Sunday, January 16, 2011

Cara minum pon boleh tentukan personaliti seseorang.




hello!!! whats up yawww....


dah minum kopi belom? kalau belom..sila la ke mana-mana kopitiam yang berdekatan atau kalau terlebih rajin boleh la jugak kalau nak mencabar diri membacuh kopi seniri..mana tau kot-kot la nak peraktis awal-awal kan..kot esok-esok ni mak mentua datang rumah nak merisik ke kan boleh bagi dorang merasa kopi bancuhan air tangan korang...ala bak kata pepatah tuh, dari kopi, jatuh ke hati youuuu!!


apa-apa hal pon aku nak tegaskan kat sini bahwasanya aku tak hingin pon nak cerita bab-bab kopi atau cara-cara nak bancuh kopi. tapi aku nak cerita pasal cawan. yupp cawan. ala cawan yang selalu kita guna untuk nak minum air tuh..selalunya dalam cawan orang akan serve air kopi atau teh..atau pape je jenis minuman panas dalam cawan. cawan dan gelas ada beza tau.


ni ada kesah benar yang aku nak cerita kat sini. kesah aku dan cawan. heh bunyi macam pelik je tajuk, tak market langsung, buat tajuk cerpen pun belom tentu ada orang nak baca..tapi pedulikan semua tu janji kesah aku dan cawan ni dijadikan teladan buat sesapa yang membaca *muka suci*.


aku ni ada satu tabiat yang boleh dikatakan agak pelik (semua tabiat aku pelik sebenarnya). tabiat pelik ni terjadi sebab masa dulu-dulu aku suka layan diri seniri bak seorang diva..itu tak boleh, ini tak boleh..itu jijik, ini kotor..macam-macam lagi la..pendek kata memang annoying gila la kalau sesapa perasan perangai aku ni. tapi selalunya aku lebih bersikap macho ah sampai ada yang tak perasaan sebenarnya dorang berkawan ngan seorang perempuan yang luar biasa annoying. well cover macho itu penting beb, kang tak pepasal lak kena ban. kes naya tuh.


berbalik kepada cerita cawan. aku rasa tak ramai orang sekeliling aku perasan yang aku ada tabiat pelik bila minum air dalam cawan.







perhatikan bentuk cawan diatas..yeeerr aku tahu, memang takda yang pelik pon..aku suruh perhati je bukan suruh korang buat andaian ke tafsiran ke apa ke..perhati je betol-betol.


bentuk permukaannya bulat. diserikan lagi dengan seutas tangkai dibahagian tepi tu. persetankan sebentar tentang corak yang ada pada cawan tersebut. fokus pada tangkai sahaja.


kebanyakkan orang kalau minum air dalam cawan mesti tak kesah kan nak hinggapkan bibir dorang kat mana-mana permukaan cawan tuh. tapi aku tak. aku kan bajet diva..mestila cara minum pon kena lain betol tak?


korang nak tahu tak tangkai dekat cawan tu la merupakan penanda yang paling penting bagi aku setiap kali nak minum air dalam cawan. selalunya aku akan tengok tangkai tu dulu, lepas tu buat ukuran 180 darjah mengikut putaran jam kemudian bila dah yakin baru aku hinggapkan bibir aku kat cawan tu dan.... minum! ala nak senang kira, tengok tangkai tu lepas tu amek port yang bertentangan tangkai.


nak tahu kenapa aku buat macam tu?sebab aku geli. dulu kalau pegi kedai, pastu order teh tarik mesti dorang serve dalam cawan, takde straw. aku selalu pikir mesti dah banyak mulut-mulut yang guna cawan ni..kalau family member aku tak pa la..ni dah campur 1Malaysia..fuhhh tanak ah aku..tak pepasal nak comolot secara tak sengaja kat cawan ni..yuckkks!



sampai sekarang ni la aku akan minum cara aku tu kalau dalam cawan la. kat rumah tak pe..kalau kat luar la aku agak demand sikit. kat rumah-rumah orang pon aku buat macam tu jugak. mujur tuan rumah tak perasan hehehe.


aku rasa okey je minum macam ni.as long as aku tak rasa geli sudah. lagipon aku rasa tak ramai orang yang minum macam ni kan selalunya orang main bedal minum je mana-mana bahagian pon..tak sempat ah nak pikir geli ke tak, 1Malaysia ke tak, comolot ke tak..janji boleh minum kan...aku  je selalu macam ni..konon jaga kebersihan la sangat kan..ha ha ha..whatever la janji aku bahagia.


so agak-agak ada lagi ke orang yang bajet diva perangai tak boleh blah macam aku yerr.


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

Odd Casablancas said...

Odd x faham sebenarnya gaya mcm ane Erin minum. Demo pls.

acip x said...

Gua same bro konon nk jg kesihtan x nk kene pnyakit lh sngt haha