Thursday, June 30, 2011

Spontaneous Thursday #2



sebenarnya aku dah lama realised benda ni. bila aku dalam keadaan sedang mendengkurkan diri, jangan ada satu makhluk pon yang kacau. kalau kacau jugak alamat memang nak kena penyepak sulung mahaguru tukiman dewa banjarmasin dari aku la tu.....


kebetulan hari ni memang aku tersangat-sangat la penat, letih, tired, pancit, lemau semua ada. so activity aku seharian kat rumah siang ni memang berdengkur sahaja.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, June 29, 2011

Lagenda Wanita Misteri.



alkisah tersebutlah sebuah lagenda diamana seorang wanita cantik yang masih mengandung termengidamkan untuk memamah beskut pemes ames barang seketul dua pada satu masa dahulu. tetapi malangnya di kawasan tempat diamnya wanita itu tidak lah pula dijual beskut yang pemes ini. sudah berkali-kali si wanita berpesan kepada Atan si penjual sayur di pasar untuk mendapatkan beskut ini di pekan tetapi Atan agak keberatan untuk menunaikan permintaan tersebut kerana Atan bukanlah suami kepada wanita itu...bagi Atan lebih molek kiranya suami si wanita yang mencari beskut jenama ini..lagi pula Atan bukanlah pandai sangat bertutur dalam bahasa penjajah...takot nanti tersalah sebutannya.


maka merajoklah wanita iteww, kempuanan hajatnya tak tercapai maka dia bersumpah tidak mahu melahirkan bayi yang dikandungnya iteww di tempat diamnya dia sekarang. selepas sumpah dibuat, wanita iteww terus melenyapkan dirinya...tiada jejak yang ditinggalkan..maka orang-orang kampung yang sudah bosan dengan karenah wanita iteww buat-buat bodo saja akan kehilangannya..mereka malas mahu masuk campur, lagipon itu bukan urusan rumahtangga mereka, kata mereka "lantak pi kat hang la lagu mana pon kami tak kesah"! maka berakhirlah lagenda perempuan mengandung ngidam beskut pemes ames..sehingga kini jejaknya masih misteri.


-T A M M A T-




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, June 27, 2011

Detention Itu Indah.

since belog ni dah jadi tempat official aku nak melepaskan tekanan maka aku rasa segala benda pon kalau boleh aku nak sumbat kat sini khas buat tatapan followers ku yang budiman. tak maksud aku buat tatapan staker (s) yang tersayang...





rasa macam nak conteng pasal ketidakpuasan hati sebab aku kena #detention...tapi macam malas la pulak. everytime kena #detention post kat sini..macam takdak tempat lain pulak aku nak tempek kan..anyway #detention kali aku hadapi dengan keadaan yang penuh rileks siap paww beberapa keping note RM dari beliau yang mengenakan hukuman terhadap aku...hohoho!


aku dah lali sangat ngan #detention ni. kadang-kadang memang hypertension jugak aku tapi nak buat cemana dah salah diri sendiri kan tak guna la nak semak-semak otak pikir.. motto aku sekarang hadapi lah #detention anda dengan penuh rasa tawaduk dan insaffff. takbirr!!  aceehhh insaf la sangat. sekejap je tu..besok-besok ni aku buat lagi..kena #detention lagi..macam tu la recyle life aku..interesting kan? harharhar...
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, June 26, 2011

Segmen KBU, Jom kembali ke sekolah!

jooom kembali ke sekolah! dah tua-tua cam gini nak kembali kesekolah apa nya kan? dah buang tebiat gamaknya?..agak-agak ada tak orang yang akan cakap macam tu? personally aku tak rasa ada sebabnya kebanyakkan orang walau secebis mana sekalipon mesti terselit impian untuk ke bangku sekolah balik. benda ni seriusly terjadi kat aku sendiri kot. dulu atau lebih spesifik masa aku darjah 4, aku memang budak yang paling pemalas di alam semesta nak pi sekolah. hari isnin kompem aku tak pi sekolah sampai cikgu disiplin time tu pon dah cukup masak ngan peragai aku sebab dia salah sorang cikgu yang mengajar aku.


ok yang atas ni adalah mukadimah aku untuk segmen dari KBU. sebelum aku betol-betol buat autobiografi yang beratus-ratus mukasurat moleklah kiranya kita proceed ngan soalan-soalan segmen tu dulu naa....


1. Mana Paling Best, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah?


secara jujur aku lebih suka untuk jadi budak sekolah rendah. aku rasa zaman sekolah rendah aku sangatlah interesting gilaaa. masa sekolah rendah aku agak glamer la jugak. time tu perangai nakal tak ingat dunia ngan baik-baik kucing seimbang kot. aku buleh jadi senakal-nakal makhluk dan aku jugak buleh jadi sebaik-baik makhluk mengikut keadaan. sapa kata budak yang malas pi sekolah selalu nerd, jahat, lembap? coihhh aku dah membuktikan semua tanggapan itewww silap belaka. buktinya aku..aku walaupon malas ke sekolah tetap glamer ok. mana tak nya dulu pantang ada event ja kat sekolah kompem aku akan join. dari pertandingan berpidato, perbahasan, nasyid, koir, main kompang sampai la jadi player sekolah untuk game netball, handball semua aku tibai licin. tu tak termasuk lagi pengawas pss lah...ajk kelab itu la kelab ini la..memang pulun jugak la..


2. Pengalaman pahit.

ni pon masa darjah 4 jugak la..pahit tu tak berapa nak pahit sangat la cuma kelat sikit ja. al-kisahnya aku ni dulu memang budak yang pi sekolah jenis pakai baju kurung jaa tudung tak pakai. iteww kira ok gaks tu sebab aku dah berjinak-jinak pakai baju kurung kalau tak tu memang pinafore tu pakaian wajib ah jawabnya. okok berbalik pada cerita kelat aku tu eh...entah macam mana pulak la kan..masa aku darjah 4 tu ada la satu Ustaz yang baru transfer ni kena mengajar kelas aku. biasa la..dah nama pon Ustaz baru makanya ada la pendekatan baru yang dia nak ketengahkan. benda paling obvious yang dia nak ubah ialah, dia nak semuaaa budak-budak pompuan especially yang tahap 2 ni pakai tudung! mula tu aku tak terkesan pon dengan arahan bertudung ni tambah-tambah pulak time tu bestpren kanak-kanak aku si Noo Oor tu pon jenis yang hardcore macam aku gak. sampai kesudah kami berdua bertahan ngan imej tidak bertudung. sampai la di satu pagi yang hening sewaktu aku melangkahkan kaki ke dalam kelas...mata aku tertancap pada sebujur wajah Noo Oor yang ada mix chinese tu. bapak laaa...dia da pakai tudung kot! hari tu jugak aku call mak aku suruh belikan tudung. esoknya terus jadi muslimah sejati. tapi aku ngan Noo Oor ni jenis sepattern. pakai tudung time sekolah ja..habes sekolah habes la. nak dijadikan cerita kami ni player netball sekolah. tiap kali tournament memang tak pakai tudung pon...entah macam mana masa game tengah dok jalan Ustaz tadi ni buleh mai tengok kami main pulak..besoknya aku pi sekolah memang kena perli kawkaw la jawabnya. tapi dah dasar aku ni memang hati kering hang pompang-pompang pi la macam mana pon..aku buat derkk jerr.


3. Pengalaman Manis.

pengalaman manis masa jadi player untuk handball. aku ni salah sorang player harapan kot untuk game handball. bunyi macam riak sikit la kan tapi itu la hakikatnya harharhar. mana taknya cikgu aku tiap-tiap petang dok fokus kat aku kot. hari-hari aku dilatih untuk buat balingan yang supernatural..eh silap..superpower. disebabkan aku ni player harapan, maka semua player lain termasuk cikgu dok harap kat aku la. masa first day game buleh pulak aku terlepas bus..mujur cikgu aku bertanggung jawab dia bawak la aku pi tempat game tu. sampai-sampai kat sana semua player sekolah aku bersorak kot sebab depa ingat aku tak main..ceh time tu rasa macam juara la pulak..padahal game start pon belom..ala besa la nama pon ayam tambatan..mesti la dinanti-nantikan..harharhar..ok poyo sangat!


4. Subjek Digemari.


aku paling suka sejarah. orang cakap sejarah bosan. memang bosan pon tapi aku suka. dari form3 sampai form5 aku maintain cemerlang sejarah. pada aku sejarah ni senang kot. apa yang kita baca kat buku yang tu la yang keluar..sampai satu tahap tu masa spm aku rasa esei aku memang photostat sebijik-sebijik buku teks sejarah..bayangkan la macam mana aku pulun hafal tu ayat sikit pon tak ubah...lagi satu time sekolah dulu aku memang suka menghafal jadi subject yang kena hafal ni..memang serah kat aku la.


5. Subjek Yang Tak Digemari.

err aku paling menyampah tahap cipan kat add math ngan fizik. mujur kimia tu tak banyak calculation. kalau tak ngan kimia-kimia pon akan masuk list subjek yang aku tak suka. otak aku power bab nak menghafal tapi slow bila tang nak buat calculation. syukur jugak la masa aku form5 aku jumpak cikgu-cikgu yang terbaik dari ladang. semua masalah calculation aku dapat diatasi. walaupon macam agak terlambat tapi sebab aku pulun alhamdulillah la..result aku santai tapi sempoi aaaa..


 meja bertuah aku masa SPM hohoho



last day sekolah tengok tu gengster tak hingat kot dok atas meja lagi..


sampai sini je la eh..nanti ada masa kita bukak lagi kesah dizaman sekolah aku yang happening ni. so those yang nak join buleh tekan SINI ok. dan sesapa yang dari Utagha tanah air ni yang teringin nak beramas mesra ngan #retis KBU buleh la tekan banner KBU kat sidebar aku tu yerr.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, June 24, 2011

Saya Memerlukan Bantuan Dengan Kadar Segera!




sigh!


mulakan hari ni dengan mengeluh secara berpanjangan dan lebih afdal jika dilakukan secara berjemaah ya kawankawan. orang cakap tak baik mengeluh so jangan ikot la eh tabiat kurang enak aku ni. actually hari ni aku rasa frust, stress, bosan semua la cukup lengkap. aku memang akan stress tahap bapok bilak akuk dok sajak-sajak kat rumah tanpak membuat sebarang pekerjaan! eja pon dah macam orang gilak yess aku dah setop keja as a tutor kat tuition center tu.


sekolah?? well aku tak update pon kat ppd pasal status aku. especially kat officer yang arrange kes aku ni. kenapa?? sebab aku rasa macam nak try environment baru pulak. aku tanak la terhad dalam satu-satu bidang ja..i do love teaching very well tapi entah la...maybe aku perlukan environment baru yang kurang stress kot..bahaha blah la..semua benda nak stress aku ni!! dan sekarang aku rasa macam mayat hidop jerp. bosan tahu! apa sangat la yang aku boleh buat selain menghabeskan duet yang bapak aku kasi untuk enjoy....otak aku pon dah berkarat  ni.


serius dah lama aku tak rasa stress macam ni, kali terakhir dulu stress tahap cipan masa aku jobless jugak. ni pon masih perihal yang sama...joblesssssss lagi! kalau la tak disebabkan nak memfurter study, gamaknya aku dah pulun apa cari keja tetap sekarang ni. tolong laaa i really need a job untuk hilangkan kadar stress yang berpanjangan dalam hidop aku. aku dah terpikir nak main redah apa saja job yang aku dapat lepas ni janji buleh hilang stress dan yang penting duet untuk enjoy bertambah weehuuu!


mungkin yang menyebabkan aku streesss sebab aku tak berjumpa orang kot. aku ni dah la pesen yang banyak mulut. kalau sehari tak bermulut-mulut memang migrain la. ni haa dah la tak keja dok kat rumah sorang-sorang pulak tu memang mati akal la aku. patot la seminggu ni aku rasa otak aku dah makin lembab rupanya kurang berpikir kot. pelissssss aku rasa aku dah tahap kritikal dah ni! memang memerlukan bantuan dengan kadar segera kalau tak...hissssss tak tau la!


psstt aku benti jadi tutor ada sebab dowh! Incik BMW argue ngan keputusan aku, it's too late kot sebab aku dah resign baru aku bagitau dia...lalalalala~~








TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday #1





MIRACLES DO NOT HAPPEN! 








TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, June 21, 2011

Kita Berbeza Tapi Kita Serasi.



PLAY LAGU NI DULU BARU TANGKAP FEEL.


would like to dedicate this song to my Wani, my Dinie, my Oddie, my Umma, my Macek, my Bibik. eventhough kita semua jauh, tapi percaya la aku still ingat kat korang..apalah hidop aku without you guys yang banyak support aku dari belakang.



kita sering meminta untuk dihentikan masa supaya kita akan kekal bersama tapi sedarkah kita putaran waktu yang kita sangkakan musuh utama kita itu banyak mengajar kita erti persahabatan yang menuntut kita untuk lebih menghargai antara satu sama lain?



terlalu banyak untuk aku ungkapkan satu persatu tentang erti persahabatan kita. dari saat pertama kali aku kenal korang sampai la sekarang...terlalu banyak..aku cukup beruntung kan sebab korang bestie aku yang kenal antara satu sama lain..walaupon korang dari background yang tak sama. yang penting bila aku bawak lepak korang dapat adapt situasi tu..sama-sama boleh masuk kepala. itu yang aku mau.



aku just nak korang tau yang aku akan selalu ada untuk korang. aku tak tau macam mana nak cakap tapi yang aku tau korang dah jadi sebahagian dalam hidop aku. kita semua dah pernah harung susah sama-sama, happy sama-sama...and now aku rasa kita patot teruskan benda tu kan...share our happiness sama-sama walaupon aku dah jauh dari korang tapi aku nak korang tau yang aku sentiasa ingin ada untuk korang.



percaya tak yang aku pernah ada impian nak gather kan semua bestie aku sama-sama. aku tau bunyinya macam imposibile kalau la bestie aku tu sorang dua boleh la aku handle tapi ramai kot..well kalau la betul-betul jadi macam yang aku impikan ni aku rasa aku mesti menangis terharu 40hari40malam apa sebab tak percaya dapat buat benda ni...tapi kalau jadi la kan aku rasa tu la hadiah yang paling indah dalam hidop aku...kalau jadi la....


oddie masa kat penang



my babes...sebahagian je ni...



kakak emy, umma, macekkkk and the gang miss youuuuuu



ottosan, me and ehh Dinie pon ado kat belakang tu



masa kat rumah ayah Mie (ayah angkat kitorang)..sejurus sebelum kucing mereka membuat onar kat aku heh...



yappp walau sejuta kali pon aku tetap nak cakap jugak yang aku sayang korang sangat-sangat. aku appreciate gila korang dalam hidop aku. semoga ALLAH akan terus memanjangkan jodoh antara kita. kawan-kawan....aku sentiasa rindu korang ok..






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA