Saturday, April 30, 2011

Amek MEdSI Pon Nak Over Ke?



Salam Sabtu semua!


hari ni tepat 30hb April bersamaan dengan pukul sploh pagi tadi, aku dah selamat menduduki ujian MEdSI yang mengegar jiwa tu. kenapa aku cakap mengegar jiwa? sedangkan ujian tu just ujian untuk menge-test personaliti kita ja kan..takan boleh gegar jiwa kot?


jawapannya.....


sangat mengegar jiwa ok sebab masa aku jawab ujian tu aku macam mengalami ketercelaruan identiti sikit. eh, tapi tak la kronik sangat kecelaruan identiti aku tu na..aku agak kopius sebenarnya nak jawab. tapi aku bedal jugak la yang termampu..lagi lama aku pikir lagi celaru aku dibuatnya. kawan-kawan ada yang pesan suruh jawab dengan jujur, ada jugak yang cakap jangan terlalu jujur..tapi My beb pulak pesan "ala u tengok-tengok la yang mana patot..bajet-bajet seniri laa"


dan tadi aku jawab based on my experience as a teacher ja la. ada jugak aku pegang kata-kata beb tu. well honestly aku boleh kata yang aku agak telus jugak la dalam menjawab 300 soalan tadi...phewww lenguh tegkuk kot. aku habes awal tapi tak sempat nak recheck jawapan yang muka akhir tu..err ralat jugak..T__T


apapon aku pegang satu ja cakap akak tersayang. dia dah pesan kat aku, kalau ada rezeki aku dalam bidang teaching ni dan aku dah memang ditakdirkan untuk bergelar Cikgu, maka tak perlu la aku runsing sangat sebab Allah pasti akan mempermudahkan segala jalan untuk aku..and guess what..mak aku pon pesan benda yang sama kot tadi..aku dah berusaha dan sekarang ni tinggal untuk berdoa dan tawakal sepenuh hati ja kat Allah.


bila pikir balik hari-hari aku sebelum nak jawab ujian MEdSI tu, bapak kelakar kot. dah la aku pulun cari info kat internet..call sana call sini..and everybody macam tak mampu nak jawab semua persoalan aku, time tu aku dah mula tensen ok. aku ni pulak dah lama kot tak amek ujian. nervous tu ada la jugak kan..menggeletar tangan aku masa memula pegang pensil nak jawab ujian tadi..padahal MEdSi ja pon ha ha ha..tu la dulu aku set soalan budak-budak jawab, sekarang orang set soalan aku pulak jawab..tu yang menggeletar tangan tu dah macam parkinson pon ada aku ni..haih =.="


[ ni la contoh selip peksa yang belom di perint out..ouchh nama sebenar haruslah dirahsiekan, takot nanti ada orang kidnap nama aku yang glamer ni boh kat anak depa pulak ]



 [ni pulak selip yang dah selamat di perint out..over tau aku perint dua sekali,dua-dua aku bawak masok dewan..cerr usha sikit sign aku tu...ni kalau Albert Einstein nampak menangis seumoq hidop kot sebab tak mampu tiru sign aku ]



[ ni pulak alat-alat tulih tadi..nampak tu pensil pon dua batang ok, siap ngan sharperner lagi. celah mana aku nak sharp pon tak tau..dah nama pon lama tak amek ujian harus la kena over kan..]


apa pon ujian ni dah selamat aku bedal. lepas ni tunggu result je la. bila nak keluar hentah, malas nak hambek pot lagi.



so those yang amek MEdSI jugak pagi tadi, aku wish gud luck kat ampa semua. kalau ada rezeki tu tak kemana la kan...kawan-kawan aku Hajar ngan Mira aku doakan yang terbaik jugak kat ampa. seronok kan pagi tadi dapat masuk sekolah lama kita. dulu amek ujian kat sekolah kena pakai uniform sekolah hari ni tak sangka kita balik sekolah lama lagi amek ujian sebagai orang luar pulak..oh banyak yang dah berubah sebenarnya.



orait habes se-bab(chapter) aku mengarut. jumpak lagi di next entry! k bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, April 28, 2011

Mini Gath KBU Memang Sempoi Walaupon Hanya Sekadar Mini Sahaja.

assalamualaikum!


kurang pasti kenapa ya, lately ni mood saya *saya?hilang akal apa? agak heksaited tak ketahuan. ciss padahal dia heksaited sebab dapat bidio comel dari abang ngan kakak dia yang tersayang...well trimas sangat untuk bidio-bidio itu, saya appreciate sangat. terharu dan speechless bila godek-godek emel ngan inbox fb ada orang tinggalkan bidio..ouh...paham tak perasaan saya time tu? 


baiklah, kita tinggalkan dulu tentang persoalan perasaan saya iteww so now lets move on to the next story yawww. 


semalam bersamaan dengan tanggal 27/4/2011 merupakan detik bersejarah di mana adek beradek KBU sekali lagi buat havoc dengan meng-gath-kan diri mereka di Pacific Megamall Penang. pergh naseb baik Pasific tu tak runtuh dek kebisingan budak-budak ni. masing-masing bila dah berjumpak mulut mak aii kalah bertih jagung kot..agaknya semua dah terkena virus si Hidiaq tu kan..tu la mulut semua pakat potpetpotpet. *goyang-goyang macam ella......


antara yang ada semalam la kan si Tomato Kering, Meaw, Farhana Norsham, Nur Lina, Amoi Bitter Sweet Life, Budak Kecik, Bad, Abang Hyde err abang??? Abang Straw *kat syukri pengey abang? macam tak sesuai jaa..baldi pelisss...ABANG NAMI *pangey abang NAMI baru sesuai..lalala Daus Spartanz, Abang KoKus *ni pon sesuai ni pangey abang sebab comey dan baik hati dan Si Pencuri Udang.  


hai NAMI...boleh berkenalan??


dalam ramai-ramai aku la yang paling lewat kot eh tak tak..Encik Hyde lagi lewat kan?. nak buat macam mana dah tuition habes lewat kot. tu pon aku pulun bagi cepat-cepat habes pastu larik keluaq awai. tak kira lagi tu time atas highway giler babeng pecut sampai nak tercabut meter keta. saat-saat genting macam tu la aku dapat mesej dari si Amoi dok tanya bila nak habes tuition...aduii tak senang duduk kot aku sepanjang jalan.


sampai-sampai ja terus cari depa kat tempat Bowling. hampa sungguh tengok-tengok depa semua tak dak dah kat situ..mujur ah Si Amoi ada. last-last dia la bawak pi jumpa depa-depa yang lain. dah jumpak yang lain dengan muka tak berapa nak malu terussss join geng Kamera menembak. err bukan menembak sebenarnya..tapi ditembak bang bang....bunyi tembakkan tersebut.












err NAMI dok kat mana?









NAMI suka Cool Blog Perisa apa eh? lupa nak usha la semalam.



sesudah itu kami pon menggerakkan diri ke food court pula. maka sesi memecah ais pon bermula sekali lagi..tak memecah sangat la sebab depa lebih gemar nak korek rahsia saya mengenai Along dan perkara sendat-sendat itu. ok saya tau kamu semua dah menyampah sebab karangan saya dah macam karangan budak UPSR..jadi apa kata kamu semua layann gambar dulu yerr...



 [aku punya blog opkos la oreo ngan bubble]



NAMI asal mana?




[ patot la aku suka minum blog, rupanya aku kan seorang blogger..lalalala ]



NAMI suka makan apa?




 [ tak paham sangat la, awat semua orang bajet serius ja ni ]



NAMI pasai pa pangey NAMI?




 [ bak kata Naim semua tempat aku nak re-unite kan..ok Lina ni member skolah menengah aku, kawan pada si Farhana ]



NAMI..NAMI..NAMI...




 [ budak sebelah aku tu kecelaruan identiti sikit..sebab tu jari dia tak ketahuan hala lalalala~~ ]



NAMI sesat ngan Syuk semalam masa nak pi CKT Permatang Pauh.





 [ dia...dan ketagihannya, straw yang besaq pun dia bedai ]


awat kawan NAMI yang kat atas ni macam tu ha? NAMI tak bagi tazkirah ka kat dia?



 [encik Kokus sedang melayan Cat Dog ]



eh eh NAMI..awat comey sangat?



[ ada orang sesat dalam gambaq ni ]



Jumaat ni paper last NAMI



[ kami se-aksi bukti yang kami ni serasi saya dan NAMI ]



err awat NAMI sambung master?


sehabesnya acara di FoodCourt tu kami dengan rasa yang masin-masin-manis menggerakkan diri ke CKT pulak. memula nak pi CKT Sungai Dua, telor dibasuh tapi tutup. tu yang pederaih patah balik ke CKT Permatang Pauh pulak.





 [ sedap hingga menghirup kuah ]




NAMI suka CKT eh?




[ bukti Mikro yang baik hati pada malam itteww, Syuk ngan NAMI menjadi pengapit ]


so sebagai konklusinya NAMI memang best....eh eh silap silap..Encik Mikro Kokus la yang paling best sebab beliau sangup memecut dari tempat kerja semata-mata nak belanja kami...hehehe tak la gurau-gurau je eh..sebenarnya semua orang sangat best. adik beradik KBU memang meletop. semua sporting habes sebab masing-masing sanggup spent masa sama-sama walaupon baru balik keja macam Daus, Naim, Mikro. 


yang lain-lain pon tak kurang happeningnya macam Onie, Erika, Noor, Hajar, Ain. Syukri ngan NAMI pon terbaik jugak dari USM depa lari mai kat kami. serius sangat terharu. tu tak termasuk gi Farhana ngan Lina..special guest dari Sungai Petani sanggup kot jauh-jauh datang. sapa tak terharu kan...duhh kalau nak cerita kebaikan adik-beradik KBU ni memang sploh hari sploh malam pon tak habes. syukur sangat dapat kenai ampa semua tau.


eh, dah la banyak mengarut pulak, akhir kata sambutlah sayang sendat-sendat dari Erin untuk semua adik beradik KBU yang lain!!


kbai!


**UPDATED : LAGI STORY PASAL MINI-GATH






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, April 27, 2011

Hari Kedua Sebagai Erin Azizan.

syukur alhamdulillah.


27/04/2011 hari kedua aku bernafas sebagai seorang Erin Azizan diusia yang lebih matang. tidak ada satu kata yang dapat aku unggapkan melainkan dari bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi memberi peluang untuk aku meneruskan hidop sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. ok, ayat skema maut tak hinggat ni..


pernah dengar qoute "semakin bertambah umur, semakin berkurang usia" yepp bunyik dia macam ayat hipotesis je kan..tapi pernahkah kita terpikir maksud disebalik ayat tu? bunyi nak serius je kan... bagi aku  maksud ayat hipotesis kat atas mendalam kot. dia macam mengingatkan kita tentang hari kematian yang makin dekat. ye la  kadang-kadang kita sebagai manusia yang sering alpa dan leka ni selalu digoda oleh Lucifer dan Iblis.


time Lucifer ngan Iblis dok syok-syok menjahamkan nafsu kita, time tu la kita jadi lupa pada kematian. keseronokkan menjadi agenda utama. iman dibiarkan tergoda. kita menjadi alpa. semoga ALLAH memelihara kita.


tak da apa yang aku harapkan dalam hidop, melainkan menjadi seorang Erin Azizan yang lebih baik dari semalam. sentiasa aku doakan agar dipermudahkan segala jalan untuk aku menghadapi liku-liku kehidupan.  dan yah..aku ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-23 buat diri sendiri..semoga kau akan menjadi seorang budak perempuang yang lebih tabah Erin!


those friends yang susah payah berjaga malam just semata-semata nak call aku wish birthday, aku appreciate sangat. familyKBU yang selalu buat hidop aku happening dan kadang-kadang pening, percaya la kalian adalah anugerah yang sangat indah buat aku. my family - Abah, Mak dan Abang Chik terima kasih sebab setiap tahun tak pernah miss celeb birthday aku.


dan sesungguhnya aku teramat bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana selalu menemukan aku dengan orang-orang yang baik. terima kasih ya ALLAH!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, April 25, 2011

Bukan Farewell Party, Tapi Majlis Jejak Kasih.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!


hai hai hai...macam mana semua hari ni sehat tak? dah take gud care ke belum? kalau belum, sila take gud care diri anda dengan sebaiknya...dan pesanan tak berapa nak ikhlas ini dibawakan oleh seorang doctor yang kurang bertauliah dibawakan khas dari sempadan Lautan Medditeranean nun disana. Siapa beliau biarlah menjadi rahsia kerana tidak semua persoalan ada jawapannya. ok tettt!


aku rasa enn sekarang ni mesti family KBU semua dah post entry pasal MINI-GATH a.k.a FAREWELL PARTY kat rumah budak budak ni Tatia Bulat, Erika Rain and Onie Iyoko. party la sangat kan....aku rasa kalau Parus Hilltop tengok party kami mau menangis seumur hidop apa...mana tak nya..party kami ni sempoi gila ah sebab dress code dia lain dari yang lain...yang si teruna dan seorang duda(dia ni tak pakai baju melayu pon) segak dan tampan berbaju melayu. melayu sungguh la depa semalam. yang si dara pulak anggun dan hensem berbaju kurung. kira hampir semua orang la mematuhi dress code event semalam. tak caya mai usha gambaq bawah ni..


GAYA : KUAK BEBAS



GAYA : KAMI PEMBUAT PEACE TEGAR




GAYA : DEPA KATA NI GAYA SOLEY~SOLEY



okey cukup la yang ni dulu. sebenarnya aku nak cerita satu benda yang sangat-sangat kebetulan masa kat FAREWELL PARTY ni. depa-depa yang ada semalam tau la cerita apa. saja aku nak share jugak buat tatapan dunia...semalam satu lagi kesah sedih lagi menyayat hati telah terjadi diantara aku dan seorang blogger baru yang time tu beliau belum pon lagi join KBU ni (sekarang dia dah officially jadi member KBU).


maybe semalam adalah majlis perpisahan bagi Tatia, Onie ngan Erika tapi majlis perjumpaan semula bagi aku ngan Noo Oor. err depa kata kami dua orang dok buat jejak kasih kat situ. memang jejak kasih sungguh baq hang. gila ah dah 11 tahun kot aku tak jumpa ngan Noo Oor. ekceli aku tak pangey dia Noo Oor pon since dia sendiri lebih senang di kenali ngan nama Noo Orr sekarang maka aku pon pakai ja la nama Noo Oor ni (walaupon agak kekok nak taip kat sini..lalalala~~).


SELEPAS SEBELAS TAHUN



JEJAK KASIH BETUI..



NI STOCK 2O + 3



 ERR NI PON STOCK YANG SAMA KOT LALALALA




eh..nak upload sekeping ja tapi dah jadi terkeping-keping pulak..ehehee nak buat cemana mood terlebih rajen ann..ah padahal eksaited kot. tak kesah la macam mana pon cara nya yang penting gath semalam memang terbaik. dah terbukti kan yang KBU ni sangat-sangat la terbaik..dapat menemukan semula yang dah lama terpisah macam kami ni.


segan pulak nak bercerita detik-detik pertemuan aku ngan Noo Oor masa kat rumah depa semalam. bagi yang dah tengok tu ampa abaikan je la naa..ada beberapa tindakkan reflect yang tak dapat dielakkan time tu. mujur la depa semua paham...ha ha ha saja amek hati ampa ja tu, padahal kami tau mesti semua orang dok pelik ann..kejadahnya la budak dua horang ni dok buat aksi berani mati kat situ..err tak berani mati sangat la kot..kan..kan..kan...


okeh la bagi sesapa yang nak tau cerita yang selanjutnya pasal MINI-GATH a.k.a FAREWELL PARTY a.k.a GATH RAYA a.k.a MAJLIS JEJAK KASIH semalam boleh la singgah kat SINI, SINI dan SINI. apa-apa pon buat Tatia, Onie ngan Erika..Erin nak pesan yang setiap pertemuan pasti ada perpisahan. tak perlu di tangis setiap perpisahan kerana perpisahan itu la bakal menemukan kita dengan lembaran baru. jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi. jika ada umur yang panjang InsyaALLAH bertemu lagi.


kbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, April 21, 2011

Contest : Gambar Desktop Lappy!



assalamualaikum!
ok, hari ni feeling nak join kontest dah di tahap yang meluap-luap. tambah-tambah pulak aku dah di tagged oleh akak misteri yang yang sangat rockers ni kan. so first of all, would like to say million tenks to her sebab sudi lagi mengetagged diri ini.


kontest kali ni berkenaan dengan wallpaper kat desktop. memandangkan akak misteri tersebut pon nak tau wallpaper apa yang aku pakai, makanya aku tanpa segan silu dan dengan rasa megah sekali ingin menayangkan current wallpaper aku

 







 


JENG~JENG.....



 




       amacam chun tak?lalalala~~!!



okeh simple je kan? sebenarnya aku baru format lappy hari tu so tak sempat lagi nak select wallpaper yang chun-chun. dah lama-lama ni aku rasa cam best pulak pakai wallpaper ni sebabnya dekat wallpaper tu ada simbol cap Compaq. Lappy aku pon cap Compaq ja..so sebab tu la kot aku rasa malas nak tukar yang baru lagi. buat masa ni nak stick ngan yang ni dulu la.


kalau diperhalusi secara halus lagi, akan ternampak la beberapa bijik ikon kecik kat situ. ada dua software untuk edit gambar (G.I.M.P & Photoscape), pastu ada YM..recycle bin..Media Player Classic..AVG..dan sebagainya. sebenarnya aku memang akan semaksimumnya melimitkan ikon-ikon kat desktop ni. sebab aku tak suka sangat kalau ada banyak-banyak ikon..semak mata memandang..aku ni kan rockers. rockers sejati memang macam ni..tak buleh tengok benda yang semak-semak.


so I guess I'm done la kot. those yang nak join kontest ni do visit this site ogeh :



kat site ni ada semua term-term dia, selamat men-join kan diri yerr..opss lupa as for me, I wanna tag 2 orang blogger yang di kasihi ni : Kumiko Ryou and Cahaya Wany.


kbai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Dedicated This Post To My Superhero.

HALLO!! HOLLA!!and HELLO!!


just nak share apa yang aku rasa sebagai seorang perempuan. and this is all because of a man yang buat aku sangat trauma.


sumpah cakap selepas apa yang jadi semalam, persepsi aku terhadap kaum yang bergelar LELAKI sangat la sadis. aku tak cakap semua tapi most of them, aku rasa macam tak boleh dipercayai dah. lagi-lagi pada mereka yang memegang jawatan-jawatan "mulia". phewww kalau dah nafsu tu tahap gajah, gajah jugak la!


tak boleh nak dibayangkan ketakutan aku semalam. time dok tunggu Incik Bmw sampai kat aku, aku rasa macam nak mati ja. tak secure langsung. sedangkan time tu aku lepak kat tempat public kot. aku memang cam ni kalau dah takot tu memang sungguh-sungguh takot la, bukan main-main lagi dah.


seriusly aku tak pernah nak imagine akan face situation yang macam semalam. tak tau la apa akan jadi kalau time tu tak da Incik Bmw. mujur la dia pon baru habes paper tengah hari tu, so petang semalam sempat la dia lari kat aku sekejap. kalau la paper dia petang sekali pon aku rasa memang aku akan tunggu sampai dia habes paper jugak la baru aku keluar dari "tempat persembunyian" tu. bukan nak ngada-ngada tak boleh panggil orang lain, masalahnya dah aku kat tempat dia time tu, lagi satu memang aku tak percaya kat orang lain dah. time tu memang aku rasa terancam sangat-sangat. dalam mind memang terpikir dia ja la yang boleh buat aku rasa selamat balik.


aku tak ingat berapa lama aku amek masa nak bertenang. berjam-jam jugak la kot. paling sempoi yang aku takan lupa masa Incik Bmw cari aku..orang tengah takot, boleh pulak dia dok buat cool sambil senyum-senyum pastu ajak blah. otak aku dah jem follow ja la cakap dia. so lepas ni agak trauma jugak la kalau aku nak keluar jalan sorang-sorang. nak tengok wayang sorang-sorang pon dah tak berani T____T.


to Incik Bmw yang supercool tenkiu again ya sebab dah jadi Superhero semalam. dan dengan ini jugak saya berjanji takan mentengok wayang secara bersendirian, berjalan tanpa teman, dan ke swimming pool secara berseorangan atau membuat apa-apa jugak la yang boleh mengancam saya. so dun ya worry about me okeh. saya berjanji benda-benda bonggak seperti ini InsyaALLAH tidak akan berulang lagi. again, tenkiu!



Super B.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, April 20, 2011

6 Sebab Kenapa Seorang Lelaki Perlu Memilih Seorang Cikgu Sebagai Isteri.

acctually aku dah lama sangat nak buat benda ni. disebabkan ketiadaan masa yang teramat sangat maka terpaksa la menangguhkan dulu ektibiti me-list down point. lagipon otak aku tengajh jem sangat hari tu. ni yang dah free ni tu yang boleh meneruskan niat. so apa tunggu lagi jo m la cekidout point-point ni yeh.


1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.


5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)


Senang kan?


Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).


Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu


2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (tapi takde la sampai nak jatuh hati ngan anak murid seniri pulak!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.


 Sekejap.....


Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juru terbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?


Mana ada!


Semua nak salahkan cikgu.


Maka, cikgu mestilah kena komited.


Masih lagi dalam konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh? *sambil asah pensel dan pisau di tepi*


3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.


Bila boleh nak menipunya?


Nak berpeleseran?


Jauh sekali.


Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?


Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"


Gila kau.


Mana nak sempat lupakan suami begitu?


Hidup akan hanya dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.


4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?


Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?


Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.


Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?


Pukul budak-budak di sekolah?


Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.


5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.


Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. *ketawa

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. *ketawa


6. Penampilan.

Ini memang satu fakta yang tersangat lah betul. Sebabnya, budak-budak akan mudah tertarik hati untuk belajar bila mereka nampak guru-guru mereka berpenampilan menarik. Jangan tanya aku kenapa. Tanyalah budak-budak kat sekolah tu kenapa yeh. Based on my experience sendiri la kan, budak-budak akan selalu puji cikgu mereka dan ingin berpenampilan menarik just like their teacher. So tak dak la istilah old fashion or fashion disaster dikalangan guru yer, sebab guru-guru sekarang dah up-to-date tau.


Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.


Haih!


Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?


Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh? Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.



 tengok..sapa kata Cikgu suka pukul murid? kitorang mesreeee kot =)



ok..ini sangat manjengkelkan..penyakit peace aku takan pernah padam walaupon berada di dalam komuniti sekolah...haih



 yess kami tau, kami adalah yang tersangat comel di dunia.


credit : HERE


aku terjumpa point ni masa dok BW. ada jugak point-point yang aku tambah sikit. walau macam mana pon still aku credit la kat sapa yang buat benda ni kan. aku dah investigate, ramai gak yang post benda ni kat belog dorang. so aku tak dapat detect sapa yang create. well sapa pon yang create benda ni, aku tetap nak say tenks sangat kat dia. ye la at least ada gak dia mention kebaikan-kebaikan seorang guru.


NotaKakiErin : Ini kira macam reply sebab-sebab Kenapa Seorang Perempuan Patut Berkahwin dengan Engineer. Aku pernah di tag oleh Incik Bmw kat fb. acecece mentang-mentang la bidang study dia engineering kan..(well hopefully he will achieve his dream to be an Engineer one day..insyaALLAH)
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, April 14, 2011

I Know They Will Kill Me.

status : belog ni dah jadi belog personal balik.





i know i'm going to die soon.


and i know they will kill me...


....the day has come.


oh Tuhan tolong la selamatkan aku.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, April 13, 2011

Nervous system sedang terancam.

status : hati sedang di amuk nervous.


okeh I know this is sumthing yang nonsense la  kan. post perkara-perkara yang tak berfaedah dalam belog....walaupon nonsense aku tetap gak nak post t________t.


as usual jadual permulaan hari aku macam biasa la hari ni. err tak biasa sangat kot. acctually everything has change now. ni semua gara-gara rombongan dari Jemaah Nazir yang akan datang ke sekolah la. pheww sumpah aku dah rasa tertekan kot. mana tak nya everything nak kena update. ni pon aku baru jaa balik dari skolah. padan muka aku la kan..sapa suruh tak buat keja awai-awai..tsk tsk tsk..


mujur la file panitia aku dah setelkan awai-awai dulu. kalau tak parah aku. memang menjerat leher la gamaknya..dengan minit mesyuaratnya lagi segala mak nenek la...kurang-kurang pon makan masa jugak la nak update tu. LINUS punya file pon dah selamat aku setelkan. LINUS takpa sebab baru habes saringan jaa, tu pon sebab ada due date..dan aku berjaya mensetelkan file tersebut dengan jayanya tadi kihkihkih..bangga..bangga...file RMT pon dah hampir setel...insyaAllah esok semua akan diberesi dengan kadar yang segera.


yang menervouskan aku sekarang ialah...errr aku bakal di observe. sumpah before ni mana ada orang pernah observe aku. at first aku macam okay lagi. tapi bila diberitahu bakal diobserve dari segala sudut...itu yang buat aku nervous tu..haii tak senang duduk kot. aku ni dah la nak berambus minggu depan, minggu depan jugak la yang depa nak mai pon..aii aii aii...and the best part is..turn aku bertugas minggu depan..which means masa perhimpunan aku kena la sediakan text...bapak senget aaa adui aduii aduiii migrain la aku pasni.


apa-apapon aku berdoa sangat-sangat yang aku dapat conduct minggu depan dengan baik. puaskan hati majikan before aku berambus, dan bagi impak yang positif kat sekolah..aku harap sangat everything will gonna be alright nanti... bukan apa, aku kan masih cikgu amatur, so banyak sangat benda yang aku tak tau. pengalaman sepanjang aku kat sekolah sekarang ni memang terbaik la.. macam-macam benda aku belajar. dan sekarang aku dah tau satu fakta yang tak berapa best sangat.


sebenarnya tugas sebagai seorang pendidik tidak tertumpu pada tugas mengajar saja tau. banyak benda kot yang dia kena buat. kalau nak cerita tugas pendidik ni kan..sampai esok pon tak habes. sapa yang jadi cikgu tu tau la...aku ni bukan cikgu lagi. belum officially pon. masih mencuba, harapnya lepas ni ada rezeki teringin jugak nak bergelar pendidik yang betul-betul official.


entry merepek. sila abaikan. okeh bai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, April 12, 2011

Segmen : Jujur "Aku MATA DUITAN!!"



salam all.


hari ni feeling rasa macam nak join segmen pulak. acctually banyak gilaaaaa nak story-morry kat sini, dari cerita yang kontroberxi sampai la yang dah baxi. tapi malas lagi la nak cetuskan kentroberxi baru, maka-nya kita alih perhatian join segment.


well segment ni datangnya dari Cik Maira Queen. info tambahan sikit pasai Maira ni yerr, Maira adalah salah seorang gang KBU gak. baru-baru ni pon aku ada buat entry pasal Maira boleh kelik SINI kalau nak tengok.


segala terma dan syarat berwajib boleh kelik kat SINI pulak. ok jom kita mula..*sedang menjujurkan diri menjawab semua persoalan.


1. Kenalkan jantina blogger dan mengaku ya atau tidak anda seorang Mata Duitan.

Nama aku erin, and of course I'm a gal yaww. Mata duitan? err agaknya la kot. eh tak tak..saya memang Mata Duitan.


2.Nyatakan kau ni mata duitan yg bagaimana??kau kaki kikis ke??kau pandai cari duit sendiri ke??kau hnya tau mintak duit dekat mak ayah kau??

well basically aku memang la mata duitan. tapi takda la sampai nak jadi kaki kikis pulak kan..kaki aku dah elok kot, buat apa nak kikis lagi? selalunya orang ja yang kikis duit aku. aku pon kadang-kadang TERpow jugak aa duit orang. TER ok TER...tapi pow pon beragak la wey. kalu orang pelawa memang aku pow la. tu pon kalau pow aku masih mengekalkan ciri-ciri malu nak pow ok.

sekarang ni aku dah berkerjaya (berkerjaya laaa sangat kan...haktuiiihh) jadi kurang la ektibiti mengepow duit ibu bapa. err seingat aku la kan..aku tak mintak pon kadang-kadang abah aku bagi gak..err itu pon dikira pow jugak ka??  bukankah orang tetua pernah berpesan "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari" dah orang kasi aku hambek je la..boleh gak tampung-tampung minyak keta aku dan tampung ektibi berpoya-poya bersama teman sebaya.

aku ni jenis mata duitan yang baik *sambil dua tangan rapat di dada, mata ke atas*. sumtimes aku tak kesah sangat bab duit-menduit ni. bukan nya aku selalu keluar berpoya-poya pon. kalau tak dak duit aku senyap je la, tapi kalau berduit sikit aku laa yang paling gila. sekarang ni aku rasa aku perlu bermata duitan jugak la..serius aku cakap. orang yang study ngan orang yang kerja sama jaa situasi. aku dulu pon time study kena gak tampung minyak transport sendirik, makan lagi. now dah keja pon macam tu jugak kot. situasi tetap tak berubah. yang baiknya pasal aku ni laa kan, aku tak da la nak kikis duit orang sangat-sangat. bagi aku, aku lebih selesa pakai duit aku sendiri. hentah la..duit sendiri lebih terjamin kot.


3.Adekah kau setuju dengan ayat ni."Aku  tak kisah hidup susah mcm ni..asalkan bahagia" dan ayat nie "Aku tak kisah hidup sederhana pon asalkan aku bahagia."

setuju laaaaa. tapi aku lagii setuju ngan ayat yang "Aku tak kisah hidup sederhana pon asalkan aku bahagia."


4. Nyatakan alasan kau jika kau setuju atau tidak setuju dgan ayat2 di atas.

sebab sekarang hidop aku pon sederhana jepp, bahagia jugak. aku takot aaa kalau-kalau aku kaya nanti tetiba pulak aku berubah jadi riak ka apa ka..dalam kubuq naya kena seksa beb. buat apa bahagia kat dunia, tapi nanti derita di akhirat...hishh tak mao la..biaq aku macam ni pon takpa.

bab susah tapi hidop bahagia tu aku tak berapa nak berkenan kot. err macam mana nak cakap yehh, hidop sekarang banyak main duit. aku tak jamin sangat la kau boleh bahagia kalau hidop tanpa duit. aku tak bermaksud duit boleh membeli kebahagiaan. tapi dah terbukti kot yang mana sesebuah institusi kekeluargaan berkemungkinan tinggi akan runtuh disebabkan masalah kewangan. heyh pattern sekarang ni kan..suami isteri pon sanggup meninggalkan pasangan demi nak mengejar kekayaan kot. jadinya..sedikit sebanyak aura duit tu mempengaruhi kehidupan setiap insan.


hookeyh I'm done. as usual aaa kena la tag 2orang member blogger.


Tag : Hadi Pelera, Encik Angah.


kbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Erin Azizan Di Dalam Episod : Maafkan Saya Hakimi!


Dear Hakimi,


apa yang jadi hari tu semua kerana ketidaksabaran saya terhadap awak.
saya tau saya tak sepatotnya buat macam tu kat awak...err tapi benda dah nak jadi apa saya boleh buat kan?


saya ni pon manusia biasa jugak..punya rasa baran yang tinggi. Gunung Everest pon boleh kalah ngan baran saya tahu. saya pon dah banyak bersabar ngan sikap awak ni. tapi hari tu awak betul-betul menguji kesabaran saya. sebab tu saya hangin..naseb baik hangin saya tak kuat sangat kalau tak, awak ngan semua-semua tu pon boleh terpelanting kot.


lepas ni saya promise kay, saya tak buat lagi. saya harap awak terima pemberian saya tu. saya ikhlas tau...saya nak awak jadi yang terbaik dari yang terbaik. saya nampak potensi awak. dan saya yakin awak mesti boleh..errr cuma awak perlu la ubah sikit sikap awak tu yeh. jangan la selalu bagi saya marah-marah awak.


apa awak ingat marah orang ni seronok ke? awak tau tak benda yng paling saya tak suka buat ialah menjerit marah kat orang...penat wooo dah la vokal saya kena di-high-pitch-kan selalu..lama-lama kotak suara saya pon boleh lingkup. kalau lingkup kotak suara saya tu awak nak ganti ke? err...



err saya tau saya salah..hukhukhuk




to Mohd Hakimi,


haa tengok tu rajen nau..boleh jadi prof math nanti..ekekeke



Teacher sorry sangat-sangat kay. Teacher harap lepas ni awak akan terus succes. bukan dalam subject teacher jaa tapi dalam semua subject. yang penting awak jangan bagi teacher naik hangin lagi kay..lalalala...



ikhlas dari Teacher mu,
Erin Azizan.



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, April 9, 2011

Video Aksi Ikan Yang Sangat Terlampau.

[GAMBAR] sekadar hiasan.


PERHATIAN : video yang bakal saya kongsikongsikonsini kan sebentar lagi agak keterlaluan jadi diharap para-para ibu mengandung, atau bakal dimengandungkan, penghidap migrain dan selsema burung gagak dinasihatkan supaya tidak menonton siaran video ini secara bersendirian. err jangan cakap saya tak wooorning okeh..






amacam dah puas tengok? kalau terasa nak rewind sekali lagi sila la..di alu-alukan.



acctually aku terserempak ngan video ni beberapa hari yang lepas kat wall member aku. cemana boleh gatal tangan nak play pon aku taktau. masa tu aku ingat kan mangsa yang mati lemas ni mangsa biasa, time tu aku tak baca tajuk pon terus je play, sekali part yang akhir tu memang betul-betul berjaya buat aku muntah sampai keluar air mata kot. seksa oucchh..


serius sampai sekarang aku dok terbayang-bayang lagi cemana ikan tu boleh keluar macam tu punya banyak dalam badan orang tu. kalau aku yang tengok thru video pon dah cukup ngeri macam mana la orang yang tengok secara real tu eh?


so, lepas ni tak tau lagi la berapa tahun pulak aku tak makan ikan. ingat tak masa kes Tsunami 2003 dulu tu? berapa tahun aku tak makan ikan sebab depa dok kata ada orang jumpa jari orang lah dalam ikan, jumpa cincin la, kepala orang la..blablablabla...macam-macam versi la. kali ni pasal video ni pulak..cisss memang aku kena jadi vegetarian terus la kot pasni...


okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Nama Saya Erin dan Saya Adalah Ahli Wajib Persatuan Salah Cakap...Oppsss!!

pernah dengar tak tentang Persatuan Salah Cakap....Oppsss!! ?




aku dah join site tu. disebabkan aku selalu salah cakap dan salah type maka aku rasa aku la insan selayaknya menjadi ahli wajib dalam persatuan tu. aku pon tak paham la kan kenapa everytime aku ghairah nak bercerita mesti time tu jugak la nak tersalah cakap. kalau salah type boleh undo lagik..salah cakap nak undo kat mana? memang jadi bahan la jawabnya.


ada satu malam tu, masa baru balik dari Kuala Perlis (kot) tak berapa ingat dah dari mana, Wani bawak aku ngan Dinie lepak-lepak chill kat Burger Cafe, Kangar. walaupon namanya lepek-lepak chill, tapi tak dak la chill sangat sampai tak order apa-apa kan..kurang-kurang pon mesti la ayaq suam splohgelas. time Wani ngan Dinie setadi menu-menu yang ada dalam catalog makanan tu aku dengan bangganya dan bersuara lantang meng-order sejenis ice blanded yang berperisa Butterworth kat waiter tu.


at fisrt macam tak dak respon dari waiter, tapi bila aku dah teruja sangat banyak kali dok sebut iceblanded Butterworth, Dinie pon naik pelik. dia try cari kat bahagian mana yang ada tulis iceblanded Butterworth tu. cari punya cari baru la dia tau ice blanded Butterworth tu sebenarnya ice blanded Butterscoth. bapak malu gilewww lewww. patot la waiter tu buat bonggak ja tak tulis dalam buku 555 dia masa amek order.


lepas tu, sampai ke sudah la jadi bahan benda ni. aku ni penghidap penyakit 'rumah sakit' sikit(rumah aku kat Butterworth) kebetulan pulak malam lepak-lepak chill kat Burger Cafe tu, penyakit aku pon mai..tu yang boleh tersebut iceblanded butterscoth jadi butterworth. habaq hang, masa aku dok setadi menu-menu dalam katalog makanan tu pon aku nampak perkataan Butterworth kot. sapa tak teruja kan..nama kawasan tempat tinggal di abadikan sebagai nama makanan..cuma tu je la..salah aku, tak baca dua tiga kali dulu before order..kan dah memalukan diri sendiri....t____________t.



tapi kiut apa salah sebut ni..at least kita create new word kot. contoh macam semalam, ngah dok gila mereng layan komen kat grup, boleh pulak aku aku taip perkataan RINSU(yess aku jugak seorang typo)...padahal aku nak taip perkataan RINDU kot..Kak Aima cakap perkataan RINSU tu comel. comel ke? hakhakhak.......


kbai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, April 8, 2011

Mulut Jahat Tu Tak Baik Untuk Kesihatan.

status : hati sedang panas.



astagfirullahalla'zim..entah berapa kali dah aku dok istighfar hari ni. kalau lah acara tembak menembak secara rambang tu legal kat Malaysia dah lama aku pi beli M-16 tembak kepala budak tu biar berkecai.


mood aku memang tak berapa nak ok. bayangkan dah la aku baru balik keja, penat pon tak habes lagi, on fb tengok notifications then macam besa la sesi balas membalas komen pon bermula. satu persatu aku reply, sampai la ada satu komen tu dekat wall sesorang ni (which is very close to me) buat aku benggang tahap nak membunuh.


that person yang komen tu bukan la orang yang close ngan aku, tapi "kawan" dia yang dari hutan gigih nak mencelah nak komen sama. sebab apa aku cakap dari hutan? sebab hanya makhluk yang dari hutan saja yang takdak akal dan fikiran yang sesuka-hati-sedap-sedap-perut-busuk-dia nak letak komen yang macam tu.


memang la aku ni jenis kepala yang gila-gila, tapi segila-gila aku pon still ada hati dan perasaan kot. apa dia ingat orang yang gila-gila macam aku ni suka-suka hati dia jaa nak kata apa-apa pon. sumpah aku cakap kalau hal lain hang kata pi la apa pon memang aku malas nak amek pusing, tapi kalau dah sampai menyumpah bab mati-mati ni sapa tak hangin.


"hahaha hang memang patot mati awal pon...pi la race sensorang, aku nak ***** ngan **"   boleh tak dia reply komen macam tu kat aku? agak-agak la kan nak melawak pon. aku tak paham la macam ni punya style manusia pon ada kan. nak kata budak-budak kot la tak reti nak pikir..ni umur pon lebih kurang aku jugak..takan tak reti nak pikir lagi kot.


aku bukan jenis pompuan yang suka nak mengamuk tak tentu hala kot. most of the time aku suka buat rilex jaa walaupon benda tu kadang-kadang buleh buat aku sentap 3,4 hari. this time aku rasa dia dah cukup-cukup melampau la. sengaja aku buat post baru kat wall orang yang rapat ngan aku tu dengan niat aku nak dia baca dan semoga dia sedar yang dia tu dah over the limit.


so those yang kalau terbaca latest status aku kat fb yang macam bonggak sikit harap maklum la ye, aku pun tak suka nak drag benda ni tapi aku nak dia sedar yang aku ni manusia kot, bukannya spesis dalam hutan macam dia.


aku tau aku tak perfect tapi aku just nak bagitau je la pada sesapa jugak yang baca entry aku ni, lain kali kalau nak keluarkan satu-satu statement tu pikir habis-habis dulu. jangan main ikut sedap mulut ja nak kata apa pon. kalau tak, takan la orang dulu-dulu buleh create pantun "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" sebab dah memang proven la yang mulut punca tercetus segala sengketa.


dah la malas nak komen lebih-lebih..eh ampa kalau tak paham pon tak pa, abaikan ja. anggap ja la ni sesi luahan jiwa seorang rockers sejati yang berjiwa kacau.


kbai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, April 6, 2011

Ketampanan Seorang Lelaki Dari Sudut Pandangan Erin Azizan.

oppss tajuk..over tak?



spec mata ni yang display punya..

hari aku rasa macam nak berkongsi pendapat pulak. walaupon pendapat yang bakal aku lontarkan sekejap lagi bakal meloyakan tekak serta membuat kan kau semua migrain seumur hidop, namun aku peduli hapa aku tetap nak lontar jugak..kalau takot simptom-simptom yang aku cakap tadi jadi, maka aku sarankan baik kau semua sediakan minyak hangin yang secukupnya kat tepi sekarang!


bagi aku la kan, ketampanan seorang lelaki bukan lah perlu di ambil kira dari rupa paras yang kacak saja. err kalau kau tu tergolong dalam kumpulan yang kacak, it's a bonus la. tu pon kalau kau cukup perasan-gila-babeng la yer. tapi kalau kau ni biasa-biasa  macam aku jaa, then kau patot rasa kacak sebab bagi aku lelaki yang tampan adalah merupakan lelaki yang :


@mempunyai lesen B2 DAN D yakni lesen moto dan kereta. kalau kau ada lesen kapal selam, satu bonus jugak tu, aku boleh bagi kau kredit.

@mempunyai superbike. pergh gila kau tak tampan, kalau ada superbike..bagi aku lelaki yang pandai naik super bike adalah lelaki yang terkacak di donia.

@pandai memandu kereta dengan laju. err al-maklum la aku ni kaki pecut, so aku akan rasa kalau ada lelaki yang bawak kereta dengan kadar kelajuan yang maksimum adalah lelaki yang uhhh sungguh kacak!

@pandai bermain alat musik. priority adalah kepada gitar dan piano.

@pandai bergurau dan tak mudah nak sentap. aku suka bergurau kasar, tapi last-last aku yang sentap.

@sentiasa ada tatkala (perghhh tatkala tu..) aku memerlukan. tak kira la siang ka malam ka pagi-pagi buta sebelum subuh ka janji bila aku buat emergency call ada orang nak melayan. time tu aku mesti cakap, kau memang kacak!

@alert dengan current issue. ini penting ok. untuk seseorang lelaki bergelar lelaki tampan, dia harus la mempunyai ilmu yang penuh di dada, lengan, perut serta di kepala otak nya.

@suka bersukan. bagi aku setiap lelaki wajib bersukan baru la tampan.

@kemas. walau kau ni biasa-biasa ja, tapi kalau kau kemas tak mustahil kau boleh jadi yang tertampan kat office/kolej/kelas/bilik darjah/tadika/sekolah kau.

@mempunyai otak yang gila. maksud gila di sini bukan hilang akal atau kurang waras naa. gila yang aku maksudkan otak dia sentiasa kreatif nak buat benda-benda yang unexpected. contoh panjat gunung kinabalu waktu malam hanya untuk teman aku tengok bintang...wooohhh tampan kot kalau buat macam ni.

@ada romantic look. macam mana romantic look tu? cuba buat experiment kat sapa-sapa suruh dia pandang kau dengan pandangan yang sangat manis dan misteri.....itulah romantic look.

@patuh pada agama ALLAH. as a muslim girl, semestinya aku akan rasa seorang lelaki tu tampan bila dia sanggup mendahulukan perintah ALLAH lebih dari segalanya. nowdays punya lelaki agak kurang bagi perhatian tentang benda ni.


err buat masa ni tu je la yang dapat aku list down pon. yang lain-lain tu nanti aku pikirkan yer, apa-apa pon untuk menjadi seorang lelaki yang tampan di mata seorang perempuan tak smestinya kau harus berwajah kacak kot. buat apa kalau kacak tapi perangai macam busuk macam sampah. yang penting kalau kau ada keyakinan diri dan semua point yang aku list kat atas, maka tahniah la aku ucapkan sebab kau dah berjaya kadi lelaki tampan menurut firasat aku.


err err kau semua tak migrain ke baca benda ni? adduii apasal la aku pulak yang dah migrain ni...panadol!!!!!


kbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, April 4, 2011

Hilang sudah kemacho-an, bila petang tadi terheksiden dengan si pembawak moto besar.

04/04/2011


hari ni memang hari sejarah tercipta la gamaknya. for the first time aku blah dari assembly macam tu ja. bukan nak biadap, just rasa tak selesa sangat-sangat. sebab? malas la aku nak cakap. mujur dalam bilik guru ada Punitha tengah dok buat preparation untuk observation pagi ni, at least tak da la aku terperuk sorang-sorang kat situ.


habis bab kat sekolah, timbul lagi satu bab kat tempat tuition pulak. masa on the way nak pegi tuition tadi sekali lagi aku terheksiden. dah nasib aku kot dari dulu sampai sekarang asyik orang ja dok langgaq aku. sumpah tak paham, awat la depa suka dok langgaq aku tak tau.


pelik lagi hairan dan bertambah ajaib, aku langsung tak nampak apa-apa masa aku nak belok masuk simpang. tuptup ja bila tengok cermin dah nampak ada moto besaq jatuh. aku time tu dah cuak habis ah. terus tarik handbreak. dengan terketaq-ketaq aku bukak pintu keta terus pi tengok si pembawak moto yang jatuh tergedebuk kat atas jalan tu.


lepas tu mula la orang pon ramai-ramai mai nak tolong. nak harap aku sorang angkat moto besaq dia tu memang tak terangkat la jawab nya. dah la aku pon time tu tengah dok lost, sejuk habeh kaki tangan. hilang macho gua beb!. then ada la sorang lelaki ni offer aku wheter nak call ambulance ke tak sebab si pembawak moto tu macam cedera tak boleh nak jalan. boleh tak aku cakap kat lelaki tu nanti sat, keta saya tu macam mana. time tu memang aku dah ketaq lutut dah bila dari jauh aku nampak ada scratch besar yang maha dalam kat keta aku.


macam nak nangis wooh tengok. dah la baru ja habes riban-riban nak ngecat pastu jadi lagik. sapa tak meroyan kan kalau tengok macam tu. lepas tu aku mintak lelaki tadi call abah aku. kebetulan aku cam uniform resque yang dia pakai. mujur ah dia kenai abah aku(actually abah aku salah sorang pegawai kat resque tu so sebab tu la lelaki tu kenai kot). lupa pulak aku nak say thaks kat lelaki tadi. dah la dia teman sampai abah aku mai baru dia blah, aku pulak dok layan sayu tak habeh-habeh.


sumpah aku tak kan lupa kali ni punya heksiden. dah la sorang-sorang aku ja tadi. memang gelabah la. pakcik-pakcik yang ada kat tempat heksiden tadi memang terbaik la. depa banyak tenangkan aku kot. sepanjang 6tahun aku pegang lesen, ni la first time aku kena. memang lost gila la T_____T.



so the gud news is si pembawak moto tu akan bayar ganti rugi keta aku. and the bad news is lepas ni aku nak pi sekolah and tuition macam mana? kena naik moto ke?




T_________________T.


NotaKakiErin : tenks beb, for always there when I need You.




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, April 3, 2011

Penulis Senja Terakhir : Bisikkan Pertama.


ogeh hari aku rasa macam tertarik hati pulak nak join kontest dari Penulis Senja. macam biasa la, bila cerita bab kontest-mengkontest ni ada la terma dan syarat-syarat-nya yang tersendiri. yang kat bawah ni aku kopi-paste ja dari belog Penulis Senja, for more information sila la merajinkan jari-jemari anda yang runcing tu ke belog dia naa.


1. Jadi la follower kat belog Penulis Senja, mana tau kot-kot la dia nak update apa-apa ka, kot-kot kontest tak jadi ka..apa ka kan...takot ampa tertunggu-tunggu lak, memang recomended la untuk follow belog beliau tu.


2. kalau rajin lagi buleh la like page fb beliau,  http://www.facebook.com/wanmohdsalim


3. pastu buat entry ngan tajuk " PENULIS SENJA TERAKHIR " then tepek banner beliau kat atas entry ampa.


4 . Bagitau pasai pa, ampa nak join kontest ni.

example : aku join contest penulis senja nih sebab aku memang terer menulis..confirm-confirm aku menang.


5 . ghasak ampa la nak wat puisi ka .. cerpen ka .. novel ka .. suka hati la .. janji bukan hasil karya ore len .. kalo korang curi karye ore len .. dose beb ,,,


6. tarikh tutup kontets ni 25 apriL 2011. set dalam reminder naa takot ampa lupa pulak nanti.


7 . tinggalkan URL ampa dalam petak koment kat belog Penulis Senja naa


8. Lastly tag 3 org member, ok?


aku join kontest ni sebab rasa tercabar kot, orang lain boleh tulis cerpen dengan best, so aku pon teringin gak la nak terai buat kan..mana tau lepas ni boleh buat nobel ngan Ramlee Awang Murshid ka...who knows rite?



baiklah jum kita mula, mengarut lelama pon tak guna.


BISIKKAN PERTAMA
Milia membelek-belek sekeping gambar lama didalam simpanannya. Sekilas memori lalu terimbas. waktu itu adalah waktu yang sangat indah buat Milia. Andai ada satu permintaan indah yang membolehkan dirinya kembali ke alam itu, ingin saja Milia tuturkan permintaan indah tersebut. tetapi pada siapa? mampukah tertunai permintaan gila seperti itu?


Tidak terus melayan perasaan, Milia mempercepatkan pergerakkan jari melipat-lipat baju yang masih menimbun di atas katilnya. Milia harus cepat kerana sebentar lagi dia mahu bertemu dengan sahabat karibnya, Aisha. Ada sesuatu yang penting mahu diberi pada Aisha. Pada Milia, Aisha adalah satu-satunya sahabat karib yang paling dipercayainya malah Milia sudah menganggap Aisha seperti saudara kandungnya sendiri.


jeritan telefon bimbit Milia benar-benar mematikan lamunan. pantas Milia mencapai telefon bimbit, tertera nama Aisha disitu. tidak terus menjawab, sengaja dibiarkan Aisha menunggu lebih lama dari biasa, niat hatinya ingin mengusik si gadis comel itu. apabila dirasakan puas, barulah Milia menekan butang hijau di telefonnya untuk menjawab panggilan Aisha.


Aisha : hoi nenek tak reti-reti ka nak angkat call cepat-cepat ke? dah tumbuh uban aku tunggu kau nak menjawab ni tau.

Milia : hehehe..assalammualaikum! amboi marah sakan nampak Cik Aisha kita yang comel ni sampai lupa nak bagi salam?

Aisha : a'ah la ye ye lupa pulak aku. tadi kau dah bagi salam, sekarang aku jawab la ye...Waalaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh! haa sekarang aku dah betul-betul nak marah.

Milia : kenapa pulak? kau ni sikit-sikit nak marah. patot la aku tengok si Kimi tu dah makin kecut sekarang ni, gara-gara kau punya amarah la ye?

Aisha : ah kau ni Milia, ke situ pulak. Kimi tu lain la. sengaja aku yang tak nak kasi dia makan banyak-banyak takut nanti tak muat pulak baju pengatin yang aku tempah tu. dah dah..tak payah nak potong line ye, aku call ni pon nak bagitau kau yang aku on the way ke rumah kau. lagi sepuluh minit aku sampai.

Milia : oh ok ok. aku pun dah siap ni. kejap lagi aku tunggu kau kat depan rumah ye?

Aisha : alright then. cepat sikit ye nenek, kau tu kalau bersiap bukan aku tak tau mengalahkan pengantin. lotih den ni ha menunggu.

Milia : eh, tak baik la kau ni kutuk aku. aku dah siap la. tak percaya cepat datang ambil aku.

Aisha : ye la nenek oii aku tengah nak pegi ambil kau la ni.


sejurus kemudian perbualan ditamatkan.


Milia dan Aisha memilih sebuah restoren makanan segera untuk melepas penat setelah seharian bersiar-siar dan membeli belah. sementara Aisha sibuk memesan makanan di kaunter, Milia pula lebih senang mencari tempat duduk untuk mereka berdua. Milia memilih tempat duduk di hujung restoren itu. kebetulan pada hari itu tidak ramai  pula orang, jadi mudahlah untuk Aisha memilih tempat.


setelah menjamu selera, kedua sahabat itu mula bercerita. Kali ini giliran Aisha memulakan perbualan. Sebenarnya Aisha agak sedikit pelik dengan kelakuan Milia hari ni. Makanan yang dipesan Milia bagai tak terusik, bila di tanya katanya tidak berselera. paling menimbulkan tanda tanya di hati Aisha ialah Milia seakan bukan dirinya yang sebenar, tidak lagi menjadi seorang gadis yang periang dan ceria hari ni. semua itu amat membimbangkan Aisha. selepas seminggu hilang tanpa khabar berita, Milia muncul dengan keadaan yang jauh berbeza dengan dirinya yang dulu.


 "oii nenek kau pergi mana hah seminggu aku cari kau bagai nak gila" Aisha mula bersuara.

"tak pergi mama-mana pun ada ja kat sini." jawab Milia acuh tak acuh.

"kau jangan nak main-main la. aku cari kau merata beb, tapi semua tak tau kau pergi mana. kau hilang seminggu tuptup muncul macam ni, dengan muka pucat lesi..tak banyak cakap..macam bukan diri kau yang sebenar dah aku tengok" balas Aisha seakan tidak berpuas hati dengan jawapan dari Milia.

"aku ke Terengganu" ringkas Milia menjawab.

"apa? sikit pun tanak bagitau aku kan" Aisha sedikit protes dengan jawapan dari Milia. sungguh dia tidak menyangka gadis itu akan ke Terengganu sendirian.

"aku pegi bercuti la. tenangkan otak"

"oo selama ni otak kau semak ke? kau pegi bercuti ke kau pegi mengenang kisah cinta lama?" tanya Aisha yang masih ingin mengetahui kisah sebenar dari Milia.

"dua-dua pun boleh" Milia masih seperti tadi seakan mahu menghentikan perbualan mereka bila diasak soalan yang bertubi-tubi dari Aisha.

"kau masih ingatkan Rayyan?" berterusan pertanyaan Aisha masih ingin menduka hati kecil gadis dihadapannya ini. Segaja dibangkitkan soal Rayyan dengan harapan Aisha dapat mengetahui punca sebenar yang membawa Milia ke Terengganu.

"kenapa kau tanya ?" Milia mula menyoal kembali.

"jadi untuk apa lagi kalau kau ke Terengganu kalau bukan untuk kenangkan kisah kau dan Rayyan" pantas Aisha memerangkap Milia dengan soalan itu.

"ya, aku pergi ke sana untuk mengenang segala kenangan kami. at the same time jugak aku nak tatap Terengganu lama-lama. takot rindu pulak dengan Terengganu nanti hehehe"

"ah mengada-ngada la kau ni setakat nak fly pergi Adelaide tu aku rasa masih boleh lagi kot kau nak balik Malaysia sekali sekala kalau rindu sangat kat Terengganu tu" balas Aisha.

"entah la Aisha. mungkin lambat lagi kot kalau aku nak balik. ataupun aku ingat tanak balik Malaysia terus"

"mak aii kau ni takan nak beranak pinak kat sana kot. aduh la, ini belum pergi lagi dah cakap tanak balik..nanti kalau dah betul-betul jejakkan kaki kat Adelaide tu terus hilang ingatan kat Malaysia apa"

"macam-macam la kau ni. Aisha sebenarnya aku ada something nak minta tolong dari kau. boleh tak?" Milia mula berbicara dengan lebih serius.

"serius semacam kau ni. kau nak mintak tolong apa? kau tau kan apa saja yang kau mintak mesti aku tunaikan..tak payah la nak tanya boleh ke tidak"


sambil mengeluarkan sepucuk sampul surat berwarna biru dari tas tangan, Milia pantas menyorong sampul itu kepada Aisha.


"tolong berikan ini kepada Rayyan" pinta Milia kepada Aisha.

"apa ni? surat cinta atau undangan perkahwinan?" sambil berseloroh Aisha membalas percakapan Milia. Aisha tahu sampul tersebut bukanlah berisi kad undangan perkahwinan.

"itu kenangan untuk Rayyan masa aku takde nanti" terang Milia.

"kenapa kau tak bagi kat Rayyan sendiri?" giliran Aisha pula untuk menyoal.

"sebab aku nak kau bagi sampul ni kat dia masa aku takde nanti la" "lepas seminggu aku fly baru kau bagi kat dia ye" terang Milia lagi.

"baik boss!!" " bila kau nak fly ye?"

"lagi empat hari"

"mak aii cepat nya bukan bulan depan ke baru kau nak pegi?" Aisha sedikit terkejut mendengar jawapan dari Milia.

"ikut plan asal memang macam tu, tapi Uncle Azman suruh aku pergi awal, biasakan diri dengan keadaan kat sana"

"patot la, beriya kau shopping tadi rupanya dah nak berangkat"

" tak kesah la macam mana pon" "Aisha aku percaya kat kau, sampaikan amanat aku ni pada Rayyan ya"

"eh iya la tak kan la aku tak bagi pulak" "lepas je seminggu kau pergi cepat-cepat aku kasi kat dia ye.." "tapi kenapa lepas seminggu kau pergi baru nak kasi surat ni kat dia?"

"Aisha, Rayyan tak pernah tahu pun yang aku akan ke Adelaide." "sengaja aku rahsiakan pemergian ini, aku tanak dia sedih" berkaca-kaca mata Milia semasa menerangkan sebab kenapa Aisha harus menyerahkan surat itu selepas pemergiannya.

"Milia, sabarlah" "kau dan Rayyan masih seperti dulu?" Aisha cuba menduga perasaan Milia.

"aku tak tahu nak jawab macam mana Aisha" "dah hampir setahun aku tak berjumpa dengan Rayyan" "sometimes dia ada jugak call aku bertanya khabar"

"kau tahu bukan yang Rayyan akan ditunangkan dengan Syazlin?" tanya Aisha lagi bersungguh-sungguh.

"tahu. dan sebab itu aku ingin bawak diri ke Adelaide..jauh dari Rayyan" " aku dah tak mampu menipu diri aku lagi Aisha" "sesungguhnya dari dulu lagi aku sangat mencintai Rayyan"

"dan aku rasa Rayyan jugak mencintai kau, Milia"

"tidak Aisha, tidak. Rayyan hanya menyanyangi aku sebagai seorang adik sahaja tidak lebih dari itu, dia mahu aku kekal di dalam hatinya sampai bila-bila sebagai seorang adik" kali ini tampak bersungguh benar Milia menerangkan perkara itu kepada Aisha.

"baiklah Milia, kalau itu yang kau mahu, akan aku sampaikan surat ini pada Rayyan nanti" Aisha cepat mengalih perbualan tidak mahu Milia terus mengenang Rayyan dalam hidupnya.

"terima kasih Aisha kau satu-satunya orang yang aku percayai dan maaflah kalau permintaan aku ini menyusahkan kau" " ingat tau apa pun yang jadi, seminggu lepas tu baru kau kasi kat Rayyan ye" ucap Milia lagi.

"eh takde benda la perkara kecil ja ni" dengan senang hati Aisha membalas ucapan Milia sebentar tadi.


hari hampir menginjak senja. Aisha mengajak Milia untuk pulang kerana malam nanti Aisha mahu bertemu dengan tunangnya, Muhammad Hakimi. tetapi Milia berkeras mahu Aisha pulang terlebih dahulu. alasannya dia mahu menikmati dan menghirup udara luar dengan lebih lama lagi. mendengarkan permintaan Milia yang agak pelik itu membuatkan Aisha mahu menemani Milia selama mana yang gadis itu mahu. Milia masih seperti tadi berkeras mahu Aisha pulang juga. Aisha tidak ada pilihan lain. pada pandangannya mungkin Milia mahu bersendirian. sebelum pulang Aisha berpesan pada Milia agar menghubunginya jika ada apa-apa berlaku.


Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Milia tahu kewajipannya sebagai umat Islam harus ditunaikan segera. lantas dia mempercepatkan kayuhan langkahnya ingin ke Masjid yang berdekatan. seboleh mungkin Milia mahu segera menunaikan solat. dia tahu sesungguhnya melewat-lewatkan solat adalah perkara yang tidak disukai Allah.


sewaktu ingin menyeberang ke kawasan Masjid tanpa Milia sedari ada sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. dengan tidak semena-mena kereta itu melanggar sekujur tubuh Milia. Milia rebah. darah membuak-buak keluar dari hidung dan mulutnya, tudung putih yang di pakai Milia mula bertukar warna. orang ramai mula memenuhi kawasan kemalangan itu.


kini cukup seminggu pemergian Milia. pemergian yang telah tertulis di dalam buku takdirnya. Milia maut dalam kemalangan jalan raya seminggu yang lepas. masih terngiang lagi gelak tawa Milia dicuping telinga Aisha. dan satu-satunya amanat Milia pada Aisha harus dilaksanakan pada hari ini. Rayyan harus ditemui.


* * * * * * * * *

Rayyan membaca satu persatu bait-bait surat terakhir yang ditinggalkan Milia kepadanya;


Rayyan yang sangat aku sayangi,

Rayyan semasa kau membaca surat ini, aku telah pun berada jauh dari kau. aku amanahkan Aisha untuk memberi surat ini pada kau. maaf Rayyan aku sengaja merahsiakan pemergian ini dari pengetahuan kau kerana aku tak mahu kau bersedih.

Rayyan seminggu sebelum aku pergi, aku telah ke Terengganu. sengaja aku ke sana sendirian, mengulang kembali detik-detik perkenalan kita disana. terasa seperti baru semalam kita tinggalkan UMT dan Terengganu. sesungguhnya kerinduan ini telah membawa aku kesana untuk mencari kenangan kita berdua.
betapa hati ini terlalu rindu untuk bersama-sama kau melewati tempat-tempat yang pernah kita jejaki berdua. kadang-kadang hati terlalu berharap agar kau akan sentiasa ada bila mana aku memerlukan kau.

aku tahu Rayyan aku tidak harus mengkhianati janji yang telah kita patri bersama.  kita berjanji tidak akan jatuh cinta demi menjaga hubungan persahabtan kita kerana kau takut akan kehilangan aku andai ditakdirkan percintaan kita kecundang. aku terima keputusan kau itu.

dan hari ni Rayyan ingin aku akui yang aku sangat menyayangi dan mencintai kau. dan demi itu aku ingin jauh dari kau. Rayyan aku sentiasa mendoakan kebahagian kau walau dengan siapa pun yang menjadi pilihan kau. Rayyan detik-detik seaktu kita di Terengganu adalah detik yang terindah dalam hidupku. terima kasih Rayyan kerana sudi mencipta kenangan bersama aku semasa di sana.

aku harap kau akan dapat membahagiakan gadis yang menjadi suri di hati kau nanti. tentang aku usah kau bimbang. yang penting aku mahu kau sentiasa bahagia dengan hidup yang bakal kau tempuh. aku sentiasa berdoa kepada Tuhan agar di berikan segala kebahagiaan buat Rayyan yang aku kasihi.

aku akhiri surat ini dengan segala kasih dan sayang aku pada kau Rayyan. jaga diri sebaik mungkin semasa ketiadaan aku nanti. dan yang penting kau harus sentiasa ingat yang aku akan sentiasa kekal sebagai adik di dalam hati kau buat selama-lamanya ikatan yang tak akan pernah terputus.

sekian, Assalammualaikum.


Yang sentiasa merindui,

Milia.


sebak di dada Rayyan tidak tertahan lagi bila mengetahui perkara sebenar. Milia masih mencintainya. betapa tulus gadis itu menyanyanginya dan sanggup berkorban untuk kebahagiaannya. Rayyan mula mengakui silapnya. sesal mula menyelubungi benak hati. sesungguhnya Rayyan juga amat mencintai Milia. sudah terlambat untuk mengakui cintanya pada gadis itu.


Rayyan tersa kehilangan yang teramat sangat. dahulu Rayyan takut untuk mencintai Milia kerana Rayyan bimbing jika sesuatu terjadi pada perhubungan cinta mereka akan menyebabkan Milia terus terpisah darinya. atas sebab itulah Rayyan menetapkan yang dia dan Milia hanya sebagai kawan. bagi Rayyan hubungan sebagai kawan tidak akan terpisah. tapi keadaan sebaliknya berlaku...Milia pergi di saat Rayyan belum sempat melafazkan rasa cintanya.


beberapa keping gambar yang diselitkan bersama surat itu turut menambahkan sebak di hati Rayyan. gambar-gambar semasa Milia di Terengganu di tempat-tempat yang pernah mereka lewati bersama suatu ketika dulu dan sekeping gambar kenangan lama antara Rayyan dan Milia sewaktu mereka masih lagi bergelar penuntut di UMT. seingat Rayyan gambar itu antara yang menjadi gambar kesayangan Milia.

"Milia Adnan, aku cinta padamu...cinta padamu!!" bisik hati kecil Rayyan. andai bisikkan pertama itu mampu mengembalikan Milianya pasti Rayyanlah orang yang paling berbahagia di dunia.



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA