Tuesday, August 17, 2010

tah pape tah

ada orang tanya aku. "eh Erin naper eh ko galak berblog sekarang nih?dulu tak de pon"

aku jawab.. "saje nak lepas geram sebab blog aku yang satu lagi tuh dah masukkan dalam lubang kubor"

dia tanya lagi.. "ko ada blog eh before ni?"

aku jawab.. "ada tapi aku privatekan sebab kat situ lagi banyak benda mental yang aku letak."

bertanya lagi si mulut becok tersebut.. "laa ye ke??ni nape tetibe je ko open kan blog ko?blog yang dulu tuh ada masalah ke?"

aku cepuk gak budak ni. banyak betol soalan dia mengalahkan reporter majalah majalah porno jah. Tapi aku tak da la cakap kat dia macam tuh,cuma terdetik lam hati jaa....haa aku jawab la kat dia macam ni..

"dah hari tuh ko jugak yang mintak link, aku tanak kasi dah asyik dok tanya benda yang sama aku pon malas la nak panjang-panjang aku bagi la link. ni tup-tup dok banyak soal lak..baca suda..."

**********************************************************

Agak-agak la kan kalau aku bagi minum sup selipar jepoon kat penyoal tersebut kejam tak? biar bengkak mulut dia setahun, tak payah dia susah payah aju soalan terjah Melodi kat aku dah.

tapi kan bila di fikir-fikir balik, agak rasional sebenarnya pertanyaan makhluk tersebut, yela blog ni dah lama bersarang,jarang giler aku visit, nak update tu jauh sekali la. before ni banyak aku update kat blog aku yang satu lagi. sekarang blog tu da masuk kubor pon. secara officialnya walaupon orang tak tanya aku nak jugak bagitau yang aku dah mengkafankan blog tersebut secara sempurnanya pada minggu lepas lagi. since tu la aku jadi sangat productive kat blog ni?

reason aku matikan blog tuh?

sebab aku dah bosan  lagi satu sebab follower yang selalu dok baca tu pon da missing in action. so aku pon dengan kering hati terus bagi racun tikus kat blog tersebut dan tak sampai 5 minit blog tersebut mati ditangan aku si penakut kucing...(sila abaikan perkataan kucing tersebut yaa)

so pasni blog ni pon bakal menerima naseb yang sama la, kalau tak mental aku kerjakan saja sangat la. semua benda selagi aku boleh sumbat aku sumbat masuk jadi sila jangan bertanya kenapa blog aku ni kadang-kadang waras dan kadang-kadang mental. ini kerana semua yang terhasil disini adalah mengikut mood penulis a.k.a penaip blog yang glamer ini seniri iaitu tak lain dan tak bukan aku lerrr..



bila google gambar penakut kucing gambar ni pulak appear..layan je la



sampai sini ja la karangan mental aku..sampai bermental lagi esok..werrkk~~
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, August 16, 2010

lelaki ke perempuan?

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan

dan jangan cuba menipu diri anda sendiri!!!

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE


RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC


STUDY COMBINED WITH THE


EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai

mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE


RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC


STUDY COMBINED WITH THE


EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan

dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada

permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.


************************************

OK now aku pon da konpius aku ni.aku ni laki ka pompuan??agagagaga...
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

THE WORD SORRY


Sorry Won't fix anything
Sorry Will only cover up cuts and busies
Can't say sorry Cause it won't help any
Sorry Will hurt you more
Sorry Accidental or intentionally
Sorry Will make you cry even more
Sorry Will make you think about the hurt
You don't want to feel anymore
Sorry I made a mistake
Sorry cause I can't fix it
sorry cause I make you cry
sorry cause I hurt you
I'm sorry But sorry don't help me any
Sorry
Is something I don't want to say
Not because I did what I did to hurt you
But because sorry won't take anything back or away








TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, August 15, 2010

OH PENCURI

Haa kalau kat area perumahan aku ni ada pencuri. Pencuri tersebut memang la bijak sama bijak ngan Albert Einstein dah dan tersangat la pantas bertindak mengalahkan Michael Shumacher bawak keta lagi.
Pencuri tu bukannya tak pernah kantoi. Selalu ja kantoi tapi tak da la kantoi depan-depan selalunya orang akan sedar pencuri tu mencuri bila pencuri tu tertinggal bahan bukti kat lokasi kejadian..haish pelik gak aku kata bijak cam Albert Einstein tapi kantoi gak..ah gasak dia la jebon.

Ni lagi satu fakta sempoi pasai pencuri terbabit. Pencuri tuh suka sangat aim rumah No 134. boleh dikatakan sebelom bulan posa ni kerap giler rumah tuh kena pecah masuk ngan pencurik. hampir tetiap hari rumah tersebut dan segala isi bahannya dicuri oleh pencuri. Selalunya pencuri tersebut dengan bahagianya melakukan aktiviti mencurinya secara solo kerana motto(bukan motor enjin tu tau) beliau "prefer to be alone, jangan aku kena balun" 

Menurut cerita ahli falak sedunia, yang da menjalankan kajian mengenai kes ni. Depa menyifatkan bahawasanya pencuri ni memang seorang pencuri tegar. Buktinya setiap kali kantoi pencuri terbabit tak gentar untuk nak meneruskan aktiviti dia tuh..lagi bertambah-tambah nak mencuri ado la.. Sampai sekarang depa dok pening kepala dok pikiaq pasai benda ni. Pasai pa pencuri tu suka mencuri kat rumah yang sama? Kat kedai-kedai mamak pon depa buleh dok disscuss lagi pasai ni. Gusti ngan bola bukan lagi issue yang best untuk dibincangkan melainkan issue pencuri nan satu ni ja la yang berhari-hari depa dok cakap...hebat giler kan pencuri ni?

Dalam pada tuh, sempat la depa mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai rupa bentuk sang pencuri ni. dan segala macam benda yang berkaitan ngan dia pon depa buboh gak..jom kita baca sesama eh.....

  1. seorang yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan sedunia.
  2. seorang yang gemarkan buah manggis.
  3. menjalankan aktiviti mencuri sekitar pukul 1.30p.m-4.00p.m.
  4. sayang akan binatang peliharaannya yang bernama si tompok.
  5. pada malam hari beliau suka tidoq awai sebab beliau memang tak tahan berjaga malam.
  6. baik hati sebab beliau tak curi banyak-banyak.
  7. beliau seorang yang sentimental..biler tengok citer hindustan mesti beliau teriak..
  8. beliau mencuri untuk keperluannya sendiri tiada pakatan lain dalam hal ini.
  9. baju raya beliau kaler coklat campuq kaler hitam.
  10. beliau memang suka coklat.
dalam penat dok pikiaq pi mai-pi mai tu kann, ahli rukun-rukun tingkap dikejutkan dengan berita terkini hiburan sensasi dari ahli jiran tetikus. Pencuri berjaya dicekup! Segala misteri-misteri yang selama ni cuba dirungkai pon terjawab dengan penahanan pencuri tuh. antara soalan femes yang depa pulun dok tanya kat dia.."chek curi apa?" "awat chek masuk curi rumah tu ja?" "awat tak dak benda lain da ka chek nak ambek?"blablabla..aku malas nak tulih panjang-panjang tang ni nanti tak dan lak aku nak bukak posa.

Jadi apa jawab pencuri tu ek?

"saya tak salah (besa la ayat pasrah orang salah kan). saya cuma curi benda tu ja, lain saya tak ambek. betoi saya tak muhung aiihh. saya ni da lama sangat nak benda tu tapi saya tak mampu jadi saya curi la. tuan rumah tu pon macam tak kesah jaa abeh kuat pon depa hingaq-hingaq macam tu ja. tak dak la sampai depa nak sumbat saya masuk lam lokap ka hapa ka. tiap kali saya kantoi ngan tuan rumah depa tak penah pon dok ugut saya macam-macam. depa dok bagi nasehat jangan dok ambek da la benda tu..lagu tu ja la depa selalu kata"

Yang menghairankan penduduk setempat ialah bahan yang dicuri oleh pencuri itu. ianya sangat unik, pelik serta agak jarang orang mahu mencuri benda tuh. benda apakah itu???


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

hanya sepeket Nescafe Mild 3in1
bahan bukti

dan sapa pulak pencuri terbabit kan?

tak laen dan tak bukan..jeng-jeng budak yang pakai baju kaler merah tu la...suci giler kan muka dia?


macam nak lempang sedas dua je kan biler tengok gambo ni??hahah ado aku kesah jebon??

jadi rumah saper yang sang pencurik masuk yea??

"mesti la rumah aku. ngok ngek betol la..soklan macm ni pon mau tanya ka..adess mental la lagu ni.....tang mana lagi aku nak robek kalau bukan kat rumah aku seniri..rumah kau boleh ker??"

komen tuan rumah yang dimasuki pencuri tuh?..sila komen sikit wahai tuan rumah...

"ERIN!!!!!cepat mai dok hidang ni da nak bukak posa da ni dok melangut kat depan laptop tu jaa keja hang..."

sekian.

p/s: jangan menom neskepe yerr nanti saket pala.....hehehehe
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

aku rasa...


kadang-kadang aku think too much about others feeling until i foget about my own. my beb always remind me to take care of my heart dont let others hurt it and dunt think too much tentang benda-benda yang boleh sakitkan aku. tapi aku bukan jenis macam tuh. setiap benda aku buat aku akan take serius eventhoungh bagi certain people benda tuh bukannya besaq mana pon. aku cuma nak tekankan kat sini yang aku betol-betol sayang setiap orang yang pernah bersama ngan aku, kawan-kawan la especially. aku nak sangat cakap yang aku terlalu menghargai dorang dalam hidop aku walaupon kadang-kadang cara aku menunjukkan yang sebaliknya.

kadang-kadang aku rasa diriku macam tak diperlukan padahal aku tahu korang sayang sangat kat aku. tapi aku tetap tak boleh elak dari sikap sceptical aku kat semua orang. bila aku down aku rasa macam seluruh dunia ni sedang benci kat aku semua orang sedang happy gelakkan aku. aku tahu aku tak patot pikir camtuh tapi still aku tak leh elak.......


korang selalu cakap korang sayang aku. bila aku senyapkan diri korang risau, korang cari aku tapi salah aku kan aku selalu larikan diri. aku just nak be alone for a while. tapi cara aku tuh memang salah kan..sampai buat korang semua dah penat nak kejar aku. aku nak korang tahu yang aku teringin sangat nak mintak maaf kat korang tapi aku tak tau macam mana nak mula. perlukah aku bagitawu korang perkara sebenar?atau just diam ja?aku tak tau nak explain macam mana. sumtimes tak semua soalan ada jawapan. it is better to keep it as a secret and hope times will heal...


sekarang ni aku rasa  semua orang dah ignore aku. and i really hate this feeling.just to know that you can only appreciate when you lost it (or something like that). sekarang aku betol-betol belajar dari kesilapan. aku manusia biasa yang memang selalu buat silap dan pada masa yang sama aku takan sedar yang aku da sakitkan orang sekeliling aku dengan perangai aku yang tak menentu ni and it is too late when i realised it.
mungkin dah takda maaf buat aku? atau mungkin dorang nak aku sedar yang aku sebenarnya aku become nothing in their life?


kalau perkataan maaf dari aku boleh clearkan keadaan aku akan mintak maaf tapi plish jangan buat aku macam ni..cukupla..aku dah rasa macam tak dihargai sangat. aku cuma mintak korang paham aku dan tolong hargai aku balik..memang bunyi macam bodoh je kan?sebab aku seniri yang create problem ni and then mintak dihargai balik..i just love our friendship and tanak drag macam ni lama-lama...


i apologize for everything and thank you for letting me create a wonderful memories with all of you. aku harap aku tak menyusahkan korang. dan selalu aku harap aku akan jadi AKU yang always buat korang happy. aku nak sentiasa ada dalam hati korang dan sentiasa kekal kat situ..can i?
fiendship is everything

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, August 14, 2010

lets forgive and forget


serius saya tak senang hati hari ni.......
saya tahu orang diluar sana banyak yang kecik hati ngan sikap saya minggu lepas. saya tau saya salah tapi apa saya boley buat bila saya seniri dalam mental??saya cuba larikan diri dari semua orang..saya diamkan diri seboleh mungkin tak mau berhubung dengan sapa-sapa. time tuh saya dengan dunia saya jah.


saya tau dorang sangat sayangkan saya and risau kalau-kalau saya buat benda bodoh lagi. tapi percaya la selama tempoh saya diamkan diri tuh saya tak pernah buat benda-benda bodoh. banyak benda saya pikir masa tuh, saya sangat skeptical ngan ppl around me. saya rasa dah tak de sesapa nak sayang saya pasni..yela saya sangat menyusahkan selalu buat orang risau. sebab tu saya larikan diri. saya tak bermaksud nak tinggalkan awak semua..tapi awak semua lebih ariff kan dengan perangai saya yang tak menentu ni.


sekarang walaupon mentally saya tak berapa nk ok, tapi saya dah boley berpikir dengan lebih elok. saya dah sedar semua salah saya. tolong jangan hukum saya macam ni. saya sayankan awak semua tapi tolong la bagi saya peluang kedua...saya ada masalah saya tersendiri yang tak mungkin akan saya bagitau kat semua orang..cukup biar saya tanggung sendiri semuanya. saya cuma harap awak semua maafkan saya.


to him: sorry sangat-sangat. saya sangat amek berat pasai awak. awak lebih tau kan perangai saya, saya tak nak kita jadi macam ni lama-lama..it hurts me a lot dan saya tau awak jugak tentu rasa benda yang sama kan?? sayang saya kat awak tak pernah hilang dan saya harap awak tak kan benci saya..awak tau perkara yang sebenar..awak pon nak tinggalkan saya jugak ke?


to her: i guessed terlalu banyak secret yang saya keep dari awak..saya tak mau bebankan awak dengan sentiasa pikir sal saya. awak dah cukup-cukup stressed ngan ppl sekeliling awak, saya tau tuh..i may be pretend like i dont care bout you, but inside im dying to be with you. saya nak awak tau yang awak pon penting dalam hidop saya walaupon usia persahabatan kita tak lama. saya nak awak rasa saya selalu ada dengan awak. awak jangan marah saya yerr? awak pon paham kan how moody i can be....so plish stay with me..i need you sangat-sangat.....


to the rest: terlalu banyak orang-orang yang ingin saya sebut kat sini..saya just harap yang korang jangan risau pasal saya..yang saya amat pasti saya sayangkan awak semua..terima kasih sangat-sangat sebab sentiasa amek berat pasal saya..saya sangat menghargai awak semua.

dan saya betol-betol mengharapakan maaf dari awak semua..plish forgive me......




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, August 13, 2010

sorry seems to be the hardest word

penah dengar lagu "sorry seems to be the hardest word" tak? ala versi asal nyayian Elthon John, pehtu di kolborasikan ngan kumpulan Blue. Kalu dihayati lirik lagu tuh memang penuh makna, nak-nak lak bagi sesapa yang ber'situasion' macam lagu tuh kan...
haa meh aku bagi ampa layan lagu yang dimaksudkan tu sat....





*perghh hensem tak hengat donia Simon Lee ngan Duncan James time nih tangkap leleh siot*
haa pasai pa lak aku tetiba bangkitkan lagu tuh ek? Mesti la ada sebabkan kalu tak, takan la benda tuh leh tetiba lalu kat mind aku camtuh ja. Rasa aku da sakitkan ati sesorang, aku tau aku salah tapi aku tak tau cemana nak overcome masalah ni, and aku rasa orang tuh pon tengah merajuk kat aku. Sumtimes ada benda yang aku buat, especially time aku tengah mental memang aku tak sedar yang tindakkan aku tuh da buat orang sekeliling aku kecik aty, ye la aku ni kan selfish, mana sempat nak pikir sal orang len, tapi yang aku tau dan yang aku pasti, aku tak pernah tak amek kesah ngan orang-orang yang aku sayang. Maksudnya mungkin aku nampak macam tak kesah padahal aku kesah kot..haisshh pe aku merepek ni??

tah la susah nak terangkan keadaan sebenar, aku ni bab pujuk-pujuk ni memang fail la...so dengan senang lenangnya aku pon google la nak cari tips-tips pujuk-memujuk ni..jom kita study bab pujuk-memujuk kat bawah ni eh..


blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Bagaimana nak pujuk?

Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar

-Adalah lebih mudah berkata benar. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk.

(aiseyymenn aku da bagitau, tapi tu pon selepas kena paksa and untuk nak menggelakkan dari perang dingin berpanjangan meletus...macam tak jalan jaa..okeh next...)

2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan

-Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah..

(tolak ansur cemana eh?bila da mental mana leh men tolak-tolak ni karang aku melalak lagi baru tau,buat keptusan??i am not a gud decision maker...proceed...)

3. Ucapkan kata-kata “manis”

-Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya.

(time tengah serius camni leh ke wat camtuh?sekali dia emo kat aku naya jaa..hish da la aku cuak tengok orang emo2 ni..)

4. Nyanyikan lagu buatnya (kalo suare sedap laa.. kalo sumbang jangan dibuat)

-Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernahkah anda nyanyikan lagu untuk si Dia?

(kekasih?alamak salah tips lak..aku nak cari tips pujuk kawan tengah merajuk la weyh..cemana la tips pujuk kekasih lak ni??patotla satu pon tak ngam..tapi bab nyanyi-nyanyi ni saya suka)

So macam mana eh?perlu dipujuk ke tak ni?hurmm aku ni bukan paa..keras hati sket, as a conclusion aku rasa better aku biar dia tuh kewl down lu, ni kalu aku dok push nanti lagi teruk..ngee aku memang suka biaq-biaq macam ni..ampa jangan follow noo, aku ja yang leh wat camni orang len nahe-nahe..xbleh keyh....

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA