Wednesday, July 20, 2011

Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan.





 Mari Kita Sama-sama Berkawan




NotaKakiErin : nak tau apa bendakah ini? sila tekan banner diatas laju-laju.




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, July 19, 2011

Disebalik Tabir.

ok baiklah sebenarnya ini adalah entry tertunggak yerr adik adik sekelian. dah nama pon tertunggak harus la bayarnya pon lambat kan..so maaf ye sebab rasanya entry ni tertunggak selama duahari sebelum aku betol-betol tempek kat belog aku yang chun melecun ni...awwww puji belog sendiri ok. nak harap kau puji, alamatnya Innalillah dulu la belog aku yang gojes ni kan.


so baiklah tanpa membuangkan masa kamu semua pon adoi..aku mempersembahkan cerita disebalik cerita tentang pembikinan Pertemuan Kami Blogger Pantastic yang lebih menggerunkan dari cerita Jurasic Park yang maha hebat iteww. ala senang citer behind the scene lah ye....


sebelum itewww para crew yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah...jeng-jeng-jeng...




seperti yang tertera di atas..crew-crew yang terlibat tersangat lah hot sehinggakan kemera yang meng-captured gambar mereka pon terpaksa memblurkan diri bagi megelak identiti crew-crew ini terbongkar..walaubagaimanapon pihak kami sempat jua menkandid kan barang sehelai dua gambar mereka-meraka yang terlalu wanted di dalam crew ini. mereka adalah..



budak skolah yang sumpah under age..dan kalau sesapa ada mengalami masalah kehilangan Kunci Loker boleh la menggunakan khidmat beliau yang diatas ini kerana kami pasti beliau mempunyai terlalu banyak stock-stock kunci loker lama untuk diberikan kepada anda semua.



ok..bro ni pulak..err nama manje-comel-intan-payung-ketipung-ketapangnya ialah Bunny. nama heronya pulak Sham. dikatakan hanya golongan-golongan aweksss sahaja yang boleh memanggilnya dengan nama heronya. sekali tengok macam ganass tapi sekali dia keluarkan cerita asal usulnya sambil membuat gaya tangan lurus ke hadapan..kompem dia ni jugak tergolong dalam stock-stock JOZAN and the gang #kakirewang.



si adek manes yang kelihatan rendah pabila duduk dan tinggi macam galah pabila berdiri ni namanya Atin. err beliau walaupon kelihatan ayu berseri akibat pengunaan bedak sejuk diwaktu malam namun beliau sebenarnya tersangatlah suka bergossip sehinggakan beliau amat menantikan kehadiran kami untuk membawa sajian gossip petang bersama beliau..#ohman!



si pinky yang kelihatan sedang memikirkan sesuatu ini namanya Maira. sebenarnya saat poto ini dirakam, beliau sedang kehilangan frame kaca yang baru dibeli sebentar tadi..ishishish kami disini turutlah jugak mensimpatikan diri terhadap kehilangan frame kaca beliau iteww dan diharapkan cik Maira akan terus success dalam bisness bunga-bungaan beliau.


tentunya kalian tertanya-tanya dimanakah citer behind the scene yang aku sebutkan diatas tadi? oh ya lupa pulak aku nak bagitau yang sebenarnya memang takda pon citer behind the scene iteww melainkan citer si Yaya Budak Suka Embun yang hampir-hampir nak pitam sebab nebes sangat pestime nak jumpak blogger pemes macam yang kat atas ni. Hidir Yang Dir yang pada mulanya sedang bertabah tetapi kecundang jua dengan sepinggan ke sepiring entah Sizzling Mee dan cerita Abang Naim yang kacak terlepas dari cengkaman bini number satunya.


memandangkan aku pon dah lenguh jari nak taip panjang-panjang maka aku sudahkan karangan berformat laporan ini dengan sekalung penghargaan yang tak terhingga kepada yang hadir dan semoga kita dapat berjumpa lagi dilain hari. sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


psst pssst pecah kaca pecah gelas sudah baca kena balas.



all pictures credit to Kunci Locker.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Bila Terpaksa Memilih Antara Study Dan Kawin Yang Mana Patot Didahulukan?

ok malas nak bermukadimah panjang-panjang. kita lurus kepada main point aku yah. sepatotnya tadi petang aku ada appointment dengan member aku ni. well to tell the truth permohonan kemasukan Degree aku tak berjaya. ok aku dah buat e-rayuan tu masa hari keluar result jugak at first memang aku nak hold dulu la malas nak buat rayuan lagi, tapi ada pegawai Uitm sendiri nasihatkan aku suruh buat cepat-cepat then aku pon apalagi memang terus buat la on the spot.




berbalik kepada tajuk diatas. yeah semuda umur aku ni rasanya tak banyak lagi kot orang yang berani nak amek risiko untuk berumah tangga melainkan mereka yang dah betul-betul stabil dari segi ekonomi dan mereka yang tergolong dalam golongan yang wajib kawen ja sanggup nak bina masjid ni. 


aku pernah disuruh membuat pilihan antara kawen dan study mana yang aku pilih? jawapan aku dari dulu kini dan sekarang...aku tetap pilih nak study dulu. at least aku nak ada degree. untuk pengetahuan sesapa yang taktau, dulu aku penah buat degree selama satu semester. dan atas sebab-sebab kecuaian aku degree aku tak menjadi dan tak dapat nak diselamatkan. so aku rest for 1year before aku tekad nak betul-betul further. 


now aku rasa aku dah mentally ready nak further la kan..soal kawen tu memang aku letak number 10 kot dalam hidop dan to be honest dari dulu sejak zaman aku bercouple sampai sekarang, pemikiran aku tak pernah pon sampai tahap nak kawen lagi. entahla benda ni tetiba ja terlintas kat kepala hotak aku sebab aku tengok member aku macam suffer gila tak buleh nak buat keputusan samada nak further or nak let go ja benda ni dan dia bakal berkahwen dalam tahun depan.


memang la orang cakap apa susah buat aja pjj. tapi pernah tak kau semua terpikir yang tak semua orang ada kebolehan multitasking ni..nak buat tiga kerja dalam satu masa..jadi wife, student dan worker! hebat kan? dan kalau aku di tempat dia pun aku rasa aku pon tak mampu nak buat keputusan bila dah jadi macam ni. that's why aku benci benci benci sangat dengan komitmen.


and the best part is member aku tanya apa patot dia buat sekarang? dan agak-agak kau apa yang aku jawab tadi???




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, July 6, 2011

Aku Kan Abang!

hari ni aku puasa. entah macam mana tetiba timbul mood nak raya pulak. memang sakit otak sikit aku ni. bulan posa pon tak datang lagi, aku dah sebok nak raya! sementara nak tunggu bukak posa tu, aku on je la youtube dulu, dari satu klip iklan raya yang lepas sampai la ke satu klip yang betul-betul buat aku teringat balik zaman kanak-kanak aku....


nak tengok klipnya??okeh meh tekan video kat bawah ni;




mesti kau semua pon penah tengok iklan ni kan masa kat tibi dulu? hee iklan ni memang iklan peberet aku dulu. bila aku tengok ja mesti aku nak gelak tahap over. padahal iklan ni takda la lawak tahap JOHAN buat lawak pon kan...oh lupa pulak aku memang over untuk semua benda pon!


video kat atas ni selalu buat aku teringatkan abang aku. well dia memang jahat. sumtimes jahatnya tu tahap gila-gila wooh! sampaikan aku ngan dia memang tak leh nampak muka ah. aku tak suka gila kat dia time tu. tapi lama mana sangat la tak suka tu kan kot mana pon mesti sayang jugak, gila kau sedara sendiri nak benci??


aku tak heran sangat la kalau dia jahat ngan aku pon sebab aku ada lagi sorang abang, yang memang tak agresif sangat la macam abang yang first ni. dia selalu baik ngan aku. selalu kowtim baikkk punya ngan aku compared ngan abang first..aku rasa abang first macam jin sebab suka seksa orang. paling tak suka bila dia pulas tangan aku sampai belakang..tarik kaki aku heret keliling rumah..bergadoh tak kira masa ngan aku..heh benci gila!


tapi sekarang benda-benda macam tu la yang buat aku tersenyum balik bila teringatkan zaman kanak-kanak aku dulu. di sebalik perwatakkan dia yang aggresif tu, dia sebenarnya memikul tanggungjawab seorang abang yang baik. dia jalankan tugasnya amek aku kat sekolah tadika tiap-tiap petang. walaupon dia bukan abang sebenar tapi aku sentiasa anggap dia macam abang aku sendiri.


okok ada dua orang abang disitu yerr..abang yang first tu haa yang paling besooor diantara yang lain. dan aku mesti la yang paling adik kat situ...miahahaha.



kalau tanya aku pasal gambar ni memang aku tak ingat papa la jawabnya. yang kat dalam gambar ni semua cousins aku. dorang cakap aku masa kecik-kecik dulu kuat menangis..hehehe suara tu memang nak high pitch je kan..mujur la ada gaks gambar-gambar macam buleh jugak aku mengulit kenangan sensorang...soobbss!


untuk abang-abang yang pernah menjadi abang saya..terima kaseh sangat-sangat yerr..rindu wook abang-abangku sekelian!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Life Is About What?





ok, hari ni tersangat la penat amat mencengkam naluri nestapa. macam ni la aku bila jobless hari-hari pegi buat keja tak berpaedah. tapi best apa kan sekali sekala macam ni. tapi kalau dah namanya Erin ni bukan sekali sekala la..sampai kadang-kadang aku pon dah bosan hidop macam ni hahaha..bunyi macam pelik ann tapi tu la cerr pikir tengok, apa bestnya hidop kalau hari-hari enjoy kan? macam tak challenging langsung ann.



dan untuk menghilang kan bosan yang terlampau amat ni..terpaksa la daku mencari kerja lagik..pelissss i need a job yaww..tolong la call aku untuk hire apa-apa job pon aku sanggup ok.



yang desperate takot mati kebosanan,
ERIN AZIZAN.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, July 4, 2011

Belajar Menerima Sesuatu Yang Pahit.




selama 23tahun aku hidop kat bumi tuhan ni...aku dah penah rasa macam-macam. walaupon orang cakap umur aku masih setahun jagung tapi pada aku..setahun jagung ni la yang dah banyak mengajar aku untuk jadi orang yang better di masa akan datang.


honestly aku dah penah rasa bagaimana perasaaannya bila berada di puncak..dan aku jugak dah penah rasa perasaan berada di tahap yang paling hina. tapi secara jujurnya aku suka life yang sederhana. takdak orang kenal dan tak akan pernah amek kesah pasal aku..kalau sekalipon aku terpaksa berada di tempat yang paling hina sekali lagi saat tu, aku rela. sebab mugkin time tu aku tak kan rasa tertekan macam dulu.


aku pernah jugak terpikir kalau la menukar identiti tu sesenang melepaskan hajat di dalam jamban, gamaknya mungkin aku dah jadi orang lain kan sekarang ni. tapi itu bukan caranya..dan aku rasa kalau aku buat macam tu, mungkin aku akan dituduh sebagai manusia yang tak bersyukur rite??


jadi sebelum aku dituduh dengan gelaran tersebut, aku rasa patot berterima kasih untuk masa-masa hina aku tu kan.  yeah betol tu...masa hina aku tu la aku aku dapat tengok dunia yang sebenar, aku belajar untuk bangun balik walaupon susah, aku belajar untuk berubah..aku belajar untuk bersabar dan yang paling penting aku belajar cara untuk menghargai diri sendiri. dan pada aku masa hina aku tu la masa indah yang pernah aku tempuh selama 23tahun ni...untuk itu aku ucapkan syukur, alhamdulillah atas setiap masa yang aku lalui selama ni.


cuma aku harap aku takan leka lagi dengan kehidupan yang akan datang. semoga Allah akan sentiasa memelihara aku...aminn!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

555 Itu Number Bertuah Saya.

ok entry ringkas untuk malam ni yerr...err maksud aku pagi ni la sebab now dah pukul 12.10 menit pagi pon. tadi bukak-bukak ja dashbord dapat komen dari sorang blogger comel ni tinggalkan link blog dia ada entry penghargaan katanya. aku pon apa lagi terjah la terusss dengan tahap keterujaan yang terlampau tinggi hampir nak pecah jantung aku tadi..dok pikir gaks apakebenda la yang dia nak hargai aku tu kan...


rupa-rupanya......




aku dah jadi follower blogger tu yang ke 555 la...what a nice number! serius kot aku tak  sedar langsung pasal ni. tapi kira ok la tu kan..pemilik belog http://soliciousstorynory.blogspot.com/ sudi gak nak buat entry penghargaan ni..terharu gak weh. 


so cik gadis  terima kesh banyak-banyak yerr untuk entry penghargaan itu. saya harapkan awak jugak akan terusssss sukses dalam arena blogging!


salam perkenalan sekali lagi.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, July 3, 2011

Teddy Bear Masuk Hutan.

aku nak tanya ni..korang penah tak attend mana-mana kem yang kena masok hutan masa kat U korang dulu? kalau penah, ada tak korang perasan sebelum korang naik bus tu ada la species-species yang konon-kononnya lemah-lembut-gemalai-ayu dok carry teddy bear celah ketiak dia? ada tak?? ada tak??





well secara jujur dan dengan rasa bangga tahap dewa19 aku nak ngaku yang aku penah jepp jumpak situasi situasi yang berkenaan. dari zaman awal-awal aku masuk U sampai la sekarang ni dah habes pon aku still jepp nampak situasi ni lagi. aku rasa korang pon penah nampak jugak kan??


yang paling latest aku jumpak kemarin la masa hantar Abah aku kat satu U ni. actually Abah aku salah sorang tenaga pengajar ko-kurikulum kat U tu. dan kemarin dorang kena pegi masuk hutan untuk buat latihan luar. at first tu aku macam biasa je la sebab dah selalu sangat nampak benda ni..masa tu aku ingat budak ni nak pegi trip lain..tapi sangkaan aku meleset kot sebab aku nampak dia naik bus yang sama ngan bus yang Abah aku organize tu. so maknanya dia salah sorang student yang akan pegi trip masuk hutan tu la.


dari situ aku pon start la kepochi tanya Abah aku kali ni trip masuk hutan part berapa yang join. Abah aku cakap ni part one. dalam hati aku..oh patotla budak part one rupanya. gamaknya dia tak reti nak beza lagi kot antara trip masok hutan dengan trip melancong dalam hotel 5bintang. sebab tu la gigih sangat angkut teddy bear dia masuk hutan. lepas ni aku gerenti la dalam hutan kompem dia tak sempat langsung nak pegang-pegang teddy bear dia tu dah..tak pon mungkin dia nyesal sebab bawak natang tu masuk hutan..hahaha


okok mesti korang semua dok heran ann kejadahnya la aku merepek-repek panjang kat atas tu kan. aku cuma nak highlight kan pertanyaan kat korang especially yang girl ni...untuk apa sebenarnya budak tu nak hangkut teddy bear dia masuk hutan???? yang aku tau cuma ada satu jawapan yang aku kompem betol 100 percent. kebanyakkan girls yang bawak teddy bear kemana saja dia pergi hanya untuk nampak comel dan sweet. betol tak? to tell the truth aku jugak ada teddy bear. tapi aku tak pernah la pulak nak usung teddy bear aku tu kemana saja yang aku pi. sebab tu aku tak leh sangat nak terima hakikat ada orang usung teddy bear masuk hutan...sesweet mana pon korang atau secomel mana pon korang tak yah la bawak teddy bear tu..aku rasa baik la kau simpan teddy bear kau dalam bilik lagi baik kan?? tak luaknya sweet atau comel kau tu kalau tinggal sekejap natang tu dalam bilik....


betoool tak???










TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, July 1, 2011

Seminggu 100 Follower Kembali




woohaa segmen semiggu seratus followers datang lagi! oke dah macam Tora datang lagi pulak la kan. oeh takmau cakap banyak, those yang interested buleh tekan banner di atas.


psttt rugi ooii sapa yang tak join segmen ni..sebab penyertaan hanya dibuka pada 200 belog yang terawal saja. so apa lagi laju-laju la kelik banner tuh!


sekian, terima kaseyyyyy!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA