Saturday, December 4, 2010

Kronologi Muar dan Suraya.

03-12-2010.


tarikh kemarin. sepatotnya pada tarikh ni, aku dah ada kat Muar, Johor. agak sedih, kalau la tak disebabkan kebodohan ngan kelalaian aku sebulan yang lepas, confirm, hari ni bumi Muar dah aku tawan!.


itu presepsi aku untuk beberapa minggu yang lepas. tapi presepsi ni tak kekal lama. sebab aku tau, everything happens for a reason rite? dan aku dah tahu kenapa aku tak dapat sampai Muar.


aku terima yang mungkin belom sampai masa untuk aku jejak kaki kat sana dan mungkin ALLAH sengaja tetapkan macam tu dan satu lagi..sebab Suraya!


tak pernah-pernah selama 4tahun aku kawan ngan dia, dia nak jejak kaki kat rumah aku, tetiba jerr 2 hari lepas (khamis) dia call aku cakap nak datang rumah kemarin (jumaat). i was so hepii. tak tau nak express macam mana.


biasa la tu kan member nak datang rumah, apa yang special sangat kan? mungkin sesapa yang tak kenal Suraya akan cakap macam tu, tapi bagi aku yang dah bertahun kawan ngan dia, aku paham sangat perangai dia. dia tak suka nak pegy rumah orang tanpa sebab, nak-nak pulak kena tido rumah orang kan, lagi la dia tanak.


aku mula-mula pon macam tak percaya jerr bila dia cakap nak datang rumah, and tido kat rumah aku pulak tu. bukan aku tak suka kalau dia nak datang,seriusly aku memang tak kesah kot. in fact family aku pon memang suka kalau member-member aku datang rumah. kalau nak tau, semua bestie aku dah pernah jejak kaki kat rumah aku. aku pon macam tu jugak mesti akan pegy rumah dorang buat kunjungan balas. tapi tu la rumah odd jerr yang belom sampai lagi..t______________t. insyaALLAH one fine day akan sampai jugak.


back to Suraya's story, dia sampai penang pon dah nak dekat maghrib, aku ngan abah pegy amek dia. oh yerr Suraya datang ngan Munet (her bestfriend). dia at first macam malu-malu, tapi bila dah jumpak ngan my mum yang sangat aktif bercakap... terus dia tak jadi nak malu! heh..baru hang tau Suraya..mak aku macam mana.


dalam pukul 8 macam tu, kitorang semua sekali ngan family aku gerak pegy Georgetown, nak ke Pesta Penang. sangat seronok ok! kitorang pegy naek moto ajer sebab keta aku still dalam workshop, serius aku tak pernah rasa best macam tu. naseb baik jugak naik moto, tahu-tahu je la jalan kat pulau tu selalu sesak, if naik moto boleh main selit, sekejap jerr dah sampai.


memang sangat enjoy, parent aku pon layan jerr kerenah kitorang yang sengal ni. sanggup kot mak ngan abah aku follow naik moto, pergh terharu jugak la..kalau parent orang lain buleh ke buat macam tu? sekali lagi aku bersyukur sangat dapat parent yang sangat sempoi macam dorang.


sampai kat pesta tu, macam-macam la kitorang buat, main rollercoaster (Suraya jerit sangat kuat ok, Munet diam jerr sebab takot sangat), tawaf pesta tu sampai melecet kaki, pastu perasan comel bila makan gula-gula kapas yang kalerful sambil snap gambar. pusing lagi, sembang gelak-gelak macam orang tak betol...sangat wow time tu, heaven gila. Suraya teruja.


04-12-2010.


dan hari ni we went to Queensbay pulak, tawaf lagi.kali ni family aku tak ikot. aku tak ingat berapa jam habes masa kat situ, and then kitorang main redah ajerr pusing pulau. mencabar kot. hujan tengah lebat kitorang buat kental. baju lencun. sejuk tapi seronok.


dah habes pusing-pusing, kitorang cari ferry, balik butterworth. dalam keadaan hujan yang tengah lebat macam tu, baju yang dah memang basah lenjun, kitorang masuk Sunway Carnival Mall. this time lagi la senget. kena aircond, kitorang dah menggigil, disebabkan lapar sangat terpaksa la makan dalam keadaan menggigil kat food court tu.


memang tak kesah dah la kalau orang nak pandang semacam pon. gasak kau la. kitorang lepas je makan terus cabut, tawaf Sunway tu pulak. dalam keadaan menggigil dan mulut terketar-ketar nak bercakap kitorang mampu lagi masuk shop-shop yang ada kat situ.


agak dah penat baru la kitorang balik. Suraya ngan Munet terus kemas-kemas, sebab dorang nak balik hari ni jugak,sebab Sue keja esok..mujur, sampai Penang Sentral bus dah ada.


jadi semuanya dah selamat. dan aku pon dah tahu,kenapa dan mengapa ALLAH takdirkan semua ni untuk aku. syukur alhamdulillah.



Suraya and me. this picture was taken 2 years ago.



for my princess, saya dah baca entry awak tentang ini and I really hope awak tak kan pernah putus asa dengan saya.



NotaKaki : Baby Einash, semoga hepi2 kat Muar yerr, Odd princess tenks cos awak sangat memahami.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

9 comments:

ms.Teddy said...

biler nk dtg johor ni??

erin azizan said...

insyaallah ada masa kelapangan sampai lerr, aku tengok mber aku yg stay kat muar tu jugak. ko nak bunjerr laksa johor ke?keh keh keh

ms.Teddy said...

haha..xminat laksa..beryani gam lah..nyum..nyum..

erin azizan said...

oh beriyani gam...bukan sama ke ngan tmpt lain? laksa johor bukan lain dr yg lain ke?

ms.Teddy said...

klu tmpt ak..beryani cm glamer cket..cket jeklah..laksa johor bubuh santan..kdg2 ad org guna spageti..umah ak jrg gler masak..sbb xde org suka..haha

erin azizan said...

yg spageti tu la, dulu mak sedara aku pernah buat (dia johorian), ak tgk pelik, terus tak makan skrg mengidam pulak.

eh ko duduk area mana ntah?

ms.Teddy said...

baek ak mkn spageti bolognese xde pn carbonara..haha..ak duk kt batu pahat..

Odd Casablancas said...

Erin, its ok..hehe. Lain kali masih ada.Have fun.
Misssshhh u aload.

erin azizan said...

@miss teddy
oh batu pahat..ceh mcm aku tawu je kat mana kan. ha ha ha...tk kesah carbonara ke tak, jnji laksa johor gak yg aku cr

@odd
yayy..mesty ada, dun wori u pon hev fun jugak.