Thursday, June 30, 2011

Spontaneous Thursday #2



sebenarnya aku dah lama realised benda ni. bila aku dalam keadaan sedang mendengkurkan diri, jangan ada satu makhluk pon yang kacau. kalau kacau jugak alamat memang nak kena penyepak sulung mahaguru tukiman dewa banjarmasin dari aku la tu.....


kebetulan hari ni memang aku tersangat-sangat la penat, letih, tired, pancit, lemau semua ada. so activity aku seharian kat rumah siang ni memang berdengkur sahaja.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, June 29, 2011

Lagenda Wanita Misteri.



alkisah tersebutlah sebuah lagenda diamana seorang wanita cantik yang masih mengandung termengidamkan untuk memamah beskut pemes ames barang seketul dua pada satu masa dahulu. tetapi malangnya di kawasan tempat diamnya wanita itu tidak lah pula dijual beskut yang pemes ini. sudah berkali-kali si wanita berpesan kepada Atan si penjual sayur di pasar untuk mendapatkan beskut ini di pekan tetapi Atan agak keberatan untuk menunaikan permintaan tersebut kerana Atan bukanlah suami kepada wanita itu...bagi Atan lebih molek kiranya suami si wanita yang mencari beskut jenama ini..lagi pula Atan bukanlah pandai sangat bertutur dalam bahasa penjajah...takot nanti tersalah sebutannya.


maka merajoklah wanita iteww, kempuanan hajatnya tak tercapai maka dia bersumpah tidak mahu melahirkan bayi yang dikandungnya iteww di tempat diamnya dia sekarang. selepas sumpah dibuat, wanita iteww terus melenyapkan dirinya...tiada jejak yang ditinggalkan..maka orang-orang kampung yang sudah bosan dengan karenah wanita iteww buat-buat bodo saja akan kehilangannya..mereka malas mahu masuk campur, lagipon itu bukan urusan rumahtangga mereka, kata mereka "lantak pi kat hang la lagu mana pon kami tak kesah"! maka berakhirlah lagenda perempuan mengandung ngidam beskut pemes ames..sehingga kini jejaknya masih misteri.


-T A M M A T-




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, June 27, 2011

Detention Itu Indah.

since belog ni dah jadi tempat official aku nak melepaskan tekanan maka aku rasa segala benda pon kalau boleh aku nak sumbat kat sini khas buat tatapan followers ku yang budiman. tak maksud aku buat tatapan staker (s) yang tersayang...





rasa macam nak conteng pasal ketidakpuasan hati sebab aku kena #detention...tapi macam malas la pulak. everytime kena #detention post kat sini..macam takdak tempat lain pulak aku nak tempek kan..anyway #detention kali aku hadapi dengan keadaan yang penuh rileks siap paww beberapa keping note RM dari beliau yang mengenakan hukuman terhadap aku...hohoho!


aku dah lali sangat ngan #detention ni. kadang-kadang memang hypertension jugak aku tapi nak buat cemana dah salah diri sendiri kan tak guna la nak semak-semak otak pikir.. motto aku sekarang hadapi lah #detention anda dengan penuh rasa tawaduk dan insaffff. takbirr!!  aceehhh insaf la sangat. sekejap je tu..besok-besok ni aku buat lagi..kena #detention lagi..macam tu la recyle life aku..interesting kan? harharhar...
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, June 26, 2011

Segmen KBU, Jom kembali ke sekolah!

jooom kembali ke sekolah! dah tua-tua cam gini nak kembali kesekolah apa nya kan? dah buang tebiat gamaknya?..agak-agak ada tak orang yang akan cakap macam tu? personally aku tak rasa ada sebabnya kebanyakkan orang walau secebis mana sekalipon mesti terselit impian untuk ke bangku sekolah balik. benda ni seriusly terjadi kat aku sendiri kot. dulu atau lebih spesifik masa aku darjah 4, aku memang budak yang paling pemalas di alam semesta nak pi sekolah. hari isnin kompem aku tak pi sekolah sampai cikgu disiplin time tu pon dah cukup masak ngan peragai aku sebab dia salah sorang cikgu yang mengajar aku.


ok yang atas ni adalah mukadimah aku untuk segmen dari KBU. sebelum aku betol-betol buat autobiografi yang beratus-ratus mukasurat moleklah kiranya kita proceed ngan soalan-soalan segmen tu dulu naa....


1. Mana Paling Best, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah?


secara jujur aku lebih suka untuk jadi budak sekolah rendah. aku rasa zaman sekolah rendah aku sangatlah interesting gilaaa. masa sekolah rendah aku agak glamer la jugak. time tu perangai nakal tak ingat dunia ngan baik-baik kucing seimbang kot. aku buleh jadi senakal-nakal makhluk dan aku jugak buleh jadi sebaik-baik makhluk mengikut keadaan. sapa kata budak yang malas pi sekolah selalu nerd, jahat, lembap? coihhh aku dah membuktikan semua tanggapan itewww silap belaka. buktinya aku..aku walaupon malas ke sekolah tetap glamer ok. mana tak nya dulu pantang ada event ja kat sekolah kompem aku akan join. dari pertandingan berpidato, perbahasan, nasyid, koir, main kompang sampai la jadi player sekolah untuk game netball, handball semua aku tibai licin. tu tak termasuk lagi pengawas pss lah...ajk kelab itu la kelab ini la..memang pulun jugak la..


2. Pengalaman pahit.

ni pon masa darjah 4 jugak la..pahit tu tak berapa nak pahit sangat la cuma kelat sikit ja. al-kisahnya aku ni dulu memang budak yang pi sekolah jenis pakai baju kurung jaa tudung tak pakai. iteww kira ok gaks tu sebab aku dah berjinak-jinak pakai baju kurung kalau tak tu memang pinafore tu pakaian wajib ah jawabnya. okok berbalik pada cerita kelat aku tu eh...entah macam mana pulak la kan..masa aku darjah 4 tu ada la satu Ustaz yang baru transfer ni kena mengajar kelas aku. biasa la..dah nama pon Ustaz baru makanya ada la pendekatan baru yang dia nak ketengahkan. benda paling obvious yang dia nak ubah ialah, dia nak semuaaa budak-budak pompuan especially yang tahap 2 ni pakai tudung! mula tu aku tak terkesan pon dengan arahan bertudung ni tambah-tambah pulak time tu bestpren kanak-kanak aku si Noo Oor tu pon jenis yang hardcore macam aku gak. sampai kesudah kami berdua bertahan ngan imej tidak bertudung. sampai la di satu pagi yang hening sewaktu aku melangkahkan kaki ke dalam kelas...mata aku tertancap pada sebujur wajah Noo Oor yang ada mix chinese tu. bapak laaa...dia da pakai tudung kot! hari tu jugak aku call mak aku suruh belikan tudung. esoknya terus jadi muslimah sejati. tapi aku ngan Noo Oor ni jenis sepattern. pakai tudung time sekolah ja..habes sekolah habes la. nak dijadikan cerita kami ni player netball sekolah. tiap kali tournament memang tak pakai tudung pon...entah macam mana masa game tengah dok jalan Ustaz tadi ni buleh mai tengok kami main pulak..besoknya aku pi sekolah memang kena perli kawkaw la jawabnya. tapi dah dasar aku ni memang hati kering hang pompang-pompang pi la macam mana pon..aku buat derkk jerr.


3. Pengalaman Manis.

pengalaman manis masa jadi player untuk handball. aku ni salah sorang player harapan kot untuk game handball. bunyi macam riak sikit la kan tapi itu la hakikatnya harharhar. mana taknya cikgu aku tiap-tiap petang dok fokus kat aku kot. hari-hari aku dilatih untuk buat balingan yang supernatural..eh silap..superpower. disebabkan aku ni player harapan, maka semua player lain termasuk cikgu dok harap kat aku la. masa first day game buleh pulak aku terlepas bus..mujur cikgu aku bertanggung jawab dia bawak la aku pi tempat game tu. sampai-sampai kat sana semua player sekolah aku bersorak kot sebab depa ingat aku tak main..ceh time tu rasa macam juara la pulak..padahal game start pon belom..ala besa la nama pon ayam tambatan..mesti la dinanti-nantikan..harharhar..ok poyo sangat!


4. Subjek Digemari.


aku paling suka sejarah. orang cakap sejarah bosan. memang bosan pon tapi aku suka. dari form3 sampai form5 aku maintain cemerlang sejarah. pada aku sejarah ni senang kot. apa yang kita baca kat buku yang tu la yang keluar..sampai satu tahap tu masa spm aku rasa esei aku memang photostat sebijik-sebijik buku teks sejarah..bayangkan la macam mana aku pulun hafal tu ayat sikit pon tak ubah...lagi satu time sekolah dulu aku memang suka menghafal jadi subject yang kena hafal ni..memang serah kat aku la.


5. Subjek Yang Tak Digemari.

err aku paling menyampah tahap cipan kat add math ngan fizik. mujur kimia tu tak banyak calculation. kalau tak ngan kimia-kimia pon akan masuk list subjek yang aku tak suka. otak aku power bab nak menghafal tapi slow bila tang nak buat calculation. syukur jugak la masa aku form5 aku jumpak cikgu-cikgu yang terbaik dari ladang. semua masalah calculation aku dapat diatasi. walaupon macam agak terlambat tapi sebab aku pulun alhamdulillah la..result aku santai tapi sempoi aaaa..


 meja bertuah aku masa SPM hohoho



last day sekolah tengok tu gengster tak hingat kot dok atas meja lagi..


sampai sini je la eh..nanti ada masa kita bukak lagi kesah dizaman sekolah aku yang happening ni. so those yang nak join buleh tekan SINI ok. dan sesapa yang dari Utagha tanah air ni yang teringin nak beramas mesra ngan #retis KBU buleh la tekan banner KBU kat sidebar aku tu yerr.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, June 24, 2011

Saya Memerlukan Bantuan Dengan Kadar Segera!




sigh!


mulakan hari ni dengan mengeluh secara berpanjangan dan lebih afdal jika dilakukan secara berjemaah ya kawankawan. orang cakap tak baik mengeluh so jangan ikot la eh tabiat kurang enak aku ni. actually hari ni aku rasa frust, stress, bosan semua la cukup lengkap. aku memang akan stress tahap bapok bilak akuk dok sajak-sajak kat rumah tanpak membuat sebarang pekerjaan! eja pon dah macam orang gilak yess aku dah setop keja as a tutor kat tuition center tu.


sekolah?? well aku tak update pon kat ppd pasal status aku. especially kat officer yang arrange kes aku ni. kenapa?? sebab aku rasa macam nak try environment baru pulak. aku tanak la terhad dalam satu-satu bidang ja..i do love teaching very well tapi entah la...maybe aku perlukan environment baru yang kurang stress kot..bahaha blah la..semua benda nak stress aku ni!! dan sekarang aku rasa macam mayat hidop jerp. bosan tahu! apa sangat la yang aku boleh buat selain menghabeskan duet yang bapak aku kasi untuk enjoy....otak aku pon dah berkarat  ni.


serius dah lama aku tak rasa stress macam ni, kali terakhir dulu stress tahap cipan masa aku jobless jugak. ni pon masih perihal yang sama...joblesssssss lagi! kalau la tak disebabkan nak memfurter study, gamaknya aku dah pulun apa cari keja tetap sekarang ni. tolong laaa i really need a job untuk hilangkan kadar stress yang berpanjangan dalam hidop aku. aku dah terpikir nak main redah apa saja job yang aku dapat lepas ni janji buleh hilang stress dan yang penting duet untuk enjoy bertambah weehuuu!


mungkin yang menyebabkan aku streesss sebab aku tak berjumpa orang kot. aku ni dah la pesen yang banyak mulut. kalau sehari tak bermulut-mulut memang migrain la. ni haa dah la tak keja dok kat rumah sorang-sorang pulak tu memang mati akal la aku. patot la seminggu ni aku rasa otak aku dah makin lembab rupanya kurang berpikir kot. pelissssss aku rasa aku dah tahap kritikal dah ni! memang memerlukan bantuan dengan kadar segera kalau tak...hissssss tak tau la!


psstt aku benti jadi tutor ada sebab dowh! Incik BMW argue ngan keputusan aku, it's too late kot sebab aku dah resign baru aku bagitau dia...lalalalala~~








TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday #1





MIRACLES DO NOT HAPPEN! 








TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, June 21, 2011

Kita Berbeza Tapi Kita Serasi.



PLAY LAGU NI DULU BARU TANGKAP FEEL.


would like to dedicate this song to my Wani, my Dinie, my Oddie, my Umma, my Macek, my Bibik. eventhough kita semua jauh, tapi percaya la aku still ingat kat korang..apalah hidop aku without you guys yang banyak support aku dari belakang.



kita sering meminta untuk dihentikan masa supaya kita akan kekal bersama tapi sedarkah kita putaran waktu yang kita sangkakan musuh utama kita itu banyak mengajar kita erti persahabatan yang menuntut kita untuk lebih menghargai antara satu sama lain?



terlalu banyak untuk aku ungkapkan satu persatu tentang erti persahabatan kita. dari saat pertama kali aku kenal korang sampai la sekarang...terlalu banyak..aku cukup beruntung kan sebab korang bestie aku yang kenal antara satu sama lain..walaupon korang dari background yang tak sama. yang penting bila aku bawak lepak korang dapat adapt situasi tu..sama-sama boleh masuk kepala. itu yang aku mau.



aku just nak korang tau yang aku akan selalu ada untuk korang. aku tak tau macam mana nak cakap tapi yang aku tau korang dah jadi sebahagian dalam hidop aku. kita semua dah pernah harung susah sama-sama, happy sama-sama...and now aku rasa kita patot teruskan benda tu kan...share our happiness sama-sama walaupon aku dah jauh dari korang tapi aku nak korang tau yang aku sentiasa ingin ada untuk korang.



percaya tak yang aku pernah ada impian nak gather kan semua bestie aku sama-sama. aku tau bunyinya macam imposibile kalau la bestie aku tu sorang dua boleh la aku handle tapi ramai kot..well kalau la betul-betul jadi macam yang aku impikan ni aku rasa aku mesti menangis terharu 40hari40malam apa sebab tak percaya dapat buat benda ni...tapi kalau jadi la kan aku rasa tu la hadiah yang paling indah dalam hidop aku...kalau jadi la....


oddie masa kat penang



my babes...sebahagian je ni...



kakak emy, umma, macekkkk and the gang miss youuuuuu



ottosan, me and ehh Dinie pon ado kat belakang tu



masa kat rumah ayah Mie (ayah angkat kitorang)..sejurus sebelum kucing mereka membuat onar kat aku heh...



yappp walau sejuta kali pon aku tetap nak cakap jugak yang aku sayang korang sangat-sangat. aku appreciate gila korang dalam hidop aku. semoga ALLAH akan terus memanjangkan jodoh antara kita. kawan-kawan....aku sentiasa rindu korang ok..






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, June 20, 2011

Setahun Sudah.

where shud I start this emm....
























still thinking where shud I start this....pheww  well anyway semua gambar kat atas ni was taken last year, sumwhere around June. dah hampir setahun pon kan. sebenarnya aku pon tak pasti motif aku letak semua gambar ni. yang pasti aku rasa aku nak post something about this guy..


tak banyak yang aku boleh cakap pasal dia. aku rasa frens yang rapat ngan aku tau la friendship aku ngan dia macam mana. kadang-kadang orang pon tak paham kami. hari ni boleh gelak sehebat-hebatnya lepas tu besok main sentap-sentap..then ada la adegan korean tak berapa nak korea sangat la bajet nak pujuk-pujuk pastu emo balik. well dia memang suka buat gila pon. nampak tough tapi dalam hati sensetip amat. by the way he's a sportman. tengok body dah buleh tau ann.


sebenarnya dah setahun kot aku tak jumpa budak ni. yeahhh last time jumpak masa dia datang umah aku sebelum dia balik Shah Alam for good. dah lama jugak la tu. honestly untuk setahun ni aku rasa bangga dengan dia. sebabnya dia selalu jadi pemula untuk semua benda. dan aku tau dia tak pernah lupa kat aku. itu aku confirm. aku tak tau nak cakap macam mana..tapi aku rasa tak keterlaluan sangat kot kalau aku cakap yang budak ni pernah jadi seseorang yang sangat bermakna untuk aku dan aku harap aku jugak pernah jadi seseorang yang sangat bermakna untuk dia.


aku tak bermaksud yang sekarang aku dah lupakan dia. no! aku still ingat kat dia. mungkin cara aku ingat tu dah tak macam dulu, sekarang ni kalau ingat pon just pendam dalam hati je la. kalau dulu aku ngaku setiap benda yang aku buat yang boleh membuatkan aku ingat kat dia, aku akan terus text atau call him on the spot. but now not anymore. tapi tu la..orang kata kalau kita ada chemistry semua yang kita rasa orang kat sana pon boleh rasa. FYI aku ngan budak ni boleh dikatakan ada line chemistry yang sangat bagus.


aku bagi contoh ye..selalunya kalau aku teringat kat dia, dia pon akan teringat kat aku at the same time dan dia yang akan call aku time tu jugak. boleh tak?? dulu aku selalu rasa benda ni macam co-insidence ja, tapi dah bila dah lama-lama aku rasa macam chemistry kami still kuat walaupon masing-masing dok jauh.


dulu before dia tinggalkan aku dia penah cakap yang dia risau kat aku. macam mana aku nak teruskan hidop without him? yapp aku ngaku time tu aku sedih gila. aku sendiri tak pasti macam mana my life without him...tentu terok. rasa yang sama macam mula-mula aku rasa time Wani tinggalkan aku. aku admit jugak la aku banyak depends on him. I mean dia banyak layan kerenah aku yang ngada-ngada ni. senang cita masa Wani tak dak ngan aku dia yang amek position Wani tu.


sebenarnya aku dah cuba tabahkan diri yang aku terpaksa berpisah ngan dia berbulan sebelum tu lagi. tapi still aku tumpah air mata jugak lepas dia pergi. sedih tu tak payah cerita la. sampai aku terpikir yang aku ni memang tak akan boleh rapat atau berkawan ngan sesapa pon. kalau aku rapat jerr mesti hubungan tu akan berakhir dengan perpisahan dan semua orang-orang yang aku sayang mesti akan terpisah jauh dari aku..aku dah rasa benda ni sejak dari zaman sekolah lagi.


aku tak pernah pikir yang aku akan sedih lagi lepas Wani ngan Odd jauh dari aku. tapi aku silap. aku sedih lagi bila turn dia pulak tinggalkan aku. sebab tu la dia pon pernah terpikir buleh kah aku survive tanpa dia. aku sendiri pon time tu tak berani nak kata apa. tapi sekarang dah setahun..setahun dah aku hidop without him. kalau boleh aku nak dia tengok dan bangga dengan aku sekarang. aku nak dia tau yang aku dah tak mudah menangis sekarang kuat dari emosi dan yang penting life aku tak sucks macam yang aku pernah pikir.


aku tau dia mesti happy tengok aku macam ni. sebab dia penah cakap apa saja yang boleh buat aku happy mesti akan buat dia happy jugak.


Muhamad Dinie Bin Ramli if you reading this, just so you know aku selalu sayang kat hang. well mungkin hang rasa aku dah macam berubah kan..tapi deep down inside my heart aku really appreciate friendship kita. dah bertahun hang hidop ngan aku..mesti hang dah kenal aku macam mana kan..dan aku pon really appreciate jugak sebab hang penah buangkan ego hang untuk aku. itu benda yang paling buat aku terharu sangat-sangat. terima kaseh sebab pernah jadi Seth Tan untuk aku walaupon tempoh tu singkat tapi aku akan sentiasa ingat. dan terima kaseh jugak sebab sentiasa ingat tentang semua benda yang penah kita buat sama-sama..you will always be my abang, my abah, my darling, and my best friend forever!








 tenks for everything MrBFF....I Miss You <3





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, June 15, 2011

Segmen | Tabiat Saya Yang Paling Pelik.



jum kita bersegmen lagi hari ni okeh. kali ni aku sendiri gatal-gatal jari pegi join segmen dari CikLULU si gadis yang obses ngan Chelsea..buleh nampak kot betapa beliau meminati Chelsea nya team sampai kat banner pon beliau tempek logo Chelsea kan..so sesapa yang nak kenal CikLULU ni boleh la dengan mengkelik banner di atas dan those yang nak join segmen ni pulak macam biasa la buleh aja kelik kat SINI.


sebenarnya CikLULU ni teringin nak tau apa tabiat pelik yang korang masih kekalkan dari kecil sampai la dah kertu ni. aku rasa macam interesting gila segmen ni so thats why aku join. kalau nak diikutkan dulu masa kecik banyak gila tabiat aku yang memang di luar tabi'e. cuma sekarang ni la dah besar...dah kurang la sikit tabiat-tabiat pelik tu. ada satu tabiat aku yang masih kekal dari dulu sampai sekarang.


kalau nak tau aku ni suka sangat makan biscuits yang dicecah dalam air. ala yang macam iklan oreo dok tunjuk tu la..putar-jilat-celup. tapi aku tak la makan beskut mahal macam oreo tu..nak cecah ngan susu lagi..melampau tau..dah la makanan ruji aku pon beskut takan la hari-hari aku nak makan oreo cecah susu kan lama-lama buleh botak kepala aku.




aku suka sangat makan beskut jacobs yang bulat tu cecah ngan nescafe panas-panas. bunyiknya macam biasa kan..tak rare mana pon. tapi cara aku menikmati hidangan ruji aku tu lain dari orang. selalunya aku akan ready dua cawan air nescafe sebelum aku makan beskut tu. satu cawan nescafe khas untuk buat cecah beskut. satu lagi cawan nescafe khas untuk aku minum saja. selalunya bila aku dah kenyang makan beskut..air nescafe yang dalam cawan khas untuk dicecah tu aku akan tuang dalam singki macam tu je, aku takan minum air dalam tu dah.


ikot sesetengah orang memang la tak kesah air dibuat cecah beskut minum sekali. tapi aku tak boleh..tekak aku macam tak leh nak terima ja. sebab tu la aku sanggup readykan dua gelas cawan air nescafe siap-siap sebelum makan. puncanya sebab ni la. aku tak pernah rasa benda ni pelik sampai satu hari mak sedara yang datang umah aku tegur cara aku tu. dia kata pelik...tapi aku tau mesti dia cakap aku ni ngengada gila sebab buat macam tu...yela membazir kot. mak aku pulak selamba rockers dok jawab "dia memang macam ni dah jadi tabiat" "dia takan minum ayaq yang bekas cecah beskut tu dah".




pelik ke? entah la..aku bagi aku biasa ja..tak la pelik sangat. since orang dah kata pelik aku pon assume pelik la jugak..ha boleh macam tu?
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, June 14, 2011

Saya Tak Pernah Berubah.

assalamualaikum!


mungkin post ni agak sedikit personal..well kalau kau perasan la kan, entry aku yang dulu-dulu banyak aku post pasal life seharian aku ja. aku tak pernah bertekad pon nak share apa-apa info kat belog aku ni ngan kau..tapi dah semakin lama semakin bertambah pulak follower aku..so since dari tu aku cuba kurangkan cerita pasal personal life aku...kadang-kadang ja bila angin aku rasa nak cita aku cita...


tapi tadi lepas chat sekilo dua ngan member rapat tapi jauh -Macek Iqa, baru aku realised balik yang belog aku ni bukan saja strangers yang baca tapi member-member yang nak tau pasal aku pon baca jugak. dulu sebelum aku serius blogging, aku ada tetapkan nak update pasal personal story aku buat tatapan kengkawan yang jauh dimata dekat dijiwa. sebab aku tau dorang semua kalau nak tau pasal aku mesti akan godek belog aku baca entry aku...dan untuk itu aku mintak maaf sangat sebab aku dah lama kan tak update pasal aku. aku banyak merapu ja lately ni...so sorry guys..


aku tau sesapa yang baca ni mesti akan cakap aku ni in real life dah la bajet #retis takan dalam belog pon nak bajet #retis jugak? tak..aku tak pernah nak bajet apa-apa pon. maybe aku tak seglamer kawan-kawan blogger yang lain..in fact ada yang tak kenai aku pon..serius cakap i dun give a damn about it. yang aku tau belog aku ni tempat aku luah apa yang aku rasa. so lepas ni InsyaALLAH aku akan cuba sedaya upaya update entry seperti yang di request oleh Macek Iqa. ya ayat tadi nampak macam tak serasi ja..tapi apadehal la kan..freedom of writing...apa pon bolehlah!


untuk kengkawan yang selalu visit belog aku yang sangat jarang diupdate ni mintak maaf sangat-sangat naa kalau ampa bukak asik ada entry lama ja...dan tak semestinya kalau aku tak mention nama ampa maknanya aku dah makin jauh dari ampa...no..aku tak penah berubah..aku tetap macam dulu...orang yang selalu setia dan sayang-sayang kawan-kawan dia. just nak cakap trust me..aku takan penah berubah. sekali aku cakap sayang selamanya aku akan sayang.


friends are forever

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Segmen Music Make Me Happy.



untuk segmen ni aku dah di tag oleh kak kiah yang gojes, tapi those yang nak join segmen buleh la tekan kat SINI dulu na.


sebenarnya aku ni harcore ngan lagu-lagu rock kapak kalau suruh aku choose satu untuk masuk dalam segmen ni memang tak dapat la sebab berkemungkinan aku akan letak semua lagu yang aku suka tapi disebabkan depa suh pilih one song ja , aku rasa better aku letak lagu ni



buleh play kalau nak dengar


tajuk lagu kat atas ni Tafakur nyanyian dari kumpulan Zikraa. lagu ni sebenarnya dah lama. seingat aku dari zaman aku sekolah rendah lagi kot. sekarang ni aku suka sangat play lagu ni masa nak tidor..rasa macam damai ja hati.


antara part yang aku suka dalam lagu ni;

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku



memang terbabow lah...okelah aku malas nak tag orang sesapa yang rasa nak join segmen ni buleh tekan link yang aku provide kat atas,


ok babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, June 12, 2011

Saya Dan Incik BMW..Wah Tajuk Nak Over Je kan..

10/06/2011-Khamis


aku dapat text mesage from Incik BMW dalam pukul 11 lebih (malam). time tu dok sebok bergossip mana la aku nak notice message kat henpon aku. pukul 11.45 baru aku aku perasan. gelabah dah aku. terus call him tanya dia kat mana. actually Incik BMW terpaksa balik Putrajaya jugak semalam. and his bus dalam pukul 1 macam tu.


mujur ada lagi sejam, sempat la aku jumpa dia dulu before dia pi dan entah bila akan kembali pulak...... aceeewaah ayat nak bunge-bunge ja kan..hoookeh, main-main ja naa dun take serius about that. mujur jugak aku buleh rush jumpa dia kalau tak....haih taktau la.


serius aku rasa guilty gila. sebab masa hari rabu tu dia dah ajak aku keluaq tapi aku pulak ada hal. aku ingat buleh la nak postpone dulu, since dia sendiri pon tak tau bila nak balik Putra. tuptup aku dapat text kata dia nak kena balik Putra malam tu jugak. terkejut kot aku, mujoq masih waras sejam before dia naik bus kami lepak kat kedai makan area umah aku.



my feveret pic masa ni dia kat Kemaman seminggu praktikal


disebabkan petang tu aku tengok cita KL Gengster, so dengan segala ke-eksaited-tan yang ada aku pon cakap la yang movie tu muvie yang sumpah best tahap nak hentak pala kat dinding. siap buat promo lagi kat lecturer Incik BMW. ooo lupa nak cakap masa lepak kat kedai makan tu ada la kot dalam 4orang member dia ngan his lecturer sorang. mesti depa-depa tu pelik pesal minah sorang ni buleh terjebak kat situ tengah-tengah malam ni dah tu dok buat pemes lak..hai sana hai sini...perangai #retis nak mampus.


dalam pukul 1.15 mcm tu Incik BMW naik bus..aku pon apa lagi, cepat-cepat la berambus cari kereta aku. malas la aku nak tunggu sampai bus tu jalan..sebab aku tak suka tengok orang tinggai aku.


apapon jugak result lepas ni, aku doakan yang baik-baik untuk dia..serius aku nak sangat dia fly ke luar.....
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, June 9, 2011

SAYA MEMANG SUKA TAYANG BOYFRIEND SAYA, KAU SEBOK PEHAL? KAU ADE??

first of all I wanna wish happy Khamis day to all of you...and assalamualaikum!


secara jujur lagi berhikmah serta dengan tawaduknya aku rasa post title aku ni sangat annoying dan aku rasa macam nak hentak ja kepala kat dinding sploh juta kali sebab letak tajuk bonggoks camni. tapi apakan daya aku terpaksa..oh maafkan aku belog..sebab dah menodai mu dengan cara begini......maafkan aku maafkan aku maafkan aku!!!! feeling menejerit kat tepi pantai bajet buat drama melayu 


ok time to serius. aku rasa mesti semua orang pernah jumpa kan kat belog-belog budak perempuan yang ala-ala pinkish yang masih bersekolah kat sidebar dia letak gambar boyapren dia sebesar-besar alam. lepas tu caption dia mesti nak jiwang tahap lumut berlendir "ABU LOVE MELAH" "LEMAN CINTA PERTAMA DAN TERAKHIRKU" "OH MY ATAN I LOVE YOU SAMPAI MATI"!!


well hellooooo...dik orang lain pon hado boyapren jugak tidak merujuk kepada aku ok, im forever single tapi takdo la se obses kau dik oii.. itu belom masuk part bila frust..mula ah nak buat post mencarut bagai..masa kau bercinta bagai nak rak tu boyafren kau tu la bintang kejora lah, bulan puranama lah, kekasih terbaik lah..dan segala-galanya tentang dia semua baik-baik belaka..bila dah clash semua keburukkan dia kau reveal habes..waduh waduh gimana nich??


pastu yang part aku tak berkenan sangat la kan..nowdays nya teenagers dah memang tahap melampau nak meninggal..capture pics ngan kapel tengah kissing lah, tengah usap-usap sana lah, tengah usap-usap sinilah paling best mesti akan ada posing posing maut berpeluk sampai tak leh nak bernyawa kunun-kunun nak tunjuk kata depa la paling hot..paling loving...tapi tolong la sedor sikit eh awak tu pegi skolah pon mak kasi duit belanja ada hati nak gatal-gatal macam tu. menyampah tau...


dan sekarang dah jadi trend pulak kan..dah buat maksiat tak reti nak segan-segan malu mengaku secara terang-terangan..kalau mengaku lepas tu bertaubat, insaf tak pa jugak. ni tak kemain bangga lagi ngaku dengan megahnya dia la paling hot chick sebab dah buat benda ni..kalo sekor dua chick ni buleh tahan lagi la..ni tak dah berekor-ekor kot...aku tak nak mention sapa. aku rasa seantero dunia pon dah kenal ngan mereka-mereka ini kan.


cuma satu la, aku harap sangat yang hot chicks semua ni akan insaf one day. aku tau aku pon tak la ngaji agama tinggi melanggit, tapi berdasarkan apa yang aku tau, Tuhan sendiri menyuruh kita menjaga aib. tak perlu la heboh-hebohkan kat dunia kata kau tu hebat sangat sebab buat pendedahan berani tahap nak meninggal. pastu post pulak gambar-gambar peliks..buat batal posa aku je kalau tengok haih....malas sudah mau komen..masing-masing punya hal jaga sendiri la yeh..bagi aku budak-budak yang terjebak ngan semua benda alah ni memang sangat kesian...komen banyak pon tak guna doakan je la supaya dorang semua berubah.


yang sebelah aku tu bukan Incik BMW, Mercedes, Honda City, Ferrari atau pon Mitsubishi Lancer ok. ikot ampa la nak buat spekulasi apa pon, aku malas nak explain nanti lama-lama ampa tau sendiri la naa.



akhir kata, chill la weh!!







TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, June 8, 2011

Sepagian, Semalaman di Pasific Megamall Edisi Puas Hati!

kemaren hari yang memang exausted gila. pagi dah la bangun awal sebab nak teman member baik punya  aku pi interview. dah kata keluar ngan member baik wajibulghunnah la tak reti nak balik rumah awal-awal...ceh padahal aku kalau keluar memang tak reti nak balik awal pon..member baik, member tak baik semua aku taram balik lewat..haha alasan semata ja tadi tu.


habes interview dia terus kitorang melepak kat Megamall. hajat hati aku memula tu nak ajak member aku ni golek boling or layang panggung tapi aku segan la pulak sebab semua benda dia pulun nak belanja. sebab dia kata dah dia ajak aku keluar jadi dia nak belanja. agak melampau la kalau aku biar semua atas dia..last sekali aku decide ikot ja la mana dia nak pi, aku follow sudeh.


member aku ajak terjah pasific. aku on ja..window shopping je la. aku pulak mana ada cash time-time tu. sekali aku terberkenan kat satu beg ni..peh aku rasa  macam hensem ja kalau aku pakai. dalam banyak-banyak handbag/tas tangan/beg-beg/airbag/eyebag yag ada kat situ hanya beg tu ja yang mampu membuat aku terpegun terkesima terkentut terbelenggu dan ter rasa nak beli. lagipon sekarang kat Pasific tengah sale kot. rega pon buleh tahan hebat.


tapi...tu la naseb orang yang tak ber cash ni..terpaksa melihat dari dekat tapi tak mampu nak memiliki..sedih betol. tak lama lepas tu member aku ajak balik..dalam mind aku dah set aku KENA grab that beg jugak, kalau tak aku akan gila..pergh dasat ok! 


masa kitorang blah dari Pasific tu dah pukul berapa entah. member aku pulak ajak lunch, teringin nak makan Bakso katanya. aku taktau Bakso tu ada kat area mana, dalam hati aku terdetik jugak tang mana nak cari Bakso tengah-tengah hari buta ni? mujoq member aku tau area mana..rupanya kat area rumah aku je pon..pesal aku tak pernah tau pon ni???


ok habes cita Bakso. sumpah sedap besok nak ajak Abah and Adik lunch kat sana la hihihi. lepas balik umah tu..membuta je la keja aku...ganti tido sebab pagi tu aku bangun awal. sedar-sedar pon dah petang sangat..lepas tenyeh-tenyeh bijik mata, mak aku pulak ajak pi beli barang..aku on lagi. masa teman mak aku tu la, aku bagitau pasal sale kat pasific. sebab mak aku pon macam tengah nak beli handbag. mak aku cakap, lepas maghrib,siap..kita terjah Pasific.


berapa jam entah mak aku dok survey..tapi satu pon dia tak grab. so aku pon tunjuk la beg yang aku suka. mak cakap cantik. terkejut bapak la, sebab mak aku ni selective sikit kadang-kadang tak sama pendapat ngan aku, kadang aku cakap cun dia cakap biasa. ni sama-sama kata cantik aku pon apa lagi berbunga la hati! belek pi belek mai mak aku cakap ambik la nanti kalau belajar pon buleh guna. mak bayar! hooooo


so begitu la kesudahan beg idaman aku tu..dalam masa satu hari ja dah jadik milik aku. kan aku dah cakap walau macam mana pon aku KENA jugak beli beg tu! tapi aku tak sangka la kesudahannya macam ni..cepat pulak tu hehehehe....


ekspresi muka yang mengambarkan satu kepuasan yang tak terhingga..pabila beg idaman dimilikinya.



introducing my new girlfie...Sembonia (white)


aku suka beg ni satu sebab dia besaq..aku rasa semua beg yang pernah aku beli..semua besaq-besaq sebab aku buleh isi macam-macam. ni beg kedua kaler putih yang pernah aku ada..dulu masa zaman aku rock pernah beli beg kaler putih..tapi ada gambar evil kat depan tu...otomatik member aku pangey beg setan grrr mahal kot aku beli..depa pangey beg setan? hahaha. lagi satu beg ni best sebab dia nampak sporty. aku tak reti nak pakai beg kecik a.k.a handbag sebab..aku ni ganas sikit mcm geli pulak pakai benda-benda macam tu.tengok la esok lusa bila aku insaf aku cari la handbag pulak.


ok time tu watch muviee now...babai all!






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, June 1, 2011

Andang Cintaku Menyala.

wah...rasa berbungga ja jiwa sebab dapat cinta tadi..yapp saya dapat LOVE anda jangan jeles ok. nak kata aku annoying sebab cerita pasal love kat belog?..go ahead. sekarang baru aku tau apesal la banyak orang sukak gilak cerita pasal love kat belog..sebab penangan love tu sendiri dah buleh buat kita gila bayang ok!



LOVE cannot be expressed in words


walau sekecil ini love yang aku dapat tapi ianya cukup bermakna...err aku tak dapat love ni saja. aku dapat love dalam bentuk package. haa macam mana bentuk love dalam bentuk package kan? mesti ampa nak tau...jom let me show you my love dalam betuk package;



yaa iteww adalah toblerone kasih sayang ya tuan-tuan dan puan


nampak tak tali rafia yang berkaler biru tu? dan seutas tali riben berkaler coklat..fungsinya adalah untuk mengikat segala kaseh sayang ada diantara kami berdua dan tentunya love kami takan mudah terputus lepas ni..


oh terima kaseih pada yang memberi love dan toblerone kasih sayang iteww. walau bagaimanapon..ingin saya tekan kan disini bahwasanya love itu datang dalam 3sekembar. satu love sudah ada ditangan saya..lagi dua ketul love tu pandai-pandai la ampa cari jawapannya.


dan kini tibalah masanya untuk saya memperkenalkan si dia yang baik hati pemberi love yang retiss sapa lagi kalau bukan.......................






cik JUSIZA retisss kan....oh love betul dia kat saya!


ada lagi sekeping gambaq nak tunjuk...





ni la jadiknya bila retiss sama retiss mengkagumi antara satu sama lain..nampak tak? siap ada ukiran nama retiss ai kot! jenna ni memang tau suka-suki ja nak buat ai terharu..oh....


dan tak lupa jugak kepada penghantar love yang sudi meng-ngedate bersama saya tadi Incik Mikro Kokus..tanpa beliau tak mungkin saya akan memiliki love jenna jain! maka dengan itu saya bagi henamblasjutaribupoundsterling credit kat Mikro!


okbyesilajelesya!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA