Thursday, December 9, 2010

Award dan Tag: Itu Aku.


sekali tajuk macam lagu kumpulan Sheila On Seven lak kan :

"Itu aku...heyy itu aku.. 

Taukah kau lagu yang kau suka

Taukah bintang yang kau sapa

Taukah rumah yang kau tuju

Itu Aaaaaaku..."


well, aku bukan la peminat fanatik kumpulan tu, sampai meroyan nak menyanyi kat sini yerr. masalah nya benda ni ada kaitan dengan benda alah yang kat bawah ni.



aku tak tahu la orang panggil hape benda pink tu. tapi aku tengok bentuk dia macam gigi bongsu jerk, so aku pon dengan suka hati namakan beliau sebagai gigi bongsu berkaler pink. gasak la nama jambu pon..dah sapa suruh kau kaler pink kan..lalalala.


okeh aku gurau kasar ek..jangan amek hati, amek jantung takpe. jom proceed. aku ni sebenarnya tanpa-suka-dan-rela telah di-tag oleh MissTeddy yang tak suka makan ayam untuk melakukan pembedahan terhadap tag ni. walau terpaksa aku buat jua demi beliau.


antara benda wajibul ghunnah yang harus dibuat ialah :

  • copy dan paste-kan gigi bongsu berkaler pink tu.
  • upload picture(s) yang cool, hot, sexy, chun, poyo yang anda ada.
  • tajuk 'Itu Aku'
  • introduce diri sendiri (aku tak suka yang ni arrgghhh!!)
  • buat atau bagi wish untuk bulan Disember ni.
  • tag 5 follower anda.

    *   *   *   *   *   *   *

Itu Aku


ok here we come for my first picture. aku rasa cool giler pic ni :


acting like a cleaner..uhh I mean a super-duper-hot cleaner. kau ada?


next, muka tak siap. there's no make up put on my face..natural beaty andthebeast and of cosla poyo :


tulang tengkuk aku agak lembik sikit, so mana-mana jerr tempat aku nampak leh landing, memang aku landing.


and the last one, picture bajet hot :


entahlah memang aku rasa hot pon, kat hall ni air-cond macam tak pasang jerk time tu.

nama aku erin...sebut betul-betul..erinnnnnn!!!
i'm forever 21..dah jangan pertikai soal umur..umur tu kan hanya satu angka.
aku dilahirkan untuk menjadi ottromen taro, tapi sampai sekarang tak jadi-jadi lagi.
aku pantang tengok teddy bear,kalau pegy kedai rasa macam nak anggut jerr semua teddy bear kat kedai tu.
aku hormat kat kucing, thats why selama ni aku tak pernah sentuh kucing tapi aku ada dua plush toy ber-replika kucing yang diberi jolok-kan Betmen jr ngan Marie (2-2 tu org kasi).
aku suka jalan-jalan..tak suka shopping(ini tipu).
garang,sombong tak kena tempat,bengis dan suka menghisap darah orang..bukan sifat aku.
aku ni ala-ala perempuan suci macam Mahsuri dulu..sifatnya semua baik-baik belaka..kahkahkah.


setop!! setop!! setop!!..kan aku dah cakap aku tak suka intro diri sendiri tengok kan aku dah sengaja puji diri sendiri tahap hyperbola.


wish aku untuk bulan Disember ni..aku harap sangat Disember aku tak sucks macam tahun lepas. dan setakat ni semuanya under control. walaupon macam nak ada masalah jerr masa awal-awal tu..tapi alhamdulillah la semua dah back to normal. syukur sangat.



yippiee..i'm done!



so dengan ini aku sangat teruja nak tag 5 lucky person yang aku pilih untuk jawab tag,dan amek award ni. mereka adalah :






those yang kena tag, sila terima darjah kebesaran ni dengan perasaan berbunga-bunga serta kembang kempiskanlah paru-paru anda tu tanda kesukaan. sekian.


chiao!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, December 8, 2010

Lu ada ke nama macam gua?


hi nama saya err err..emm aduh panjang sangat la nama..lupa sudah..tak pe-tak pe..just call me Erin jerr.


disebabkan nama betol yang berjela panjang tu, nenek sayer meng-cut-kan nama sayer menjadi Erin, short and simple..and easy to remember. perghh giler kentang kan nenek aku, bagi nama pendek pon glamer tak hingat..tapi tak kesah..gua suka nama ni..rasa macam Paris Hilton pulak. ok enough!


tapi langit tak selalunya cerah, hujan tak selalunya diwaktu petang...di sebalik nama yang glamer ni..kau tahu tak aku banyak menghadapi tekanan perasaan, jiwa dan mental masa kecik-kecik dulu? in fact masa awal-awal aku jadi student U dulu pon macam tu jugak. menjadi satu masalah besar kat aku nak menjawab bila member atau lecturer tanya "awak nama apa?".


dalam banyak-banyak member yang baru nak berkenalan ngan aku masa kat U dulu, ada la sorang minah senget ni..mulut terlebih becok. dia approach aku masa kat cafe. sembang punya sembang last-last sekali dia pon tanya "weh hang ni nama apa taktau?" aku dah mula rasa berpeluh nak jawab. ye ye..aku tau ni bukan la exam question yang killer tu..tapi susah dol nak jawab.


aku tarik nafas panjang-panjang..agak konfiden aku pon jawab "nama aku Erin" damn! aku rasa macam budak umur 7tahun baru nak masuk sekolah pulak, muka aku pulak dah panas semacam. kau kena tahu ok, dalam banyak-banyak benda  kat dunia ni..part nak introduce diri sendiri la yang paling aku benci gila babeng..meluat betoi!


dah tu si minah senget tu boleh pulak dengan slumber rockersnya sambil suap nasik dalam mulut pastu siap ada efek gelak-gelak setan dia jawab kat aku.. " fuyyoooo nama glamer tuuuu biar betoll" aku dalam hati memang menyumpah sakan ah minah ni..kepala hangguk hang glamer, yang hang pi tanya nama aku tu buat pa?tengok kan hang dah teruja bila dapat tau nama aku.


tak sempat aku respon, minah tu tanya lagi "hang ni orang mana, nama glamer semacam ja?" sekali lagi minah tu macam nak mempertikaikan nama aku kat situ. "aku orang Penang" aku jawab jugak walaupon aku rasa macam nak hentak jerr minah ni kan. "laa aku ingatkan hang ni orang belah-belah sana". duhh dah kalau nama lain sikit, orang-orang belah sana la yerk? minah ni pon satu hal la sengal jugak, sepanjang sesi ta'aruf tu aku cakap dalam version loghat utara kot, celah mana pulak aku ni 'orang belah-belah sana'. orang belah mana? haa..sendiri mau pikir dol.


dalam banyak-banyak orang yang dok tanya nama aku, peristiwa ngan minah senget tu la yang kekal dalam lipatan sejarah aku, eventhough dah 4tahun benda tu, still aku ingat moment pertama aku kenal ngan dia. sebab dia la orang yang berani comment pasai nama aku. dah tu pulak, masa first time baru-baru nak kenai kot. ish loqlaq betui la dia ni. first impression aku kt minah tu dulu..memang menyampah habes la, tapi bila dah kenai, buleh tahan masyuk jugak otak dia ni.


in fact, dia pon merupakan ahli-ahli gossip serangkai aku, dulu..kini dan selamanya...oppss lupa nak cakap, minah ni orang Penang gak, rumah dia pon tak jauh dari umah aku. kekadang bila free ada la aku lepak ngan dia sekali, dia pon kekadang ada datang umah aku jugak.


ni la minah senget yang beradab betol time nak berkenalan ngan aku dulu.



nampak tak..macam tak sudi jerr nak ber-camwhore ngan aku..kah kah kah


ah..time ni dah dapat tune gedix dah..


yippieee...muka dah comel *bajet ah* pedulikan organisma kat atas kepala aku tu, janji comel ok!


snap jangan tak snap..ayu jerr muka minah tu kan,,



oh waiii??..terharu, cahaya keimanan jelas terpancar kat muka den ni ha.



jap..baru aku tahu, kenapa la aku diberikan hidayah untuk berkawan ngan minah ni..ha tengok la gaya posing macam hape lagi..orang lain rilex jerr, yang dua orang tu melebih pulak.




nampak tak aku ngan odd casablancas time ni dok jauh gilerr. padahal time ni dah part6 kot kah kah kah


okeh berbalik kepada citer minah senget tadi tu kan, sebenarnya diatu coursemate aku. serius dol, masa dia berkenalan ngan aku kat cafe tu, aku taktau pon kata dia tu amek course sama ngan aku. ye la time tu kalau tak salah minggu orientasi..mana la aku sempat nak usha sapa budak course. course aku pulak yang masuk bukannya sikit..cecah ratus kot time tu.


eh eh..ape ni? jebon betol..patotnya aku cerita pasal asal-usul nama aku..ni dah jadi macam segmen 'Hari Ini Dalam Sejarah' pulak.


 
takpe-takpe..next episode aku story lagi. ni baru tekanan member sebaya masa kat U, tak masuk lagi tu citer zaman sekolah rendah, menengah..pastu lecturer yang putus lidah nak sebut nama aku la..ceh..menyampah!


till i wrote again...chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Task yang sangat menerujakan.

hallo hallo dan hallo..



tanak cakap banyak just nak suruh kau buat sumthing hari ni. aku tau kau pon boring macam aku jugak kan..


kalau dah terlebih boring dan tak tau nak buat ape pegy google word ni :

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


B E R U K


psttt...jawapannya sangat menerujakan..kan kan kan?? terima kasih GOOGLE !

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Argghhh puas!



sila kembalikan otak anda yang sedang kekuningan itu ke warna yang asal. hepp jangan tipu sebab aku tau mesti anda..anda..dan anda yang dihujung sana, serta anda yang distu sedang memikirkan ini adalah sejenis entry porno. sorry dol, gua tak cukup ilmu nak melucah.


puas yang aku nak war-war-kan (bukan perang yerr) kat sini jauh sama sekali dari bahan lucahan serta di-boleh-bacakan bagi segenap lapisan masyarakat.


err sebelum terlanjur lebih jauh, izinkan patik aku bertanya ada tak dalam dunia ni makhluk-makhluk yang tak pernah menangis? tak kesah la lelaki ke pompuan...ada ke??


haa...kalau jawapannya ada dan kau sendiri mengaku yang kau tak pernah menangis..nampak sangat la kau tu pembohong besar!!! ada bakat la nak ganti George Soros nanti.


jangan nak temberang ok. dalam dunia ni semua orang pernah menangis, eleh, yang lelaki tu kalau tak ngaku pon aku tahu la...jangan la kau nak cover-cover macho cakap kau tak pernah menangis. auta jerr tu.


macam mana aku tahu lelaki pon menangis?



oh puhlezz lelaki sekelian, sila tolong jangan menagis macam ni yerr, buat aku rasa nak lempang lagi ada la


yolah...dulu masa mak kau lahirkan kau..benda first yang kau buat mesti la menangis..memekak jerr satu hospital tu sampai aku nak tidur pon susah. kau tak ingat ke? haa..tahu pon aku menipu..time mak kau lahirkan kau..mana la aku tahu kau dok hospital mana, kau lahir time bila pon aku tak tahu la.


tapi yang pastinya mesti la kan kau menangis, kalau tak menangis, nanti ada la doctor-doctor tepuk-tepuk badan kau bagi berbunyi pulak..dah kalau tak berbunyi nanti dah jadi kes mati semasa dilahirkan pulak..duhh complicatednya nak eksepelen. senang-senang kau tanya la mak kau sendiri macam mana dia lahirkan kau.


tak pepasal dah melencong pulak dari tujuan asal. sebenarnya aku nak share story pasal perempuan kuat mudah menangis.tapi dah termeloncat citer kes beranak segala..tu la len kali orang muda nak citer jangan menyampuk..ni ha tengok orang muda dah lupa ngan tujuan asal dah.


kau tahu tak kenapa Tuhan ciptakan air mata untuk perempuan?


heyyh setiap benda yang berlaku dalam dunia ni, ada objektif yang tersendiri tau. termasuk la peranan air mata kepada perempuan. ini memang betul ok. kalau nak di-compare-kan lelaki dengan perempuan..of cos la perempuan lebih senang mengalirkan air mata berbanding lelaki.


tahu sebabnya kenapa?


sebab ianya lambang kepada perempuan untuk mereka mencurahkan perasaan pada bila-bila masa pon yang mereka inginkan. jangan salah paham yerr tuan-tuan semua, air mata bukan melambangkan kelemahan mereka. air mata adalah perasaan. paham tak?


sebab tu la, kalau kita tengok dalam drama-drama tibi tempatan, bila mak dia tengok anak dia berjaya dalam SPM dapat 31As pon mak dia nangis..sebab apa? sebab time tu mak dia gembira. sebab tu menagis.
eh..kejap apesal dulu time aku dapat result SPM cemerlang, gemilang dan terbilang dulu mak aku tak nangis pon?..ish confused ni...ke mak aku takde perasaan sebenarnya? mak sila jawab!


bila anak dia masuk pusat serenti pulak sebab kes hadap sangat nak lantak dadah,pon mak dia mesti menangis..sebab apa? sebab sedih anak dia jahat macam toyol.
eh kau yang jahat..toyol pulak disalahkan..sian kau toyol selalu aje jadi magsa fitnah kan..sabar ek..ah kau memang jahat pon!


amacam betol tak eksepelenasion aku ni? betul kan...airmata itu perasaan sebenarnya. aku tak kesah kalau nak menangis,sebab aku tahu, lepas menangis pastu tido, pastu bila bangun macam ada satu perasaan lega, pastu otak pon jadik ringan semua masalah pon macam terbang hilang..layan kot.


jadi kat sini suka la aku nak suggest-kan kat semua mat-mat lalok kat sana yang teringin nak rasa feeling lega, otak ringan macam yang aku cakapkan tu, sila la try aktiviti menangis ni..nescaya anda tidak akan berasa rugi langsung.


aktiviti menangis ni tidak memerlukan sebarang modal mahupon rasa kesakitan. ye la dari kau dok buang duit beli dadah pastu nak main pulak injuct-injuct segala, baik menangis, berlipat kali ganda untung weh.


jadi apa tunggu lagi? mulakanlah aktiviti menangis anda sekarang jugak sebelum terlambat!


chiao!


NotaKaki : ye aku memang kuat melalak..so what?ada aku kau berak..erk...najis tuh.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, December 7, 2010

Kalaulah Cat dapat memahami Dog.



sapa tak penah tengok citer CatDog, angkat kening cepat! memang loserrrr...


kau penah pikir tak kalau la Cat tu tak ego dan cuba untuk memahami si Dog kemungkinan perkara-perkara buruk dalam hidop dorang takan pernah berlaku.


betul tu. bagi aku Cat tu sangat ego, dia cuba nak tunjuk yang dia tu mampu buat segala..dan Dog pulak terpaksa menurut apa kemahuan Cat sebab nak menggelak dari terjadinya perbalahan.


Dog bukan loser kalau dia selalu mengalah. punca dia buat macam tu pon sebab dia sayangkan Cat. dia tahu cara untuk tunjukkan kasih sayang pada Cat..tapi Cat kadang-kadang macam fake terpaksa terima kasih sayang dari Dog. ini betul..buleh nampak kot kat muka Cat tu. fake giler!


bila ada masalah..Cat selalu nak setel sendiri, bila keadaan dah worse baru la Cat bagitau Dog. dan Dog...seperti biasa akan sentiasa ada untuk sama-sama men-setel-kan masalah tersebut.


bila dah ada dua pendapat, kadang-kadang payah untuk nak mencapai kata sepakat. sebab tu Cat selalu bergadoh dengan Dog.




punca nya simple. sebab masing-masing nak tegakkan pendirian masing-masing. tak da toleransi.


macam tu jugak dalam kehidupan kita. sepatotnya dalam menghadapi masalah, sikap toleransi patot ada dalam diri. kita tak cukup kuat untuk hadapi masalah sendiri. kita perlukan seseorang untuk berkongsi.


tanya la sapa pon dalam dunia ni..pernah tak dia berjaya men-setel-kan masalah sendiri tanpa sokongan orang lain?


Cat sebenarnya hanya perlu merendahkan egonya untuk memahami Dog. Dog selalu cuba nak memberi pendapat pada Cat. tapi Cat lebih senang bertindak sendirian tanpa bantuan Dog.


bezanya disini..walaupon Cat sedih atau susah hati ataupon rasa down, Dog akan sentiasa ada ditepi Cat. Dog pulak walaupon tahu Cat salah, akan sentiasa memaafkan Cat dan takan pernah meninggalkan Cat.


itu untungnya menjadi CatDog..walau apa pon yang terjadi dorang takan berpisah!




dan saat itu kalaulah Cat betul-betul memahami Dog...............


NotaKaki : pasni jadi cikgu tuisyen pulak..hiphip hurreyy!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Beliau yang degil.


"dok leklok kat umah..jgn jht sgt.."


it was a text message from my beb. tadi aku sempat bawak beliau pegy makan-makan dulu before hantar beliau naik bus balik Cameron. dalam sebulan dua ni beliau rajin pulak turun Penang, kekadang tu bukan nak visit aku sangat pon ada hal lain tapi gigih pulak dia curi-curi time jumpa aku.


tak kesah la, aku kalau pasal beliau memang sanggup buat apa saja..setakat nak pegy amek kat terminal pukul satu pagi macam hari jumaat minggu lepas, memang tak dak hal la. walaupon sebenarnya hati aku time tu macam nak meletop marah. tapi gua cover beb, sempat la aku perli sebakul dua. aku marah, bukan sebab beliau kacau aku..tak..tak..itu memang aku tak kesah langsung. aku marah sebab beliau tu degil.


mentang-mentang la aku tak buleh nak melawan cakap beliau kan..sesuka hati beliau jerr nak buat hape pon kan. tu la masalahnya bila orang muda macam aku ni nasihat kan beliau, bukannya beliau nak amek port pon. geram gua! (tetiba pulak tukar kata ganti diri kan...)


mujur ah malam tu bus dari Medan Gopeng ada untuk ke Butterworth, pukul 11 suku baru bertolak, of cos la pukul 1 pagi baru sampai kan. aku pulak malam tu tengah berjimba-jimba, huha sana huha sini ngan Suraya. nak berfoya-foya pon tak senang dok pikir kat beliau..ceh alasan lagi..padahal enjoy tak hingat dunia kat sana..he he he..


tak tak..serius ni, sedang enjoy macam tu pon aku dok ingat kat beliau, weh..risau kot..beliau tu extremly berani la. kalau beliau tu ottromen aku tak kesah buleh men fire-fire orang jahat..ni beliau tu hanya seorang wanita biasa yang tak dak power pon nak fire-fire ni, jauh sekali nak kick orang. aku tak ingat berapa kali aku call masa beliau dalam bus tu. yang pastinya berkali-kali la jugak. dah tu besoknya pepagi lagi beliau dah cabut balik Perlis. ish...kalut betoila diatu!


berbalik pada text message yang beliau bagi kat aku tu kan..ish aku rasa ni dah tujuhratusjutakali beliau bagi text yang sama. pastu dengan nada yang lebih kurang aku pon menjawab....


"dun worri beb, gua dah tak jahat..baik jerr selalu."

hoh...nampak sangat beliau tu tak percaya yang aku dah baik kan..erhh aku memang baik pon..dan untuk ke tujuhratussatujuta kali aku pon mengaku benda yang sama. yea aku memang baik!.


NotaKaki : kat mana pulak mak aku simpan nescafe ni???ahhh...
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Dua minggu satu hari.

assalammualaikum!


grrrr sejuk noks...gigil-gigil dah ni. aduhh ni yang buat diri pon terasa lembab sentiasa, ye la nak gerak pon susah sekarang ni. eleh..padahal, kalau hari panas pon belom tentu aku rajin nak keluar rumah..alasan je tu!


hari ni dah dua minggu satu hari keta tersadai kat workshop tu. terasa macam nak histeria je bila keta tak dak depan mata. tahu tak penting kot keta tu lebih penting dari nyawa aku....oh....tak tak aku tipu lagi..nyawa aku lebih penting ok, keta tu penting la jugak, tapi bawah sikit dari nyawa aku.


sebenarnya malas aku nak ingat-ingat balik per-is-ti-wa yang membuatkan keta tu terpaksa di-masukkan  ke dalam workshop. sakit hati. nak nak pulak bila si tukang pembaik-pulih keta tu bagitau, keta aku kena tahan kat situ at least for one month. damn!


oh terasa gelap dunia bila dengar statement macam tu. sebulan without a car..ibarat sehari tanpa necsafe..nampak tak betapa pentingnya khidmat sesebuah kereta bagi aku? penting weh...


oh tuhan..sungguh besar dugaan Mu padaku...acecece..melebih pulak kan..tak de la, aku admit la semua salah aku dol, kalau tak aku yang bawak keta tu hati-hati mesti benda ni tak jadi.


lebih kurang sebulan yang lepas aku accident masa on the way nak pegy sekolah. time tu awal pagi, gelap lagi. mujur aku tak de pape, tapi tu la keta pulak luka-luka. macam nak menangis aku tengok luka dia..besar betol.


memang time tu aku tak putus-putus blame diri aku. cemana la aku buleh ter-eksiden padahal aku kan seorang pemandu yang cekap (?). balik rumah memang aku takde mood langsung hari tu. nak marah kat orang tak boleh, sebab sah-sah salah aku kan. geram.


nasib baik la, parent aku pon macam tak menengking aku sebab benda tu, ish kalau la dorang tengking, memang aku dah bajet kot nak kemas beg, lari dari rumah..kah kah kah..tak buleh blah kan, sebab takot kena marah sampai nak lari rumah segala.


nak buat cemana, aku ni kan berhati kaca, mudah remuk kalau orang tinggi suara..erk..jangan kata aku manja pulak..aku prefer orang cakap aku sensetif. manja ngan sensetif tak sama ok!


dipendekkan segala hikayat yang ada maka suatu hari bapak aku pon menghantar la keta tu kat workshop mana entah..maka sejak dari saat itu sampai la hari ni, keta aku pon menjadi penumpang setia kat workshop tu.


dengar-dengar citer mungkin dalam minggu ni keta tu dah boleh baik..yupp awal dari tempoh yang dorang janjikan..tapi taktau la bila. tapi aku harap sangat keta tu dapat balik rumah cepat-cepat sebab aku rinduuuuu kat kau!!!!!!!!



gambar takde kena-mengena

chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA