orang tengah landing best-best kat atas katil mak aku datang kejut, suruh buatkan icing buttercream sebab nak topingkan kat atas doughnuts, nak buat ala-ala J.Co la, tapi confirm lah J.Co punya lagi bombastik sedangkan aku pakai buttercream je kot.


dah la dia tipu aku, jam kat dinding baru pukul 6pm, dia cakap dah 7.30 pm, gelabah biawak la aku bangun, dalam hati, astagfirullah aku tak solat asar lagi!. bila aku tengok jam terpampang pukul 6pm then aku dah tau yang aku kena tipu. tu taktik dia nak bangunkan aku. dari zaman aku sekolah sampai la dah tua bangka begini asyik tertipu je ngan taktik kotor dia tu.


dah selesai solat, baru la aku putarkan cream tu, alah senang jek, tak sampai kot sploh minit dah siap. tapi aku modified ikot cara aku la,letak nescafe. takdenya nak letak-letak vanilla ke bahan pewarna yang colorful segala sebab aku rasa tak best bila banyak kaler, lagipon ni doughnut la, bukan cupcakes.



ni j.co punya, doughnut aku punya mcm yg tiramisu tu la lepas di topping


sebenarnya aku bebel ni pon sebab nak ingatkan kat diri seniri, lain kali jangan nak menggatal tidur lewat-lewat petang pastu tak solat asar pulak, kena tipu lagi..yang penting jangan percaya bila mak aku kejut, kemungkinan time tu baru pukul 5pm, dia dah kata pukul7pm.


NotaKaki : best jugak buttercream nescafe, nescafe 3in1 tu bahaya tau, jgn amal selalu.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, November 26, 2010

Aku kaler hijau la bukannya kuning.

baiklah tetiba jerr rasa macam nak membebel. eleh tipu tiap kali pon mesty tetiba jerr kan, padahal otak tu dah nakal, memang bajet asyik nak kenakan orang jerr.


oh oh betoll tu, baiklah sayer nak cakap sikit yerr, semua orang ada aura. tak tahu aura tu ape, pegy tanya Abang Google.


kalau nak tahu jugak aura ni ada kaler-kaler tertentu yerr, setiap manusia ada yang sama kaler ada yang tak sama kaler depend la. kita buleh test seniri kita ni ada aura kaler apa. aku suggestkan kat sini korang boleh try product Aura Life, tak pon google ajerr nanti tau la. dorang ada bagi cara-caranya.





aku pernah try dan aku pon pengguna product Aura Life jugak. Aura Life ni sebenarnya adalah perfume, botol dia cinonet kocik ajerr, tapi harga buleh tahan la,orang kata harga buleh beli la.


jadi marilah kita lurus ke titik asal yerr. aku just nak cakap yang aku punya Aura kaler hijau dol, H.I.J.A.U tau. bukan kuning..di ulang bukan K.U.N.I.N.G. next time kalau nak tag ke, nak kaler muka aku ke, or nak highlight nama aku dalam belog kau sebab tak puas hati, eh opppsss keh keh keh..sila la guna kaler hijau ok. sebab..........


I LOVE GREEN COLOR.




keh keh keh...okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, November 24, 2010

Dari sakit hati, baik lupakan terus!



kali ni nak share satu doa. doa ni dah lama aku cari, tapi aku taktau keyword apa yang nak guna sebab dulu pernah jumpak dah, tapi lupa nak save pulak =.="


tapi sekarang dah jumpak balik, tu pon sebab Cik AkuTakBusuk yang super-duper rajen pegy tanya kat Encik Ahmad Goggle dia kan, dah tu Encik tersebut boleh pulak senang-senang bagi camtuh jerr kat dia.


nampak tak Encik Ahmad Google mengamalkan dasar pilih kasih yang melampau-lampau. nampak jerr amoi lengloi terus dia kasi! huff tak buleh jadik ni kena repot kat Jabatan Pencegah Rasuah lepas ni. siap ah ko Encik Ahmad Google!


oh, oh..sebelum tu meh meh kita baca surah ni, suka untuk saya ingatkan disini, sesapa yang berkeinginan nak melupakan seseorang yang istimewa dalam hidop dia, sangat-sangat la di nasihatkan untuk mengamalkan doa ni. doa ni ada step tau. ha korang buleh baca seniri kat bawah ni.


amalkan baca ayat 39 surah ar r'ad
(sambil tangan pegang kepala atau dada (hati) , lepas baca buang kan jauh2)






yang bermaksud:
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".


tenks a alot Cik AkuTakBusuk yang tak suka makan ayam (betol ke, tak busuk ntah? keh keh keh) . credit jugak dekat blueCITY sebab doa ni di amek dari belog beliau yang sangat kaya dengan informasi Islam. sila lah berkunjug ke sana.


NotaKaki : aku rasa bukan aku je kot yang nak doa ni, tak salah aku ramai lagi yang nak.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Mintak lempang sekupang.

baca : sedang dalam proses pemulihan.


tetiba je terasa macam nak mencantikkan belog ni, tapi still macam tu jugak kan, tak cantik-cantik pon. still searching for a new template. al maklum la nak buat seniri terasa malas la pulak..ceh, hakikatnya dulu masa amek html punya subjek asyik dok meniru jerr last-last, final main hafal jerk coding. well aku memang agak berkebolehan dalam bab-bab menghafal ni..ye sayer memang poyo!


minggu ni temanya minggu sentap 2. sebab tu la banyak entry yang agak-agak sewel aku buat. nak lepas kat mana lagi kalau bukan kat sini. kalau dulu boleh la sikit-sikit naik status kat fb. semua orang baca, lepas tu dorang pon sewel macam aku jugak main teka teki apa sebenarnya yang aku post tu. kalau la fb tu boleh bercakap, gamaknya dia mesti da suruh aku benti dari post status yang pelik-pelik. eh suka hati aku la, fb aku kot.


sebenarnya dah janji ngan Bintang Hati tanak dah buat entry-entry puitis. tapi memang betol pon kan mana ada i buat entry  puitis melainkan entry emo, maki-maki orang jerr kan..so jangan marah yerr Bintang Hati. sebenarnya i dah cuba nak jadi best balik but how eh? tak dapat serum lagi kot, ke aura you tak sampai kat i ni?


secebis pesanan kat Bintang Hati sayer, sayer sorry sangat-sangat, mood agak tunggang terbalik sekarang dan sayer sememangnya tak suka keadaan yang macam ni. sayer memang nak jadik best tapi tak buleh lagi la sekarang, if you notice, sayer dah cuba jadi best tapi diselang-selikan dengan ke-emo-an sayer. jadi best ni bukan buleh buat-buat, dia kena datang dari hati yang suci sukar dicari bersih macam iklan jenama pencuci Top kat tv tu.


caption : sebagai penyeri. lalala


eh, rasa macam nak buat satu entry khas yang diberi title "my dark side". bukan untuk nak mendedahkan hubungan scandal dengan orang kenamaan macam yang pihak tu buat. jauh sekali nak mempamerkan aksi dalam foto-foto dengan keadaan berpeluk-peluk atau bercuti di sebuah kediaman persendirian di negeri Pahang. oh tidak..tidak..sayer bukan artis atau pencipta kontroversi mahupon pengamal ilmu paranormal. jauh sekali selebriti tv yang mahu mencari populariti.


chop! pe kejadahnya yang aku dok bersayer-sayer dari tadi entah. nak kena tempeleng kot ni. baiklah sorry atas entry merapu. pasal "my dark side" tu nanti-nanti la aku pikir nak buat karangan yang macam mana. yang pasti bukan enrty pasal filem tak pecah panggung atau rambut bermotifkan corak mop di atas kepala.


okeh bai!


NotaKaki : kau rasa sweet like candyfloss tak dapat call pepagi, pastu dengar orang cakap, nanti I balik kita pegy tengok wayang...erk (?).
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Karier baruku yang sangat awesome!

hei sapa cakap aku jobless ha?


sila betulkan statement anda sekarang! haiip jangan tipu, nanti kena kerat tangan!


sebenarnya aku kat rumah ni bukan la duduk goyang kaki saja-saja, tak pon, celik jerr bijik mata, bangun terus online. oh tidak sama sekali yerr. im not that type of person. eventhough belom lagi dispesifikasikan jawatan yang dah aku sadang ni tapi aku teramatlah suka nak mencemar duli dengan menamakan jawatan yang aku pegang sekarang ni.


jawatan apa eh?


well jawatan ni namanya jawatan Penunggu. tak kesah la penunggu apa pon tapi penunggu gak la, bukan Penunggu Tasik Chini yerr.


hari-hari aku jadi penunggu. dah tu masyuk kot jadi penunggu ni. gaji dibayar mengikut belas ehsan majikan yerr adik-adik. kira jumlah pendapatan tu tak tetap la, tapi yang best pasai gaji ni, tetiap kali gaji tak kena potong kot. full je dia kasi. cash ok!


buleh la dari takde langsung ye tak? apa susah, makan , tidur, rumah provided kot. korang tak nak ke jadi macam ni? pergghh heaven kot! mesty korang dah boleh agak kan apa yang aku nak bebel ni.


sebenarnya tetiap hari aku jadi penungu kat banglo aku tu. yang majikan tu bapak aku la. bila siang jerr semua takde kat umah, kerja la sekolah la..jadi aku lerr terpaksa keseorangan kat banglo tu. tu yang aku leh jadi Penunggu Rumah.


baru-baru ni pulak pekerjaan aku dah advance. jadi penuggu kereta orang pulak. hehehe Angah datang tinggalkan keta dia kat rumah aku, so aku la yang jadi penunggu tu. besok pagi Incik Bmw pulak nak datang rumah tinggalkan lappy dia. huff jadi penunggu lappy pulak aku besok.


tapi takpa, aku tak kesah pon..bahagia apa dapat jadi penunggu, dari takde keja ada la jugak keja-nya. eh eh aku jadi penunggu keta ngan lappy tu ikhlas tau. tak amek upah pon, lain la jadi penunggu rumah..ada gaji tetap hiks.


aku google penunggu rumah yang comel then dia kuar gambar ni pulak.


sebenarnya aku pon taktau aku apa aku merepek ni. jangan nak marah-marah ek..yang korang pegy baca buat haper?keh keh keh!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, November 23, 2010

Thanks but no thanks.

pelik ah kau ni. kau dah tau kan yang aku tak suka benda tu yang kau bagi jugak apa hal? sengaja kan nak kasi aku bertambah emo yerk? kau suka eik tengok aku macam ni? kalau ye pon kau cuba nak tarik perhatian aku, please la weh cuba guna alternatif lain.


aku takkan layan kot benda-benda macam tu. gosh..penat kot macam ni. sumtimes kau cakap aku yang degil. yess aku admit aku memang degil, keras kepala, hati batu, segala la aku ni, tapi kan cuba sesekali kau muhasabah diri. kau pon apa kurangnnya kan..lebih kurang jerk macam aku jugak cuma bezanya kau tak express depan-depan.


sebab tu aku suka express apa aku rasa. kau seniri lebih tahu kot aku macam mana. aku tak suka nak panjangkan satu-satu hal tu. if possible aku nak terus settle, selesai time-time tu jugak. kau pulak lainkan, memang opposite habess dengan aku.


satu lagi kalau kau rasa nak tunggu, kau tunggu la sampai langit runtuh pon belom tentu aku nak mula balik. selalu pon memang aku takan mengalahkan. well kau lebih tahu semua tu. tak perlu kot aku nak jadi astro ulang tayang benda-benda ni semua.


satu jerr aku nak tau, apa yang tak kena ntah? seingat aku, aku cuba jadi yang terbaik. aku support kau bila kau down atau bila kau perlu someone aku sentiasa ada. tapi kau? 


well, all the best my dear! aku takan mengalah. kalau kau rasa nak teruk, aku boleh bagi seteruk mungkin, jangan kau ingat selama ni aku tak bertindak, aku diam then aku tak buleh la...hek kau silap kot. kita dah ada pengalaman beb! ingat aku boleh buat semua tu.


NotaKaki : you know me better, you know how bad i can be!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Product kedua yang sangat best.

chill baby chill,


walau tengah lost kontrol, tapi productive pulak aku malam ni, pencapaian yang sangat bombastik.


while browsing around tadi, tetiba jerk teringat nak buat entry pasal kesukaan aku sekarang ni, haper lagi GIMP la. kan semalam, baru dapat produce satu product so this time aku nak tunjuk hasil yang latest.


sila paham yerr aku budak baru belajar, amek galah tolong jolokkan..uiks macam songsang je pantun ni..err ah gasak la, ni bukan pertandingan pantun sedunia, tak penting pon, yang penting ni ha aku nak tayang karya aku kat sini. keh keh keh.. karya la sangat!



sebelom

selepas

nampak tak perbezaan sebelom dan selepas di-edit?


perghh hebat ann software GIMP ni. buleh buat gambar yang real jadi macam ni. ni memang aku buat sendiri. yang penting kena banyak ikot tutorial pastu banyak main ngan tools dia. sumpah best biler dapat  hasilkan sumthing yang diluar kotak pemikiran kita. duhh bahasa pon dah skema ni.


before aku post kat sini aku ada post kat FB dulu bagi sifu komen, well result positive beb! aku tak tau pulak yang member aku si Rahim pon pakai GIMP jugak. aku rasa dia mesti lagi terer ah, sebab tu aku tanya pendapat dia. lagi pon bukan senang-senang dia nak puji orang kot..ouch bangga setahun!


lepas ni nak try buat efek "HDR" macam yang sifu cakap. nak tengok awesome ke tak.


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

15 tu memang angka ganjil pon.

kenapa aku benci kau?
sebab kau tak pernah nak consider perasaan aku.


kenapa aku benci kau?
sebab kau pentingkan diri sendiri.


kenapa aku benci kau?
sebab kau dah tak tetap pendirian.


kenapa aku benci kau?
sebab kau selalu buat aku sakit.


kenapa aku benci kau?
sebab kau dah pernah mungkir janji.


kenapa aku benci kau?
sebab aku selalu rasa kau ignore aku.


kenapa aku benci kau?
sebab kau dah tak reti nak jaga aku.


kenapa aku benci kau?
sebab aku tak buleh cakap secara berdepan yang aku benci kau.


kenapa aku benci kau?
sebab kau lebih pentingkan orang lain dari aku.


kenapa aku benci kau?
sebab aku rasa kau memang dah berubah.


kenapa aku benci kau?
sebab kau dah tak macam yang aku kenal.


kenapa aku benci kau?
sebab aku rasa semua janji kau, dusta.


kenapa aku benci kau?
sebab aku memang sangat-sangat benci kau.


kenapa aku benci kau?
sebab aku manusia biasa, punya rasa benci.


kenapa aku benci kau?
sebab dah ditakdirkan aku nak benci kau.







NotaKaki : tangan aku tengah shaking ni.. tengah lost kontrol, because i hate you damn much.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Lagu indie memang terbaik ah!

salam seantero dunia!

aiseh mukadimah macam nak buat rancangan bual bicara diwaktu pagi pulak kan, eh sejak biler ntah aku tengok rancangan pepagi buta bangun pon dah tengah hari...tapi ann apa salahnya sekali sekala pinjam ayat-ayat stereotype dari pengacara-pengacara kat Malaysia ni, ye tak?? sila cakap.."yess Erin betol tuh!".


dan yess, malam ni pon awesome jugak macam semalam. sebab malam ni dinner kat pizza hut. duhh pizza je pon apa yang awesome sangat kan.. woooh haruslah awesome, sebab disaat perut aku tengah rancak memasang muzik indie non-stop, tetiba jerr adik aku offer dinner kat pizza, i was like.."oh biar betol?" "betol la cepat ah siap".he replied.


lagak cakap macam adik aku jerr nak belanjakan..tapi harus lah tidak, mesti la nak bapak aku yang bayarkan, mana best makan bayar duit senri takdak ummph kot! at first nak pegy pizza kat sunway sebab aku pikir itu jerr yang terdekat pon, then my mum cakap "eh pizza kat Raja Uda kan ada" compared to Sunway, Raja Uda lagi dekat la dengan rumah.


so haper lagik serang jerr ah pizza kat situ. 5 minutes je dah sampai. bersyukur giler. time kitorang sampai tu, memang customer tak ramai, tak full house pon. ni kalau kat sunway time-time macam ni giler ramai kot spesis-spesis zombiie tengah tunggu turn nak sedut pizza. dah tu mesty nak kena menunggu turn kita lagi..buang masa giler, padahal nak makan je pon.


dah kalau namanya pizza kan..mesti la jugak paling tidak, nak kena buang masa menuggu duatigaplohmenet before pizza sampai. kalau perut aku tak keluar lagu indie, aku tak kesah sangat nak tunggu sampai tigaplohjam sekalipon, tapi dah berbunyik ni, kira tahap gaban dah ni,



ada sebab kenapa aku buat gambar ni jadi cam ni.





datang jerr soup aku sebat dulu. ntah macam mana soup tu buleh abes sekelip mata..psstt aku rasa kan dorang sengaja serve soup tu sikit kat aku kot kehkehkeh..selalu tak pernah habess pon soup tuh.






then datang pulak Mocha Frappe ni, tapi pizza nya tetap tak kunjung tiba kan..dush-dush.






tunggu punya tunggu last-last Mocha aku dah nak habes, baru la pizza nak sampai!






yang hujung tu tangan aku kot..laju kan gerak, samapi cam tak leh capture.


ni adik aku yang choose, kami selalu mengalah ngan dia, pilih jerr apa yang dia nak as long as tak dak ayam, sebab mak aku tak makan ayam. this time more chessy seh..dah tu topping harus la chezzy pepperoni jerk sebab hawaiian ngan chicken confirm-confirm ada ayam!


sebenarnya satu slice pon dah kenyang kot, tu pon dah cukup buat aku rasa perut ni dah berboyot macam sembilan bulan..perrgghh kenyang giler. tadi sebelum hadap muka dah macam polong kena gatung kot aku tapi tetap maintain ayu seh sebab waiter yang amek order hensem!


kehkehkeh..ok ok aku tipu ja part waiter hensem! tak dak yang hensem pon!


out of topic jap. aku rasa ada orang tu tak senang duduk kot sebab dia ada buat sumthing yang aku rasa macam pelik jerr tadi, well tak kesah ah, bukan aku cari pasal kot..eh Bintang Hati tomorrow macam nak tengok H P la, and yess about orang tu kan, I dunno macam mana I buleh bertahan dengan dia selama ni. bagi nasehat plissh!


okeh bai!


NotaKaki : dah balik tapi still ada meeting lagik, so how la nak tengok wayang macam ni.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, November 22, 2010

First time bawak auto.

ouch teruja.


teruja sebab dapat parking keta kot tadi. miahaha. bukan haper, ni pestime kot bawak keta auto. kalau setakat nak drift keta manual tu memang tak dak hal memang lunyai aku keja kan. tapi kta auto ni duhh nebes kot.


sumpah cakap aku memang tak pernah sentuh keta jenis auto langsung. sepanjang-panjang tiga tahun ni aku dah cukup-cukp selesa ngan manual, jadi bila tetiba nak kena bawak auto ni dia punya cuak tu lain macam sikit


puhffftt...tarek nafas lega, naseb baik adik aku ada, eventhough umur dia baru 14 years old tapi ilmu dia tentang segala jenis keta ni memang superb habess ah. tadi dia yang guide aku. huff dengan sedikit kepakaran membawa keta-keta sebelum ni aku berjaya jugak handle keta auto tu.


eh eh lupa nak cakap. keta auto tu keta Angah si Wani punya, dorang datang all the way from Perlis nak  parking kat rumah aku kejap dorang semua dah naik Tanah Tinggi Cameron sebab nak hantar Wani buat praktikal.


actually datang dari Perlis dengan dua bijik keta tapi yang naik pegy Cameron tu sebijik ja. yang lagi sebijik tu la yang sedang di-parking-kan kat rumah aku. well lagi pon keta tu nanti dorang nak bawak pegy Georgetown pulak so sebab tu lah dorang tumpang parking jap.tak kesah la, rumah aku ruang besar kot. nak letak lorry kambing pon muat apa.


miahahah kepada sesapa yang meragui kebolehan aku nak bawak auto, sila lah buang keraguan anda secepat mungkin sebab sekarang aku dah terer bawak auto...cishh padahal baru sekali kot bawak..dah memandai nak kata terer.


okok aku tipu ja bab terer auto tu, manual ok la.


jap lupa pulak nak wishkan kat my beb ni. hari ni first day start buat praktikal kan..so beb, i wish u enjoy ngan enviroment kat sana, perform well kat sana, jangan ingat nak berfoya-foya ja, buat la keja anda dengan sepenuh hati, jaga diri, makan stroberri jangan lupa bawak turun kat i sekali..emm ha jangan lupa nanti amek i yeer..i followw taww !!






okeh babai!



NotaKaki : my dear kereta busuk dah nak masuk ward petang ni..get well soon dear!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Ber-experimentasi sampai ke pagi!

04.49 a.m





sumpah bonggek!!


berhari-hari aku belajar nak buat benda ni, last-last dapat jugak buat header yang transparent. punya la banyak giler tutorial melayu yang aku pulun last-last tutorial penjajah jugak yang simple.


well ni baru permulaan, sebab tu nmpak simple jerr, buley la dari tak dak langsungkan..acctually header kat atas ni memang hundred percent transparent. if aku guna background gelap baru la nmpak kontra dia. header ni aku buat pakai software GIMP (click here) which is free to download compared to adobe photoshop.


aku dah banyak kali try nak download adobe tapi susah ah. ntah macam mana time bw, aku jumpa software ni. tapi tu ah menguji ketabahan kot time nak belajar seketul-seketul benda alah ni. dah la aku ni buta seni. kekadang nak mengamuk kot bila try tak jadi, mujurlah aku ni spesis yang berdarah tabah.


baru jerr hari ni aku dah gibab nak guna GIMP, siap dah tempah kat member aku nak pinjam sofware adobe dia, last-last menjadik jugak benda ni. kiranya babai adobe, haihai GIMP la ni. aku pon dah malas nak guna adobe. dulu aku ada adobe, sekali hari tu pegy format habess licin semua software aku. bukan ape, complicated kot nak guna dia. GIMP ni taktau lagi la nak kata macam mana. tapi banyak orang cakap sofware ni senang handle, hampir sama macam adobe, tapi takdak la se-power adobe tu.


senang-tak-senang, berhari-hari jugak la aku belajar pon. ni dah jadi kira lepas ah beban aku.  ingat pasni nak try main-main ngan software ni dulu la. kalau senang handle, aku stick terus pakai benda ni jerr tak payah dah pakai adobe.


untuk header kat atas ni aku pakai dua software. Photoscape ngan GIMP. untuk lebar header aku pakai size yang Adobe punya software pakai..ala tak kesah la size tu buleh adjust senirik.


software GIMP aku guna untuk nak transprent-kan gambar, Photoscape pulak just nak buat tulisan. acctually dekat GIMP pon buleh buat tulisan tu, tapi aku tak study lagi la cara nak buat tulisan dekat GIMP =.=".


hakhakhak..dah buley tidoq dengan lena malam pagi ni. besok buleh berexperimentasi touch-up yang mana patot.


okeh babai!


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saya tak demam, saya kurang imune la!

baca : mood sedang elok, tapi ada sikt selsema...hakkchoommm!!!

aduh..macam ni la orang yang imune system dia tak berapa nak ok, sikit-sikit hakchomm sini, sikit-sikit hakchoomm sana, buleh dikatakan setiap minggu mesti kena hakchoomm besar-besaran la. letih ooo macam ni, kalau hakchoom saja tak pa jugak, ni sekali datang dengan package sakit kepala kot, dah macam barang kat Watson pulak..buy one, free one..sigh T___________T.


just nak cakap yang today was awessooomeee! well hari-hari lain pon awesome jugak, tapi hari ni ...



awesome kuasa dua + marbeless sikit = pantasticabombastikkk!




sebabnya, hari ni for the first time dalam riwayat sejarah hidop aku pegy JJ sambil bawak handkerchief. yerr handkerchief ok..bukan tissue muka, bukan tissue hinggus bukan jugak tissue taik mata jauh sekali tissue clean & clear.


oh perasaan sangat-sangat best bila berjalan sambil bawak handkrchief yang agak sama kaler dengan baju pastu hakchoomm sana-sini sampai kengkawan naik simpati.."eh erin kesiannya demam yerr" "muka pon dah macam orang sakit..blablablabla..."


sila betolkan statement anda yerr kengkawan, sayer tak saket okeh..cuma kurang imune jerr. dan sila tolong jangan suruh sayer makan ubat, jangan tanya kenapa..sensetive oooiii!!


sumpah best! yerr ah tak pernah-pernah kot demam-demam..eh maksud aku,time aku kurang imune aku pegy berjalan sana-sini, snap gambar berkeping-keping, lepak-lepak kat popular konon-konon nak beli buku padahal eksyen je kat situ, pastu pegy minum-minum kat A&W. lepak-lepak sekali lagi kat kerusi awam sambil snap gambar, pastu tawaf dari bawah ke atas JJ tu, cuma TGV jerr tak sempat masuk,  last sekali pegy Big Apple tapao-kan half dozen of doughnuts for my family.



oh apalah A&W tanpa root beer-nya kan?



got any idea? actually ni adalah makanan ringan-ringan yerr hiks.



sroottt Tini khusyuk



ni lagi huduh perangai dia, siap cari-cari eskrim dalam tu



baiklah, sila paham ini adalah lakonan semata-mata.




Mira suka betoll dia yerr shopping tak ingat dunia



aku jugak yang terer snap gambarkan



budak yang kat hujung tu memang tak reti diam tangan dia



dari form two sampai sekarang maseh lagik sama


Yana & Mira



Big Apple doughnuts for my family, yerr ada dua ketul alien kat situ


well aku ngan Tini pegy sama-sama, Mira ngan Yana pulak pegy sekali. at first aku ngat tini yang nak bawak aku, tapi last-last aku pulak yang kena bawak dia..duuhhh naseb baik la kau tu Tini kalau la kau tu Mira ke Yana ke..takde nya aku nak bawak kau. papehal pon terima kaseh yerr atas kenderaan kamu yang awesoomee tu Tini..love it!


masa aku ngan Tini dah nak balik, Mira ngan Yana still lagi merayau-rayau cari barang. mak datok bebudak nih, tak pernah tau istilah lenguh kaki kot, ke dorang memang tak tau rasa lenguh tu macam mana..haiihh =.="
heran aku.


hujung minggu yang sangat awesome dah lepas. next, tunggu si Incik pulak balik..then buleh shopping-shopping and tengok wayang pulak...oh oh lupa nak cakap sayer memang giler sikit dengan wayang. sila jangan geleng kepala sebab ini memang tabiat yang sangat susah untuk diluruskan.


oh oh oh..my beb dah sampai Cameron Highland tadi. dia suruh doakan semuanya berjalan dengan lancar. well beb, of course la I akan doakan U. dun worry keh..berpraktikal lah dengan bersungguh-sungguh dan sila jangan rindukan sayer ok!



ni gambar bulan biler ntah, masa ni hangout ngan beb masa dia datang visit I kat Penang. style giler, beli tapao 2 ketul doughnuts Big Apple pastu makan kat Mc D, sebab tu ada dua mangkuk Mc Flurry kat situ


about the previous post pulak..still the same. aku dah say sorry semalam, tapi still tak dak respond. disebabkan aku terlalu memahami, aku rasa baik aku diam jerr. lagipon aku percaya time will heal kan?


lagi pon tadi Si Bintang Hati yang selalu best tu dah kasi warning pasal post tu. memang tak best pon. my bad. Oh Bintang Hati akan ku turuti kehendakmu. Sila beri tunjuk ajar ok?


oh oh ada lagi seketul gambar la kat bawah ni...


oh yang ni tak buleh blah, dah snap gambar time2 tu jugak basuh kat kedai foto.


okeh babai!



NotaKaki : nak tengok Harry Potter nih..oh Incik cepat la balik!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, November 21, 2010

Banyak sangat kadang-kadang dalam hidup ni.

baca : emosi tidak stabil.






aku tak paham kenapa. kadang-kadang aku rasa akulah orang yang paling memahami dia. kadang-kadang aku rasa aku jugak la orang yang tak tahu apa-apa tentang diri dia.


mungkin terlalu memahami sampai aku sendiri tak paham apa yang cuba disampaikannnya. keliru. selalu aku cuba merasai segala deria yang ada untuk memahami dia. bukan mudah. hanya dengan gerak hati untuk  memahami isi hati dia.


sumpah kadang-kadang aku rasa, salah seorang dari kami memang sewel. atas nama untuk menjaga hati dan hubungan, bermacam-macam yang kami lakukan terutama sekali untuk menggelak pertelingkahan. sering kali ucapan maaf menjadi taruhan andai dia atau aku mengguris perasaan salah seorang dari kami.


dia jugak begitu. aku tahu kadang-kadang perangai aku seringkali mengundang resahnya. tapi dia tidak jemu mencuba memahami selagi batas asanya masih boleh mengikut rentak dan permainanku.


hari ini, disini dan saat ini segalanya telah berubah. aku dan dia jauh terpisah. mungkin itu terbaik untuk kami. walau begitu terus berhubungan. dan tentu saja pasti sesekali wujud pertelingkahan. punca?. entah sukar untuk menjawab soalan yang selalu terawang-awang di minda.


kadang-kadang, perkara yang sekecil zarah mampu mengundang rajuk dihatinya. aku tak salahkan dia sebab terlalu memahami maka aku sedaya upayaku cuba memujuknya. aku jugak begitu kadang-kadang tanpa sebab yang nyata boleh mengundang marahku pada dia.


dan akhirnya seperti biasa ungkapan maaf pasti menjadi orang tengah menyatukan kembali hubungan aku dan dia. aku mengaku jika dibandingkan aku dengan dia, aku lah yang paling ego. sukar untuk menutur kata maaf, setiap kali jugak aku cuba memperbaiki diri, merendahkan ego ku kerana aku tahu aku jugak bukan manusia sempurna sering terkhilaf dalam perbuatanku.


dear,


its hard for me to say this but i'm sorry if i did wrong to you. did not mean to hurt you by my words or action.



NotaKaki : entry ni sebenarnya entry emo..ntah macam mana leh jadi ala-ala puitis ntah. T_____T
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, November 19, 2010

Fenomena Opick.

malam ni..eh malam lagi ke? dah pagi kot, masa aku tengah update ni jam dah 12.22 a.m, mengikut putaran waktu Pulau Pinang. so kita kira pagi je la.


sekarang ni aku tengah giler sakan dengan lagu Rapuh nyanyian Opick. sebenarnya aku tak berapa kenal sangat si Opick ni. before ni langsung aku tak pernah dengar lagu-lagu dari dia, panjang kata, memang aku zero habes la ngan insan yang bernama Opick.


yang buat aku tangkap cintan ngan lagu ni, sebab secara kebetulan aku tertengok satu drama ni kat tv. dah tu pulak sikit-sikit asyik dok main lagu ni jerr, sepanjang dua jam tengok drama tu, memang telinga aku ni dah naik kematu la asyik dengar lagu tu. pastu kemain lagi siap mulut pon dah terikut-ikut nyanyi sekali. haa magic kan? baru first time dengar dah buleh ikot nyanyi.


teringat jugak nak google time tu, tapi masalahnya aku tak tau tajuk apa. nak tanak kena la tunggu sampai habes drama, semata-mata nak tengok ost apa yang dorang pakai. naseb baik la drama tu pon sedap jugak jalan citernya, so sepanjang dua jam tu tak de la aku bosan nak tunggu citer tu sampai habes.


habes jerr citer tu, dengan segala kerakusan yang ada, aku pon hape lagi terus la google pastu download. dengan lirik lagu pon aku google sama. ye ah, nama pon nak karox kan..aku pon nak jugak segandingan ngan si Opick tu, mana buley dia nyanyi sorang-sorang jerr.


sekarang ni, bila on je lappy, mesti lagu tu yang terpasang. katakanlah kalau sehari aku online 8 jam, maka 8 jam tu lah lagu yang sama akan terpasang. memang aku dah set lagu tu jerr. aku ni pelik sikit biler obsess dengar sesuatu lagu tu, memang aku akan pasang sampai berdarah telinga la.


yang buat best lagi tu kan..ada la sorang member ni, dia pon minat jugak lagu-lagu Opick, kitorang siap discuss lagi kat FB pasal benda ni. wah tak sangka si budak AkuTakBusuk pon minat rupanya.


semua lagu dia best, lirik pon mak aiih memang indah dan haruslah memuji tuhan jerr. bak kata member si AkuTakBusuk tu, kalau dalam drama mesti dorang bagi kita dengar part-part yang best jerr, nak dengar full song wajiblah kena google seniri. tapi tak pe, bahagia apa, dapat google sendiri kan.


pernah dengar lagu Ketika Cinta nyanyian Siti Nurhaliza tak? kalau nak tau Opick la pencipta lagu tuh, patot la aku dengar best semacam jerr, lagu tu pon pernah jadi fenomena kot kat aku. semua pon dah tau kan yang Ketika Cinta tu lagu dari filem Perempuan Berkalung Sorban, filem Indonesia tu banyak kontroversi, dan tak ditayangkan kat Malaysia ni. jangan tanya kenapa. pegy tengok seniri citer tu kat youtube, pastu buat ulasan seniri. aku dah tengok. aku ok jerr. walaupon ada part-part yang kurang ok..tapi,aku tetap ok jerr.masing-masing punya pandangan haruslah tak sama.






sebenarnya aku nak bagitau yang lagu Ketika Cinta ni ada dua versi satu Siti and satu lagi Opick. Opick nyanyi lagu yang sama jugak tapi tajuk jerr lain dia pakai tajuk Ketika Cinta Memanggil. buleh la dengar perbezaan dorang. ada yang cakap Siti bawak lagu ni best ada pulak yang cakap Opick nyanyi lagi sedap sebab macam ada "roh". ha jangan tanya aku roh tu macam mana. aku ni manusia lagi, kalau nak tau sangat boleh la pegy tanya sapa-sapa yang nama dia Rohani ke Rohana ke ha mungkin dorang buleh jawab kot sebab nama dorangkan ada "roh".


untuk tidak mengecewakan semua peminat yang selalu buat spekulasi sapa bagus, sapa best kan..Siti ngan Opick ada la berduet nyanyi lagu yang sama jugak. dorang letak tajuk Ketika Cinta jugak. haa part ni sumpah best boleh la korang nilai puas-puas nyanyian dorang.






jom tanak dah aku sembang pasal Ketika Cinta tu, dah lama kot. meh aku nak share lirik lagu Rapuh ni, ehsan dari sedara Google.


Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh
 
detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan



seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

kupersembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup



meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta



detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu


kalau nak real korang buleh la download senirikan lagu Rapuh ni, tak payah ajar kot, readers semua kan dah terer.

okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, November 16, 2010

Yayy baju raya dah siap!

jom update pasal raya pulak eh.


so tomoro dah raya..sewiyously, macam tak raya pon ada kan..apa yang best bila sebut pasal raya ni? tak de yang best melainkan mendapat sepasang atau dua, tiga pasang baju raya. tapi melampau la kan, raya haji pon nak berpasang-pasang baju baru..sepasang is more than enough, i guess.


selalunya aku takde la galak sangat nak berbaju baru, cuma this time, secara kebetulan baju raya yang tak siap masa raya puasa yang lepas ada, dah tu baru jerr disudahjahitkan oleh puan emak yang sangat comel. baju aku tak siap hari tu gara-gara si tukang tailor salah gunting. dia cakap kain tak cukup. hey hello 2 meter untuk buat baju tu sangat cukup okeh. alah macam la aku tak tau..dia salah potong kain sebenarnya. tak pe aku maafkan dia. sumpah ah lepas ni tak de ah aku nak upah-upah kat tailor dah.


sewiyously jugak aku memeng hundred and ten percent tak percaya dah kat tailor. dah la first time upah kot, sebab sebelum ni aku lebih senang beli yang siap dah kat butik jerr, senang dah beli terus pakai tak payah tunggu-tunggu, leceh la. hehehe sebenarnya nak cakap aku ni mana la mampu nak upah segala,mahal weh upah. ala beli kat butik senang kot, harga baru seratus, dua ratus...murah kot..dah tu boleh dapat baju yang cantik siap sulam, kerawang,manik-manik segala. memang puas hati la.


dipendekkan cerita,sambil guling-guling hentak kepala kat dinding, aku paksa mak aku suruh beliau menyudahkan jahitan tu, sebab aku tanak upah tailor dah. naseb baik la beliau memahami gejolak perasaan dihati..kalau tak aku rela jerr biar kain tu kat situ, tak payah kasi orang upah. tak sakit hati.


dan hari ni dengan bangganya aku dah boleh melaungkan kat dunia yang baju raya aku dah siap! yayy dah siap weh..besok balik kampung, boleh tayang kat orang kampung! macam la baju aku tu best sangat kan..nak tayang segala. tak kesah la janji bertukar jugak. kau ade?


eh eh..nak cakap jugak kat abang yang comel ni, yang baju Erin dah siap weh, tak payah risau keh, meleleh air mata kot kalau tengok besok.


ni semperna raya haji jugak, Gadis Kampung dengan rajinnya membuat kad ucapan hari raya yang sangat kreatif. tu pon dia jerit kat kotak jerit sebelah ni suruh gi amek, aku dah amek petang tadi. tapi malam ni pulak yang baru updatenya. awak tak kesahkan wahai Gadis Kampung yang comel? hiks..well, million tengs to her. sangat chun!




apa lagi ek?


oh ya...aku tak buat ucapan hari raya lagi ni. so kepada semua umat Islam diseluruh dunia, kawan-kawan, kesayangan (s), kepada family yang terchenta, family angkat, sayer ucapkan selamat menyambut hari raya korban yerr. akhir kata dari sayer..lakukanlah pengorbanan seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang pembalasan dan majulah sukan untuk negara.


sekian.


NotaKaki : beb kain yang you beli kat I tu, tengah dalam proses nak disiapkan. dun worry dah siap nanti I'll let you know.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Kenapa aku ngan ikan tak buley jadik kawan?

al kesahnya bukan aku tanak kawan ngan ikan. dah ikan tu yang tanak mesra-mesra ngan aku. sapa suruh buat aku marah.

 adakah aku sedang bercakap pasal ikan?

yerr aku cakap pasal ikan la ni..ala ikan yang kau kunyah-kunyah tetiap hari, yang kau buat lauk makan tengah hari, makan petang, makan malam..dan segala jenis makan lagi la.

baru-baru ni, aku dalam proses nak mengunyah ikan sebagai santapan kepada makanan tengah hari aku, sedang best-best layan kunyah..tetiba aku dikejutkan dengan rasa yang tak selesa kat anak tekak aku.

dengan serta merta otak cuba mentafsirkan impulse yang dihantar oleh segala jenis nerve. dan akhirnya dengan sekali tafsiran..aku dah dapat jawapan. oh yess tekak aku dah tersangkut ngan tubuh badan ikan..eyuckk. kau paham tak?

dalam bahasa yang lebih mudah, aku tercekik ikan. bukan tulang ikan yerr. tapi ikan..i mean the whole body ikan tuh okeh!

well aku pelik ah yang aku ngap tu ikan bilis je pon, tah celah mana dia masuk sampai tercekik tekak aku, sakit weh...dengan kepakaran yang masih belum di-Sirim-kan aku pon cuba-cuba la kepal nasi seketul pastu telan...sumpah tak jadi, tak lepas pon.

dengan tidak putus asa aku cuba buat satu lagi cara. kali ni agak teruk. paksa muntah. ala yang selalu orang-orang anorexia buat tu. jolok-jolok kerongkong pastu muntahkan balik makanan. serius banggang. dah la susah nak termuntah tu, pastu seksa kot tiap kali aku jolok-jolok kerongkong..urggh rasa yang sumpah sucks. ada la dua kali muntah...tapi ikan tu tak lepas jugak.

sudahnya malam tu terpaksa ah tidur dalam keadaan tak selesa. ntah macam mana time tengah corner baring tu tetiba aku rasa tekak aku dah pulih..dah tak sesak, dah tak sakit. jangan tanya aku macam mana benda alah tu lepas. aku tak tau.

well disebabkan perkara tu la yang membuatkan aku sampai sekarang tak buleh nak berkawan ngan ikan..sebab tu la aku tak makan ikan..ceh tipu jerr.

acctually aku tak makan ikan sebab err err err...sebab tsunami punya kes dulu la. tapi citer aku tercekik ikan bilis ni betol la..cuma reason tu ja yang terpesong sikit..ala dalam hidop mana buley jujur sangat!


nampak tak..over betol ikan ni!

NotaKaki : adik aku pernah masuk hospital seminggu gara-gara tercekik tulang ikan. aku tak mo jadik cam dia..so mintak maaf eh ikan aku tanak kawan ngan kau.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Cerita panas tu ke?

oh my...


terkejut dan sangat terkejut macam nak lari laju-laju pastu sorokkan muka dalam microwave (?). boleh gitu?. tak payah kot aku ulas pasal benda tu kat sini. rasanya reader[s] pon dah boley agak citer tentang apa kan. ye la semua orang kan bijak-bijak belaka dah makin laju, dah makin bergerak pantas, dah makin bemulut pedas..so buat apa la aku nak review pasal story panas tu kan. sendiri mau tau la.



okeh enough for that.



well semalam aku ada cakap nak tonton wayang kan..acctually tak jadi pon. sebab kekurangan masa. tetiba pulak adik aku yang selalu sekolah time petang tukar jadual kena pegy sekolah time pagi pulak. so ape relate-nya wayang dengan adik aku kan? bukan aku nak tengok ngan dia pon kan..



relate-nya disini ye adik-adik sekelian....kat rumah aku ni siang-siang hari seketul makhluk tuhan pon takda melainkan aku sorang jerr yang terconggok setiap hari menjadi Penunggu Tasik Chini rumah. kebetulan hari ni adik aku abes sekolah pukul 1.20 p.m..bajet nak sampai rumah lagi, ada la dalam 40 minutes.



aku pulak kalau betol nak tengok wayang kena la dalam pukul 2 dah keluar rumah..tapi mustahil la kan..adik aku cemana? cemana dia nak masuk rumah kalau aku takde, dah la dia tak bawak kunci spare,if dia bawak sekali pon dah tentu-tentu aku takan pegy jugak.



ye la..kesian pulak dia tinggal kat rumah sorang-sorang. tak sampai hati T________T. ceh bajet macam kakak mithali pulak..berkorban tak tengok wayang demi adik terchenta...erk (?)


so adik, sila la bangga dengan aku okeh. diulang..sila bangga dengan aku.. sanggup demi kau, aku tak tengok wayang hari ni..eh ape ni bunyik macam tak ikhlas jerr..oh ikhlas..mana buley tak ikhlas, adik aku sorang je kot..takpe adik, nanti aku belikan kau J.CO lagi eh (?)..pergh punah duit aku...ehem ehem. opps .ikhlas ni ikhlas....


stengah dozen




Incik Bmw pulak petang ni nak kena balik kampung. ye la lagi dua hari kan dah raya mebi dia nak tolong atok ngan nenek dia kat kampung kot, before parent dia sampai. well the truth is ugly aku tak kesah sangat pon. seminggu je dia kat kampung lepas tu dah nak kena datang Penang balik, setup final year project dia.



sebab tu aku tak kesah sangat, banyak masa lagi kan..ha dia pon lambat lagi kot nak balik Putrajaya. ntah-ntah tak balik langsung gamaknya. ikot dia la.



oppsss yah ada lagi satu benda la.



kepada Incik-Incik lembu kat luar sana yerr di harap anda semua menjaga diri dengan sebaik mungkin yerr, di harap bersabar dengan penantian ini, lagi satu hari jerr. sayer tahu penantian satu penyiksaan..harap bersabar jugak keh, agak-agak dah tak buleh nak sabar sangat, layan la lagu Penantian, Blackrose..giler leleh gua cakap lu!




okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, November 15, 2010

Dah sampai seratus pon, versi bangga tak ingat!

12.34 a.m.

yapp jam dah pon masuk waktu tengah malam. tapi biasa la sejak dah tak ke sekolah ni, makin hari makin lewat pulak tidur, dah tuh nak bangun pon kadang-kadang macam susah aje, err maksud aku kat sini bukan aku yang tanak bangun, tapi tu lah..bantal-bantal, tilam, serta beberapa ekor beruang peliharaan macam tak puas jerr nak bermanja ngan tuan dia yang comel ni. so nak tanak, terpaksa, terpaksa okeh...aku terpaksa la menurut kemahuan dorang, untuk tidur barang sejam dua sebelum matahari tegak di kepala.


patotnya hari ni aku dah pegy tengok wayang ngan Incik Bmw sebagai tanda beliau dah abes paper..tapi all of sudden aku terpaksa cancel our date bicosh aku ada hal, lagi pon hari ni kan sunday, aku rasa setiap hari ahad aku patot ada kat rumah, walaupon setiap hari macam hari ahad (bagi aku)..tapi still tak sama sebab hari ahad je(tu pon kadang-kadang) baru dapat tengok muka abah aku.


jadi wayangnya ditunda besok (hari ni) la, before Incik Bmw balik kampung dan seterusnya merayakan hari raya korban bersama sanak saudaranya yang terchenta..oh crap, pesal ayat aku skema maut semacam jerr ni..



oh ya satu lagi, pesal tah lately ni aku rasa semacam jerr, macam life aku yang seronok dah berakhir..pikir punya pikir..last-last baru aku tau. masalahnya aku dah tak keluar mana-mana. jumpak matahari pon sekali seminggu, the rest aku banyak spent masa kat dalam rumah, online sampai lebam!



teruk kan hidup macam ni..macam penagih, yerr ketagih pada internet. dah tu mula la meroyan sorang-sorang. hope time-time kriktikal macam cepat la blah dalam hidup aku. tak best kau tau tak?tak best! ish bukan ke bagus kalau sekolah bukak sampai bulan doblas, tak de la hidup aku sekarang ni macam penagih tak bertauliah.


bercakap pasal sekolah..oh oh dan oh aku sangat rindukan dorang, budak-budak yang selalu menceriakan hidup aku dan selalu buat aku rasa best. sampai satu tahap tu aku rasa macam dah tak mau further study sebab aku suka, aku cinta, aku ketagih, aku gian nak membebel kat depan budak-budak tu. kalau aku jadi student, of course la aku pulak yang kena bebel..uish tak sukenya!




hiks..kenyataan berani maut seh, kalau la budak-budak tu tau perangai buruk aku ni, confirm jatuh saham eden ni..keh keh keh..kat sekola sebok-sebok jerr  aku suruh dorang study hard sampai masuk unibersiti..padahal aku seniri pon malas nak study..takpe, cikgu dah pandai tak belajar pon takpe. cesh shadap Erin..lempang kang cacat sploh taun!

mamamia..lupa pulak aku nak update story pasal My Betmen. acctually aku pon dah terlupa yang tomoro Betmen dah start keja. tu pon dia call bagitau, maksud aku keja idaman dia (mebi). sesuai dengan qualification dia. hari tu dia ada bagitau WestPort hire untuk position apa ntah, tapi aku lupa laa..adeh tak kesah la position apa pon janji dia keja sudah.


ada nampak apa-apa yang macam Betmen tak?

well Betmen selamat mula bekerja yerr..jangan nakal-nakal..jangan main mata (?), jangan buas-buas..bekerjalah dengan bersungguh-sungguh..jadilah pekerja contoh..sayer bangga punya Betmen seperti awak..yerr sayer amat bangga.

ah cramp tangan!


dia adalah lagenda pelari pecut negara..err maksud aku akan datang la

ha My Beb pulak, aku tak pasti apekah motif beliau ke Kolompo semula. ntah tak tanya pon. agak pelik. dah dia tak story, takan aku nak terjah..agak kurang sopan disitu yerr. cuma yang menambahkan kepelikkan di sanubari aku..pesal dia macam rushing ajer. okeh first day dia sampai Kangar waktu pagi. and then petang tu dah bertolak ke Penang. esoknya she spent her day with me..the next day pon macam tu jugak, sampai la petang tu aku hantar dia ke Georgetown semula. so the day after aku hantar dia ke Georgetown she went back to her hometown, aku tak tau pukul berapa dia sampai..malam tu baru teringat nak text dia..tuptuptup dia bagitau dia baru sampai KL..pergh..giler la dia..marathon pusing Malaysia ape dia ni?


Princess pulak. dia ada call aku.oh oh dan oh sekali lagi. sangat rindukan dia. part yang paling rindu nak dengar ketawa dia yang bunyi keh keh keh tu sekali ngan reaction muka dan disusuli pergerakkan body dia..haa dia sorang jerr buley buat ni, aku ngan Betmen dari dulu lagi tiru tapi tak menjadik, last-last kitorang gibab kot.


dua orang makhluk tuhan paling comel..oh bangga!


oh princess awak sangat best! sentiasa buat sayer ketawa bila kita berbicara..okeh jangan salah paham, ni adalah ayat manje-manje gedik, tiada kena-mengena ngan sapa-sapa yang sudah meninggal. harap maklum.



ni pulak muka tadah penampar..



dah la malas nak mengarut dah, jumpe lagik di hari-hari esok...

NotaKaki : memang takde kena mengena ngan seratus pon. satu gi, entry ni aku type semalam..so hari ni baru publish.

tata!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, November 12, 2010

Kucar Kacir Kehidupan.

hello hello hello...

sepatotnya sekarang ni aku sedang mengalami tekanan emosi yang turun naik tak menentu, dan entry ni pulak berkemungkinan besar akan menjadi entry beremosi kuasa kuda, terserah kepada anda untuk menadakannya.

sepanjang minggu ni aku mengaku agak kurang berinteraksi kat sini tapi aku selalu je BW..ntah kadang rasa malas sangat nak update. so jangan salahkan aku, sebab aku memang tak bersalah, salah kan Incik Malas yee sebab dia la aku tak update.

baik, mari kita ke segmen seterusnya iaitu segmen EMO tak sudah bersama Cikgu Erin. dalam segmen ni segala ke-emo-an buley la diluahkan disini..dan keutamaan hanya diberikan kepada tuan empunya belog aje yee.

tanpa membuang masa lagi, perkara emo pertama yang ingin aku luahkan kat sini ialah..kejadian pagi tadi dan sebab yang memaksa aku untuk sampai ke sekolah tempat aku mengajar dulu. yerr saya dah tamat tempoh bertugas di sk penaga.

pagi tadi, time aku tengah layan tido bersama beberapa ekor beruang peliharaan yang manja, tetiba jerr ada pekikkan dari handphone aku. tengok number, confirm tak kenal, kalau tak kenal selalunya aku tak angkat, tapi disebabkan number ni macam number talian tetap, so aku angkat je la..dengan suara yang cover macho, tak nak pemanggil detect aku baru bangun tidur. aku pon menjawab "hello?".

lepas dah abeh bercakap, baru la aku tau yang call aku tu kerani sekolah lama tempat kerja aku. dia suruh datang sekolah hari ni, nak sign hape tah, tu tak kesah la yang aku benggang tu ada satu benda dia cakap aku nak kena meet satu cikgu ni which is dulu aku handle kelas dia. dia nak tanya pasal student yang dah bayar yuran.

dah tu kerani tu siap bagi arahan kot nak suruh aku pegy cari cikgu tu and explain pasal benda ni. hei hello!! before aku blah dulu bukan ke aku dah bagitau kau, yang aku dah masukkan nama dorang dalam register book? time tu kau tengah buat hape ntah..dok begelek dangdut kot?

ingat senang-senang nak suruh aku pegy cari cikgu tu and then explain pasal benda simple macam ni? kau tu kerani kot..tugas kau kot yang nak kena pegy cari-cari cikgu semua ni, kerja aku dah setel abeh before aku blah dulu. tu la dulu orang bagitau..main angguk je ni sekali dah jadi macam ni baru nak buat kalut.

so dengan lambat-lambat aku pon bangun mandi. then online kejap pastu baru pegy sekolah. time tengah drive nak pegy sekolah lagi worse, dah la semalamnya aku tido lambat..tak buley tido. padahnya masa dalam keta mata aku pon asyik nak terpejam aje. dalam hati memang aku menyumpah sakan la..nak pegy sekolah tu sikit punya jauh kot. tahukah kerani tu yang aku sangat mengatuk time aku drive keta tadi?

then dan sampai terus aku ke pejabat. sign paper ape ntah. ingatkan dah buley blah. si kerani tu tahan aku kejap nak suruh aku tunjukkan mana nama yang aku dah masukkan dalam register book tu. ni sekali lagi mendatangkan kemarahan aku, sebabnya tadi dalam telefon aku dah bagitau kot. tahukah kerani tu yang aku tak suka ulang benda dua kali?

after dah setel semua terus aku turun then singgah sekejap kat kelas member aku Cikgu Siti ada la bergossip dalam setengah jam cam tuh, aku tak buley lama-lama sebab nanti time budak-budak dah nak balik lagi worse sebab jem. so aku blah setengah jam before abes time sekolah.

jadi kesudahannya aku balik rumah terus tidur ah, nak buat cemana aku ni kalau tak cukup tidur nanti mesti nak kena selsema, untuk nak menggelakkan virus tu terpaksa la aku tidur beberapa jam lagi.



the end~

NotaKaki : aku malas, bace je apa yang ada. gambar sebagai hiasan, sila abaikan.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, November 11, 2010

Sepatah,Dua Tiga Kata.

hello all...

tetiba datang mood nak menggedeik bersama belog tersayang. lama dah tak main-main keyboard ni, takde masa pluss sengajamenyibokkan diri ngan hal tak berkaitan.

kemarin dengan segala hormat dan rasminya kontest Cik Jelly Beku dah pon melabuhkan tirainya.
pada contestant semua, aku wish all the best. well aku sendiri pon ada join contest ni. bukan apa, saja nak memeriahkan suasana. orang kata the more, the merrier kan..

jadi sekarang ni ngah dup dap dup dap la nak tunggu result. ni first contest yang aku join since hampir setaun aku jadi blogger. ada beberapa sebab yang buat aku terpanggil untuk join kontest ni. antaranya aku nak cari pengalaman, nak rasa macam mana join contest through blog. nak sama-sama rasa perasaan nervous tu.

selama ni aku lebih senang jadi silent reader, tengok macam mana orang join kontest, sebab time tu belum ada kekuatan lagi nak buat semua ni..ceh, ayat poyo je, tapi serius dulu memang tak pernah terpikir pon nak join, yela orang kata aku ni kira cam baby2 la tak pandai lagi nak join-join semua ni. sekarang dah advance..dah buleh merangkak so sebab tu aku keputusan untuk join contest ni.

lepas je aku join contest cik jelly beku tu, terus aku di invite oleh blogger lain untuk join contest dorang. insyaallah aku akan join contest semua yang invite aku ttu. aku akan setel satu persatu.

aku tak kesah menang atau kalah, yang penting dapat pengalaman, dapat tambah kawan baru dah lebih dari cukup..apa-apa pon nak buat sesuatu kena ikhlas so, kalau ada yang kalah dalam sesuatu contest tu aku rasa tak perlu kot ada rasa dengki sebab masing-masing punya rezeki kan.

so, bloggers semua best of luck yerr.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, November 7, 2010

Dia yang saya jumpak..versi oh oh.

hello hello hello....

oh sangat gumbira hari ni. cuaca pon sedang-sedang elok jerr, tak panas dan tak hujan. tapi tu bukan la point yang buat aku gumbira, ada lagi sebab lain. ceh mentang-mentang la rumah kau tak banjir kan Erin.....berlagak yerr...

semua dah tau kan karnival jom heboh minggu ni menempek kat Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. to tell the truth aku ni bukanla jenis orang yang suka sangat nak pegy jom heboh ni, kadang-kadang tu bukannya aku heran sangat kalau tak pegy jom heboh pon.

tapi hari ni segalanya berubah...pergh,sila baca dengan intonasi sedikit jiwang yerr, bukan apa saja nak kasi korang feel baca story aku ni.

mak aku seniri ajak pegy jom heboh..wah satu benda yang agak menggemparkan la jugak tak pernah-pernah mak aku ajak kitorang pegy jom heboh, tetiba hari ni beliau bertindak di luar dugaan. acesh pada mulanya, aku macam malas jerr nak pegy, sebab aku tak suka sangat nak berasak dengan orang ramai, adik aku pon takmao ikut jugak sebab beliau lebih senang dok umah main PS2..ceh tak buley blah.

then tetiba ajer otak aku teringat sumthing dan this is the only chance aku nak jumpa dia. weihh peluang keperakkan kot mana buley nak lepas macam tu jerr. hape lagi before mak aku ubah pendirian beliau baik aku bagitau yang aku nak pegy jom heboh tu.

dah la sesak giler babeng masa nak pegy tuh, naseb baik abah aku yang drive..kalau la aku yang drive mau abes keta kat depan aku tu aku langgar..lambat mcm siput sedut. tensen beb!

dipendekkan story, maka sampai la aku kat jom heboh tuh, first benda yang dalam mind aku, aku nak cari booth dia dulu. tapi tetiba lak terjumpak pak cik ni.....


pakcik baju kaler putih tu aku rasa memang hobi dia suke gelak sampai nampak gigi kot

aiiseyymennn!!

takpe aku beralah la dulu..sebab aku tau, dia yang aku nak jumpak ni jauh lebeh gorgeous dari pak cik yang kat atas nun.

memula aku silap masuk booth..then bila aku realised, terus aku keluar kot padahal time tu dah belek pon barang. ciss perangai kan. yang best tu mak aku yang dah sedia maklum pon turut la mencari booth berkenaan.

aku bagitau mak aku yang tujuan aku pegy jom heboh tu memang nak cari booth dia. tu yang mak aku buley tawu tu dan beliau pon dengan gigih follow jerr aku. abah ngan abik aku tu tak payah kira la, memang dorang jenis ikut jerr.

pusing punya pusing, lirik punya lirik..last-last jumpak jugak, tu pon mak aku yang tunjuk..wah terbaik ah mak aku ni. walaupon beliau tak pernah kenal siapa itu dia dan apa yang dia buat. tapi dengan sedikit intro dari aku dan ketajaman mata beliau, mak aku berjaya menjumpainya. tahniah mak..sayer bangga dengan mak!hehehe..ayat macam nak mintak penampar jerr.

sumpah cakap, memula segan kot, nervous, perasaan rasa macam nak jabat tangan tok kadi gitu...eh biler masa pulak pompuan jabat tangan tok kadi kan ??eh eh I mean perasaan ok perasaan...sila andaikan jerr la.

tapi bila dah jumpa..wow!! teruja abeh dia sangat kiut dan sangat friendly dan yang penting dia sangat gorgeous dari Datuk Jalaluddin Hassan ok!!sangat gorgeous..dah la femes pastu pulak tak sombong kot. ye la mana buley sombong nanti orang tak nak datang booth dia pulak. tapi dia memang jenis orang yang tak sombong la. "how you know??" "errr I know laa".

nak tau aku jumpak sapa?

jeng-jeng....sila bayangkan yang efek drumroll tengah berbunyi sekarang!




*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


oh oh oh...pengsan sekali lagi!

yess. I met her...Ayunnisa Rahman!!! *oh pengsan*

betol tak cakap aku...lebih gorgeous dari Datuk Jamaluddin Hassan kan...sapa la tak kenal Ayun..femes kot, bagi sesapa yang tak kenal Ayun tuh aku suggest pegy cari mana-mana laut yang luas terbentang, pastu sila la terjun, tak kesah la nak terjun kepala dulu ke kaki dulu ke, janji terjun sudah.

Ayun ngan Auntie (mak ayun) memang sangat ramah dan sporting. sempat la sembang-sembang kejap dan pastinya aku yang dah mula meminati Ayun ni, sempat ajerr ucap tahniah atas engagement Ayun ngan Mr Pie nya dalam 3 minggu yang lepas...takde la lambat sangat..baru tiga minggu kan..kira buleh lagi la nak wish tu.

oh oh...maseh lagi dalam keadaan teruna eh silap,I mean teruja, haa jangan tak tau, kalau dah jumpak Ayun tu mesty la jumpak sekali ngan shawl-shawl dari Ayunar kan. dan tentu tentunya aku kena grab kan..kata minat. hik hik hik tak de la, memang aku nak grab shawl pon. dan shawl  yang aku beli tadi di-suggest-kan oleh Auntie ngan mak aku. Auntie cakap shawl tu yang latest dari Ayunar.


tenks to mak, sebab beli shawl ni kat I tau, oh I terharu!

cantik kan shawl ni...comel ajerr. hik hik hik...tak sabar nak pakai ni.

okeh pada sesapa yang nak jugak shawal macam aku ni atau lain-lain aksesori buley la visit Ayun kat SINI
ceh ceh ceh..promote Ayunar pulak..bukan apa, sumpah tak rugi beli kat Ayunar, gerenti puas ati la..tak caye? ha pegy la beli...apa tunggu lagi cepat-cepat pegy order kat Ayun tu.

lepas jerr dah jumpak Ayun, grab shawl dari Ayunar terus aku ajak dorang balik..ceh sekali lagi perangai kurang elok yang aku pamerkan disitu..baiklah kengkawan, sila jangan ikut perangai sayer yerr.

jadi begitu lah yerr kengkwan...hari minggu sayer dan keluarga sayer bercuti ke karnival jom heboh..dah apa kejadahnya pulak bersayer-sayer ni...ntah la dah mereng agaknya..orait la..jumpak lagi Ayun hik hik hik..sempat lagi tu.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, November 6, 2010

Sila abaikan.

ouch...

sekejap, ah adakah ini pembalasan dendam untuk hari ni?

tapi itu tak disengajakan.

agaknya dah lama tak bergadoh.

saja cari pasal..buat hal.

sentap tak tentu pasal.

sekian, terima kaseh.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, November 4, 2010

Batista pakai line tepon Malaysia ke?

peristiwa ni berlaku baru jerr sebentar tadi time adik ngan abah aku ngah layan wrestling dan aku dengan jelas tanpa rasa ragu terus men-story-kan peristiwa tersebut disini..yeah disini..bukan depa tau pon..aiseh terkeluaq loghat utara dah.


adik : fuyyoh best ah depa wrestling ni..emm abah pasaipa Batista (cam ni ka eja ntah) tak lawan dah.

abah : ntah mana nak tau. try telefon dia tengok.

adik : hooo mai la number dia nak call....

abah : (diam tak kata papa fokus sambung tengok wrestling balik)


aku yang dengar dorang sembang ni sebok-sebok jerr gelak sikit lagi nak hentak kepala kat meja, tapi dorang ni dah la sembang ada unsur-unsur jenayah lawak tapi muka nak serius pulak. sumpah tak paham.

aiih kejap-kejap..ke aku sorang yang rasa benda ni lawak..huff gasak la!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA