ok baiklah sebenarnya ini adalah entry tertunggak yerr adik adik sekelian. dah nama pon tertunggak harus la bayarnya pon lambat kan..so maaf ye sebab rasanya entry ni tertunggak selama duahari sebelum aku betol-betol tempek kat belog aku yang chun melecun ni...awwww puji belog sendiri ok. nak harap kau puji, alamatnya Innalillah dulu la belog aku yang gojes ni kan.
so baiklah tanpa membuangkan masa kamu semua pon adoi..aku mempersembahkan cerita disebalik cerita tentang pembikinan Pertemuan Kami Blogger Pantastic yang lebih menggerunkan dari cerita Jurasic Park yang maha hebat iteww. ala senang citer behind the scene lah ye....
sebelum itewww para crew yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah...jeng-jeng-jeng...
seperti yang tertera di atas..crew-crew yang terlibat tersangat lah hot sehinggakan kemera yang meng-captured gambar mereka pon terpaksa memblurkan diri bagi megelak identiti crew-crew ini terbongkar..walaubagaimanapon pihak kami sempat jua menkandid kan barang sehelai dua gambar mereka-meraka yang terlalu wanted di dalam crew ini. mereka adalah..
budak skolah yang sumpah under age..dan kalau sesapa ada mengalami masalah kehilangan
Kunci Loker boleh la menggunakan khidmat beliau yang diatas ini kerana kami pasti beliau mempunyai terlalu banyak stock-stock kunci loker lama untuk diberikan kepada anda semua.
ok..bro ni pulak..err nama manje-comel-intan-payung-ketipung-ketapangnya ialah Bunny. nama heronya pulak
Sham. dikatakan hanya golongan-golongan aweksss sahaja yang boleh memanggilnya dengan nama heronya. sekali tengok macam ganass tapi sekali dia keluarkan cerita asal usulnya sambil membuat gaya tangan lurus ke hadapan..kompem dia ni jugak tergolong dalam stock-stock JOZAN and the gang #kakirewang.
si adek manes yang kelihatan rendah pabila duduk dan tinggi macam galah pabila berdiri ni namanya
Atin. err beliau walaupon kelihatan ayu berseri akibat pengunaan bedak sejuk diwaktu malam namun beliau sebenarnya tersangatlah suka bergossip sehinggakan beliau amat menantikan kehadiran kami untuk membawa sajian gossip petang bersama beliau..#ohman!
si pinky yang kelihatan sedang memikirkan sesuatu ini namanya
Maira. sebenarnya saat poto ini dirakam, beliau sedang kehilangan frame kaca yang baru dibeli sebentar tadi..ishishish kami disini turutlah jugak mensimpatikan diri terhadap kehilangan frame kaca beliau iteww dan diharapkan cik Maira akan terus success dalam bisness bunga-bungaan beliau.
tentunya kalian tertanya-tanya dimanakah citer behind the scene yang aku sebutkan diatas tadi? oh ya lupa pulak aku nak bagitau yang sebenarnya memang takda pon citer behind the scene iteww melainkan citer si
Yaya Budak Suka Embun yang hampir-hampir nak pitam sebab nebes sangat pestime nak jumpak blogger pemes macam yang kat atas ni.
Hidir Yang Dir yang pada mulanya sedang bertabah tetapi kecundang jua dengan sepinggan ke sepiring entah Sizzling Mee dan cerita
Abang Naim yang kacak terlepas dari cengkaman
bini number satunya.
memandangkan aku pon dah lenguh jari nak taip panjang-panjang maka aku sudahkan karangan berformat laporan ini dengan sekalung penghargaan yang tak terhingga kepada yang hadir dan semoga kita dapat berjumpa lagi dilain hari. sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
psst pssst pecah kaca pecah gelas sudah baca kena balas.
TENKS FOR READING
LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA