Tuesday, September 7, 2010

.Temanya Hari Mengamuk Sedunia.

hello hello hello [macam tak lengkap lak kalau tak menyebut hello ni setiap entry hihihih]

first of all tahniah kengkawan, sebab dah 28 hari kita semua berpuasa, lagi 2 hari je nak sambut raya, dan sekalung tahniah jugak buat aku. sebab apa?? hihihi sebab dah 28 hari la...

sebelum aku start cetuskan ketermengarutan yang berpanjangan, meh aku nak review sket pasal benda-benda yang jadi kat office aku hari ni.

pagi tadi ada sorang customer ni datang office siap bawak polis lagi, al kesahnya, motor dia kena tarik sehari sebelum tuh, dan nak dijadikan hot story lagi, ada barang-barang berharga dia kat bawah seat motor tuh, antaranya, henpon 6 bijik, wallet ngan duit yang berkepuk-kepuk...hahaha giler kau, simpan duit berkepuk-kepuk dalam motor. actually sehari sebelum tuh pon dia da datang serang office, tapi nak buat cemana kitorang dah lepas case dia kat lawyer, kau datang bawak parang pon kitorang still tak dapat buat pape.

serius weh aku cuak giler, ye la datang je terus memaki hamun tak tentu pasal, tetiba lak aku terlibat ngan case dia, ye la aku handle bahagian finance, memang aku langsung tak tahu menahu pasal case dia, and semalam time dia datang pon aku, aku just buleh check number plate dia jer, seterusnya tang chapter memaki hamun tuh naseb baik dia tak sembur kat aku, tapi kena kat senior aku la si Ah Pin,  tapi aku tengok cool jer si Ah Pin tu time customer tu pulun dok maki dia...dia tak paham ke yang orang tuh tengah maki, ke dia memang malas nak melayan..huff entah la...gasak kau la Ah Pin janji aku tak kena maki suda,hehehe

so aku ingat case dia habes petang semalam la, mana tau pagi ni dia datang bawak polis terus, memang jadi case polis la, bergegar office aku macam kena boom, aku??huff jangan tanya la..cuak tu memang tahap max dah, bukan cuak kat polis yerr tapi aku lebih cuak kat customer tuh, dorang cakap petang semalam dia bawak parang kot..makk takoot weh, cemana kalau silap-silap hari bulan dia tetaknye leher aku..ha kan ke nayya tuh. seram siot, so pagi tadi sebagai langkah berjaga-jaga aku cuba dok lebih jauh dari dia, kalau dia nak tetak pon dia tetak leher Ah Pin dulu la...hehehee..joking jer, giler kau ngat senang-senang nak tetak orang ker? sebenarnya aku ni tak bleh tengok orang mengamuk  atau orang marah-marah sebab tuh la aku kalau buleh nak avoid dari customer ni, sebab tuh jugak aku stay jauh dari dia..sebab aku tak suka tengok orang bergadoh..tuh je.

tuh cerita pagi tadi, haa ni cerita sebelah petang lak, Abang E ( senior aku lagi..) mengamuk jugak. ni lagi besh dia mengamuk kat customer, bukan customer mengamuk kat dia...look like he brokes the rules. who said customer is always right? the truth is they are always wrong and bonggok! ha rules tuh la yang dia dah pecahkan...hahaha, yang aku heran tuh, nk mengamuk ke hape ke kenapa mesty kat tempat aku jugak? tak de tempat lain ke dorang nak pegy mengamuk tah..haisshh udah la aku ni hati kecut biler tengok macam ni, lagi-lagi la ati aku bertambah kecut, tapi yang tak tak buleh blah tuh aku sempat jer online fb,pastuh post pasai orang mengamuk-mengamuk ni hahaha senget kan??

seronok tak baca perjalanan hidop aku hari nih?? temanya hari ni hari orang mengamuk sedunia la..dari pagi sampai ke petang, syik mengamuk jer keja nya..haa cuba bagi peluang aku mengamuk pulak,tengok macam mana..aku pon teringin gak nak mengamuk-mengamuk ni, cuma tak diberi kesempatan je lagi..tolong yerr bagi chance, pasni turn aku mengamuk pulak ok...leh gak aku test power, sejauh mana aku buleh mengamuk..adakah lebih baik dari mereka-mereka itu...haa itu yang kita tak tawu..nak tawu, kena la bagi chance..aiseh mengarut suda.....sila abaikan ketermengarutan ayat ini jika anda tak suka yaa..

gelak-gelak jugak...ada gak yang tak besh pasal hari ni, aku dah mula rasa sakit dada balik time tengah hari tadi..lepas tuh petang before keluar office aku macam nak pitam, biler aku bangun je dari kerusi terus rasa melelong sampai terduduk balik aku time tuh, naseb baik gak dah nak balik time tu. so aku gagahkan jugak la bangun and terus balik umah, syukur tak de pape jadi masa aku kat tengah jalan tadi. what should i do ha? aku tak suka jumpa doctor ngan makan ubat, dalam hati memang terpasang niat nk gi jumpa doctor, tapi disebabkan betapa tak sukanya aku nak jumpa doctor pastu nak berbincang-bincang hal kesihatan ni, terus aku matikan niat. even kat my mom pon aku tak bagi tau pasal ni..aku confirm ah kalau dia tahu masty aku diwajibkan berjumpak doctor, tak suke! tak suke! tak suke!

okes la, till i wrote again...babai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: