Monday, September 26, 2011

Cerita Tentang Saya Pada Hari Ini. (Ya Ini Karangan Kanak-Kanak Tadika)




untuk hari ni aku dah memang sedia maklum pasal tugas aku nak mensetelkan segala mak nenek kerja yang tak habeh masa kat uitm minggu lepas. awal-awal lagi aku dah gerak..actually takda la awal sangat dalam pukul 10 jugak lah baru aku keluar rumah pon. aku separate ngan bapak aku. dia pegi lewat sikit. and before tu dia dah guide aku suruh buat mana yang patot...anak mithali la katakan..cakap bapak harus dituruti tahu!




hujan yang super hebat lebat aku redah jugak. bunyi macam simple tapi dalam hati cuak jugak, sebab aku drive without glasses! glasses aku tertinggal kat rumah Mrs Chum semalam masa aku tolong dia..dalam hati memang aku menyumpah jugak la..apesal la aku boleh tertinggal benda penting tu?? mujur hari siang boleh la aku drive kalau malam...memang cuak tu berganda-ganda lah jadinya. actually power mata aku tinggi jugak laa. selalu kalau time hujan dan malam memang aku mewajibkan diri sendiri untuk pakai glasses. kalau hari siang cerah takpa tak pakai pon sebab aku nampak..kes pagi tadi tu aku main redah je la. so kids pliss dun try this at home yaa. 




pukul 1 lebih, semua keja aku dah setel. aku janji ngan Mrs Chum nak jumpa untuk amek glasses aku tu dekat bangunan hotel uitm dalam pukul 2 lebih..maknanya aku ada sejam free. so apalagi perut  dah mula memutarkan lagu punk rock mengisyaratkan yang aku perlu makan. dalam hujan yang lebat tu jugak aku redah pegi kat tempat parking....ahaaaa temanya kali ni redah hujan tanpa menggunakan setitik payung OK. 




pukul 2 lebih aku kalut masuk uitm balik. ok ini worst. hujan lebat macam biasa aku redah takpa aku tak kesah. aku taktau pulak dekat loby hotel tu ada function apa entah..aku main redah masuk jaa bajet kebal sangat la kan. dah la dengan pakai jeans, heels aku pulak asyik dok keletak-keletuk-keletak-keletuk time aku jalan. semua orang dah usha-usha pelik. cisszzz usha-usha orang pulak..biasa la tu perempuan cute berjalan dalam keadaan basah apa yang nak diherankan sangat kan? mujur la time tengah berjalan tu henfon aku berbunyi..call dari Wani..aku ngatkan dia nak roger hal penting..rupanya suruh aku nyanyi pulak..ah sudah..tak mungkin aku boleh menyanyi dalam keadaan macam ni. sambil cakap dengan dia sambil laju-laju aku jalan cari lift. fuhh selamat.




masa dalam lift pon best jugak. ada satu Puan Cleaner ni (aku diajar untuk greet sesiapa saja dengan panggilan Puan dan Encik masa kat Arau dulu) pakai headphone atas kepala dia. mic pulak didekatkan dengan mulut memula tu aku tak pasan pun yang beliau iteww sebenarnya cleaner. dengan headphone atas kepala dia tu aku bajet dia ni orang belakang tabir la untuk function tadi. entah macam mana aku tergerak hati nak perati sambungan headphone dia tu...pergghhhh sekali baru la aku perasan yang headphone tu rupanya bersambungan dengan talipon..serta merta aku rasa macam duduk dalam pub yang ada deejay tu...yo yo whats up dudeee...are you readyyyyy??!!! ok sudah..daya imaginasi aku lately ni agak keterlaluan pulak. tengok Puan Cleaner tu aku sendiri nak tersenyum...ah lantaklah asalkan dia bahagia, persetankan saja pandangan orang lain.




dah sampai destinasi aku. tingkat 5. keluar lift aku taktau nak hala ke mana. sebelum tu aku memang tengah dok berbalas sms pon dengan Hidir tersayang. sempat jugak aku bagitau dia yang aku sesat dalam tu. the truth is aku memang sesat pon..S.E.S.A.T OK. berpeluh-peluh jugak nak cari bilik yang sepatotnya aku enter. dah la dalam bangunan tu macam tak ada orang. cuak tahap babas la. mula la aku daya imaginasi aku nak bertindak..create cerita-cerita mengarut. jalan punya jalan...last-last jumpa jugak. aku bajet nak grab glasses aku dan terus blah...tapi tak boleh jugak. Mrs Chum macam memerlukan aku kat situ. aku stay la sekejap ngan dia..mana kerja-kerja dia yang tak siap aku buat sampai habes siap print out lagi. aku ingat nak kena teman dia pegi HEA tapi dia cakap tak payah and dia boleh setel sendiri..tersenyum girang la aku.




makanya kerja aku untuk sem ni dah selesai. keja yang abah aku punya pon siap Mrs Chum punya pon beres. bahaha paling tak boleh blah Mrs Chum dah awal-awal book aku untuk next semester dan semester-semester yang seterusnya sehinggalah beliau pencen. gua orite jepp chill selalu. rasa macam nak buat iklan untuk diri sendiri pulak..bagi mana-mana lecturer yang memerlukan bantuan aku silalah jangan segan-segan kontek gua okeh? hahahaha 




**maaf. secara exactnya aku tak boleh nak describe keja apa yang aku buat tu sebab perihal kerajaan ni semuanya sulit yerrr.harap maklong!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

3 comments:

Muslimah Optimis said...

hehehe.. ada part yang menggelikan hati.. daya imaginasi anda memang tinggi..hehe

IFA Athirah said...

mcm2 trjadi spnjg prjalanan..mcm2 pkir pn ade awk ni.haha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

orait...tunggu masa je nak tau hal sulit kerajaan tu

=P