Saturday, August 20, 2011

Kerja Oh Kerja.





bila aku tak cukup rehat. tidur pon tak henamblasjam sehari maka penyakit selsema manusia pon menyerang! dah la aku keja full time hari ni..mujur tak pengsan kat tempat keja kalau tak dah jadi satu keja pulak orang nak resque aku. 


tetiba ja aku rasa best sebab dengan keadaan aku yang tak sehat ni aku buleh cover sampai 13jam 30 minit hari ni..perghh memang tak pernah mimpi kot. dah la aku ni jenis yang degil, tak suka orang tengok aku lemah sebab tu aku bertahan jugak. walaupon semua staff dengan assistant manager macam dah cuak tahap babas (bukan rempah baba's ok) sebab tengok muka aku dah pucat, tapi demi prinsip aku nan satu tu aku tetap terpacak sampai ke titusan detik jam yang terakhir! oh Ern sangat tabah..lain kali cabar la lagi. ingat aku tak buleh buat ka? dah aku buat depa pulak yang cuak...adesss...



so lepas ni aku berget ready nak cover full time selama 2hari minggu depan..hopefully aku buleh cepat-cepat sehat...aminnnn!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, August 19, 2011

Go And Get A LIFE =)

emotionally retarded!



seriusly cakap aku tak suka tempat aku diambil alih oleh orang lain..esspecially those person yang aku tak berapa nak kenai..tapi buat-buat macam dah kenai lama...well come on la..takan sampai macam tu punya kurang kasih sayang sampai nak caras tempat orang kot? memang loser!


baru beberapa hari kenai dah over terlampau-lampau. sumtimes bila pikir-pikir balik...sumpah aku menyesal dengan semua ni. dulu aku memang salute la kat orang-orang macam ni sebab lemah lembut..bila bercakap pon sumpah gigi lebih lembut dari lidah..now it's over. dari rasa salute..aku dah mula rasa annoying dengan semua ni.


dan yang paling tak paham..dalam banyak-banyak orang kenapa mesti perlu dia sasarkan tempat aku? memang aku rasa tercabar ok. bukan sebab aku cuak ka apa cuma aku agak terkilan ngan tak puas hati ja.  aku tau dia cuba nak masuk dalam komuniti aku..kawan-kawan aku..semua la...why? jangan pikir senang-senang kau boleh rampas tempat aku..dan jangan mimpi pon kau nak jadi one of them.


so kepada dia yang nakkkk sangat caras tempat orang tu kan...aku harap bawak-bawak la sedar diri yek. sorry to say aku memang tak suka kat kau dah =)



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, August 18, 2011

Iftar.

alhamdulillah syukur selesai jugak majlis berbuka puasa hari ni bersama bff terchenta! well to tell the truth aku sebenarnya macam cuak jugak kot-kot la tak dapat attend majlis berbuka tadi tu..mana tau saat-saat genting kena cover staff pulak..tak ke naya namanya. tapi syukur sangat-sangat sebab it went well...sama seperti yang di plan-kan. untuk itu terima kaseh kepad organize majlis....ciss jangan main-main bukak posa ngan bff pon ada organizer ok..formal habes!


aku pon pelik..hari aku punya energy memang tip top habes. dah la semalam aku cover dari pukul 9.30pagi sampai 11 malam...pagi ni masuk pukul 9 lagi habes 5.30 petang..energy memang ditahap membanggakan la luar biasa power! aku rasa sebab aku exited kot nak beriftar bersama bff tu yang buleh jadi luar biasa power tuh.




dalam gambar ni ada lagi beberapa orang bff yang tak dapat attend. tak payah mention nama kot sebab dorang tau sendiri kot sapa dia yang bff tu well hopefully hari raya ni semua bff dapat gath sama-sama. dah lama kot tak jumpa depa semua Y_________________Y




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, August 17, 2011

Tiada Maaf Bagimu.




maaf, kamu bukan lagi antara yang terpenting dalam hidup aku.  



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, August 16, 2011

KALAU AKU JUTAWAN.













Kalau Aku Jutawan....benda yang paling wajib aku beli mestilah seketul pulau persendirian. aku memang minat sangat-sangat kalau  ada orang ajak lepak pulau mana-mana tambah-tambah pulau yang pantai dia bersih..buleh la swimming seround dua. 

lagi satu kalau ada pulau persendirian ni best...agak-agak bila jiwa tengah serabut tu buleh gak lepak kat pulau sendiri. bayangkan...sambil lepak tepi pantai layan bluess angin pulak sepoi-sepoi bahasa..tak kesah la bahasa apa pon..memang layan laaa...

sementara nak tunggu aku jadi jutawan yang entah bila tu aku rasa baik aku lepak pantai bersih ja...walaupon tak la seindah namanya tapi kadang-kadang sedap jugak layan dok pantai sorang-sorang especially bila tengah serabut...berjam-jam masa habes kat tepi pantai tu. tak caya cubalah.....





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, August 11, 2011

My Life As A Teacher...Season Finale?


pagi tadi masa tengah dok kalut belit tudung nak pi keja, aku dapat satu phone call. dalam hati memang aku dok bajet ni mesti tempat keja aku call tah-tah nak suruh aku tukar shift masuk petang pa..dengan seberapa slumbernya aku pick up la cepat-cepat mana tau kalau dorang suruh masuk shift petang buleh jugak aku sambung tido lagi. tapi...hampa ja...rupa-rupanya officer dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang call. actually caller tu sebenarnya officer yang incharge aku selalu..masa dia call tu dia pakai number office padan lah aku tak dapat detect sapa yang call!


macam biasa la kalau dah officer call opkos la nak offer mengajar kan..katanya kali ni dorang nak hantar aku mengajar kat SK Convent Butterworth...dari rumah aku pegi sekolah tu adala dalam 5minit macam tu sebab sekolah tu memang lokasinya sebelah belakang taman perumahan aku ja pon..kalau nak calculate balik jarak SK Kuala Perai ngan SK Convent Butterworth ni kompem-kompem la Convent lagi dekat sebab jalan sehala ja tak payah nak kona-kona rata. Subject yang ditawarkan pulak..semestinya Science! masuk ni dah 2kali aku jadi cikgu Science..berdasarkan pengalaman aku selalunya subject yang aku kena mengajar mesti tak lari dari Science, Mathematics ngan Bahasa Inggeris(yang ni awai-awai lagi aku tolak,dah dua kali dorang offer tapi tak official la lebih kepada tanya aku willing ka tak.. BM pon tak berani nak ajaq ini kan pulak BI..orang perusak bahasa macam aku ni mana buleh jadi cikgu bahasa nanti rusak anak-anak bangsa..oh tak sanggup ok). kadang-kadang teringin pulak nak jadi cikgu Pendidikan Jasmani fulltime...main kat pandang hari-hari pon syok jugak!


unfortunely tawaran yang macam ni punya lumayan aku terpaksa tolak kali ni. memang aku serba salah jugak mula-mula tu sebab aku memang lagi suka teaching dari semua benda. sikit sebanyak ada jugak la rasa terkilan tu. kalaula tak disebabkan aku tengah tunggu permohanan rayuan nak further study agaknya hari ni aku dah jadi cikgu kat Convent kot. well tak pa lah..nak buat macam mana kadang-kadang kita terpaksa lepaskan sesuatu benda demi untuk memiliki sesuatu yang lain..aku harap aku pon dalam keadaan tu sekarang. kalau lepas ni aku still tak further jugak, Insyaallah aku nak jadi cikgu balik lah. seronok pulak bila dah lama-lama jadi cikgu ni..walaupon baru setahun kan tapi aku rasa macam serasi pulak ngan aku.





















rindunyerr kat dorang semua ni hoooh!

by the way nak sentuh sikit pasal tajuk entry ni yerr..sekali baca macam eksklusif ja kan haha #retiss buat entry mesti la kena kasi tajuk yang hot kalau tak mesti peminat tak nak baca ye tak?? so tajuk tu kalau korang rasa kena mengena ngan entry ni maka ada la kena mengenanya..kalau tak da pon...err aku rasa ada jugak la kot kena mengena...tak tau la kena kat kat mana tapi aku rasa macam kena ja..korang tak rasa ke? juling pulak mata aku sebab banyak sangat type perkataan kena ngan mengena ni..dah la nak masuk sleep dulu!


chiao =)





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, August 9, 2011

Personality Test!

acttually dah lama aku nak buat benda ni sejak-sejak aku konpius ngan diri sendiri beberapa bulan yang lepas. tapi time tu aku konpius sekejap je ala tu pon sebab aku nak amek MEdSI test. mujur jugak aku tak mengalami komplikasi kecelaruan identity...kalau tak kompem aku tak buleh nak agak aku ni laki ka pompuan kan...kikikiki


ok aku yang sebelah kanan tu eh..see see imma girl kan..beside me Hidir seorang abang kawasan..emm lelaki ok.


so macam biasa la bila kita nak test diri sendiri mesti la ada beberapa soalan yang patot dijawab. aku dah completekan semua soalan tu dan resultnya : 


Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.


sapa nak try buleh tekan SINI


komen aku untuk result personality test ni...semuanya agak bertepatan dengan aku..maksud aku most of the answer memang ada ciri-ciri aku kat situ. aku taktau la apa pandangan orang luar kat aku, tapi mengaku segala yang negetive yang dimentionkan memang betul. macam tu jugak untuk yang positive komen. well..kalau sesapa yang dah penah kamceng dengan aku tu kompem la dia tau buruk baik aku kan.


ada orang cakap kalau kita nak kenal dengan lebih rapat tentang seseorang, kita perlu tanya kepada musuhnya. mungkin musuh itu tahu dapat memberitahu segala kelemahannya. so those yang terasa ingin nak be friend ngan aku cerr try cari sapa musuh aku..tu pon kalau ada suruh dia statekan satu persatu kelemahan aku. aku pon kadang-kadang teringin jugak nak orang bagi feedback yang negavite..bukan apa untuk kebaikan bersama jugak kan..mana tau aku buleh ubah apa yang ampa tak suka..betol tak?




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, August 8, 2011

Blogger IC Dah Siap...Xie Xie Ni Mar!




yahuuuuuu aku dah dapat blogger ic yang super kawaii ni dah lama beberapa hari yang lepas kalau tak silap. disebabkan sekarang ni masa aku sangatlah super duper busy terlampau-lampau maka terpaksa la aku hold kan sekejap pasal entry blogger ic ni.


by the way nak ucapkan lah jugak setinggi penghargaan buat mereka-mereka yang terlibat dalam pembikinan blogger ic ni...errr actually mereka-meraka tu merujuk kepada Mar sorang ja sebab beliau sorang ja yang membuat blogger ic ni ngan penuh kreatif, inovatif serta dinamis...ah sudah..punoh karangan bahasa melayu aku kat sini!


so those yang macam teringin nak menjadi owner kepada blogger ic ni diharap tidak terlalu eager nak benda ni sebab baru-baru ni Mar dah menghentikan pengeluaran blogger ic ni..atas sebab apa kurang pasti..mungkin Mar nak benda ni menjadi satu stuff yang sangat eksklusif dan hanya boleh dimiliki oleh orang-orang yang bertuah seperti saya ja kot...tetttt!



tapi anda jangan bersedih dulu...anda tak perlu gusar atau gundah kerana Mar bakal menawarkan satu stuff yang agak best jugak la. terhad kepada 32 pengeluaran saja dan yang paling best tiada charge tersembunyi dikenakan. mana tau anda salah sorang dari pemilik stuff terbabit kan...so apalagi cepat-cepat la tekan SINI untuk sebarang update pasal stuff terbaru dari Mar.


sekian, wabillah hi taufik wahidayah...wasalamualaikum!






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Fenomena Rakyat Jelata Dahulu Kala.

hari ni aku nak share sumthing yang penah jadi fenomena kat Malaysia ni dulu. aku rasa semua makhluk yang pernah bermastautin di negara yang bergelar Malaysia pada tahun 90-an kompem pernah terjangkit ngan virus yang dibawak oleh Kumpulan Senario satu ketika dulu...betol tak??





ampa jangan nak tipu naa...sapa kata tak penah minat tu nampak sangat la pembohong. masa Senario tengah top meletop-letop macam karipap panas kat gerai MakCik Bedah dulu time tu aku baru dok ngaji sekolah rendah. setiap minggu mesti aku nak kena tengok Senario...addicted gila kot. biasaklah budak-budak bawah umor mudah terpengaruh ngan benda-benda yang fun yang boleh menggeletek ususnya. time tu walao macam mana banggang sekalipon lawak Senario tu aku tetap rasa best sampai kembang kempis hidung punya dok pulun tengok. 


masa zaman tu jugak, penggunaan video tape sangat pemes hokeyh. aku pon apalagi everytime ada ja cita Senario kat tibi tiga kompem aku akan tape-kan setiap episode. kalau aku tak sempat nak tape-kan aku paksa pulak mak atau abah aku suruh dorang buat. memang kat rumah aku dah reserved dah tape kosong untuk nak record  cita Senario saja ok! nampak tak..betapa besarnya pengaruh Senario pada seorang kanak-kanak yang sedang ingin membesar tatkala itewww sampai sanggup berget ready ngan video tapenya setiap minggu..gigih sungguh kanak-kanak iteww  kan....oh tacing!





tapi sekarang semua video-video tu dah pi mana pon tak tau..sejak-sejak video player aku jahanam lingkup musnah dikerjakan adik aku..terus abah aku ganti ngan vcd player pulak. dan sejak itu jugak la berlakunya satu evolusi baru..aku dah tak minat nak tape-tape ni lagi.  lagipon dari semasa ke semasa Senario dah macam hilang taring pulak. sampai aku yang buleh dikatakan peminat pantastic melestik dorang pon dah macam tak berapa nak melestik sangat la ngan lawak-lawak Senario ni..penah jugak aku harap yang Senario dapat jadi macam Senario yang berbelas-belas tahun dulu..namun..harapan hanya tinggal harapan! oh dah macam rancangan Edisi Siasat pulak dah ni.


dulu dalam Senario aku suka sangat ngan karekter Hamdan Yahya, Ilya Buang ngan Farouk Hussien. memang 3-3 karakter ni terlalu best tahap Megat Dewa lah cakap lu! lepas tu bila dah 3-3 karakter ni tarik diri..aku rasa macam hampa gila..memang frustrated sangat...korang paham tak aku time tu baru dok sekolah rendah lagi..tapi dah pandai kot nak frust-frust ni bila karakter kesukaan tarik diri...nampak tak betapa aku matang terlalu awal dalam berperasaan masa tu?kihkihkih..dari dulu sampai sekarang aku harap sangat Senario dapat buat reunion balik..form grup member Senario yang lama macam Hamdan,Ilya,Farouk,Wahid,Azlee ngan Lan.


HAMDAN 

ILYA

FAROUK


kat bawah ni aku share antara episod yang selalu bertakhta dihati ku...



Episode : Senario Jejak Kasihan part 2



apa pon bagi aku Senario tetap Legend. eventho sekarang dah ada Maharaja Lawak (dan aku salah seorang peminat pantastik Johan) aku rasa tak salah kalau Senario cuba bersaing secara sihat ngan pelapis-pelapis pelawak baru tanah air =)



NotaKakiErin : Senario Jejak Kasihan ada Part 1 and Part 2..atas sebab-sebab yang kurang pasti, aku hanya buleh share part 2 ja kat sini..tapi kalau ampa rasa nak tengok part 1 punya..kelik aja kat Youtube memang ada part 1 kat situ.

-pics adalah ehsan dari google.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, August 4, 2011

JOM BERMOTIBESI DI PAGI HARI.

pernah dengar tak qoute everyone makes mistakes? 




yapp sebagai manusia kita mesti akan buat silap. tapi the way kita handle silap kita tu la yang akan membezakan kita dengan orang lain. ada sesetengah orang sedar dia dah buat silap, tapi masih jugak tanak betul kan silap dia. ada sesetengah orang pulak bertindak bijak, bila da sedar kesilapan nya terus dia nak berubah.



tapi tak semua orang mampu nak betulkan silap masing-masing betul tak? kadang-kadang faktor keadaan sekeliling mempengaruhi tindakkan kita, samada nak terus buat silap atau ubah silap tu menjadi satu perkara yang betul.




bila dah jadi macam ni..perkara pertama yang harus kita persoalkan adalah hati. tanya hati kita. sanggup tak kita hidop dengan terus membuat kesilapan demi kesilapan. atau kita sebenarnya dah fed-up dengan kesilapan ini. kalau hati masih berdegil ingin terus membuat kesilapan maka terpulang lah pada tuan punya badan untuk mengunakkan akal pulak. fikirkan secara mendalam pros dan kontra keputusan yang bakal dibuat jangan nanti jiwa pulak yang merana kalau keputusan yang kau buat tu salah.




bear in my mind. silap tu adalah satu proses dalam hidop. dari kesilapan kita belajar untuk membetulkan mana yang patot. kesilapan pada kali pertama masih sempat untuk dibetulkan pada kali kedua. tapi andai kata kali kedua jugak masih terus melakukan kesilapan..maka peluang untuk dibetulkan pada kali ketiga amat tipis. jadi pesan aku gunakanlah peluang kedua itu untuk membetulkan segala salah dan silap kita sebaiknya.



NotaKakiErin : emmmm ummm
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, August 3, 2011

Sejauh Mana Kita Mampu Bertahan?


lately ni tanggapan aku tentang relationship yang yang sengaja di show off kan depan public memang sangat poor la. ok aku tau bahasa aku ni bahasa alien tak semua boleh paham la kan. ok secara ringkasnya macam ni la yeh dari dulu sampai sekarang aku agak berpikiran taboo sikit pada pihak-pihak yang suka menghebahkan status relationship mereka. aku tak nak sentuh pihak mana dan opkos lah perkara ini takdak kena mengena langsung dengan sesapa yang pemes kat Malaysia ni.




kadang-kadang aku terpikir, betul ka apa yang dorang show off tu benar-benar terjadi atau pon dorang sengaja nak reka cerita bahagia depan kawan-kawan? hakikatnya hubungan dorang tu dah tak sehaluan pon? most of people yang invovle dengan relationship yang macam ni selalu sangat berakhir dengan perpisahan. memang la jodoh tu ditangan Allah. tapi adakah kita sebagai manusia patot kah nak tunjuk kemesraan atau kebahagiaan kita depan kawan-kawan sedangkan kita tak mempunyai ikatan yang kukuh pon..lain la kalau dah bersuami isteri.




honestly, dari dulu sampai sekarang aku memang tak selesa sangat lah nak berdiscuss tentang pasangan hidop atau tentang hubungan aku dengan mana-mana lelaki. memang payah aku nak bukak mulut cerita, unless kalau orang tanya tak berhenti baru la aku cerita atau mengaku ja mana yang patot. dan aku sangat-sangat pantang kalau ada yang dok tanya pasal benda ni. entah la mungkin aku lebih senang kot cerita personal life dirahsiakan..bukan apa aku perempuan dan aku rasa sebagai budak perempuan memang selayaknya la hal-hal yang macam ni jadi rahsia..lantak la orang nak kata aku kuno ka apa yang penting aku happy dengan cara hidop aku dan aku jujur dengan apa yang ada dalam hati dah cukup kot.



aku just nak bernasihat sikit ja, kalau buleh peliss lah kawan-kawan tolong jangan show off kan sangat status anda, bukan apa..takot-takot nanti ramai pulak yang berdengki dari yang merestui. 


NotaKakiErin : jujurlah dengan perasaan anda!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Ahlan Ya Ramadhan!




hari ni dah masuk hari yang ketiga kita berpuasa dan malam yang keempat untuk terawih dan aku pulak baru terhegeh-hegeh nak buat entry posa...orang lain dah siap sedia ngan list 30hari posa 30 entry aku pulak semakin hari semakin baloq nak buat entry..opss lupa nak bagitau baloq tu dalam bahasa utagha maksudya segan. segan tu bukan malu..segan tu maksudnya malas ok...kan dah terlanjur jadi Cikgu Bahasa pulak kat sini.


well anyway berbalik pada tajuk asal ya. Ramadhan baru ja memunculkan dirinya dan aku rasa sebagai seorang Muslim yang berpegang pada jalan Allah mesti kau semua dah sedia maklum akan syarat-syarat wajib dalam bulan Ramadhan ni...jangan pulak siang-siang hari dok buat hilang ingatan dok pi hisap rokok buang sedas..gamaknya memang dah teringin sangat la tu nak masuk liang lahad kan?


aku nak sentuh sikit la pasal bulan posa ni..posa tu dah tentu tentu la wajib kan untuk kita dan secara pakejnya Ramadhan diturunkan Allah berserta dengan Solat Terawih yang sunat dilakukan selepas kita berbuka. dan fadhilat terawih itu sendiri memang sangat-sangat dinantikan oleh orang-orang yang beriman. aku sendiri pon kalau boleh nak jugak buat tiap-tiap malam, tapi disebabkan tuntutan kerja aku yang tak menentu terpaksa la aku let go kan malam-malam yang aku kena kerja tu.


macam malam semalam ni aku offday so sempat jugak la aku jadi tetamu kat rumah Allah sekali lagi. kat tempat aku ni dorang buat teraweh 8 rakaat ja. tapi lepas 4 rakaat dorang setop kejap sebab bagi laluan untuk tazkirah. alhamdulillah dari awal Ramadhan sampai la hujung Ramadhan akan sentiasa ada tazkirah setiap malam.


ada satu perkara yang interesting aku nak share kat sini masa tazkirah semalam. dari segi pengisian nya memang terlalu mantap lah kalau nak diceritakan balik..tapi ada satu benda yang betol-betol buat aku impressed sangat-sangat semalam. tazkirah semalam disampaikan oleh seorang tahfiz kecil yang hanya berumur 10tahun yang masih lagi menuntut di Maahad di Lombok. dari setiap butir bicaranya memang sangat-sangat mengkagumkan. setiap bait ucapannya penuh dengan semangat kecintaan terhadap agamanya..memang aku speechless habes, terpaku, terkesima semua pon ada. first time aku tengok keadaan ni secara real. selalunya benda-benda macam ni aku tengok kat youtube aja.




dalam hati terdetik jugak perasaan malu ngan tahfiz kecil tu. ilmunya macam dah setinggi gunung walaupon berkali-kali dia tegaskan yang dia masih seorang anak kecil yang baru menghafaz Al-Quran belom lagi layak untuk membimbing apatah lagi memberi ceramah..sekadar berkongsi apa yang dia tahu saja..serius aku tak boleh lupa bait-bait ucapan dia..indah betol ciptaan Allah yang satu ni.


dalam hati memang berharap lah Tahfiz kecil tu dapat bagi ceramah lagi walaupon macam impossible sebab dia tinggal di Lombok, setahun sekali ja datang bagi tazkirah kat sini. apa pon aku berdoa yang tahfiz kecil tu akan menjadi orang yang hebat nanti. orang yang dapat membimbing saudara seagamanya ke jalan yang di redhai Allah...Amin!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA