Friday, December 30, 2011

Kesalahan Ombak Rindu.



oh mannnn...serius akibat terlalu lama sangat biaq belog tak berupdate sekarang ni aku jadi macam sakai jaa tak reti dah nak berinteraksi dengan belog sendiri. well honestly aku update pon sebab ada yang mendesak...okay mendesak yerr tuan-tuan dan puan-puan siap merayu-rayu lagik tau...ahaha..ok part merayu tu tipu jaa..but someone did request me suruh update...alasannya tatkala bosan boleh jugak beliau baca belog aku...so dear this is for you okeh..=)





hemm secara jujurnya aku nak mengaku la yerr aku baru ja selesai mengkhatamkan movie Ombak Rindu semalam. and it is true aku tak pegi panggung pon untuk tengok movie tu...at first im kinda excited to watch dat muvie kat panggung siap dah berangan lagi nak jadi antara yang terfirst tengok cita tu...malangnya pabila aku terkenangkan balik movie Lagenda Budak Setan (LBS) yang di adaptasi dari novel yang juga menggunakan judul yang sama maka terus aku memampossskan niat iteww di dalam sanubari..kekecewaan lalu masih menghantui ku...oh aku memang suka guna bahasa pelik-pelik bila tak tau nak type part yang seterusnya...



bagi aku Ombak Rindu punya movie ni sangatlah better dari LBS yang huru hara tuh..I mean sentuhan dia menjadik la jugak.. mula-mula aku takut jugak ah kot-kot la novel agung ni  hancur bila jadi muvie tapi bila dah tengok aku rasa puas hati lah jugak...cuma yang tak bestnya sepanjang 2jam muvie berjalan aku langsung tak buleh nak menitiskan ayaq mata..aku tak paham kenapa. dari movie review yang aku baca semua orang kata cerita ni cerita sarat ayaq mata la jadah semua tuh. tapi aku langsung takdak feeling nak sendu pon..apa kes weh? ke aku ni sebenarnya dah kurang sensetif dengan emosi sendiri?tak paham....



okay at the same time while watching this movie aku dapat jugak ah tangkap kesalahan shot yang dibuat team Ombak Rindu..salah satunya macam yang kat bawah ni la.






gambar bahagian atas:

masa ni Hariz tengah kejar Izzah sebab nak explain yang dia tak sengaja pukul Izzah sebab dia ingatkan Izzah pregnant. time ni jugak air laut masih surut lagi sebab tak cecah kaki Izzah dengan Hariz. 


gambar bahagian bawah :

masa ni Hariz dah selesai confess feeling dia kat Izzah..and masa ni jugak lah kita buleh nampak yang air laut dah mula pasang sebab kawasan berbatu yang dorang duduk tu dah mula penuh dengan air laut....perghhh lama gilakkk Hariz confess feeling kat Izzah kan...keh keh keh.



dan untuk kesalahan shot yang seterusnya biarlah Goof Spot yang pakar mendedahkannya nanti. overall Ombak Rindu team did a great job..tahniah!


so i guess sampai kat sini jerr lah dulu...next time ada gud-gud story aku update lagi...till then, gudbye!



NotaKakiErin : tak sabar nak tengok cerr Bicara Hati by Damya Hanna pulak!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, November 25, 2011

A Glimpse Of Aamir Khan.

a big hug and also jambu



previous entry aku ada sebut yang aku tengah ketagih dengan Aamir Khan kan? okay okay..aku tau sum people mesti rasa macam eyewwww groossss sangat tengok cita Hindustan...karat tau...hah karat marat..to hell la sume tuh..yang pastinya ketagihan aku ni dah tahap nazak..rite now kau boleh jaa tanya apa maklumat pasal Aamir Khan...semua aku hafal macam aku hafal buku sejarah SPM dulu...perghh sebenarnya aku agak kagum jugak la dengan pengetahuan aku sekarang ni...penuh informasi terkini pasal Aamir Khan..hahaha.



kalau Mikro ngan Abang Naim dah specialised dalam arena Japan punya muvie...maka aku pulak dengan bangganya nak memspecialised kan diri aku dalam arena Hindustan punya muvie pulak...tapi Aamir Khan punya muvie je la. muvie-muvie hindustan yang lain aku belom mendevelopkan minat hew hew hew.



dalam banyak-banyak cita yang Aamir Khan belakon..aku paling minat sekali cita Fanaa. penah sekali tuh selama 3hari berturut-turut aku dok tengok cita tuh jaa...sampai kan pi sekolah pon tak senang sebab dok teringat nak balik pasang cita Fanaa...memang kritikal gila time tu...aku ni selalunya payah ah nak spent masa berjam jam untuk tengok muvie...tapi bila dah kena penangan Hindustan ni aku dah tak kesah kalau nak spent sploh jam pon depan lappy....perghhh dunia dunia...




ni first appearance dia masa dalam cita Fanaa..walaupon agak serabot...tapi tetap hensem dihatiku lalala



yang ni masa dia dah jadi terrorist...lagi kacak kot time jadi terrorist ni...nak-nak pulak masa dia act dekat KLIA tu...perghhhh versatile habesss owh..kalu la ada lagi sepuluh orang terrorist yang kacak macam ni mesti  banyak pompuan yang willing nak jadi Zooni Ali Beg tu kan...termasuk la aku sekali hahaha!




dalam koleksi aku sekarang ni masih berbaki 6 muvie Aamir Khan yang aku belom tengok..rasa macam sayang pulak nak tengok semua sekaligus..thats why aku hold sekejap..cari gali lagi muvie-muvie dia yang lain..buleh dikatakan koleksi muvie yang aku ada ni dari yang old muvie sampai yang paling latest cita Dhobi Ghat tu aku ada. appearance Aamir Khan dalam muvie Ghajini memang terbabow ah...body dia time tuh buleh beat ngan Salman Khan kot..buleh buat hati wanita-wanita sedunia cairrrr wa cakap lu...




Ghajini look



seyes tak nampak macam forty sumthing pon...awwwwwuuummm



okay okay enuff. aku rasa cukup la aku meraban pasal menda alah ni. aku penah confess kat Wani pasal ketagihan melampau aku ni. walaupon aku tau beliau macam...ah sudah budak ni dah buang tebiat...tapi aku apadehal..aku cita jugak tak kesah laa aku dah memalukan beliau dengan ketagihan aku ni..janji dia ja yang tau...orang lain tak tau...hahaha.



NotaKakiErin : errrr best jugak enn cita hindustan ni....semua cita nak good good aja..
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Hutang Tag Yang Dah Terlangsai.

first of all aku rasa macam awkward gilaaaa nak update blog pada hari ini..choiihhh! ye aku sedorr aku dah lama mentinggalkan dunia belog...hatta dah berminggu-minggu kot since my last entry. to tell the truth aku sebenarnya memang totally tinggalkan dunia blogging...jangan kan kata nak blogwalking nak enter blog sendiri pon aku rasa macam boring..so thats why la aku pinggir kan sekejap...sekejap je..tak lama pon kan? hew hew hew~



yang mencetuskan keinginan nak update ni sebab aku baru teringat yang aku dah terhutang tag dengan sorang blogger hyper active ni. dia dah tag aku lama...tapi baru hari ni aku nak jawab...heyy at least aku ada effort kot nak jawab..bak kata orang kampung seberang better late than never kan??? am I rite people?..wakakakka speaking kaww Mak Jemah!



so proceed now...ehh japp benda alah ni ada rules...if not mistaken dari apa yang aku paham depa nak suruh aku terangkan serba sedikit background aku sebanyak sebelas point. Sebelas point??okay aku serius tak paham apa kaitan sebelas point ni dalam sesi tag kali ni...papa hal pon follow je lah!



THE INNER AND OUTER LIFE OF MINE.








1. tahun kelahiran aku ialah tahun 1988...pada bulan 4.


2. mostly bila aku sebut nama glam aku mesti people curious nak tau nama asli aku kan...mimpi je lah kalau kau pikir aku nak bagitau nama penuh...aku lebih senang orang kenal aku dengan nama ERIN...fullstop!


3. currently aku merupakan penggangur yang bangun pagi, bukak tudung saji makan dulu lepastu mandi and then baru la menghadap laptop sampai ke pagi esoknya. what tu du...sekolah tengah katup sekarang sebab tu la aku takda keja...but I swear yang aku tengah cari part time job untuk hilangkan busannnn...oh sekolah kenapa kau perlu tutup?????...kan aku dah kehilangan pekerjaan...sobbssss!


4. aku percaya yang number bertuah aku ialah number 6. errr macam khurafat sikit...ok kita tukar lah..bukan number bertuah..number kegemaran...hehehe


5. aku ada sorang adik laki yang berumur 15 tahun..dan kalau kau nak tau, besok aku nak post dia selama beberapa hari masuk kem. yahhooooo aku tak sabar nak hantar dia pi sana hoiii.


6. dalam rumah aku ni buleh dikatakan aku sorang ja yang mengkongker pengunaan internet...oh yaa aku tak reti nak eja konker dalam bahasa inggeris dan yaaa aku malas nak semak ejaan kan gugel translate...buang masa.


7. sekarang ni aku addicted sangat ngan Aamir Khan...yerppp bunyik macam groooossss sangat kan...nak buat macam mana aku banyak sangat masa terluang sampai kan..muvie pertama lakonan Aamir Khan tahun 1988 yang dababoom tu pon aku dah download...sekarang ni dalam koleksi aku memang banyak aaaahhh cita yang Aamir Khan belakon..sapa nak, sekali sedut 10 hengget...amacam??


8. kafien adalah makanan ruji aku setiap hari..nasik tak makan seminggu takpa...tapi bukan kafien.


9. aku dah deactive fb lebih kurang 2 bulan yang lalu. well honestly aku tak menyesai pon deactive...sebab aku gain nothing thru fb...ohh yaaa aku lupa aku ada bff yang super cool kat fb...eventho aku dah tak berfb dan tak memegang status sebagai salah sorang admin di bff blogger tapi..bff aku tetap sayang kat aku....okay macam tak da point pulak sembang bab kasih sayang kat sini...sigh!


10. dua tiga hari yang lalu aku mengalami tekanan hidup sebab aku dah tak boleh nak mendownload...I mean bukan tak boleh langsung..boleh actually. tapi lambat macam siput sedut..kau bayangkan lah file yang bersize 200MB buleh amek masa sampai 21 hours nak setel....tak ke memberi tekanan hidup namanya tu? aku pakai stremyx..as far as I know..streamyx kan unlimited untuk download..masalahnya sekarang aku surf internet okay ja tak da la lembab tapi nak download amek masa yang lama....kenapa eik?? aku harap ada la yang boleh jawab soalan aku ni..


11. okay last point..actually aku dah takda point nak meraban...cukup la kalau kau semua tau yang aku ni kalau dah setat membebel kompem tak leh berhenti...sebab tu la aku ni friendly(up diri sendiri).



SOALAN DARI BLOGGER HYPER ACTIVE.


1. ampa kerja/belajar kat mana.

-dulu belajar kat Arau. sekarang keja kat area-area Penang jerrp..ikot la mana PPD hantar situ la aku pegi.


2. kenapa ampa berbelog?

-perghh soalan nak sama ja macam soalan peberet Abang Nadh. okay jawapan aku tetap yang satu...tak semua soalan ada jawapan...har har har.


3. sekarang kan fenomena vlog sedang melanda blogger-blogger, adakah ia satu perkara yang wajib yang harus ada di dalam blog?

-pada hemat aku, it's no necessary untuk ada vlog dalam blog. percaya tak kalau aku cakap orang yang mampu bervlog ni sebenarnya gifted? I mean tak semua orang boleh bercakap depan camera sorang-sorang macam dia tengah bercakap dengan orang secara live...tapi kalau sekadar nak mengikut trend tu aku sarankan kan baik tak payah la nak bervlog....buat orang maki kau je kat youtube tu....


4. baju warna apa yang ampa pakai ketika menjawab soalan ini?

-baju kaler putih tertera perkataan "Touch In Penang Island"



5. apakah yang belum apa capai lagi dalam hidup ampa selama ni?

-aku baru nak mula hidup...banyak sangat yang belum tercapai dalam hidup....


6. berapa saiz seluar ampa?

-aku pakai seluar getah...taktau pulak saiz berapa sebab tak da pon kat belakang seluar ni...har har har...nice question!


7. apakah warna berus gigi ampa?

-kaler hijau...tak cantik pon...


8. are you single?

-yes I am...


9. bila nak kawen?

-bila dah ada calon, duit cukup, matlamat tercapai..cita-cita dah terlaksana. well im quite serius bila cakap bab kawen mawen ni..bukan apa kalau kita ni nothing jangan la mimpi nak kawen awai naa at least capai dulu  impian kita...baru la 50 tahun akan datang waktu kita dah terlantar di katil hospital tunggu nak mati kita tak menyesai.


10. nanti kawen, agak-agak tema warna apa?

-hemmm aku suka gila kaler purple...most probably wedding theme aku nanti akan berwarna light purple...


 11. ampa sayang cycy dak?

-errr adakah ini sejenis soalan???



RULES OF THE GAME.


1. Post this rules

2. Write 11 things about yourself

3. Answer the question that the tagger have set for you

4. Create 11 new question for the people you have tagged to answer
5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
6. NO TAG BACK


okay disebab kan kemalasan yang amat sangat maka aku dengan suka hatinya nak menderhaka rules number 4 & 5. bukankah rules are made to be broken??har har har so those yang terasa ingin nak buat tag ni..dialu-alukan tanpa sebarang paksaan....TQ~~


kaver depan Cinta Elysa next season..lalalala




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, November 11, 2011

Patot Pergi Meninggal Jerr.




aku paling menyampah dengan orang yang suka take advantage atas kebaikan orang lain. aku tak cakap la aku ni banyak la sangat tabur kebaikan kat orang tapi sebagai manusia yang ada akal ni..opkos la aku agak senang -nak deal kalau orang mintak tolong apa-apa ngan aku.



sebab kebaikan aku tu la aku sanggup diperbodohkan atas ungkapan manis tapi berbisa-kitakan kawan. dulu penah sekali aku biar diri aku jadi macam lembu..aku turut jaa kemahuan orang especially those yang suka dok claim kata dorang tu bff aku. at the end of the day..aku dapat tau that orang yang suka dok claim kata dia bff aku tu adalah seorang backstabber. aku learn sumthing jugak la masa tuh.



lepas dari kes tuh aku dah jadi kurang berminat nak buat kawan dengan orang baru. serius memang aku malas gilak. aku banyak tumpu kat bff aku yang lain. yang betul-betul ada time aku up and down. yang betul-betul boleh ada dengan aku time aku susah yang tau apa maksud true friend tuh. among of them pulak ada lagi sorang yang suka nak take advantage. aku tak paham la kenapa aku boleh ada kawan yang macam tu dan sekali lagi aku sanggup tadah tangan aku nak hulur bantuan kat dia. and I hate that!!!



bila aku pikir-pikir balik, baru aku teringat sumthing. sebenarnya aku sedar masa orang sedang nak meng take advantage kan diri aku. tapi kenapa aku turut? sebab aku rasa kalau bukan aku yang nak tolong dia sapa lagi? mustahil nenek dia yang nak bantu kan?? lagi satu aku jugak cuba nak jaga reputasi dia dimata kawan-kawan yang lain. sebab tu aku tolong. but now...aku dah realised yang aku sepatotnya dari dulu lagi biarkan dia mati kering macam tu apa.



kenapa?



sebab sekarang perangai orang tuh dah makin menjadi-jadi. nak kata susah, aku rasa hidop dia jauh lebih senang dari aku. Allah dah kurnia kan dia dengan segala kesenangan yang ada. tapi still perangai lama dia tetap melekat..suka take advantage atas kebaikan orang lain. paling tak masuk akal, dia tak dapat nak take advantage diri aku, dia cuba pulak nak take advantage bff aku yang lagi sorang. agak-agak ann orang macam ni patot kena maki ke patot pergi meninggal? aku tau dia nak amek hati aku dengan cara berbaik-baik dengan bff aku yang lagi sorang. well jangan ingat aku bodoh. aku takan biar benda tuh jadi. dan kami takan biarkan diri kami diperbodohkan oleh kau.



aku dah start pikir nak off semua connection yang buleh buat dia jumpa aku. sedangkan fb yang macam jantung aku tuh, selamba badak ja aku buleh deactive ini kan pulak number phone..apadehal la sangat. even blog ni pon aku nak tukaq url nanti. biaq sampai ke lubang kubur dia cari aku tak jumpak dah lepas ni. aku tak menyesal nak buat semua ni, tapi aku menyesal sangat sebab aku terpaksa buat semuaaa benda ni atas sebab yang tersangat benggap.



so guys aku nasihatkan korang semua nanti kalau nak berkawan..bukan bijik mata luas-luas. kalau dah nampak gaya kawan korang tuh macam tak boleh pakai jaa...baik la dari awal lagi korang angkat kaki..jangan jadi macam aku nak buat baik la hape la...simpan ja la baik korang tu kat mana-mana. dekat dunia ni kebaikan yang kita buat selalu dibalas dengan kejahatan..renung-renungkan dan selamat beramal!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Kami Tak Bodoh.

Dont let yourself fooled!



will fight back!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, November 10, 2011

Tentang Bulan.

hari ni bulan cantik sangat. too bad. aku tak da kemera 'besar' yang dapat capture bulan dari angle yang chun.






dari kecik lagi aku suka sangat tengok bulan. dari keck lagi memang dah jadi sifat aku nak tengok bulan sorang-sorang lepas tu berangan macam-macam sampai la dah tua bangka macam sekarang...one thing yang aku ingat sampai sekarang ialah dulu masa keck-kecik aku selalu pikiaq yang bulan tuh suka kejar aku. everytime aku jalan, aku tengok bulan mesti nak ikot aku..bila aku lari, makin laju pulak dia kejar..bila aku berhenti dia pon berhenti sampai satu time tu aku tanya mak aku kenapa bulan ikot aku? jawapannya.....hahaha tak challenging la kalau aku bagitau kenapa..it's a secret between me and my mum...syhhh!




sekarang pon aku suka sangat tengok bulan...walaupon aku dah sedia maklum permukaan bulan tu macam mana tapi still aku rasa bulan tu sangat gorgeous bila sampai wakti bulan penuh. i wish that satu masa nanti bila bulan penuh aku dapat berbaring atas rumput yang luas yang dapat view bulan sampai la bulan tu hilang sendiri...
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, November 3, 2011

Pre-Raya Haji Shooting!

hammbooiii kemain tau tajuk. memang lapar nak makan penampar hempatpuluhratusribu tan kot!


shoot la sangat. shoot bajet aja pon.













btw ini gambar masa hari raya aidilfitri yang pertama tahun ni. rajen pulak kan aku nak shoot shoot pre-Raya Haji kan..ah takda maknanya. baju raya pon aku tak siap ni kan pulak nak shoot lain kali ajer lah. kat ats ni semua cousin aku. actually ada ramai lagi tapi masing-masing tak sempat nak jumpa raya kali ni. ye la makin lama makin ramai yang dah berfamily sendiri so yang ada ni pon just kami-kami je la yang belom berfamily sendiri.



kami dah rapat sejak dari kecik lagi. yang aku tau, celik ajerr bijik mata aku kat dunia ni tengok-tengok dorang dah ada sekali ngan aku. so mungkin sebab tu la kami rapat sampai sekarang. otak pon lebih kurang jugak semua. eh japp...aku raser  most of cousin aku semua perangai senget cam hakuu kot. masing-masing kalau bercakap tak payah pasang speaker dewan..memang kalau orang tuu duduk sebatu pon boleh dengar suara kami..kah kah kah...now baru aku sedar yang kami ni memeiliki gen suka cakap banyak ngan memiliki pitch suara yang agak tinggi!



haaa lagi satu, kami ni jugak memiliki gen perasan-suara-sedap-tak-sedar-diri yang agak ketara. kalau tak caya try ah lepak ngan kami..kompem kami heret kau semua masuk karok..beradu suara. sedap tak sedap belakang kira! jom???



last but not least, budak yang kat bawah ni sedang diasuh untuk menjadi diva seperti kami...







amacam ada gaya diva-diva terunggul tak? eh...terunggul ke tunggul? 
ok dah.





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Rindu Boyfriend.

The Three Muskeeteers



rinduuuuuunyaaaaa kat boboish 3hoorang nih! selalu kalau keluar ramai-ramai mesti aku stuck naik keta sekali ngan depa ni. macam-macam peel ada..2orang dah memang fanatik Japon. yang sorang lagi tu old skool sikit...apa-apa pon kombinasi mereka bertiga kadang-kadang mampu untuk membuatkan aku nak ketuk kepala sendiri...



kalau nak tau sebabnya kena ah naik keta ngan depa ni..baru la tau sendiri..



ok chiao!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Perhatian kepada sesapa yang follower dia belom cecah 5ratus lagik boleh la teruss mengkelik banner di bawah ni untuk menjoinkan diri dalam segmen C-Genk. semua syarat-syarat segmen ada kat situ. So selamat bersegmen lah yerrr.




aku dah. korang bila lagik???
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, November 2, 2011

#2 Wordless Wednesday.





On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description -Answer.com



NotaKakiErin : Dah nak raya hoiii!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, November 1, 2011

Sweet November.



Do you want to be my November?

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

I Gave My Love To Erin.

selalunya nama pompuan sering dijadikan tajuk atau lirik dalam lagu-lagu melayu atau internasionale. sadarkah anda nama yang berunsurkan ke-Maria-an selalu ja mendapat sentuhan komposer-komposer terkenal dan jugak kurang terkenal..nama Maria itu sendiri sangat internasionale.



so disebabkan iteww lah jugak aku dengan gigihnya mengugelkan diri carik kot-kot la ada nama aku diabadikan dalam mana-mana lagu. dan hasil pencarian aku iteww telah menemukan aku dengan sebentuk lagu engrish ini...nak dengar kalu, sila play naa.





dah dengar? bestt takk? keh keh keh...walaupon tak semegeh lagu Ave Maria...tapi lagu ni tetap berjaya membuatkan hidung aku kembang kempis untuk 30 saat pertama....hak hak hak kau ade?



aku selalu berangan nanti kalau dah cinta baru, aku nak encik cinta buat satu lagu jiwang tahap 24karat menggunakan title nama aku. buleh aku buat ringtone henpon terus..perghhh seronot tewww!



Nama saya Erin, sedang mencari bakal suami untuk masa depan. sudi jadi suami saya? keh keh keh...





NotaKakiErin : psstt gambar cun sebab edit okeh. kata nak cari jodoh kena ah letak gambar cun-cun *dang!!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, October 30, 2011

Malam Yang Tercemar.

Location : Lagenda Height, Sungai Petani

Time : 11++ p.m

Theme : GirlsDayOut Redah Ajerr




sesungguhnya aku sangat mengkagumi usaha aku ngan AR gigih cari angle terbaik untuk nak captured gambar #retiss kesayangan ramai iteww. OK Laan dah tak koserr, dok kuis-kuis cari apa tak tau.




somehow ai rahser pic ini manisss banget..since when AR pandai pose like a model ni? *wondering yawww*




introducing my new boiferen, Laan...bakal ber-in-a-relationship ngan ai tak lama lagi...hahaha dangg!




dua orang pesaket yang baru terlepas dari menjalani ujian mental..mereka saling melengkapi antara satu sama lain...bak kata pepatah Zimbabwe seperti Kad Atm dan Mesinnya dua-dua saling memerlukan..*lalala*





tak payah nak berdebar sangat la eh baca tajuk tuh..actually takdak apa yang tercemarnya pon..saja nak bagi tajuk 21SX kan...bajet kontrobersi la sangat kan. well semalam al kesahnya nak bergirlsdayout ngan Aju tapi macam tak berapa nak girlsdayout sangat la pulak..sebab tengah-tengah sakan dok berjimba buleh pulak diterjah oleh AR ngan Laan...kira macam tercemar duli la kat situ..takpa next time we olss dah bajet nak bergirlsdayout lagik..walaupon berdua kami pasrah ja lah..nak buat macam mana gegirl yang lain sumaaa terpisah jauh...wuwuwuwuwu..




walaubagaimanapon aku rasa ektibiti semalam adalah satu benda yang sangat best yang dah lama aku tak buat. dan aku dah jumpak sorang lagi manusia yang mudah untuk diajak buat kerja gila...satu penemuan yang mengkagumkan!




so mata pon dah mengantuks..badan pon dah letih..perut pon dah kenyang..rasanya perlu mentidurkan diri ini buat seketika waktu hahaha nanti aku update lagi pasal cerita girlsdayout ni. tapi sebelum tuh terimalah gambar taksenonohmintakpenendag dari aku untuk kalian...wooot wooot!!




abaikan eyebag itewww. dah cuba nak buat gaya yang menggiurkan macam Hidir Abdullah..tapi sumpah tak jadi!




OK daaaa!



NotaKakiErin : walaupon ai dah lama (lah sangat) deactive pesbuk tapi ai terharu sangat sebab masih yang kenai ai....sobss sobsss

NotaKakiErin2 : cerita kenuri rumah Mikro Kokus akan di update later.. To Kartunis Damas...nice to meet you yaww..comel cap/hat/topi anda tadi hew hew hew.





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, October 29, 2011

Go and Die Please!

What shud I do?


My mum keeps asking about him.


dughhh..my dear cud you pliss go and die?


so that I dun hev to answer any Q about you.



\\yourErin

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, October 27, 2011

Bercakap Dengan Bulan..Oh Bulan...Can You Hear Me?..No??





I fell in luv with a fool.

Only a fool cud luv a fool.

and..Yes, I am a fool.


Talking To the Moon - Bruno Mars,

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Melaka, Aku Mencintaimu!

I need a break *gedik baru keja nak break-break pulak!*


Penang To Malacca



serius rasa macam nak buat percutian sendirian berhad ala-ala backpackers gitew. cuti sorang-sorang pon beshh apa. tat kala ini aku dah terbayangkan keindahan negeri Melaka yang superb tuh. aku tak tau kenapa sejak dari pertama kali jejak kaki kat sana yakni sejak dari doblas tahun yang lepas aku selalu rasa Melaka itu satu benda yang sangat indah. and everytime aku sampai kat Melaka keterujaan tu tak pernah hilang. sumpah!



kalau nak diikutkan secara rasionalnya apa la sangat yang ada kat Melaka tu kan...negerinya kecik aja..tapi aku still jugak rasa Melaka tu sangat super da best sampai aku pernah pasang niat bermastautin kat sana. apa yang ada dengan Melaka aku pon tak tau. nak kata tak jemm aku rasa sama naik ja tahap ke-jemm-man nya dengan Penang especially kat kawasan bandar hilir tuh. seriusszz aku tengah cari X-factor yang ada kat Melaka..apesal la aku tertarik sangat-sangat and adore Melaka sampai macam tu sekali.





aku dah dapat imagine betapa cool nya aku sedang menikmati udara kat Dataran Pahlawan tu ditengah-tengah malam...lepak atau baring atas rumput-rumput yang separa botak tuh...perghh nikmat tak terperi siot! err ada satu malam tu aku pernah gak lepak sekali kat sini..teruss aku rasa cam best ja tempat ni..sesuai untuk orang yang suka layan blues macam aku ni.



lepas tu pulak, jalan kaki sorang-sorang pusing bandar tuh..kalau penat naik beca...ahhh seriuss rasa macam tourist gilakkk lah. OKOK now aku dah seksaited. nak kumpul duit..nak cuti pegi Melaka..sorang-sorang. aku taknak ada orang kacau percutian aku nanti...weehuuu!























so can anyone tell me how la ai tak jatuh cinta ngan Melaka ni kan..tengok lah tempat-tempat dia cantik jaa manis mata memandang *ayat macam peliks ghasak lah*






NotaKakiErin : this may sound crazee but i will surely go to Malacca untuk bercuti sorang-sorang jugak! soonnnnnn!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

You.



I know your life can go on without me, that you can be happy without me, that you can survive without me. But even if you turn me away, I will still choose to stay with you and be your sweetest stranger forever.  and I know I'll look so stupid when I say this to you..



apa perasaan kau bila baru nak rasa bahagia tetiba ja duka merentap raga? 



sedap bukan?



huhh rasanya macam pisang goreng panas kot..sedia dinikmakti dengan air teh di petang hari.

Tuhan, andai ini petunjuk dari-Mu maka kau kuatkanlah hati aku untuk menghadapinya. Berikan aku kekuatan Ya Allah. Jadikan aku seorang insan yang tabah. Sesungguhnya Ya Allah hanya engkaulah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi di langit dan di bumi....Aminn.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, October 26, 2011

Tolong Ubatkan Saya!







ketagihan aku terhadap apa jugak jenis kafien di tahap yang agak kritikal sekarang. dulu aku stick ngan nescafe..memang dihidup aku siang malam diselubungi nescafe ja...tak pekena nasik seminggu perkara biasa dah bagi aku..tapi kalau tak pekena nescafe  satu hari buleh jadi perkara luar biasa kot sasau setengah mati.



aku cuba nak lawan tapi sekejap ja la dapat bertahan pon..last-last aku tewas jugak..mula la merangkak pegi old town pulak sekarang ni..kalau dulu zaman tak bergaji minum kat umah je..sekarang pantang teringat..laju-laju drive carik old town yang berdekatan.



phewww apa nak jadi laaaa...aku rasa annn kadar kafein dalam otak aku dah di tahap saturated dah kot...dah bersatu dengan segala urat-urat, neuron-neuron lantas mengeluarkan cas cas negetive yang mengakibatkan tahap mental sehat aku di separa yang tak berapa nak betul....bapakkk la ayat..kau paham ke??



aku rasa aku ni dah macam perokok tegar. dah tak buleh nak kawal kadar pengambilan kafein. makin aku cuba tinggal makin aku tak boleh lupa...dah macam orang bercinta pulak..sekian!



NotaKakiErin : sejauh mana pon aku masuk old town, tetap aku rasa old town kat lagenda height jugak paling menawan hati..nak nak pulak disitula segalanya bermula...sentimental value ohhh!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Pondan Di Tengah Kuala Lumpur!

ini cerita last week. time aku rushing pegi key hell nak attend interview...serious cakap memang sakai gilak lah perjalanan aku pegi key hell tuh. mana tak nya aku punya interview supposingly 21haribulan dalam suratlah. tapi dorang call cakap interview aku 18haribulan which means interview aku dah diawalkan. at first macam dah kepelikkan jugak, aku langsung tak notice kat surat tu pasal tarikh interview yang aku tau, dorang call dan set-set time semua teruss aku zasss shoot nak pegi key hell. okay sangat menghargai kepada mereka-mereka yang mengarrangekan interview aku tuh eh.



disebabkan interviewnya jatuh pada hari selasa, maka terpaksa la aku pegi sekolah dulu hari isnin tuh. and selasa memang aku dah maklum pon kat GB kata nak cuti...weeehuuu bunyi macam best bila sebut pasal cuti ni..tapi percaya la cuti aku tak semegah mana pon. aku naik bus around 4pm macam tuh..tapi aku tak terus pegi key hell aku drop dekat Shah Alam dulu. hoh....aku tak berapa arif sangat kot nak pegi cari tempat interview tu sendirik makanya terpaksa la mensusahpayahkan Wani and frens...eventhough Wani sendirik pon tak tau kat mana locationnya..tapi entah la..aku rasa lebih selesa kalau main hentam kromo ngan Wani sebab dia satu-satunya pompuan yang aku rasa tak penah nak takot buat apa-apa pon..thats why i adore her much much...respek gilak gua kat lu beb!



Wani kutip aku kat stesen bus Shah Alam tu dalam pukul 10 lebih...dah sampai tu teruss zasss pegi makan dulu. ohhhh siapalah aku tanpa makanan kan..after that drop barang-barang aku kat rumah Ayu, Wani's fren..and to Ayu..tenkiu banget deh for the hospitality. lepas tu apa lagi merayap lah sekitar kawasan Shah Alam tu..eventhough macam dah lewat, tapi apadehal la sangat bagi pompuan dua ketul ni..lebih lewat daripada ni pon kitaorang penah merayau inikan pulak baru pukul 12....cehhh malam masih muda brooo!



singgah jugak dekat uptown yang disebut-sebut tuh. serius aku tak ingat berapa juta kali aku tawaf kawasan tuh. yang pastinya kedahagaan tahap kritikal dah mula aku rasa. macam biasa bila dengan Wani ni...kau merenggek je nak apa pon pasti akan ditunaikan. so dia bawak aku pagi kedai makan yang berdekatan. dekat situ yang ada jual ayam apa entah. aku ngatkan dia saja je cakap pasal ayam tuh rupa-rupanya dia nak aku test benda ayam tu pulak..first impression aku okay sedap jugak lah..tapi disebabkan aku dah kenyang maka tahap kesedapan tu dah berkurang kot? meeyyybeee next time aku boleh test benda ayam tu lagi kot..meyybeee yee meeyybee....



lepas dah makan/minum semua aku merenggek lagik. yerpp aku memang suka merenggek pon..nak tampar? haaa sila kan lah...tu pon kalau berani lah. ha ha ha...ok tak kelakar pon! puncanya aku terbekenan kat satu handbag bentuk kotak-kotak kat satu kedai ni...dah dua-tiga kali datang kedai tu tapi owner dia hilang kemana entah. ni aku bajet kali yang terakhir nak usha beg tuh..kalau takde jugak owner dia memang aku tak nak beli dah lah.




antara pompuan yang sanggup layan kerenah gila aku kat dunia ni...I am so lucky to have her in my life!





lucky me!time kitorang pegi sekali lagi owner dia dah ada. lepas Wani nego rega..dapatlah aku beli dengan harga sama yang di jual kat Penang......what?? kat Penang pon ada eh beg tuh? yerppp kat Penang pon ado...sajoo laa aku nak beli kat situ...at least ada la jugak benda aku bawak balik naik bus esok..hehe..



aku taktau la kan esok-esok ni bakal laki aku entah reti ke tidak nak nego rega macam tu? tah tah nak teman aku shopping pon tak hingin..tengok lah..aku ni dah la selective gila...pulun tuh dua tiga kali ulang pegi kedai yang sama semata-mata nak beg yang dalam cermin tu jugakk..macam la kedai lain takde kan...mujur Wani boleh bersabar dengan kerenah aku..walaupon dia penat, tapi tak langsung dia nak buat muka tired ka muka pancit ka kan...yang dia tau..layan ja apa yang aku nak..seriusss kalau aku cakap pasal kebaikkan dia kat aku mesti orang tak kan percaya yang dia sanggup susah payah buat apa jaa demi nak tolong aku...sobbsss soobsss tacing sudah!




okay ni la rupa bentuk handbag kotak tersebut..aku rasa dia sangat comel...hep hep hep jangan salahkan aku sebab dua tiga kali ulang alik kedai tu semata-mata nak beli benda ni..ni semua salah Dokterr ni sebab bawak balik viruss tak sehat kat aku...tengok kan aku dah ter influence nak beli benda alah ni..haihhh!




NotaKakiErin : okaylah nanti aku sambung lagi..now nak sambung mark paper budak-budak sat. oh yaaa cerita pondan tu di next entry yerr..nak tau kena ah stay tune..*bajet*




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Giveaway Lah Pulak.











maklumat lebih lanjut boleh kelik SINI




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Love is Lonely.






You always say you hate to see me hurt, 

you hate to see me cry,



So all those times that you hurt me,

did you close your eyes?




p/s :  it hurts me that you cant see that im hurting!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, October 25, 2011

Tak Payah Mekap Pon Okay Kan?

semalam merupakan sejarah yang julung-julung kali nya berlaku dalam hidop aku since 2tahun yang lepas.



kenapa?



sebabnya semalam aku dah nekad dah buat perubahan secara drastik. dughh apesal la lately ni banyak siot cakap pasal perubahan entah...okok dun get panic yaww aku bukan nak berubah apa pon..it's just nak bagitau yang sekarang ni aku dah taknak ah pakai mekap-mekap semua ni pegi sekolah. so semalam dengan yakinnya dan dengan hanya berbekalkan pelembab aja kat muka pastu sapu sikit lipgloss maka dengan girangnya terus aku menuju ke sekolah.



betul la cakap orang. kalau kita ada keyakinan yang tinggi maka segala kecatatan yang ada pada kita akan pudar. yerpp betul tuh aku agree sangat-sangat! kalau nak diikut-ikutkan dulu masa aku tengah study mana adanya aku nak mekap-mekap ni..pegi kelas pon just tenyeh-tenyeh pelembab kat muka pastu pakai lipstick (nutrimetics) yang tak keluarkan warna tu tapi tahan lama...perghh serius rasa macam inesen habes time tuh.



muka aku ni dah la jenis bermasalah. kalau tempek banyak sangat mekap nanti buleh naik jerawat thats why dulu aku tak penah nak tenyeh apa-apa kat muka, time tu memang muka aku licin ahh sebab pantang pakai mekap. tapi satu ja masalahnya kot mana pon aku kena pakai lipstick jugak sebab nanti muka aku akan nampak macam orang sakit kalau tak pakai lipstick..mula la orang tanya aku ni sehat ke tak..apesal muka pucat la yada yada....dughh jadik untuk mengelakkan seribu pertanyaan tersebut..aku boh je la lipstick..senang cita.



now after dua tahun, baru la aku berani tak nak apply mekap kat muka dah. dulu sengaja ja pakai mekap sebab tengok orang pakai cantik...sekali naik jerawat bertubi-tubi pulak..so untuk mengkoverkan keadaan tersebut terpaksa la aku apply macam-macam concealer la foundation la bedak tabur la..segala mak nenek la last sekali muka aku jadi macam opera cina lak. mekap30inci tebal..aku guna semua tu just untuk tutup parut jerawat yang bapakkk gila hudussss menyampah aku tengok.



sekarang walaupon still ada parut tapi dah macam nak pudar..sebab tu lah aku dah tekad kalau buleh tak nak dah pakai mekap-mekap ni. aku akan sedaya upaya melimitkan penggunaan mekap...errr tapi tadi aku dah order nutractor thru online hehehe..ala beli tak semestinya nak guna kan?? saja aku order kot-kot la nanti satu hari aku memerlukan..senang tak payah nak kalut carik..siap ada dalam beg mekap...wahahaha.



so semalam jugak waktu lunch aku ngat nak singgah pizza. tapi disebabkan ketermengantukkan yang amat terus aku blah balik rumah tido...sedar-sedar je dah petang. itu pon mak aku kejutkan sebab nak pegi jenguk tok aku kat Juru. dengan muka selebet, tak tukar baju, basuh-basuh muka terusss zaasss naik keta ikot dorang. dalam keta sambung membuta sebelah adik aku..kah kah kah...terukk gilakkk perangai cikgu ni..bajet letih sangatkan kat sekolah tuh.



muka lepas membuta dalam keta...bangun jaa teruss ceria snap gambar bajet sorang-sorang..kesian.



then bila dah nak balik tuh mak aku tanya nak makan apa for dinner. gua senyap jerpp bagi chance kat adik aku decide kat mana beliau nak mencekik. buleh pulakkk dia cakap nak makan pizza..hahaha aku apalagi macam orang mengantuk di sorongkan bantal laah...laju ja mulut aku cakap...a'ahhh nak pizzaaa lahhh. lepastu baru laaa aku teringat 2,3 hari lepas dia ada tanya  pasal rega cream cheese yang aku beli untuk buat cheese tart tuh..aku tanya kenapa, dia cakap dia nak buat pizza. perghhhh buattt pizzaaa tuh...kau mampu ke? memang selama ni aku makan pizzaaa pon adik aku la yang buat kan #sarcastic.






khas buat tatapan umum yang merindui Mak aku...dibawakan live dari pizaa hut berhampiran rumah kami..hew hew hew



 Fei Mao versi wanita bertudung



 si penebar pizza..dok berangan macam mana la nak majukan bisness pizza beliau.



The Ultimate Cheesy 7 Pizza..tak sempat nak snap yang full sebab at that time semua dah macam patplohhari tak makan.



 mine....pergh tengok tu lelehan cheesynya yang yummmy...walaupon ampa dah tau aku tetap nak cakap yang bulat-bulat tu bukan pishh boll oteh.



 dengan begitu berhati-hati beliau memotong pizza tersebut..choihh potong ja macam mana pon..last-last nak masuk perut jugak kan....apadaaaa



 pompuan yang sebelah kanan tu memang tak reti nak segan kan..mana-mana ja kompem muka dia tersenyum simpul...nak nak pulak depan makanan..lagi la bertambah tak reti nak segan *ayat apakah ini?*



eksyen je nih..takan la aku nak telan seketul seketul cheese tuh..muakk oiii!




petang ni aku lepak pizza lagi...sebab ada hutang meal ngan adik aku. semalam nak order macam dah kenyang..so hari ni la kena bunjerr kan..sapa nak join jommmm!



kah kah kah sesuci embun pagi kan? #okthankbai




NotaKakiErin : aku memang suka letak title tak seiring dengan gambar pon, sigh!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA