Monday, September 13, 2010

jangan gusar, saya dah maafkan kamu..

hello hello hello.

berjumpa lagi kita dalam rancangan masakan bersama Miss Erin Azizan al-Mashoor yer tuan-tuan dan puan-puan. hari ni Miss Erin teringin nak berkongsi cara-cara nak membakar satiaq dirumah orang. apa itu satiaq ya? satiaq adalah sejenis makanan dimana daging ayam atau lembu dicucukkan pada sebatang lidi. ape? satay? yerr satiaq juga dikenali dengan nama satay yerr tuan-tuan dan puan-puan. jadi kenapa Miss Erin menyebut satiaq..pesal tak sebut jer satay?jadi dari manakah datangnya perkataan satiaq itu?

perkataan sataiq baru tercetus sebentar saja tadi, setelah kami menonton satu sitkom yang giler yang dilakonkan oleh JoZan. acctually skrip sitkom tuh cousin Miss Erin yang create, biler JoZan cuba-cuba nak cakap utara macam-macam bunyi yang keluar, sebab tuh la kitorang pon bantai pangil satay tu sataiq..begitulah asal usul perkataan satiaq yerr tuan-tuan dan puan -puan.

sekarang meh kita belajaq cara nak membakar satiaq ngan penuh berhikmah ala-ala diva gitu. pertama sekali, letakkan batang-batang satiaq kat atas pembakar, kemudian pastikan bara api sentiasa menyala. after that amek kipas dan halakan dekat pembakar sambil tangan kita pon turut mengipas dengan mengunakan kipas tangan yer tuan-tuan dan puan-puan. kemudian mulakanlah aktiviti diva anda dengan berposing secara anggun dan pekik secara sederhana kepada photographer, tanda anda telah ready untuk memulakan shooting yerr. selepas itu suka hati andalah nak ber-posing gaya apa pon tak mengapa. sila pastikan sang photographer anda sudi untuk men-snap gambar anda sudah. masalah lain sila ketepikan dahulu.

sila ulang langkah-langkah diatas untuk tiga jam yang seterusnya. kenapa tiga jam? haa sebabnya selepas tiga jam niscaya anda-anda semua sudah penat untuk membakar satiaq sambil ber-posing ala-ala diva. Miss Erin sangat-sangat men-suggest-kan agar tuan-tuan dan puan-puan hanya membakar untuk tiga jam yang pertama saja okeh. ini kerana untuk mendapatkan  hasil pembakaran serta posing ala-ala diva yang terbaik dari ladang hanya tiga jam saja yang diperlukan. mudah bukan?

kemudian setelah letih membakar dan berposing silalah tuan-tuan dan puan-puan meminta izin untuk mengundur diri dulu dan pulang kerumah masin-masing yerr. selepas itu biler sudah berada di dalam kereta mulakan adegan ber-posing maut dalam kereta pulak yerr. se-simple itu jer cara-cara nak membakar satiaq kat rumah orang. semoga dengan penerangan Miss Erin yang terperinci maut ini, dapatlah menolong tuan-tuan dan puan-puan yang mana teringin nak membakar satiaq kat rumah orang. yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari Miss Erin seniri, sekiranya cara yang Miss Erin paparkan ni macam tak bersesuaian jer, Miss Erin memberi sepenuh keizinan untuk tuan-tuan dan puan-puan meng-adjust cara Miss Erin ni. hehehe well sharing is caring kan...so Miss Erin tak kesah okeh.

dibawah ni Miss Erin tunjukkan sikit cara-cara yang Miss Erin sebutkan sebentar tadi yer...

satiaq diletakkan di atas pembakar dulu
chakk posing yang pertama
gigi harus ditonjolkan
atas keta harus kena posing okeh!
tetap senyum walaupon semua tak dapat masuk
baiklah ini cubaan terakhir, nampaknya memang takleh masuk semua.
so kesimpulannya pada acara hari ini Miss Erin simpulkan yang membakar satiaq agak mudah sebenarnya tetapi nak berposing pulak yang agak susah...eh yer ker?haa silalah tuan-tuan dan puan-puan pikir seniri yerr. selamat mencuba.

owh maaf mintak yerr, tajuk diatas memang takde kena mengena ngan rancangan Miss Erin ni yerr, hanya ingin mencetuskan sedikit kontroversi berpanjangan, sebab tu la Miss Erin choose tajuk diatas...jangan marah...

sekian, Miss Erin reverse diri dulu...adiosss.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: