Tuesday, January 18, 2011

Aku teringin nak pegi tempat ni, ada sesapa nak bawak tak?

okeh keh, malas mau panjang cerita, layan gambar dulu yerr.










hoooyeahhh aku memang teringin sangat nak pegi tempat yang kat atas ni. aku rasa mesti semua pon dah tahu kat mana tempat ni kan...yupp inilah Bukit Ampang bebeh.


sewiyesli tempat nk macam cool je bagi aku. entah la, mungkin bagi orang-orang yang suka melepak macam aku ni memang suka kot tempat-tempat macam ni. lagi best kalau dapat pegi dengan yang tersayang..tapi aku prefer lagi kalau nak pegi sana ngan kawan-kawan. dah kata nak lepak..takan la nak berdua jepp mana best..tak macho kot.


nak pegi tu nak pegi jugak la. tengok keadaan dan masa macam mana. masalahnya sekarang ada kah orang yang nak bawak aku pi sana? hehehe dalam minda separa masak aku..memang ah dah target orang-orang yang bakal menjadi victim aku..ala tenaga kerahan yang akan merealisasikan impian aku ni la. Oddie ngan Ej awal-awal lagi memang dah masuk list..ala Ej kan boleh rompak transport UPM so apadehal..boleh la suruh rompak..tu pon..kalau Ej stay UPM lagi la time tuh.


sorang lagi pulak..of course la Incik Bmw. dia kan dah final semester lepas ni balik KL untuk selama-lamanya la kot. dah alang-alang dia invite aku datang rumah dia nak kenalkan dengan Putrajaya katanya baik aku suruh dia bawak aku pegi Bukit Ampang sekali baru syok. well Incik Bmw..bersedia lah kamu yerr.


walaumacamanapon aku tetap nak pi tempat ni nanti. so those yang kena mark sila amek perhatian. ehehe..ini hanya sebahagian dari mereka ja..dalam otak aku ada lagi beberapa orang. tak sesuwai nak mention kat sini hakhakhak.


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Cerita hari ni, CoolBlog lagi.

assalamualaikum!


woah..serius rasa macam lama tak conteng journal harian kat sini. lately ni agak busy sikit, hujung minggu pon dah tak da masa nak keluar berfoya-foya bersama rakan-rakan sebaya..oh rasa mcam lossserrr pulak..ha ha ha tak da maknanya!


last week minggu yang sangat hectic. bayangkan dalam masa seminggu tu memang tak keluar mana-mana langsung. kalau nak makan pon, makan kat rumah jerr..tak da lagi istilah makan-makan kat luar sambil lepak-lepak. bosan? sumpah bosan. mengenangkan banyak paper yang nak disemak la buat aku rasa macam "ah takpe la siapkan keja dulu, lepak lain kali pon boleyhh" kan kan kan..macam tak percaya kan aku boleh keluarkan statement macam tu.


sebab tu la , mintak maaf sangat-sangat buat rakan-rakan sebaya yang jauh dimata, dekat dijiwa..tak sengaja nak menghilangkan diri. sebenarnya tak hilang pon, ader je..connection semua on tapi, lambat sikit la nak membalas bukan apa banyak keje..heheheh...oh alasan boleh terima tak? padahal kalau dorang call kemain laju je kau pick up..mesej, fb semua terabai kan..demanding sungguh.


okeh enough for that, harapnya sayer tak menyinggung perasaan sesapa la ye last week *muka bersungguh-sungguh*


meh kita cerita pasal my new boyferen nak?


hikhikhik..tetiba lak feel nak gedik je kan bila di ajak bersembang pasal boyferen..but hey, nanti dulu jangan buat tanggapan serius terhadap sayer yerr..boyferen yang dimaksudkan kat sini ialah dua orang budak lelaki yang sumpah comel berumur sekitar 6tahun. belom bersekolah dan haruslah belom mencapai tahap akil baligh lagi. maseh suci giteww yewww.


hari-hari kat tuition center aku akan menghadap dua orang makhluk tuhan ni. sorang namanya Deedat dan sorang lagi Faidhi. budak berdua ni memang hyper active kot. energetic je memanjang. awal dulu aku tak baik lagi ngan dorang, lagipon aku pikir dorang bukan under aku so..gasak la kau nak buat haper pon. pastu ada one day ni Teacher Rasiah ask them to stay with me..puncanya dorang suka main-main. so aku pon amek kerusi bawak dua-dua sekali dok ngan aku kat meja depan. at the same time aku bagi buku dorang suruh baca sambil aku guide la mana yang tak betul.


lepas dari hari tu Deedat ngan Faidhi kalau nampak aje aku mesti follow ikot duduk ngan aku. Teacher Rasiah pon memang lepas dorang ngan aku la. acctualy Deedat ngan Faidhi ni budak-budak tadika, dorang datang awal pagi, balik pulak lambat...maybe parents dorang balik keja lambat kot sebab tu budak berdua ni asyik balik pukul 5.30 jerr tetiap hari.


selalu aku start kelas pukul 4, time ni Deedat ngan Faidhi tengah rest,makan, mandi semua pastu dalam pukul 5 baru dorang masuk balik. macam hari ni..masuk-masuk jerr terus datang kat aku, cium tangan pastu cepat-cepat amek buku-buku latihan dorang and then datang balik dok sebelah aku. rasa best pulak didampingi dua jejaka kecil nih. setiap hari ada jerr perangai dorang yang boleh buat aku gelak. bagi sesapa yang tak tahu kan..aku ni memang suka sangat ngan budak-budak. sebab tu bila dapat peluang mengajar budak-budak dulu aku memang tak pikir panjang dah, terus grab. budak-budak boleh buat kita rasa happy kot. ha ha ha ni yang rasa macam nak timang anak cepat-cepat ni.


nanti la bila senang-senang aku snap gambar Deedat ngan Faidhi letak kat sini. buat masa sekarang malas la nak amek-amek gambar ni.


oh yerr tadi lepas habis kelas, aku tak balik rumah terus. terpikir nak sedut CoolBlog, apa lagi terus la memecut pegy Sunway Carnivall. nafsu serakah perut harus dititik beratkan jugak yerr. aku rasa ni bukan first time aku buat benda-benda bonggak macam ni. dah selalu sangat rasa nya. sempat jugak aku usha-usha line kat Sunway tu..dan yeah aku nampak satu benda yang beshhh...besok ader sale!!!!


aku usha dari jauh je la. aku ingat lepas dah grab CoolBlog baru la nak cuci-cuci mata. so dengan senang hati aku pon cari kiosk CoolBlog yang terletak di tingkat paling atas tuh dulu. dah siap order, kena la tunggu dorang proses Oreo Blog aku tuh barang seminit dua..tengah dok tunggu tu tetiba jepp aku dengar ada orang jerit pangey nama aku dari belakang. ciss nama penuh pulak tu..saspens ah..sapa pulak la kenai aku ni..bajet macam drama Melayu la kan..pikir dulu pastu baru pusing. MasyaALLAH...rupanya Mybestie Nana ngan pakwe dia.


dia kemain terkejut tengok aku kat situ hahaha boleh pulak dia berdialog ngan aku macam ni :


"la Erin..buat apa kat sini ni sorang-sorang?" sambil peluk-peluk cium aku


"hehehe aku tengah tunggu CoolBlog la, baru balik dari tuisyen bosan, terus drive mai sini" tersengih-sengih aku explain kat dia.


"so lepas ni nak balik dah ka? jom la join kami tengok wayang dulu."


"a'ah nak balik la..aku mai sini semata-mata nak beli CoolBlog ja, pastu ingat nak jalan-jalan sat kat bawah tuh."


"haa jom la jalan sekali, wayang tu pon lambat lagi nak start, ni ha Daus pon nak cari jeans"


choppp!! masa aku tengah berdialog ngan si Nana ni kan..si Daus pon sebok jerr nak order CoolBlog jugak ha ha ha mesti dia tergoda ann tengok Oreo Blog aku..nak share? huff sorry la.


aku jalan-jalan kat situ pon tak lama. aku kejar masa sebenarnya..hihihi tak solat asar lagi time tu, tu yang kalut sangat. kalau tak confirm lama lagi la aku merambu kat situ..sapa kata jalan-jalan sorang tak best? best kot..sambil jalan sambil layan perasaan.


before balik tadi sempat pulak si Daus ngan Nana ada pesan kat aku suruh balik elok-elok aicehh macam la tak pernah pegi umah aku dekat je kott. ha ha ha ni bukang ganu..mung takot aku sesat, ke guane? miahahaha...mesti Daus pon heran tengok aku terconggok sensorang kat shopping complex tadi. muka tak boleh blah..macam terkejut giler. lupa pulak aku nak bagitau dia..ni bukan kali pertama aku macam ni. banyak kali dah kott.



naah ni ha..muka tadah penampar versi berminyak kelapa dara...berpeluh-peluh jalan pegi tempat parking keta baru nak snap gambar kan..padahnya muka berminyak dan tona tak sekata..dah macam iklan Garnier pulak yerr.




berjaya menghabeskan OreoBlog masa dalam keta. saja amek gambar sebagai bahan bukti.


okeh la sudah mau tidor ah. nanti esok kita membebel lagi yerr.


babai!


NotaKaki : belog dah berwajah baru..ader yang perasan tak?hehehe
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, January 16, 2011

Cara minum pon boleh tentukan personaliti seseorang.




hello!!! whats up yawww....


dah minum kopi belom? kalau belom..sila la ke mana-mana kopitiam yang berdekatan atau kalau terlebih rajin boleh la jugak kalau nak mencabar diri membacuh kopi seniri..mana tau kot-kot la nak peraktis awal-awal kan..kot esok-esok ni mak mentua datang rumah nak merisik ke kan boleh bagi dorang merasa kopi bancuhan air tangan korang...ala bak kata pepatah tuh, dari kopi, jatuh ke hati youuuu!!


apa-apa hal pon aku nak tegaskan kat sini bahwasanya aku tak hingin pon nak cerita bab-bab kopi atau cara-cara nak bancuh kopi. tapi aku nak cerita pasal cawan. yupp cawan. ala cawan yang selalu kita guna untuk nak minum air tuh..selalunya dalam cawan orang akan serve air kopi atau teh..atau pape je jenis minuman panas dalam cawan. cawan dan gelas ada beza tau.


ni ada kesah benar yang aku nak cerita kat sini. kesah aku dan cawan. heh bunyi macam pelik je tajuk, tak market langsung, buat tajuk cerpen pun belom tentu ada orang nak baca..tapi pedulikan semua tu janji kesah aku dan cawan ni dijadikan teladan buat sesapa yang membaca *muka suci*.


aku ni ada satu tabiat yang boleh dikatakan agak pelik (semua tabiat aku pelik sebenarnya). tabiat pelik ni terjadi sebab masa dulu-dulu aku suka layan diri seniri bak seorang diva..itu tak boleh, ini tak boleh..itu jijik, ini kotor..macam-macam lagi la..pendek kata memang annoying gila la kalau sesapa perasan perangai aku ni. tapi selalunya aku lebih bersikap macho ah sampai ada yang tak perasaan sebenarnya dorang berkawan ngan seorang perempuan yang luar biasa annoying. well cover macho itu penting beb, kang tak pepasal lak kena ban. kes naya tuh.


berbalik kepada cerita cawan. aku rasa tak ramai orang sekeliling aku perasan yang aku ada tabiat pelik bila minum air dalam cawan.







perhatikan bentuk cawan diatas..yeeerr aku tahu, memang takda yang pelik pon..aku suruh perhati je bukan suruh korang buat andaian ke tafsiran ke apa ke..perhati je betol-betol.


bentuk permukaannya bulat. diserikan lagi dengan seutas tangkai dibahagian tepi tu. persetankan sebentar tentang corak yang ada pada cawan tersebut. fokus pada tangkai sahaja.


kebanyakkan orang kalau minum air dalam cawan mesti tak kesah kan nak hinggapkan bibir dorang kat mana-mana permukaan cawan tuh. tapi aku tak. aku kan bajet diva..mestila cara minum pon kena lain betol tak?


korang nak tahu tak tangkai dekat cawan tu la merupakan penanda yang paling penting bagi aku setiap kali nak minum air dalam cawan. selalunya aku akan tengok tangkai tu dulu, lepas tu buat ukuran 180 darjah mengikut putaran jam kemudian bila dah yakin baru aku hinggapkan bibir aku kat cawan tu dan.... minum! ala nak senang kira, tengok tangkai tu lepas tu amek port yang bertentangan tangkai.


nak tahu kenapa aku buat macam tu?sebab aku geli. dulu kalau pegi kedai, pastu order teh tarik mesti dorang serve dalam cawan, takde straw. aku selalu pikir mesti dah banyak mulut-mulut yang guna cawan ni..kalau family member aku tak pa la..ni dah campur 1Malaysia..fuhhh tanak ah aku..tak pepasal nak comolot secara tak sengaja kat cawan ni..yuckkks!



sampai sekarang ni la aku akan minum cara aku tu kalau dalam cawan la. kat rumah tak pe..kalau kat luar la aku agak demand sikit. kat rumah-rumah orang pon aku buat macam tu jugak. mujur tuan rumah tak perasan hehehe.


aku rasa okey je minum macam ni.as long as aku tak rasa geli sudah. lagipon aku rasa tak ramai orang yang minum macam ni kan selalunya orang main bedal minum je mana-mana bahagian pon..tak sempat ah nak pikir geli ke tak, 1Malaysia ke tak, comolot ke tak..janji boleh minum kan...aku  je selalu macam ni..konon jaga kebersihan la sangat kan..ha ha ha..whatever la janji aku bahagia.


so agak-agak ada lagi ke orang yang bajet diva perangai tak boleh blah macam aku yerr.


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Lassie, sayer ada benda nak tanye!

orrraittt entry ini ditujukan khas buat cik Lassie yang baikkk hati..eh eh..jangan salah faham you, i tak mintak Lassie belanjerr Mekdi pon..jangan risau yerr cik Lassie.


sebenarnya tadi aku ader tanya Lassie acane la dia codekan bahagian header dia tuh kat shoutbox dia, disebabkan aku ni agak tak reti nak explain maka nya Lassie pon tak paham terus dia tanya aku balik. sewiyess tak sangka..baru jerr tanya terus dapat feedback yang sangat cepat..well Lassie tenks sangat sebab men-sudikan diri menjawab pertanyaan sayer..hikhikhik.


ok proceed yerr.





okeh yang kat atas ni header Lassie. nampak tak yang header Lassie ni sekata jerr background dia..I mean, background Lassie kan hitam berbunga-bunga. lepas tu bila pakai header yang transparent nampak cantik sebab nampak background sekali.




yang ni pulak..header i laa..nampak tak background putih dekat header yang transparent tu macam tak cantik..siap letak arrow berserta penerangan tuh..hopefully Lassie paham apa yang aku nak tanya. kalau boleh nak hilangkan background putih tu untuk bahagian header jerr.


err sorry eh Lassie, i amek header you letak kat sini..hehehe. neway thanks yaa sebab sudi melayann..really appreciate.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Untuk sesiapa saja, yang tak ada kena mengena pon boleh baca.

quick entry.


perasan tak yang bekgeraun belog ni dah berubah..dari kaler merah Mak Ngah kepada kaler yang lebih suci sikit? acctually sayer tengah dalam peroses merubah-rubah belog ni.


disebabkan pengetahuan yang agak noob dalam bidang html ni, maka nya sayer mengambik keputusan untuk pakai je la pape yang dah di provide. kalau sayer rajin nanti-nanti la akan digodek-godek code tuh. apa yang pasti header kat atas ni for temporary use sahajer..nanti kalau dah ada idea yang best nak ganti yang baru.


oh..disini jugak sayer memohon maaf kepada mereka-mereka yang macam tercarik-carik sayer, atau tertunggu-tunggu sayer atau pape je la yang berkaitan ngan sayer, sayer tak hilang yerr..sayer ader jerr cuma ter-busy sikit..sorrrrryyyy.


ehek..bunyik macam glamer jepp..tak kesah la, janji tak de yang salah faham. hiks.



tetiba rasa glamer cam Paris Hilton laks


*perasan tak sayer menggunakan kata ganti diri "sayer" dalam entry ni? rasa macamnak tempeleng lelaju je kan..*


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, January 13, 2011

Angkubah tu tak sama maksudnya dengan Aqobah, jangan salah paham tau.


tu..tu...yang dua dari kiri, yang pakai glove tu vocalis dia..perhh gua suka la suara lu!


ANGKUBAH BY TAXI

Detik dan waktu
Meninggalkan kita
Agitasi jiwa masih melanda
Beri daku, sedikit waktu

Sebelum ku terima cintamu
Pastikan ku cerminkan jiwaku
Untuk aku, cinta kamu

Menanti angkubah selimut diriku
Itulah harapan paling kau puja
Hati kamu, bima sakti

*

Dalam cinta hapuskanlah
Sisa cinta dalam jiwa
Agar bisa ku bercinta
Dalam cinta dengarkanlah
Sisa cinta dalam jiwa
Agar bisa ku mencintainya

cakap banyak pon tak guna derr, pegi youtube sendiri la kalau nak headbanging ngan lagu ni.
Credit to : myliriklagu.com


NotaKaki : maksuda angkubah ni apa ek?
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

What do you do, when you miss someone so much?

current mood : all of a sudden, i miss everyone.



CAN I KEEP YOU?
say yesss pleaseeee......



I'll admit it.

i'll think about you....sometimes.

i dun think of how much i miss you.

i dun think of how we belong together.

i dun think of how you hurt me.

i think of the good times we had.

i think of the times you make me laugh until i cried.

i think of the times we spent talking until midnite.

i think of the moon that make you smile.

i think of fun times we had.

i dun miss you.

i miss them.





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA