Wednesday, February 2, 2011

Selepas malam itu.

bismillahhirahmanirrahim....


kat mana nak mula ye, rasa macam dah bertahun tinggalkan belog padahal setiap hari update je tapi lebih kepada cetusan perasaan sebenarnya.


baik, seminggu ni banyak yang jadi. sekarang pon kalau orang tanya aku still konpius dengan apa yang dah jadi baru-baru ni. hampir aja nak minta berjumpa dengan psychistrist sebab aku rasa mcam dah tak mampu nak kawal diri sendiri...gila?hah..aku jugak pikir benda yang sama. adakah aku dah gila? kalau jumpa psychiatrist, mungkin dia boleh jawab.


lepas dari malam tu, hidop aku dah back to normal. tapi still dalam observation. duatigahari lepas pon ada buat analisis..alhamdulillah semua ok. maybe next week kena jumpa ustaz lagi agaknya nak tengok aku dah betol-betol sehat belom...eh aku rasa kesihatan aku di tahap tip-top sekarang..tak tau pulak kot-kot lepas ni pancit lagi..doakan aku yerk.


kelmarin dah lapor diri kat SK Kuala Perai..this time agak lama kat situ. perasaan masa sampai sekolah tu? huff lebih kepada menjalankan kerja. aku dibayar, seharusnya aku buat kerja dan selebihnya aku tak mau amek tau. lagipon aku tak boleh terlalu pressure..sebab tu aku tak mau amek tau hal students kat situ macam mana. masalahnya sekarang, keadaan students kat situ ditahap membimbangkan. duhh aku tak tau boleh handle ke tak.




aku bagi contoh yerr. ada satu kelas tu consist of 25 students macam tu la..among 25 tu ada 7 orang pelajar LINUS tegar. LINUS short forms for Literal and Numeral. pelajar LINUS ni kiranya macam pelajar pemulihan la. IQ dorang memang sangat-sangat slow. padahal umo dah masuk 8tahun..sepatotnya umo-umo macam ni dah mampu kenal huruf dan nombor. masalanya sekarang, dorang tak kenal semua tu. aku masuk kelas tu tadi. before ni aku tak di inform pon pasal dorang. patot ah aku tengok dorang macam terasing pastu blurr ja masa kat kelas tadi.


aku tau pon pasal dorang lepas Cikgu Shamri datang jumpa aku tadi. dari cara dia cakap ngan aku, 7 orang pelajar LINUS tu memang sangat-sangat bermasalah. duhhh sekali lagi tension kat situ. the worst part dari cerita ni..nanti mungkin akan ada observation dari pihak kementerian. all because of LINUS students la..kalau dorang tak da..mungkin aku tak di-observe kot. aku tengah pikir ni macam mana aku nak ajar dorang bila bukak sekolah nanti..t__________t.


tuition center pulak. semua macam biasa cuma ada pertambahan dua karakter baru, Adam Danish (Adam),6tahun ngan Adli Ehsan (Ehsan),4tahun. Adam..manja, dalam hati ada taman, suka sentap..kena pujuk selalu..tapi rajin nak belajar..hahah macam karakter aku pulak. Ehsan..comel, manja sangatsangat..tak sure pulak dia manja dengan aku je ke, atau dengan orang lain pon macam tu jugak, yang pasti everytime aku datang, mesti dia follow duduk kat meja aku sekali. so sekarang ni setiap hari dah dikelilingi ngan 5orang jejaka comel...Deedat,Faidhi,Fiq,Adam,Ehsan...semua lelaki..besok-besok ni anak-anak aku semua lelaki jugak pe.


dah la..next time kalau ada mood aku update lagi, mungkin lepas ni tak galak update dah la kot..ye ah lappy pon ada satu ja..yang lain-lain masih dalam proses pemulihan...lepas tu pulak gerenti ah aku banyak keja..woah..penat weh!


okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment:

Odd Casablancas said...

AHAHAHA, bestnya blog ne..ada ramai jejakis cute..All the best Erin!