Monday, December 6, 2010

Dilemma wanita.

ayyook tajuk mesti nak gempak kan. well what else can i say..Erin Azizan memang sentiasa nak gempak pon. acececeh..sempat lagi meng-up-kan diri kat situ nampaknya..heh!


baiklah, merujuk pada tajuk diatas sememangnya sayer dalam dilemma sekarang. wah wah besar sungguh masalah sayer. sampaikan tak termampu sayer nak tanggung,mahupon mendukung ataupon menggendong masalah terbabit.


nampak tak? nampak tak???


eh silap, mana buleh nampak..kena imagine ni...boleh imagine tak besar mana masalah sayer? besarrrr kan?.


masalahnya berbunyik begini...


pada satu hari, sayer berangan-angan jikalau umur sayer sudah mencecah 21tahun dan berjaya men-furtherstudy-kan diri di Shah Alam (khususnya), maka bolehlah sayer memintak seketul kereta persendirian dari family sayer.


kenapa Shah Alam? well sayer mempunyai alasan yang sangat kukuh dan agak masuk akal ketika itu. alasan sayer, if dapat study nun jauh disana, maka senanglah sayer, tak perlu berebut, bersusah payah demi sehelai tiket bus semata-mata mahu pulang ke kampung halaman bila tibanya musim perayaan nanti.


alasan itu agak boleh diterima pakai oleh family sayer, dan mereka agak bersetuju dengan permintaan terbabit, since sayer pon dah buleh memandu dengan cekap (blah la), eleh setakat Shah Alam-Penang tu macam Arau ke Alor Star jerr bagi sayer (berlagak siak).


masalahnya disini sayer, sayer di-furtherstudy-kan jugak di Arau tahun lepas. makanya hasrat serta impian untuk nak mendapatkan kereta kembali terkubur. alasannya sebab dekat, bus or train selalu ada.


beliau merupakan poojaan hati sayer

sekarang timbul lagi issue baru. my mum pulak cakap if sayer dah dapat kerja (tetap, goverment = kastam la tu) she will give me a car! sumpah! sayer agak suka dengan tawaran ini.


sayer jugak pada masa yang sama sekali lagi dapat mem-furtherstudy-kan diri di Puncak Alam pulak. tapi bukan 1st choice and if possible, sayer nak mintak tukar cos, sebab sayer tak mahu pisang rastali berbuah sepuluh kali.


masalahnya disini, mengapakah beliau (mak sayer) tak buat tawaran yang sama macam tahun lepas kat sayer yang kalau dapat study jauh, maka sayer akan di-beri seketul kereta (?).


beliau hanya diam tanpa mengeluarkan patah bicara. adakah beliau tak kesah, seandainya sayer benar-benar men-study-kan diri di Puncak Alam nanti dan kemungkinan untuk tidak dapat membeli tiket bus pada musim perayaan adalah sangat tinggi..beliau tak kesah ke kalau sayer tak dapat balik beraya nanti???


beliau sangat tidak kesah sama sekali jika sayer memilih untuk terus study, dan seandainya sayer bertuah dan mendapat kerja beliau ingin terus sayer bekerja.


aduh...sayer sedang ber-usia 22tahun sekarang. sebagai seorang yang berusia 22tahun saya amat-amat memerlukan seketul kereta melebihi keperluan sayer terhadap barangan-barangan lain terutamanya barangan-barangan dari Mc Donalds.


kesimpulan yang boleh sayer buat disini adalah :


kerja = kereta

3tahun study = tak dapat kereta


memang la orang kater nanti last-last bila dah abes study pastu kerja, dapat keta jugak kan..tapi time tu umur sayer bukan 22tahun dah. sayer kena ada keta masa umur 22tahun ni.


dulu masa kecik-kecik sayer dah target nak ader keta sendiri masa umur 20tahun (angan-angan yang sangat melampau), tapi sasaran dah terlepas 2tahun dah ni. oh sedihnya..jadi sebab tu la sayer macam desperate nak kena ada keta sendiri jugak sekarang..demi untuk mencapai angan-angan sayer tu la.


macam mana ni??macam mana ni?? nak keta jugak-jugak (sambil hentak-hentak kaki kat lantai)!!!!!!!


baiklah sekian saja masalah sayer untuk hari ni. bertemu lagi di hari yang lain bersama masalah baru.


chiao!


NotaKakiErinAzizan : sila abaikan penggunaan tatabahasa yang agak futuristik dalam entry ini.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: