Tuesday, December 7, 2010

Imsomnia dan CIk Misi.

assalamualaikum!



erk..sila jangan tekan button merah X tu dulu, betul la ni, awak semua berada dalam channel karut lagi mengarut bersama Cik Puan Sri Erin Azizan.


hari ni kan, maal hijrah, jadi kita mulakan dengan memberi salam dulu..biar nampak islamik sikit, jawab yerr jangan tak jawab..dosa taw kalau tak jawab!


baiklah, mari kita lurus bendul ke titik. sebenarnya disamping imune yang tak pernah cukup dalam badan aku, satu lagi penyakit yang hinggap kat aku ialah, penyakit tak boleh tidur malam.


masok jerr pukul doblas tengah malam mata aku pon cerah secerah cerahnya macam spotlight keta tu. benda ni ikut musim jugak, tapi kalau dia nak jadi, hari-hari pon buleh aku tak tidur malam.


sekarang ni dah pon pukol 01.41 am. konon macam early lagi la kan..tapi dol, kat rumah aku ni semua makhluk dah tidur kot. ish ni kalau la kelab dangdut dekat-dekat ngan rumah aku, mahu ajer aku join gelek ngan dorang sampai ke subuh.


ok. aku tipu. aku pon taktau kelab dangdut kat mana. main bedal je cakap macam tu, kasi dramatik sikit.


time exam lagi gelong otak aku. pernah aje 2hari berturut-turut aku tak tidur..tapi tu aku assume macam exam fever la. siap pegy klinik kot mintak ubat tidur, tapi Misi yang jaga kaunter tu gile kerek, ader ke patot dia suruh aku balik minum je ubat batok kalau nak lena.


heh, aku  ni pulak patang disuruh. fine tanak kasi ubat takpe. aku minum ubat batuk. dahtu overdose pulak. memang terbaik. lalok, melelong semua ada..ceshh kalau aku tau benda macam ni nak jadi, takdenya aku nak overdose segala.


time tu dalam otak aku dah tak pikir panjang, aku just nak tidur jerr sebab tu aku sanggup amek benda alah tu, tapi sumpah tak dapat tidur jugak. sekali lagi aku tertipu. jahat tol Misi tu, tipu aku.


oh yerr since dari hari tu, aku terus ban Misi-Misi yang ada kat klinik tu..sebab probability dorang untuk nak menipu tu sangat tinggi ok. lagipon aku since dari per-is-ti-wa itu, dah tak pernah jejak kaki pon kat klinik nun jauh di pendalaman tu..nyesal jerr aku pegy jejauh, hasil takde.


jadi disini apakah relate-nya cerita misi-misi penipu tu ngan penyakit imsomnia aku ni?


eh...kau tak paham-paham lagi kerr? takde relate pape pon.


chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, December 6, 2010

Bukan orang yang lemah.

for god sake,

sumone, please jadi kuat!

seseorang yang pernah menyapu air mata orang lain, bukan orang yang lemah.

sesorang yang pernah berjanji takan pernah mengalah, bukan orang yang lemah.

sesesorang yang pernah buat orang lain gembira, bukan orang yang lemah.

seseorang yang selalu buat orang lain tersenyum, bukan orang yang lemah.

seseorang yang tak pernah gentar untuk mencuba, bukan orang yang lemah.

seseorang yang terlalu mengambil berat akan orang lain, bukan orang yang lemah.

seseorang itu jadi kuat please....
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Dilemma wanita.

ayyook tajuk mesti nak gempak kan. well what else can i say..Erin Azizan memang sentiasa nak gempak pon. acececeh..sempat lagi meng-up-kan diri kat situ nampaknya..heh!


baiklah, merujuk pada tajuk diatas sememangnya sayer dalam dilemma sekarang. wah wah besar sungguh masalah sayer. sampaikan tak termampu sayer nak tanggung,mahupon mendukung ataupon menggendong masalah terbabit.


nampak tak? nampak tak???


eh silap, mana buleh nampak..kena imagine ni...boleh imagine tak besar mana masalah sayer? besarrrr kan?.


masalahnya berbunyik begini...


pada satu hari, sayer berangan-angan jikalau umur sayer sudah mencecah 21tahun dan berjaya men-furtherstudy-kan diri di Shah Alam (khususnya), maka bolehlah sayer memintak seketul kereta persendirian dari family sayer.


kenapa Shah Alam? well sayer mempunyai alasan yang sangat kukuh dan agak masuk akal ketika itu. alasan sayer, if dapat study nun jauh disana, maka senanglah sayer, tak perlu berebut, bersusah payah demi sehelai tiket bus semata-mata mahu pulang ke kampung halaman bila tibanya musim perayaan nanti.


alasan itu agak boleh diterima pakai oleh family sayer, dan mereka agak bersetuju dengan permintaan terbabit, since sayer pon dah buleh memandu dengan cekap (blah la), eleh setakat Shah Alam-Penang tu macam Arau ke Alor Star jerr bagi sayer (berlagak siak).


masalahnya disini sayer, sayer di-furtherstudy-kan jugak di Arau tahun lepas. makanya hasrat serta impian untuk nak mendapatkan kereta kembali terkubur. alasannya sebab dekat, bus or train selalu ada.


beliau merupakan poojaan hati sayer

sekarang timbul lagi issue baru. my mum pulak cakap if sayer dah dapat kerja (tetap, goverment = kastam la tu) she will give me a car! sumpah! sayer agak suka dengan tawaran ini.


sayer jugak pada masa yang sama sekali lagi dapat mem-furtherstudy-kan diri di Puncak Alam pulak. tapi bukan 1st choice and if possible, sayer nak mintak tukar cos, sebab sayer tak mahu pisang rastali berbuah sepuluh kali.


masalahnya disini, mengapakah beliau (mak sayer) tak buat tawaran yang sama macam tahun lepas kat sayer yang kalau dapat study jauh, maka sayer akan di-beri seketul kereta (?).


beliau hanya diam tanpa mengeluarkan patah bicara. adakah beliau tak kesah, seandainya sayer benar-benar men-study-kan diri di Puncak Alam nanti dan kemungkinan untuk tidak dapat membeli tiket bus pada musim perayaan adalah sangat tinggi..beliau tak kesah ke kalau sayer tak dapat balik beraya nanti???


beliau sangat tidak kesah sama sekali jika sayer memilih untuk terus study, dan seandainya sayer bertuah dan mendapat kerja beliau ingin terus sayer bekerja.


aduh...sayer sedang ber-usia 22tahun sekarang. sebagai seorang yang berusia 22tahun saya amat-amat memerlukan seketul kereta melebihi keperluan sayer terhadap barangan-barangan lain terutamanya barangan-barangan dari Mc Donalds.


kesimpulan yang boleh sayer buat disini adalah :


kerja = kereta

3tahun study = tak dapat kereta


memang la orang kater nanti last-last bila dah abes study pastu kerja, dapat keta jugak kan..tapi time tu umur sayer bukan 22tahun dah. sayer kena ada keta masa umur 22tahun ni.


dulu masa kecik-kecik sayer dah target nak ader keta sendiri masa umur 20tahun (angan-angan yang sangat melampau), tapi sasaran dah terlepas 2tahun dah ni. oh sedihnya..jadi sebab tu la sayer macam desperate nak kena ada keta sendiri jugak sekarang..demi untuk mencapai angan-angan sayer tu la.


macam mana ni??macam mana ni?? nak keta jugak-jugak (sambil hentak-hentak kaki kat lantai)!!!!!!!


baiklah sekian saja masalah sayer untuk hari ni. bertemu lagi di hari yang lain bersama masalah baru.


chiao!


NotaKakiErinAzizan : sila abaikan penggunaan tatabahasa yang agak futuristik dalam entry ini.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, December 5, 2010

Saya sayang awak!!!




baik. sila geli dengan tajuk diatas!


sebenarnya aku pon geli jugak, tapi ntah jari ni gatal pulak nak menaip tajuk macam tu. sumpah, geli siak. macam nak muntah hijau aku, bila baca balik.


aku rasa ada jerr orang-orang perseorangan yang pasti akan post judul persis seperti aku, tapi akan disertakan dedikasi kepada orang-orang tertentu kan...kan...kan..?


deyy seniri mau ingat lerr, takan la kau nak buat post macam tu, pastu kau nak dedicate kat mak atau bapak kau pulak kan..takan la pulak nak dedicate kat si Meooww yang tak reti baca yang hari-hari hanya tahu nak mencekik jerr kejanya kan.


aku pon kalau baca tajuk yang macam ni, mesty muka akan berkerut and on the spot aku dah buleh tahu cerita apa dia nak post. tak payah baca pon aku dah tau.


sumpah tak jeles, since aku bukan la jenis yang macam tu. tahu tak jenis yang macam mana? ala jenis yang suka-suka nak menunjuk kasih-sayang-rindu-dendam kat merata tempat kat boy/girl memasing. yerrkks!!


selalunya yang jadi terlebih kasih-sayang ni perempuan la kan. ntah aku pelik ah, if ada jerr yang buat macam tu mesti ada sipolan-sipolan yang komen. paling menyampah dia orang akan komen "eeiii comelnya buat post macam ni". erk (?)


persoalannya comel ker? ooo lepas ni kalau nak jadi comel, kena la buat post macam tu eik?


aku rasa, eh silap, silap..bukan rasa la. tapi memang aku tak pernah kot buat benda-benda macam tu kat sesapa yang pernah jadi pasangan aku dulu..ceh bunyi nak hot jerr aku ni.. tade la joking keh, hidop kena banyak mengarut baru la ada life namanya. kau paham tak? kalau tak paham sila baca sekali lagi.


aku ni realistik, if sayang, aku cakap sayang. if aku marah, aku cakap aku marah. tapi benda tu semua aku akan pastikan antara aku dan dia jerr yang tahu, orang luar tak pelru tahu, bagi aku benda macam tu sangat private.


and one more thing segala benda yang aku mengarut kat sini semuanya tentang kawan-kawan aku. tak pernah sekali pon aku aku terover gedik nak cerita pasal boyfriend, kekasih, atau chenta hati aku kat sini.


bukan apa, kekadang ada yang tersalah paham bila baca,dorang ingat aku tulis semua tu pasal boyyfriend aku kot. heh no way lah!!


taktau la lagi lima, enam bulan akan datang bila aku dah terlebih kasih-sayang, bila aku dah nak rasa comel, baru la aku akan buat post-post "Saya sayang awak", "saya rindu dia", "aku dia dan chenta"..and so on..and so on..and so on.....


well tak berani nak cakap lebih, but if possible aku akan sentiasa nak macam ni, tak perlu orang luar tahu pasal relationship aku, to be honest, im single now. aku cakap macam ni, not because aku nak up market or what tapi nak clearkan keadaan.


dulu masa in a relationship pon takde orang tahu. aku ingat lagi 3years ago, Beap penah tanya aku pasal Farid (mantan kekasih hehehe). " hang ni aku tengok bergadoh ka happy ka macam tu jugak, macam takde perasaan pon".


then aku jawab balik "tak semua benda yang jadi dalam hidop kita, boleh share dengan orang, lagipon aku tak reti la nak cerita-cerita pasal benda ni".


aku tak pasti Beap paham ke tak maksud aku tu sebab since dari tu terus dia tak tanya dah pasal boyfriend-boyfiend aku (cewwahh).


moral of the belog hari ni, jangan la show off sangat kasih-sayang tu kat merata-rata tempat. bukan apa, macam mana satu hari nanti, orang yang kau kasih-sayang-rindu-dendam tu tinggalkan kau? atau pon relationship korang putus ditengah jalan? malu kot...memang la orang cakap gasak kau la kesah kau, tapi kau tak malu ke?


errr....sebenarnya aku keterbosanan yang amat sangat ni, sebab tu la aku update belog. masalahnya bosan ke? ntah aku pon macam kurang pasti jerr ngan statement tersebut. bosan kerr? ha ha ha
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

The curse of Disember.

05-12-2010.





dah lima hari kita dalam bulan Disember bukan? cepat betul masa bergerak sekarang. pejam celik-pejam celik dah habes setahun. masih berbaki 27 hari lagi sebelum masuknya tahun 2011.


serius cakap, aku harap sangat, ada kebaikan yang akan jadi kat bulan Disember ni. jadi hari tu masa 1st Disember aku berdoa, aku tanak lagi Disember aku sucks macam tahun lepas.


serius aku mintak benda tu tak jadi lagi.


for God sake, someone please jadi kuat!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, December 4, 2010

Kronologi Muar dan Suraya.

03-12-2010.


tarikh kemarin. sepatotnya pada tarikh ni, aku dah ada kat Muar, Johor. agak sedih, kalau la tak disebabkan kebodohan ngan kelalaian aku sebulan yang lepas, confirm, hari ni bumi Muar dah aku tawan!.


itu presepsi aku untuk beberapa minggu yang lepas. tapi presepsi ni tak kekal lama. sebab aku tau, everything happens for a reason rite? dan aku dah tahu kenapa aku tak dapat sampai Muar.


aku terima yang mungkin belom sampai masa untuk aku jejak kaki kat sana dan mungkin ALLAH sengaja tetapkan macam tu dan satu lagi..sebab Suraya!


tak pernah-pernah selama 4tahun aku kawan ngan dia, dia nak jejak kaki kat rumah aku, tetiba jerr 2 hari lepas (khamis) dia call aku cakap nak datang rumah kemarin (jumaat). i was so hepii. tak tau nak express macam mana.


biasa la tu kan member nak datang rumah, apa yang special sangat kan? mungkin sesapa yang tak kenal Suraya akan cakap macam tu, tapi bagi aku yang dah bertahun kawan ngan dia, aku paham sangat perangai dia. dia tak suka nak pegy rumah orang tanpa sebab, nak-nak pulak kena tido rumah orang kan, lagi la dia tanak.


aku mula-mula pon macam tak percaya jerr bila dia cakap nak datang rumah, and tido kat rumah aku pulak tu. bukan aku tak suka kalau dia nak datang,seriusly aku memang tak kesah kot. in fact family aku pon memang suka kalau member-member aku datang rumah. kalau nak tau, semua bestie aku dah pernah jejak kaki kat rumah aku. aku pon macam tu jugak mesti akan pegy rumah dorang buat kunjungan balas. tapi tu la rumah odd jerr yang belom sampai lagi..t______________t. insyaALLAH one fine day akan sampai jugak.


back to Suraya's story, dia sampai penang pon dah nak dekat maghrib, aku ngan abah pegy amek dia. oh yerr Suraya datang ngan Munet (her bestfriend). dia at first macam malu-malu, tapi bila dah jumpak ngan my mum yang sangat aktif bercakap... terus dia tak jadi nak malu! heh..baru hang tau Suraya..mak aku macam mana.


dalam pukul 8 macam tu, kitorang semua sekali ngan family aku gerak pegy Georgetown, nak ke Pesta Penang. sangat seronok ok! kitorang pegy naek moto ajer sebab keta aku still dalam workshop, serius aku tak pernah rasa best macam tu. naseb baik jugak naik moto, tahu-tahu je la jalan kat pulau tu selalu sesak, if naik moto boleh main selit, sekejap jerr dah sampai.


memang sangat enjoy, parent aku pon layan jerr kerenah kitorang yang sengal ni. sanggup kot mak ngan abah aku follow naik moto, pergh terharu jugak la..kalau parent orang lain buleh ke buat macam tu? sekali lagi aku bersyukur sangat dapat parent yang sangat sempoi macam dorang.


sampai kat pesta tu, macam-macam la kitorang buat, main rollercoaster (Suraya jerit sangat kuat ok, Munet diam jerr sebab takot sangat), tawaf pesta tu sampai melecet kaki, pastu perasan comel bila makan gula-gula kapas yang kalerful sambil snap gambar. pusing lagi, sembang gelak-gelak macam orang tak betol...sangat wow time tu, heaven gila. Suraya teruja.


04-12-2010.


dan hari ni we went to Queensbay pulak, tawaf lagi.kali ni family aku tak ikot. aku tak ingat berapa jam habes masa kat situ, and then kitorang main redah ajerr pusing pulau. mencabar kot. hujan tengah lebat kitorang buat kental. baju lencun. sejuk tapi seronok.


dah habes pusing-pusing, kitorang cari ferry, balik butterworth. dalam keadaan hujan yang tengah lebat macam tu, baju yang dah memang basah lenjun, kitorang masuk Sunway Carnival Mall. this time lagi la senget. kena aircond, kitorang dah menggigil, disebabkan lapar sangat terpaksa la makan dalam keadaan menggigil kat food court tu.


memang tak kesah dah la kalau orang nak pandang semacam pon. gasak kau la. kitorang lepas je makan terus cabut, tawaf Sunway tu pulak. dalam keadaan menggigil dan mulut terketar-ketar nak bercakap kitorang mampu lagi masuk shop-shop yang ada kat situ.


agak dah penat baru la kitorang balik. Suraya ngan Munet terus kemas-kemas, sebab dorang nak balik hari ni jugak,sebab Sue keja esok..mujur, sampai Penang Sentral bus dah ada.


jadi semuanya dah selamat. dan aku pon dah tahu,kenapa dan mengapa ALLAH takdirkan semua ni untuk aku. syukur alhamdulillah.



Suraya and me. this picture was taken 2 years ago.



for my princess, saya dah baca entry awak tentang ini and I really hope awak tak kan pernah putus asa dengan saya.



NotaKaki : Baby Einash, semoga hepi2 kat Muar yerr, Odd princess tenks cos awak sangat memahami.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, December 2, 2010

Apakah yang anda tahu tentang KASTAM?

hello peeps!


tak tau nak describe macam mana perasaan aku sekarang. happy giler! bagi sesapa yang alert, last entry aku hari tu tawu la. hanya seorang manusia yang berani komen bila aku buat entry psiko, tenks for your comments dear!


sebenarnya tak dak masalah apa pon, saje aku je yang suka psiko diri pikir benda-benda tak best, bila dah jadi macam tu of cos la effect mood aku sekali kot. yess aku memang suka psiko diri seniri.


well the main problem aku jadi macam ni, sebab hari ni 02/12/2010 tepat pukul 08.00 a.m aku kena attend an interview under Kastam Diraja Malaysia dan yess under goverment oit! sapa tak mau kan, keja kerajaan tuh..orang mereng,bodoh sombong je yang tolak.


tak ramai yang tahu aku interview hari ni, aku ada bagi hints kat fb, tapi ada pulak yang salah paham..mintak maaf yerr sesapa yang salah paham tu. lain kali tanya dulu, baru komen yerr, kan da salah paham..hiks!


everything goes well, in fact masa interview tu pon sangat seronok. its not because of aku dapat jawab apa yang ditanya. its because of dorang tanya benda yang sangat simple dan tak da pon seteruk yang aku pikir.


2,3 hari ni memang aku dah tak pedulik ngan dunia luar dah, gasak la kau nak jatuh ke nak terjun bangunan ke memang ak tak kesah pon, yang aku tau, hari-hari aku on lappy, bukak website kastam sampai naik juling mata aku seketul-seketul fact pasal kastam aku pulun hafal. hammbekkk kau, nak sangatkan pangey aku interview.


tapi takde la pulak dia soal pasal segala jenis cukai, jabatan-jabatan yang berkaitan atau menteri-menteri yang terlibat. pressure otak aku jerr hafal segala mak nenek, last-last dia tanya soalan yang sangat simple dan unexpected!


seriusly naseb baik jugak la aku dah prepare all jawapan yang berkaitan, cuma pandai-pandai la olah balik apa yang dorang soal tu. mana aku tak buleh jawab, tengok la persediaan aku macam mana. sampai nak bagi speech pon aku siap tulis-tulis lagi kat paper.


hampess siot time tengah tunggu turn, kantoi pulak ngan sorang candidate laki ni,dia dari Taiping,Perak. dia siap usha all my notes and ternampak speech aku kat situ slumberr rockers dia tegor " tension ke hape ni, sampai prepare speech bagai?" "kau ni nak hambek SPM ke? notes kau full macam website jerr".


rupanya dorang tu takde la buat preparation kental macam aku, just biasa-biasa jerr, banyak aku yang bagi facts masa kitorang buat discussion tadi. aku tak kesah nak share apa yang aku tau ngan dorang, mungkin sesetengah orang pikir rugi la bagitau poin dekat candidate lain tapi bagi aku pulak, aku pikir rezeki tu datang dari ALLAH. kalau dah takdir, aku bukan ngan Kastam so takde la. tak salah kot rasanya aku share info ngan dorang, mana tau ada diantara dorang yang betol-betol berkelayakkan ke kan.


oh lupa pulak nak cerita yang pagi tadi sumpah aku dah macam nak give up tanak pegy. puncanya kasut bertumit dan bertutup aku yang selama ni tersimpan rapi dalam kotak dah takde. macam orang giler aku cari merata-rata. time tu pulak dah pukul tujuh lebih kot. bapak aku, dah bising-bising sebab aku tak alert pasai benda ni.


masalahnya aku langsung tak ingat kat mana ntah aku sorok kasut tu, last-last skali dalam keadaan desperate, terpaksa la pakai flat shoes ala-ala ballet yang beriben. naseb baik dark purple kaler dia, tade la orang perasaan sangat kot (?). cuba kalau aku pakai flat shoes polo kaler putih tu, sure pegawai-pegawai kastam tu ngat aku ni nak buat show kasut ke nak tayang kasut baru.


settle dah satu bab. pasni, masalah kedua pulak, nanti la dari hari kehari aku akan update pasal masalah yang satu lagi tu. rasa macam nak buat dedikasi pulak hari ni yerr....layan je la.


to Abah dan Emak,


terima kasih sangat kat abah yang willing hambek cuti sebab nak temankan aku tadi. Emak yang selalu melayan karenah ribena aku, yang bagi support yang cabar aku pegy interview segala. terima kaseh yerr. err mintak maaf mak Erin curi nescafe malam-malam. lepas ni janji tak minum dah..he he he


to Odd,Suraya,Iqa,Incik Bmw,Beap


tenks for all your support, selalu call, text aku tanya pasal benda ni. ada yang willing nak tolong lagi, tapi takpe,aku tolak cara elok. aku happy dapat buat semua ni sendiri.tenks sangat. aku tau ampa cuak bila tengok aku mental segala. ha ha ha sapalah Erin Azizan tanpa penyakit mental beliau kan.. (?)



In this photo : Suraya, Beap,Wani and Dinie.


da one and only.. Odd


In this photo : Iqa



to Wahni and Dinie,


sorry aku tak update story kat ampa, its not because ampa tak penting, (both of you sangat penting ok!) its because of aku cuba nak independent sendiri, ampakan dah lama layan mental aku, apa kata this time bagi orang-orang yang kat atas tu pulak layan baru la fair and square kan. beb, I know you tak dak niat nak sent msg macam tu kat I, I tau you risau giler bila I jadi macam tu kan, sebab tu I decide tak mao bagitau you lagi. once you dah turun nanti, i'll promise to tell you everything!


to all frens yang lain.


aku tahu, korang baca belog aku. aku harap aku dah jelaskan kat sini semuanya. jangan kecik hati please.


wasalam!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA