Wednesday, November 3, 2010

Saya selalu tengok wall awak bila saya rindu...super annoying.




kalau ada antara readers sekelian yang dah join grup ni kat fb, aku mintak maaf la yerr, tujuan aku buat entry ni bukan la nak mengutuk ke hape, tapi just nak share pendapat dan hape jadahnya yang aku rasa bila aku tengok wall "awak" bila aku rindu.

seyes aku takkan tengok wall "awak" kalau aku rindu. sebab benda tu akan lagi menyakitkan aku. mungkin hormon emo aku tengah naik sekarang sebab tu la issue sekecik ni pon buley jadi hal dengan aku.

aku tak suka nak buat entry jiwang-jiwang senandung karat ni, but i have to, sumtimes aku perlukan medium untuk nak lepas geram...fb tu da puas dah aku tenyeh segala, sekarang ni aku cuba beralih kat blog pulak, lagi satu kat fb tu aku femes sangat, sekarang kalau nak post pape pon kena pikir 2 3 kali gak, compared to blog, huff gasak aku la nak melalak bebila masa pon...privacy pon terjamin.

back to our topic, mungkin orang-orang yang suke grup tuh memang dorang tuh berhati mulia la kot sebab bila nak rindu-rindu je mesty nak bukak wall "awak" konon lepas rindu la tu. well aku suatu ketika dulu pon penah la jugak terhegeh-hegeh bukak wall "awak" tapi sekarang aku rasa dah tak da apa yang tinggal. kalau la terlintas nak bukak wall "awak" tu terus cepat-cepat aku matikan niat pastu kalau teruk sangat aku off je laptop terus. habis citer.

aku tak pernah benci dekat "awak" tapi situasi antara aku dengan "awak" sangat complicated kadang-kadang buat aku letih, putus harapan..nak gantung diri..eh tak, dosa tu..nak larikan diri semua ada. dah bertahun kes aku ni, tapi sampai sekarang tak setel jugak, mujur ada Cikgu Siti, member ponteng sekolah sama-sama dulu. beliau la yang selalu ikut campur dalam hal ni..ceh padahal aku yang mengadu kat dia.

Cikgu Siti punya statement "aku nak tengok ending citer ang ni cemana". sumpah weh aku takot nak tunggu sampai ending citer aku ni. is either aku yang kiok ataupon aku yang merana..uiihh takmao laa takot, thats why aku dah buat Misi 8 Tahun. aku takmao hidop aku haru biru disebabkan "awak". adil ke kalau aku merana tapi "awak" happy bergembira?

please aku takan menggemis kat "awak". satu hari nanti bila "awak" dah sedar yang aku ni yang terbaik, time tu aku dah tak ada lagi untuk "awak". aku dah takan selalu ada dengan "awak". aku takan selamanya ada untuk dengar "awak". "awak" if you reading this..aku sangat-sangat maksudkan apa yang aku kata.
kita takan buley selamanya hidop dengan keadaan macam ni, sampai masa nanti baru kita akan tawu, sapa yang perlu sapa.

hati...tolonglah wujudkan sedikit kebencian buat insan yang bergelar "awak" tu. sebab aku tak buley hidop berterusan macam ni. aku tak suka ok.


ha ni aku sempat tangkap antara member-member aku yang dah join, readers out there, feel free to join ya bukanya ada pape pon. aku sumpah takan join grup ni, sebab ideologi aku sah-sah bertentangan walaupon dah ramai orang yang join grup ni sekarang..well aku tetap aku takan join!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: