Wednesday, January 12, 2011

Dah la menganggur, macam-macam pulak yang kau nak yerr.


hooooyesss Obama wants you to be his new slave!!


apa tak percaye??


hooo percaye lah yang sememangnya sayer hanye menipu..ehehe..sayer hanye meminjam gambar beliau sahaje, tak de kena mengena pon ngan nak menjadi hamba abdi beliau. Obama, gua pinjam je gambar lu okeh? jangan lu pikir gua tangkap syok kat lu pulak eh...jangan perasaan yer.


sebetolnya aku tengah nak survey satu benda ni. boleh dikatakan agak berilmiah la jugak benda tersebut. aku rasa kalau aku dapat benda tu maka itu lah benda kedua terilmiah yang aku pernah ada selepas Laptop aku.
*walaupon aku guna laptop untuk surf tenet main benda-benda lagha je memanjang, tapi time nak setel assignment aku guna gak khidmat beliau..kira berilmiah la tu..surf tenet cari bahan, pastu copy-paste kat assignment*


so berbalik kepada benda yang aku nak cari tu ann..aku rasa korang pon tau kot kalau aku kata aku nak beli kamus lektronik. apa lagi kamus lektronik yang cantik menarik kau memang tembam yang ada kat pasaran kalau bukan Kamus Besss...taaaa. ala product yang amek Dr Fazley jadi duta tu la....sebut sekali lagi Bessss...taaaa.



salah satu dari model yang ada..eh maksud aku model kamus la..Dr Fazley tu duta jepp


eh..ini siriyus okeh. aku rasa benda ni agak tidak membazir kalau dibeli..sementelah orang yang bakal mengeluarkan duet untuk membeli barangan tersebut bukan aku, maka secara confirmnya aku rasa memang tak membazir langsung.


sekarang ni aku tengah berkira-kira nak grab Kamus Besss...taaa MD800 sebab, kalau kita beli model ni tambah lagi singgit je dah boleh dapat satu lagi Kamus Besss...taa MD231. yang MD231 tu boleh la bagi kat adik aku..aku pulak mesti la nak yang MD800..sebab dia multifuction weh, siap ada mp3,mp4,mpv,  games, boley record-record suara *ini sangat berguna yerr, time karox boley ah rekord suare ai yang lemak berkerim disukai ramai tuh, haktuiihhh* pastu ann...benda alah ni, siap boleh touch-touch sekerin lagi..hebat tak, hebat tak? *sila guna intonasi Eric Leong untuk hebat tak, hebat tak tu*.


bak kata petikan dari laman web Besss..taaa :


"Kini menelaah pelajaran serta berhibur bukan lagi satu masalah dengan MD800 "


aku nampak perkataan berhibur jepp, pelajaran tu..hummm nampak la jugak...kot. he he he



nampak tak, nampak tak? Besss...taa tengah buat promotion tambah singgit boleh dapat dua Besss..taaa


kan kan..untung kan..ha tu la ai dah cakap benda ni sangat berilmiah. zaman teknologi la kata kan. secara personal *mula menggunakan bahasa baku* aku rasa Bess...taaa ni sangat-sangat worth la kalau beli. ye la  size dia compact letak dalam poket baju kurung pon bollleyy. aku dah stalk semua function dia. benda ni bukan berfungsi sebagai kamus semata-mata tau, kalau kau nak belajar bahasa pon bolleyy. ada macam-macam bahasa kat situ. just tekan-tekan je apa bahasa kau nak, nanti dia keluar semua bahasa. oh bestnya nanti boleh la belajar bahasa korea..boleh la cakap kat Jang Hyuk ai lebiu..ehehehe.


kau nak tau satu benda tak?


ehehehe sebenarnya adik aku yang nak beli kamus ni. tapi saje aku yang over kan..nak jugak benda ni. kot-kot la aku further study pasni..kan ke boleh guna. tak yah nak pinjam-pinjam kat adik aku dah...hehehehe.


sumber : laman web BESTA

okeh babai!


NotaKaki : aku rasa macam tangkap best pulak kalau berimigrasi ke Terengganu..agak-agak ann ada tak yang nak tempeleng aku laju-laju kalau aku cakap macam ni? hohoho.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Kaulah pojaan hatiku.


ADORABLE (?)
hehehe

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, January 11, 2011

Apesal eh, kalau budak-budak buat salah semuanya nampak comel?

11.01.11


nampak tak? satu lagi tarikh chun dalam sejarah ketamadunan manusia. lepas ni satu lagi tarikh chun bakal tiba. tapi lambat sikit ah..sebab masa tu dah nak dekat hujung tahun...20.11.2011..chun kan? hehehe...kalau la boleh reserve tarikh ni memang konfirm aku amek buat tarikh menikah kahkahkah..okeh sudah jangan gelak, sayer tahu tak lawak.


hari ni macam biasa jugak. tiada apa yang boleh dibuat selain dari aktiviti menghabiskan beras ibu bapa setiap hari. cuma pagi tadi..sampai sekarang, perut sakit mengalahkan mengalahkan orang yang menghadapi sindrom PMS pulak. nak kata salah makan tu tak jugak..most probably sebab gastrik. tapi aku rasa keja aku mencekik jerr tetiap hari..tu pon boleh kena gastrik ke? aku bajet macam sakit ni boleh hilang lerr kalau tak makan ubat..padahnya sampai ke sudah tak hilang..azab kot..dan fakta yang cuba aku sampaikan kat sini ialah aku masih tak makan ubat lagi sampai sekarang.


*off record*
aku rasa kena surrender ah kena makan ubat jugak la pasni..azab weh..tak tahan.


hey walau i sakit perut, i tetap tak skip kelas okeh. so as usual la..kelas sudah semestinya berjalan. aku pon heran ah..dulu time aku study, kalau ada peluang je sakit sikit-sikit pon terus aku pegy UK (unit kesihatan-uitm) dengan harapan amek mc, tak payah pi kelas...wohohoho sekarang ni terbalik kot. galak pulak aku pegy kelas, walaupon sakit...oh satu pencapaian yang membanggakan la pulak. ish bangga betol ngan diri aku. ha ha ha hopefully kalau aku jadi student lagi pasni, dapat kekal kan prestasi rajin ke kelas walaupon sakit macam sekarang..err boleh la di-consider-kan sebagai azam tahun baru yerr.


subject untuk hari ni Bahasa Inggeris. so kena la mengajar Bahasa Inggeris. budak-budak darjah 4,5 tu kira senang la jugak nak ajar..ala just bagi latihan jepp. kalau tak tahu maksud..bukak ajerr kamus Besta..simple. so aku tak da la nak tekankan sangat kat budak-budak yang dah besar ni. Teacher Rasiah seniri pon cakap tak perlu pantau sangat. cuma dia suruh aku terangkan maksud, kalau budak-budak tu tak paham. lagipon hari ni dia boleh handle dorang.


so bila dah tak banyak keja aku pon amek alih tugas mengajar budak-budak umur 6tahun. biasanya kalau umur-umur macam ni kena ajar mengeja ngan membaca. sumpah kelakar time dengar dorang membaca tu. boleh tak mulut eja C..O..T bila suruh pronounce dia boleh pulak dengan confidentnya sebut BAT..aku dah gelak-gelak. jauh betol budak ni terpesong..lepas tu ada la satu gambar rajah ni, em lebih kurang macam yang kat bawah ni :




ada huruf konsonan kat tepi gambar, tapi takda word, so kita kena detect seniri la apa exact word untuk gambar tu. aku bagi contoh la eh...macam gambar kat atas ni aku amek huruf K. word yang betol ialah K for Koala. tapi budak yang baca ni..akan sebut K for Beruang. celah mana pulak bila eja Beruang ada huruf K? dah la tu..dia main petik ajer sebut dalam bahasa melayu. ha ha ha..ini pon sumpah boleh buat aku kencing manis kalau melayan hari-hari..kelakar tahap cipan. ni yang buat aku terpikir ni..dulu aku kecik-kecik aku macam dia ke tak eh?


agak-agak kan kalau korang kat position aku korang nak marah ke korang nak layang gelak sampai putus urat? aku rasa kan..nak marah pon tak sampai hati..korang patot tengok ah time dorang pulun nak mengeja satu-satu lepas tu pronounce word tu seketul-seketul..memang comel habis. yang aku perasan, dorang tu everytime habes eja satu satu perkataan, mesti pandang muka aku lepas tu baru pronounce siap muncung-muncung mulut lagik..so aku pon provoke la dorang ngan kata-kata yang manis..


"haaa pandai pon"


"sapa nak ikot Teacher pi toys r 'us, kena baca betol-betol"


ala budak-budak kan, nak bagi dorang minat belajar kena ah sogok ngan mainan, baru la dia rasa belajar tu best..in fact masa aku budak-budak dulu pon mak ngan abah aku sogok ngan mainan...sebab tu la dah besar-besar ni pon aku dok giler lagi benda-benda kiut yang menjurus ke arah permainan..macam Domo tu..hehehe..eh diam Erin diam..membukak pekung di dada seniri je nih T___________T.


eh kejap..apesal tetibe jepp aku rasa macam dah berperanan seperti seorang ibu mithali yang mengasihi anak-anaknya? ha ha ha...malas la nak ulas dah.












gambar kat atas ni gambar lama time aku jadi cikgu dulu. time ni aku relieve kan tempat cikgu dorang yang tak datang sekolah.. saja aku letak sebab nak gambarkan betapa comelnya bila jadi budak-budak. budak-budak ni pulak baru darjah satu..so semua benda yang dorang buat even salah eja pon akan nampak comel jerr. best giler ah kalau dapat layan dorang. seingat aku, aku pernah masuk kelas ni 2kali je kot tapi dorang still ingat nama aku even aku dah tak masuk kelas dorang..ngeee comel kan dorang?


nak rasa comel lagi?
meh kelik video kat bawah..sumpah kau akan rasa comel!





err lepas ni agak-agak ada tak orang nak hantar anak dia kat aku, kalau aku bukak kelas tadika? hehehehe
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Aku cuma tegur bukan nak kondem, terima la dengan hati terbuka..no hard feeling ok?

assalamualaikum!


aku bukan nak meng-kondem tapi lebih kepada nak menegur sebenarnya. well kita baru masuk tahun baru kan..aku percaya ramai kita yang dah pasang niat atau azam untuk nak berubah menjadi lebih baik. InsyaALLAH kalau niat tu baik, ALLAH mesti mempermudahkan segala jalan untuk kita. betol tak?


aku hormati sangat niat mereka yang betol-betol nak berubah. nasihat aku cuma satu je, kalau betol nak berubah tu..pastikan betol-betol berubah bukan hangat-hangat najis ayam yerr. aku sedar aku mungkin tak layak nak bangkit kan isu ni tapi macam yang aku cakap awal-awal tadi la..aku sekadar nak menegur. mana yang baik boleh diikut mana yang buruk kau tegur la aku balik. awal-awal lagi aku nak mintak maaf yerr andai teguran aku ni, ada yang terasa. percaya la aku tegur ikhlas.


macam ni la yerr, aku tahu sesetengah orang yang bila dah nak berubah, dia macam eager sangat nak berubah secara drastik. aku bukan main petik fakta ye..ini kisah benar ok. aku tak kata semua, aku kata sesetengah..jangan salah tafsir pulak. bagi aku sendiri memang tak salah kalau kita nak buat perubahan secara drastik..lebih-lebih lagi ke arah kebaikan. tapi perubahan kita tu perlu la di buat menggunakan saluran yang betul. ok fine la kalau kata kau nak ubah diri kau tu jadi lebih elok dari segi pemakaian, percakapan atau perlakuan..takpe orang tak kesah. tapi jangan la time kau ghairah nak berubah tu sampai semua orang sekeliling kau pon kau cuba nak buat dorang berubah dengan sekelip mata. ini salah yerr. bukan macam ni caranya nak tarik orang supaya berubah jadi lebih elok.


Islam sendiri mengajar kita supaya berdakwah dengan lembut dan berhemah. maksudnya disini, berdakwah dengan tidak menggunakan kekerasan atau secara paksa. aku rasa benda basic yang kau kena tackle masa nak berdakwah ni ialah HATI orang-orang yang ingin kau tarik tu. bukan dengan cara menegur ikut suka. pantang ada benda tak kena kat mata, mula la kau nak tegur. ingat yerr kita ni orang Melayu, ada budi bahasa. bukan tak boleh kalau nak menegur boleh..tapi tegur secara berhemah la..secara lembut kata orang.


bila kita tegur secara lembut ni atau guna pendekatan yang tak annoying orang akan mudah tertarik. first imoression orang terhadap pendakwah sangat penting yerr. dari situ la dorang akan menilai baik buruk ajaran yang kau cuba sampai kan ni. and satu lagi, kalau boleh..tolonglah avoid dari bersikap annoying. bukan apa orang yang tak kenal kau secara rapat mungkin akan buat tanggapan yang kurang elok berbanding mereka yang dah betol-betol kenal hati budi kau.


aku tau niat kau baik. tapi bukan cara sebegini kalau kau nak menarik minat orang. percaya la kalau kau terus-terusan macam ni, aku gerenti orang yang nak follow kau tu lebih sikit dari yang nak avoid kau. aku tau mesti ada yang tentang aku bila aku cakap macam ni. tapi ini realiti kot.


aku cuma berharap yang kau boleh terima teguran aku je..kadang-kadang kita terpaksa consider perasaan orang lain kalau nak betol-betol success dalam apa yang kita buat. bukan secara terang-terangan menentang. guna pendekatan yang lebih halus.


sori kalau pendapat aku ni sangat menjengkel kan. aku cuma cakap dari sudut pandangan aku. again, aku tau aku ni kalau nak dibandingkan dengan kau memang tak layak nak menegur..tapi sebagai manusia yang ada perasaan aku rasa aku patot tegur kau.





last aku nak cakap ni..buat apa-apa pon pikir dulu baik buruknya. tak perlu tergesa-gesa, tugas berdakwah ni berat. hanya orang yang terpilih je yang mampu pikul. aku sendiri bangga dengan kau, sebab dalam banyak banyak kau yang terpilih..aku doakan semoga Allah sentiasa memberi kebaikan kat kau. ingat yerr ini teguran jerr, bukan nak kondem ke hape..kalau tak suka, bagitau eh..hehehe.


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, January 10, 2011

Ke perkampungan yang sumpah kampung semata-mata nak main sampan..eh silap nak attend majlis akad nikah.

assalamualaikum!


sebenarnya ni story pasal semalam. semalam kan satu hari kot aku tak de kat rumah celik jerr bijik mata terus mandi bersiap sedia sebab nak pegy attend majlis akad nikah sedara (mother's side). si pengantin tu lelaki..err tak tau nk adress him as what, tapi aku rasa aku patot panggil dia pakcik kot sebab dia tu cousin kepada mak aku.. heh betol la kot..ah gasak la pape je la..bukan masalah negara pon kan.


dipahamkan tempat yang kitorang nak pegi ni jauh giler babeng. masuk kampung somewhere in Kedah..so awal-awal pagi dah kena gerak la. pagi tu tak la pagi sangat, dalam pukul 9 macam tu jugak la baru kitorang gerak secara berkonvoi.


okeh ini adalah satu fakta. bila orang cakap jauh..makanya tempat tersebut memang jauh ok. aku sempat sambung tido duatigakali jugak ah dalam keta. tiap kali bangun, tak sampai-sampai lagi sampai perut aku pon dah main lagu Ana Rafali dah. nak merungut tak berani..simpan je la dalam hati..tapi terpikir ugak..apekejadahnya la jauh betol tempat ni..lenguh punggung aku ni dah ha.


masa tengah dalam keta tu adik aku sempat ah bising-bising cakap tempat ni ada satu tasik yang besar so dia pesan kat aku jangan tido sebab nak tunjuk tasik ni (dia dah penah sampai tempat ni dulu, aku ja yang ketinggalan). so aku pon cuba la berjaga nak tengok tasik tu. sumpah memang besar weh. dah la dalam pedalaman kampung. aku yang macam jarang-jarang nak tengok ni dah macam jakun kot. mata tak berkelip ke kiri ke kanan..terkeujut tengok tasik tu. weh ini tak sama macam yang dekat Empangan Timah Tasoh kat Perlis tu yee..tempat ni lagi awesome..superb..marvellous..semua ada.


cuma satu je yang kurang pasal tempat ni..kampung sangat. dia punya pekan..nauzubillah jauh beribu batu. sempat la jugak kitorang borak-borak ngan penduduk kat situ. dorang cakap tempat ni ada empangan jugak. orang panggil Empangan Pedu. aku macam pernah dengar nama Empangan Pedu tu..humm may be dulu masa form3 time belajar subjek Geografi kot. whatever la. sementara tunggu dorang nak arrange majlis tu, (tetiba je kadi yang nak meng-akad nikah pengantin kena hantar wife dia pegi hospital sebab wife dia sakit, bapak lama aku tunggu) kitorang pegi la lepak kat satu tasik ni..padahal kitorang main redah masuk je, tengok-tengok boleh masuk siap ada warung makan-makan lagi.


aku rasa lama oh kitorang lepak kat situ mau dekat 3jam kot. sempat main-main sampan lagi kat situ. peniaga kat warung tu friendly giler. ye la dia pon pelik la kot, mana ada orang datang dekat tempat tempat macam ni berbaju kurung bagai. yang paling best orang kat warung tu kasi kasi kitorang kail ikan lagi..siap provide umpan kot..tapi biase la ikan tak dapat pon T_____________T.




antara beribu-ribu sampan yang ada..yang ni aku snap.

gaya mau lebih..ikan tak dapat tak pa..baju kurung tuuu naik sampan kot.

sebenarnya banyak lagi gambar..malas ah aku nak letak kat sini. bukan ada apa pon cuma gambar pemandangan tasik jepp..kalau aku guna desler (DSLR) bangga la jugak nak letak, ini setakat digital camera je kot..nanti ah biler dah ader desler kiter letak banyak-banyak kat sini yerr.


habes sesi menangkap ikan, baru la kitaorang pegi ke masjid. sebab akad nikah buat kat situ. kira jenuh jugak ah nak menunggu kan..dari pagi sampai ke petang baru boleh akad nikah..elok ah dah cair semua mekap aku dari pagi..siap dah comot-comot lagi. sebenarnya aku tak expect ada penempatan yang macam ni, kalau aku la..mungkin tak mampu kot nak dok tempat tempat macam ni.. salut ah orang-orang kat sini sebab boleh hidop tanpa Mekdi ngan Coolblog dan err wayang juga. tak dapat dibayangkan kalau aku tercampak kat situ...oh....argghhhh *pengsan*.



aku rasa gambar ni something wrong sumwhere la..ke aku dah nampak macam Yuna..ke bukan?ha ha ha


ok. ini cerita off record. sebenarnya sebelum aku ke tempat sampan-sampan yang banyak tuh (masa ni ada line lagi, dah enter tempat tu terus takde line), aku sempat text Incik Bmw info dia pasal tempat ni. since dari awal lagi dia memang tahu yang aku nak pegi attend majlis tu. ada satu time tu dia cakap "tempat ni ada sejarah dia". tempat ni tu merujuk kepada tasik yang ada kat situ. aku tak tau which one sebab besar sangat dan meliputi kiri dan kanan.


so semalam dia ada call aku and then dia cerita la pasal tempat tu. dia cakap kalau kita perhati betol-betol kat dalam air (salah satu area kat situ la) kita akan nampak macam ada jalan tar. dan sebenarnya kat bawah tasik tu memang ada sekolah ngan jalan dan mungkin jugak ada kampung yang dah ditenggelami air..woahh..scary aku dengar, padahal takde pape pon kan..tapi imaginasi aku ni mengatasi segalanya. mula la aku imagine macam macam..tu yang jadi scary tu. tengah malam jugak dia nak cerita pon.


wallahualam la kan pasal benda ni. Incik Bmw cakap dia pernah nampak jalan dalam air tuh. tapi mungkin betol cerita ni..sebab aku pernah dengar cerita versi yang sama pernah jadi kat Tasik Banding. orang kat situ cakap dekat bawah Tasik Banding memang ada kampung yang tenggelam.


oh...scarryyyyy...


okeh babai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, January 9, 2011

Odd Casablancas tolong la, Dinie Berr a.k.a abah awak tu suka buat Erin jeles geram tau!


orait tadi kan dah cakap tengah hilang sabar ann sebab tak dapat cari Domo. lepas beberapa minutes after ai post entry ni, Dinie call ai tapi ai tak sempat nak pick up, so ai call him back la. rupa-rupanya dia call ai semata-mata dia nak bagi tau yang dia ada collections of Domo from keychain sampai la ke patung Domo yang ai memang tergila-gilakan tuh? boleh tak? at that time ai was like..


"argghhh weh ang biar betoii, kat sini takde pon merata weh aku cari!!" sambil menjerit-jerit kot. *yee sayer mengunakan slang utara campor key ell dengan beliau*


"kat sini ade je, ada satu kedai tu penuh dengan Domo jerr" uwaa dia jawab macam tu pulak. worst of all dia ada cakap yang dia macam banyak collections of Domo lagi la ai menjerit sakan. macam terkejut pn ada.


bila keadaan dah tak terkawal sebab ai menjerit-jerit macam hape lagi tanda tak puas hati baru la dia buat pengakuan..


"hahaha takde la. mane ada..aku tipu jee"


kali ni lagi la darah aku mendidih kan...kalau la aku ni pontianak dah lama aku mengilai kot, tak larat dah nak menjerit banyak-banyak kali ni. dia pon satu hal jugak ann dah tahu aku suka menjerit-jerit kalau ada benda tak puas hati, saje je nak provoke lebih lebih..agaknya dah jadi hobi dia kot dengar aku menjerit-jerit kat corong telepon tu..kalau tak dengar aku menjerit menanah agaknya telinga dia tu..haiihh..fenin sudah.


masalahnya kat sini bukan tak puas hati tak dapat Domo dah, sekarang macam geram dengan diri sendiri..apesal ah aku boleh tertipu lagi sekali..bukan lagi sekali malah berkali-kali..start dari 2008,2009,2010 dan yang terbaru..tadi 2011 punya penipuan. padahal time aku menjerit-jerit tadi sempat gak terpikir, biler masa si Dinie ni minat ngan Domo..pelik gak, tak pernah pulak dia bagitau pon..rupa-rupa..ada agenda ek.


so Odd kalau terjumpa "abah" Odd ni di mana-mana laman sesawang atau di mana-mana henpon, sila beri tazkirah kepada beliau, supaya lepas ni beliau insaf dan tidak lagi menipu sayer yang comel ini, dan supaya lepas ni sayer boleh berhenti menjerit secara keterlaluan..Odd pecaya la jasamu akan dikenang..wekkk.




ehem ehem..Dinie..errr nak Domo satu!..eh dua laa boleh kasi Odd sekali..teeheee..ang memang hensem! *hukhukhuk..sambil batok-batok*


NotaKaki : tak boleh terima hakikat..arrgghhh.*menjerit sekali lagi*
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, January 8, 2011

Kemarahan yang tidak berkesudahan versi cemburu tak hingat.


hye all.


okeh this time aku memang dah hilang sabar sangat. mana tak nya masa tengah syok-syok dok stalk page orang, tetiba lak tergerak hati nak bukak belog Shahirul.com yang femes tuh. sebab dia punya tajuk macam best jerr "Jalan-jalan dengan BFF".


so dengan senang hati aku pon kelik le lelaju kan..pastu mata aku dah tertangkap satu benda yang comel kat gambar tu,..tilik punya tilik..eh betol la..ada Domo kat situ. terussss aku rasa macam nak crazy kejap. kalau la aku ni kamceng ngan si Shahirul tu ann nak ajer kau mintak dia tolong belikan Domo tersebut. eh kejap..Shahirul awak jalan-jalan kat mana eh yang jumpa Domo tu?. ciss main petik pangey nama orang je, macam dah lama kenal lak.


walau macam mana pon ini perihal serius ok. aku kekadang tercaik-carik jugak kat kedai-kedai yang ada jual cute stuff tu kot-kot la ada Domo kat situ..tapi hampa jerr sekor pon tak de. aku taktau nak cari kat mana kalau kat Penang ni. so those yang kalau ada terjumpak Domo espcially kat Penang area bagi tau aku please..teringin nak own benda cute ni la. kalau ada yang teringin nak hadiahkan pon bollleyyyhhh apa salahnya..nyiru tapak tangan tapak sulaiman aku tadah kan..oohhh Domo....


tapi make sure eh kalaunak bagi hadiah tu bagi la yang besar-besar..ai suka benda yang besar-besar ni..sedap kalau buat peluk..hehehehe apa kau ingat kau tu Paris Hilton eh..nak ada orang bagi-bagi hadiah begini?ohpuhlezzz........


Domo..Domo..asal awak ni comel sangat?

ini family awak eh? eeiii kiter suke la yang besar tu..

penuh kasih sayang
setan? whatever la..awak tetap comel huhuhu

okeh ini buat i marah ni..the girl in this picture is holding DOMO uwaaaa

okeh la..spoil my mood betol la perempuan kat atas ni. ai cemburu okeh..dia ada Domo..me tak da Domo..nampak tak perbezaan ketara antara kami?


okeh bye!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA