Sunday, February 20, 2011

Guru terlampau.

assalamualaikum!


pergh kali ni memang betol-betol aku abaikan belog bucuk bacin ni. dah dekat 2 minggu kot tak update any story kat sini. well sekarang ni rutin harian dah 360 darjah bertukar. kalau dulu boleh ah sehari berkali-kali aku update..tapi sekarang tak boleh dah la kot nampak nya.


yupp aku dah update kontrak. so sekarang dah jadi cikgu sekejap kat SK Perai. sekejap tak sekejap sangat la ada la lebih kurang 3bulan aku kat situ. pastu petang-petang aku still lagi on tuition ngan Teacher Rasiah. so thats why la been verrrrryyy busy lately. pagi pegi sekolah sampai pukul 2 then pukul 4 pegy tuition pulak..penat memang penat..tapi tak kesah la..sebab keja ringan je kot..kalau nak dibandingkan keja ngan dreber lorry keja aku lebih mudah kot.


2 minggu kat sekolah tu aku dah face macam-macam benda. paling kelaka masa first week aku kat situ aku dah kena serang ngan demam..seminggu kot demam. dah macam mayat hidop jadinya. aku tengah cari tune nak mengajar lagi ni..plus aku pon perlukan masa nak adapt ngan semua benda ni. kat sekolah baru banyak benda aku belajar. percaya tak aku dah boleh set soalan peksa kat budak-budak. esok sampai khamis budak-budak dah start exam. aku cuak kot. takot dorang tak boleh jawab soalan aku. pliss pliss pray untuk budak-budak aku..hopefully dorang suksess.


okaylah..malas nak ceritaceriti panjang-panjang. next time kalau ada masa terbuang lagi boleh ah aku update  but before that meh aku tayang gambar kat skewwwlll baru aku. hehehehe.



yang Indian dua orang tu cikgu praktikal tau...campur aku cikgu ganti..acctually ada lagi tapi ini je yang sempat snap



ni Kalai. Banner tu aku yang buat..hehe comel tak? cube perhati betol2 maulidur tu salah eja kot..entah la aku main bedal eja jeee dah suruh sangat aku buat,..cam ni ah jadinya..eja pon tunggang langgang.

oh yaa pasal Guru Terlampau tu..acctually masa hari jumaat tu camera aku hilang sekejap. aku cari merata kot..rupa-rupanya ada sorang cikgu ni pegang kamera tu..perghhh dia kata dia on kamera tu..and tengok semua pics aku..ciss since dari tu la aku dapat title Guru Terlampau..entah gambar apa yang dia tengok aku tak sure la pulak...tapi confirm takde ah gambar-gambar aksi menghairahkan..yang ada pon cuma aksi tadah penampar aku je la.


okeylah..sudah mau tidurrr...besok sekolah. chiaooo!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

msTeddy said...

ahahaha..nasib dier xpublish pics dlm tu..ahaha

Erin Azizan said...

kes naya weh kalau dia publish pics tuh...saje cari nahas nak jatuhkan saham aku kot