Tuesday, January 11, 2011

Apesal eh, kalau budak-budak buat salah semuanya nampak comel?

11.01.11


nampak tak? satu lagi tarikh chun dalam sejarah ketamadunan manusia. lepas ni satu lagi tarikh chun bakal tiba. tapi lambat sikit ah..sebab masa tu dah nak dekat hujung tahun...20.11.2011..chun kan? hehehe...kalau la boleh reserve tarikh ni memang konfirm aku amek buat tarikh menikah kahkahkah..okeh sudah jangan gelak, sayer tahu tak lawak.


hari ni macam biasa jugak. tiada apa yang boleh dibuat selain dari aktiviti menghabiskan beras ibu bapa setiap hari. cuma pagi tadi..sampai sekarang, perut sakit mengalahkan mengalahkan orang yang menghadapi sindrom PMS pulak. nak kata salah makan tu tak jugak..most probably sebab gastrik. tapi aku rasa keja aku mencekik jerr tetiap hari..tu pon boleh kena gastrik ke? aku bajet macam sakit ni boleh hilang lerr kalau tak makan ubat..padahnya sampai ke sudah tak hilang..azab kot..dan fakta yang cuba aku sampaikan kat sini ialah aku masih tak makan ubat lagi sampai sekarang.


*off record*
aku rasa kena surrender ah kena makan ubat jugak la pasni..azab weh..tak tahan.


hey walau i sakit perut, i tetap tak skip kelas okeh. so as usual la..kelas sudah semestinya berjalan. aku pon heran ah..dulu time aku study, kalau ada peluang je sakit sikit-sikit pon terus aku pegy UK (unit kesihatan-uitm) dengan harapan amek mc, tak payah pi kelas...wohohoho sekarang ni terbalik kot. galak pulak aku pegy kelas, walaupon sakit...oh satu pencapaian yang membanggakan la pulak. ish bangga betol ngan diri aku. ha ha ha hopefully kalau aku jadi student lagi pasni, dapat kekal kan prestasi rajin ke kelas walaupon sakit macam sekarang..err boleh la di-consider-kan sebagai azam tahun baru yerr.


subject untuk hari ni Bahasa Inggeris. so kena la mengajar Bahasa Inggeris. budak-budak darjah 4,5 tu kira senang la jugak nak ajar..ala just bagi latihan jepp. kalau tak tahu maksud..bukak ajerr kamus Besta..simple. so aku tak da la nak tekankan sangat kat budak-budak yang dah besar ni. Teacher Rasiah seniri pon cakap tak perlu pantau sangat. cuma dia suruh aku terangkan maksud, kalau budak-budak tu tak paham. lagipon hari ni dia boleh handle dorang.


so bila dah tak banyak keja aku pon amek alih tugas mengajar budak-budak umur 6tahun. biasanya kalau umur-umur macam ni kena ajar mengeja ngan membaca. sumpah kelakar time dengar dorang membaca tu. boleh tak mulut eja C..O..T bila suruh pronounce dia boleh pulak dengan confidentnya sebut BAT..aku dah gelak-gelak. jauh betol budak ni terpesong..lepas tu ada la satu gambar rajah ni, em lebih kurang macam yang kat bawah ni :




ada huruf konsonan kat tepi gambar, tapi takda word, so kita kena detect seniri la apa exact word untuk gambar tu. aku bagi contoh la eh...macam gambar kat atas ni aku amek huruf K. word yang betol ialah K for Koala. tapi budak yang baca ni..akan sebut K for Beruang. celah mana pulak bila eja Beruang ada huruf K? dah la tu..dia main petik ajer sebut dalam bahasa melayu. ha ha ha..ini pon sumpah boleh buat aku kencing manis kalau melayan hari-hari..kelakar tahap cipan. ni yang buat aku terpikir ni..dulu aku kecik-kecik aku macam dia ke tak eh?


agak-agak kan kalau korang kat position aku korang nak marah ke korang nak layang gelak sampai putus urat? aku rasa kan..nak marah pon tak sampai hati..korang patot tengok ah time dorang pulun nak mengeja satu-satu lepas tu pronounce word tu seketul-seketul..memang comel habis. yang aku perasan, dorang tu everytime habes eja satu satu perkataan, mesti pandang muka aku lepas tu baru pronounce siap muncung-muncung mulut lagik..so aku pon provoke la dorang ngan kata-kata yang manis..


"haaa pandai pon"


"sapa nak ikot Teacher pi toys r 'us, kena baca betol-betol"


ala budak-budak kan, nak bagi dorang minat belajar kena ah sogok ngan mainan, baru la dia rasa belajar tu best..in fact masa aku budak-budak dulu pon mak ngan abah aku sogok ngan mainan...sebab tu la dah besar-besar ni pon aku dok giler lagi benda-benda kiut yang menjurus ke arah permainan..macam Domo tu..hehehe..eh diam Erin diam..membukak pekung di dada seniri je nih T___________T.


eh kejap..apesal tetibe jepp aku rasa macam dah berperanan seperti seorang ibu mithali yang mengasihi anak-anaknya? ha ha ha...malas la nak ulas dah.












gambar kat atas ni gambar lama time aku jadi cikgu dulu. time ni aku relieve kan tempat cikgu dorang yang tak datang sekolah.. saja aku letak sebab nak gambarkan betapa comelnya bila jadi budak-budak. budak-budak ni pulak baru darjah satu..so semua benda yang dorang buat even salah eja pon akan nampak comel jerr. best giler ah kalau dapat layan dorang. seingat aku, aku pernah masuk kelas ni 2kali je kot tapi dorang still ingat nama aku even aku dah tak masuk kelas dorang..ngeee comel kan dorang?


nak rasa comel lagi?
meh kelik video kat bawah..sumpah kau akan rasa comel!





err lepas ni agak-agak ada tak orang nak hantar anak dia kat aku, kalau aku bukak kelas tadika? hehehehe
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: