Wednesday, August 3, 2011

Ahlan Ya Ramadhan!




hari ni dah masuk hari yang ketiga kita berpuasa dan malam yang keempat untuk terawih dan aku pulak baru terhegeh-hegeh nak buat entry posa...orang lain dah siap sedia ngan list 30hari posa 30 entry aku pulak semakin hari semakin baloq nak buat entry..opss lupa nak bagitau baloq tu dalam bahasa utagha maksudya segan. segan tu bukan malu..segan tu maksudnya malas ok...kan dah terlanjur jadi Cikgu Bahasa pulak kat sini.


well anyway berbalik pada tajuk asal ya. Ramadhan baru ja memunculkan dirinya dan aku rasa sebagai seorang Muslim yang berpegang pada jalan Allah mesti kau semua dah sedia maklum akan syarat-syarat wajib dalam bulan Ramadhan ni...jangan pulak siang-siang hari dok buat hilang ingatan dok pi hisap rokok buang sedas..gamaknya memang dah teringin sangat la tu nak masuk liang lahad kan?


aku nak sentuh sikit la pasal bulan posa ni..posa tu dah tentu tentu la wajib kan untuk kita dan secara pakejnya Ramadhan diturunkan Allah berserta dengan Solat Terawih yang sunat dilakukan selepas kita berbuka. dan fadhilat terawih itu sendiri memang sangat-sangat dinantikan oleh orang-orang yang beriman. aku sendiri pon kalau boleh nak jugak buat tiap-tiap malam, tapi disebabkan tuntutan kerja aku yang tak menentu terpaksa la aku let go kan malam-malam yang aku kena kerja tu.


macam malam semalam ni aku offday so sempat jugak la aku jadi tetamu kat rumah Allah sekali lagi. kat tempat aku ni dorang buat teraweh 8 rakaat ja. tapi lepas 4 rakaat dorang setop kejap sebab bagi laluan untuk tazkirah. alhamdulillah dari awal Ramadhan sampai la hujung Ramadhan akan sentiasa ada tazkirah setiap malam.


ada satu perkara yang interesting aku nak share kat sini masa tazkirah semalam. dari segi pengisian nya memang terlalu mantap lah kalau nak diceritakan balik..tapi ada satu benda yang betol-betol buat aku impressed sangat-sangat semalam. tazkirah semalam disampaikan oleh seorang tahfiz kecil yang hanya berumur 10tahun yang masih lagi menuntut di Maahad di Lombok. dari setiap butir bicaranya memang sangat-sangat mengkagumkan. setiap bait ucapannya penuh dengan semangat kecintaan terhadap agamanya..memang aku speechless habes, terpaku, terkesima semua pon ada. first time aku tengok keadaan ni secara real. selalunya benda-benda macam ni aku tengok kat youtube aja.




dalam hati terdetik jugak perasaan malu ngan tahfiz kecil tu. ilmunya macam dah setinggi gunung walaupon berkali-kali dia tegaskan yang dia masih seorang anak kecil yang baru menghafaz Al-Quran belom lagi layak untuk membimbing apatah lagi memberi ceramah..sekadar berkongsi apa yang dia tahu saja..serius aku tak boleh lupa bait-bait ucapan dia..indah betol ciptaan Allah yang satu ni.


dalam hati memang berharap lah Tahfiz kecil tu dapat bagi ceramah lagi walaupon macam impossible sebab dia tinggal di Lombok, setahun sekali ja datang bagi tazkirah kat sini. apa pon aku berdoa yang tahfiz kecil tu akan menjadi orang yang hebat nanti. orang yang dapat membimbing saudara seagamanya ke jalan yang di redhai Allah...Amin!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment:

siti kektus said...

10 tahun? maai. bagusnya budak tu. kite yang umur 21 ni pon masih terkial2 lg. sobs.