Tuesday, December 7, 2010

Dua minggu satu hari.

assalammualaikum!


grrrr sejuk noks...gigil-gigil dah ni. aduhh ni yang buat diri pon terasa lembab sentiasa, ye la nak gerak pon susah sekarang ni. eleh..padahal, kalau hari panas pon belom tentu aku rajin nak keluar rumah..alasan je tu!


hari ni dah dua minggu satu hari keta tersadai kat workshop tu. terasa macam nak histeria je bila keta tak dak depan mata. tahu tak penting kot keta tu lebih penting dari nyawa aku....oh....tak tak aku tipu lagi..nyawa aku lebih penting ok, keta tu penting la jugak, tapi bawah sikit dari nyawa aku.


sebenarnya malas aku nak ingat-ingat balik per-is-ti-wa yang membuatkan keta tu terpaksa di-masukkan  ke dalam workshop. sakit hati. nak nak pulak bila si tukang pembaik-pulih keta tu bagitau, keta aku kena tahan kat situ at least for one month. damn!


oh terasa gelap dunia bila dengar statement macam tu. sebulan without a car..ibarat sehari tanpa necsafe..nampak tak betapa pentingnya khidmat sesebuah kereta bagi aku? penting weh...


oh tuhan..sungguh besar dugaan Mu padaku...acecece..melebih pulak kan..tak de la, aku admit la semua salah aku dol, kalau tak aku yang bawak keta tu hati-hati mesti benda ni tak jadi.


lebih kurang sebulan yang lepas aku accident masa on the way nak pegy sekolah. time tu awal pagi, gelap lagi. mujur aku tak de pape, tapi tu la keta pulak luka-luka. macam nak menangis aku tengok luka dia..besar betol.


memang time tu aku tak putus-putus blame diri aku. cemana la aku buleh ter-eksiden padahal aku kan seorang pemandu yang cekap (?). balik rumah memang aku takde mood langsung hari tu. nak marah kat orang tak boleh, sebab sah-sah salah aku kan. geram.


nasib baik la, parent aku pon macam tak menengking aku sebab benda tu, ish kalau la dorang tengking, memang aku dah bajet kot nak kemas beg, lari dari rumah..kah kah kah..tak buleh blah kan, sebab takot kena marah sampai nak lari rumah segala.


nak buat cemana, aku ni kan berhati kaca, mudah remuk kalau orang tinggi suara..erk..jangan kata aku manja pulak..aku prefer orang cakap aku sensetif. manja ngan sensetif tak sama ok!


dipendekkan segala hikayat yang ada maka suatu hari bapak aku pon menghantar la keta tu kat workshop mana entah..maka sejak dari saat itu sampai la hari ni, keta aku pon menjadi penumpang setia kat workshop tu.


dengar-dengar citer mungkin dalam minggu ni keta tu dah boleh baik..yupp awal dari tempoh yang dorang janjikan..tapi taktau la bila. tapi aku harap sangat keta tu dapat balik rumah cepat-cepat sebab aku rinduuuuu kat kau!!!!!!!!



gambar takde kena-mengena

chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: