Saturday, February 5, 2011

Boleh tak nak stay lagi lama kat sini?

status : heart-broken...akan meninggalkan Arau! tanak pegi sekolah boleh tak?


hari ni hari ke3 aku kat Perlis dan hari ke2 aku kat Arau. masa first day sampai orang Kangar kidnap aku dulu. so malam tu aku tido kat Kangar sebab the next day orang Kangar nak balik Shah Alam dah..t_____t.


walaumacamanapon hari-hari aku seterusnya  kat Perlis ni sangatlah awesomeness. aku stay kat Arau sepanjang 2hari ni. entah la, rasa macam tak percaya pon ada. aku tak sangka yang aku cukup kuat untuk datang sini balik.  rindu pada tempat ni. banyak sangat kenangan. setiap kali aku pandang tempat-tempat tertentu..mesti aku akan flashback balik kenangan dulu-dulu. 


serius aku taktau nak explain apa yang aku rasa sekarang. sedih sangat. besok dah nak balik. rasa macam sekejap je datang. rasa macam nak ponteng je pegi sekolah isnin ni..uwaaaa tapi tak bleh..aku kan cikgu, takan nak buat perangai student pulak.


dalam 3hari ni..hampir tertunai segala wishlist aku kot. seronok giler. Papa Adib, Abe Pehe,Umma ngan Mak Tiri treat aku dengan best. hahah dorang boleh amek position Wani pulak la lepas ni bila aku datang Perlis lagi. tenks sangat untuk semuanya..malam-malam aku yang best..hari-hari aku yang sangat seronok kat sini...heaven gila. walaupon aku sorang-sorang datang kat sini..tapi bila dah sampai..rasa macam ramai yang melayan pulak.


mungkin ada yang dah membenci aku sekarang..mungkin ada yang dah tak suka aku sekarang, dan mungkin jugak ada yang dah menyampah dengan aku sekarang..aku tak kesah..sebab aku tahu walau ada yang benci masih ada yang menerima. people changed. aku tak mampu nak buat orang suka kat aku..aku cuma harap ada yang memahami dan terima aku dengan seadanya. alhamdulillah, kat sini..semuanya masih menerima aku. 




terima kasih kawan!






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment: