Monday, August 8, 2011

Fenomena Rakyat Jelata Dahulu Kala.

hari ni aku nak share sumthing yang penah jadi fenomena kat Malaysia ni dulu. aku rasa semua makhluk yang pernah bermastautin di negara yang bergelar Malaysia pada tahun 90-an kompem pernah terjangkit ngan virus yang dibawak oleh Kumpulan Senario satu ketika dulu...betol tak??





ampa jangan nak tipu naa...sapa kata tak penah minat tu nampak sangat la pembohong. masa Senario tengah top meletop-letop macam karipap panas kat gerai MakCik Bedah dulu time tu aku baru dok ngaji sekolah rendah. setiap minggu mesti aku nak kena tengok Senario...addicted gila kot. biasaklah budak-budak bawah umor mudah terpengaruh ngan benda-benda yang fun yang boleh menggeletek ususnya. time tu walao macam mana banggang sekalipon lawak Senario tu aku tetap rasa best sampai kembang kempis hidung punya dok pulun tengok. 


masa zaman tu jugak, penggunaan video tape sangat pemes hokeyh. aku pon apalagi everytime ada ja cita Senario kat tibi tiga kompem aku akan tape-kan setiap episode. kalau aku tak sempat nak tape-kan aku paksa pulak mak atau abah aku suruh dorang buat. memang kat rumah aku dah reserved dah tape kosong untuk nak record  cita Senario saja ok! nampak tak..betapa besarnya pengaruh Senario pada seorang kanak-kanak yang sedang ingin membesar tatkala itewww sampai sanggup berget ready ngan video tapenya setiap minggu..gigih sungguh kanak-kanak iteww  kan....oh tacing!





tapi sekarang semua video-video tu dah pi mana pon tak tau..sejak-sejak video player aku jahanam lingkup musnah dikerjakan adik aku..terus abah aku ganti ngan vcd player pulak. dan sejak itu jugak la berlakunya satu evolusi baru..aku dah tak minat nak tape-tape ni lagi.  lagipon dari semasa ke semasa Senario dah macam hilang taring pulak. sampai aku yang buleh dikatakan peminat pantastic melestik dorang pon dah macam tak berapa nak melestik sangat la ngan lawak-lawak Senario ni..penah jugak aku harap yang Senario dapat jadi macam Senario yang berbelas-belas tahun dulu..namun..harapan hanya tinggal harapan! oh dah macam rancangan Edisi Siasat pulak dah ni.


dulu dalam Senario aku suka sangat ngan karekter Hamdan Yahya, Ilya Buang ngan Farouk Hussien. memang 3-3 karakter ni terlalu best tahap Megat Dewa lah cakap lu! lepas tu bila dah 3-3 karakter ni tarik diri..aku rasa macam hampa gila..memang frustrated sangat...korang paham tak aku time tu baru dok sekolah rendah lagi..tapi dah pandai kot nak frust-frust ni bila karakter kesukaan tarik diri...nampak tak betapa aku matang terlalu awal dalam berperasaan masa tu?kihkihkih..dari dulu sampai sekarang aku harap sangat Senario dapat buat reunion balik..form grup member Senario yang lama macam Hamdan,Ilya,Farouk,Wahid,Azlee ngan Lan.


HAMDAN 

ILYA

FAROUK


kat bawah ni aku share antara episod yang selalu bertakhta dihati ku...



Episode : Senario Jejak Kasihan part 2



apa pon bagi aku Senario tetap Legend. eventho sekarang dah ada Maharaja Lawak (dan aku salah seorang peminat pantastik Johan) aku rasa tak salah kalau Senario cuba bersaing secara sihat ngan pelapis-pelapis pelawak baru tanah air =)



NotaKakiErin : Senario Jejak Kasihan ada Part 1 and Part 2..atas sebab-sebab yang kurang pasti, aku hanya buleh share part 2 ja kat sini..tapi kalau ampa rasa nak tengok part 1 punya..kelik aja kat Youtube memang ada part 1 kat situ.

-pics adalah ehsan dari google.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

6 comments:

Qamaruls said...

haha dulu waktu aku jadi soundman aku penah sekali kerja ngn Azlee.

tapi die jadi pengacara laa.
memang kelakar tak ingat die.

tapi lawak dulu2 laa yg kite2 je paham kan. hehe

H Y D E said...

bila pulok farouk hussien ni ahli senario?

eh suka la play tape-tape ni. kalau tekan rewind atau forward gambar jadi laju. lawak pulak hehehe

mR.bUnY said...

hahaha..btui la dulu2 ponya lwak..klu tgk blk mmg best kot..hahha...msig2 geng2 ni fresh lg kn...la tua2 agak slow la..tp mmg terbaek la....

visitme@FaTiN cOrNeR said...

senario..evergreen...

Akulah Pak Lan said...

senario skrg tak best...kena buat group lawak baru...

zezolla_atin said...

dsapat bayangkan kak erin gelak time tgk senario kecik2 dulu .ahahaha . like like like like like !!!!