Monday, January 31, 2011

No title.

i'm thinking to buy a new lappy for him. i know he needs lappy tu tapi dia buat tak kesah ngan apa yang jadi. kalau takda lappy macam mana dia nak mengajar? naseb baik tengah cuti so sempat hantar kedai dulu format lappy aku pastu dah boleh guna. sementara nak beli yang baru kena tabungkan duit lagik...nak harapkan netbook yang ada ni..giler lembab..dah la tu kekadang tak mampu nak support file yang besar.


nak baiki pon cost agak melampau tinggi..range harga pulak dalam 700-1000..dari baiki baik aku kumpul duit lagi belikan yang baru..yang lama tu rasa macam nak buang dalam tong sampah je! i hope he will forgive me,for what i've done..sumtimes rasa macam dah susahkan dia. lepas satu, satu aku buat. but he still bersabar..jangan kan kata nak tinggikan suara..marah pon tidak.


after tuition class, ngat nak pegi survey laptop..and then cari kedai-kedai baiki laptop jugak.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, January 30, 2011

It wasn't me.

cerita yang tak masuk akal.


neway tenks to Haikal's family especially Cik Limah and Pak Cik Ya..susah payah datang umah tengah-tengah malam ubat kan aku dan jaga aku sepanjang aku kat umah dorang pulak. maaf menyusahkan semua orang.


seumur hidop aku takan lupa apa yang dah jadi semalam. to my family..im sorry. it wasn't me..and i guess they already knew about it. sorry if i caused any trouble..im sorry im sorry im sorry!!!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, January 29, 2011

Biarkan aku jatuh cinta.

awww jatuh cinta lah! duhhh cemana nih...


kahkahkah..sumpah melampau, mana boleh dengan senang jepp nak jatuh cinta, betoool tak? tapi...dah rasa jatuh cinta sangat ngan budak ni....




cukup jambu tak? redup je mata dia.. yee memang betol tu, dia memang pakai subang oh tak kesah, nak jatuh cinta jugak! kahkahkah...tak la.. tak jatuh cinta pon dengan dia, cuma jatuh cinta sangat dengan suara dia..oh rasa macam suara lelaki sebenar..husky voice dia tu boleh bawak masuk sampai ke dalam mimpi kot. seb baik ah takde no tepon dia..kalau ada dah lama aku suruh dia call aku tetiap malam before tido. tu pon kalau dia nak la...hahaha


okeh la meh aku kenalkan brother ni.  nama dia Charlie, vocalist ST12..tak kenal ST12 tu sapa?hah pegy google seniri la eh. seriously aku pon tak sedar sejak biler lak aku suka melayan lelagu dari Indon nih...haiihh konpius la. tapi takpe je kan..lelagu dari dorang tu ada jepp yang best, aku tak pilih bulu sangat la nak compare Malaysia bagus ke Indonesia bagus ke janji telinga aku dengar best, kalau dorang nak bertekak sapa best tuh gasak la. aku tak nak campur.


sekarang ni aku addicted gila ngan lagu Biarkan aku jatuh cinta from ST12..setiap kali on lappy mesti aku pasang lagu tu jepp. nak kata jiwang sangat tu..tak jugak sebab ada element rock kot...eh betol ke apa aku cakap ni..entah la, aku bukannya komposer pon..main sedap mulut aku jepp cakap..hahaha






dalam video kat atas ni, aku paling suke bila Charlie pegang hanphone dia sambil nyanyi kat lirik "biarkan aku jatuh cinta..." konon-kononnya macam cakap kat awek dia la tu...perghh suke ok! tetiba lak rasa macam nak jadi pompuan yang dalam klip video ni...buleh dengar Charlie cakap "jatuh cinta" kat aku...hahaha. ok perasan. sila muntah sekarang.


eh try compare lagu Isabella nyanyian Charlie ngan Amy(Search)..terbaik la, Charlie memang bawak lagu tu ikut lenggok dia sendiri. muzik pon agak berbeza sikit..tapi still dia tak rosak kan lagu tu. so dah ada dua versi la sekarang ni Isabella versi Amy, ngan Isabella versi Charlie..woah..dua-dua pon best!


oh..Biarkan aku jatuh cinta!!!!!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Adakah hari ni hari eksaited sedunia? *duhhh biar betul.

yepp mari kita ulang pertanyaan lagi sekali...adakah hari ni hari eksaited sedunia?


okeh first thing yang buat aku eksaited hari ni aku dah cerita masa previous entry. now seriously aku eksaited lagik..sebab aku dah tau kat mana DOMO bermastautin kat Penang ni. aku rasa kan adrenalin aku dah mengalir dengan laju sekarang...eksaited tahap gajah!


just now, pegi dinner ngan Incik Bmw and his friend sorang...his friend tu la yang bagitau aku DOMO kat mana..duhh lupa pulak nk buat sessi taaruff dengan kawan dia tu, so aku tak tau la nama dia. aku main tegur macam dah lama kenal ngan budak tu, kahkahkah gasak la dari dia cakap aku sombong, baik aku buat macam dah lama kenal.


at the same time jugak Dinie text aku..terus aku call nak bagitau dia yang aku dah tahu kat mana DOMO ada..dengan harapan dia akan teruja terus kata "wow" macam selalu..tapi dia tak teruja pon..nampak sangat aku salah time call dia..*erkk sayang..sila teruja plish*..time tu jugak kat meja makan Incik Bmw dengan kawan dia dah gelak-gelak kat aku...ciss mesti dorang tak sangka kan perangai eksaited aku sampai macam tu sekali. whateverlah!


acctually Incik Bmw and his friend tu nak balik KL malam ni. so before dorang balik "kampung" tadi sempat la jugak kitorang pegi lepak kat Bangkok Station. first time kot aku sampai tempat tu..quite okay, aku suka environment kat situ...eksaited pulak nak bawak family aku lepak kat situ pasni..agak dekat ngan area Uitm..kejap..aku sedikit musykil..takan la abah aku tak sedar kewujudan tempat tu, sedangkan dia selalu kot ulang-alik Uitm?..ishh takpetakpe..bersangka baik je la..mesti abah aku taktau kan...


2-3hari lepas ni (ye la tu) Incik Bmw cakap nak balik Penang balik...boleh la pegy usha DOMO sesama. aku nak usha jepp sebab Odd tengah tunggu aku nak beli sesama..kan Odd kan? kawan Incik Bmw cakap, DOMO kat situ lagi murah compared to KL. ohh lupa nak bagitau, kawan Incik Bmw tu peminat DOMO jugekk! tengok la macam mana nanti hehehe..eksaitednya nak pegi usha kat kedai tu..duhh tak tahan dah ni.. macam nak ajak Yana pegy usha besok jugak!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, January 28, 2011

Apa cerita eksaited sangat?

hiphip hurrayyy!


wah kemain happy kan hahaha...acctually i'm kinda eksaited. eksaited sebab aku bakal di post ke sekolah yang dekat ngan area rumah aku. macam mana aku tahu? dont ask, trust me, you wont like the answer bahahaha. the officiall surat (lapor diri) will be sent to my house soon. sebenarnya tak perlu surat pon tak pe, with a simple phone call pangey lapor diri kat office pon dah okay. surat tu selalunya untuk diserahkan kepada headmaster sekolah yang bakal aku takluki nanti lalalala.*meroyan sekejap*


aku terpikir-pikir jugak, sekolah mana yang dorang nak post aku ni (kat area umah aku pon banyak sekolah sebenarnya)..dalam mind aku dah aim satu sekolah ni, sekolah tu Teacher Hajar (bff) mengajar sekarang. dia info aku yang sekolah tu kurang guru. so aku pon bajet yang aku mungkin dapat sekolah tu..tapi menurut sumber yang boleh dipercayai, mungkin aku dapat sekolah lain..well tak kesah la sekolah mana pon janji aku boleh clearkan status separa penganggur aku ni. at least status aku dah confirm, lambat or tak surat nak sampai, aku dah tak kesah. eksaited sangat nak face ngan environment sekolah yang baru, meet new people, friends and students..yaayyy. sayer dah jatuh chenta dengan karier baru (ceitt karier?tak boleh belah!)

Hajar and me..before jadi cikgu dulu-dulu..merayap jerr kejanya.



as for my CNY holiday pulak..im planning to meet my dearest Wani at Perlis. woah..ini pon agak eksaited sebenarnya. dah lama sangat tinggal kan tempat tu. bajet nak cuti dua hari jepp. lagipon aku cuti hari Rabu ngan Khamis, Jumaat start tuition macam biasa (eleh kalau aku mintak extend cuti pon confirm Teacher Rasiah bagi, aku kan pekerja(?) berdedikasi!). agak-agak ann dalam masa dua hari tu sempat tak aku nak,

yayyy dearest Wani dan sayer!

-kejar Makcik Iceblanded Arau,
-pegi peberet port Kole Perlis makan *sushi ditengah malam,
-makan lokchin, pasar malam Arau psst ni macam tak sempat jaa sebab pasar malam arau hari Jumaat.
-carik teh ais yang best,
-laksa beluuuttt(?)- Albert's favie, not my taste.
-pegi Kole Perlis lagi tengok bulan,
-pegi Jitra, midnite movie..Wani umpan aku untuk jumpa Suraya tapi aku plan nak ajak dia midnite movie..boleh tak?
-pegi Satun once again,
-visit chuping..confirm Wani tak mao t______t. ada bad history,
-pusing-pusing satu perlis..wahh ini memang best kalau dapat buat,
-visit my Ayah Mie and his family..oh i adore them bberryy much. rindu wek : P,
-c-mart arau..hunting for kayer ball..macam la kat penang takde,
-Burger Korner (kot) tempat tercetusnya iceblanded Butterworth..dayyummm! malu ok!


humm setakat ni itu je la kot. lagi best kalau dapat betol-betol buat semua ni. tapi imposible la kan..melampau sangat wish list aku ni..wish list ke? haa lebih kurang la. lagi syok kalau dapa merempit...tapi Wani punya unta ada kat Shah Alam..so segala pergerakkan lepas ni agak terbatas la. tapi jangan risau..Wani kan pandai merompak keta..suruh ah dia rompak keta sesapa lepas ni..bahahaha.


aku tak harap pon dapat buat semua yang kat atas tu, aku bajet pegi sana just nak jumpa dia. bukan apa aku kesian kat dia. dah nak dekat setaun dia ulang-alik jumpak aku kat penang. kadang-kadang tu dalam masa cuti yang sangat sikit dia boleh jaa susah payah dari Perlis datang jumpa aku pastu balik Shah Alam pulak. kiranya visit aku kat penang dah macam termasuk dalam aktiviti wajib dia everytime ada cuti. so this time i've made up my mind, biaq aku pulak visit dia.


cant wait to see her!


okeh bai!


NotaKaki : *sushi tu lokchin jugak..
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Bahagiakah kita?


status : aku meragui mu...


walaweih status tak boleh belah. ni kalau post kat fb status macam ni confirm ajer jadi kontrobersi. mula la ada yang nak create story aku patah hati la, kecewa berchenta la..aku gay la..aku tak suka laki la ..aku songsang la...blablabla...macam-macam lagi la. sumpah penat nak membanteras isu macam ni. tapi disebabkan orang-orang yang layan fb tu pon macam apa ja..maka nya aku lebih senang "iye" kan aja apa yang dorang cakap tu. puas hati aku. oh terpanjang la pulak mukadimah..sorry!


aku sebenarnya meragui kejujuran bff aku sendiri. aku bukan lah ragu sangat kesetiaan dia kat aku, since aku tau yang dia sumpah takan betray aku. aku cuma ada rasa doubt pasal dia ngan hidop dia ja. aku pernah terpikir nak tanya happy ke dia ngan hidop sekarang sedangkan aku tengok dia lebih banyak dalam keadaan "sakit" berbanding "sihat". mungkin orang luar nampak dia happy je memanjang padahal dalaman dia tuhan aja yang tahu. aku dulu pon buta jugak tak nampak. tapi bila dah tahu benda yang betol..tetiba lak aku simpati kat dia.


bayangkan dia penah ja cakap kat aku yang dia terpaksa buat-buat bahagia depan orang lain sedangkan hati dia sakit nak menanggung semua masalah. aku tak pasti pulak motif dia buat-buat bahagia tu sebab apa. tapi aku rasa mesti dia nak orang pandang yang dia ada kehidupan yang best dan yang paling penting mesti dia tak nak orang simpati kat dia. ini yang buat aku ragu sangat ni. selama ni dia tak jujur ke dengan hidop dia? kenapa dia mesti nak pilih jalan yang menyakitkan lepastu nak berlakon buat-buat bahagia depan orang sedangkan hati dia sendiri sakit.


aku cuba nak paham situasi dia. dah lama sebenarnya benda ni jadi. daripada aku tak paham apa-apa sampai la aku rasa aku dah tau punca masalah dia. aku kesian kat dia. sampai bila dia nak paksa diri dia berlakon semata-mata nak orang lain nampak dia bahagia? seriusly aku dah jump to a conclusion yang dia patot utamakan hati dia sendiri. tak perlu la nak sebok-sebok berlakon depan orang. kalau la aku boleh simply je kata apa yang aku kata tadi kan senang..kalau lah isu ni tak berkaitan dengan "orang lain" dah lama aku cakap kat dia macam tu.


apa yang aku boleh buat sekarang ialah memperbanyakkan masa dengan dia. everytime dia roger aku, aku memang dah ready untuk dia. entah la..aku rasa aku tak boleh buat apa-apa selagi dia stick ngan situasi dia sekarang. dia yang patot realise..dan ubah benda ni untuk jadi betol. aku cuma ada untuk bagi pendapat, guide mana yang patot. priority aku memang dekat dia la sekarang. hari-hari aku make sure yang aku akan text dia. aku takmao dia give-up dengan hidop. aku risau jugak ah, dari minggu lepas lagi aku tak jumpa dia. patotnya hari ni aku dah jumpa tapi entah apa masalah dia cancel pulak. hopefully tuhan akan sentiasa jaga dia untuk aku..aku nak jadi orang yang mengenang budi..aku nak ada sebelah dia macam mana dia ada untuk aku time aku "jatuh" dulu..hopefully semua ni akan setel cepat-cepat...uwaaaa aku tak boleh tengok dia sedih lama-lama!!


"semakin kuat orang itu semakin banyak ujian yang diterima untuk memperkukuhkan lagi keimanannya"


aku suka ayat kat atas ni..its from Incik Bmw. aku rasa ayat ni dapat motivate orang. betol cakap Incik Bmw semua ujian datang dari allah. kadang-kadang allah nak uji kita sejauh mana keimanan kita kepada-Nya, lalu diturukan ujian. sebaik-baik cara untuk menangani masalah adalah berserah dan meminta pertolongan dari-Nya. 


sorry la entry agak emosi sikit...well tengok la tomorro kalau ada mood baru aku mengarut lagi,
okeh bai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, January 27, 2011

Mentaliti orang kampung versus mentaliti orang bandar.

heppp rasa macam nak buat satu tajuk kontrobersi pulak. metaliti orang kampung versus mentaliti orang bandar? amacam ada bran?bahahaha.. malas aku nak ketengah kan isu ni...gasaklah.


tetiba laks rasa macam nak ubah topik aku nak cerita pasal benda yang menghanginkan aku semalam. tak paham la kenapa ann duatigahari ni kerja nak naik angin je...selalu boleh je aku control. semalam ah tah macam mana boleh pulak ter-burst angin aku tu. heyy angin tu bukan kentut okeh..angin yang dimaksudkan kat sini..angin kemarahan. yerr sayer sedang mengalami satu fenomena kemarahan melampau-lampau sekarang ni. harap maklum dan sila takot banyak.


semalam mood aku memang ditahap yang agak kritikal la jugak. tapi takpa aku control. aku pegi tuition macam biasa. kali ni aku balik awal sikit. lagipon Fiq tak da homework so tak perlu la aku pantau dia. dalam pukul 8 macam tu mak aku ajak keluar pegi tesco, nak beli barang-barang. aku ok je..biasala kalau nak keluar merendek aku sentiasa ok. tapi bila dah sampai rasa macam tak seronok la pulak..macam nak balik. tapi takde la aku cakap kat mak aku..giler kau karang tak pepasal tercetusnya perang persaudaraan ngan mak aku pulak.


naseb baik la mak aku pon cepat ajerr membeli dan terus membelah. before balik dia ada tanya whether aku nak pegi makan sizzling noodles tak kat area-area situ. aku cakap la tanak. malas. padahal setiap kali datang kat situ, sizzling noodles yang super lazat tu la yang aku cari dulu. dalam tanak tu, sempat jugak aku mintak mak aku  beli kaya balls duaplohbijik kat kiosk bawah. tengok..kata takda mood, tapi sekali mintak duaplohbijik terus..sah la nafsu gajah.


habes cerita kat tesco. terus aku pecut keta nak balik umah. acctually tesco ngan rumah aku agak dekat la jugak..ala semua pakai hi-way kan..dalam sepoloh minit cam tu dah boleh sampai. okeh ini yang aku nak cerita ni part yang paling aku tak suka yang sudah mem-burst-kan aku.


kejadian ini berlaku di depan rumah aku seniri. masa aku nak bagi signal nak masuk jalan ke rumah aku, aku tengok ada la sebijik keta waja ni kemain elok ja tersadai kat jalan nak masuk rumah aku tu. heran ah, aku hon dia tak respon, tapi ada ja manusia lam keta tu. yang buat cerita ni lagi best, ada lagi sebijik keta proton(kot) depan keta waja tu. keta proton tu pulak...amboi-amboi sedap-sedap ja parking betol-betol depan gate umah aku. makna kata disini selagi dia tak ubah keta dia, selagi tu la aku tak boleh bawak masuk keta aku.


yang si pemandu keta proton tu, awat la biadap dia tu tahap melampau-lampau sangat tak tau. nak parking pon tak beragak. dah la parking depan rumah orang tengah jalan pulak tu. keta proton ni sebenarnya dah block keta waja yang kat belakang dia.  keta waja tu pon satu ngek jugak. tak reti nak buat hon panjang. tunggu je kat situ. aku yang dah memang nak meletop ni terus ah belok masuk jalan lain, lepas tu aku bawak keta aku letak depan rumah jugak. aku block balik keta dia. biaq sama kena block.


sampai ja depan umah terus aku turun keta dengan lagak penuh gengster la kan.. nak sound si pemandu keta proton tu padahal time tu tengah pakai baju kurung kot..dengan shawl terbelit sana sini..ada gaya ka macam gengster? tapi tak sempat pulak nak sound dia. sebab abah aku bertindak lebih pantas (masa ni abah aku baru sampai rumah dari amek adek aku kat tutition). dia yang pegi cakap kat pemandu proton tu suruh ubah keta. sumpah aku tak puas hati sebab aku tak dapat nak maki dia.


demi untuk tidak memudaratkan keta abah aku tu, aku suruh ah abah aku bawak masuk (jalan sempit sangat time tu, aku takot tak lepas ja kalau aku bawak masuk). aku pulak konon-kononnya nak tutup gate la kan..tapi mulut aku pulak tak berhenti-henti membebel..siap menjeling kot pemandu proton tu..dia pon tengok je aku dalam keta dia..mulut aku dah sumpah seranah macam-macam dah..boleh tak lepas aku dah menyumpah tu baru aku perasan yang cermin keta pemandu proton tu tak ditutup. makna kata dia dengar la semua sumpah seranah aku tu. patot la dia pon jeling aku...heh bajet aku takot la tu..werkk sumpah tak takot!


dah habes semua tu, tak pepasal lak aku kena tazkirah ngan mak aku. ye ah biadap la kan buat macam tu. aku kan perempuan, mana boleh maki-maki macam tu tak elok..(cisss, padahal aku cuma kata bodoh je kot)...ish geram geram geram!!!


last sekali mak aku cuma pesan, kalau rasa nak marah tu..bawak-bawak la banyak beristighfar..masalahnya aku mana la nak ingat beristighfar semua tu bila tengah marah..lagi layan amarah aku ada la. duhhh susahnya!





NotaKaki : macam biasa la tajuk takde kena mengena pon.


okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, January 26, 2011

Buah-hati-pengarang-jantung.

status : kembali menjalani aktiviti sebagai seorang tutor di petang hari. yayy sayer suke!


pstttt...ayat tak boleh nak skema lagi ke(?). oraite, kali ni meh kita berkenalan ngan buah-hati-pengarang-jantung-kesayangan-sayer-yang-terbaru nak? ape? tanak? huffttt aku pedulik haper..nak tanak kena tengok jugak. ye..memang aku paksa pon.




budak lelaki yang tersenyum manis ni la Deedat yang selalu aku sebut-sebut tu. ini baru betol ShahRukhKhan..ada mix blood woohh. tengok tu hidung dia macam puncak everest kot. ni kalau cium orang ni mau berlubang pipi orang tu. time ni si Faidhi takde pulak pegi mana entah, kalau tak harus la aku capture dia sama. yang kat belakang tu pulak Nina..Nina ni comeeelll sangat. dah la comel..cepat pick up apa yang orang ajar. budak berdua ni baru umur 6tahun yerr. 




okeh yang kat tengah sekali tu nama dia Syafiq. aku pangey Fiq. asal dia dok close sangat ngan Nina? dorang kapel ke?hahahah tak la..Nina ngan Fiq ni adek beradek. Fiq-abang, Nina-adek. Fiq ni umo dia 8tahun. kire rapat jugak la ngan aku. aku macam dah jadi private tutor kt Fiq pulak. everyday lepas Deedat ngan Faidhi habes belajar ngan aku (termasuk la budak-budak darjah 5 jugak) mesti Fiq datang bawak semua buku-buku dia kat aku. selalu aku tunggu dia setel keja baru aku balik.


masa first time aku jumpa Nina, dia ni macam malu-malu sikit. tapi cepat pick-up. sekarang ni, rasa malu dia tu dah terbang kemana entah. potpetpotpet je mulutnya. satu lagi yang boleh buat dorang rapat ngan aku sebab dorang pangey aku kakak. kalau pangey aku teacher..aku rasa macam ada gab la pulak..dah tu aku pulak yang rasa pelik...lagipon ni bukan sekolah, tak payah la nak formal sangat.


Fiq pon masa memula tak banyak sangat cakap. kalau Teacher Rasiah suruh dia refer kat aku, baru dia datang. sekarang ni tak payah tunggu Teacher suruh..memang hari-hari la lepak ngan aku, ada-ada je keja yang nak di buatnya, mengeja la mengira la..siapkan homework la..macam-macam.


okeh kalau yang berdua kat atas tadi tu macam tak banyak cakap kan masa mula-mula..meh kita berkenalan ngan budak banyak cakap pulak, sapa lagi kalau bukan Deedat! acctually ada sorang lagi, Faidhi..tadi dia takde so tak dapat ah nak pampang gambar dia kat sini. tak pe next time. Deedat ni kan memang hyper, tengok ah gambar ni ala-ala budak nakal giteww..tapi sebenarnya dia ni tak de la nakal mana, manja kot. hahaha contoh macam hari ni, dia salah semua spelling boleh pulak dia nanges teresak-esak. aku time tu baru sampai, then terserempak dia ngan Faidhi kat tengah jalan (time tu dorang break otw nak gi makan). aku tanya kenapa. dia jawab...


Deedat : akak, Deedat salah buat spelling.

aku : banyak ka salah?

Deedat : banyak. sambil kesat-kesat air mata dia

Faidhi : akak..Deedat salah semua. Faidhi salah satu ja..salah blue. blue...B....L....U....E blue!
dah la dia cakap laju tak da titik-titik pastu boleh pulak, ulang mengeja kat aku..


tapi lepas dah makan, bila masuk balik..aku tengok happy je takde la muka cemberut macam awal tadi. Deedat ngan Faidhi ni memang pasangan cukup ideal (macam cap susu ideal pulak kan). dah la sama-sama hyper, selalu ja buat orang gelak. kadang-kadang tu aku dengar la jugak Deedat sembang ngan Faidhi. bagi dorang benda yang dorang sembang tu serius..tapi aku yang dengar ni sumpah nak tergolek-golek gelak. agak-agak ann apa la sangat isu serius yang boleh dibangkitkan oleh budak yang berumo 6tahun selain dari nak siapkan homework cepat-cepat, tanak buat bising ngan nak balik awal?


ada satu time tu Deedat kena denda sebab buat salah, tak boleh balik awal macam biasa, dia kena stayback sampai pukul8 malam. time tu dia memang dok pujuk si Faidhi la suruh staybacak ngan dia sekali. hahaha sumpah lawak. Faidhi mesti ah takmo..sapa sanggup nak balik lewat-lewat kan?


kalau nak cerita pasal perangai dorang yang superrr lawak ni memang tak habes. ini aku cerita. cuba kalau korang kat tempat aku..boleh tengok seniri dorang ni macam mana. seriusly dorang semua ni dah macam terapi gelak kat aku. happy sangat. kadang-kadang aku harap sangat life yang sekarang akan kekal. maksud aku life aku dengan budak-budak la. dulu aku rasa macam susah sangat nak tackle budak-budak. masa aku kena mengajar kat SK Penaga dulu..terpikir jugak aku cemana la nak buat students suka kat aku. tapi lama-lama bila dah dapat tune tu..memang tak payah aku terhegeh-hegeh tackel dorang..dorang seniri yang akan tackel aku balik hahahaha.


okeh la nak tidur dah..nytezzz.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, January 25, 2011

Bila happy kita akan sentiasa berada di tahap yang sangat over.

status : sudah dapat jalan penyelesaian. maka nya tak perlulah bergundah gulana lagi. DOMO tunggu ibu ok?


werkk berlagak nak ibu ibu pulak..sedar la weh. tak layak kot. heh..ade aku kesah? orait seperti yang direncanakan la yeh..diharapkan jalan penyelesaian ini akan meng happy kan semua makhluk kat dunia ni..dari bakteria yang sebesar zarah tu, sampaila ke Godzilla yang sebesar-besar alam. diharapkan jugak lepas ni tade la budak tu nak menangis sampai bengkak-bengkak mata yerr. bukan apa takot nanti ada pulak yang tak kenal rupa manusia dengan rupa panda.


yess saya (saya?cehh) sudah dapat mengembalikan tune mood saya seperti sedia kala. woaahh..mana buley nak layan blues lama-lama..ingat ni Terengganu ka nak layan blues Ganu kite. gua rockers sejati tanah ayer beb, tak reti ah nak layan blues-blues ni..dah macam rancangan Bules Clues pulak.


disebabkan terover happy esksaited melampau (oh ayat apakah ini?), aku dengan berbesar hati nak memperkenankan hajat seseorang nak tengok muka tadah penampar aku. acctualy dia mintak muka-tadah-penampar-ku dijadikan header, masalahnya kesanggupan aku nak tengok muka sendiri di jadikan header tu maseh dilevel yang sangat diragui. so..as a teaser aku post kat sini je la. eh..aku tak bajet pon nak letak muka sendiri buat header..nanti tak pepasal pulak betol-betol dapat penampar free ann. boleh tak? orang lain request muka aku dijadikan header..ohh..tahu la awak rindukan sayerr jangan la macam nii..malu tau..hemohemohemo..


nantikan debut album sayer disekitar pasar malam pasar malam yang berdekatan yerr..tetiba lak terbajet artis ann.


sila abaikan frame tugu negara kat belakang aku tu yerr. aku tak kenal pon perempuan yang dalam frame tu


gambar ni yang paling clear..of course la, cybershot kot..yang dua helai gambar kat atas tu pakai webcam je..so quality agak kurennnngggg sikit.


amacam? dah berapa bakul muntah? hahaha itewww baru tiga keping. aku ada lagi berkeping-keping kot. ciss padahal orang tu request sekeping ja..terbaik hati la pulak nak bagi banyak-banyak kan.


eh lupa nak cakap kat budak hensem ni..aku pon turut bangga jugak eh..sorry tak leh reply text. kedit takde wahahaha..eh budak hensem, sayer rindu awak jugak, rindu sebanyak sepuluh choki-choki yayy!


okeh la, till i mengarut again, sudah mau pegi tuition..daaaa.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, January 24, 2011

Her hero..the one and only.

status : malas sudah mau layan hati yang rindu! wek : P


okeh as stated above la kan. tak baik layan hati yang ngeng lama-lama boleh memudaratkan kesihatan tau.


semalam kita ada bercerita pasal Taufik Hidayat, badminton player Indonesia kan. so hari ni aku macam berbesar hati nak mendedahkan betapa daku meminati beliau sebagai seorang player yang cemerlang di arena sukan badminton. aceeewaaahh ayat dah macam berita tv3 pulak. eh player tu bukan playboy tau, player tu maksudnya hero..tahu la Taufik penah kena cop playboy dulu..tapi who cares rite..as long as he did a goooooood job tak kesah la sapa pon dia.miahahaha.


aku start minat kat si Taufik ni masa tahun 2004. time tu aku form 4..masa ni memang Taufik femes tahap nak mati la. tahun tu jugak dia jadi juara Olimpik Athens..pergghh persaan aku time tu sungguh tak boleh blah. berbunga-bunga ja bila tengok dia main. sanggup ni ponteng tuisyen balik rumah awal-awal semata-mata nak tengok live kat teevee. dah la tu siap pengaruh kengkawan aku suruh balik rumah jugak tengok Taufik main..hahaha. kawan-kawan aku kalau bab nak memonteng tuisyen ni memang hantu. tak payah suruh pon memang dorang balik jugak.


ni nak habaq mai..aku siap ada giant poster Taufik kot time dia main kat Athens tu. poster tu pulak terpampang tanpa segan silunya kat bilik aku. so sesapa yang enter bilik aku mesti akan nampak sebesar-besar alam muka si Taufik tu. aku letak poster tu dulu konon-kononnya macam nak amek jadi sumber inspirasi la kan..ciss bila pikir-pikir balik kejadahnya la aku buat semua tu? aku pon tak paham la kenapa aku ada perangai yang memalukan time budak-budak dulu.



melambak aku ada gambar dia yang masa kat Athens ni...alahai..comelnyeee



chunn ah gambar ni..kan best kalau aku yang snap!


itu tak pe lagi. ada satu time tu bila aku free je mesti aku stalk pasal Taufik. memanjang je on tenet tak lain tak bukan stalk habes habesan sampai nak muntah. paling worst siap print out ni gambar kat tenet, lepas tu besoknya pegi sekolah tayang kat kawan-kawan..yayy aku ada gambar latest Taufik Hidayat! rasa macam nak bagi satu sekolah tengok pon ada. tapi melampau la kan..karang tak pepasal lak PK nampak pastu kena rampas. heyhh awas ya..sekolah aku dulu memang suka main rampas-rampas gambar-gambar selebriti dari students. dah rampas tu, alamatnya hujung tahun la baru dapat balik itu kalau bernaseb baik la. kalau kau ni jenis tak bernaseb baik, makanya gambar tu akan puhhh lesap macam tu je la.


time sekolah dulu jugak..aku ada beberapa orang member yang kebetulan minat jugak kat si Taufik Hidayat ni. ahhh sebokk ja aku minat dorang pon nak minat. tolong la minat orang lain boleh tak? geram kot ada competitiors macam ni. hahahaa. everytime kitorang nampak ja muka Taufik kat paper memasing berebut kot nak amek simpan gambar dia. bila cikgu tak masuk, bukan kitorang nak disscuss buat keja sekolah pon kitorang lebih rela bincang pasal Taufik Hidayat dengan game-game dia yang akan datang. pengetahuan pasal badminton time tu memang tiptop ah. kalau la time SPM dulu ada subject Taufik Hidayat and his skill confirm aku dapat A1.


ada satu fakta yang best, yang aku baru perasan masa 2004 tu. aku penah tengok Taufik main kat teevee masa Sukan Komanwel 1998. time tu Taufik umo 17(muda remaja gitewww). aku pulak umo 10 tahun. time ni Taufik punya attitude memang banggang tahap lobak ah. ada ke patot dia kalah game time tuh dengan selumber rockersnya dia hempas racket kat court. not so sure wheter his racket patah or not..tapi aku nampak muka dia tengah marah. aku pon time tu dengan penuh menyampah mengucapkan ayat "hek elelyyyhh dia ni dah kalah nak bebal pulak. kalah tu kalah la". masa tahun 2004 tu jugak la aku baru perasan yang Taufik ni la yang aku kutuk-kutuk 5tahun lepas dalam sukan komenwel tu..hahah ha happaaadaaa. sekarang attitude Taufik ditahap yang membanggakan dah. kalah pon rock steadyyy je..tade la nak hempas-hempas racket lagi. wahh bangga aku tau!


dulu memang suka gila la tengok Taufik main. paling best bila dia buat backhand smash. sekali dia backhand bola fuhh..confirm kuitp mata. lagi satu dia agak hebat dalam jumping smash jugak. sekarang ni macam jarang-jarang lak tengok dia buat jumping..tak larat dah kot? kalau perhati betol-betol kan..aku rasa Taufik ni macam buru gelaran yang hebat-hebat tau. cuba tengok game masa Olimpik ngan Kejuaraan Dunia..boleh pulak dia menang time tu kan. ye ah..dah la menang dapat nama, duit...of course la masyuk jugek.


tingginyee lompat..eh nampak boxer pulak..



jaga-jaga..nak semashhh nii..hoooo



yayyy aku la bintang kejora...eh silap silap..aku juara...


well gasak la macam mana pon yang penting i tetap minat you Taufik miahaha. bila pikir-pikir balik ann rasa comel pulak dunia aku dulu. minat Taufik sampai jadi stalker. kekadang tu bila tuition cancel aku tak terus balik rumah, ajak member gi cc dulu stalk pasal Taufik lagi. hahahaha comel kan?


so sesapa yang bakal aku minati lepas ni awas ya..sebab aku akan stalk habes-habesan pasal anda. takot tak takot tak? hahahah..takde la. dulu masa muda-muda remaje bole le..sekarang dah malas la nak buat semua tuh. so jangan risau yerr aku takan stalk korang la.


okeh babai!


credit : gambar semua rompak kat gugel images.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

They teach me on how to berkawan in their own way.

status : owh aku perindu sepi...cewwahhh!


sedikit gelong kan...mentang-mentang la fb dah tak boley nak post status, suka suki aku ja nak buat status kat sini ann..hahaha pedulik haper aku. rasa macam best pulak boleh post status kat sini...ngeng!


hari ni macam besa la on fb, tgk notifications yupp dah tau mesti ada komen kat picture yang dorang tag aku hari itu..ala picture yang kat ict tu..yang aku tak de tu..yang dorang buat 3g ngan aku tu..


well baru hari ni dorang dok sebok-sebok nak komen. mesti la aku orang yang first komen kat gambar tu. lepas tu ada la dua tiga komen yang menjurus ke arah sesi pujuk memujuk hatiku yang lara ni..adehh...sakitnya rindu, boleh bawak nanges kot..eh ada sesapa nak lempang aku tak sebab cakap macam ni?


aku tak tau nak cakap macam mana. tak tau jugak nak express kan mood aku sekarang. hati rasa macam sedih, sayu,pilu (hehehe) mengenangkan kesah lalu. tak..tak..aku serius ni. aku rindu kat budak-budak tu. rindu masa zaman 3tahun menumpang Kolej Dahlia. rindu semua benda. seingat aku bilik DA2052 penghuninya Ayu,Suraya dan Beap memang tempat yang full of suprise lah.


macam-macam benda kitorang buat kat situ. dari nak study sampai la ke suprise birthday party (padahal birthday orang lain kot..nak jugak selebret kat bilik ni), party asap (Am ang ingat tak party asap?, best kot berair mata tahan asap), slumber party..bukan setakat party-party je tempat meraung, meluah perasan, tempat bertumbuk, bergadoh semua kat situ. tapi apa lah sangat erti sebuah bilik kolej kalau tak ditumpangi oleh budak-budak yang superr nakal macam kami bahahaha.


boleh bayangkan tak bilik yang sepatotnya dihuni oleh 3orang perempuan dewasa kadang-kadang boleh mencecah sampai sepuluh orang dan lebih dalam satu-satu masa? berhimpit-himpit duduk. kadang-kadang terkepit-kepit. tapi tak pa..semua orang macam tak kesah pon janji happy, perut kenyang. selalu kalau berkumpul ramai-ramai macam ni..mesti ada sesi makan-makan sampai pecah perut. walaupon time tu kami hanyalah warga kolej tapi sikit pon kami tak rasa kurang. Wani selalu buat kami rasa macam kami ni normal (masa dulu time dok kolej rasa macam abnormal sebab aktiviti social agak terbatas). everthing yang kami nak semua dia ready..tak la semua, maksud aku selagi dia mampu la. pastu bila nak keluar jalan-jalan dia yang akan jadi driver kami. yupp kami semua menjalani hidop sebagai seorang warga kolej yang almost complete dari segala hal.


Kolej Dahlia, banyak sangat kenangan kat situ. yang paling penting kat kolej tu jugak la aku kenal budak-budak ni. dari situ kami rapat. memang kami semua satu course tapi masa part3 terpaksa berpecah. Am,Suraya,Beap-dorang amek Fizik. aku,Wani, Ayu-amek Bio. so kat kolej je la yang kami boleh jumpa sama-sama. semua sekali.


kat kolej tu jugak aku belajar macam mana nak appreciate kawan-kawan (dulu aku agak selfish). aku dapat kawan-kawan yang memang ada untuk susah dan senang. lets say kalau aku tengah sedih..they will try to make me happy. comfort kan aku dengan pretty words. sampai satu tahap aku rasa macama aku sangat-sangat bertuah sebab ada dorang. betool aku tak tipu. sebab kan time tu aku banyak sangat tengok orang lain berpecah dengan kawan-kawan dorang. tapi aku dan kawan-kawan aku kekal..sampai grad pulak tu. ala setakat gadoh-gadoh sikit tu biasa la. lepas gadoh, mesti kitorang akan buat post-mortem, luah apa yang tak puas hati..lepas tu bila da okeh..mintak maaf..and then terus setel. agak-agak ann ada tak yang berani buat macam ni lagi?


untuk budak-budak ni..aku appreciate giler dengan apa yang pernah kita ada. aku tahu things will never be the same again. aku percaya. apa yang aku rasa sekarang ampa pon rasa jugak kan. macam mana aku banjir malam tu, aku tahu orang tu pon nak banjir jugak kan. hahaha ego aku dah senipis lapisan ozon sekarang ni. malas nak describe. paham-paham seniri je la eh.







hobi terbaru aku sekarang suka selak balik semua pictures dulu-dulu. aku memang tak kuat. feel like i'm a big loseerrr.


miss you guys.


NotaKaki ; mariners..i oso rindu you guys jugak okeh.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Taufik apesal main macam tu?

haii la...dah la aku sedang berduka lara, sedang bermood rindu-rinduan. hari ni pulak si Taufik sang kekasih hati menambah duka di sanubari lagi. aisehh..acane la dia boleh kalah eh tadi?


tak buleh belah ah, macam tak boleh terima je kekalahan Taufik tadi. kalau main mantap tak pe gak. ni main macam tak de hidayah je. padahal nama tu dah cukup-cukup terang kot maksudnya Taufik Hidayat-pertolongan dan petunjuk Allah. eh kejap-kejap lupa pulak nak intro pe kejadahnya la yang aku meraban ni ann. ni semua pasal Proton Malaysia Open Super Series 2011 daaa. tengok tak petang tadi?


final petang tadi Chong Wei versus Taufik Hidayat. of course ah aku support Taufik. bukan aku nak betray Malaysia ke hape..maksud aku kat sini aku cuma support Taufik ja. misal kata Chong Wei versus Sony Dwi Kuncoro aku mesti la support Chong Wei. gila kau nak sokong negara luar? dah final ni Taufik lawan ngan Chong Wei..terpaksa ah sokong Taufik..Taufik je, negara dia aku tak minat ah nak amek tau.


serius memang kecewa gak ah. Taufik macam nak tanak je main tadi, macam senang-senang bagi Chong Wei menang. aku tau ah Chong Wei tu hebat. tapi bukan macam ni kot game yang sepatotnya. masa first set time Taufik lead 5-4, aku dah macam yesss go Taufik...go! (sambil bersuara gedik didalam hati) lepas tu Chong Wei lead balik..terus jatuh mood aku.


dah agak first set mesti dapat kat Choong Wei. harap second set Taufik menang pastu leh ah heret main rubber set pulak. sekali lagi kecewa. awal lagi masa second set Taufik dah buat mistake. memang Chong Wei sedap-sedap lead dia jauh pulak tu. ada satu time tu Taufik kejar mata. aku dah macam tolong la heret pegi ruber set..aku nak tengok kau menang boleh tak? tapi nak buat cemana last sekali Chong Wei jugak menang. serius tak puas hati.


salah satu benda yang aku pelik sangat kan..pesal banyak kali Taufik hantar bola(shuttlecock, aku pangey bola je) keluar? dia macam tak boleh nak agak gelanggang tu macam mana, bola yang dia hantar asyik out memanjang. padahal kau tu makan-tidur-main semua kat gelanggang kot takan tak tahu besar mana gelanggang tu? lepas tu main kat jaring pulak...lagi la ngeng, tak pernah lepas kot tiap kali main kat situ. and then..mana dia punya Jumping Smash yang maha hebat tu? bukan ke dia raja smash men-smash bola ni? sumpah tak puas hati. permainan tak mantap. may be orang cakap aku ni pandai komplen jaa bukan aku yang jadi player tu. tapi ann cuba la tengok seniri kalau main pon macam nak tanak je sapa tak geram kan..boleh buat orang emo kot.


pape pon tahniah jugak la kat Chong Wei. cepat je dia baca semua gerakkan si Taufik tu. Taufik pulak lepas ni kena betol-betol fokus la kalau nak menang dengan Chong Wei. really hope Taufik can win in Korea Open pulak pasni, jangan jadi macam orang tu sudah, asyik-asyik nak tarik diri padahal tak da serius injury pon.


lupa nak bagitau..i'm a big fan of Taufik Hidayat yerr. hikhikhik. go Taufikkkk go!!!!!!!!!!!!




asal comel sangat ni? takpe la walaupon gigi  dia berterabur sebab tanak pakai braces, aku tetap nk minat jugak. sekali lagi...ohhhh comelnya....


okeh bai!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, January 23, 2011

Tima kaseh tag saya kat fb, suka sangat gambar ni, boleh lepas rindu.

caption : ummie zetty, autie arm, mummy ayu, auntie sue, ateh..
~~erin..we miss u..tak cukup korum neh..


"keep the pictures they never change, only the people in them do"


gambar ni di captured semalam. i dunno where, but they said it's around ict. ok ok..a picture tells a thousand words kan, aku rasa tak perlu la aku describe everything in this picture rite. just look at them..happy together, cuma tak da aku je..if ada cukup la korum tuh. aku kenal kawan-kawan aku. biar macam mana keadaan dah berubah sekalipon, perangai ngeng tu tetap melekat.


masing-masing muka tak boleh belah, sesuci embun pagi pulak. pesal bajet nerd sangat ni? Ayu yang tengah tunggu due date tu..lagi la tak boleh belah perangai dia, nama je Ayu..tapi hahaha masyaALLAH gelong dia terlampau-lampau. eh..dulu dia baik, kitorang yang ajar dia jadi ganas sebab masa part one dia asyik kena buli ngan roomate dia yang bongkak. aku geram mesti ah aku suruh dia lawan balik. dan sekarang ternyata Ayu memang berpotensi untuk jadi seorang Incredibble Hulk yang berjaya.


bila aku belek-belek gambar ni ann aku rasa muka Ayu dah macam kaum-kaum ibu je kan..waaa sumpah aku tak percaya. kawan yang sama-sama time study dulu dah nak jadi ibu. aku cemana weh? ada tak nampak muka macam ibu-ibu mithali? padahal pegi mana-mana pon orang still dok kata aku ni budak sekolah lagi. ada hati berangan nak jadi ibu..piiigiidahhh!


oh ya tenks to Noor Amalina Anwar (am) for tagging me dalam gambar kat atas tu. sebab tu ada caption sekali hehehehe.


okeh bai!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Mereka yang pernah membahagiakan aku dulu.

status : rindu in mood.


dedicated this entry to budak-budak lepak DA2052 (2006-2009) Arau, Perlis.


agak sedikit beremosi sekarang ni. tadi dapat call dari Wani (beb) tapi yang jawab suara Ayu. heh aku dapat regonised kot suara Ayu eventhough dia guna phone Wani untuk hello hello aku. eleh aku tau ni tak lain dan tak bukan mesti keja si Wani call aku pastu suruh Ayu yang jawab.


aku tahu Ayu kat Shah Alam sekarang sebab Wani ada cakap minggu lepas yang Ayu nak datang visit dorang (Wani, Beap,Suraya,Am-budak2 lepak DA2052) cuma aku tak tahu bila. tadi petang aku ternampak status Am kat fesbuk..dia cakap goin to meet Ayu at ICT (sumthing like that la) confirm mesti semua geng aku ada kat situ.


sebab tu bila suara Ayu yang jawab phone tadi aku tak terkejut sangat. kalau setakat sembang-sembang kat phone macam tak best la pulak kan sebab tak dapat nak tengok secara live apa yang jadi kat sana. then Ayu buat 3g pulak ngan aku. aduhhh kali ni memang parah la. aku yang parah dorang heppi jepp. memang aku spechless habes. aku nampak semua orang kat situ. aku nampak Ayu, aku nampak Suraya, aku nampak Am, aku nampak Beap, aku nampak Wani..dan last sekali dorang tunjuk kat aku perut si Ayu yang dah memboyot tu (dia pregnant, lagi 2 minggu due date). aku dah macam hooomaiiiguarddd...besarnya perot Ayu.


semua orang macam berebut-rebut nak 3g ngan aku..aku pulak macam tak boleh nak kata apa-apa. nampak semua orang hepi dapat gath kat situ...dah macam apa lagi tadi. dorang yang banyak cakap-cakap dari aku..ngeng ah dorang ni siap warning aku lagi jangan nanges-nanges. naseb baik ah skrin phone ni kecik je kalau tak memang dorang dah nampak kot aku air mata aku bergenang. malu. tapi ann aku rasa dorang dah boleh detect kot time tu aku dah macam nak nangess sebab aku ada dengar dorang cakap :


"ha tuh nak nangis ah tu hahaha"

lagi satu,

"uwaaa semua orang ada kat sini..Erin ja takdak"


ngeng ah budak-budak ni. dah memang tahu aku ni jenis macam tu, boleh pulak dorang bahan kan aku. macam nak sekeh je kepala sorang-sorang. tapi memang betol pon kan aku dah nak menanges tadi. hahahaha. cuba cakap kat aku sapa yang tak pernah menangis kalau disebabkan rindu? nak nak pulak kitorang dah lama gilak tak jumpa. yang lain tu aku still jumpa sebab dorang ni dok kat belah-belah utara ja. tapi si Ayu ni, dah dua tahun aku tak jumpa (dia stay kat Kelantan). tuptup pulak hari ni nampak semua orang ada kat situ hampir cukup korum...cuma aku ja yang takda. agak-agak ann apa perasaan aku time tu? takan nak gelak je kot, mesti la sedih kan...apa-apa hal pon aku happy jugak. sebab dorang still ingat kat aku kan.


habes je 3g cepat-cepat aku godek lappy, cari semua gambar-gambar aku ngan dorang. sumpah rindduuuu sangat-sangat kat dorang. sekali lagi mata aku penuh air. huwaaaa aku rindu korang tahu tak?!!!!!


pernah dengar tak qoute "keep the pictures they never change, only the people in them do." yupp people changed. tapi gambar, kenangan semua tu akan kekal. dan kalau kita ikhlas berkawan, insyaALLAH hubungan kita tu pon akan kekal.


bawah- gambar 2tahun lepas, hari terakhir final exam paper kimia, hari terakhir aku jumpa Ayu, hari terakhir kitorang ber-enam gath. muka betol-betol suci. bila aku cakap suci maknanya memang sangat suci.



yang baju biru ni la Ayu, tengok muka aku, baru lepas nangis.



Wani ngan Ayu pulak. steady je dia tak nangis pon.



 Beap yang ngeng..padahal dia yang suka beremosi ni pon boleh je control tak nangis.



 tu towel Ayu kot, beriya aku nangis time ni siap tutup muka bagai. malu kot.



ha sebijik lagi..time ni ann camera memang sasar aku jepp padahal orang lain yang nak pegi aku pulaks yang beriya nak beremosi kan..



hahaha bongak ah gambar ni.


dari kiri : Kak Z, Wani, Ayu,Suraya,Aku,Beap,Su. am tak dak sebab time ni dia jadi photoG


bawah ni pulak gambar sehari before Ayu balik Kelantan, bertunang, time ni kitorang dah part 5.



















tu yang kat tengah sebelah aku tu la Am,masa ni dalam keta otw nak balik kolej Dahlia. masih bergelar warga kolej ann so tak buley ah nak lepak lama-lama

* * * * * * * * *

masa tengah siapkan entry ni jugak aku dapat text mesage dari Wani.


" beb.. lu ok ja kan?"

"of cos im not ok. crying. missie u guys" i replied.


terus dia call. dia tahu sangat la perangai aku ni macam mana. manja terlebih, nak kena pujuk pulak hahahah takde la. aku just rindu kat dorang je. tak boleh belah Wani berkali-kali cakap kat aku yang gath tadi tu takde pape pon..it's just jumpa-jumpa biasa. minum-minum and then lepak sekejap, sebab waktu agak terbatas. agaknya dia nak jaga hati aku kot. tanak aku sedih ngan jeles sebab tu dia asyik dok cakap tak de pape. aku tak de la jeles..aku rindu sebab tu aku nangis. yang dia dah gelabah bewak, ingat aku jeles tu sapa suruh.


last sekali macam biasa la dia akan cakap,


 "beb..we always waiting for you. ramai kot yang tunggu you. you can come bila-bila je yang you rasa you nak. i dah tak mau invite you banyak-banyak kali..."


dia cakap lembut je ngan aku tapi penuh maksud kot ayat tu. aku tau, dia nak aku jugak rasa semua benda yang dia buat kat sana. macam dulu-dulu jugak. aku cuma boleh cakap insyaALLAH je la. tapi dia dah pegang apa yang aku cakap tu sebagai janji, means by hook or by crook kena buat jugak la.


well InsyaALLAH, kalau diberi peluang kan..why not? sapa tanak stay ngan orang-orang yang tersayang kat sana. cuma berharap kali ni, akan dapat stay more longer with them. mungkin jugak lepas ni boleh ulang buat benda-benda yang ngeng sama-sama sekali lagi. who knows...


erin says : those yang ada kengkawan rapat macam ni tolong la hargai dorang, jangan betray your friends tuh. masa ni la korang nak berkawan pon. nanti bila dah berfamily belom tentu akan rapat macam ni lagi. dalam hidop, aku bersyukur sangat sebab tuhan selalu jumpa kan aku dengan kawan-kawan yang baik, yang sayang aku, yang amek berat kat aku. yang memang akan sentiasa ada bila susah dan senang. harapnya akan kekal sampai bila-bila.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, January 22, 2011

Cerita senget yang ngeng di petang hari.

tidur petang aku hari ni di ganggu gugat kan oleh pekikkan ringtone lagu kumpulan sixth sense. dah la tu kuat pulak. dah boleh agak sapa yang call sebab aku dah set ringtone tu untuk dia. dalam keadaan mamai macam tu pon sempat jugak aku terpikir, eh pesal awal sangat call, takan nak ajak gossip dah kot. selalu kalau nak gossip-gossip pon lewat-lewat. tak pe la, malas pikir,pick up je la phone. tak payah nak cover-cover la suara baru bangun tidur tu...hipokrit kot.


*ni antara perbualan yang aku ingat la...tak berapa nak ingat sangat la sebab aku kan mamai time tu.

aku : hello.

budak tu : hello...oiii dok buat pe?

aku : takde buat pape pon.

budak tu : baru bangun tido ke?

aku : a'ah...

budak tu : ish anak dara ape..tidur petang-petang blablablabla

aku : aku sakit perut...aku sakit #%&^$* sebab tu tido

budak tu : wooooo ha..aku simpati la.. (dia cakap simpati, tapi aku rasa macam tak simpati pon siap boleh gelak-gelak lagi..hampeh)

aku : simpati? huh..sakit kot rasa macam nak mati ja..

budak tu : kire ok la tu aku cakap simpati, kalau aku cakap padan muke cemana? (cisss..meang berpontensi pon sebab mulut dia pon laju)

aku : ha ok ok...

budak tu : weh nak tau ceta best tak?

aku : ha..apadia?

budak tu : tadi an ada orang kata kat aku...........blablablablabla

aku : hah? hahahahaha perasan..eiii tolong la. hahahaha eh tak buleh belah. (masa ni terus cerah bijik mata aku, bantai gelak kawkaw dah..aku pon tak ingat ada ke aku cakap kat dia tak buleh belah tuh)

budak tuh : hahaha dah la weh, dah la sakit perut, gelak kuat-kuat buat ape.

aku : hahahahaha.


sebenarnya ada lagi benda yang aku cakap-cakap ngan dia yang terpaksa disensorkan sebab pengunaan bahasa yang keras dan dikhuatiri bakal menjejaskan budaya berbahasa.


korang kalau nak tahu apekebenda la yang budak tuh gossip ngan aku boleh la kelik kat SINI. bahahaha tak buleh belah.



aku pon tak tau gambar ni ada kena mengena ke tak.
masalah nye ade ke?bahahahaha


okeh bai...hahahaha


NotaKaki : to whom it may concerned..humm oke la aku percaye ye...hahaha

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, January 21, 2011

Yogi Bear di dalam rumah.

hohoho..hari ni kita upah si Yogi Bear buat promo belog ni yerr.. mentang-mentang la dah tukar itu tukar ini dan dan je nak suruh si Yogi promo kan..tapi anda jangan risau yerr Yogi Bear memang tak de sign kontrak ngan aku pon untuk jadi maskot belog ni.


jadi apa halnya si Yogi kat sini eh?


ni nak cerita ni. aku rasa kan sesapa yang pernah hidop sezaman ngan aku masa kecik-kecik dulu mesti penah tengok cartoon Yogi Bear kan? paling tidak pon mesti ingat pasal Boo-boo boy kawan si Yogi ngan Jellystone Park tampat dorang lepak tu kan ? ke ada yang tak pernah tengok sebenarnya ni?


tak kesah la korang penah tengok ke tak penah. jangan risau those yang tak pernah tengok tu boleh la selak-selak kat youtube tengok cartoon ni. aku suka tengok cartoon ni sebab lawak dia tu tahap benggong tak hinggat. mana tak nya everytime Yogi nak buat sumthing, mesti benda tu tak jadi. dah tu ada je benda-benda sengal yang dia buat. kadang-kadang memang tak logic pon. ala biasa la nama pon beruang, mana dia ada akal nak pikir logic ke tidak apa yang dia buat tu. aku pon time tu kecik lagi, asal cartoon je aku bedal tengok, itu yang boleh tertengok cartoon tak logic ni (padahal semua cartoon tak logic kot).


sekarang ni kan Yogi dah advance yee. kalau dulu, main kat teevee je sekarang dah keluar panggung weh. tapi kat Malaysia ni coming soon la..bahaha boleh tak aku nak cakap aku tak sabar nak tengok? kali ni Yogi Bear masuk panggung in 3D yerr. mesti best, karakter cartoon di filem kan. lepas tu semua yang kat sekeliling dia benda real..ala macam ceta Garfield dulu la kan. semua benda real cuma karakter Garfield je diterjemahkan dalam bentuk yang seakan-akan hidop. perhh nampak tak ayat aku tu..ni kalau pengulas filem antarabangsa baca, mau menangis 40hari kot..tak paham kejadahnya la yang aku merepek ni.


ah gasak la paham ke tidak. kalau penah tengok ceta Garfield tu paham la apa yang aku cakap. kalau tak penah tengok tak pe, kita tunggu je ceta Yogi Bear ni sesama. agak dah tak sabar sangat, boleh la kelik trailer kat bawah ni yerk.







meh kita men pop-kuiz nak tak? siapakah pemilik suara Boo-boo boy? tetttt salah! bukan Amitabh Bachchan ok. ni suara Justin Timbaterbalik wehhh sila teruja sikit..eh silap,silap.. adoii Justin Timberlake la. ok jom teruja sekali lagi.




comel ann suara Justin..bahahaha.


okeh bai.


NotaKaki : Kungfu Panda 2...coming sooon jugek!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Emosi sedang tidak setabil.



Punish . Men . Severely




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Public Holiday bersama Dwayne Johnson.

hari ni public holiday, kalau dah public holiday tu mesti lah kena keluar merayau-rayau kalau tak keluar merayau-rayau rasa macam loserr pulak..eh ye ke? macam tu pulak eh?


whatever lah, padahal kalau bukan public holiday pon, bila aku rasa nak keluar merayau-rayau aku buat jugak, tak payah tunggu public holiday pon. okeh hari ni macam biasa jerr, berjalan-jalan sambil membiak lemak dan mentengok wayang bersama-sama Incik Bmw.


sehari sebelum tu dia ada ajak aku pegi tengok wayang. aku pon ok je la, sebab tak de benda nak buat.(padahal, buku-buku students aku ada lagi yang aku tak mark, keji betol kata tak de benda nak buat kan..ish-ish). sebolehnya aku nak tengok ceta Khurafat sebab banyak orang cakap best, tapi Incik Bmw pulekk suruh aku pilih ceta lain. dia kata tak sesuai (aku taktau nape dia kata tak sesuai). mula ah aku dah tarik muka ketat tapi dia tak nampak pon sebab masa tu kitorang disscuss thru phone je. then aku pon suggest la ceta Season of The Witch. at first dia macam okay ja..tiba last minute dia cakap nak tengok ceta Faster pulak dah.


aku malas la nak banyak songgeh, mengenangkan dia tu selalu sebok tak boleh nak bersuka ria selalu, maka hari ni aku gagahkan jua melangkah kaki ke TGV Perda demi meluangkan masa bersama beliau(sekali lagi ayat bajet novel disitu yerr). padahal aku rasa macam tanak pegi dah tadi sebab dia tak kasi aku tengok Khurafat kan maka aku rasa macam nak balas dendam tak nak keluar ngan dia, tapi tak sampai hati lak hahaha..


ceta start pukul 6. aku sampai pukul 5.30. rasa macam awal la pulak. so apa lagi terus ah aku memecutkan kakiku ini ke McD. sebenarnya aku nak beli air je pon.dahaga kot. macam biasa ah kena que. aku rasa dekat limablasmenet aku tunggu orang kat depan ni order. bapak la..menatang hapa ntah dia nak mencekik tu sampai lenguh aku menunggu. tolong jangan buat aku tunggu lama-lama boleh tak? dalam pukul 5.45 macam tu Incik Bmw dah call-call aku tanya aku kat mana. last sekali terpaksa la jugak aku berambus dari kaunter McD tu takot tak sempat. sakit hati betol.


Naseb baik la ceta Faster ni tak menyakitkan hati, best gilak ceta ni. hahahahha. aku dah agak kot sapa mastermind ceta ni last-last memang betoi pon. Faster ni action movie, ada unsur-unsur ganas terlampau, saspens, berapa kali aku terkejut naseb baik gelap kat dalam tu, tak de la orang perasan muka cemberut aku kan. ada jugak babak-babak yang unexpected. fuhh pendek kata Dwayne Johnson memang hero habess ah..dah lerr badan ketul-ketul..mak oiii seksi kot. boleh tak nak cakap sayer suka awak Dwayne Johnson?




















lepas habes movie, kitorang pegi surau dulu, solat then Incik Bmw ajak aku pegi McD balik. sebab aku ada bagitau dia yang aku tak sempat pon beli apa-apa kat McD tadi. dia memang paham sangat dah kegilaan aku kat McD. kali bukan ni setakat air je aku dapat siap dengan set prosperity burger lagik. puas hati aku. hahaha. lama jugak kitorang lepak kat McD. dalam pukul 9 cam tu baru kitorang gerak balik. tu pon sebab Incik Bmw ada meeting sebab besok dia nak gerak gi Perak..dia ada program hape entah, aku lupa la.


so begitulah alkisahnya public holiday sayer hari ni. nak kata best sangat tuh tak da la best sangat macam biasa jugak tapi ok what dari tak buat pape langsung kan.


okeh la till i wrote again, babai.


NotaKaki : abaikan le yeh kalau tajuk tak de kena mengena ngan cerita.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, January 19, 2011

Weh Kem 'Pink' tu shoot kat Tasoh Lake Resort ah..ala yang drama kat TV3 tu.






tadi terON teevee (giler demand eja tv pon t.e.e.v.e.e..urban la katakan), tertengok cerita ni. ala cerita ni dah berminggu kot tayang kat teevee saja aku je yang baru tertengok hari ni. masa memula tu macam biasa-biasa je la, cerita budak-budak, dah aku pon tak buat apa-apa so layan pi la cerita budak-budak pon.


masa tengah dok layan tu aku perasan yang tempat ni macam kat area Timah Tasoh,Perlis. bila perhati lagi betui-betui..memang confirm la tempat kem ni kat Tasoh Lake Resort. aku ada cerita disebalik Tasoh Lake Resort ni. teruskan pembacaan anda kalau tahap curiousity anda di level yang tinggi ataupon dalam bahasa kasarnya anda memang kepochi...hihihihi.


secara jujurnya (cewwahh) aku pernah sekali kot ceroboh tempat ni. eh eh macam tak kena pulak guna perkataan ceroboh tu, tukar la. secara jujurnya aku pernah sekali kot masuk tanpa kebenaran pihak yang berwajib ke atas resort ni. mana tak nya, post pengawal kat depan gate ada, tapi pengawal takda pastu gate terbuka. apa lagi..terus masuk la.


bapak la ayat, macam orang tak takot mati kan..padahal aku ni baik,suci, murni, takot oh nak buat jenayah-jenayah macam ni. kalau tak disebabkan hasutan si Dinie hari tu,sumpah aku tak masuk dah tempat ni. Dinie ni satu ah perangai dia, aura Betmen dia tu melampau-lampau sangat suka nak ajak aku buat benda extreme macam ni. dah la takda pilihan, nak tanak aku tepaksa jugak ah ikot dia masok hari tu. perghh bila ingat-ingat balik memang aku takot, berani pon sebab Dinie ada ja. dia pulak time tu tengah gila nak amek gambaq. bukan dia peduli pon muka aku ketat ke tak selumber rockers ja dok picit camera dia.


tapi ann tempat ni sumpah lawa. cuma tu la kekurangan manusia. sebab tu la dorang tak sedar kot yang kami masok. lagi satu mungkin sebab time tu belom cuti sebab tu la tak berapa nak ada orang. ada tasik yang besar, aku rasa mesti ada aktiviti kayak, sebab aku nampak banyak papan kayak tersadai kat situ. tu la aku macam heran gak..tempat dah chun, manusia tak de, aku ngatkan tempat ni dah jadi tinggalan la, rupanya masih berfungsi..siap boleh main drama lagi kat situ.
























tak sangka ann Perlis ada tempat cantik cam ni..tetiba lak terasa bangga. and many tenks to Dinie jugak sebab selalu ajak aku buat benda extereme macam ni la yang buat aku boleh jelajah satu Perlis. rasanya semua ceruk kat Perlis tu aku dah tawan kot, dari kampung-kampung sampai la ke Border Malaysia-Thailand, semua tu aku dah penah pi. paling tak boleh blah pengalaman kat border tu ah buat aku sesak nafas..macam nak menangis pon ada..ye ah takot aku, kot-kot la kalau dah masuk tak boleh keluar, naya kot terpaksa jadi orang Siam celup.




ni gambar ngan imigresen Thailand (kot) masa ni kat Satun ala..Satun ni la sempadan Malaysia-Thailand. nampak tak muka cuak dan hitam..yuckks..memula takot pastu, aku la yang paling nak bercamwhore, sebab gambar ni jugak la aku kena bahan ngan Dinie lepas tu. aiseh....






dua gambar kat atas ni gambar terbaru..yeerrr sayer semakin cerah (sila muntah cepat) dan semakin sehat. sekian terima kaseyyy.


credit goes to gugel images

okeh babai!


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA