Sunday, September 12, 2010

pakai baju yang sama satu hari, kau boleh?

hello hello hello...[ngee]

dah masuk 2nd day rayer kan hari ni? haha sorry la minggu ni temanya hari rayer so entry kali ni pon tak lepas dari menyebut rayer la yee..

okeh meh kiter, eh silap aku nak story pasal hari ni punya acara, first pagi tadi aku terbangun lewat padahal dah berjanji semalam nak bangun awal kan..al-story-nya berbunyi begini yerr..pagi tadi ngan perasaan yang malas tahap cicak aku terjaga dari lena yang pendek, then of course la benda yang wajib aku buat cari handphone aku dulu. eleh aku tawu korang pon mesty buat benda yang sama jugak ann biler bangun dari  tidur..niat di hati tuh nak tengok la jam pukul berapa, sekali tengok makk oiii macam nak histeria kot..ha bukan sebab dalam handphone aku tuh ada hantu yerr, tapi missed call ngan message yang giler banyak dari member-member yang nak datang berayer kat rumah hari ni.

aku tau korang mesty tertanya-tanya kan..aku tak dengar langsung ke masa dorang call ngan message aku tu kan?? ha jawapannya semalam sebelum tido aku dah set silent mode, sebab aku macam yakin yang  puan mak akan kejut kan aku..tup tup puan emak tak kejutkan aku kot. sekali toleh jam kat dinding dah pukul seploh setengah...melompat aku dari tempat tidur, mencacak aku lari turun bawah pastuh terus call bebudak tuh balik. dengan rasa blurr blurr aku pon cakap la yang aku baru bangun tido,aku tanya dorang dah ada kat mana, and dorang bagitau yang dorang dah on the way, haper lagi dengan power yang maximum aku pon terus mandi dan bersiap, tengah dok tempek bedak kat pipi, Mira call cakap dia ngan member-member dah ada depan rumah..aku walaupon sebelah pipi jer yang berbedak terus keluar, sambut dorang, ye la kiter kena memuliakan tetamu yerr kengkawan...tak kesah la kau tengah bebedak sebelah pipi ke, tengah nak pakai gincu ke, tengah nak tempek concealer kat jerawat kau ke, atau pape je la yang kau tengah buat aku nasehatkan sila ler berhenti sambut la tetamu tuh dulu yerr...macam yang aku buat tadi tuh.

ayu tak??hehehe

syok seniri, dorang tengah makan aku sebok snap pitca

dipendekkan cerita, lepas dah makan-makan and huha-huha kat rumah aku, kitorang pon bergerak la memulakan sessi jelajah rayer kat rumah kengkawan yang lain pulak. next rumah yang kitorang aim, rumah Incik Megat. masa kat umah Incik Megat aku terjumpak pulak bestie aku kat sana haper lagi peluk sakan kitorang hahah dah sebulan tak jumpa kan...naseb baik la tuh rumah orang, kalau la itu kedai mamak dah lama aku bukak gossip ngan bestie aku tuh. habes rumah Incik Megat, pegy pulak rumah Mira pastu rumah Suri. dari rumah Suri kitorang pegy rumah Mirul pulak, haa part kat rumah Mirul ni la syok sebab semua ex-Dato Onn berkumpul. acctually kitorang semua dah janji nak gerak sekali masa kat rumah Incik Megat lagi tapi kau tahu je la kan dah ramai-ramai ni mesty la ada yang lambat. sebab tuh la kitorang gerak asing-asing dulu. Hana, Mira ngan Nadh nek keta sekali. Suri ngan Tini nek keta ngan aku.

cam kanak-kanak riang jer kan budak yang kat tengah tuh
cesh nak jugak bebudak ni...

owh agak mengantuk di tengah hari yerr
Incik Megat tanpa rasa simpati, tumpang sekaki.
my bestie, my gossip partner
serius aksi ini tiada langsung kaitan dengan kehidupan seorang bekas lesbian okeh.
budak ni nak bagitau, yang dia pon ada baju cotton okeh

haa biler dah jumpa tuh mesty la ader sessi snap-snap gambar, sampai naik cramp mulut aku asyik dok senyum jaa, tapi memang syok habess la. masing-masing biler jumpa, mesty tak lepas tanya pasal perkembangan kawan-kawan. huff dah 5 tahun kitorang grad dari Dato' Onn tapi bond tu tetap kuat between us. yang mana dulu tak pernah nak kenal ngan rapat pon boleh jadi rapat bila sesekali jumpa macam ni. itu yang terbaik tentang ex-Dato' Onn, friendship yang tak pernah putus..yang kitorang carry dari zaman skool sampai la dah tua bangka macam ni.



habes rumah Mirul, gerak ke rumah Tini, masa tuh dah petang..hahah senget kot kitorang keluar dari pagi, penat tu tak yah nak story la, dah la aku sorang yang drive, nak rotate ngan Tini aku tak berani lak, ye la aku macam tak percaya sikit kalau orang yang drive kereta aku. aku pulak dah rasa tak sedap badan kot. memang bandan aku dah panas lain macam tapi aku tetap maniskan muka jugak ye la takan nak tunjuk muka sakit kan..tak elok kot... tengah plan nak gi rumah Hana, aku dapat call dari Iskandar..dia nak datang rumah! menggelabah pulak aku time tuh nak tak nak kena cancel la pegy rumah Hana ngan Nadh.

terpaksa la Tini ngan Suri disumbatkan dalam keta Hana. aku pulak memang pecut sakan la. naseb baik ada hi-way, buleh la aku drift giler babeng, masa aku sampai rumah, aku dah nampak Iskandar and The Gang dok tunggu kat post-office kat rumah aku, awal-awal lagi Iskandar dah info aku yang dorang datang ramai.ngee 3bijik keta yang kesemua penumpangnya adalah lelaki..kire punya kire ada la dalam doblas orang Gang dorang tuh. tahu-tahu je la bebudak lelaki bukannya betol sangat, senget nya mengalahkan aku pulak. dekat dua jam jugak bebeudak tuh lepak rumah aku. haha aku ni dah la kaki memyembang kena pulak ngan Iskandar yang memang kepala hotak dia tuh giler humm habess senget terbalik kitorang tadi. aku walaupon pening kepala ngan sakit-sakit badan layan la jugak. lepas dorang balik aku pon apa lagi terus mandi and tido la. memang aku demam + saket kepala + lenguh-lenguh badan tadi, before tido telan panadol dua bijik.

sejam lepas tuh aku bangun balik, Incik abah bagitau yang Iwan pulak nak datang rumah huisshh terpaksa la bersiap lagi hehehe ye la kalau dah namanya Iwan, mesty la ada sessi photo-gurdix. puas hati kot, aku balas dendam sebab semalam tak sempat nak ber-photo-gurdix so malam tadi kitorang gurdix sakan la, walaupon bertiga tetap meletopp...

pesyen tudung bertukar, baju tetap maintain

terlebeh riang yerr

erk??
tengah jalan pon jadi hal yerr

kat taman depa rumah beta

seronok tengok muka kitorang seniri, tuh yang dok senyum2 tu


okeh, tak larat dah nak upload banyak sangat. selebihnya aku tempek kat fb je la..korang tak kesah kan??kalau kesah pon aku peduli haper kan..aku punya gambar, ikut suka kaki aku la nak upload ke tak kan..korang tengok suda.

maka dengan ini aku rasa macam nak katup (tutup) je lappy ni pehtu nak gi tido, memandangkan sekarang dah pon pukul 3.20 a.m jadi molek benarlah kiranya aku berundur dulu yerr..

cam biasa yerr,till i wrote again...sekian, adiosss....
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

4 comments:

Odd Casablancas said...

Geng cotton eh!
Sakan gle beraya hahaha.

erin azizan said...

miahahaha...tu la pasal at first tak seronok, pehtu menjadi2 lak gilenya..hehehe
well masa i jumpak kengkawan i tuh, dorang pon pakai cotton jugak lorh...memg geng cotton la

Odd Casablancas said...

haaaaaaa, cotton dr johor ne xmo geng kah??
Heeee~

erin azizan said...

nak la...pasneh kena beli cotton bnayk2 la bru leh geng heee