Friday, February 25, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA.

hello haii all..


hek eleh piraahhh nak speaking-speaking London pulak..tak sesuai betuii la.


hokehokeh..hari ni kan kami rasa kami macam nak type dalam bahasa utagha pulak la. yess fully utagha noo..rasanya semua orang paham kot bahasa utagha sebab bahasa utagha ni selalunya pronounciation dia terang, lepas tu tak susah kot nak paham. lagi pon kami cakap dalam bahasa melayu jugak..bukannya dalam bahasa Uganda pon toksah la dok buat-buat tak paham pulak..baik..abaikan abaikan kami dah stat mrapu ni.


sebenaqnya kami nak join satu grup ni..nama grup tu Kami Blogger Utagha. memandangkan kami ni memang asai usui semua keturunan utagha jugak makanya dengan ini kami tanpa segan dan silunya mempersilakan diri kami seniri untuk men-join grup tu. kami tau pasai grup ni dah lama. disebabkan keterbuzian yang super melampau tahap Dewa19, terpaksa la kami men-tangguhkan dulu entry pasai grup ni..harapnya Cik GKSB masih mensudikan dirinya menerima diri kami yang vogue ni join grup Utagha tu..heheheh ada sedikit ayat merendah diri disitu ya..


mai kita usha banner grup Kami Blogger Utagha ni sikit...


nampak dak ada 4 negeri utagha kat situ..bangga-bangga.. at last ada jugak grup blogger dari Utagha noo.


tanpa melenggahkan masa lagi mai kami nak pekenai diri kami. nama kami Erin...mak, abah, adik, tok,abang, kawan-kawan semua pangey kami erin..so hampa semua pon dipersilakan la jugak memangey kami dengan nama Erin..


dalam surat beranak dah trang tang tang dok tulih yang kami ni lahir kat Hospital Besar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. makanya kami ni memang secara officiall-nya orang Pulau Pinang la. rasanya dah cukup kot takat ni..lagipon ni bukannya segmen Erin In Person nak sembang secara mendalam kan..so those yang from Penang jugak atau any part from Utagha ni, kami ucapkan selamat berkenalan la noo..


and opkos to Cik GKSB tima kaseh banyak la sebab jadi orang penting yang wujudkan grup ni.  kalau tak sampai kesudah la jawabnya orang Utagha kempunan nak ada grup seniri...kipidap okeh!


okeh sampai sini dulu naa, lain kali kita cerita lagi. babai!


NotaKaki : Cik GKSB..kami selalu baca entry hampa tau..jadi silent reader ja...hehehe.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, February 23, 2011

Otak senget mereka membuatkan otak saya juga turut senget ke arah 90 darjah Utara!

assalammualaikum..tak jawab dosa..kalau jawab ape?? saaaayyyangg!!!


yess aku tau..semua orang mesti dah familiar kan dengan ayat "tak jawab dosa, kalau jawab..sayang" si Maria Elena Zarul yang chun melecun tu kan..pssstt sumpah tak sangka yang beliau mempunyai otak yang agak senget..oh maaf bukan yang agak senget sebenarnya..tapi memang terlalu senget la otak beliau tu.


aku memang suka giler baca belog Maria..tapi lagi suka kalau tengok video dia..selumber rockers jah...cuba tengok video dia yang tribute to Cikgu Shida tu..memang sempoi habess ann. berpuluh-puluh kali aku repeat part Maria nyanyi tu..gilerr la..hahahaha


okeh hari aku nak share pasal hobi terbaru aku. al maklum la minggu ni je yang free pon so..time free ni la aku skoodeengg youtube habes-habesan...kalau bercakap pasal youtube ni ann..mesti ramai yang dah kenal ngan nama-nama femes kat youtube macam Anas Kok, Matluthfi90 dan seorang lagi yang super femes sapa lagi kalau bukan Anwar Hadi..pergghh accent dia beb..macam nigger kot. *aku main petik je nama-nama-depa yang aku suka*



matlutfi90


Anwar Hadi...


semalam aku dah khatam semua video mathluthfi..muka innocent dia memang rasa macam nak bagi penampar je..macam mana la dia boleh buat muka macam tu? sumpah kelakar..so hari ni aku tengah cuba nak meng-khatam-kan AnwarHadi punya video pulak.


ada yang membandingkan Anwar Hadi ngan Matluthfi. sapa lagi best. bagi aku Anwar Hadi ngan Matluthfi masing-masing ada cara tersendiri kot. kebanyakkan video dorang bercakap pasal keadaan sekeliling yang memang make sense pon. dorang punya point of view tu sangat realistik. mesej yang dorang nak sampaikan tu pon memang tepat. mudah paham kot.


ada jugak yang bandingkan Anwar hadi ngan Maria Elena sebab gaya percakapan dorang yang hampir-hampir sama. honestly masa first time aku nengok video Anwar Hadi aku pon rasa yang dia ni ada gaya-gaya macam Maria Elena..tapi takde la aku kata dia tiru si Maria. bila dah lama-lama tengok..dah boleh tau dah yang gaya Anwar Hadi ni bukan dibuat-buat..memang dah semulajadi kot macam tu..perghh tak boleh belah gaya macam dah lama ja kenal ngan Anwar Hadi ni kan...hahaha...


okeyh la..sebenarnya aku cuma nak highlightkan kat sini tak kesah la Maria Elena Zarul ke, Matluthfi90 ke..Anwar Hadi ke...masing-masing ada gaya tersendiri kot. dorang ada trademark masing-masing pulak tu. lagi satu apa la nak dikecoh-kecohkan sangat entah..sedangkan Anwar Hadi ngan Matluthfi pon dok support-men-support each other ampa pulak yang nak gadoh lebeh-lebeh..*dan dan keluaq utagha*


so tak payah la susah nak gadoh eh pasni..aku suggest kalau rasa nak gado..pegy ah tengok video bebudak ni..sure gelak sampai putus urat kentut.


okeh chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, February 22, 2011

Bebudak yang nak peksa aku pulak yang terOVER cuak.

selamat hari Selasa semua!


jemm...otak tengah jemm..mental block..ceit boleh pulak cikgu yang mental block kan...
so, hari ni hari first budak-budak aku amek phase 1 punya test..kire takda la dengar suara aku terjerit jerit kat dalam kelas hari ni. kalau tak memang selalu ah dengar kemantapan vokal aku ni dok menjerit...sampai semua orang pon dah lali ah ngan suara aku..perghh..soriii yerr cecekgu sekelian..sayer tak bermaksud nak merampas takhta...cuma ter...over lantang sikit jah..hahahaha.


minggu ni memang boleh la aku bersenang lenang sikit...tak payah nak buat revision apa-apa..masa lapang cam ni ah boleh main tenet puas-puas..kalau tak jangan harap ah..tak sempat kot nak bukak laptop. lepas minggu test ni, aku dah busy balik kot. ye ah..mananya dengan nak speed up budak-budak tu punya silibus lagi..nak marking paper lagi..nak arrange kelas pemulihan protim lagi..tu tak termasuk tuition punya kerja lagi tu..paling nervous dalam bulan Mac ni ah..ada fasi yang akan pantau budak-budak LINUS pulak...itu lagi ah memeningkan hootak aku...boleh tak selama 2 minggu ni aku tak peduli langsung kat bebudak LINUS..aku ajar budak normal jerr..budak LINUS aku just bagi worksheet suruh dorang buat...kejam tak?


so untuk minggu depan aku dah bajet ah..nak standardise kan keadaan tu..means dalam masa sejam dalam subject aku tu aku kena bahagi masa sama banyak..ajar budak normal ngan budak LINUS sekaligus..susah beb..aku tak reti nak handle depa...harihari aku doa supaya dipermudahakn segala kerja-kerja aku kat sekolah tu..bukan nak berlagak la..tapi aku dah mula rasa tekanan macam mana nak jadi seorang cikgu. cikgu yang baik bukan setakat mengajar subject kat sekolah, tapi cikgu yang baik ialah cikgu yang dapat membantu mendidik anak murid baik dari segi akademik dan jugak akhlak...perghh dah macam ahli politik pulak aku kan..


aku ada berniat nak bantu students aku yang betol-betol lemah dalam subject. kalau dorang willing nak jumpa aku after school period pon aku sanggup tunggu. niat aku cuma satu je la nak ubah presepsi orang sekeliling yang katanya budak-budak kalau dah duduk kelas akhir tu semua nya kurang cerdik. salah kot. kalau nak tahu..budak-budak kelas akhir tu la yang aku nampak semangat nak belajarnya..yang selalu datang jumpa aku time habes sekolah tanya topic-topic yang tak paham. alhamdulillah..aku harap dorang akan stick ngan attitude yang macam ni sampai bila-bila pon.


bebudak yang terpilih untuk jadi anak murid aku..bahaha naseb korang ah, dapat Chekgu garang
cam aku ni..


satu lagi..sekarang ni aku dah pandai tau berdoa untuk students aku. aku harap untuk paper Math dorang besok, dorang akan perform very well. satu cabaran jugak la kat aku bila kena mengajar Math sekarang ni. at the same time jugak,  aku pon nak tahu samada apa yang aku deliver selama ni sampai tak kat dorang..kalau tak sampai jugak..nampak gayanya kena cari pendekatan lain la.


ogeh lah..cukup untuk update hari ni..next time kita storymorry lagi.


tata!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, February 21, 2011

When she talks about LOVE!



sila play lagu di atas. baru la baca rasa macam masyukkk sikit..tangkap feeling lentok..teehee...

bace sampai habes...


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

pstt aku jumpak benda alah ni kat fb..i think benda ni interesting jugak. point yang dia highlight tu mostly betol kot. aku cakap based on pengalaman jugak la. dah merasa semua ni so dats why ah bila aku baca benda ni ada macam satu feeling..aku taktau nak describe feeling yang macam mana. tapi dalam hati aku, sumpah aku agree ngan certain point yang dia bagi.


satu je la yang aku pegang sampai sekarang, dalam arena cintancintun ni kita tak boleh nak memaksa sangat..bagi aku kalau dipaksa mesti at last kita akan kecewa jugak..but at the same time tolong la appreciate orang yang betolbetol cintakan kau..kau takan sedar orang tu sangatsangat cintakan kau bila dia ada depan mata kau..tapi bila dia dah betolbetol tinggalkan kau baru ah kau nak realised benda ni..time tu dah terlambat derr..


sampai sekarang aku terpikirpikir betol ke ayat yang dorang dok cakap "cintai la orang yang mencintai kita, daripada mencintai orang yang tidak mencintai kita". bagi aku, apala gunanya bila kita dicintai oleh orang yang bukan kita cinta..no point kot.


may be la ada orang kata cinta tu boleh dipupuk..tapi bagi aku pulak..macam payah je nak pupuk cinta tu. tu pendapat aku lerr, may be aku bukan jenis orang yang cepat jatub cinta kot sebab tu la aku macam payah sikit nak pupuk cinta tu..aku prefer biar kalau nak fall in luvvv "sekali lagi pon" biar la jadi secara natural..no paksa paksa anymoreee.



okeh dah habess membebel..nak gi ngap pizzaa lak..as usual..i HATE to talk
about LOVE!


chiao!


credit to : fauzie ishak.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, February 20, 2011

Guru terlampau.

assalamualaikum!


pergh kali ni memang betol-betol aku abaikan belog bucuk bacin ni. dah dekat 2 minggu kot tak update any story kat sini. well sekarang ni rutin harian dah 360 darjah bertukar. kalau dulu boleh ah sehari berkali-kali aku update..tapi sekarang tak boleh dah la kot nampak nya.


yupp aku dah update kontrak. so sekarang dah jadi cikgu sekejap kat SK Perai. sekejap tak sekejap sangat la ada la lebih kurang 3bulan aku kat situ. pastu petang-petang aku still lagi on tuition ngan Teacher Rasiah. so thats why la been verrrrryyy busy lately. pagi pegi sekolah sampai pukul 2 then pukul 4 pegy tuition pulak..penat memang penat..tapi tak kesah la..sebab keja ringan je kot..kalau nak dibandingkan keja ngan dreber lorry keja aku lebih mudah kot.


2 minggu kat sekolah tu aku dah face macam-macam benda. paling kelaka masa first week aku kat situ aku dah kena serang ngan demam..seminggu kot demam. dah macam mayat hidop jadinya. aku tengah cari tune nak mengajar lagi ni..plus aku pon perlukan masa nak adapt ngan semua benda ni. kat sekolah baru banyak benda aku belajar. percaya tak aku dah boleh set soalan peksa kat budak-budak. esok sampai khamis budak-budak dah start exam. aku cuak kot. takot dorang tak boleh jawab soalan aku. pliss pliss pray untuk budak-budak aku..hopefully dorang suksess.


okaylah..malas nak ceritaceriti panjang-panjang. next time kalau ada masa terbuang lagi boleh ah aku update  but before that meh aku tayang gambar kat skewwwlll baru aku. hehehehe.



yang Indian dua orang tu cikgu praktikal tau...campur aku cikgu ganti..acctually ada lagi tapi ini je yang sempat snap



ni Kalai. Banner tu aku yang buat..hehe comel tak? cube perhati betol2 maulidur tu salah eja kot..entah la aku main bedal eja jeee dah suruh sangat aku buat,..cam ni ah jadinya..eja pon tunggang langgang.

oh yaa pasal Guru Terlampau tu..acctually masa hari jumaat tu camera aku hilang sekejap. aku cari merata kot..rupa-rupanya ada sorang cikgu ni pegang kamera tu..perghhh dia kata dia on kamera tu..and tengok semua pics aku..ciss since dari tu la aku dapat title Guru Terlampau..entah gambar apa yang dia tengok aku tak sure la pulak...tapi confirm takde ah gambar-gambar aksi menghairahkan..yang ada pon cuma aksi tadah penampar aku je la.


okeylah..sudah mau tidurrr...besok sekolah. chiaooo!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, February 5, 2011

Boleh tak nak stay lagi lama kat sini?

status : heart-broken...akan meninggalkan Arau! tanak pegi sekolah boleh tak?


hari ni hari ke3 aku kat Perlis dan hari ke2 aku kat Arau. masa first day sampai orang Kangar kidnap aku dulu. so malam tu aku tido kat Kangar sebab the next day orang Kangar nak balik Shah Alam dah..t_____t.


walaumacamanapon hari-hari aku seterusnya  kat Perlis ni sangatlah awesomeness. aku stay kat Arau sepanjang 2hari ni. entah la, rasa macam tak percaya pon ada. aku tak sangka yang aku cukup kuat untuk datang sini balik.  rindu pada tempat ni. banyak sangat kenangan. setiap kali aku pandang tempat-tempat tertentu..mesti aku akan flashback balik kenangan dulu-dulu. 


serius aku taktau nak explain apa yang aku rasa sekarang. sedih sangat. besok dah nak balik. rasa macam sekejap je datang. rasa macam nak ponteng je pegi sekolah isnin ni..uwaaaa tapi tak bleh..aku kan cikgu, takan nak buat perangai student pulak.


dalam 3hari ni..hampir tertunai segala wishlist aku kot. seronok giler. Papa Adib, Abe Pehe,Umma ngan Mak Tiri treat aku dengan best. hahah dorang boleh amek position Wani pulak la lepas ni bila aku datang Perlis lagi. tenks sangat untuk semuanya..malam-malam aku yang best..hari-hari aku yang sangat seronok kat sini...heaven gila. walaupon aku sorang-sorang datang kat sini..tapi bila dah sampai..rasa macam ramai yang melayan pulak.


mungkin ada yang dah membenci aku sekarang..mungkin ada yang dah tak suka aku sekarang, dan mungkin jugak ada yang dah menyampah dengan aku sekarang..aku tak kesah..sebab aku tahu walau ada yang benci masih ada yang menerima. people changed. aku tak mampu nak buat orang suka kat aku..aku cuma harap ada yang memahami dan terima aku dengan seadanya. alhamdulillah, kat sini..semuanya masih menerima aku. 




terima kasih kawan!






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, February 2, 2011

Selepas malam itu.

bismillahhirahmanirrahim....


kat mana nak mula ye, rasa macam dah bertahun tinggalkan belog padahal setiap hari update je tapi lebih kepada cetusan perasaan sebenarnya.


baik, seminggu ni banyak yang jadi. sekarang pon kalau orang tanya aku still konpius dengan apa yang dah jadi baru-baru ni. hampir aja nak minta berjumpa dengan psychistrist sebab aku rasa mcam dah tak mampu nak kawal diri sendiri...gila?hah..aku jugak pikir benda yang sama. adakah aku dah gila? kalau jumpa psychiatrist, mungkin dia boleh jawab.


lepas dari malam tu, hidop aku dah back to normal. tapi still dalam observation. duatigahari lepas pon ada buat analisis..alhamdulillah semua ok. maybe next week kena jumpa ustaz lagi agaknya nak tengok aku dah betol-betol sehat belom...eh aku rasa kesihatan aku di tahap tip-top sekarang..tak tau pulak kot-kot lepas ni pancit lagi..doakan aku yerk.


kelmarin dah lapor diri kat SK Kuala Perai..this time agak lama kat situ. perasaan masa sampai sekolah tu? huff lebih kepada menjalankan kerja. aku dibayar, seharusnya aku buat kerja dan selebihnya aku tak mau amek tau. lagipon aku tak boleh terlalu pressure..sebab tu aku tak mau amek tau hal students kat situ macam mana. masalahnya sekarang, keadaan students kat situ ditahap membimbangkan. duhh aku tak tau boleh handle ke tak.




aku bagi contoh yerr. ada satu kelas tu consist of 25 students macam tu la..among 25 tu ada 7 orang pelajar LINUS tegar. LINUS short forms for Literal and Numeral. pelajar LINUS ni kiranya macam pelajar pemulihan la. IQ dorang memang sangat-sangat slow. padahal umo dah masuk 8tahun..sepatotnya umo-umo macam ni dah mampu kenal huruf dan nombor. masalanya sekarang, dorang tak kenal semua tu. aku masuk kelas tu tadi. before ni aku tak di inform pon pasal dorang. patot ah aku tengok dorang macam terasing pastu blurr ja masa kat kelas tadi.


aku tau pon pasal dorang lepas Cikgu Shamri datang jumpa aku tadi. dari cara dia cakap ngan aku, 7 orang pelajar LINUS tu memang sangat-sangat bermasalah. duhhh sekali lagi tension kat situ. the worst part dari cerita ni..nanti mungkin akan ada observation dari pihak kementerian. all because of LINUS students la..kalau dorang tak da..mungkin aku tak di-observe kot. aku tengah pikir ni macam mana aku nak ajar dorang bila bukak sekolah nanti..t__________t.


tuition center pulak. semua macam biasa cuma ada pertambahan dua karakter baru, Adam Danish (Adam),6tahun ngan Adli Ehsan (Ehsan),4tahun. Adam..manja, dalam hati ada taman, suka sentap..kena pujuk selalu..tapi rajin nak belajar..hahah macam karakter aku pulak. Ehsan..comel, manja sangatsangat..tak sure pulak dia manja dengan aku je ke, atau dengan orang lain pon macam tu jugak, yang pasti everytime aku datang, mesti dia follow duduk kat meja aku sekali. so sekarang ni setiap hari dah dikelilingi ngan 5orang jejaka comel...Deedat,Faidhi,Fiq,Adam,Ehsan...semua lelaki..besok-besok ni anak-anak aku semua lelaki jugak pe.


dah la..next time kalau ada mood aku update lagi, mungkin lepas ni tak galak update dah la kot..ye ah lappy pon ada satu ja..yang lain-lain masih dalam proses pemulihan...lepas tu pulak gerenti ah aku banyak keja..woah..penat weh!


okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, February 1, 2011

Harga kecelakaan yang perlu dibayar untuk sebuah cerita gembira

SK Kuala Perai.


berbaloikah?
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA