Thursday, November 4, 2010

Aku bukan siapa-siapa.

aku bukan siapa-siapa

yang boleh buat kau ketawa,
yang boleh buat kau gembira,
yang boleh buat kau riang sentiasa.

aku bukan siapa-siapa

yang dapat tenang kan hatimu saat kau berduka,
yang boleh kau kongsi segala isi rasa,
yang boleh kau sayangi sepenuh jiwa.

aku bukan siapa-siapa

yang mampu memberi apa yang kau pinta,
yang boleh sentiasa dekat saat kau beroleh bahagia,
yang mampu terseyum saat kau bersama dia.

aku bukan siapa-siapa

dan sentiasa sedar aku bukan siapa-siapa.........


+ + + + + + + + + + + + +

hape jadahnya ntah aku buat benda ni...memang tak menggambarkan emosi aku langsung.  t______t!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Naseb baik aku cool.

kringg kringg kringg..

telefon rumah so takda la nak ada bunyi artis menyanyi segala. baiklah conversation ni di antara aku dengan..err err ntah aku tak tau pulak nama caller tu sapa..mari kita panggil beliau dengan panggilan lahabau..eh tak suweet la nampak macam ganas pulak, emmm ok ok..Johan TendangBola la, nampak best sikit.

Semalam

aku : hello?

Johan TendangBola : hello, AM Bank?

aku : wrong number! (biler masa pulak rumah aku ni jadi AM Bank)

Johan TendangBola : oh err sorry...

aku : orait. (ngatkan nak ngorat..hampeh..)



* * * * * * * * * * * * * *

 Hari ni

kringg kringg kringg...

aku : hello?

Johan TendangBola : AM Bank?

aku : what??ni rumah orang la.....

Johan TendangBola : oh sorry sorry..wrong number.

aku : orait...grrrr...

- - - - - - - - - - - - - - - -

satu je aku nak tanya ni. biler masa lak umah aku dah jadi pejabat AM Bank ntah? kot-kot la mata aku yang silap an..aku keluar umah tengok bentuk rumah aku still sama lagi takdak pon iras-iras AM Bank tuh, hatta secalit kaler merah pon takdak...so haper jadahnya yang dorang ni syik dok call pastu terus mention "AM Bank?"

aku tak tau la pulak second caller tu orang yang sama ke tak, tapi kalau dah call pastu mention benda yang sama...sapa lagi tentu-tentu la orang yang sama.

ni tak termasuk lagi yang call nak mintak cakap ngan orang-orang yang tahsapasapa yang sumpah aku dengar nama dia pon aku tak kenal.

ari ni Am Bank tah besok lusa hape pulak la...Hospital Bahagia Tampoi pulak kot.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, November 3, 2010

Laki aku suka Fasha Sandha??Ok??

sila kelik untuk tumbesaran image


baiklah aku tanak buat entry ni, memang tanak buat. tapi terpaksa sangat. yerr sangat terpaksa, agar ada hati yang tak terkecewa maka dengan gigih dan jari jemari berkobar-kobar, aku mulakan jugak taip-an aku terhadap tajuk ni.

korang nampak tak tu dia seniri yang memaksa aku kan, aku tanak..demi untuk tidak mengecewakan hati suami angkat tak bertauliah aku ni, aku realisasikan la jugak impian dia tuh.

bagi sesiapa yang tak mengenali Incik Joe Sam Armstrong ni, buley la add dia kat facebook nun. tuh nama glamer ala-ala omputeh dia. since dia seniri tak dedahkan nama melayu dia maka aku pon malas la nak buat sessi ta'aruf nama melayu dia kat sini.

jap..pehal tah aku sebok-sebok nak buat entry ni pasal dia? ha meh layan auta fakta yang aku jumpak kat fb dia.....

....

...

..

.




korang nampak tak yang aku bulatkan kat status dia tu?

gile senget penat tak hengat meletop habess...In a Relationship with Fasha Sanda kott!!!

baiklah sila abaikan status dia, ataupun sila buat-buat tak nampak status yang terpampang tuh tolong la aku merayu ni...buat-buat tak nampak okeh.

well Incik Joe, seriusly kalau you betray I pon, I tak kesah, because one day, you'll know that cheap women only wants your money...ehem-ehem you dah ada heli ke sampai dia sangkut kat you tu ha? owh selama ni you tipu I la kan...kedit habess la, duet tak cukup la, rupanya you bagi kat dia semua..argghh...you ni kan....

oppss sorry teremosi pulak..takpe-takpe itu nanti aku kowtim seniri ngan Incik Joe. siap ah...kuali belangga terbang la malam ni...ambulance, bomba sila besiap sedia. ada orang akan tercedera malam ni.

okeh dah dah..aku dah tak buley kawal emosi ni, sebelom aku gigit lappy ni macam aku gigit beskut, baik aku tammat kan entry ni secepat mungkin.

NotaKaki : ni la jadinya bila kebosanan tahap gajah melanda...keja nak mental je memanjang, Incik Joe hope awak akan gembira ngan dia...miahahahah ( gelak jahat tapi comell ) 



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saya selalu tengok wall awak bila saya rindu...super annoying.




kalau ada antara readers sekelian yang dah join grup ni kat fb, aku mintak maaf la yerr, tujuan aku buat entry ni bukan la nak mengutuk ke hape, tapi just nak share pendapat dan hape jadahnya yang aku rasa bila aku tengok wall "awak" bila aku rindu.

seyes aku takkan tengok wall "awak" kalau aku rindu. sebab benda tu akan lagi menyakitkan aku. mungkin hormon emo aku tengah naik sekarang sebab tu la issue sekecik ni pon buley jadi hal dengan aku.

aku tak suka nak buat entry jiwang-jiwang senandung karat ni, but i have to, sumtimes aku perlukan medium untuk nak lepas geram...fb tu da puas dah aku tenyeh segala, sekarang ni aku cuba beralih kat blog pulak, lagi satu kat fb tu aku femes sangat, sekarang kalau nak post pape pon kena pikir 2 3 kali gak, compared to blog, huff gasak aku la nak melalak bebila masa pon...privacy pon terjamin.

back to our topic, mungkin orang-orang yang suke grup tuh memang dorang tuh berhati mulia la kot sebab bila nak rindu-rindu je mesty nak bukak wall "awak" konon lepas rindu la tu. well aku suatu ketika dulu pon penah la jugak terhegeh-hegeh bukak wall "awak" tapi sekarang aku rasa dah tak da apa yang tinggal. kalau la terlintas nak bukak wall "awak" tu terus cepat-cepat aku matikan niat pastu kalau teruk sangat aku off je laptop terus. habis citer.

aku tak pernah benci dekat "awak" tapi situasi antara aku dengan "awak" sangat complicated kadang-kadang buat aku letih, putus harapan..nak gantung diri..eh tak, dosa tu..nak larikan diri semua ada. dah bertahun kes aku ni, tapi sampai sekarang tak setel jugak, mujur ada Cikgu Siti, member ponteng sekolah sama-sama dulu. beliau la yang selalu ikut campur dalam hal ni..ceh padahal aku yang mengadu kat dia.

Cikgu Siti punya statement "aku nak tengok ending citer ang ni cemana". sumpah weh aku takot nak tunggu sampai ending citer aku ni. is either aku yang kiok ataupon aku yang merana..uiihh takmao laa takot, thats why aku dah buat Misi 8 Tahun. aku takmao hidop aku haru biru disebabkan "awak". adil ke kalau aku merana tapi "awak" happy bergembira?

please aku takan menggemis kat "awak". satu hari nanti bila "awak" dah sedar yang aku ni yang terbaik, time tu aku dah tak ada lagi untuk "awak". aku dah takan selalu ada dengan "awak". aku takan selamanya ada untuk dengar "awak". "awak" if you reading this..aku sangat-sangat maksudkan apa yang aku kata.
kita takan buley selamanya hidop dengan keadaan macam ni, sampai masa nanti baru kita akan tawu, sapa yang perlu sapa.

hati...tolonglah wujudkan sedikit kebencian buat insan yang bergelar "awak" tu. sebab aku tak buley hidop berterusan macam ni. aku tak suka ok.


ha ni aku sempat tangkap antara member-member aku yang dah join, readers out there, feel free to join ya bukanya ada pape pon. aku sumpah takan join grup ni, sebab ideologi aku sah-sah bertentangan walaupon dah ramai orang yang join grup ni sekarang..well aku tetap aku takan join!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Hidup bertambah best bila join contest Cik Jelly Beku, hadiah dari London tuuu..




Nak hadiah tak?

bukan sebarang hadiah weyh tak main la Malaysia punya hadiah, kali ni sapa masuk contest ni dapat hadiah dari London tu.

serius tak tipu, blogger yang buat contest ni memang stay kat oversea jadi,  hadiah yang bakal korang dapat kalau korang menang contest dia ni tentu-tentu la hadiah dari luar negara kan.

peduli la hadiah apa pon janji hadiahkan...yang penting, luar negara ok...yee luar negara.


MAHU JOIN CONTEST??

senang jer, nak join contest ni, korang  perlu pastikan yang korang dah pon melaksankan tugas-tugas kat bawah ni kat

1. Mesti Jadi follower blog http://jelly-beku.blogspot.com/

2. Ambik poster tu pas tuh letak kat blog u all (Jangan remove sampai contest nie tamat)

3. Buat satu post yang bertajuk "Mari Join contest Jelly beku dan dapatkan hadiah dari London". Post tu mesti dalam BI atau BM jer. The post must be paling kurang 8 patah perkataan. (noks minta sikit jer)

4. Post tu mesti di link kan dengan blog Jelly Beku




Biler tarikh tutup and result?

Tarikh tutup is on the 10th of NOV jam 12 am (UK time)

dan result akan diumumkan 2 hari selepas tarikh tutup





Sistem pengadilan

Jelly Beku akan menjadi pengadil and akan menilai post yang u all

letak kat blog u all. Post tu boleh yang lucu,bosan,boring,

marah, or whatever!!!!!





Contoh

"Join lah contest jelly beku..kesian dier x de org nak join"

"Untuk hidup yang lebih aman dan damai join lah contest jelly beku"

"Hidup dijamin lebih bahagia dengan menyertai contest jelly beku"



tunggu hape lagi kengkawan, rajin-rajinkan la jari jemari anda yang lemah gemalai tuh join contest ni..sumpah best!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tipu yang dibuat oleh The Rock.




aku yakin korang semua tak rabun lagi kan..buley nampak kan pelakon-pelakon diatas..tak perlu aku buat sessi ta'aruf  kot.

nampak tak Samuel L Jackson ngan si The Rock tuh? cool kan..cam polis yang tuff lagi perkasa hebatnya. seriusly dalam citer ni dorang memang sangat hebat.

well, tadi petang dengan keadaan cuaca yang agak kurang baik kat sebelah Utara ni, aku ngan Incik Bmw sempat aje melayan citer ni.

overall memang awesome. dengan perasaan teruja aku dah dapat imagine cemana la hero aku si tuff The Rock beraksi, mesty beliau bakal melakukan adegan-adegan yang gempak kan. salah satu yang buat aku nak sangat tonton citer ni sebab The Rock ada la..Incik Bmw lak, sebab dia minat action muvie.

setelah ditimbang tara kitaorang pon decide amek citer ni la, memang puas hati, jalan citer semua kira best gak la..sebab citer ni takde la elemen serius tahap gaban..confirm korang tak bosan bila tengok.

tapi yang buat aku rasa kurang best tu kan...pasal hero aku ni la..The Rock, kenapa? kenapa? kenapa? haa tiga kali kenapa tuh..kenapa buat aku cam ni? aku tertipu tawu tak...sumpah tak sangka, The Rock sanggup tipu aku..tempek je gambar dia sebesar-besar alam kat poster filem tapi tak sampai setengah...arghh...oh tidakk.....

aku kecewa..terima kaseh sayangku The Rock..semoga berbahagia...



NotaKakiErinAzizan : pegy la tengok citer ni kalau korang nak tawu nape aku jadi sawan ayam.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, November 2, 2010

....ye betol tu Fasha Sandha saya benci awak!




AMARAN : kepada penggemar artis diatas, well aku terpaksa buat entry ni sebab Fasha anda sangat bahagia bila dibenci..and yess i hate you Fasha Sandha.


sebenarnya aku bukan la pesakit psiko yang terlepas dari kandang hospital mental yang dah macam sepuluh bulan tak baca paper pastu bila ja jumpa paper terbuang terus nak review...no, no, no...

aku agak up-to-date sikit dari orang psiko terbabit sebabnya tiap hari mata aku disogokkan dengan bacaan paper dalam dan luar negara, so confirm-confirm la aku tak pernah ada pertalian ngan pesakit psiko tu.

oh no...agak menyimpang dari topic kita ye....sebelum tu, aku mintak korang bukak mata luas-luas sikit baca tajuk dalam gambar kat atas tu..nampakkan.?? "Fasha bahagia dibenci"

so hape yang ditunggu lagi jom la kita benci dia wahai kengkawan yang budiman. bukan ke dia cakap yang dia akan bahagia billa dibenci? so aku yang confirm-confirm tak suka kat dia ni lagi la seronok, bila dah si Fasha Sandha ni bagi green-light suruh orang benci dia, maka dengan ini aku secara berleluasanya akan sentiasa terus membenci anda wahai Fasha Sandha.

terima kaseyy jugak la pada penulis yang buat title tu, aku suka betol, nak gelak guling-guling pastu hantuk kepala kat dinding pon ada. papehal pon aku still rasa yang penulis ni saja nak buat title gempak, biar orang-orang macam aku tertarik nak membaca..dan sekalung tahniah sebab berjaya menarik minat aku.

dan sekali lagi seperti yang aku dah duga, aku tertipu dengan tajuk diatas, cerita dalam paper tak menggambarkan langsung maksud ayat tu. tak de pon citer-citer yang dia dibenci tahap melampau.

dan suka untuk aku ingatkan kat korang semua yang....benci-membenci tu tak baik tau, dosa...tapi aku still nak marah penulis tu, pesal buat aku tertipu dengan tajuk.....



"Fasha bahagia dibenci"




NotaKakiErinAzizan : kalau nak baca citer selanjutnya buley la selak paper kosmo ahad 31 oktober..


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA