Tuesday, September 14, 2010

gudbye HONDA, welcome sk PENAGA

hello hello hello...uhuk uhuk [batok okeh, bukan merengek!]


today, 14 september 2010 secara official-nya aku mengumumkan bahawa aku telah pon selamat me-resign-kan diri dari menjadi seorang pekerja HONDA yang-belum-di-confirm-kan-statusnya setelah sebulan lebih berpayungkan bumbung HONDA..yerr sebulan lebih ajer, bukan seTAHUN lebih okeh! (sebab tuh aku cakap tak confirm)

walaupon jodoh tak berapa nak panjang ngan HONDA tapi working experience yang aku dapat kat sana still berharga kot. haa cuba kau bagitau kat aku, kat mana aku bleh tengok orang serang menyerang secara live?orang mengamuk secara tiba-tiba, dapat angpau biler time nak rayer (acctually member aku yang kerja ngan company lain tak dapt pon angpau..most of them la, aku lain, boss sayang sebab tuh dapat angpau) boleh pangey Big Boss kau Uncle jer..ha cuba cakap kat mana?kat tempat kau ada? kat HONDA je kot...memang sempoi giler kerja kat sana.

seriusly a bit sad la jugak sebab aku kerja pon sekejap, yela orang kata baru nak mesra-mesra alam ngan environment kat situ tuptup dah nak benti, Kak Iza terkejut monkey biler aku cakap aku dah nak resign, masa tuh aku tengah nak pass baton yang mengandungi ketupat ngan redang yang aku bawak dari rumah kat tangan dia. bila aku cakap aku nak benti kerja dia macam "awat tak best ka kerja kat sini?" bila aku dah cakap aku dapat offer kerja baru dia macam over-eksaited lak "wow best la buleh try benda baru" aku dalam hati.."haii menda la kau Kak Iza oii..aku seniri pon tak dapat nak bayangkan macam mana la aku nak try benda baru tuh"

buleh ke tidak tah aku nak bawak diri kat tempat baru tuh, agak risau sebenarnya..well mungkin orang nampak aku agak cool, bila dorang soal pasal benda ni. tapi percaya la jauh di sudut hatiku yang paling dalam lebih dalam dari bikini bottom ada la sikit perasaan "tah pape" aku tak reti nak describe la perasaan apa, but one thing for sure, perasaan tuh wujud.

kengkawan yang tahu pasal kerja baru aku ni semua macam "weh betol ke?makk aii cam tak cayer lak,kalau ang involve dalam marketing confirm-confirm kami cayer, ni...hahaha..serius weh ang kena story kat kami lagu ni, cemana first day ang nanti"..hampages btol kengkawan aku ni, takpe cool-cool hero kena macho..hampa tunggu noo nanti aku story abeh-abeh biaq menanah telinga hampa dengaq citer aku! miahahahah (gelak jahat)

kat HONDA, sehari before rayer

sekian..babai!


p/s: kojaq giler pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya (arwah) tuh..perangai macam setan jer. hari-hari aku dok imagine cemana la dia mati terseksa...nauzubillah..semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh nya.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, September 13, 2010

the heart has lips



kala sendirian begini
terasa tenang dihati
tatkala bayu menyapa pipi
diri terasa begitu di hargai

alunan musik mengusik jiwa
memutarkan minda pada si dia
diri teramat rindu dengan tawanya
adakah dia juga mimikirkan benda yang sama

andai hati dapat berbicara
tentunya rindu ini ditujukan buat dirinya
jiwa meronta ingin mendekati hatinya
tapi tiada kekuatan memulakannya

 kutitip puisi rindu
pada nyanyi angin sendu
agar hati tak kian pilu
berharap kau pun turut merindu
 
walau sesak sekali pun hati ku dgn rindu mu
ia memberi sedikit kekuatan pada ku
ku cekalkan diri lalui hidup tanpa dirimu
moga takdir menyebelahiku

ku mahu kau tahu
biar selama mana pun putaran waktu
aku akan selalu mengharapkan kehadiranmu
kerana dirimu terlalu istimewa dihati ini

biar ombak datang membelah
pantai hatiku takan pernah berubah
biar guruh berdentum hebat
tetap rinduku padamu kian lebat







TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

jangan gusar, saya dah maafkan kamu..

hello hello hello.

berjumpa lagi kita dalam rancangan masakan bersama Miss Erin Azizan al-Mashoor yer tuan-tuan dan puan-puan. hari ni Miss Erin teringin nak berkongsi cara-cara nak membakar satiaq dirumah orang. apa itu satiaq ya? satiaq adalah sejenis makanan dimana daging ayam atau lembu dicucukkan pada sebatang lidi. ape? satay? yerr satiaq juga dikenali dengan nama satay yerr tuan-tuan dan puan-puan. jadi kenapa Miss Erin menyebut satiaq..pesal tak sebut jer satay?jadi dari manakah datangnya perkataan satiaq itu?

perkataan sataiq baru tercetus sebentar saja tadi, setelah kami menonton satu sitkom yang giler yang dilakonkan oleh JoZan. acctually skrip sitkom tuh cousin Miss Erin yang create, biler JoZan cuba-cuba nak cakap utara macam-macam bunyi yang keluar, sebab tuh la kitorang pon bantai pangil satay tu sataiq..begitulah asal usul perkataan satiaq yerr tuan-tuan dan puan -puan.

sekarang meh kita belajaq cara nak membakar satiaq ngan penuh berhikmah ala-ala diva gitu. pertama sekali, letakkan batang-batang satiaq kat atas pembakar, kemudian pastikan bara api sentiasa menyala. after that amek kipas dan halakan dekat pembakar sambil tangan kita pon turut mengipas dengan mengunakan kipas tangan yer tuan-tuan dan puan-puan. kemudian mulakanlah aktiviti diva anda dengan berposing secara anggun dan pekik secara sederhana kepada photographer, tanda anda telah ready untuk memulakan shooting yerr. selepas itu suka hati andalah nak ber-posing gaya apa pon tak mengapa. sila pastikan sang photographer anda sudi untuk men-snap gambar anda sudah. masalah lain sila ketepikan dahulu.

sila ulang langkah-langkah diatas untuk tiga jam yang seterusnya. kenapa tiga jam? haa sebabnya selepas tiga jam niscaya anda-anda semua sudah penat untuk membakar satiaq sambil ber-posing ala-ala diva. Miss Erin sangat-sangat men-suggest-kan agar tuan-tuan dan puan-puan hanya membakar untuk tiga jam yang pertama saja okeh. ini kerana untuk mendapatkan  hasil pembakaran serta posing ala-ala diva yang terbaik dari ladang hanya tiga jam saja yang diperlukan. mudah bukan?

kemudian setelah letih membakar dan berposing silalah tuan-tuan dan puan-puan meminta izin untuk mengundur diri dulu dan pulang kerumah masin-masing yerr. selepas itu biler sudah berada di dalam kereta mulakan adegan ber-posing maut dalam kereta pulak yerr. se-simple itu jer cara-cara nak membakar satiaq kat rumah orang. semoga dengan penerangan Miss Erin yang terperinci maut ini, dapatlah menolong tuan-tuan dan puan-puan yang mana teringin nak membakar satiaq kat rumah orang. yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari Miss Erin seniri, sekiranya cara yang Miss Erin paparkan ni macam tak bersesuaian jer, Miss Erin memberi sepenuh keizinan untuk tuan-tuan dan puan-puan meng-adjust cara Miss Erin ni. hehehe well sharing is caring kan...so Miss Erin tak kesah okeh.

dibawah ni Miss Erin tunjukkan sikit cara-cara yang Miss Erin sebutkan sebentar tadi yer...

satiaq diletakkan di atas pembakar dulu
chakk posing yang pertama
gigi harus ditonjolkan
atas keta harus kena posing okeh!
tetap senyum walaupon semua tak dapat masuk
baiklah ini cubaan terakhir, nampaknya memang takleh masuk semua.
so kesimpulannya pada acara hari ini Miss Erin simpulkan yang membakar satiaq agak mudah sebenarnya tetapi nak berposing pulak yang agak susah...eh yer ker?haa silalah tuan-tuan dan puan-puan pikir seniri yerr. selamat mencuba.

owh maaf mintak yerr, tajuk diatas memang takde kena mengena ngan rancangan Miss Erin ni yerr, hanya ingin mencetuskan sedikit kontroversi berpanjangan, sebab tu la Miss Erin choose tajuk diatas...jangan marah...

sekian, Miss Erin reverse diri dulu...adiosss.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, September 12, 2010

pakai baju yang sama satu hari, kau boleh?

hello hello hello...[ngee]

dah masuk 2nd day rayer kan hari ni? haha sorry la minggu ni temanya hari rayer so entry kali ni pon tak lepas dari menyebut rayer la yee..

okeh meh kiter, eh silap aku nak story pasal hari ni punya acara, first pagi tadi aku terbangun lewat padahal dah berjanji semalam nak bangun awal kan..al-story-nya berbunyi begini yerr..pagi tadi ngan perasaan yang malas tahap cicak aku terjaga dari lena yang pendek, then of course la benda yang wajib aku buat cari handphone aku dulu. eleh aku tawu korang pon mesty buat benda yang sama jugak ann biler bangun dari  tidur..niat di hati tuh nak tengok la jam pukul berapa, sekali tengok makk oiii macam nak histeria kot..ha bukan sebab dalam handphone aku tuh ada hantu yerr, tapi missed call ngan message yang giler banyak dari member-member yang nak datang berayer kat rumah hari ni.

aku tau korang mesty tertanya-tanya kan..aku tak dengar langsung ke masa dorang call ngan message aku tu kan?? ha jawapannya semalam sebelum tido aku dah set silent mode, sebab aku macam yakin yang  puan mak akan kejut kan aku..tup tup puan emak tak kejutkan aku kot. sekali toleh jam kat dinding dah pukul seploh setengah...melompat aku dari tempat tidur, mencacak aku lari turun bawah pastuh terus call bebudak tuh balik. dengan rasa blurr blurr aku pon cakap la yang aku baru bangun tido,aku tanya dorang dah ada kat mana, and dorang bagitau yang dorang dah on the way, haper lagi dengan power yang maximum aku pon terus mandi dan bersiap, tengah dok tempek bedak kat pipi, Mira call cakap dia ngan member-member dah ada depan rumah..aku walaupon sebelah pipi jer yang berbedak terus keluar, sambut dorang, ye la kiter kena memuliakan tetamu yerr kengkawan...tak kesah la kau tengah bebedak sebelah pipi ke, tengah nak pakai gincu ke, tengah nak tempek concealer kat jerawat kau ke, atau pape je la yang kau tengah buat aku nasehatkan sila ler berhenti sambut la tetamu tuh dulu yerr...macam yang aku buat tadi tuh.

ayu tak??hehehe

syok seniri, dorang tengah makan aku sebok snap pitca

dipendekkan cerita, lepas dah makan-makan and huha-huha kat rumah aku, kitorang pon bergerak la memulakan sessi jelajah rayer kat rumah kengkawan yang lain pulak. next rumah yang kitorang aim, rumah Incik Megat. masa kat umah Incik Megat aku terjumpak pulak bestie aku kat sana haper lagi peluk sakan kitorang hahah dah sebulan tak jumpa kan...naseb baik la tuh rumah orang, kalau la itu kedai mamak dah lama aku bukak gossip ngan bestie aku tuh. habes rumah Incik Megat, pegy pulak rumah Mira pastu rumah Suri. dari rumah Suri kitorang pegy rumah Mirul pulak, haa part kat rumah Mirul ni la syok sebab semua ex-Dato Onn berkumpul. acctually kitorang semua dah janji nak gerak sekali masa kat rumah Incik Megat lagi tapi kau tahu je la kan dah ramai-ramai ni mesty la ada yang lambat. sebab tuh la kitorang gerak asing-asing dulu. Hana, Mira ngan Nadh nek keta sekali. Suri ngan Tini nek keta ngan aku.

cam kanak-kanak riang jer kan budak yang kat tengah tuh
cesh nak jugak bebudak ni...

owh agak mengantuk di tengah hari yerr
Incik Megat tanpa rasa simpati, tumpang sekaki.
my bestie, my gossip partner
serius aksi ini tiada langsung kaitan dengan kehidupan seorang bekas lesbian okeh.
budak ni nak bagitau, yang dia pon ada baju cotton okeh

haa biler dah jumpa tuh mesty la ader sessi snap-snap gambar, sampai naik cramp mulut aku asyik dok senyum jaa, tapi memang syok habess la. masing-masing biler jumpa, mesty tak lepas tanya pasal perkembangan kawan-kawan. huff dah 5 tahun kitorang grad dari Dato' Onn tapi bond tu tetap kuat between us. yang mana dulu tak pernah nak kenal ngan rapat pon boleh jadi rapat bila sesekali jumpa macam ni. itu yang terbaik tentang ex-Dato' Onn, friendship yang tak pernah putus..yang kitorang carry dari zaman skool sampai la dah tua bangka macam ni.



habes rumah Mirul, gerak ke rumah Tini, masa tuh dah petang..hahah senget kot kitorang keluar dari pagi, penat tu tak yah nak story la, dah la aku sorang yang drive, nak rotate ngan Tini aku tak berani lak, ye la aku macam tak percaya sikit kalau orang yang drive kereta aku. aku pulak dah rasa tak sedap badan kot. memang bandan aku dah panas lain macam tapi aku tetap maniskan muka jugak ye la takan nak tunjuk muka sakit kan..tak elok kot... tengah plan nak gi rumah Hana, aku dapat call dari Iskandar..dia nak datang rumah! menggelabah pulak aku time tuh nak tak nak kena cancel la pegy rumah Hana ngan Nadh.

terpaksa la Tini ngan Suri disumbatkan dalam keta Hana. aku pulak memang pecut sakan la. naseb baik ada hi-way, buleh la aku drift giler babeng, masa aku sampai rumah, aku dah nampak Iskandar and The Gang dok tunggu kat post-office kat rumah aku, awal-awal lagi Iskandar dah info aku yang dorang datang ramai.ngee 3bijik keta yang kesemua penumpangnya adalah lelaki..kire punya kire ada la dalam doblas orang Gang dorang tuh. tahu-tahu je la bebudak lelaki bukannya betol sangat, senget nya mengalahkan aku pulak. dekat dua jam jugak bebeudak tuh lepak rumah aku. haha aku ni dah la kaki memyembang kena pulak ngan Iskandar yang memang kepala hotak dia tuh giler humm habess senget terbalik kitorang tadi. aku walaupon pening kepala ngan sakit-sakit badan layan la jugak. lepas dorang balik aku pon apa lagi terus mandi and tido la. memang aku demam + saket kepala + lenguh-lenguh badan tadi, before tido telan panadol dua bijik.

sejam lepas tuh aku bangun balik, Incik abah bagitau yang Iwan pulak nak datang rumah huisshh terpaksa la bersiap lagi hehehe ye la kalau dah namanya Iwan, mesty la ada sessi photo-gurdix. puas hati kot, aku balas dendam sebab semalam tak sempat nak ber-photo-gurdix so malam tadi kitorang gurdix sakan la, walaupon bertiga tetap meletopp...

pesyen tudung bertukar, baju tetap maintain

terlebeh riang yerr

erk??
tengah jalan pon jadi hal yerr

kat taman depa rumah beta

seronok tengok muka kitorang seniri, tuh yang dok senyum2 tu


okeh, tak larat dah nak upload banyak sangat. selebihnya aku tempek kat fb je la..korang tak kesah kan??kalau kesah pon aku peduli haper kan..aku punya gambar, ikut suka kaki aku la nak upload ke tak kan..korang tengok suda.

maka dengan ini aku rasa macam nak katup (tutup) je lappy ni pehtu nak gi tido, memandangkan sekarang dah pon pukul 3.20 a.m jadi molek benarlah kiranya aku berundur dulu yerr..

cam biasa yerr,till i wrote again...sekian, adiosss....
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, September 11, 2010

kampung dan PHOTO-GURDIX

hello hello hello....

well hurm, tak terlambat rasanya nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam di seluruh dunia yang menyambut lebaran pada tahun ni. amacam best rayer?banyak duet rayer dapat? perut mesty sengkak giler kan sebab dari pagi asyik dok makan, makan,dan makan..mawu tak sengkak ye tak?owh, biar sesengkak mana pun perut anda sila pastikan yang perut anda tidak terburai ditengah jalan yerr...

dah dua hari aku tak mem-belog rasa macam banyak jer benda yang nak di-share-kan kat sini, sebab terlalu banyak la aku malas nak mem-belog dan salah satu sebabnya jugak 2,3 hari ni sebok dok prepare nak sambut rayer, sebab tu la masa agak terbatas nak mem-belog. lagi pulak terlalu banyak benda yang jadi dalam hidop aku 2,3 hari ni, semuanya perkara yang mengembirakan so sebab terlalu gembira jugak la membuatkan aku tak dapat mem-belog, harap maklum yerr.

sambutan rayer kali ni agak berbeza bagi aku. bukan sebab tak dapat duet rayer, atau sebab baju rayer yang aku tempah tuh tak siap yerr, bukan...berbeza yang aku maksudkan kat sini dari segi keterujaan nak sambut rayer. serius aku cakap this year punya rayer agak hambar. ntah la feeling teruja setiap kali rayer dah tak da la. nak nak pulak aku ni bukannya duduk kat kawasan kampung, setidak-tidaknya kalau kat kawasan kampung tuh mungkin la perasaan teruja nak rayer tuh ada. ni tak, kat kawasan rumah aku ni hanya ada 3 buah rumah jer yang berpenghuni, termasuk la rumah aku. yang lain-lain semua dah cabut balik kampung..so tinggal la orang-orang macam kitorang yang tak "berkampung" ni melanggut di rumah masing-masing.

kitorang ni bukannya tak de kampung, ada sebenarnya. tapi tawu-tawu je la kampung kalau kat Penang ni ada ke rupa kampung? naseb baik jugak la kampung yang tak seberapa kampung tuh ada buleh jugak tiap-tiap kali rayer pertama kitorang cabut balik kat sana. bagi kitorang, maksud kampung itu sendiri diterjemahkan dalam konteks yang berbeza. kebiasaannya orang akan maksudkan kampung itu satu kawasan yang masih masih jauh dari arus pembangunan. tapi bagi kitorang pulak, kampung itu sebenarnya tempat dimana nenek kitorang tinggal. ye nenek duduk dikampung, tapi kampung yang sudah maju yang masih mengekalkan ciri-ciri kampung. yeah nampak la suasana kampung tuh walaupon tak meriah.

tapi bagi aku pulak, aku tak dapat nak adapt ngan kawasan tuh, aku tak pernah rasa itu kampung aku. puncanya aku tak dibesarkan disitu, so feeling tuh agak kurang la. the only kampung yang aku sangat-sangat suka ialah kampung Permatang Pauh sebelah abah. tapi tempat tuh dah pupus lebih kuarng 10 tahun yang lepas. kampung-kampung lain, macam kampung disebelah emak aku tuh aku kurang sikit la, ye la aku tak pernah langsung mambesar kat sana, so wajar la aku rasa asing tiap kali balik sana. tapi tak de la sampai efek hubungan aku ngan nenek-nenek kat sana. hubungan kitorang tetap mesra.

so this rayer tak sempat nak ber-photo-gurdix, sebab tuh la jugak hambar kot. kalau tak, tiap kali rayer jer aku ngan kazen-kazen yang lain sebok ber-posing sakan. a bit sedih sebab aku jer yang tak join sessi photo-gurdix tadi. but its okay, sebab aku da invite Iwan datang rumah besok, kalau tak de hal, sempat la photo-gurdix, kalau tak dapat besok, rayer ketiga pulak la jawabnya, kat rumah Cik Galuh Cendra Kirana.weee hopefully dapat meet dorang nanti.

halamak jam da pukul 2.30 a.m ni, kena tido dah la, confirm-confirm besok kena bangun awal sebab kengkawan nak datang umah...pastu rayer rumah kengkawan pulak..aiseh..mahu sampai malam ni.
rasa macam nak tito dah, before tuh meh aku bagi orang tengok photo-gedix yang beberapa tahun lepas..zasss....

2008





 2009





2010, me..without them






till i wrote again....sekian, adioss.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, September 7, 2010

.Temanya Hari Mengamuk Sedunia.

hello hello hello [macam tak lengkap lak kalau tak menyebut hello ni setiap entry hihihih]

first of all tahniah kengkawan, sebab dah 28 hari kita semua berpuasa, lagi 2 hari je nak sambut raya, dan sekalung tahniah jugak buat aku. sebab apa?? hihihi sebab dah 28 hari la...

sebelum aku start cetuskan ketermengarutan yang berpanjangan, meh aku nak review sket pasal benda-benda yang jadi kat office aku hari ni.

pagi tadi ada sorang customer ni datang office siap bawak polis lagi, al kesahnya, motor dia kena tarik sehari sebelum tuh, dan nak dijadikan hot story lagi, ada barang-barang berharga dia kat bawah seat motor tuh, antaranya, henpon 6 bijik, wallet ngan duit yang berkepuk-kepuk...hahaha giler kau, simpan duit berkepuk-kepuk dalam motor. actually sehari sebelum tuh pon dia da datang serang office, tapi nak buat cemana kitorang dah lepas case dia kat lawyer, kau datang bawak parang pon kitorang still tak dapat buat pape.

serius weh aku cuak giler, ye la datang je terus memaki hamun tak tentu pasal, tetiba lak aku terlibat ngan case dia, ye la aku handle bahagian finance, memang aku langsung tak tahu menahu pasal case dia, and semalam time dia datang pon aku, aku just buleh check number plate dia jer, seterusnya tang chapter memaki hamun tuh naseb baik dia tak sembur kat aku, tapi kena kat senior aku la si Ah Pin,  tapi aku tengok cool jer si Ah Pin tu time customer tu pulun dok maki dia...dia tak paham ke yang orang tuh tengah maki, ke dia memang malas nak melayan..huff entah la...gasak kau la Ah Pin janji aku tak kena maki suda,hehehe

so aku ingat case dia habes petang semalam la, mana tau pagi ni dia datang bawak polis terus, memang jadi case polis la, bergegar office aku macam kena boom, aku??huff jangan tanya la..cuak tu memang tahap max dah, bukan cuak kat polis yerr tapi aku lebih cuak kat customer tuh, dorang cakap petang semalam dia bawak parang kot..makk takoot weh, cemana kalau silap-silap hari bulan dia tetaknye leher aku..ha kan ke nayya tuh. seram siot, so pagi tadi sebagai langkah berjaga-jaga aku cuba dok lebih jauh dari dia, kalau dia nak tetak pon dia tetak leher Ah Pin dulu la...hehehee..joking jer, giler kau ngat senang-senang nak tetak orang ker? sebenarnya aku ni tak bleh tengok orang mengamuk  atau orang marah-marah sebab tuh la aku kalau buleh nak avoid dari customer ni, sebab tuh jugak aku stay jauh dari dia..sebab aku tak suka tengok orang bergadoh..tuh je.

tuh cerita pagi tadi, haa ni cerita sebelah petang lak, Abang E ( senior aku lagi..) mengamuk jugak. ni lagi besh dia mengamuk kat customer, bukan customer mengamuk kat dia...look like he brokes the rules. who said customer is always right? the truth is they are always wrong and bonggok! ha rules tuh la yang dia dah pecahkan...hahaha, yang aku heran tuh, nk mengamuk ke hape ke kenapa mesty kat tempat aku jugak? tak de tempat lain ke dorang nak pegy mengamuk tah..haisshh udah la aku ni hati kecut biler tengok macam ni, lagi-lagi la ati aku bertambah kecut, tapi yang tak tak buleh blah tuh aku sempat jer online fb,pastuh post pasai orang mengamuk-mengamuk ni hahaha senget kan??

seronok tak baca perjalanan hidop aku hari nih?? temanya hari ni hari orang mengamuk sedunia la..dari pagi sampai ke petang, syik mengamuk jer keja nya..haa cuba bagi peluang aku mengamuk pulak,tengok macam mana..aku pon teringin gak nak mengamuk-mengamuk ni, cuma tak diberi kesempatan je lagi..tolong yerr bagi chance, pasni turn aku mengamuk pulak ok...leh gak aku test power, sejauh mana aku buleh mengamuk..adakah lebih baik dari mereka-mereka itu...haa itu yang kita tak tawu..nak tawu, kena la bagi chance..aiseh mengarut suda.....sila abaikan ketermengarutan ayat ini jika anda tak suka yaa..

gelak-gelak jugak...ada gak yang tak besh pasal hari ni, aku dah mula rasa sakit dada balik time tengah hari tadi..lepas tuh petang before keluar office aku macam nak pitam, biler aku bangun je dari kerusi terus rasa melelong sampai terduduk balik aku time tuh, naseb baik gak dah nak balik time tu. so aku gagahkan jugak la bangun and terus balik umah, syukur tak de pape jadi masa aku kat tengah jalan tadi. what should i do ha? aku tak suka jumpa doctor ngan makan ubat, dalam hati memang terpasang niat nk gi jumpa doctor, tapi disebabkan betapa tak sukanya aku nak jumpa doctor pastu nak berbincang-bincang hal kesihatan ni, terus aku matikan niat. even kat my mom pon aku tak bagi tau pasal ni..aku confirm ah kalau dia tahu masty aku diwajibkan berjumpak doctor, tak suke! tak suke! tak suke!

okes la, till i wrote again...babai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

salam sejahtera.

hello hello hello......

to whom it may concerned,

idiot! you la...yess you!!


i mish you like hell,

i mish your laugh,

i mish your smile,

i mish everything about you,

every second's like a minute,

 every minute's like a day,

when you far away.

i miss u being at my side

I mish you when you are far away.

I think about you every night and day.

Even if we can't be together,

I will mish you now and forever!
 







TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA