Tuesday, December 7, 2010

Beliau yang degil.


"dok leklok kat umah..jgn jht sgt.."


it was a text message from my beb. tadi aku sempat bawak beliau pegy makan-makan dulu before hantar beliau naik bus balik Cameron. dalam sebulan dua ni beliau rajin pulak turun Penang, kekadang tu bukan nak visit aku sangat pon ada hal lain tapi gigih pulak dia curi-curi time jumpa aku.


tak kesah la, aku kalau pasal beliau memang sanggup buat apa saja..setakat nak pegy amek kat terminal pukul satu pagi macam hari jumaat minggu lepas, memang tak dak hal la. walaupon sebenarnya hati aku time tu macam nak meletop marah. tapi gua cover beb, sempat la aku perli sebakul dua. aku marah, bukan sebab beliau kacau aku..tak..tak..itu memang aku tak kesah langsung. aku marah sebab beliau tu degil.


mentang-mentang la aku tak buleh nak melawan cakap beliau kan..sesuka hati beliau jerr nak buat hape pon kan. tu la masalahnya bila orang muda macam aku ni nasihat kan beliau, bukannya beliau nak amek port pon. geram gua! (tetiba pulak tukar kata ganti diri kan...)


mujur ah malam tu bus dari Medan Gopeng ada untuk ke Butterworth, pukul 11 suku baru bertolak, of cos la pukul 1 pagi baru sampai kan. aku pulak malam tu tengah berjimba-jimba, huha sana huha sini ngan Suraya. nak berfoya-foya pon tak senang dok pikir kat beliau..ceh alasan lagi..padahal enjoy tak hingat dunia kat sana..he he he..


tak tak..serius ni, sedang enjoy macam tu pon aku dok ingat kat beliau, weh..risau kot..beliau tu extremly berani la. kalau beliau tu ottromen aku tak kesah buleh men fire-fire orang jahat..ni beliau tu hanya seorang wanita biasa yang tak dak power pon nak fire-fire ni, jauh sekali nak kick orang. aku tak ingat berapa kali aku call masa beliau dalam bus tu. yang pastinya berkali-kali la jugak. dah tu besoknya pepagi lagi beliau dah cabut balik Perlis. ish...kalut betoila diatu!


berbalik pada text message yang beliau bagi kat aku tu kan..ish aku rasa ni dah tujuhratusjutakali beliau bagi text yang sama. pastu dengan nada yang lebih kurang aku pon menjawab....


"dun worri beb, gua dah tak jahat..baik jerr selalu."

hoh...nampak sangat beliau tu tak percaya yang aku dah baik kan..erhh aku memang baik pon..dan untuk ke tujuhratussatujuta kali aku pon mengaku benda yang sama. yea aku memang baik!.


NotaKaki : kat mana pulak mak aku simpan nescafe ni???ahhh...
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: