Tuesday, May 24, 2011

Ini Serius UiTM Memang Second Classlah.

first of all aku nak ngaku dulu yang aku ni memang budak pure Uitm. kang kalau tak ngaku nanti ada pulak yang cakap aku kacang lupakan mulut pulak kan. aku dulu study kat UiTM cawangan Perlis.


 depan gate masuk Kampus.



ada dakwaan yang mengatakan UiTM ni secondclass. ye la sebab UiTM ni kan hanya amek budak-budak yang tak mampu nak survive dalam SPM yang kecundang dalam matrix (intake disember) lepas tu pulak senang nak masuk kan. gamaknya dulu masa aku masuk UiTM tu pon sebab depa kesian kan kat aku...result SPM macam tapir pastu ada hati nak masuk U. walaumacammana pon aku bersyukur jugak la kan sebab dengan adanya UiTM ni la pelajar-pelajar yang kurang cerdik macam aku dapat jugak merasa macam mana jadi pelajar U. Terima Kasih UiTM!



aku ingat lagi saat-saat aku nak apply masuk U. memang aku pilih semua UiTM ja. ye la aku ni kan kurang cerdik, takot pulak aku nak compete ngan students bumiputera yang lain yang jauh lebih cemerlang. kang kalau aku masuk U lain tak sempat nak duduk test one kot..dah kena tendang..sian aku. mujur la UiTM ni baik hati tak pulak dia tendang aku kalau fail test..oh oh aku lupa..mungkin yang masuk UiTM ni semua tahap IQ dia rendah macam aku jugak kot..sebab tu la UiTM kesian nak tendang. Terima Kasih UiTM! 



masa aku dizaman-zaman SPM time orang dok gila nak apply matrix, aku selumber pekan ja buat tak heran sebab dari awal lagi aku dah memang bertekad nak jadi student UiTM. aku sedar aku hanya layak untuk UiTM ja..tu pon kadang-kadang aku rasa macam tak layak jugak sebab aku takot tak mampu survive dalam SPM. tapi dah aku bulatkan tekad nak masuk UiTM kena la pulun study sungguh-sungguh. bapak aku cakap bukan senang hoookeyyh nak masuk U. aku pon percaya la cakap dia. bila result keluar dan aku rasa macam 'OK' ja result (aku dapat A2 for BI dan beberapa utas A1 dalam subject lain)terus aku apply UiTM. hari result UPU keluar aku check...permohonan aku tak berjaya. and I was like...oh adakah result aku tapir sangat? sampai UiTM yang secondclass ni tanak terima???takpe aku still syukur jugak sebab at that time UiTM dah buat aku sedar bukan mudah ok nak apply kampus mereka. Terima Kasih UiTM!



then malam tu member aku tolong check kan sekali lagi untuk aku sebab aku frust dah ngan UiTM. memang pembohong la UiTM ni kata secondclass tapi apesal tanak amek aku jadi student dorang kan?? and few minutes later kawan aku call. dia cakap kat aku "See U Di IPT"(lagu ni glamer kot masa zaman aku skolah dulu) aku macam nak terlompat pon ada time tu. tapi biar betik? U mana pulak la yang sanggup nak amek student kurang bijak macam aku ni? lepas kawan aku explain..aku macam tak percaya jaa yang UiTM secondclass tu sanggup amek aku jadi student depa! perghh kalau la boleh melompat tinggi sampai ke bulan saat tu..memang dah lama aku lompat! syukur at last cita-cita nak masuk UiTM tercapai jugak syukur alhamdulillah..dan Terima Kasih UiTM!



tiga tahun aku kat dalam UiTM. dalam tiga tahun tu macam-macam jugak aku belajar. depa kata senang nak survive bila masuk UiTM sebab UiTM ni kan tak standard...so kira senang la kalau nak jawab test or final dan tak perlu nak compete ngan sapa-sapa TAPI..tak senang jugak bagi aku. apesal aku rasa macam susah ja kenapa macam banyak sangat orang pandai dalam ni?? ohh lupa pulak..aku kan kurang bijak..tak survive dalam SPM dah tu ada hati nak masuk U bila dah masuk U tak buleh nak catch up study mula la salahkan UiTM. aduii kalau tau susah cam gini masuk UiTM baik tak payah apply kan..dah la semua pon dalam BI. aku ni pulak bukannya paham sangat pon! aduii aduii pening! bila dah mula rasa pressure macam tu, aku mula study sungguh-sungguh. sapa kata kat dalam UiTM tak perlu compete? cerr pi masuk tengok..berapa riban orang student yang dok ada semua pandai-pandai belaka. bila diri dah rasa terancam macam tu aku pon apa lagi cuba sebaik mungkin untuk perform dalam final dan..ternyata result final aku pon Alhamdulillah jugak. ni semua berkat ngaji kat UiTM yang secondclass tu la. Terima Kasih UiTM!



grad jugak aku sebagai budak Applied Science (BIO).


 sebahagian budak-budak science batch aku 


kat dataran before buat tipikal aksi lambung-lambung mortar


and yeah finally..buat jugak aksi wajib ni!


well banyak lagi la kalau aku nak sembangkan kan pasal UiTM ni. aku tak kondem U lain. tapi aku hangat jugak la kan kalau ada ja mulut-mulut busuk dok mengata UiTM. aku just nak tanya la kan..apa masalahnya kalau UiTM ni secondclass? berdosa ka? apa korang yang bermulut busuk tu ka yang dok support modal kat kami budak-budak UiTM ni? penting sangat kah class atau standard tu? hanya untuk renungan bersama la kan, jatuh bangunnya sesuatu Universiti tu adalah bergantung kepada pelajar-pelajarnya sendiri. kalau pelajar tu perform dengan best maka result yang bakal dia dapat pon confirm la best ganda dua. tapi kalau pelajar tu sendiri tak buleh nak perform maka itu tidak boleh di salahkan pihak Universiti. sebab setiap Universiti ada dia punya standard tersendiri dan aku percaya setiap standard atau piawai yang di keluarkan oleh Universiti akan dipantau oleh orang-orang yang berkaitan. So before kau nak kata UiTM ni secondclass atau tak standard kau pikir la seniri yerr kau ni layak ke cakap macam tu?


so those out there yang dapat offer dari UiTM ni jangan la ragu-ragu nak terima pulak. jangan la korang nak pikir standard ke tak baru korang nak enter UiTM besok-besok ni kalau korang mintak keja pon bukannya majikan kau tu nak tanya kau ni study U mana..silap-silap haribulan dia pon tak sempat nak kira standard ke tak U kau tu. pesan aku jangan sesekali kau pandang hina ngan kebolehan UiTM ni. bila kau dah masuk UiTM baru la kau tau susah senangnya jadi budak UiTM. so ada lagi ke yang nak kata UiTM ni secondclass??




NotaKakiErin: UiTM TETAP DIHATIKU. muktamad!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

18 comments:

Muslimah Optimis said...

good.. ala mana-mana U pon sama je.. yang penting diri sendiri kan.. amboiii baik punya perli kurang bijak dalam entry ni... hihi.. tapi nice entrylah.. bahasa sindiran...

nadzli azlan said...

ahaks !! BEST ! :)

AyieNa Nur said...

da bca entry kondem yg erin maksudkan tu sebelum ni..dan dh bca yg ni..mmg btul..sebangga mna pn kita ngan U kesayangan tu..jgn la kutuk U len..still tempat org menuntut ilmu..jd org berjaya..rmai je dr UiTM pa..and students UiTM rmai yg laku..FACT..

bkn nk pihak spa2..tp slalu sgt jmpa org yg cmtu..org hebat b'fikiran cmtu ke?..peace! =)

meaw said...

wahhhh! onie pulak tengah tunggu result dari uitm,dapat ke idak,risau pulak...but! tahniah eh kak erin berjaya jugak masuk ke UiTM !

~...AmALinA....~ said...

pape pon UiTM tetap dihatiku~~ ^_^

shafmechy said...

tempat menuntut ilmu ni semua sama ja, yang penting ilmu..apa nak dibangga dengan angka 1 atau 2...tu semua ranking yang manusia sendiri bg..ramai ja yg dapat straight A mintak UiTM, best..banyak je company cari budak2 UiTM, produk terbaik kata mereka...

shahira :) said...

haha, nice entry! hundred percent agree with you. :) blaja kat u mana pun sume sama. takyah lah nak gado, berdebat 7 tahun 4 bulan u mana lg bagus dlm mlysia ni, tetap tkkan habis. so, keep it up dear, berbangga la di mana sj kita belajar, asalkan kite sumea berjaya. amin :)

Anonymous said...

Uitm ni second class, NOT FOR ME, bg saya sbg student UiTM sy sentiasa ingat pesanan Dato' Sahol, UiTM ADA KELAS YG TERSENDIRI!! dan bg saya sebagai student UiTM TAK SANGGUP saya nak kata yg UiTM ni 2nd Class, sbb ini lah U yang ambil saya utk menimba ilmu.and FYI mostly, batch saya dari matrik yg dpt 3.0 and above including me, mostly KAMI SENDIRI APPLY UITM SBGAI PILIHAN KAMI sbb kami rasa berbangga bila kami dpt masuk UiTM, dan saya saya xsuka kalo orang kutuk UiTM. sekian, salam.

Muhd Fadil said...

takdenye Uitm seken klas.. semua sama je lah. kalau bijak pandai sesuaikan diri, berjaya lah walau kat mane pun.

Anonymous said...

dr penulisan akak.nmpk sgt akk seorg yg merendah diri.. kalau result tak okey. mana mungkin dpt masuk program AS120 XD *tahniah,sbb da grade!! ALL the best

-i N G s h a h z- said...

UiTM dihatiku !
SPORTREC dihatiku !
sokong dgn entry anda (:

shiema sufian said...

wah wah. uitm memang dihatiku. sayaaang uitm :)
jom join bloglist shiema :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kan.......

kucing said...

shayer sayang uitm walaupon shayer asasi kat uitm jer

Odd Casablancas said...

UiTM dikatakn second clss sbb xda pelajar bangsa Cina n India etc.. This is our practice man, yg mencorakkan diri kita ialah diri kita sendiri. For me, UiTM ada classnya sendiri. MELAYU FTW ! UiTM sentiasa di hatiku :D

Adib said...

dpt std kt uni yg 1st tu pun xguna klu malas..uitm ok ape..malas kena tendang..

mR.bUnY said...

erin poyo...tau la dak pndai..dok buat truk na..hangpa tu...hahha

Nessa Rapaee said...

saya pon student UiTM. Hihi. Fatin Suhana pon student UiTM. HANIS ZALIKHA pon student UiTM. Seriously, susah gak nak compete! Kat Malaysia cuma ada 2 universiti. UiTM dan lain2. LOL