Sunday, October 2, 2011

#SoalanBangang Kenapa Single?


sebab aku Lesbian.



kadang-kadang nak aja aku jawab macam tu. aku rasa enn kalau aku explain panjang lebar sekalipon belom tentu penanya soalan tu paham isi kandung jawapan aku. 



kadang-kadang masalah hati ni memang susah nak jawab. sebab tu aku tak pernah suka nak bawak bincang benda ni secara public. kalau boleh aku tak suka orang tanya soalan macam ni. kalau boleh everytime depa tanya soalan macam ni nak aja aku bagi jawapan standard tak semua soalan ada jawapan kan senang.











TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Teaser : Hello October!



01/OCTOBER/2011





L.O.V.E cannot be expressed in words!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, September 29, 2011

The Chemistry Between Us.


credit : deviantart








coincidence or destiny?




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Isi Tak Seiring Dengan Gambar.

pagi tadi lepas ja subuh aku dah rasa macam ada ketidakseimbangan kat aku.  OK batuk aku pon dah melarat-larat dah 2 minggu kot macam ni. kadang-kadang aku rasa tak teruk sangat batuk tu kadang-kadang bila dah start batuk sampai nak termuntah-muntah aku dibuatnya....eyerrkkk! sepanjang 2minggu ni baru 2kali aku telan ubat batuk. tu pon sebab aku dah rasa kronik sangat ...OK fakta yang sebenarnya aku tak suka makan ubat..dan paling penting ubat batuk pernah bagi sejarah hitam aku...demi untuk melupakan sejarah hitam tu..terpaksa la kau ngelak dari telan ubat batuk....boleh camtu?



petang tadi jugak lepas bangun dari tido, aku dapat text dari Mikro Kokus. ajak lepak katanya. time tu dia dah ada atas ferry baru balik keja. dengan muka yang agak selebet dan mamai aku cepat-cepat siap. lagipon dah lama tak tak jumpa Mikro ni. last time jumpa pon masa Kak Shida and The Gang buat rombongan beraya sebelah Penang. almost 2hours jugak la kita lepak Subaidah yang dekat rumah aku tuh. macam-macam cita keluar. apa yang jadi kat Mikro sepanjang kehilangan beliau selama ni dah terjawab. apa yang boleh aku simpulkan kat sini...Mikro Kokus masih Mikro yang tak berapa nak mikro dan Kokus yang memang kokus macam dulu =). Syukur!


































sebenarnya gambar-gambar kat atas ni dah lama amek..memula nk letak gambar Mikro jaa lepas tu rasa macam tak post lagi gambar-gambar ni semua so dengan segala kesenangan yang ada aku upload ja la gambar-gambar ni..that's why la entry kali ni tajuknya Isi Tak Seiring Dengan Gambar kes kes kes.....





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, September 28, 2011

Love or Lost?





kadang-kadang berada dalam situasi dicintai adalah lebih baik dari menyintai.
sakitnya mungkin akan kurang.




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, September 26, 2011

Cerita Tentang Saya Pada Hari Ini. (Ya Ini Karangan Kanak-Kanak Tadika)




untuk hari ni aku dah memang sedia maklum pasal tugas aku nak mensetelkan segala mak nenek kerja yang tak habeh masa kat uitm minggu lepas. awal-awal lagi aku dah gerak..actually takda la awal sangat dalam pukul 10 jugak lah baru aku keluar rumah pon. aku separate ngan bapak aku. dia pegi lewat sikit. and before tu dia dah guide aku suruh buat mana yang patot...anak mithali la katakan..cakap bapak harus dituruti tahu!




hujan yang super hebat lebat aku redah jugak. bunyi macam simple tapi dalam hati cuak jugak, sebab aku drive without glasses! glasses aku tertinggal kat rumah Mrs Chum semalam masa aku tolong dia..dalam hati memang aku menyumpah jugak la..apesal la aku boleh tertinggal benda penting tu?? mujur hari siang boleh la aku drive kalau malam...memang cuak tu berganda-ganda lah jadinya. actually power mata aku tinggi jugak laa. selalu kalau time hujan dan malam memang aku mewajibkan diri sendiri untuk pakai glasses. kalau hari siang cerah takpa tak pakai pon sebab aku nampak..kes pagi tadi tu aku main redah je la. so kids pliss dun try this at home yaa. 




pukul 1 lebih, semua keja aku dah setel. aku janji ngan Mrs Chum nak jumpa untuk amek glasses aku tu dekat bangunan hotel uitm dalam pukul 2 lebih..maknanya aku ada sejam free. so apalagi perut  dah mula memutarkan lagu punk rock mengisyaratkan yang aku perlu makan. dalam hujan yang lebat tu jugak aku redah pegi kat tempat parking....ahaaaa temanya kali ni redah hujan tanpa menggunakan setitik payung OK. 




pukul 2 lebih aku kalut masuk uitm balik. ok ini worst. hujan lebat macam biasa aku redah takpa aku tak kesah. aku taktau pulak dekat loby hotel tu ada function apa entah..aku main redah masuk jaa bajet kebal sangat la kan. dah la dengan pakai jeans, heels aku pulak asyik dok keletak-keletuk-keletak-keletuk time aku jalan. semua orang dah usha-usha pelik. cisszzz usha-usha orang pulak..biasa la tu perempuan cute berjalan dalam keadaan basah apa yang nak diherankan sangat kan? mujur la time tengah berjalan tu henfon aku berbunyi..call dari Wani..aku ngatkan dia nak roger hal penting..rupanya suruh aku nyanyi pulak..ah sudah..tak mungkin aku boleh menyanyi dalam keadaan macam ni. sambil cakap dengan dia sambil laju-laju aku jalan cari lift. fuhh selamat.




masa dalam lift pon best jugak. ada satu Puan Cleaner ni (aku diajar untuk greet sesiapa saja dengan panggilan Puan dan Encik masa kat Arau dulu) pakai headphone atas kepala dia. mic pulak didekatkan dengan mulut memula tu aku tak pasan pun yang beliau iteww sebenarnya cleaner. dengan headphone atas kepala dia tu aku bajet dia ni orang belakang tabir la untuk function tadi. entah macam mana aku tergerak hati nak perati sambungan headphone dia tu...pergghhhh sekali baru la aku perasan yang headphone tu rupanya bersambungan dengan talipon..serta merta aku rasa macam duduk dalam pub yang ada deejay tu...yo yo whats up dudeee...are you readyyyyy??!!! ok sudah..daya imaginasi aku lately ni agak keterlaluan pulak. tengok Puan Cleaner tu aku sendiri nak tersenyum...ah lantaklah asalkan dia bahagia, persetankan saja pandangan orang lain.




dah sampai destinasi aku. tingkat 5. keluar lift aku taktau nak hala ke mana. sebelum tu aku memang tengah dok berbalas sms pon dengan Hidir tersayang. sempat jugak aku bagitau dia yang aku sesat dalam tu. the truth is aku memang sesat pon..S.E.S.A.T OK. berpeluh-peluh jugak nak cari bilik yang sepatotnya aku enter. dah la dalam bangunan tu macam tak ada orang. cuak tahap babas la. mula la aku daya imaginasi aku nak bertindak..create cerita-cerita mengarut. jalan punya jalan...last-last jumpa jugak. aku bajet nak grab glasses aku dan terus blah...tapi tak boleh jugak. Mrs Chum macam memerlukan aku kat situ. aku stay la sekejap ngan dia..mana kerja-kerja dia yang tak siap aku buat sampai habes siap print out lagi. aku ingat nak kena teman dia pegi HEA tapi dia cakap tak payah and dia boleh setel sendiri..tersenyum girang la aku.




makanya kerja aku untuk sem ni dah selesai. keja yang abah aku punya pon siap Mrs Chum punya pon beres. bahaha paling tak boleh blah Mrs Chum dah awal-awal book aku untuk next semester dan semester-semester yang seterusnya sehinggalah beliau pencen. gua orite jepp chill selalu. rasa macam nak buat iklan untuk diri sendiri pulak..bagi mana-mana lecturer yang memerlukan bantuan aku silalah jangan segan-segan kontek gua okeh? hahahaha 




**maaf. secara exactnya aku tak boleh nak describe keja apa yang aku buat tu sebab perihal kerajaan ni semuanya sulit yerrr.harap maklong!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Memahami Hukum Newton Ketiga Pon Tak Secomplicated Mana.

kenapa lelaki ni sangat complicated?




aku terdesak sangat nak bertanya benda ni. tapi still aku taktau kat sapa patot aku tanya.




selalu kita dengar lelaki menjatuhkan hukum bahawa perempuan itu sukar difahami. tapi dalam kes aku..aku rasa lelaki pulak yang susah difahami!! heyy mempelajari hukum Newton Ketiga pon tak sepayah mana jika nak dibandingkan dengan memahami perangai lelaki. yesss aku sedang bercakap tentang L.E.L.A.K.I. makhluk bumi yang hampir pupus.




aku pon tak paham sejak bila aku tak pernah memahami lelaki. sepanjang hidup dah ramai yang aku jumpak. dan boleh dikatakan aku 'agak' memahami perangai lelaki walaupon bukan Master sepenuhnya..at least aku paham jugak sikit-sikit pon.




aku ingat lagi dulu ada sekali aku tak puas hati kat sorang mamat ni. aku bentak-bentak marah kat Incik BMW aku cakap mamat tu macam-macam..tapi takda la sampai maki-maki. satu yang bagusnya pasal aku ni...aceewaaah aku tak suka nak maki orang suka-suka hati. habes kuat pon aku condemn kow-kow ja. selesai aku berhujah, Incik BMW cuma cakap tak semua lelaki macam tu sambil cicah fries ngan mayonese conversation berlaku masa kitorang kat Route69. cliche sangat. but i like his style. slumberr ja dia tembak. tak gelabah.




this time around aku jadi blurr. seolah-olah aku macam sorang budak perempuan yang belajar kat all girls school pulak. sedangkan hakikatnya sejak aku Taski lagi dah mixed up ngan opposite jantina! jadi untuk nak merungkaikan segala persoalan aku ingat nak aja tanya kat Dinie..since dia yang selalu melayan pertanyaan aku yang kadang-kadang agak ridiculous ni.




tapi dia dah nak tido la pulak..malas doh nak kacau dia, since dia pon baru travel dari Pahang balik Shah Alam. ingatkan boleh la bergussip sedas dua dengan beliau before tido malam ni...tapi apakan daya si Dinie ni kalau dah mengantok, aku menjerit tepi telinga dia pon belom tentu dia dengar...ahhhh takpa aku pasrah ja la..




**sorry lately ni blog aku dah macam kucar-kacir sikit. I cant help myself dari type benda-benda yang lahir dari emosi aku yang lahiriah..jadahnya la aku guna perkataan lahiriah pulak..ok senang cita aku tengah cuba adapt life aku sekarang yang totally different and unexpected dari apa yang aku sangka. so untuk nak releasekan apa yang ada dalam pala hotak aku ni..maka terpaksa la aku lepaskan kat sini. terpaksa OK..terpaksa.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA