Monday, September 26, 2011

Memahami Hukum Newton Ketiga Pon Tak Secomplicated Mana.

kenapa lelaki ni sangat complicated?




aku terdesak sangat nak bertanya benda ni. tapi still aku taktau kat sapa patot aku tanya.




selalu kita dengar lelaki menjatuhkan hukum bahawa perempuan itu sukar difahami. tapi dalam kes aku..aku rasa lelaki pulak yang susah difahami!! heyy mempelajari hukum Newton Ketiga pon tak sepayah mana jika nak dibandingkan dengan memahami perangai lelaki. yesss aku sedang bercakap tentang L.E.L.A.K.I. makhluk bumi yang hampir pupus.




aku pon tak paham sejak bila aku tak pernah memahami lelaki. sepanjang hidup dah ramai yang aku jumpak. dan boleh dikatakan aku 'agak' memahami perangai lelaki walaupon bukan Master sepenuhnya..at least aku paham jugak sikit-sikit pon.




aku ingat lagi dulu ada sekali aku tak puas hati kat sorang mamat ni. aku bentak-bentak marah kat Incik BMW aku cakap mamat tu macam-macam..tapi takda la sampai maki-maki. satu yang bagusnya pasal aku ni...aceewaaah aku tak suka nak maki orang suka-suka hati. habes kuat pon aku condemn kow-kow ja. selesai aku berhujah, Incik BMW cuma cakap tak semua lelaki macam tu sambil cicah fries ngan mayonese conversation berlaku masa kitorang kat Route69. cliche sangat. but i like his style. slumberr ja dia tembak. tak gelabah.




this time around aku jadi blurr. seolah-olah aku macam sorang budak perempuan yang belajar kat all girls school pulak. sedangkan hakikatnya sejak aku Taski lagi dah mixed up ngan opposite jantina! jadi untuk nak merungkaikan segala persoalan aku ingat nak aja tanya kat Dinie..since dia yang selalu melayan pertanyaan aku yang kadang-kadang agak ridiculous ni.




tapi dia dah nak tido la pulak..malas doh nak kacau dia, since dia pon baru travel dari Pahang balik Shah Alam. ingatkan boleh la bergussip sedas dua dengan beliau before tido malam ni...tapi apakan daya si Dinie ni kalau dah mengantok, aku menjerit tepi telinga dia pon belom tentu dia dengar...ahhhh takpa aku pasrah ja la..




**sorry lately ni blog aku dah macam kucar-kacir sikit. I cant help myself dari type benda-benda yang lahir dari emosi aku yang lahiriah..jadahnya la aku guna perkataan lahiriah pulak..ok senang cita aku tengah cuba adapt life aku sekarang yang totally different and unexpected dari apa yang aku sangka. so untuk nak releasekan apa yang ada dalam pala hotak aku ni..maka terpaksa la aku lepaskan kat sini. terpaksa OK..terpaksa.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment:

Muslimah Optimis said...

ini kan blog anda.. jika anda menulis seperti anda sedang melampiaskan rasa hati anda kepada somebody eh bukan somebody tapi banyak body..hehehe...

menulis ja untuk meluahkan rasa hati, kerana itu satu cara nak mententeramkan jiwa

saya ada dibelakang kamu