Wednesday, December 8, 2010

Lu ada ke nama macam gua?


hi nama saya err err..emm aduh panjang sangat la nama..lupa sudah..tak pe-tak pe..just call me Erin jerr.


disebabkan nama betol yang berjela panjang tu, nenek sayer meng-cut-kan nama sayer menjadi Erin, short and simple..and easy to remember. perghh giler kentang kan nenek aku, bagi nama pendek pon glamer tak hingat..tapi tak kesah..gua suka nama ni..rasa macam Paris Hilton pulak. ok enough!


tapi langit tak selalunya cerah, hujan tak selalunya diwaktu petang...di sebalik nama yang glamer ni..kau tahu tak aku banyak menghadapi tekanan perasaan, jiwa dan mental masa kecik-kecik dulu? in fact masa awal-awal aku jadi student U dulu pon macam tu jugak. menjadi satu masalah besar kat aku nak menjawab bila member atau lecturer tanya "awak nama apa?".


dalam banyak-banyak member yang baru nak berkenalan ngan aku masa kat U dulu, ada la sorang minah senget ni..mulut terlebih becok. dia approach aku masa kat cafe. sembang punya sembang last-last sekali dia pon tanya "weh hang ni nama apa taktau?" aku dah mula rasa berpeluh nak jawab. ye ye..aku tau ni bukan la exam question yang killer tu..tapi susah dol nak jawab.


aku tarik nafas panjang-panjang..agak konfiden aku pon jawab "nama aku Erin" damn! aku rasa macam budak umur 7tahun baru nak masuk sekolah pulak, muka aku pulak dah panas semacam. kau kena tahu ok, dalam banyak-banyak benda  kat dunia ni..part nak introduce diri sendiri la yang paling aku benci gila babeng..meluat betoi!


dah tu si minah senget tu boleh pulak dengan slumber rockersnya sambil suap nasik dalam mulut pastu siap ada efek gelak-gelak setan dia jawab kat aku.. " fuyyoooo nama glamer tuuuu biar betoll" aku dalam hati memang menyumpah sakan ah minah ni..kepala hangguk hang glamer, yang hang pi tanya nama aku tu buat pa?tengok kan hang dah teruja bila dapat tau nama aku.


tak sempat aku respon, minah tu tanya lagi "hang ni orang mana, nama glamer semacam ja?" sekali lagi minah tu macam nak mempertikaikan nama aku kat situ. "aku orang Penang" aku jawab jugak walaupon aku rasa macam nak hentak jerr minah ni kan. "laa aku ingatkan hang ni orang belah-belah sana". duhh dah kalau nama lain sikit, orang-orang belah sana la yerk? minah ni pon satu hal la sengal jugak, sepanjang sesi ta'aruf tu aku cakap dalam version loghat utara kot, celah mana pulak aku ni 'orang belah-belah sana'. orang belah mana? haa..sendiri mau pikir dol.


dalam banyak-banyak orang yang dok tanya nama aku, peristiwa ngan minah senget tu la yang kekal dalam lipatan sejarah aku, eventhough dah 4tahun benda tu, still aku ingat moment pertama aku kenal ngan dia. sebab dia la orang yang berani comment pasai nama aku. dah tu pulak, masa first time baru-baru nak kenai kot. ish loqlaq betui la dia ni. first impression aku kt minah tu dulu..memang menyampah habes la, tapi bila dah kenai, buleh tahan masyuk jugak otak dia ni.


in fact, dia pon merupakan ahli-ahli gossip serangkai aku, dulu..kini dan selamanya...oppss lupa nak cakap, minah ni orang Penang gak, rumah dia pon tak jauh dari umah aku. kekadang bila free ada la aku lepak ngan dia sekali, dia pon kekadang ada datang umah aku jugak.


ni la minah senget yang beradab betol time nak berkenalan ngan aku dulu.



nampak tak..macam tak sudi jerr nak ber-camwhore ngan aku..kah kah kah


ah..time ni dah dapat tune gedix dah..


yippieee...muka dah comel *bajet ah* pedulikan organisma kat atas kepala aku tu, janji comel ok!


snap jangan tak snap..ayu jerr muka minah tu kan,,



oh waiii??..terharu, cahaya keimanan jelas terpancar kat muka den ni ha.



jap..baru aku tahu, kenapa la aku diberikan hidayah untuk berkawan ngan minah ni..ha tengok la gaya posing macam hape lagi..orang lain rilex jerr, yang dua orang tu melebih pulak.




nampak tak aku ngan odd casablancas time ni dok jauh gilerr. padahal time ni dah part6 kot kah kah kah


okeh berbalik kepada citer minah senget tadi tu kan, sebenarnya diatu coursemate aku. serius dol, masa dia berkenalan ngan aku kat cafe tu, aku taktau pon kata dia tu amek course sama ngan aku. ye la time tu kalau tak salah minggu orientasi..mana la aku sempat nak usha sapa budak course. course aku pulak yang masuk bukannya sikit..cecah ratus kot time tu.


eh eh..ape ni? jebon betol..patotnya aku cerita pasal asal-usul nama aku..ni dah jadi macam segmen 'Hari Ini Dalam Sejarah' pulak.


 
takpe-takpe..next episode aku story lagi. ni baru tekanan member sebaya masa kat U, tak masuk lagi tu citer zaman sekolah rendah, menengah..pastu lecturer yang putus lidah nak sebut nama aku la..ceh..menyampah!


till i wrote again...chiao!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

10 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nama panjang2 la best...baru glemer haha..

Liquid said...

hee name incek liquid ringkas jek, sng nak isi borang pape heh.

Odd Casablancas said...

You rocks my worlddddd :)

msTeddy said...

nama dlm ic ko ape erin??

Syafiq Rosli said...

hehe..pasal nm pn leh gdoh eh

erin azizan said...

@gadis kampung
best la...tapi selalu org slah eja

@liquid
pendek senang,mudah ingat

@odd
you too dear....uwaaa

@cikteddy
malu la nk bgtau...nama kg ja hahhaha

@syafiq
he he he, bukan pasal nama je, benda lain pon leh gado tau

msTeddy said...

masa ak kecik2 dulukan..selalu org ejek nama ak..cm haram betul..smpi ad masa yg ak segan nk sebut nama ak kt org..tp kecik2 dululah..skg dgn bangganyer..nama sy A****h I****l..

erin azizan said...

ala dulu budak2 biase ah, time tu kalau aku ada kuasa kuda..nak aje aku kick dorang..dah la salah eja pastu main2 lak..

ak pon bgga kot nama aku skrg..heheh

ZACK ENTRY said...

dalam dunia blog, saya dipanggil Z.E..salam kenalan ern..hehe

Qamarul said...

saye tau name awak.. nama awak.. Erin Azizan al-Mashoor.... mulut muncung skit.. hehe :P