Tuesday, January 11, 2011

Aku cuma tegur bukan nak kondem, terima la dengan hati terbuka..no hard feeling ok?

assalamualaikum!


aku bukan nak meng-kondem tapi lebih kepada nak menegur sebenarnya. well kita baru masuk tahun baru kan..aku percaya ramai kita yang dah pasang niat atau azam untuk nak berubah menjadi lebih baik. InsyaALLAH kalau niat tu baik, ALLAH mesti mempermudahkan segala jalan untuk kita. betol tak?


aku hormati sangat niat mereka yang betol-betol nak berubah. nasihat aku cuma satu je, kalau betol nak berubah tu..pastikan betol-betol berubah bukan hangat-hangat najis ayam yerr. aku sedar aku mungkin tak layak nak bangkit kan isu ni tapi macam yang aku cakap awal-awal tadi la..aku sekadar nak menegur. mana yang baik boleh diikut mana yang buruk kau tegur la aku balik. awal-awal lagi aku nak mintak maaf yerr andai teguran aku ni, ada yang terasa. percaya la aku tegur ikhlas.


macam ni la yerr, aku tahu sesetengah orang yang bila dah nak berubah, dia macam eager sangat nak berubah secara drastik. aku bukan main petik fakta ye..ini kisah benar ok. aku tak kata semua, aku kata sesetengah..jangan salah tafsir pulak. bagi aku sendiri memang tak salah kalau kita nak buat perubahan secara drastik..lebih-lebih lagi ke arah kebaikan. tapi perubahan kita tu perlu la di buat menggunakan saluran yang betul. ok fine la kalau kata kau nak ubah diri kau tu jadi lebih elok dari segi pemakaian, percakapan atau perlakuan..takpe orang tak kesah. tapi jangan la time kau ghairah nak berubah tu sampai semua orang sekeliling kau pon kau cuba nak buat dorang berubah dengan sekelip mata. ini salah yerr. bukan macam ni caranya nak tarik orang supaya berubah jadi lebih elok.


Islam sendiri mengajar kita supaya berdakwah dengan lembut dan berhemah. maksudnya disini, berdakwah dengan tidak menggunakan kekerasan atau secara paksa. aku rasa benda basic yang kau kena tackle masa nak berdakwah ni ialah HATI orang-orang yang ingin kau tarik tu. bukan dengan cara menegur ikut suka. pantang ada benda tak kena kat mata, mula la kau nak tegur. ingat yerr kita ni orang Melayu, ada budi bahasa. bukan tak boleh kalau nak menegur boleh..tapi tegur secara berhemah la..secara lembut kata orang.


bila kita tegur secara lembut ni atau guna pendekatan yang tak annoying orang akan mudah tertarik. first imoression orang terhadap pendakwah sangat penting yerr. dari situ la dorang akan menilai baik buruk ajaran yang kau cuba sampai kan ni. and satu lagi, kalau boleh..tolonglah avoid dari bersikap annoying. bukan apa orang yang tak kenal kau secara rapat mungkin akan buat tanggapan yang kurang elok berbanding mereka yang dah betol-betol kenal hati budi kau.


aku tau niat kau baik. tapi bukan cara sebegini kalau kau nak menarik minat orang. percaya la kalau kau terus-terusan macam ni, aku gerenti orang yang nak follow kau tu lebih sikit dari yang nak avoid kau. aku tau mesti ada yang tentang aku bila aku cakap macam ni. tapi ini realiti kot.


aku cuma berharap yang kau boleh terima teguran aku je..kadang-kadang kita terpaksa consider perasaan orang lain kalau nak betol-betol success dalam apa yang kita buat. bukan secara terang-terangan menentang. guna pendekatan yang lebih halus.


sori kalau pendapat aku ni sangat menjengkel kan. aku cuma cakap dari sudut pandangan aku. again, aku tau aku ni kalau nak dibandingkan dengan kau memang tak layak nak menegur..tapi sebagai manusia yang ada perasaan aku rasa aku patot tegur kau.





last aku nak cakap ni..buat apa-apa pon pikir dulu baik buruknya. tak perlu tergesa-gesa, tugas berdakwah ni berat. hanya orang yang terpilih je yang mampu pikul. aku sendiri bangga dengan kau, sebab dalam banyak banyak kau yang terpilih..aku doakan semoga Allah sentiasa memberi kebaikan kat kau. ingat yerr ini teguran jerr, bukan nak kondem ke hape..kalau tak suka, bagitau eh..hehehe.


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

msTeddy said...

betul2..aku setuju dgn kau..kalau tegur elok2 insyaallah org dengar..

erin azizan said...

@msTeddy

tu la aku rasa memng kena tegur cara lembut ah..baru org respek kita..jgn hentam kromo main tegur