Tuesday, August 17, 2010

tah pape tah

ada orang tanya aku. "eh Erin naper eh ko galak berblog sekarang nih?dulu tak de pon"

aku jawab.. "saje nak lepas geram sebab blog aku yang satu lagi tuh dah masukkan dalam lubang kubor"

dia tanya lagi.. "ko ada blog eh before ni?"

aku jawab.. "ada tapi aku privatekan sebab kat situ lagi banyak benda mental yang aku letak."

bertanya lagi si mulut becok tersebut.. "laa ye ke??ni nape tetibe je ko open kan blog ko?blog yang dulu tuh ada masalah ke?"

aku cepuk gak budak ni. banyak betol soalan dia mengalahkan reporter majalah majalah porno jah. Tapi aku tak da la cakap kat dia macam tuh,cuma terdetik lam hati jaa....haa aku jawab la kat dia macam ni..

"dah hari tuh ko jugak yang mintak link, aku tanak kasi dah asyik dok tanya benda yang sama aku pon malas la nak panjang-panjang aku bagi la link. ni tup-tup dok banyak soal lak..baca suda..."

**********************************************************

Agak-agak la kan kalau aku bagi minum sup selipar jepoon kat penyoal tersebut kejam tak? biar bengkak mulut dia setahun, tak payah dia susah payah aju soalan terjah Melodi kat aku dah.

tapi kan bila di fikir-fikir balik, agak rasional sebenarnya pertanyaan makhluk tersebut, yela blog ni dah lama bersarang,jarang giler aku visit, nak update tu jauh sekali la. before ni banyak aku update kat blog aku yang satu lagi. sekarang blog tu da masuk kubor pon. secara officialnya walaupon orang tak tanya aku nak jugak bagitau yang aku dah mengkafankan blog tersebut secara sempurnanya pada minggu lepas lagi. since tu la aku jadi sangat productive kat blog ni?

reason aku matikan blog tuh?

sebab aku dah bosan  lagi satu sebab follower yang selalu dok baca tu pon da missing in action. so aku pon dengan kering hati terus bagi racun tikus kat blog tersebut dan tak sampai 5 minit blog tersebut mati ditangan aku si penakut kucing...(sila abaikan perkataan kucing tersebut yaa)

so pasni blog ni pon bakal menerima naseb yang sama la, kalau tak mental aku kerjakan saja sangat la. semua benda selagi aku boleh sumbat aku sumbat masuk jadi sila jangan bertanya kenapa blog aku ni kadang-kadang waras dan kadang-kadang mental. ini kerana semua yang terhasil disini adalah mengikut mood penulis a.k.a penaip blog yang glamer ini seniri iaitu tak lain dan tak bukan aku lerrr..



bila google gambar penakut kucing gambar ni pulak appear..layan je la



sampai sini ja la karangan mental aku..sampai bermental lagi esok..werrkk~~
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: